You are on page 1of 10

MPPU1070- CRITICAL ANALYSIS

SEMESTER I 2019/2020

INDIVIDUAL ASSIGNMENT:

ARTICLE CRITICAL REVIEW


TITLE:
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK GAYA e-PEMBELAJARAN
(eLSE) VERSI 8.1 MENGGUNAKAN PENGUKURAN RASCH

LECTURER NAME:

STUDENTS NAME:

DATE :

1
TAJUK : KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK GAYA
e-PEMBELAJARAN (eLSE) VERSI 8.1 MENGGUNAKAN PENGUKURAN
RASCH

i. PENGENALAN

Di dalam setiap kajian, pembolehubah yang dikaji perlulah boleh diukur


dengan bersesuaian mengikut tajuk kajian. Misalnya di dalam kajian Fizik,
ukuran jarak boleh dikira dengan pembaris untuk mendapat centimeter dan
meter, ataupun dengan alat-alat lain untuk sensitiviti yang berbeza dan
bersesuaian dengan tajuk dan objeektif kajian. Namun bagi bidang psikologi
social dan sains sosial, pengukuran pembolehubah yang merupakan konstruk
psikologi yang tidak wujud secara fizikal adalah lebih rumit. Oleh itu pengkaji-
pengkaji akan mencipta instrumen psikometrik untuk mengukur konstruk
psikologi seseorang individu. Sebagai contoh, Depression, Anxiety and
Stress Scale (DASS) digunakan untuk mengukur tahap depresi, kegelisahan
dan tekanan individu manakala Stanford-Binet Intelligence Scales pula
digunakan untuk mengukur kecerdasan minda individu. Ujian-ujian ini telah
dikaji berkali-kali oleh pengkaji yang berlainan bagi memastikan konstruk
psikologi yang diukur adalah boleh diterima dan ukuran yang diberikan adalah
konsisten. Sangat penting bagi ujian psikometrik mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi supaya keputusan ujian boleh digunakan untuk
kajian mahupun untuk tujuan lain seperti pemilihan kerjaya, diagnosis
perubatan dan lain-lain. Di dalam jurnal artikel yang dikaji di sini, Soal Selidik
Gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1, yang digunakan untuk mengukur
gaya pembelajaran telah diuji semula untuk mengukur keberkesanan ujian
berikut di dalam populasi pelajar di Malaysia. Gaya pembelajaran yang tepat
dapat membantu dalam pembetukan pedagogi yang paling efektif di masa
akan datang terutamanya di dalam era perubahan teknologi dan generasi
yang berbeza dari dahulu.

Rosseni (2009) telah membina ujian Soal Selidik Gaya e-Pembelajaran


(eLSE) versi 8.1 melalui adaptasi Inventori Persepsi Gaya Pembelajaran oleh
Reid (1984) yang dapat mengukur kepelbagaian gaya belajar.

2
Pengubahsuaian dilakukan untuk menyesuaikan dengan budaya Asia,
merangkumi pembelajaran secara bersemuka, secara talian dan juga
pembelajaran kendiri. Ia ditambah baik mengikut keperluan semasa dan yang
telah dikaji di dalam artikel jurnal ini adalah versi 8.1.
Antara perkara yang perlu dilihat dalam keberkesanan dan kejituan
sesuatu ujian psikometrik ialah kebolehpercayaan. Dengan tingginya
kebolehpercayaan, ia menandakan ujian itu dapat memberikan keputusan
yang konsisten. Howard dan Henry (1988) menyatakan yang ketekalan
bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang
sama pada selang masa yang berlainan skor keputusan atau jawapan yang
diberikan adalah sama atau hampir sama. Kebolehpercayaan kebiasaannya
diuji menggunakan pekali kebolehpercayaan alfa Cronchbach yang dibuat
berdasarkan True Score Test Theory (TSTT) atau dikenali juga sebagai
model klasik. Selain itu, Model Pengukuran Rasch yang diasaskan oleh
Rasch (1980) juga boleh digunapakai, malah ia juga mengambilkira
kebolehan dan kemampuan responden bagi memastikan kebolehprercayaan.
Ia diolah berasakan Item Respon Theory (IRT). Kelebihan menggunnakan
model ini ialah:
1) Statistik tidak bergantung kepada sampel (Hambleton & Swaminathan
1985; Cook & Eignor 1991)
2) Skor calon bebas dari kesukaran item (Hambleton & Swaminathan
1985)
3) Analisa ujian item yang berpadanan dengan kemampuan calon
4) Tidak memerlukan ujian selari tegas (strict parallel test)
5) Statistik item dan kemampuan responden di dalam skala yang sama
Kebolehpercayaan menunjukkan ketekalan iaitu konsistensi sesuatu
ujian, namun ia tidak menandakan ketepatan atau kesahan ujian itu untuk
mengukur sesuatu konstruk psikologi. Kesahan yang tinggi menandakan
bahawa ujian psikometrik itu benar-benar mengkaji konstruk psikologi yang
dinyatakan dan tidak tersasar.
Pengukuran Rasch juga dapat memastikan kesahan melalui analisis
keputusan ujian psikometrik dari seg (Rasch 1980; Bond & Fox 2007):
1) Polariti item
2) Peta item-individu

3
3) Ketaksepadanan item-individu
4) Pengasingan item individu
5) Unidimensi
6) Kesepadanan item-individu
7) Skala pemeringkatan

Oleh itu, jurnal artikel yang dikaji di sini mengambil keputusan untuk
menghasilkan bukti empirikal mengenai kebolehpercayaan dan kesahan soal-
selidik gaya pembelajaram (eLSE) versi 8.1 dengan menggunakan Model
Pengukuran Rasch.

ii. METODOLOGI KAJIAN

Sampel kajian dan pengumpulan data


302 orang pelajar tahun 3 di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia telah diberikan soal-selidik ini, namun hanya 295 boleh diambil kira.
Soal-selidik diberikan ketika waktu kelas dengan kerjasama pensyarah dan
tujuan dan taklimat diberikan mengikut etika kajian. Soal-selidik disemak
secara manual sebelum dianalisis.

Soal-Selidik Kajian
Soal-selidik eLSE versi 8.1 digunakan sebagai alat ukur. Bahagian A
merupakan soalan berkaitan demografik manakala bahagian D adalah 30
soalan berkaitan gaya e-Pembelajaran dengan Skala Likert 5 pilihan iaitu
sangat setuju (5), setuju (4), tidak pasti (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak
setuju (1).
Jadual 1 menunjukkan nilai kebolehpercayaan menggunakan ujian alfa
Cronbach yang diperoleh melalui perisian SPSS daripada kajian rintis oleh
Rosseni (2009). Mengikut nilai alfa Cronbach kebolehpercayaan konstruk
visual adalah rendah iaitu <0.7 (0.487) namun ia dikekalkan di dalam ujian
untuk diuji dan dianalisa dengan lebih mendalam menggunakan Model Rasch
menggunakan perisian Winsteps.

4
Penganalisisan Data
Data disemak secara manual sebelum dianalisa menggunakan perisian
Winsteps untuk mendapatkan keputusan kesahan dan kebolehpercayaan
berasaskan Model Pengukuran Rasch.

iii. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kriteria Kesahan Pengukuran


Jadual 2 menunjukkan kriteria yang menentukan kesahan bagi soal
selidik eLSE versi 8.1. Wright dan Stone (1979) menyatakan syarat untuk
menghasilkan sesuatu pengukuran yang berguna adalah:
(i) penggunaan item yang sah dalam proses pengukuran yang
menentukan ukuran konstruk,
(ii) konsep dan definisi konstruk yang jelas dan selaras dengan teori,
(iii) pengujian item terhadap individu yang sesuai agar dapat
memberikan hasil yang konsisten dengan tujuan pengukuran
(iv) penggunaan corak respon yang sah.

5
Indeks Kebolehpercayaan
Jadual 3 menunjukkan kebolehpercayaan konstruk untuk responden
adalah 0.61 – 0.76, manakala untuk item 0.71-0.99 dan secara kesuluruhan
bagi reponden ialah 0.83, manakala untuk item 0.96. ini menandakan
kebolehpercayaan soal-selidik ini boleh dipercayai.

KESAHAN ITEM

Untuk memasikan kesahan item, pengkaji merujuk kepada koefisien


kolerasi ukuran itik atau point-measure correlation coefficient (PTMEA
CORR). Nilai PTMEA CORR adalah daripada 0.31-0.57 menandakan yang
soal-selidik ini dapat membezakan gaya pembelajaran yang dimiliki
responden.
Bagi nilai ketaksepadanan item-individu, analisis menunjukkan nilai min
kuasa dua infit item ialah 0.82 hingga 1.29 dan nilai min kuasa dua outfit item
ialah 0.80 hingga 1.40. Maka, dapat disimpulkan bahawa tiada item perlu
disingkirkan.

6
Dalam kajian ini juga, item individu disusun secara menaik mengikut skor
logit. Ia menunjukkan yang item-item boleh didefinisikan mengikut
kecenderungan individu terhadap sesuatu item, namun teori mengenai
kepelbagaian gaya belajar sedia ada tidak menyatakan keadaan gaya
pembelajaran sebagai satu kontinuum seperti itu.
Bagi analisis unidimensi pula, kajian menunjukkan varians reja sebanyak
29.6%, dan nilai empirikal menunjukkan 26.7. Hasil ini menunjukkan
kemungkinan wujudnya dimensi lain daripada kesuluruhan 6 konstruk
berlainan yang diukur oleh eLSE versi 8.1. Dapatan ini berkait rapat dengan
kajian-kajian lepas yang menunjukkan gaya belajar bukanlah terdiri daripada
satu dimensi yang terbentuk dari satu kontinum gaya belajar tetapi terdiri
daripada sekurang-kurangnya 3-6 atau lebih dimensi gaya belajar yang
berlainan, iaitu gaya belajar visual, auditori, kinestetik, taktual, gaya belajar

7
berkumpulan dan individu (Reid, 1984). Jelas bahawa soal-selidik eLSE versi
8.1 bersifat multidimensi dan bukannya unidimensi.
Satu pemetaan bagi taburan item-item dengan taburan kebolehan atau
kecenderungan responden juga dihasilkan kerana menurut Bond dan Fox
(2007) pemetaan ini adalah untuk menunjukkan hubungan antara kebolehan
pelajar dengan aras kesukaran item. Pemetaan ini menggambarkan
kebanyakan individu mempunyai aras kebolehan yang jauh lebih tinggi untuk
menjawab item paling sukar yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Ini
menunjukkan yang kesukaran soal-selidik sesuai dengan kebolehan
responden.

iv. IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Kajian terdahulu oleh Rosseni (2009) terhadap soal selidik eLSE versi
terdahulu iaitu 5.2 menunjukkan kebolehpercayaan yang lebih rendah
daripada kajian ini menggunakan alfa Cronbach tetapi cukup untuk diterima
bagi mengukur gaya e-Pembelajaran. Pengkaji mencadangkan hanya 5 dari 6
konstruk tersebut iaitu Visual, Auditori, Kinestetik, Taktual dan Kumpulan
sebagai konstruk yang sah dan boleh dipercayai untuk mengukur gaya e-
pembelajaran.
Dalam kajian di dalam jurnal artikel ini pula, dengan menggunakan Model
Pengukuran Rasch menunjukkan bahawa kebolehpercayaan soal-selidik
secara keseluruhannya cukup jitu. Pengkaji mencadangkan bahawa cara
pengutipan data yang kurang sesuai di dalam kajian sebelum ini dan juga
kelebihan dari Model Pengukuran Rasch adalah sebab mengapa hasil kajian
ini lebih jitu dari segi kepercayaan dan kesahan.
Namun begitu, pengkaji dari artikel jurnal ini juga mencadangkan kajian
akan datang dibuat kepada soal-selidik eLSE versi 8.1 dengan menggunakan
kaedah lain terutamanya permodelan persamaan berstruktur atau structural
equation modelling (SEM). Kaedah ini mempunyai kelebihan untuk menguji
kelemahan soal-selidik eLSE versi 8.1 yang didapati dari kajian ini iaitu
kemultidimensiaan konstruk.
Satu kontinum dalam kecenderungan pelajar dalam gaya e-pembelajaran
juga boleh didapati seperti gaya pembelajaran berkumpulan diikuti dengan

8
gaya pembelajaran taktual, kinestetik, auditori, visual dan akhir sekali
individual juga boleh didapati mengikut kaedah kajian yang lain.
Jelas kepelbagaian kajian yang dilakukan terhadap sesuatu ujian
psikomerik dapat memberikan penambahbaikan kepada ujian tersebut
terutamanya jika menggunakan kaedah-kaedah berbeza termasuk perisian
dan teori model yang berbeza.

v. RUMUSAN DARI KAJIAN


Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik adalah penting dan data
kajian juga perlu dipastikan ketepatan dan kemasukan datanya adalah seperti
yang dimaksudkan pengkaji demi memastikan kajian tersebut mencapai
objektif.
Walaupun kajian terdahulu telah menguji kesahan dan kebolehpercayaan
soal selidik, ia perlu diuji semula kerana hasil yang diperoleh sesuai untuk
tujuan dan sampel kajian tertentu terutamanya jika ia dianalisis dengan
kaedah Classical Test Theory atau True Score Test Theory (TSTT) sahaja.
Sebagai contoh keputusan kajian mungkin menunjukkan kekurangan pada
populasi berbeza.
Pengkaji juga merumuskan yang dapatan analisis Winsteps dapat
mencatatkan indeks kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan
responden yang tinggi dan dapat menyusun item mengikut hierarki kesukaran
item menunjukkan bahawa soal selidik Gaya e-Pembelajaran versi 8.1 yang
dikaji adalah boleh dipercayai dan sah.

vi. KESIMPULAN
Kajian menunjukkan kepentingan kesahan dan kebolehpercayaan
sesuatu ujian psikometrik untuk mendapatkan keputusan ujian yang terbaik
bagi sesuatu tujuan. Kajian berterusan dan pengemaskinian atau
penambahbaikan terhadap ujian psikometrik juga perlu dilakukan secara
berkala terutamanya pada zaman perkembangan teknologi dan sosial yang
pesat.
Etika di dalam kajian juga perlu wujud dalam setiap pengkaji untuk
melaporkan limitasi kajian dan kekurangan sesuatu kajian atau ujian

9
psikometrik supaya ianya dapat diambil kira oleh pengkaji seterusnya ataupun
pengguna ujian psikometrik.
vii. RUJUKAN

Bond T.G. & Fox C.M. 2007. Applying the Rasch Model Fundamental
Measurement in the Human Sciences. 2nd. Ed. New Jersey: Lawrence
Erlbaum Associates

Howard W. & Henry I.B. 1988. Test Validity. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates Publishers.

Linacre J.M. 2003. Winsteps Computer Program Version 3.48. Chicago:


www.winsteps.com (10 Sept. 2009).

Rasch G. 1980. Probabilistic models for some intelligence and attainment


tests. Chicago: The University of Chicago Press.

Reid J. 1984. Perceptual Learning Style Preferences Questionnaire.


Copyrighted by Reid. Available through Joy Reid, Department of English,
University of Wyoming, WY 82070.

Rosseni Din. 2009. Meaningful Hybrid E-Training Strategy for Computer


Training: A Structural Equation Modelling. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wright B.D. & Stone M.H. 1979. Best Test Design. Chicago, IL: MESA Press.

10

You might also like