You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tingkatan 3,Puan Wan Sabariah binti Wan Musa atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi
saya menyiapkan produk Hidrponik ini. Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Encik Mohd Rozilizam bin Omar dan Puan Wan Rohaida binti Wan Ali atas
dorongan dan sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini .Tidak lupa
kepada sahabat saya , iaitu Azib dan Adam serta semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan produk ini.

ABSTRAK
Sistem hidroponik ialah sebuak kaedah bagi memudahkan kerja kepada individu yang sukar
bercucuk tanam di kawasan yang terpencil atau tiada ruang yang sesuai untuk menjalankan
aktiviti tersebut. Terdapat banyak jenis sistem hidroponik seperti sistem NFT,titisan,sumbu
dan banyak lagi. Semua sistem ini mempunyai konsep yang berbeza tetapi mempunyai cara
kerja yang sama dalam memberikan nutrien kepada tanaman supaya kekal subur.Masalah
yang sering dihadapi oleh individu yang gemar bercucuk tanam ialah tiada masa untuk
menjaga tanaman,tiada ruang bercucuk tanam yang luas serta tiada tanah dimana
kebiasaanya didiami oleh individu yangf tinggal di kawasan rumah pangsa.Di dalam projek
ini, terdapat beberapa objektif yang telah saya fokuskan iaitu merekabentuk rak-rak
tanaman,membina sistem hidroponik dan akhir sekali menguji jenis tanaman sesuai.Projek
ini dipilih selepas beberapa kajian dan analisis dilakukan.Kajian dan analisis ini dilakukan
selepas mengenalpasti masalah yang dipilih selepas itu reka konsep dilakar dengan
melakukan inovasi kepada konsep yang sedia ada sebelum ini.Analisis yang dibuat juga
diambil daripada hasil kajian selidik terhadap 15 orang yang tinggal di kawasan rumah
flat,apartment dan pangsa.Melalui kajian ini,kami dapat mengenalpasti tahap kecekapan
dan keselamatan sistem hidroponik ini.Untuk penginovasian yang lebih baik,sudut tanaman
perlu diambil kira bagi pengaliran air yang baik ,penggunaan batang paip yang minimum
agar sistem hidroponik ini kelihatan kemas dan menjimatkan kos.
1.0 PENGENALAN
Sayuran merupakan salah satu pilihan untuk ditanam di kebun. Berdasarkan borang
kajian keperluan pelanggan yang diedarkan, pengguna didapati tidak menggemari
proses bercucuk tanam. Hal ini disebabkan proses bercucuk tanam secara
konvensional mengambil masa yang lama dan banyak risiko seperti pokok mati dan
seranggan perosak.
Melalui kaedah penyelesaian masalah inventif, masalah ketika bercucuk tanam telah
dikenal pasti. Hidroponik merupakan produk inovasi yang mampu mengatasi
masalah yang dihadapi pengguna ketika bercucuk tanam. Hidroponik ini amat
mudah digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira tempat dan masa.
1.1 Kajian keperluan pelanggan

BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN


Bahagian A : Maklumat Pelanggan
Nama :
Jantina : Umur :
No. Telefon : Email :
Pekerjaan : Pendapatan :
Alamat : Bekeluarga : YA / TIDAK
Tanggungan :
Tempat beli-belah : Kekerapan membeli-belah (sebulan):
Jumlah perbelanjaan bulanan : < RM 100
(tandakan \) RM 100 -RM 299

You might also like