You are on page 1of 6

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM(DECE)

Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1313 PENGAJIAN SOSIAL DALAM


PAKK

E C D 1 3 1 3
KOD SUBJEK:

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9


2 NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA S C 2 2 0 3 1 0 1 2
3 DAYANG FARAH FARAHANAH S C 2 2 0 3 1 0 2 8

SIR MOHAMMAD ISMADI


UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 1 9 / 0 1 / 2 0 2 3
AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

……………………………………
(NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA)

……………………………………
(DAYANG FARAH FARAHANAH)
PENGENALAN

Kebanyakan definisi patriotisme yang digunakan pada hari ini merujuk kepada konsep
yang dijelaskan oleh sarjana terdahulu iaitu mengenai perasaan cintakan tanah air. Perasaan
cinta kepada tanah air merujuk kepada kepercayaan individu atau kelompok masyarakat untuk
mempertahankan tanah airnya daripada anasir-anasir jahat. Dalam konteks negara kita,
menyatakan konsep patriotisme bukan sahaja mengenai perasaan tetapi perlu dihubungkaitkan
dengan tingkah laku yang menjurus kepada kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Cinta yang
mendalam kepada tanah air sendiri dapat diterjemahkan melalui usaha mencapai matlamat dan
aspirasi negara, kesanggupan membela dan menjadi benteng untuk mempertahankan negara.
Semangat patriotisme penting dalam kalangan rakyat sesebuah negara kerana ia merupakan
satu alat untuk menimbulkan persefahaman, penyatuan, pemacu kemajuan negara dan
pelaburan strategik keselamatan negara. Perasaan kecintaan kepada negara yang sama dapat
melahirkan rasa kekitaan dan kebersamaan yang secara tidak langsung akan mewujudkan
persefahaman dalam kalangan rakyat di negara ini. Rakyat yang mempunyai semangat patriotik
yang tinggi lebih bertanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan keselamatan negara
kerana kecintaan terhadap tanah air sendiri. Dalam era globalisasi yang penuh dengan pelbagai
cabaran dan persaingan, semangat patriotik dapat dijadikan benteng untuk menangkis ancaman
anasir negatif.

Sehubungan dengan itu, pendidikan ialah wadah terbaik untuk membangunkan jiwa
dan nilai patriotisme agar semangat ini dapat ditanam lebih awal dan diperkukuhkan serta
dibugarkan dari masa ke semasa. Semangat patriotisme perlu diterap dalam pendidikan negara
terutama dari sekolah rendah dan pendidik perlu menyemai semangat patriotisme dengan lebih
kreatif supaya pelajar dapat menjiwai dengan lebih mendalam. Guru juga perlu memainkan
peranan yang penting dalam penerapan nilai patriotisme Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menterjemahkan nilai patriotisme dalam pendidikan melalui usaha untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
diterjemahkan dalam kurikulum pendidikan kebangsaan agar hasrat murni ini dapat dipacu
melalui pendidikan. Dalam kurikulum persekolahan, penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan merupakan salah satu elemen yang diberi fokus dalam tunjang kemanusiaan. Mata
pelajaran Kemanusiaan seperti Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk membentuk
generasi muda yang berjiwa patriotik.
Pada Isnin, 16 Januari 2023, pensyarah kami telah memberi kami setiap tugasan dari setiap
kumpulan dari subjek Pengajian Sosial. Kami mempunyai 12 kumpulan dan setiap 12
kumpulan dibahagi kepada 2 kumpulan untuk melakukan tugasan yang sama. Pensyarah kami
telah memberi tahu 2 kumpulan untuk melakukan pertunjukan baju dan menceritakan setiap
perhiasan yang ada di badan. Manakala 2 kumpulan lagi untuk melakukan perhiasan di pentas
dan 2 kumpulan terakhir telah memilih untuk membuat tarian etnik. Kumpulan kami telah
memilih untuk membuat perhiasan yang bertemakan patriotisme. Kumpulan kami mewakili 3
ahli iaitu saya iaitu shaqiera,dayang dan ayuni. Kami juga turut berbincang dengan kumpulan
yang sama melakukan tugasan menghias di bilik Sisma Hall 1 untuk bersama-sama bergabung
dan membeli barang yang sepatutnya untuk dijadikan perhiasan. Sebelum tibanya hari
perbentangan, kami sekumpulan telah membeli barang perhiasan dengan lebih awal seperti
bendera kebangsaan,pelekat dan gunting. Ahli kumpulan kami juga bercadang untuk
melakukan poster gambar kemerdekaan supaya ada lebihan perhiasan dan akan memeriahkan
bilik itu. Tibanya hari yang ditunggu kami telah datang dengan lebih awal untuk membuat
perhiasan dengan lebih awal supaya ia tersedia sebelum dimulakan. Kami telah mengantung
bendera-bendera yang dibeli dan kumpulan yang bersama-sama melakukan aktiviti bersama
kami juga turut mengantung bahan yang mereka sediakan. Kumpulan kami juga menyediakan
gambar bunga raya yang menunjukkan iaitu bunga kebangsaan. Setelah habis semua yang kami
sediakan, aktiviti telah pun bermula dengan aktiviti kumpulan yang akan menceritakan maksud
baju yang mereka pakai. Seterusnya, kumpulan kami turut membentangkan segala perhiasan
yang kami sediakan dan maksud-maksud perhiasan itu. Akhir sekali kumpulan tarian yang
mempertunjukkan tarian etnik Sarawak. Setelah habisnya semua aktiviti ini,pensyarah kami
memberitahu untuk melakukan report tugasan dan menceritakan apa yang berlaku pada hari
tersebut. Kami sekumpulan berasa lega kerana aktiviti itu telah berakhir dan mengharapkan
pada hari lain mempunyai aktiviti lain lagi.
PENUTUP

Semangat patriotik perlu dipupuk kepada generasi muda sejak awal lagi. Semangat
patriotisme tidak datang bergolek, tetapi perlu diasuh, dipupuk dan memerlukan satu visi yang
jelas. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan strategi untuk
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti pada
bulan kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat patriotisme dan dapat menanam
sikap cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar. Aktiviti menghias kelas yang bertemakan
kemerdekaan ini dapat melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan sejarah, memahami
perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran sejarah serta meningkatkan semangat
cinta akan negara dalam diri mereka. Penerapan nilai patriotisme seperti aktiviti ini penting
kerana murid di sekolah merupakan generasi yang akan mencorakkan pembangunan dan
kepimpinan negara pada masa depan.

Untuk meningkatkan penghayatan nilai patriotisme, guru juga perlu menjelaskan nilai,
membuat penegasan nilai, memberi kefahaman dan menjadi suri teladan sebagai seorang yang
patriotik. Patriotisme juga tidak semestinya diajar dalam mata pelajaran pengajian sosial, malah
boleh diajar dalam mata pelajaran yang lain. Untuk memupuk semangat patriotisme, kemahiran
pemikiran kritikal juga perlu dilatih kepada pelajar di samping mengamalkan nilai
menghormati dan toleransi. Matlamat penerapan nilai melalui pendidikan ialah dapat
melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia.
LAMPIRAN

SEBELUM

SEMASA

SESUDAH

You might also like