You are on page 1of 1

ARAHAN TUGASAN E-FOLIO (30%)

KURSUS MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

JABATAN JKA, JKE, JKP, JTMK, JP, JKM

JENIS CLO 2: Menerangkan sistem, tahap perkembangan,


E-FOLIO (30%) kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas bangsa di
PENTAKSIRAN
Malaysia (A2, CLS5)

SESI SESI 1 2023/2024

ARAHAN TUGASAN:
1. Pelajar dikehendaki menghasilkan SATU PENULISAN secara berkumpulan terdiri daripada 3
hingga 4 orang yang bertemakan salah satu daripada tiga topik dalam silibus (Topik 4, 5 dan 6).

2. Setiap kumpulan perlu menetapkan tajuk e-Folio, mencari maklumat, mengkaji dan menganalisa,
seterusnya menghuraikan tajuk seperti yang dikehendaki di dalam Rubrik Pemarkahan.

3. Penulisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai aplikasi media eletronik yang
bersesuaian. Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti masing-masing
dalam menghasilkan tugasan tersebut.

4. Muka depan penulisan mestilah mengandungi butiran yang disenaraikan dalam kriteria ‘Format’.
Sila rujuk Rubrik e-Folio.

5. Penghantaran e-Folio kepada pensyarah kursus adalah secara muat naik fail atau link tersebut ke
platform yang ditetapkan.

6. Setiap kumpulan juga perlu menyediakan Jadual Pengagihan Kerja Ahli Kumpulan dan turut
dimuatnaik ke platform penulisan tersebut.

7. Tugasan e-Folio ini hendaklah dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang
kelewatan TANPA sebab munasabah akan ditolak markah (mengikut pertimbangan Pensyarah
Kursus).

Disahkan Oleh:

MOHD SHUKRI BIN MOHD ISA


Ketua Kursus
Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ungku Omar

You might also like