You are on page 1of 4

05 Gejala Membuli

Format latihan: Subjektif. Tiada sistem pemarkahan, contoh jawapan diberikan.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah buli dalam kalangan pelajar.


 
Sebagai pengawas sekolah, tulis sepucuk surat aduan kepada pengetua sekolah anda untuk memberitahu
peningkatan kes buli yang sedang berlaku di sekolah anda.
 
Panjangnya huraian hendaklah  antara 150 hingga 200 patah perkataan.
 

    
 
 

 
Aiman bin Abdullah,
200, Taman Mesra,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
 
 
Guru besar,
SK Taman Mesra,
08000 Sungai Petani,
KEDAH DARUL AMAN.                                                              17 JANUARI 2020
 
Tuan,
 
Masalah buli di sekolah
 
Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai pengawas sekolah ingin mengadu kepada Tuan
Pengetua mengenai masalah buli yang berlaku di sekolah kita. Masalah ini boleh menjejaskan nama baik sekolah
jika tidak ditangani.
           
2.  Belakangan ini, terdapat peningkatan bilangan kes buli yang telah dilaporkan oleh para pelajar kepada
pengawas di sekolah, terutamanya daripada pelajar tingkatan satu dan dua. Hal ini telah menyebabkan
mereka berasa takut datang ke sekolah. 
 
3. Terdapat juga kes di mana sesetengah pembuli membawa kawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang
dibuli. Sebenarnya, kes sebegini telah dilaporkan oleh mangsa buli kepada ibu bapa mereka secara individu untuk
menasihati pembuli itu supaya kejadian tersebut tidak berulang.
 
4. Kes-kes buli di sekolah ini juga telah menyebabkan mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan terhadap
pelajaran dan ada juga yang ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada terus dibuli. Kesannya, prestasi
akademik mereka akan merosot.
                       
Saya berharap tuan dapat memberikan perhatian dan mengambil langkah dalam menangani isu ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar.
 
----------------
(AIMAN BIN ABDULLAH)
 
 
(193 patah perkataan)

You might also like