You are on page 1of 4

PENGENALAN

Bahan pembelajaran digital yang telah dibina adalah dengan menggunakan alat digital
Google Sites. Bahan pembelajaran digital ini dibina adalah berasaskan mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 5. Tema yang telah dipilih adalah “Kesihatan dan Kebersihan”, Unit 5 Kebersihan
Diri dan Persekitaran. Isi kandungan yang terdapat dalam bahan pembelajaran digital Google
Sites adalah:
1. Objektif Pembelajaran
2. Pengenalan kepada Tema
3. Tajuk-tajuk dibawah unit 5 iaitu:
- Kuku Bersih dan Sihat
- Pilihan yang Betul
- Hilangkan Nafas Berbau
- Panduan Melawat Pesakit di Hospital
- Tindakan semasa Jerebu
Bagi kelima-lima tajuk dibawah unit 5 iaitu “Kebersihan Diri dan Persekitaran” tersebut, turut
disertakan aktiviti bagi mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang terdapat dalam diri pelajar.
Guru akan memulakan kelas dengan memaparkan Google Sites ini menggunakan pemancar
LCD pada skrin layar.

UNIT 5: KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN


Pengenalan kepada Tema: Kesihatan dan Kebersihan
Semasa permulaan kelas, guru terlebih dahulu akan menjelaskan secara umum
berkaitan tema yang diajarkan iaitu “Kesihatan dan Kebersihan”. Guru akan memaparkan satu
tayangan video yang diperolehi daripada sumber Youtube bagi membenarkan murid boleh
mendapatkan gambaran awal berkaitan tema yang diajarkan. Setelah itu, guru akan
menerangkan secara umum berkaitan tema yang dipilih iaitu “Kesihatan dan Kebersihan”
menggunakan bahan digital yang yang telah dibina.

Kuku Bersih dan Sihat


Sebelum sesi penerangan berlangsung, guru akan bertanyakan tentang bagaimana
murid menjaga kesihatan kuku mereka bagi mendapatkan pandangan daripada mereka
berdasarkan tajuk. Selepas itu, maklumat berkaitan tips penjagaan kuku yang betul akan
dipaparkan bagi menunjukkan kepada murid agar mereka mampu memperoleh maklumat
berkaitan tajuk tersebut. Bagi aktiviti pengukuhan, guru akan menjalankan aktiviti soal jawab
berkaitan maklumat yang telah diberikan semasa sesi penerangan dijalankan.

Pilihan yang Betul


Melalui tajuk ini, murid akan didedahkan berkaitan dua jenis pelitup muka yang
mempunyai kriteria dan fungsi yang berbeza. Guru akan menjelaskan berkaitan perkara
tersebut dengan memaparkan maklumat di skrin layar yang tersedia. Selepas itu, aktiviti yang
bakal dijalankan bagi mengukuhkan maklumat yang telah disampaikan oleh guru adalah aktiviti
membaca dan memahami maklumat yang disampaikan kemudian beberapa soalan berkaitan
tajuk akan ditanya kepada murid bagi menguji kefahaman mereka terhadap tajuk.

Hilangkan Nafas Berbau


Sama seperti tajuk sebelumnya, guru akan menjelaskan terlebih dahulu berkaitan tajuk
dengan memaparkan maklumat yang telah dibuat pada skrin layar. Seterusnya, aktiviti
pengukuhan iaitu menjawab soalan struktur yang telah disediakan adalah dilakukan secara
berkumpulan. Kumpulan yang dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat dalam masa
yang pendek akan dikira sebagai pemenang.

Panduan Melawat Pesakit di Hospital


Guru akan menunjukkan poster berkaitan tajuk yang mengandungi aspek masa, pakaian
dan lain-lain yang perlu dipatuhi semasa melawat pesakit di hospital. Setelah itu, aktiviti yang
akan dilaksanakan adalah dengan membina ayat menggunakan kata kerja yang dipilih yang
terdapat di dalam poster tersebut dan telah disenaraikan oleh guru.

Tindakan Semasa Jerebu


Tajuk yang terakhir ini akan dijelaskan oleh guru di dalam bilik darjah berkaitan
langkah-langkah penjagaan kesihatan diri semasa menghadapi jerebu melalui gambar yang
akan ditunjukkan menggunakan alat digital yang telah dicipta. Bagi mengukuhkan kefahaman
murid terhadap tajuk yang disampaikan, aktiviti yang dilaksanakan adalah dengan membina
ayat secara berkumpulan menggunakan kata adjektif yang diberikan.
PENUTUP
Perisian Google Sites ini digunakan bagi memudahkan guru dalam melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia bukan sahaja menjimatkan wang dan
tenaga bagi seorang guru dalam membuat bahan bantu mengajar, namun ia juga mampu
menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu yang diajarkan pada hari tersebut. Bukan itu
sahaja, ia juga mampu mendedahkan kepada pelajar berkaitan kemahiran menggunakan
teknologi dan maklumat seterusnya mengembangkan lagi daya inovasi dan kreatif dalam diri
murid.
RUJUKAN

Aisyah Syahira Abdul Hamid. (2019, April 4). Euww Busuknya Bau Mulut! Jom Cuba Tip
Mengubah Nafas Berbau Anda Dengan 5 Cara Ini. Hello Doktor.
https://hellodoktor.com/kesihatan-mulut/mulut-lain/tip-mengubah-nafas-berbau-anda/

‌AIA Malaysia. (2020, Oktober 18). Sesak Nafas: Segala yang Perlu Diketahui Tentang Bahaya
Jerebu. Aia.com.my; AIA Malaysia.
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/health-wellness/segala-yang-perlu-tahu-tentan
g-jerebu.html#:~:text=Punca%20dari%20sumber%20semula%20jadi,bahan%20api%20f
osil%20oleh%20kilang.

‌Cariblogger. (2020, April 16). Cara Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran.
Cariblogger.com. https://cariblogger.com/cara-menjaga-kebersihan-diri/

Norsyahida Muin. (2022). Jenis Pelitup Muka Fabrik yang Disyorkan Oleh WHO - Info Sihat |
Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Infosihat.gov.my.
https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/infografik/item/jenis-pelitup-muka-fa
brik-yang-disyorkan-oleh-who.html

Salmah Edi. (2021, Januari 19). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 2021. [Flip PDF] AnyFlip.
Anyflip.com. https://anyflip.com/kyjzb/qiwf

View. (2011, November 7). Kesihatan Tangan dan Kuku : Apa yang kita perlu tahu?. Health Info
@ Fingertip;
https://imfcare.wordpress.com/2011/11/07/kesihatan-tangan-dan-kuku-apa-yang-kita-perl
u-tahu/ ‌

You might also like