You are on page 1of 3

TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN (BELIA POSITIF TERSERLAH WIBAWA)

BUKU TEKS: MUKA SURAT 218

3.0 KEMAHIRAN MENULIS


SK 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.
SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa
berbudaya.

FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SPM KERTAS 1

BAHASA MELAYU KERTAS 1


[100 markah]
Bahagian A: Karangan Respons Terhad
[30 markah]
Maklumat di bawah berkaitan dengan gejala sosial.
Huraikan pendapat anda tentang isu gejala sosial.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

B
TAPAH- Polis sentiasa memantau pelajar yang terlibat dalam
salah laku disiplin yang menyumbang kepada perlakuan
jenayah. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din
Keliaw berkata, kerjasama rapat antara sekolah dengan
pasukan polis dilihat berupaya untuk membendung salah laku
ini daripada leluasa. Untuk menyokong usaha ini, Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) dalam kalangan pegawai dan
anggota polis dilantik bagi setiap sekolah. "Ini bertujuan
mewujudkan komunikasi berterusan ke arah meningkatkan
kesedaran terhadap jenis perlakuan salah laku yang berlaku di
sekolah”.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Polis Pantau Salah Laku


Disiplin Pelajar, Sinar Harian,
16 Februari 2017) (Sumber: Internet)

(Sumber: http://akifeen.blogspot.com/2013/05/masalah-gejala-sosial-dikalangan-pelajar.html)
C

CIKGU JOEY TAN BT/T4/V1/07/21


SKEMA/RANGKA JAWABAN

Topik: Gejala sosial

Bahan A
Fokus: Cara untuk mengatasi gejala sosial
❖ Pemantauan daripada pihak berkuasa (polis)

Bahan B
Fokus: Faktor gejala sosial
❖ Keluarga yang porak-peranda
❖ Pengaruh rakan sebaya
❖ Pengaruh media sosial

Bahan C
Fokus: Statistik gejala sosial (kes)

INGAT:
❖ Semua bahan mesti “disentuh” (digunakan)
❖ Semua fokus mesti “disentuh” (digunakan)
❖ Konsep KSSM: “Semua bahan/fokus perlu disentuh” tetapi tidak bermakna semua bahan/fokus wajib
digunakan dalam bahagian ISI esei
❖ Juga boleh digunakan di bahagian pengenalan dan penutup.

Pilihan Pertama:

Pengenalan
➢ Gunakan maklumat dalam Bahan C sebagai contoh
Isi
➢ Isi pertama (Bahan B)
➢ Isi kedua (Bahan B) Juga boleh selitkan Bahan C sebagai contoh
➢ Isi ketiga (Bahan B)
Penutup
➢ Gunakan Bahan A
➢ Maklumat dalam Bahan C sebagai contoh

Pilihan Kedua:

Pengenalan
➢ Gunakan maklumat dalam Bahan C sebagai contoh
Isi
➢ Salah satu isi (Bahan B)
➢ Salah satu isi (Bahan B) Juga boleh selitkan Bahan C sebagai contoh
➢ Isi (Bahan A)
Penutup
➢ Gunakan maklumat dalam Bahan C sebagai contoh

CIKGU JOEY TAN BT/T4/V1/07/21


Pilihan Ketiga:

Pengenalan
➢ Definisi gejala sosial – jenis-jenis gejala sosial – Bahan C
Isi
➢ Salah satu isi (Bahan B)
➢ Isi (Bahan A) Juga boleh selitkan Bahan C sebagai contoh
➢ Isi (Bahan C)
Penutup
➢ Gunakan maklumat dalam Bahan C sebagai contoh

Pilihan Keempat:

Pengenalan
➢ Definisi gejala sosial – jenis-jenis gejala sosial – Bahan C
Isi
➢ Isi (Bahan C)
➢ Salah satu isi (Bahan B) Juga boleh selitkan Bahan C sebagai contoh
➢ Isi (Bahan A)
Penutup
➢ Gunakan maklumat dalam Bahan C sebagai contoh

*Mana-mana pilihan/cara pun boleh asalkan murid harus menggunakan “menyentuh” semua bahan dan fokus yang diberikan.
*Sekadar cadangan…=)

SUDUT PANDANGAN PERIBADI

Saya tidak menggalakkan murid untuk menggunakan bahan statistik sebagai isi untuk satu perenggan.
Pada pendapat saya, cara ini kurang menggambarkan kematangan dan kreativiti murid untuk menulis esei.
Namun pada masa yang sama, saya juga tidak akan “menghukum” murid yang berbuat sedemikian kerana
mungkin itu sahaja cara yang diketahui murid tersebut. Lagi pun tidak salah sebenarnya kerana yang
penting, pastikan “setiap bahan dan fokus disentuh”. Bagi murid yang lemah – mungkin itu sahaja cara
yang mereka tahu. Berikanlah peluang kepada mereka untuk “meneroka” dan bimbinglah mereka dari
sini. Sekadar pandangan 2 sen daripada saya…… =)

CIKGU JOEY TAN BT/T4/V1/07/21

You might also like