You are on page 1of 2

Minggu Praktikum :2

Tarikh : 4 September 2023

Tajuk Jurnal : Murid Biadap Di Dalam Kelas

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 5. Saya mendapati
terdapat beberapa orang murid yang biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika
melaksanakan PdP. Perkara ini agak mengganggu suasana pembelajaran di dalam kelas
menjadi kurang ceria dan seronok untuk belajar.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Salah satu punca murid bersikap biadap di dalam kelas kerana pengaruh rakan sebaya lain
yang bersikap kurang ajar dan suka memaki. Selain itu, makian ini telah menjadi kelaziman
bagi murid-murid ketika berinteraksi dengan rakan sekelas.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Pomberi et al (1991) dalam Azizi Yahya (2007), remaja ingin dirinya diterima oleh
rakan-rakan. Oleh itu mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh
ahli kumpulannya.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-

i) Guru menegur murid-murid dengan tegas.

ii) Memberi amaran untuk menarik ganjaran daripada papan ganjaran yang disediakan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu
6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu saya akan menegur mereka untuk
menjaga percakapan dan saling menghormati antara satu sama lain. Amaran diberikan agar
perkara yang sama tidak berulang pada masa hadapan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

5 September 2023

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui kekurangan
murid memaki di dalam kelas dan lebih menghormati rakan sekelas yang lain. Perkara ini
amat penting bagi melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan kelakuan murid ketika melaksanakan aktiviti di dalam
kelas. Walaupun kadang-kadang ada murid yang terlepas kata kesat, murid tersebut terus
meminta maaf dan tampak mereka lebih cakna akan kesilapan yang mereka lakukan.

Rujukan

Aminuddin bin Hehsan & Siti Noor binti Muhamad. (2009). Tahap Disiplin Pelajar Sekolah
Masa Kini: Satu Kajian Di Maahad Ahmadi Tanah Merah. Universiti Teknologi
Malaysia.

You might also like