You are on page 1of 30

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT


Kod Kursus LI
AMI 336
Semester : 7 , Sesi (Session) : 2022/2023

: Muhammad Furqan Iskandar Bin


Nama (Name)
Sopian
No Matrik (Matric No.) : E20201026130
Kod Program (Program Code) : AMI 336
Fakulti (Faculty) : Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Nama Organisasi : COF Music SDN BHD
(Name of Organization)
Pensyarah Penyelia : Encik Suflan Faidzal Bin Arshad
(Name of Academic Supervisor)
DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH PENYELIA INDUSTRI
(To be Examined and Verified By Industry Supervisor)
Nama Penyelia Industri : Encik Azmeer Amir Husin
(Name of Industry Supervisor)
Tandatangan Dan Cop :
(Signature And Stamp)

Tarikh (Date) :

PENGHARGAAN
Penglibatan dalam program latihan industri di COF Music SDN BHD di Platinum
Walk Setapak, Kuala Lumpur untuk semester tujuh selama 12 minggu yang bermula
dari 15 Ogos 2022 sehingga 13 November 2022 telah berjaya saya selesaikan. Disini
saya ingin mengatakan bahawa saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan dan
juga mempunyai pelbagai pengalaman yang telah saya alami sepanjang saya
menjalankan program latihan industri di syarikat muzik ini.

Dengan ini, saya ingin menjulang sepenuh pernghargaan kepada COF Music
SDN BHD kerana telah memberikan sokongan kepada saya untuk melakukan latihan
industry di sini. Selain itu juga, Saya menjulang penghargaan kepada pensyarah
penyelia saya iaitu Encik Suflan Faidzal Bin Arshad atas semua bimbingan,
pandangan dan dorongan sepanjang saya melakukan latihan industri di syarikat ini.

Bukan itu sahaja, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Encik Abdul Rahman Bin Nassim selaku Pengarah COF Music SDN BHD atas segala
nasihat dan pandangan ketika saya sedang menjalankan tugasan saya dalam latihan
industri ini sepanjang saya berada di syarikat muzik ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga kepada mentor saya
sepanjang saya menjalankan tugasan latihan industri ini iaitu Encik Jafni Jamalludin
kerana telah mengajar saya proses untuk menghasilkan lagu, cara menggunakan
peralatan dalam studio, cara untuk menguruskan artis dalam sesebuah label dan
sebagainya.

2
Seterunya, saya juga mahu berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja saya
iaitu Mohamad Rizwan dan Mohamad Syakirin. Mereka banyak membantu dari segi
pengurusan sesebuah syarikat label. Berkat pertolongan mereka saya dapat
menguruskan segala perkara berkenaan dengan artis-artis dan promosi produk.

Juga saya ingin berterima kasih kepada Ariff Peter selaku artis dan composer
di COF Music atas segala bimbingan dan ilmu dalam bidang berkenaan.Tanpa beliau
mungkin saya tidak dapat menghasilkan banyak produk untuk syarikat sepanjang saya
menjalankan Latihan Industri di sini.

Begitu juga dengan ibu dan ayah saya yang telah banyak memberi sokongan
kepada saya. Tanpa dorongan mereka, saya tidak mampu menghadapi cabaran yang
sukar ini dengan jayanya. Tanpa mereka yang telah saya nyatakan, sudah pasti latihan
industri saya tidak akan berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang telah terlibat
dalam latihan industri ini secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi
pandangan, semangat dan pertolongan kepada saya sepanjang saya telah melakukan
latihan industri di COF Music SDN BHD ini.

3
PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI

Dekan,

Fakulti Muzik dan Seni Persembahan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tajong Malim,

Perak. Tarikh : 13 November 2022

Tuan,

PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

4
Merujuk perkara di atas , adalah dengan ini telah disahkan bahawa MUHAMMAD
FURQAN ISKANDAR BIN SOPIAN , no matrik E20201026130 telah menamatkan
latihan industri di COF Music Sdn. Bhd.

Butiran latihan industri:

Tempoh Latihan : 15 Ogos 2022 sehingga 13 November 2022

(12 minggu)

Hari : Setiap Isnin hingga Jumaat

Masa : 8.00 AM - 5.00 PM

Bahagian : COF Music SDN BHD

2. Sepanjang menjalani latihan industri ini, MUHAMMAD FURQAN ISKANDAR


BIN SOPIAN didapati berkebolehan dalam menjalankan bidang tugas yang diberi dan patuh
pada setiap arahan yang diberikan tanpa sebarang masalah. Sekian, terima kasih.

Disahkan oleh,

Tandatangan Pegawai :

Nama Pegawai :

5
Jawatan :

Tarikh :

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERAKUAN KEASLIAN PENULIS

Nama : MUHAMMAD FURQAN ISKANDAR BIN SOPIAN

No.K.P/Passport :021020020619 No.Pendaftaran/Matrik:E20201026130

Nama Program : DIPLOMA MUZIK Kod Program :A2112

Tajuk Kertas Projek/Laporan : LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

Jabatan : MUZIK

Fakulti : MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN

Perakuan ini telah dibuat pada : 12 NOVEMBER 2022

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa :

i. Perakuan pelajar :

Saya, Muhammad Furqan Iskandar Bin Sopian E20201026130 . Dengan ini


mengaku bahawa laporan invidu bertajuk Laporan Akhir Latihan Industri 2022 adalah
merupakan hasil kerja saya sendiri. Saya tidak melakukan plagiat apa-apa penggunaan
dan juga mana-mana hasil kerja yang telah mengandungi hak cipta telah dilakukan
secara wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan

6
atau pengeluaran semula atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak
cipta yang telah dinyatakan dengan jelas dan secukupnya.

--------------------

Tandatangan Pelajar

ii. Perakuan Pensyarah

Saya, Encik Suflan Faidzal Bin Arshad dengan ini mengesahkan bahawa hasil
kerja pelajar yang bertajuk Laporan Akhir Latihan Industri 2022 dihasilkan oleh
pelajar seperti nama di atas, dan telah diserahkan kepada Jabatan Seni
Persembahan, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan bagi memenuhi
sebahagian/sepenuhnya syarat untuk memperoleh Diploma Teater, UPSI.

------------------ Tarikh : 13 Nov 2022

Tandatangan Pensyarah

7
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Muka Hadapan 1

Penghargaan 2

Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri 3-4

Perakuan Keaslian Penulis 5-6

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

● Pengenalan Latihan industri 7


● Objektif latihan industri 8
● Objektif laporan latihan industri 8
● Kepentingan latihan industri 9

BAB 2 PENGENALAN ORGANISASI

● Latar Belakang 10

8
● Objektif organisasi 11
● Struktur organisasi 11

BAB 3 AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

● Jadual program latihan 12


● Tugasan spesifik 13

BAB 4 PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI

● Jenis-jenis aktiviti mengikut urutan masa 14-16


● Masalah dan Cadangan 16
● Pengalaman dan Pengetahuan 16-17

BAB 5 TUGASAN KHUSUS

● Kemahiran bacaan serta merta 18


● Kemahiran melakukan persembahan individu 18

BAB 6 RUMUSAN ATAU KESIMPULAN

● Rumusan 19

BAB 7 CADANGAN

● Cadangan 20

9
BAB 8 RUJUKAN

● Rujukan 21

BAB 9 LAMPIRAN

● Lampiran 22-23

BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar di organisasi tertentu untuk


menjalani latihan praktikal mereka yang diselia dalam industri pilihan mereka, baik di
luar atau di dalam negara, untuk jangka waktu yang tetap sebelum mereka
dianugerahkan dengan Diploma atau Ijazah yang berkaitan. Latihan Industri adalah
salah satu syarat wajib semua pelajar Diploma dan Ijazah dari program yang terlibat
untuk memenuhi syarat pemberian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Dalam tempoh latihan industri ini juga, terdapat pensyarah
lain yang memerhati pelajar atau memantau setiap pelajar. Setiap pelajar Diploma
Muzik semester tujuh akan ditempatkan pusat atau syarikat yang sesuai dengan bidang
yang telah diambil.

Saya disini ingin mengucapkan rasa sangat bersyukur dan ingin meluahkan
rasa bangga saya kerana saya telah memilih tempat ini iaitu di COF Music SDN BHD
di Setapak, Kuala Lumpur selama 12 minggu. Semasa saya menjalani latihan industri
di syarikat muzik ini, saya telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan bermacam-
macam pengalaman yang telah saya alami sepanjang saya berada di sini berkaitan
dengan Produksi Audio. Antara contoh-contohnya adalah mixing and mastering,
composing, artist producing dan saya juga telah mengendalikan konsert, menjadi
gitaris untuk artis-artis Malaysia dan banyak lagi.

10
Selain itu, saya juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan syarikat-
syarikat label yang lain, berkenalan dengan artis-artis dan banyak lagi pengalaman
saya selama saya di syarikat muzik ini.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif dalam subjek ini iaitu Latihan Industri adalah bertujuan untuk memberi
peluang kepada semua pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan akademik dan
mengaplikasikan kemahiran yang ingin dipelajari di universiti ke alam pekerjaan.
Dalam menjalani latihan industri, ilmu pengetahuan juga akan diperolehi dan akan
digunakan ke dalam alam pekerjaan nanti.

Pendedahan dan peluang juga telah diberikan kepada saya untuk melaksanakan
kerja yang berkaitan dengan bidang saya dalam organisasi yang dijalankan dalam
latihan industri ini. Oleh sebab itu, setiap pelajar haruslah tahu cara berkomunikasi
dan berkerja dalam industri muzik dan sesama teman sekerja dengan profesional
semasa menjalankan latihan industri.

Selain itu, latihan industri ini adalah merupakan cabang untuk kita supaya kita
dapat menimba pengalaman dan mengasah kemahiran untuk menjadi pilihan dalam
industri muzik pada masa kini untuk saya dapatkan ketika belajar di Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

11
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

I. Menambah dan meluaskan pengetahuan kemahiran pelajar


II. Memupuk sifat amanah dan tanggungjawab
III. Membentuk peribadi seseorang pekerja yang berdispilin
IV. Melahirkan pelajar yang bijak dalam mengurus, merancang dan melaksanakan
tugasan dengan cekap
V. Melatih pelajar dalam segi keyakinan diri untuk menghasilkan laporan yang
tepat dan berkualiti
VI. Mengkaji pelbagai aspek pekerjaan dan etika industri
VII. Mengenalpasti visi, misi, matlamat, struktur dan budaya kerja dalam organisasi

12
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Saya sebagai seorang mahasiswa, saya telah berpendapat bahawa latihan industri
adalah merupakan satu subjek yang amatlah penting bagi setiap mahasiswa mahupun
mahasiswi. Tanpa adanya subjek ini, semua tidak akan dapat berpeluang dan
mempunyai pengalaman untuk berada dalam alam pekerjaan serta tidak dapat
membiasakan diri dalam industri. Jika perkara ini berlaku, maka pelajar akan
menghadapi kesukaran dan kesusahan ketika melakukan pekerjaan dalam abad yang
mencabar ini. Hal sedemikian kerana, syarikat-syarikat pada zaman sekarang telah
meletakkan kemahiran dan pengalaman dalam bekerja adalah kriteria yang wajib dan
paling penting yang mesti ada dalam pengambilan pekerja untuk sesebuah syarikat.

Pada sudut pandangan masyarakat, mereka dapat lihat perbezaan antara pelajar
yang mempunyai pengalaman dalam melakukan latihan industri dan pelajar yang tidak
mempunyai pengalaman dalam melakukan latihan industri. Salah satu kelebihan
pelajar yang telah melakukan latihan industri adalah mereka mempunyai pengalaman
dalam alam pekerjaan semasa menjalakan latihan industri dan juga dalam menjalakan
kerja dengan lancar dan lebih efisyen.

Selain itu juga, dari segi keterampilan dan tahap keyakinan bagi setiap pelajar
dalam melakukkan juga dapat diperolehi dalam melakukan latihan industri ini.

13
Perkara ini dapat memberikan pelajar keinginan dalam mencari pekerjaan dan
memberi komitmen dengan menyeluruh di dalam alam pekerjaan.

BAB 2 PENGENALAN ORGANISASI

2.1 LATAR BELAKANG COF MUSIC SDN BHD

COF Music SDN BHD adalah merupakan syarikat label rekod yang telah ditubuhkan
pada 2020 dan syarikat ini telah ditubuhkan oleh Encik Abdul Rahman bin Nassim.
Ini adalah merupakan salah satu anak syarikat COF Industri yang merupakan
pengeluar perisa vape terbesar di rantau Asia.

Dengan itu, COF Music telah berazam dan berdedikasi dalam memberikan
impak yang besar dan positif untuk muzik-muzik di tanah air kita ini. COF Music ini
terletak di 10-2, Blok B, Jalan Langkawi, Platinum Walk, 53300, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Sepanjang syarikat label rekod beroperasi, syarikat ini telah menghasilkan


pelbagai dan variasi genre muzik dan terdapat lebih daripada 10 lagu telah dihasilkan
di bawah syarikat ini. Terdapat juga 16 artis bimbingan iaitu Ariff Peter, Fiza Sinha,

14
The Penthemix, Zee Rahmat, Danial Ismail dan juga Paper Farah. Lagu popular
syarikat ini adalah ‘Celup’, ‘Apa Nak Jadi’ dan ‘Selagi Bernyawa’.

2.2 OBJEKTIF, VISI DAN MISI

Objektif

● Melahirkan keluarga COF Music yang erat dan bijak dalam mempromosikan
dan membuka sisi muzik yang menarik
● Menghasilkan artis-artis yang relevan dan juga unik bagi menyumbang kepada
perkembangan industri muzik yang lebih berwarna
● Memberi peluang kepada artis bagi mencurahka bakat mereka dalam lagu dan
juga penghasilan video muzik

Visi

● Kami melihat dunia di mna artis disokong dan didayakan untuk mengejar
penciptaan yang menakjubkan muzik dan mencari secara organik hubungan
dengan penonton mereka

Misi

● COF Music ialah rekod bukan untung komuniti membina label melalui amalan
menyokong, melibatkan diri dengan mencipta muzik

15
2.3 STRUKTUR ORGANISASI

16
BAB 3 AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

17
3.1 JADUAL PROGRAM LATIHAN

MASA PERKARA

Masuk Pejabat
9:00 am
Mula Bekerja
9:30 am -12:00 am
Waktu Rehat
1:00 pm - 2:00 pm
Mula Bekerja
2:30 pm - 5:30 pm
Bersurai
6:00 pm

Akan berlaku perubahan masa bekerja jika melakukan aktiviti luar atau program di
luar dari tempat kerja.

3.2 TUGASAN-TUGASAN SPESIFIK

18
12 minggu telah berlalu sepanjang saya menjalani Latihan Industri di COF
Music Sdn. bhd. saya telah mendapat pelbagai ilmu dan kemahiran baru. Ilmu dan
kemahiran ini terbukti akan membantu saya menjalani alam pekerjaan yang sebenar.
Secara spesifik pekerjaan yang melibatkan Komposisi dan Audio Produksi.

Sepanjang saya menjalankan Latihan Industri di COF Music saya telah diberi
tugas seperti menjalankan sesi mixing mastering dan kompos lagu-lagu untuk artis di
bawah naungan COF Music. Dengan menggunakan DAW (Digital Audio
Workstation) seperti Ableton dan Logic Pro.

Namun di samping menjalakan tugas Audio, Saya juga mengikuti tugas seperti
pengambaran MV (Music Video) dan membimbing artis dari segi persembahan dan
teknik nyanyian. Saya juga telah ditugaskan untuk menyertai sesi Suria Akustik
sebagai Gitaris dan telah juga menyertai The Penthemix sebagai Keyboardist

BAB 4 : PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI

4.1. JENIS-JENIS AKTIVITI MENGIKUT URUTAN MASA

19
MINGGU PERKARA

1 ● Lapor diri di COF Music


● Dapat tugasan pertama ‘remix’ lagu Apa Nak Jadi
15 Ogos - 20 Ogos
● Sesi suai kenal pekerja COF Music dan pelajar

2 ● Acara Malam Gala The Penthemix Air Force The


Movie : Selagi Bernyawa yang berjalan selama 3
22 Ogos - 26
hari
Ogos
● Membimbing artis dari segi teknik nyanyian
● Selesai ‘Remix’ Apa Nk Jadi (Koplo)
● Comcard Editing.

3 ● Menghasilkan demo lagu Hari Malaysia


● Mengkaji lagu yang popular di Malaysia mengikut
29 Ogos - 2 Sept
trend.

4 ● Menghasilkan lagu ‘Gila’


● Recording gitar untuk lagu ‘Malaysia Tercinta’
5 Sept - 9 Sept
● Menghasilkan lagu ‘Ha Haa Taktau

5 ● Mixing&mastering lagu ‘Ha-ha Tak Tahu’


● Menghasilkan demo untuk lagu Fanee
12 Sept - 16
● Set up PC untuk Abang Jack
Sept
● Menghasilkan konten Tiktok untuk artis Ariff Peter

6 ● Pemasangan software Plug-Ins untuk PC Studio


● Menghasilkan lagu Selamat Pagi (Hot FM)

20
● Pergi Stadium Shah Alam untuk menjadi
19 Sept - 23
keyboardist The Penthemix konsert Syok Wei!
Sept

7 ● Menghasilkan lagu ‘Dia’


● Menghasilkan Beat untuk Ariff Peter bagi
26 Sept- 30 Sept
penyertaan Rancangan 16Baris
● Menghasilkan demo untuk lagu Suria FM

8 ● Sesi Record suara Lissa Maria artis COF


● Menghasilkan lagu Fanee Demo
3 Okt - 7 Okt
● Meeting Besar COF

9 ● Membantu rekod Anis Zamri Akusik ‘Renjana’


● Rekod audio vokal bersama Fiza Sinha ‘Renjana’
10 Okt - 14 Okt
Akustik
● Menghasilkan lagu Anugerah Sri Angkasa

10 ● Sesi recording Jiha Akhir ‘Akulah Kekasihmu’


(cover)
17 Okt - 21 Okt
● Practice dan hasilkan arrangement untuk Suria
Akustik
● Jadi gitaris untuk Ariff Peter, Zee Rahmat dan
Fiza Sinha session Suria Akustik

11 ● Pengambaran video muzik lagu Renjana akustik,


Akulah Kekasihmu dan juga Jangan Bersedih.
24 Okt - 28 Okt
● Pensyarah penyelia melawat

21
12 ● Acara The Penthemix Go To College di UniKL
● Sesi record Danial Ismail ‘Tak Ingin Usai’ (Cover)
31 Okt - 4 Okt
● Menghasilkan lagu untuk Danial Ismail
● Menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri

4.2 MASALAH YANG DI HADAPI DAN CADANGAN YANG SESUAI


UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN

Dalam saya saya menjalankan Latihan Industri sudah tentu saya menghadapi
masalah-masalah yang timbul dari kelemahan diri saya sendiri. Contohnya, Saya tidak
berapa mahir dalam menghasilkan komposisi atau gubahan dengan pantas. Namun
dengan Encik Jack Jafni dan Pown Hasril saya dapat mengatasi masalah itu.

Kedua, masalah yang saya hadapi adalah kurang pengehtahuan dalam cara
menghasilkan artis. Sebagai seorang Producer saya hendaklah pandai mengendalikan
dan membimbing artis dari pelbagai segi seperti teknik nyanyian, hubungan dengan
peminat dan sebagainya.

Ketiga, menjadi seorang Jurutera Audio saya haruslah peka dalam memastikan
sesebuah mixing track seimbang dan mengikut piawaian ‘ULFS’. Syukur dengan

22
keberadaan mentor-mentor di COF Music saya mampu menghasilkan produk-produk
untuk industri muzik tanahair.

4.3 PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN YANG DIPEROLEHI

Antara pengalaman dan pengehtahuan yang saya perolehi ketika menjalani


latihan indsutri sepanjang 12 minggu di COF Music adalah saya dapat mengenali cara
bagaimana syarikat dalam industri muzik bekerja. Saya juga dapat mengikuti norma
dan cara percakapan apabila berurusan dengan klien dan artis-artis dari syarikat label
lain.

Seterusnya adalah, saya dapat mempelajari menghasilkan komposisi muzik yang lebih
komersial dan mengikut trend muzik di tanahair Malaysia. Proses penghasilan lagu ini
juga dapat membantu saya mendaftarkan lagu-lagu saya ke MACP.

Selain itu, saya dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh COF
seperti peralatan rakaman audio,alat muzik,kemudahan pejabat dan sebagainya.

23
Penggunaan peralatan-peralatan ini secara tak langsung banyak membantu saya
menghasilkan lagu-lagu untuk artis di COF Music. Bukan itu sahaja malah, COF juga
menyediakan kedai makan panel untuk kami yang menjalani Latihan Industri di COF
Music.

Akhir sekali. Saya dapat meluaskan lagi rangkaian kenalan saya dalam industri
muzik tanahair. Dengan ini saya dapat mempromosikan lagu-lagu yang saya hasilkan
dan dapat membantu saya meningkatkan reputasi saya dalam menjadi seorang
Producer yang berjaya.

BAB 5:TUGASAN KHUSUS

5.1 KEMAHIRAN MENGHASILKAN LAGU

Sepanjang menjalani Latihan Industri selama 12 minggu, saya telah berjaya


membangunkan kemahiran untuk menghasilkan lagu dalam masa yang singkat dan
dengan menggunakan peralatan dan tenaga kerja yang sikit. Hanya dengan melodi
yang sikit sebanyak 4 bar saya dapat menghasilkan sebuah komposisi penuh yang
boleh di jual oleh syarikat.Selain itu saya juga dapat mengasah kemahiran saya dalam
proses mixing mastering dan menghasilkan sebuah lagu yang lebih kemas dan Radio
Ready untuk di udarakan oleh Radio-radio di Malaysia. Penting untuk saya mengikuti
muzik-muzik terkini di Malaysia bagi memastikan muzik-muzik yang saya hasilkan
kekal relevan bagi pendengar-pendengar Malaysia.

24
5.2 KEMAHIRAN BERMAIN ALAT MUZIK

Walaupun saya menjalani Latihan Industri selama 12 minggu di COF Music sebagai
Producer/Sound Engineer. Saya juga berpeluang untuk menjadi sessionist guitar bagi
artis-artis di COF Music. Saya juga dapat mengasah kemahiran saya dalam bermain
gitar dengan cara menghasilkan arrangsi untuk artis-artis di COF Music. Seterusnya,
saya juga dapat menggunakan guitar dan piano sebagai media untuk menghasilkan
sesebuah arrangement. Saya juga turut berpeluang bermain piano untuk The
Penthemix ketika konsert ‘Syok Wei!’ di Shah Alam pada tempoh hari.

BAB 6 KESIMPULAN

6.1 KESIMPULAN

Sepanjang saya menjalankan latihan industri, banyak pengalaman dan pengetahuan


yang amat berguna bagi saya yang telah saya perolehi. Semua pengalaman dan
pengetahuan yang telah saya perolehi menyedarkan saya untuk meningkatkan
keyakinan diri dalam kehidupan yang amat mencabar ini. Ilmu latihan industri ini
tanpa mengamalkannya tidak akan memberi apa-apa kesan dalam kehidupan kita
untuk masa akan datang. Selain itu, jika kita mengamalkannya tanpa ilmu sudah tentu
dari segi pegangan dan pendirian kita akan sentiasa berubah-ubah dan berlakunya
pelbagai masalah dalam kehidupan kita.

25
Di samping itu, terdapat banyak perubahan dari sudut pembelajaran,
persekitaran dan pergaulan anatar saya dan rakan sekerja. Secara tidak langsung hal
ini mampu meningkatkan dedikasi dan sikap rasional dalam diri saya sendiri. Namun
begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki pada masa akan
datang. Dengan itu, saya ingin membuatkan kesimpulan bahawa program latihan
industri ini mampu memberi pelbagai manfaat dan kebaikan kepada saya walaupun
terdapat juga kelemahan kecil dan kelemahan ini akan diperbaiki pada masa akan
datang.

Kesimpulannya, sepanjang saya melalui latihan industri ini, saya telah


menerima banyak pengalaman dan pengetahuan dan saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana telah memberi peluang
kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mencari pengalaman dalam alam pekerjaan
dan mengadakan latihan industri.

6.2 CADANGAN

Cadangan-cadangan yang saya boleh saya berikan adalah, pihak COF Music boleh
mengembangkan lagi proses pemilihan artis dan bukan bergantung pada reputasi dan
rupa paras artis itu sahaja, namun setiap artis yang telah menandatangani kontrak di
COF Music mempunyai potensi tersendiri jika digilap lagi. COF Music juga perlu
lebih tegas dengan artis-artis di bawah naungan merek agar artis-artis dapat mengikuti
etika dan proses sebagai seorang penghibur dalam industri muzik.

Selain itu, COF Music juga boleh menambah lagi peralatan muzik di studio
rakaman. Kekuragan alatan muzik juga secara tak langsung menyebabkan kekangan

26
kepada komposer dan producer untuk menghasilkan sesebuah lagu yang berpotensi
untuk diterbitkan oleh syarikat label.

BAB 7 RUJUKAN

https://cloudyofunky.com

27
BAB 8 LAMPIRAN

28
29
30

You might also like