You are on page 1of 3

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN TAHUN 2010

NAMA PEGAWAI : MOHD. NOOR RIDHWAN LEE B. ABDULLAH

NO. FAIL JABATAN : JP(Sb)/01579

NAMA SEKOLAH : SMK WESTON, PETI SURAT 197, 89808 BEAUFORT, SABAH

ULASAN PEMBACAAN BUKU 2

TARIKH BACAAN : 20 Mei – 26 Mei 2010

TAJUK : WAWASAN PENDIDIKAN – AGENDA PENGISIAN

PENGARANG : DATUK DR WAN MOHD ZAHID MOHD NOORDIN

(BEKAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA)

PENERBIT : NURIN ENTERPRISE, KUALA LUMPUR

TAHUN : 1993

ULASAN :

Secara keseluruhannya buku ini cuba menerangkan tentang wawasan pendidikan negara dan
matlamatnya untuk mencapai Wawasan 2020. Selain itu, buku ini cuba mengetengahkan
kepentingan Falsafah Pendidikan Negara yang telah diungkapkan secara rasmi pada tahun
1988. Dr Wan Zahid banyak mengulas tentang peranan sistem pendidikan dalam melahirkan
tenaga mahir bagi menjayakan Wawasan 2020. Peranan sistem pendidikan begitu penting
kerana pendidikan melahirkan sumber manusia yang berguna kepada negara. Bagi beliau,
selain penekanan kepada kemahiran, nilai-nilai murni juga perlu diterapkan dalam pendidikan.
Ia juga selaras dengan 9 cabaran utama yang dinyatakan dalam Wawasan 2020.

Perkara penting yang cuba dinyatakan dalam buku ini lebih menumpu kepada aspek wawasan
dalam sistem pendidikan negara. Seperti mana Wawasan 2020 yang penting bagi memaju
pembangunan dan pemodenan negara, wawasan pendidikan juga penting supaya memastikan
sistem pendidikan dapat berfungsi melahirkan tenaga kerja dan sumber manusia yang
sempurna. Apatah lagi, sistem pendidikan sangat berkait rapat dalam menjayakan Wawasan
2020. Banyak ciri-ciri yang diterangkan oleh Dr Wan Zahid bagi mewujudkan sistem pendidikan
berwawasan dan berdaya maju.
Dalam memastikan perkara ini, menurut Dr Wan Zahid, antaranya ialah peningkatan mutu
pengurusan dan pengajaran di sekolah yang boleh diambil sebagai panduan oleh kalangan
pendidik terutamanya pentadbir sekolah. Pengurusan tidak seharusnya bersifat statik atau
'reflective rationality' (menurut arahan orang atasan) semata-mata, tetapi pengurusan perlu
lebih dinamik. Pihak pentadbir perlu menggalakkan orang bawahan lebih kreatif dan proaktif
untuk mewujudkan suasana dinamik di dalam pentadbiran sekolah. Ini sekaligus dapat
mendorong pendidik memacu peningkatan kualiti kepada mutu pengajaran dalam bilik darjah.

Selain itu, beliau juga menjelaskan corak pengurusan dan kepimpinan yang baik dan perlu
diamalkan oleh warga yang terlibat dalam sistem pendidikan. Beliau tidak hanya merujuk
kepada guru atau guru besar saja, tetapi juga melibatkan pegawai-pegawai di peringkat
kementerian dan pejabat pendidikan. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, namun
perancangan dan penetapan matlamat pendidikan dirangka di peringkat kementerian dan
jabatan, manakala pihak sekolah hanya menjalankan apa yang telah dirancang. Sudah tentu
pengurus dan pemimpin yang dimaksudkan adalah pihak atasan, selain guru besar yang
mentadbir sekolah.

Selain meningkatkan kualiti pentadbiran, Dr Wan Zahid menegaskan perlunya aspek penekanan
nilai murni diterapkan dalam silibus pendidikan. Beliau juga menekankan pentingnya aspek
pendidikan Islam kepada sistem pendidikan. Bagi menjelaskan perlunya aspek ini, beliau
mengulas perubahan dalam sistem pendidikan sejak awal kemerdekaan hinggalah pada masa
kini (tahun berkenaan). Misalnya pengwujudan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan juga
penerapan pendidikan berunsur Islamiyah dan moral. Dari situ, dapat dilihat kekurangan yang
masih wujud dan alasan mengapa perlunya pembaharuan tersebut.

Dr. Wan Zahid juga turut menyentuh peranan dan perlunya penglibatan ibu-bapa terhadap
sistem pendidikan anak-anak di sekolah melalui PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru). Beliau juga
turut memberi contoh pembaharuan yang dilakukan di US dalam mengkaji kepentingan
penglibatan ibubapa kepada pendidikan anak-anak.

Apa yang menariknya buku ini ialah Dr Wan Zahid menjelaskan bagaimana kaedah dan cara
membina sistem pendidikan yang berwawasan. Selain itu beliau memperlihatkan kaitan antara
sistem pendidikan dan kepentingannya terhadap Wawasan 2020. Selain itu perincian terhadap
ciri-ciri pemimpin dan pengurus yang baik kepada sistem pendidikan juga turut dimuatkan
dalam buku ini.

Buku ini sesuai dibaca oleh pihak pentadbir dan pengurus yang terlibat dalam sistem
pendidikan. Bukan sahaja peringkat sekolah, tetapi juga pentadbir pusat pengajian tinggi.
Walaupun sudah diterbitkan agak lama, namun isinya masih relevan pada hari ini, kerana apa
yang diperkatakan, masih belum terlaksana dan mendapat sambutan sepenuhnya dalam sistem
pendidikan negara.

Diulas oleh : Disahkan oleh :

(Mohd.Noor Ridhwan Lee) (Abd. Samat B. Jumat)

Guru Penolong Pengetua SMK Weston, Beaufort

27 Mei 2010 27 Mei 2010

You might also like