You are on page 1of 44

3.

PEMIKIRAN
PEMIKIRAN DIVERGEN
Menurut kajian ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen boleh diertikan sebagai
pemikiran kreatif. Hal ini kerana, pemikiran divergen sering kali digunakan untuk
menghasilkan kreativiti. Pemikiran divergen memerlukan seseorang berfikir secara kreatif
terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai.

Dalam proses pemikiran divergen, individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong oleh
pengetahuan atau pengalaman sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari idea
baru yang sesuai untuk menyelesaiakan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Oleh
itu, pemikiran divergen ini pula sebagai pemikiran lateral tau mendatar, atau pemikiran
bercapah. Biasanya, pemikiran divergen menggunakan untur intuisi dan celik akal supaya
masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Melalui pemikiran divergen, idea-idea yang telah dibahagikan kepada unit-unit yang
lebih kecil dususun semula dalam satu struktur yang sistematik dengan menggunakan satu
lagi jenis pemikiran iaitu pemikiran konvergen. Pemikiran divergen jarus berlaku dalam
persekitaran yang spontan dan murid-murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan
idea-idea tanpa apa-apa sekatan.
Beberapa contoh tajuk-tajuk analisis kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru-guru untuk
menggalakkan pemikiran divergen dalam kalangan murid ialah
a) Apa yang mengganggu saya?
b) Apakah perubahan yang saya inginkan dalam hidup saya?
c) Apakah yang penting mengenai sesuatu?
Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh di kemukakan oleh guru-guru dalam pengajaran
untuk menggalakkan pemikiran divergen ialah seperti berikut:
a) Bagaimana anda menerengkan sesuatu?
b) Apakah yang menyebabkan sesuatu?
c) Apakah yang penting mengenai sesuatu?

You might also like