You are on page 1of 2

Minggu Praktikum: 4

Tarikh: 1 Julai 2019


Tajuk Jurnal: Murid bermain di dalam kelas.

1. Isu yang difokuskan:

Saya telah menjalankan aktiviti di dalam kelas 5 Dinamik. Aktiviti ini melibatkan aktiviti
berkumpulan. Saya telah memberi puzzle kepada murid dan mereka telah mencantumkan
dengan baik. Namun, selepas mereka membuat cantuman, mereka bermain pula sesama
mereka sehingga menyebabkan mereka bising.

2. Analisis isu yang difokuskan (punca dan kesan isu)

Punca masalah ini berlaku adalah disebabkan saya tidak mengutip semula puzzle yang
saya berikan kepada mereka. Apabila mereka gagal menyiapkan, maka mereka akan
terus buat tanpa menghiraukan pdpc saya di dalam kelas. Kesannya, mereka menjadi
bising dan rakan dari kumpulan lain membantu mereka menyiapkan puzzle tersebut
hingga menyebabkan mereka bising dan tidak memberi tumpuan langsung semasa saya
mengajar.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu

Menurut Linah (2009), yang mendapati bahawa kaedah bermain sambil belajar mampu
meningkatkan minat murid.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah:

i. Memberi peluang masa yang lebih kepada mereka untuk menyiapkan


permainan.
ii. Memberi permaian mengikut kesesuaian tahap pemikiran mereka.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 Minggu

6. Tindakan Susulan:

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu dengan mencuba memberi puzzle 4
kerat sahaja kepada murid-murid tersebut. Saya juga telah menambah masa selama 3
minit dari 2 minit kepada murid untuk memberi ruang mereka menyiapkan dengan lebih
pantas dan kemas.

7. Tarikh Tindakan Susulan

8 Julai 2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
kesungguhan setiap ahli dalam menjalankan tugas yang telah diberikan dengan masa
yang cukup dan menepati tahap mereka. Selepas siap,murid terus menghantar kepada
saya dan mula fokus bagi langkah seterusnya.

9. Kesimpulan

Saya berpuas hati malah berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid 4B.
mereka bersungguh-sungguh membuat aktiviti di dalam kumpulan dan masa yang
ditetapkan dapat ditepati tanpa sebarang masalah.

Rujukan

Linah Binti Summase. (2009). Belajar Sambil Bermain. Jurnal Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2009, ms.92-10.

You might also like