You are on page 1of 1

E PEMBELAJARAN M4: EDUP 3093

BUAT KESIMPULAN TERHADAP PENCAPAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

= Pada pendapat saya, falsafah pendidikan pada mulanya ialah falsafah esensialisme, iaitu yang
mengutamakan pengajaran-pembelajaran ilmu klasik yang mendasari tauhid, akidah, iman, fiqah,
jiwa Al-Quran bagi insan Islam dan masyarakat Islam. Kemudiannya, dalam pemerintahan Inggeris
pula, selama satu setengah abad, pemerintah kolonial dan kapitalis memperkenalkan falsafah
pragmatisme, yang mementingkan pendidikan sekolah dan kolej vokasional untuk melatih tenaga
kerja bagi menyokong insutri kolonial. Falsafah pendidikan ini berlanjutan hingga era 1970-an. Pada
tahun 1980-an hingga awal abad 2000 faksafah pendidikan berubah kepada falsafah progresivisme
yang mengutamakan integrasi mata pelajaran dan pembelajaran berfokus-murid. Pada dekad 2010-
an ini, falsafah pendidikan berbalik kepada pragmatisme yang menegaskan pula pendidikan
berasaskan keberhasilan sama ada di sekolah ataupun universiti. Ini sejajar dengan konsep
akauntabiliti. Lantaran kini falsafah yang ada ialah progresivismepragmatisme. Apa pun pendidikan
di Malaysia wajar memberi perhatian kepada 16 bidang literasi dan pendekatan pembelajaran
eksperiansial untuk membina masyarakat dan negara bangsa cemerlang di peringkat internasional.

You might also like