You are on page 1of 2

a.

Bincangkan ciri-ciri personaliti “extrovert” yang dipamerkan oleh seorang


kanak-kanak yang didiagnosis sebagai “Autism Spectrum Disorder,” (ASD).

Manusia memiliki pelbagai sifat, dan dari sifat-sifat itulah akan mencerminkan
personalitinya. Extrovert ialah mereka lebih cenderung untuk berasa lebih bertenaga
dengan melibatkan diri dalam interaksi sosial dan persekitaran mereka.(Hsain & Suliman,
2015)
Ciri-ciri personaliti “extrovert” ialah orang yang tidak takut untuk mencuba perkara-
perkara baru. Mereka senang bersama orang. Malah mereka  lebih mempercayai diri
sendiri walaupun kadang-kadang berlebihan. Mereka juga tidak suka menyendiri. Mereka
seorang yang aktif dan suka berinteraksi dengan ramai orang. Selain itu, mereka senang
beraktiviti. Sikap terbuka dalam bersosial memang cukup sinonim dengan orang extrovert.
Mereka biasanya mempunyai kawan yang lebih ramai serta mudah untuk bergaul dengan
orang yang tidak dikenali. Namun ini tidak bermakna orang extrovert tiada kawan rapat. Ciri-
ciri ekstrovert individu dipengaruhi oleh faktor lain seperti umur, persekitaran, kepentingan
peribadi, dan pembangunan sosial.
Autism Spektrum Disorder (ASD) bermaksud kepada kumpulan gangguan
perkembangan neurologi yang kompleks dan dicirikan oleh corak tingkah laku berulang dan
kesukaran dalam interaksi dan komunikasi sosial. Gejala yang ditunjukkan berlaku seawal
kanak-kanak dan boleh menjejaskan fungsi harian. Istilah 'spektrum' merujuk kepada
pelbagai gejala, kemahiran, dan tahap ketidakupayaan dalam berfungsi yang boleh berlaku
pada individu dengan ASD. Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa dengan ASD dapat
melaksanakan semua aktiviti kehidupan seharian sementara yang lain memerlukan
sokongan yang cukup untuk melakukan aktiviti asas.(Nolan, 2020)
Tingkah laku dan corak pemikiran kanak-kanak ASD berkembang dengan cara yang
berbeza. Kanak-kanak ASD mungkin mempunyai tahap kesukaran komunikasi yang
mempengaruhi interaksi sosial. Mereka mungkin mempunyai masalah dengan bercakap,
komunikasi bukan lisan, hubungan mata atau membuat diri mereka difahami; atau menerima
dan mendapati sukar untuk memahami orang lain, khususnya tentang emosi dan
komunikasi secara tidak langsung.
ASD seringkali dikaitkan personaliti yang introvert, Namun begitu, sesetengah
individu yang mempunyai ASD boleh menunjukkan ciri-ciri ekstrovert. Beberapa ciri - ciri
ekstrovert yang boleh dilihat pada individu yang mempunyai ASD. Kanak-kanak ASD yang
ekstrovert lebih terbuka dan mudah didekati oleh orang lain. Mereka mudah terlibat dalam
interaksi sosial dan menunjukkan minat untuk memulakan perbualan atau persahabatan.
Malah mereka sering mempamerkan tahap tenaga, keseronokan, dan semangat yang tinggi,
terutamanya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti atau topik yang mereka nikmati.
Mereka mungkin menunjukkan ekspresi luaran tentang minat dan keinginan mereka

You might also like