You are on page 1of 2

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 KESIMPULAN

Projek Stand Projector Adjustable ini telah dirancang dan dilaksanakan adalah
berdasarkan pemantauan ke proses pemasangan projektor pada beberapa tempat awam,
perkilangan dan di sekitar institut pendidikan . Di antara perbincangan dan cadangan untuk
masa hadapan bagi menambahbaik projek Stand Projector Adjustable ini ialah :

5.1.1 KEMAHIRAN :

 Dengan terciptanya projek ini pengguna dapat meningkatkan kemahiran yang lebih
inovatif dalam melakukan sesuatu produk.

5.1.2 KUALITI :

 Dapat menghasilkan produk yang lebih bermutu dan lebih baik berbanding sebelum ini.

5.1.3 KEFUNGSIAN :

 Produk ini dibangunkan khas untuk proses pemasangan dilakukan. Disamping itu,

pergerakkan Stand projector yang boleh dilaras sehingga maksima 1219.200 mm ( 4 Feet
bagi memudahkan pengguna untuk menentukan kedudukan dan arah projektor.Stand
Projector Mudah digunakan serta dapat mengelakkan projektor jatuh daripada stand.
Projektor juga boleh diletakkan dengan keadaan selamat dan stabil.

72
5.1.4 KESELAMATAN :

Dipertingkat lagi ciri – ciri keselamatan:

 Pengunaan stand projector yang mengambil masa yang lama untuk rosak.
 Mempunyai stand yang stabil dan pergerakkan yang mudah.

5.1.5 KESELESAAN :

 Mudah digunakan dan memerlukan hanya seorang pengguna sahaja.


 Ciri-ciri yang lebih teratur dan mesra pengguna.
 Tidak menampung beban yang berat di pasaran.

5.1.6 PERBINCANGAN

Produk kami iaitu Stand Projector Adjustable telah siap mengikut perancangan
yang telah ditetapkan. Perbincangan perlu dilakukan bagi memastikan setiap rekabentuk dan
proses pemesinan berjalan dengan lancar disamping mengikut jadual yang diberikan. Ia
bertujuan untuk menangani bagi setiap masalah yang dihadapi , terutamanya ketika
melaksanakan projek Stand Projector Adjustable. Mengadakan perbincangan dalam setiap
ahli kumpulan adalah penting untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam
menghasilkan projek yang mencapai keputusan yang bernas dan bijak. Perbincangan yang
kerap perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi agar proses pembuatan
projek berjalan dengan mudah . Setiap keputusan perbincangan adalah melalui apa yang
dipraktikkan dan diperlihatkan di dalam melaksanakan projek ini. Tanpa melakukan
perbincangan secara mendalam dan terperinci , lazimnya projek yang djalankan tidak akan
mencapai objektif yang diperlukan.

73

You might also like