You are on page 1of 15

BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR

GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

BBGO4103
ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

NAME:

Villino Binti Sangkar

STUDENT NO:

940121126890001

EMAIL:

villinoenno@gmail.com

MOBILE NO

019-8026890

1
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3-4

2.0 Soalan Temu BuaL 4-5

3.0 Transkrip Temu Bual 5-11

4.0 Dapatan Daripada Temu Bual 11-12

5.0 Cadangan 12

6.0 Kesimpulan 13

Rujukan 14

2
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

1.0 Pengenalan
Penularan pandemik COVID-19 telah mewujudkan suatu norma baharu dalam
budaya kerja apabila hanya sektor-sektor tertentu sahaja yang dibenarkan
beroperasi secara bersemuka di pejabat atau ditempat kerja. Kebanyakan sektor
ekonomi yang melibatkan kerja perkeranian dan kerja pejabat pula perlu menjalani
norma baharu dengan cara Bekerja Dari Rumah (BDR).BDR merupakan salah satu
elemen dalam Pengaturan Waktu Kerja Fleksibel yang diaplikasikan secara meluas
di negara-negara maju. Di Malaysia, hampir 90 peratus syarikat korporat
menawarkan sekurang-kurangnya salah satu daripada elemen Pengaturan Waktu
Kerja Fleksibel, namun kebanyakannya gagal dari sudut implementasi (Talent Corp,
2018).

Waktu Kerja Fleksibel berdasarkan tafsiran Legge (1974) bermaksud pekerja


diberi pilihan tempoh masa bekerja dalam jangka waktu yang disepakati; sama ada
sehari atau seminggu, atau sebulan untuk bekerja mengikut jumlah jam
kebiasaannya. Workplace Flexibility (2010), Georgetown University Law Center pula
mentakrifkan pengaturan Waktu Kerja Fleksibel merupakan salah satu spektrum
struktur kerja yang mengubah waktu atau tempat, atau kedua-duanya untuk
menyelesaikan kerja secara berkala.Penulisan ini adalah untuk menyatakan
gambaran secara kasar mengenai realiti implementasi Pengaturan Kerja Fleksibel di
negara ini, seterusnya menyentuh mengenai kepentingan dan cabaran dihadapi
majikan dalam membudayakan fleksibiliti kerja dalam organisasi mereka. Di samping
itu juga, cadangan penambahbaikan polisi pengaturan kerja fleksibel sedia ada turut
diberikan agar sedikit sebanyak membantu pihak yang berautoriti dalam
menerapkan pengaturan kerja fleksibel dalam budaya kerja di negara ini.

Bentuk Pengaturan Waktu Kerja Fleksibel

Terdapat banyak elemen dalam pengaturan waktu bekerja fleksibel.


Antaranya ialah masa “boleh ubah” (flexitime), tahun boleh ubah (flexiyear)
pekerjaan separuh masa, bekerja dari rumah, dan telekerja. Waktu Kerja Fleksibel
wujud dalam pelbagai bentuk iaitu masa “boleh ubah” atau perkongsian kerja. Masa
“boleh ubah” dalam konteks ini bermaksud memberi peluang kepada pekerja untuk

3
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

menentukan waktu bekerja, iaitu tidak lebih daripada lapan jam dalam satu hari
mengikut Akta Kerja 1955 (Noor Rahamah 2013).

Dalam erti kata lain, pekerja boleh memilih waktu untuk memulakan dan
mengakhiri masa bekerja dengan memenuhi syarat lapan jam sehari. Sebagai
contoh, selain bermula jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, pekerja juga boleh
memilih untuk mula bekerja seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.
Dalam kaedah flexiyear pula, jumlah jam bekerja ditentukan bagi satu tahun dan
individu bebas memilih waktu kerja bagi mencapai kuota tahunan jumlah jam bekerja
tersebut (Noor Rahamah, 2013). Sebagai contoh, pekerja diberi pilihan untuk
bekerja dalam waktu yang panjang untuk suatu tempoh tertentu dan waktu kerja
yang pendek semasa cuti persekolahan. Walau bagaimanapun, sistem pembayaran
gaji yang sama setiap bulan dan manfaat pekerja seperti insurans kesihatan, cuti
tahunan, kursus latihan dan bonus tahunan dikekalkan. Pekerjaan separuh masa
melibatkan waktu kerja yang lebih pendek daripada waktu kerja biasa dan selalunya
dikaitkan dengan status yang lebih rendah (Noor Rahamah, 2013). Melalui
pekerjaan separuh masa ini, individu bebas menentukan waktu kerja mereka sesuai
jadual peribadi seharian. Contohnya, pekerja boleh memilih untuk bekerja pada
waktu sebelah pagi iaitu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari atau pada sesi petang
iaitu dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang.

2.0 Soalan Temu Bual

1.Adakah Kepentingan Waktu Bekerja Fleksibel dapat Menyelesaikan isu


keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan pekerja seterusnya dapat
meningkatkan prestasi kerja mereka?

2.Ramai mengatakan bahawa pengaturan kerja yang fleksibel dapat meningkatkan


kadar produktiviti seseorang individu.Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

3.Bagaimana pula dengan pekerja yang memiliki kelainan upaya.Adakah pengaturan


kerja yang fleksibel dapat meningkatkan kadar produktiviti atau prestasi kerja
mereka?

4. Adakah anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh (Babin Dhas, 2015)
yang mengatakan Persekitaran kerja yang sihat ini akan membantu pekerja
mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi seterusnya mampu meningkatkan

4
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

produktiviti kerja dalam sesebuah organisasi.Boleh bagi pendapat berkaitan kajian


ini?

5.Adakah anda bersetuju prestasi kerja seseorang itu dapat ditingkatkan apabila
sesebuah organisasi memberikan pelbagai insentif seperti kenaikan pangkat dan
gaji, bonus, anugerah, dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti?

6. Sistem penilaian produktiviti pekerja harus jelas, konsisten dan dilakukan secara
berkala. Prestasi yang dicapai dimaklumkan kepada pekerja oleh pihak pengurusan
dari semasa ke semasa.Adakah perlu sesebuah organisasi melakukan hal ini dalam
sistem pengaturan kerja fleksibel?

3.0 Transkrip Temu Bual

3.1 N1

1.Adakah Kepentingan Waktu Bekerja Fleksibel dapat Menyelesaikan isu


keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan pekerja seterusnya dapat
meningkatkan prestasi kerja mereka?

Keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya akan diperoleh apabila seseorang


pekerja berjaya mendapatkan suatu persekitaran kerja yang positif dan saling
menyokong. Persekitaran kerja yang sihat ini akan membantu pekerja mengimbangi
kerjaya dan kehidupan peribadi seterusnya mampu meningkatkan produktiviti kerja
dalam sesebuah organisasi. Secara purata, setiap individu yang bekerja
menghabiskan lebih 80 peratus waktu siang hari untuk bekerja. Sekiranya situasi ini
tidak disokong oleh suatu persekitaran yang positif dan tidak membebankan
seseorang individu, ianya bakal menimbulkan konflik antara kerjaya dan kehidupan.

2.Ramai mengatakan bahawa pengaturan kerja yang fleksibel dapat meningkatkan


kadar produktiviti seseorang individu.Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Penyusunan waktu kerja fleksibel membolehkan seseorang pekerja menetapkan


waktu mereka akan memulakan kerja yang perlu disiapkan. Setiap individu
mempunyai waktu produktif yang berbeza-beza. Sesetengah orang, waktu paling

5
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

produktif untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan adalah pada tengah malam atau
awal pagi. Manakala bagi sesetengah individu pula, mungkin sudut yang paling
terceruk dan sunyi adalah tempat yang paling sesuai untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan. Menurut kajian, dalam tempoh lapan jam bekerja, secara purata
setiap individu hanya mempunyai tiga jam sahaja waktu yang benar-benar produktif.
Selebihnya, pekerja ‘diganggu’ pelbagai aktiviti tidak produktif yang mengganggu
tahap konsentrasi pekerja seperti melayari laman media sosial.

3.Bagaimana pula dengan pekerja yang memiliki kelainan upaya.Adakah pengaturan


kerja yang fleksibel dapat meningkatkan kadar produktiviti atau prestasi kerja
mereka?

Jadual waktu bekerja piawai kurang menekankan keanjalan waktu yang diperlukan
oleh pekerja kelainan upaya. Golongan ini kebiasaannya mempunyai jadual
perawatan tersendiri di premis-premis kesihatan pada hari bekerja. Bagi orang
kelainan upaya pula, mereka memerlukan penyusunan kerja yang fleksibel untuk
mengurangkan tekanan di samping menyesuaikan jadual kerja dengan sesi rawatan
dan lain-lain keperluan mereka. Selain itu juga, sesetengah lokasi tempat kerja tidak
dapat diakses dengan baik oleh orang kelainan upaya disebabkan faktor geografi
selain orang kelainan upaya tidak mempunyai tahap ketersampaian yang baik
terhadap kaedah pengangkutan ke tempat kerja. Justeru, dengan wujudnya polisi
penyusunan waktu kerja fleksibel ini akan sangat membantu memperkasakan
golongan yang amat memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk terus
bekerja dan menyumbang kepada produktiviti negara.

4. Adakah anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh (Babin Dhas, 2015)
yang mengatakan Persekitaran kerja yang sihat ini akan membantu pekerja
mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi seterusnya mampu meningkatkan
produktiviti kerja dalam sesebuah organisasi.Boleh bagi pendapat berkaitan kajian
ini?

Terima kasih atas soalan yang mencabar ini.Secara individu saya setuju dengan
kajian yang dilakukan oleh Babin Dhas bahawa Keseimbangan antara kehidupan
dan kerjaya akan diperoleh apabila seseorang pekerja berjaya mendapatkan suatu
persekitaran kerja yang positif dan saling menyokong. Persekitaran kerja yang sihat
ini akan membantu pekerja mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi

6
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

seterusnya mampu meningkatkan produktiviti kerja dalam sesebuah organisasi.


Sekiranya situasi ini tidak disokong oleh suatu persekitaran yang positif dan tidak
membebankan seseorang individu, ianya bakal menimbulkan konflik antara kerjaya
dan kehidupan. Namun, daripada kebanyakan faktor yang menyumbang kepada
konflik kerja dan keluarga, didapati jumlah waktu yang dihabiskan sehari di tempat
kerja menjadi faktor penyebab yang paling kuat mewujudkan konflik seterusnya
keseimbangan kerja dan kehidupan tidak mampu dicapai oleh pekerja.

5.Adakah anda bersetuju prestasi kerja seseorang itu dapat ditingkatkan apabila
sesebuah organisasi memberikan pelbagai insentif seperti kenaikan pangkat dan
gaji, bonus, anugerah, dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti?

Terima Kasih sebelumnya.Saya amat bersetuju berkaitan perkara ini.Sekiranya


sesebuah firma, syarikat atau organisasi dapat memberikan semua ini kepada
pekerja mereka, pada saya tidak ada alasan kenapa seseorang individu/pekerja
tersebut tidak dapat meningkatkan prestasi kerja mereka dalam meningkatkan
produktiviti sesebuah organisasi walaupun bekerja dalam pengaturan kerja fleksibel.

6. Sistem penilaian produktiviti pekerja harus jelas, konsisten dan dilakukan secara
berkala. Prestasi yang dicapai dimaklumkan kepada pekerja oleh pihak pengurusan
dari semasa ke semasa.Adakah perlu sesebuah organisasi melakukan hal ini dalam
sistem pengaturan kerja fleksibel?

Ianya amat perlu sesebuah organisasi melaksanakan satu sistem penilaian.Pekerja


akan menjadi fokus apabila matlamat pencapaian bisnes berpadanan dengan
matlamat pencapaian diri. Bagi tujuan ini, komunikasi yang efisien antara majikan
dan pekerja adalah penting. Pekerja harus dibekalkan dengan garis panduan dan
semua maklumat tentang pekerjaan yang dijalankannya. Pekerja juga perlu
memahami dengan baik semua rutin dan proses-proses kerja supaya pekerja jelas
bagaimana usaha dan ketekunan mereka mempengaruhi pencapaian matlamat dan
prioriti bisnes firma berkenaan serta output yang dikeluarkan.

3.2 N2

1.Adakah Kepentingan Waktu Bekerja Fleksibel dapat Menyelesaikan isu


keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan pekerja seterusnya dapat
meningkatkan prestasi kerja mereka?

7
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

Menurut pandangan saya secara peribadi, saya bersetuju bahawa kepentingan


waktu bekerja fleksibel dapat menseimbangkan ketrja dengan kehidupan peribadi
seseorang.Jika waktu bekerja fleksibel digunakan dalam sesebuah organisasi
pekerja dapat menyusun atur jadual kerja dengan kehidupan peibadi seterusnya
dapat mengurangkan tekanan kepada pekerja kerana mengeja antara waktu bekerja
dengan urusan peribadi.

2.Ramai mengatakan bahawa pengaturan kerja yang fleksibel dapat meningkatkan


kadar produktiviti seseorang individu.Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Saya bersetuju dengan pernyataan ini, rasionalnya adalah seseorang pekerja itu
tidak terikat dengan masa bekerja yang ditetapkan.Pekerja dapat menyusun jadual
kerja dengan lebih teratur mengikut keutamaan kerja yang perlu diselesaikan
dahulu.Jika jadual kerja ditetapkan oleh sesebuah organisasi kepada setiap pekerja,
ini akan menimbulkan tekanan kepada pekerja seterusnya akan merendahkan tahap
kecekapan pekerja dalam menyelesaikan sesuatu kerja yang diberikan.Keadaan ini
mungkin akan menjatuhkan produktiviti seseorang individu.

3.Bagaimana pula dengan pekerja yang memiliki kelainan upaya.Adakah pengaturan


kerja yang fleksibel dapat meningkatkan kadar produktiviti atau prestasi kerja
mereka?

Menurut saya, perkara ini agak sukar untuk ditentukan.Pekerja kelainan upaya
sudah pasti cara bekerja tidak sama dengan mereka yang mempunyai fizikal yang
sempurna.Pergerakkan pekerja kelainan upaya ini agak terbatas mengikut
kekurangan yang mereka alami.Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa
golongan ini juga mempunyai kelebihan tertentu dalam menyelesaikan sesuatu kerja
mengikut kemampuan mereka.Sesebuah organisasi seharusnya tidak
mendiskriminasi golongan ini.Mereka juga mempunyai hak yang sama dengan
pekerja normal.Pengaturan kerja yang fleksibel untuk golongan ini amat sesuai bagi
mengekalkan kadar produktiviti mereka dalam sesebuah organisasi.

4. Adakah anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh (Babin Dhas, 2015)
yang mengatakan Persekitaran kerja yang sihat ini akan membantu pekerja
mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi seterusnya mampu meningkatkan

8
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

produktiviti kerja dalam sesebuah organisasi.Boleh bagi pendapat berkaitan kajian


ini?

Ya, saya amat bersetuju.Sesebuaah orgaanisasi seharusnya melihat perkara ini dari
sudut yang positif.Persekitaran kerja yang sihat serta kondusif membuat seseorang
individu akan berasa selesa bekerja ditempat tersebut.Namun, saya kurang
bersetuju keadaan ini mampu mengimbangi kerjaaya dan kehidupan peribadi
individu seterusnya meningkatkan produktiviti kerja, ini disebabkan prestasi kerja
serta produktiviti individu bergantung kepada diri sendiri, kemahiran, semangat kerja
serta komitmen dalam menyelesaikan kerja yang diamanahkan.Jelasnya Oragnisasi
tidak serratus peritus berkait rapat dengan prestasi kerja atau produktiviti individu.

5.Adakah anda bersetuju prestasi kerja seseorang itu dapat ditingkatkan apabila
sesebuah organisasi memberikan pelbagai insentif seperti kenaikan pangkat dan
gaji, bonus, anugerah, dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti?

Saya amat bersetuju dengan soalan ini. Pemberian insentif oleh organisasi kepada
pekerja secara individu seperti yang cik sebutkan ini merupakan satu tindakan bijak
sesebuah organisasi dalam meningkatkan produktiviti individu seterusnya dapat
meningkatkan lagi produktiviti organisasi.Secara tidak langsung individu akan
bekerja dengan baik kerana insentif ini diberikan oleh organisasi berdasarkan
penilaian prestasi individu dalam menyelesaikan sesuatu kerja yang diberikan oleh
organisasi tersebut.

6. Sistem penilaian produktiviti pekerja harus jelas, konsisten dan dilakukan secara
berkala. Prestasi yang dicapai dimaklumkan kepada pekerja oleh pihak pengurusan
dari semasa ke semasa.Adakah perlu sesebuah organisasi melakukan hal ini dalam
sistem pengaturan kerja fleksibel?

Saya amat bersetuju penilaian produktiviti pekerja secara individu harus


diperjelaskan oleh organisasi bagi membolehkan pekerja mengetahui apa yang
diperlukan oleh organisasi bagi setiap kerja yang diberikan.Penilaian pula haruslah
konsisten berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh organisasi
tersebut.

3.2 N3

9
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

1.Adakah Kepentingan Waktu Bekerja Fleksibel dapat Menyelesaikan isu


keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan pekerja seterusnya dapat
meningkatkan prestasi kerja mereka?

Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Kepentingan waktu bekerja fleksibel
memang baik untuk setiap individu.Tetapi isu keseimbangan antara kehidupan
peribadi dengan kerja adalah dua perkara yang berbeza.Kehidupan peribadi adalah
tanggungjawab individu untuk mengurus sendiri kehidupan mereka agar tidak
mengganggu rutin tugas harian mereka.Prestasi pekerja bukan bergantung kepada
waktu bekerja fleksibel, tetapi ianya menjurus kepada komitmen individu tersebut
dalam menyelesaikan kerja yang diamanahkan oleh organisasi kepadanya. Tidak
ada kaitan dengan organisasi.

2.Ramai mengatakan bahawa pengaturan kerja yang fleksibel dapat meningkatkan


kadar produktiviti seseorang individu.Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Terima kasih atas soalan ini. Sebahagian kecil darpada soalan ini saya
bersetuju.Tetapi, dalam situasi ini kedua-duanya haruslah memainkan peranan
masing-masing iaitu factor individu dan juga factor organisasi.Saya mengatakan
demikian kerana prestasi kerja individu bergantung kepada sejauh mana
komitmennya terhadap kerja yang diberikan.Jika sesebuah organisasi sudah
memberikan penerangan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan tetapi pekerja
membuat perkara tersebut sambal lewa juga boleh dikatakan bahawa pekerja
tersebut belum mencapai tahap prestasi yang sepatutnya.Sementara, organisasi
pula jika gagal menyediakan persekitaran tempat kerja yanag sihat dan kondusif
serta menyediakan keperluan asas yang mencukupi juga merupakan salah satu
factor prestasi kerja individu tersebut tidak mencapai tahap optimum.Dalam Situasi
ini kedua-dua pihak ada peranan masing-masing dalam peningkatan produktiviti
sama ada secara indivifu atau melibatkan organisasi tersebut.

3.Bagaimana pula dengan pekerja yang memiliki kelainan upaya.Adakah pengaturan


kerja yang fleksibel dapat meningkatkan kadar produktiviti atau prestasi kerja
mereka?

Perkara ini merupakan sesuatu yang sedikit rumit untuk ditangani,


walaubagaimanapun, saya lebih bersetuju jika factor organisasi lebih memainkan

10
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

peranan penting dalam perkara ini.Sebaiknya pengaturan kerja fleksibel bagi


golongan ini pihak organisasi perlu titik beratkan.Golongan ini tidak seharusnya
dipaksa mengikut jadual waktu bekerja sedia ada tetapi memberikan sedikit
kelongggaran bagi mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut
kesesuaian dan keselesaan mereka.Disini, faktor organisasi adalah yang paling
utama memainkan peranan mereka yang sepatutnya.

4. Adakah anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh (Babin Dhas, 2015)
yang mengatakan Persekitaran kerja yang sihat ini akan membantu pekerja
mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi seterusnya mampu meningkatkan
produktiviti kerja dalam sesebuah organisasi.Boleh bagi pendapat berkaitan kajian
ini?

Secara peribadi saya bersetuju dengan perkara ini.Persekitaran kerjaa yang


kondusif dapat membantu meningkatkan prestasi pekerja.Tetapi berkaitan dengan
kehidupan peribadi, saya kurang bersetuju kerana kehidupan peribadi tidak ada
kaitan dengan organisasi untuk menyusun atur tetapi lebih kepada factor individu
tersebut untuk mengatasinya.

5.Adakah anda bersetuju prestasi kerja seseorang itu dapat ditingkatkan apabila
sesebuah organisasi memberikan pelbagai insentif seperti kenaikan pangkat dan
gaji, bonus, anugerah, dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti?

Jawapan saya untuk soalan ini adalah ringkas sahaja.Saya memang bersetuju,
pekerja yang menunjukkan komitmen tinggi dalam pekerjaan haruslah diberikan
ganjaran dan penghargaan oleh pihak organisasi untuk meningkatkan lagi prestasi
kerja mereka.

6. Sistem penilaian produktiviti pekerja harus jelas, konsisten dan dilakukan secara
berkala. Prestasi yang dicapai dimaklumkan kepada pekerja oleh pihak pengurusan
dari semasa ke semasa.Adakah perlu sesebuah organisasi melakukan hal ini dalam
sistem pengaturan kerja fleksibel?

Secara ringkasnya, pada pendapat saya ianya perlu.Organisasi haruslah


menyediakan sat ugaris panduan yang lengkap dan teratur untuk membuat penilaian
kepada pekerja secara konsisten.Dalam hal ini, organisasi memainkan peranan

11
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

yang amat penting bagi menjamin prestasi pekerja sentiasa dalam tahap yang
optimum.

4.0 Dapatan Daripada Temu Bual

4.1 Faktor-faktor Individu

Hasil dapatan daripada temubual kepada ketiga-tiga responden dapatlah


disimpulkan bahawa mereka amat bersetuju bahawa faktor individu juga memainkan
peranan penting dalam meningkatkan prestasi kerja individu.Contohnya, komitmen
dalam kerja serta rasa tanggungjawab dalam meningkatkan prestasi kerja kepada
yang lebih optimum lagi.Walaubagaimanapun ada juga individu yang tidak bersetuju
bahawa pengaturan kerja fleksibel tidak ada kaitan dengan prestasi kerja individu
tetapi lebih kepada komitmen dan semangat kerja individu tersebut.

4.2 Faktor-Faktor Organisasi.

Hasil daripada soalan yang diajukan dalam sesi temu bual dengan ketiga-tiga
pekerja yang ditemubual, rata-rata bersetuju jika faktor organisasi juga memainkan
peranan penting dalam menentukan prestasi kerja dalam pengaturan kerja yang
fleksibel.Terdapat juga pro dan kontra yang melibatkan faktor organisasi terutama
bagi pekerja golongan kelainan upaya.Kesemua yang ditemubual mengatakan
bahawa organisasi haruslah bertolak ansur dengan golongan ini bagi memudahkan
mereka bekerja mengikut kesesuian dan keselesaan mereka.Justeru itu, pengaturan
kerja yang fleksibel amat sesuai bagi golongan ini.Selain daripada itu organisasi juga
haruslah menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan kondusif dengan
menyediakan semua keperluan asas yang diperlukan untuk pekerja lebih
berproduktiviti.

5.0 Cadangan

5.1 Untuk Pengurus

a. Majikan boleh mengguna pakai sistem Key Performance Indicator (KPI) pekerja
untuk memastikan hanya pekerja yang benar-benar layak sahaja dibenarkan

12
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

menjalani jadual kerja fleksibel. Sebagai contoh, majikan boleh menawarkan jadual
kerja fleksibel kepada mana-mana pekerja yang mencapai KPI yang ditetapkan
syarikat sama ada KPI tersebut diukur secara bulanan, setengah tahun atau
tahunan.

5.2 Untuk Jabatan Sumber Manusia

a. Menyediakan satu garis panduan yang lengkap berkaitan penggunaan


pengaturan kerja yang fleksibel yang boleh diguna pakai oleh sector kerajaan dan
sector swasta bagi mengelakkan jurang waktu bekerja antara dua sektor agar ianya
lebih sama rata dan tidak terlalu membebankan pekerja dan organisasi.

6.0 Kesimpulan

Fleksibiti dalam jadual kerja nyata memberi lebih kepuasan terhadap pekerja,
seterusnya bertindak sebagai pemacu produktiviti negara. Seorang pekerja yang
bagus bukanlah yang mampu bekerja dalam tempoh yang panjang, tetapi hasil yang
diberikan tidak setimpal dengan tempoh masa yang digunakan. Sebaliknya, pekerja
yang hebat ialah pekerja yang produktif, mampu mengeluarkan output berkualiti
walaupun hanya bekerja dalam tempoh yang relatifnya adalah singkat. Dalam
menjayakan pembudayaan pengaturan kerja fleksibel dalam masyarakat di negara
ini, pihak majikan dilihat sebagai suatu entiti yang memainkan peranan paling
penting.

Di samping itu, Kerajaan turut disaran untuk membantu pihak majikan


sebagai pemudahcara dengan mengeluarkan garis panduan yang tepat, seiring
dengan matlamat negara ke arah mencapai status negara maju. Namun, walaupun
pihak majikan dan Kerajaan yang perlu lebih komited ke arah pelaksanaan
pengaturan kerja fleksibel ini, pekerja juga mempunyai peranannya yang tersendiri.

13
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

Sebagai seorang pekerja yang mengharapkan pelbagai kelebihan disajikan oleh


majikan, pekerja juga perlu berusaha ke arah menerapkan pemikiran kelas pertama
dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Rujukan

Noralai Ismail dan Norhasni Zainal Abidin (2010).Tinjauan Faktor-faktor yang


mempengaruhi Komitmen Pekerja terhadap Organisasi. Dinamika Sosial Ekonomi,
Volume 6, No. 1Mei 2010.
http://www.kopertis6.or.id/journal/index.php/sosek/article/view/8/8

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 2. 2005. Garis panduan bagi


mewujudkan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau key performance indicators
(KPI) dan melaksanakan pengukuran prestasi di agensi kerajaan. Jabatan Perdana
Menteri Malaysia.

Rambli Haji Hasbi (2001). Perkaitan Kepuasan Kerja dengan Prestasi Kerja di
kalangan Pekerja di Industri Pembuatan. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.

14
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR
GELAGAT ORGANISASI
JANUARY SEMESTER 2022

Liza Mokhtar. (2020, Januari 16). Sinar Harian. Didapatkan dari Kerja empat hari
seminggu: Idea gila atau bijaksana:
https://www.sinarharian.com.my/article/66129/BERITA/Nasional/Kerja-empathari-
seminggu-Idea-gila-atau-bijaksana

Fuad, M. S. (2020, June 11). Pengaturan kerja fleksibel disambut baik, perlu garis
panduan - Kesatuan Sekerja. Retrieved from Bernama:
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid19.php?id=1850416

Ismail, F. A. (2017, November 20). Fleksibiliti tempat kerja tingkat produktiviti


pekerja. Didapatkan dari Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/353123/fleksibilititempat-kerja-
tingkat-produktiviti-pekerja

15

You might also like