You are on page 1of 1

PERBINCANGAN PERNYELESAIAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Seperti yang dimaklum,peristiwa 13 mei 1969 memberi impak yang besar kepada negara serta rakyat
di negara ini. Prof Dr Teo Kok Seong pernah berkata, “ Peristiwa 13 Mei memberi peringatan
tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan
semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa,”.

Melalui dasar ekonomi baru ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara
golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidak seimbangan kekayaan
terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak
puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah
memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani
nelayan dan pesawah.

Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan
semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan
kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang
perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi
kaum Bumiputera pada tahun 1990.

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor
laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan
1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan
kegiatan kokurikulum yang sama. Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan
agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar
ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan
membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.

You might also like