You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih pengerusi majlis,


Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
Penjaga masa yang tidak alpa
Seterusnya Yang disayangi guru -guru dan rakan sekalian.

Cantik sungguh bunga melati

Dipetik oleh puteri jelita

Dengarkan rakan persembahanku ini

Doktor Balqis tajuk cerita

Balqis nama yang sangat indah milik kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Ayah nya En Radhi
seorang kerana di sebuah pejabat kerajaan negeri. Ibunya Bernama Puan Rohani, juga seorang kerana di
SK Seri Puteri.

Balqis mempunyai seorang dua abang dan kakak yang sedang belajar di kolej dan Universiti
tempatan.Orang selalu berkata anak yang bongsu adalah anak manja dan sukar berdikari tetapi tidak
pada Balqis. Kasih sayang En Radhi dan Puan Rohani dibahagi sama rata tiada piilih kasih antara
anak2nya.

Pagi Isnin seperti biasa Balqis pergi kesekolah dengan hati yang ceria dan teruja. Masakan tidak, Balqis
tidak sabar menunggu waktu pengajaran kelas Sains pada awal pagi Isnin. Cikgu Wirda ialah guru mata
pelajaran Sains kelas 5 Zamrud. Beliau baru berusia 30 tahun, wajahnya ayu selalu tersenyum namun
tegas dalam arahannya, cantik berkebaya labuh setiap hari serta kecil molek orangnya.

Cikgu Wirda sangat prihatin dan kreatif dalam pengajaranya. Rajin membuat kelas tambahan. Rajin
menyediakan modul Latihan Sains , membuat eksperimen Sains yang sangat mengujakan kami sang
murid kecil melihat keajaiaban Sains. Beliau suka membelanja murid yang terlibat dalam pertandingan.

Pada waktu petang , Cikgu Wirda akan berada di taman Sains menyiapkan projek Taman Herbanya. Saya
dan beberapa orang rakan akan datang membantunya selepas habis kelas KAFA dengan izin ibu bapa
kami.

Namun, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Rupa-rupanya di sebalikk kerajinan
Cikgu Wirda sebenarnya beliau menyimpan satu rahsia.. Cikgu wirda , sudah dua tahun beliau
menanggung sakit barah otak.

Hati mana yang tidak sayu mendengar perkhabaran itu,Saat pertama kali Balqis mendengarnya, hati
Balqis hancur berkecai, airmata tidak dapat ditahan-tahan mengalir laju .

Semakin hari kesihatan Cikgu Wirda semakin merosot. Seminggu sebelum peperiksaan akhir tahun,
Cikgu Wirda telah dimasukkan ke hospital.

Tengahari itu Balqis mnceritakan tentang keadaan cikgu wirda yang sedang terlantar di hospital kepada
ibu bapanya. Balqis mengajak ibu dan ayah untuk menziarahi Cikgu Wirda di hospital.
Puan Rohani bangga dengan sikap prihatin Balqis kepada gurunya. Tidak sia-sia didikan mereka berdua
agar anak-anak sentiasa menghormati dan menyayangi guru bak kata kata pepatah” Melentur buluh
biarlah dari rebungnya”.

Hujung minggu itu, Balqis Bersama ibu dan ayahnya menziarahi Cikgu Wiirda dihospital.

Melihat Cikgu Wirda terlantar diatas katil dengan wayar banyak bersambung di serata kepala dan
badannya sungguh meruntun hati Balqis.

Tiada lagi usik ketawanya, tiada lagi bicara merdunya, matanya sangat tidak bermaya, badannya terllau
lemah.

Balqis perlahan-lahan mengenggam tangan halus Cikgu Wirda lalu dikucupinya.Rasa dingin tubuh Cikgu
Wirda . Kali ini Balqis tidak dapat menahan airmatanya dari tumpah.

“Cikgu…..Balqis doakan cikgu cepat pulih dan sembuh seperti sediakala.. Ya Allah…angkatla kesakitan
guru ku ini dan berikan kesembuhanpadanya..aamiin.”

Cikgu Wirda hanya memandang lemah dan membuat isyarat agar Balqis dekat kepadanya…bisiknya “
“Balqis dan anak murid cikgu belajar rajin-rajin ya..Balqis ingin jadi doctor kan? ”

SElang tiga hari kemudian , Guru besar membuat pengumuman bahawa Cikgu Wirda meninggal dunia.
Balqis dan rakan-rakan amat sediah kehilangan guru sebaik Cikgu Wirda.

Namun timbul satu semangat baru untuk menjadi doktor pakar bahagian kanser agar boleh
menyelamatkan ramai yang

You might also like