You are on page 1of 2

CIRI-CIRI PROFESSIONALISME

GURU SEKOLAH

EDUP2132 | PROFESIONALISME KEGURUAN


MOHD HADZRIL BIN HASSAN


NURULAIN BT MOHAMAD MUKHRI
NUR FADZLIN NADHIRAH BT FARIZAN
SYAZWANI BT ABD RAHIM

BERUPAYA MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENYELESAIKAN


MASALAH SERTA BERFIKIRAN KRITIS DAN KREATIF .

1 Individu yang terlibat dalam profesion keguruan akan


terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Guru perlu membuat sesuatu keputusan dalam
melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil
sesuatu perkara yang dijalankan dengan baik.

MAHIR MENGGUNAKAN IT

2
Penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri
penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang
mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam
menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar
untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd,
game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan
kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

3
KEMAHIRAN KAUNSELING
Guru perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika
berurusan dengan pmurid. Kemahiran untuk membantu
pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi
perkara yang menjadi masalah kepada peribadi murid.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki
kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
CIRI-CIRI
PROFESSIONALISME
GURU TUISYEN

BERFOKUS.

1
Mewujudkan interaksi pembelajaran di antara murid dan
guru dengan lebih mudah kerana bilangan murid dalam
jumlah yang sedikit. Guru dapat memberi lebih perhatian
kepada murid dalam menumpukan topik pembelajaran
murid yang lemah.

MASA FLEKSIBEL

2 Mempunyai kebebasan dalam menentukan jadual guru


sendiri dan menyusun sendiri masa yang sesuai untuk
mengajar. Berbeza dengan makan gaji, guru tidak
mempunyai pilihan melainkan mengikut apa yang
ditentukan oleh majikan.

3
KURANG TEKANAN
Guru tuisyen tidak dibebani dengan urusan kerja
pentadbiran seperti menjaga buku teks, menjadi
penasihat kelab atau sukan, menjadi guru kelas, menjaga
disiplin pelajar dan banyak lagi. Pada dasarnya, guru-guru
tuisyen mempunyai lebih masa yang terluang berbanding
dengan guru sekolah.

You might also like