You are on page 1of 13

ASSIGNMENT COVER SHEET

Course Code : CSZD2243

Course Title : PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK KANAK-KANAK

Course Leader : MADAM NORUL HUDA BINTI MOHD GHAZALI

Learning Outcomes: (LO1) Menjelaskan pengetahuan asas bahasa dan kurikulum pengajaran
Bahasa Melayu

Total Marks : 40%

Issue Date/week : Week 1

Submission Date : Week 6

Plagiarism Notice :

According to UNITAR International University Academic Regulations, Section 5.10 Plagiarism:

 5.10.1 Plagiarism is the presentation of another person’s thoughts or words as if they were the
student’s own.
 5.10.2 Plagiarism is an offence and will be subject to disciplinary action as prescribed in the Students
Disciplinary Rules and Regulations.
 5.10.3 All work submitted as part of the requirements for any assessment must therefore be expressed
in the student’s own words and incorporate his own ideas and judgments. Direct quotations from the
published or unpublished work of another must always be clearly identified as such and a full reference
to the source must be provided.
DETAILS OF THE PROJECT (GROUP ASSIGNMENT)

Tajuk Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Melayu Kanak-Kanak


Markah 40%

Prosedur a) Sila pastikan anda menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan.
Penghantaran b) Semua pelajar wajib menghantar tugasan soft copy di dalam uniec virtual. Kegagalan berbuat demikian
Tugasan akan menyebabkan markah anda dipotong.
c) Format tulisan: Century Gothic, 11
d) Tugasan ini hendaklan dibentangkan pada minggu ke-6
e) Pembentangan adalah secara ‘recorded video presentation’

Peringatan a) Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Ahli kumpulan mestilah tidak melebihi 6 orang.
b) Tugasan yang diciplak, ditiru atau plagiat boleh dikenakan tindakan disiplin
c) Anda akan diberikan markah kosong (0) jika anda didapati meniru
d) Anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan tugasan yang dihantar merupakan tugasan yang
betul dan dihantar tepat pada waktunya.
e) Tarikh penghantaran dan pembentangan adalah pada Minggu ke-9

Soalan Sebagai pendidik awal kanak-kanak, anda mempunyai sekumpulan kanak-kanak berumur 4 hingga 5
Tugasan tahun yang menghadapi kesulitan dalam penguasaan kemahiran berbahasa Melayu. Mereka mengalami
masalah dalam kemahiran mendengar, bertutur, menulis, dan membaca dalam bahasa Melayu.
Kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak yang berasal dari latar belakang keluarga yang kurang
berinteraksi dalam bahasa Melayu di rumah. Sebagai guru, anda bertanggungjawab untuk membantu
mereka meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu mereka.

Kumpulan anda dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

1. Meningkatkan Kemahiran Bertutur:


Cadangkan strategi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang akan membantu
kanak-kanak ini dalam mengatasi masalah bertutur. Jelaskan bagaimana anda akan mengukur
peningkatan kemahiran bertutur mereka.

2. Meningkatkan Kemahiran Menulis:


Kenalpasti teknik-teknik atau kaedah yang boleh membantu kanak-kanak ini dalam
memperbaiki kemahiran menulis bahasa Melayu. Cadangkan aktiviti menulis yang relevan dan
berkesan untuk projek ini.

3. Meningkatkan Kemahiran Membaca:


Bagaimana anda akan membangunkan minat mereka dalam membaca bahasa Melayu?
Cadangkan langkah-langkah atau aktiviti yang boleh meningkatkan kebolehan mereka dalam
membaca. Jelaskan bagaimana anda akan mengukur kemajuan mereka dalam membaca.

4. Melibatkan Ibu Bapa:


Cadangkan langkah-langkah yang akan diambil untuk melibatkan ibu bapa kanak-kanak ini
dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu. Bagaimana anda akan berkomunikasi
dengan ibu bapa dan membantu mereka menyokong pembelajaran bahasa Melayu di rumah?

5. Penggunaan Teknologi dalam Projek:


Adakah teknologi seperti aplikasi pembelajaran digital atau permainan berkomputer boleh
membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa Melayu mereka? Jika ya, jelaskan bagaimana
anda akan mengintegrasikan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

6. Penilaian dan Pemantauan Kemajuan:


Bagaimana anda akan menilai kemajuan kanak-kanak ini dalam penguasaan bahasa Melayu?
Cadangkan kaedah penilaian yang relevan dan terangkan bagaimana anda akan mengukur
keberkesanan projek berkumpulan ini.
PROJECT (GROUP ASSIGNMENT) SUBMISSION SHEET

Course Code : CSZD2243


Course Title : PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK KANAK-
KANAK

Course Leader : MADAM NORUL HUDA BINTI MOHD GHAZALI

Lecturer : __________________________

Title of Assignment : __________________________

Submission Date : __________________________

Student’s Affirmation :

Matric Number Student Name Signature


MC220918703 JACKSPALLER ANAK NAYANG
MC220919152 NURUL HANI NASUHA BINTI MOHAMAD TERMIZI
MC220918498 KARTINI BINTI OSMAN
MC220516909 REBECCA TAN YAN JING
MC220517393 MOGANA AP PARAMESWARAN
MC220918037 NOR SYAHIRAH BINTI ZAMMERI
MC220918969 SITI NUR HASANAH BINTI TERUNAH

We acknowledge the submission of this assignment. We will be responsible if this assignment is found
plagiarized or did not make an improvement as the feedback received from our Tutor / Lecturer and will bear
the consequences.

Lecturer’s Signature:

__________________________

Rubrik Penilaian Tugasan

Kriteria Penilaian Marka


h
Meningkatkan Kemahiran Bertutur 6
- Cadangan strategi pembelajaran yang inovatif dan relevan.
- Penggunaan contoh konkret untuk menjelaskan strategi-strategi tersebut.
- Kesesuaian strategi dengan keperluan kanak-kanak.
- Bukti peningkatan dalam kemahiran bertutur kanak-kanak.
Meningkatkan Kemahiran Menulis 6
- Kenalpasti teknik-teknik atau kaedah yang relevan dan berkesan.
- Cadangan aktiviti menulis yang kreatif dan sesuai dengan peringkat umur.
- Kesesuaian aktiviti dengan kemahiran menulis kanak-kanak.
- Bukti peningkatan dalam kemahiran menulis kanak-kanak.
Meningkatkan Kemahiran Membaca 6
- Cadangan langkah-langkah untuk membangunkan minat dalam membaca.
- Strategi yang menggalakkan kebolehan membaca kanak-kanak.
- Kesesuaian strategi dengan minat dan peringkat umur kanak-kanak.
- Bukti peningkatan dalam kemahiran membaca kanak-kanak.
Melibatkan Ibu Bapa 6
- Cadangan langkah-langkah yang melibatkan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa
Melayu.
- Cara komunikasi dengan ibu bapa dan bahan sokongan yang diberikan.
- Kesesuaian langkah-langkah dengan keperluan ibu bapa dan kanak-kanak.
- Bukti sokongan dan partisipasi ibu bapa dalam projek.
Penggunaan Teknologi dalam Projek 6
- Cadangan penggunaan teknologi yang sesuai dan efektif dalam meningkatkan kemahiran bahasa Melayu.
- Integrasi aplikasi pembelajaran digital atau permainan berkomputer yang relevan.
- Reka bentuk cara pengintegrasian teknologi dalam pengajaran.
- Bukti penggunaan teknologi dalam projek.

Penilaian dan Pemantauan Kemajuan 6


- Cadangan kaedah menilai kemajuan kanak-kanak dalam penguasaan bahasa Melayu.
- Cadangan kaedah menilai keberkesanan projek berkumpulan.
- Kesesuaian kaedah penilaian dengan objektif tugasan.
- Bukti pemantauan kemajuan dan keberkesanan projek.

Keseluruhan Penulisan 4
-Pemahaman yang jelas terhadap tajuk dan objektif tugasan.
-Struktur yang sangat sistematik dan kemas.
- Penggunaan bahasa yang betul dan sangat lancar.
- Kandungan sangat relevan, terperinci, dan dikaitkan dengan rujukan yang sesuai.
Jumlah Markah /40

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Cadangan strategi pembelajaran pertama ialah Pendedahan kepada Bahasa.Kenalkan kanak-kanak


kepada pelbagai situasi di mana bertutur adalah penting.Ini boleh melibatkan membacakan
cerita,bermain peranan,danberkomunikasi dalam konteks sebenar.Selepas itu,strategi pembelajaran
kedua ialah Berfikir Kreatif.Galakkan kanak-kanak untuk menggunakan imajinasi dan kreativiti
dalam berbicara.Ini membantu mereka menjadi lebih lancar dan berfikir lebih cepat.Kemudian,strategi
pembelajaran ketiga ialah Ketegasan dan Pujian.Berikan pujian kepada kanak-kanak apabila mereka
bertutur dengan betul.Tetapi tegaskan kesalahan mereka dengan lembut dan tunjukkan cara yang betul
untuk melakukannya.Straregi pembelajaran yang terakhir ialah Berfikir dalam Bahasa. Galakkan
kanak-kanak untuk berfikir dalam bahasa sebelum mereka bertutur.Ini membantu mereka mengatur
idea dan memahami cara untuk menyusun ayat yang betul.
Contoh aktiviti-aktiviti pertama ialah Permainan Kata.Aktiviti seperti permainan pilihan kata,teka-
teki kata,atau permainan tatabahasa boleh membantu kanak-kanak memperbaiki penguasaan
tatabahasa danperbendaharaan kata mereka.Selain itu,Bermain Peranan.Aktiviti bermain peranan
membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dalam peranan yang berbeza.Mereka boleh berlakon
sebagai doktor,guru,peniaga,dan lain lain.Ini membantu mereka mengembangkan kemahiran bertutur
dalam konteks yang berbeza.

Saya akan mengukur peningkatan kemahiran bertutur mereka dengan menggunakan cara Ujian
Lisan.Ujian lisan boleh diadakan secara berkala untuk menilai kemahiran berbicara kanak-
kanak.Mereka boleh diminta untuk menceritakan sesuatu,menjawab soalan,atau mengambil bahagian
dalam perbincangan berstruktur.Selain itu,ialah Soal Selidik.Gunakan soal selidik atau borang
penilaian untuk mendapatkan maklum balas dari kanak-kanak dan ibu bapa tentang peningkatan
kemahiran bertutur kanak-kanak.

Kesimpulan,ingatlah untuk memberi sokongan dan dorongan yang berterusan dan memberikan
peluang untuk kanak-kanak berlatih.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis dan membaca Bahasa Melayu merupakan suatu kemahiran asas bagi murid
murid di sekolah rendah.Bagi memperoleh masa depan yang cemerlang, hal ini adalah sangat penting
bagi anak muda kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara Malaysia sejak tahun
1967 yang diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di sekolah juga,
kemahiran menulis itu penting bagi proses pembelajaran kanak-kanak supaya mereka dapat memberi
tumpuan dalam pelajaran dan melakukan tugas yang diberi guru.

Bagi kanak-kanak yang berada dalam lingkungan keluarga yang tidak fasih berbahasa melayu,
kemahiran mereka dalam bertutur, membaca dan menulis Bahasa Melayu mungkin tidak mahir. Hal
ini dikatakan demikian kerana persekitaran mereka yang majoritinya menggunakan Bahasa Inggeris
atau bahasa natif mereka sebagai bahasa utama sedangkan ianya berfungsi sebagai bahasa
perantaraan. Misalnya, kanak-kanak minoriti orang asli di Cameron Highland, Pahang lebih gemar
menggunakan bahasa natif mereka, iaitu Bahasa Semai. Dalam kajian temubual yang dilakukan antara
dua orang guru dan 33 pelajar di sekolah itu, rata-rata pelajar tidak dapat bertutur dan menulis Bahasa
Melayu dengan baik dan ini menimbulkan permasalahan diantara pengajar dan pelajar. Secara
khususnya, kemahiran menulis adalah berdasarkan perlakuan menggunakan pensel, pen dan lainnya
bagi menulis sebarang idea atau pemikiran seseorang.
Permasalahan dalam kemahiran bagi Bahasa Melayu sangat membimbangkan oleh kerana banyak
perkara yang memerlukan bahasa melayu sebagai bahasa utama. Kanak-kanak akan menghadapi
masalah yang boleh menjejaskan keyakinan diri mereka apabila mereka tidak memiliki kemahiran
menulis yang bagus.

Bagi meningkatkan kemahiran menulis untuk kanak-kanak, beberapa kaedah atau teknik yang
sesuai dapat dilakukan bagi memperoleh kemahiran dengan segera. Antara perkara utama ialah
mengenai keperluan asas bagi kanak-kanak iaitu kestabilan posisi badan yang harus kuat bagi
kemahiran menulis. Jika seseorang itu tidak mempunyai kestabilan postur yang kuat, mereka akan
menulis dengan cara menekan pensel dengan terlalu kuat kerana otot dijari dan tangan mereka yang
lemah. Aktiviti menulis seharusnya hanya menggunakan tenaga dari jari dan pergelangan tangan
supaya dapat menulis dengan betul. Bagi kanak-kanak berumur 4 tahun keatas, aktiviti memanjat dan
merangkak komando juga dapat dilakukan bagi meningkatkan kemahiran penulisan.

Penggunaan ayat Bahasa Melayu yang kurang dalam lingkungan persekitaran kanak-kanak
menjadikan mereka tidak dapat membezakan antara huruf kecil dan huruf besar, tidak memahami
tulisan melayu dan tidak dapat mengecam perkataan suku kata dalam Bahasa Melayu. Ibu bapa dan
orang disekitarnya seharusnya memainkan peranan penting dengan memupuk percakapan dan menulis
dalam Bahasa Melayu kepada kanak-kanak sedari kecil agar mereka dapat mengetahui dan menguasai
Bahasa Melayu secara semulajadi. Guru juga perlu memulakan pembelajaran dengan menulis aktiviti
dalam Bahasa Melayu agar mereka terbiasa dengan menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Kebanyakan masalah menulis adalah dari faktor membaca dimana penggunaan kosa kata dan
bacaan Bahasa Melayu mereka berada pada tahap yang lemah. Pentingnya, menulis sahaja melibatkan
postur badan dan penggunaan kepala, lengan, dan mata dengan betul. Kanak-kanak juga boleh
melakukan aktiviti yang sesuai dengan usia mereka bagi mengembangkan dan memahirkan kemahiran
menulis mereka. Bagi kanak-kanak berumur empat ke lima tahun misalnya, antara aktiviti yang sesuai
dilakukan ialah bermain lagu-lagu bertepuk dan permainan tradisional seperti ‘kalau rasa gembira’
atau ‘tepuk amai-amai’ supaya mereka dapat melibatkan diri dalam permainan yang menggunakan
koordinasi mata dan tangan sentiasa. Selain itu, aktiviti lain seperti menulis dengan jari juga boleh
dilakukan bagi meningkatkan dan memahami proses kemahiran menulis. Murid-murid boleh melukis
garisan dan menulis abjad huruf besar atau huruf kecil menggunakan dulang pasir atau cat jari agar
mereka beroleh pengetahuan dan mampu untuk menulis secara berperingkat.

Dalam kemahiran Bahasa Melayu, menulis merupakan suatu kemahiran yang perlu dipelajari oleh
kanak-kanak. Dalam umur awalnya, kanak-kanak perlu dibimbing dari peringkat awal supaya boleh
menulis dimana aktiviti-aktiviti ringan dan mudah seperti mewarna dan menconteng memberi banyak
kesan positif dalam harian mereka untuk mahir menulis. Guru juga boleh menunjukkan contoh tulisan
yang kemas dan teratur agar murid-murid dapat mengikut dan menulis dengan baik dan kemas.

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA

Dunia kanak kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak – kanak mempelajari sesuatu
dengan paling berkesan apabila mereka sedang berseronok. Sebenarnya kenyataan ini
adalah benar untuk kita semua. Kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan
berkesan apabila kita sedang berseronok dan menikmati apa yang kita buat. Sama juga
untuk memperkenalkan konsep menbaca perlulah dengan cara yang menyeronokkan.

Kemahiran literasi awal adalah kritikal kerana ia menentukan sebaik mana kanak – kanak
mempelajari kemahiran membaca. Kanak – kanak yang mempunyai kemahiran literasi awal
yang baik lebih mudah belajar membaca. Kemahiran membaca yang lebih baik membantu
meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Terdapat pelbagai cara yang menarik untuk menggalakkan perkembangan kemahiran


membaca. Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti untuk menggalakkan kemahiran
lmemebacal. Berseronoklah bersama murid kerana ini akan meniti kejayaan yang cemerlang
dalam kemahiran membaca buat kanak- kanak

1. Permainan yang Melibatkan Perkataan

 Bermain permainan berunsurkan huruf dan perkataan.


 Kanak – kanak biasanya lebih mudah mempelajari sesuatu secara tidak langsung.
 Mengajar secara teratur memang perlu, tetapi pada peringkat awal adalah lebih sesuai
dengan permainan.
 Mempelajari konsep membaca sambil berseronok.

2. Tunjukkan Perkataan & Huruf di Mana Jua

 Menarik perhatian kanak – kanak kepada perkataan dan huruf yang berada di persekitaran
kita.
 Kanak – kanak perlu mengenali apa itu huruf dan perkataan sebelum boleh membaca.
 Tidak perlu mengajar kanak – kanak berumur 5 tahun untuk membaca.
 Sebaliknya cuma memperkenalkan konsep tentang tulisan, perkataan, dan huruf.
 Ini adalah supaya kanak – kanak mempunyai kesedaran dan pendedahan awal kepada
perkataan.
 Pendedahan awal ini merupakan kemahiran literasi awal yang akan membantu mereka
untuk membaca.
3. Jadilah Contoh Pembaca yang Baik

 Luangkan masa untuk membaca suratkhabar, majalah, atau buku.


 Pastikan anak murid melihat anda membaca.
 Berceritalah dengan anak murid anda tentang apa yang sedang anda lakukan, tunjukkan
gambar jika sesuai.
 Pastikan anak memerhatikan anda menulis dalam aktiviti harian.
 Bercerita dengan anak murid tentang apa yang sedang anda baca.
Apabila kanak – kanak memerhatikan guru yang tersayang membaca, mereka akan faham
bahawa membaca adalah penting. Melibatkan mereka untuk sama – sama membaca akan
menggalakkan lagi kecenderungan mereka untuk membaca kelak.

4. Membaca buku bersama anak murid anda

 Pilihlah buku yang bergambar dan mempunyai warna yang menarik.


 Anak murid anda juga boleh memilih buku kegemarannya.
 Duduk dengan selesa
 Jangan setakat membaca sahaja, tetapi bercerita berdasarkan gambar.
 Gunakan suara yang menarik dan lakonkan aksi dalam cerita jika boleh.
 Guru juga boleh mengajukan soalan kepada anak murid anda berdasarkan cerita tersebut.
 Setelah beberapa kali membaca cerita yang sama, beri peluang kepada anak murid anda
untuk bercerita semula.

Luangkan masa setiap hari untuk sama – sama membaca buku, kerana ini akan melahirkan
anakmurid yang bersedia, berminat dan pandai membaca.

MELIBATKAN IBU BAPA

Kebolehan membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu
aspek penting mempelajari Bahasa Melayu. Bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
dalam penguasaan kemahiran berbahasa Meayu, guru-guru perlu mengambil langkah
inisiatif untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran membaca seperti
mengadakan program yang melibatkan kanak-kanak dan juga ibu bapa. Dalam meniti arus
kemodenan hari ini, kebanyakan kanak-kanak berasal dari latar belakang keluarga yang
kurang berinteraksi dalam Bahasa Melayu di rumah dan agak sukar untuk melihat mereka
gemar untuk membaca. Hal ini disebabkan oleh teknologi mudah alih yang membekalkan
permainan dan video di atas talian. Oleh itu, ibu dan bapa memainkan peranan penting bagi
memupuk amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Guru-guru boleh mengadakan program seperti ‘Jom Membaca’ selama 30 minit.
Disini, ibu bapa boleh memperuntukkan masa untuk membaca bersama kanak-kanak
dirumah di waktu terluang. Selain daripada itu, kunjungan ke pesta atau pameran buku
pasti dapat membantu memupuk amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak kerana
keterujaan membuat mereka lebih gemar dalam membuat sesuatu perkara. Inisiatif yang
berbeza boleh membantu kanak-kanak mencambah minat mereka terhadap membaca.
Tambahan pula kunjungan ke pameran buku membolehkan kanak-kanak melihat pelbagai
jenis bahan bacaan Bahasa Melayu yang menarik. Natijahnya, ibu bapa perlu bijak dengan
memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk memilih bahan bacaan yang diminati
seterusnya membimbing mereka kearah pembacaan yang lebih baik. Dengan cara ini, boleh
membantu memupuk kemahiran kanak-kanak bertutur dalam Bahasa Melayu.

Seterusnya, jika anak-anak enggan dan sukar untuk dipupuk membaca bahan
bacaan secara fizikal, ibu dan bapa boleh berkongsi dengan mereka bacaan secara atas
talian. Langkah ini sedikit sebanyak akan membuatkan anak-anak untuk membaca hanya
menggunakan telefon pintar mereka. Pelbagai jenis bacaan seperti artikel atau jurnal yang
boleh dikongsikan mengikut tahap dan perkara yang sesuai dengan anak-anak. Tamsilnya,
artikel menarik seperti ulasan sukan yang diminati bersama boleh dikongsikan kepada anak
dan meminta pendapat mereka terhadap sukan atau atlet yang dibincangkan dalam artikel
tersebut. Secara tidak langsung, perkongsian ini dapat membawa kepada tahap komunikasi
antara anak dan ibu atau bapa ke peringkat yang lebih baik dan matang. Kebanyakan
artikel yang diperoleh secara atas talian adalah ringkas tetapi padat dengan informasi yang
ingin diketengahkan berbeza dengan pembacaan buku fizikal yang penuh dengan huraian.
Oleh itu, pembacaan ringkas tetapi bermakna juga mampu memberikan hasil yang baik
serta memupuk kanak-kanak untuk mengamalkan pembacaan samada secara fizikal atau
maya.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah bahawa peranan ibu
dan bapa amatlah besar untuk memupuk amalan membaca dan membantu meningkatkan
kemahiran bertutur dalam kalangan anak-anak. Peribahasa Melayu berkata bapa borek,
anak rintik yang bermaksud sifat seseorang anak tidak jauh bezanya dengan sifat orang
tuanya.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROJEK


Adakah teknologi seperti aplikasi pembelajaran digital atau permainan berkomputer boleh
membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa Melayu mereka? Jika ya, jelaskan
bagaimana anda akan mengintegrasikan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ya, teknologi seperti aplikasi pembelajaran digital dan permainan komputer boleh membantu
dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu, adalah seperti berikut:

1. Menggunakan Platform Pembelajaran Dalam Talian

Manfaatkan platform pembelajaran dalam talian seperti google classroom, zoom, google
meet dan sebagainya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

2. Penggunaan Media Sosial dan Blog

Buat kumpulan atau blog khas di media sosial di mana pelajar boleh berbincang, berkongsi
bahan atau artikel Bahasa Melayu, atau memuat naik tugasan-tugasan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.

3. Video dan Audio

Manfaatkan video atau audio untuk mengajar dalam bahasa Melayu seperti perbendaharaan
kata, mendengar perbualan dan mengamalkan kefasihan lisan. Kita juga boleh
menggunakan sumber seperti YouTube, podcast Melayu atau membuat video kita sendiri

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN KAJIAN

 PENGENALAN

Dalam sesebuah kajian mahupun proses pengajaran, penilaian dan pemantauan amatlah
penting kerana penilaian dan pemantauan merupakan sebuah kaedah yang berkesan untuk
mengumpulkan maklumat-maklumat yang kemudiannya membolehkan guru mahupun penilai dapat
menilai tahap kemajuan individu atau kumpulan yang ditargetkan. Bukan itu sahaja, proses penilaian
dan pemantauan juga membolehkan penilai mengesan sebarang perubahan dan tahap keberkesanan
setiap kaedah/strategi/teknik yang dijalankan dalam kajian yang dijalankan. Akhir sekali, proses
penilaian dan pemantauan memerlukan pemerhatian yang tekun serta perlu dilakukan secara
berterusan agar maklumat yang diperolehi bersifat tepat dan kemas.

 CADANGAN KAEDAH PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM


PENGUASAAN BAHASA MELAYU

Bagi projek meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid yang mengalami
kesulitan penguasaan kemahiran berbahasa melayu ini, terdapat beberapa kaedah penilaian dan
pemantauan kemajuan kanak-kanak yang boleh dijalankan, yang bersifat sejajar dan sesuai dengan
cadangan aktiviti-aktiviti yang dikemukakan dalam projek berkumpulan ini.

Kaedah penilaian dan pemantauan kemajuan kanak-kanak yang boleh dilakukan sepanjang
aktiviti-aktiviti yang menekankan peningkatan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak
ini dijalankan adalah kaedah merekodkan pemerhatian. Kaedah merekodkan pemerhatian ini
bermaksud, pihak yang terlibat seperti penilai dan guru, bertindak menjadi pemerhati secara
berterusan sepanjang aktiviti-aktiviti dijalankan lalu kemudiannya mencatatkan segala maklumat yang
berjaya diperolehi di atas kertas, buku nota, borang dan sebagainya agar maklumat yang diperolehi
dapat disimpan dalam keadaan tersusun dan selamat. Para penilai/ guru boleh membuat nota ringkas
yang berkaitan dengan tindakan/kemajuan setiap pelajar yang terlibat. Dengan kaedah penilaian dan
pemantauan yang dilakukan secara dokumentasi ini, guru dan penilai mampu mengesan
masalah/perubahan/kemajuan para pelajar melalui catatan yang ditulis, membolehkan guru/penilai
dapat merangka strategi dan tindakan susulan yang patut diambil, yang selaras dengan tahap
kemajuan kanak-kanak yang terlibat. Guru/penilai juga mampu menilai dengan efektif berkenaan
sejauh mana kemajuan kanak-kanak berada dalam penguasaan Bahasa Melayu mereka. Antara contoh
kaedah yang sering digunakan bagi merekodkan pemerhatian adalah rekod senarai semak, rekod
anekdot dan rekod berterusan.

CADANGAN KAEDAH MENILAI KEBERKESANAN PROJEK BERKUMPULAN


Cadangan bagi kaedah penilaian keberkesanan projek berkumpulan yang dijalankan adalah
dengan kaedah pemerhatian terhadap hasil yang didapati di akhir kajian. Keberkesanan projek
berkumpulan ini dapat dinilai dan diukur dengan melihat tahap kemajuan yang berlaku kepada kanak-
kanak yang terlibat, sama ada tahap penguasaan mereka terhadap Bahasa Melayu meningkat ataupun
tidak apabila tiba di akhir kajian, berbanding ketika masih lagi berada di awal kajian. Pemerhatian ini
juga melibatkan penilaian tahap kemajuan terhadap kemahiran bertutur, menulis dan membaca kanak-
kanak yang terlibat.

Selain itu, kaedah soal selidik juga boleh diaplikasikan bagi menilai tahap keberkesanan projek
berkumpulan ini. Borang soal selidik boleh diedarkan kepada ibu-bapa atau penjaga kepada kanak-
kanak yang terlibat secara online ataupun nyata. Ibu bapa/ penjaga yang terlibat boleh memberikan
respon yang bersesuaian dengan melihat tahap kemajuan anak-anak mereka sendiri. Hasil daripada
respon-respon ibu-bapa/penjaga boleh dijadikan alat penilai tahap keberkesanan projek yang
dijalankan secara berkumpulan ini.

Kesimpulannya, keberkesanan projek ini dapat diukur dengan melihat kepada tahap kemajuan
penguasaan Bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak yang terlibat di akhir kajian.

You might also like