You are on page 1of 11

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM(DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1343 SENI KREATIF (MUZIK, DRAMA


DAN PERGERAKAN)

KOD SUBJEK: E C D 1 3 4 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 FELICIANA LANAN FELIX


S C 2 2 0 3 1 0 2 1
2 SHIRLY ANAK JOHANATHAN SULANG
S C 2 2 0 3 1 0 2 4
3 NUR ATIRAH BINTI JUSMANI
S C 2 2 0 3 1 0 2 0
4 MAGDELINE TUYAN LINGLING
S C 2 2 0 3 1 0 2 6
5 DAYANG FARAH FARAHANAH S C 2 2 0 3 1 0 2 8
6 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9
7 NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA S C 2 2 0 3 1 0 1 2

MADAM PAMELLA
UNTUK PERHATIAN(NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 2 2 / 0 5 / 2 0 2 3
AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

…………………………………… ……………………………………
(FELICIANA LANAN FELIX) (SHIRLY ANAK JOHANATHAN SULANG)

…………………………………… ……………………………………
(NUR ATIRAH BINTI JUSMANI) (MAGDELINE TUYAN LINGLING)

…………………………………… ……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI) (NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA)

……………………………………
(DAYANG FARAH FARAHANAH)
PENGENALAN

Pada tanggal 5 Mei 2023 iaitu hari Isnin yang merupakan hari di mana kami diminta
untuk berkolabrasi bersama pelajar dari kursus Unirazak dalam melaksanakan atau
menyempurnakan aktiviti pada hari tersebut. Berlangsung aktiviti pada hari tersebut dengan
persembahan pembukaan yang telah dipersembahkan oleh pelajar dari Unirazak dan sebelum
mulanya persembahan berkumpulan, kami juga diminta untuk membuat persembahan
menggunakan lagu tema kami iaitu ”Top Of The World” oleh Carpenters berserta dengan tarian
dan pergerakan. Bagi subjek seni kreatif (muzik,drama dan pergerakan) kami diarahkan untuk
membuat sebuah persembahan mengikut pilihan setiap kumpulan sama ada memilih tarian,
drama, teater muzikal, dan ”reader’s theater” yang akan dipersembahkan pada hari tersebut.
Aktiviti ini melibatkan 8 buah kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 hingga 7 orang
ahli kumpulan. Kami semua juga telah diminta untuk menyediakan props dan kostum sendiri
mengikut kesesuaian tema persembahan yang telah dipilih dan dibuat menggunakan bahan-
bahan kitar semula atau ”real props”. Setiap kumpulan haruslah mempersembahkan sebuah
persembahan mengikut kreativiti sendiri.

Selain itu, tugasan ini memerlukan sikap bekerjasama di antara setiap ahli kumpulan
dalam mencipta, membina, membuat atau mereka sebuah persembahan untuk menjadikannya
lebih menarik dan kreatif. Tugasan ini juga memerlukan sikap tolong-menolong dan
bertoleransi dalam proses pembuatan kostum dan latar belakang di mana kita hendaklah
mengagihkan tugasan kepada semua ahli kumpulan agar semua ahli kumpulan dapat terlibat
dalam tugasan ini. Setiap kumpulan perlulah bijak dalam memilih tema dalam tugasan ini bagi
menghiburkan dan hendaklah mempunyai pengajaran yang baik serta nilai murni yang dapat
dicontohi oleh semua golongan masyarakat pada masa kini.
PEMILIHAN TAJUK

Kami kumpulan 4 telah memilih konsep “reader’s theatre” dan cerita yang kami
sampaikan adalah inspirasi daripada cerita kanak-kanak iaitu Pada Zaman Dahulu yang
menceritakan mengenai kisah ”Belalang dan Semut”. Kumpulan kami memilih kisah
”Belalang dan semut” adalah kerana dari kisah itu kita dapat memberikan sesuatu teladan hidup
dan pengajaran yang baik dalam kehidupan seharian kita yang perlu kita contohi atau tanam
dalam diri kita sendiri dan dibawa pada masa akan datang.

Dalam kisah ”Belalang dan Semut” ini juga menceritakan seekor belalang yang
mempunyai sikap yang malas untuk mencari makanan sendiri dan tidak mempunyai usaha
dalam melaksanakan sesuatu perkara tanpa mengendahkan bencana alam atau musim
tengkujuh yang tidak lama lagi akan tiba. Seekor belalang juga mempunyai sikap di mana dia
terlalu mementingkan masa untuk berehat atau sentiasa ingin bersenang lenang. Bak kata
pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian.

Dengan sifat yang dimiliki oleh seekor belalang ini, kita dapat kaitkan dengan
kehidupan seharian atau persekitaran di sekeliling kita di mana terdapat sesetengah individu
yang bersikap malas untuk berusaha melalui titik peluh sendiri dan mudah untuk mengarah
orang lain untuk melakukan kerjanya.

Selain itu, sifat yang ada pada seekor semut di dalam cerita ini adalah mereka
mempunyai sikap yang rajin berusaha untuk mencari bekalan makanan yang akan disimpan
untuk musim tengkujuh dan semut juga sentiasa mendengar setiap arahan yang telah diarahkan
oleh ratu mereka. Watak semut juga mempunyai sikap yang sentiasa bersedia sebelum dilanda
bencana di mana mencari bekalan makanan sebelum musim tengkujuh yang akan tiba. Bak
kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Dengan sifat yang dimiliki oleh seekor semut ini, kita dapat kaitkan juga dengan
kehidupan seharian atau persekitaran yang ada di sekeliling kita di mana terdapat sesetengah
individu yang selalu mengambil langkah awal atau membuat persiapan sebelum berlakunya
sesuatu bencana. Seterusnya, mereka juga mempunyai sikap yang rajin berusaha demi
mendapat sesuatu yang diingini. Contohnya, berusaha untuk belajar demi membanggakan ibu
bapa dan mengejar cita-cita.
Oleh itu, terdapat banyak pengajaran yang dapat kami simpulkan dan peroleh dari kisah
”Belalang Dan Semut” ini. Sebagai pengajarannya, kita mestilah sentiasa bersedia dalam
sesuatu perkara dan janganlah cepat berputus asa tanpa adanya usaha. Nilai murni yang
terkandung dalam cerita ”Belalang Dan Semut” ini adalah ”Orang yang rajin berusaha tentu
akan hidup bahagia, manakala orang yang mempunyai sikap yang malas untuk berusaha tidak
akan dapat menikmati kesenangan dalam hidup”.
PROSES MEMBUAT KOSTUM

Dalam proses pembuatan kostum, latar belakang dan buku cerita bagi cerita ”Belalang
Dan Semut” ini adalah kami menggunakan bahan-bahan kitar semula. Contohnya, kotak.
Pembuatan kostum bagi watak seekor belalang dan semut berserta dengan topeng muka adalah
menggunakan sebuah kotak yang besar. Jumlah kostum yang kami perlu buat adalah 6 kostum
iaitu seekor belalang, seekor ratu semut dan 4 ekor semut. Langkah-langkah dalam proses
membuat kostum ini adalah melakar bentuk badan seekor belalang dan seekor semut di atas
kotak lalu kami memotongkannya mengikut lakaran yang telah dibuat. Seterusnya, kami
mewarnakan menggunakan cat air dan melekatkan kertas warna hijau bagi kostum belalang
dan melekatkan kertas warna berwarna merah pada kostum semut. Kami juga membuat corak-
corak di bahagian badan dan ekor semut iaitu belon merah menggunakan selotep berwarna
hitam dan merah.

Selain itu, proses pembuatan topeng muka bagi watak belalang dan semut juga
menggunakan sebuah kotak. Kami melakar, memotong dan diwarnakan menggunakan cat air
berwarna merah dan hijau. Kami juga membuat lubang dibahagian topeng muka itu yang
melambangkan mata seekor belalang dan semut serta dapat memudahkan kami untuk membaca
skrip dan melihat keadaan sekeliling semasa persembahan berlangsung. Oleh itu, dalam proses
pembuatan buku cerita juga kami menggunakan kotak untuk dijadikan kulit buku. Setelah itu,
kami fotostat skrip dan juga gambar cerita lalu melekatkannya di bahagian kulit buku serta
menghias kulit buku itu menggunakan kertas-kertas yang bercorak.

Oleh itu, dalam proses pembuatan latar belakang pula, kami menyediakan rumput,
bunga dan sarang semut. Bahan-bahan dalam membuat latar belakang ini juga adalah
menggunakan kotak, proses pembuatan ini juga sama iaitu melakar, memotong dan
mewarnakannya menggunakan cat air dengan pelbagai warna.
TENTATIF

HARI/TARIKH MASA AKTIVITI

7:00 am hingga Bertolak dari hostel dan rumah ke Kolej Sidma


8:00 am

8:00 am hingga Membuat persiapan


8:30 am

8:30 am hingga Penyediaan barang persembahan sebelum masuk


9:00 am
ke bilik SH1.

9:00 am hingga Masuk ke bilik SH1 sebelum persembahan


9:30 am dimulakan .

( ISNIN )
9:30 am hingga Tarian pembukaan pelajar dari Unirazak
15 MAY 2023 10:00 am

10:00 am hingga Nyanyian lagu tema “Top Of The World”


10:15 am

10:15 am hingga Persembahan dari setiap kumpulan


12:00 pm

12:00 pm hingga Persembahan penutup


12:15 pm

12:15 pm hingga Penutup bicara dari Puan Pamella


12:30 pm

12: 45 pm Bersurai
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Cadangan penambahbaikkan yang mungkin perlu kami tambahkan pada kumpulan kami ialah
mungkin kami perlu memperbanyakkan hiasan pada kostum ataupun hiasan objek kami seperti
bunga,pokok ataupun rumput. Dengan cadangan ini apabila kami ingin menayangkan
persembahan dengan hiasan yang kami sediakan ataupun kostum yang menarik mungkin akan
membuat penonton suka untuk melihat persembahan itu.Cara ini juga mungkin markah kami
akan bertambah kerana kreatif kami dalam membuat hiasan kostum dan hiasan objek. Dalam
pemilihan warna kami tidak menggunakan warna yang terlalu gelap seperti hitam ataupun
coklat tua kerana ia mungkin tidak bersesuain untuk cerita kanak-kanak. Cadangan ini mungkin
pada semester dan subjek yang datang kami akan menggunakan cadangan penambahbaikkan
seperti yang dicadangkan seperti pemilihan warna yang menarik, kostum yang cantik tambahan
warna yang lembut dan bersesuain untuk kanak-kanak supaya apabila kami ingin menayangkan
persembahan kami kepada kanak-kanak atau penonton seperti ibu-bapa mereka akan lebih suka
pada cerita kami dan kanak-kanak akan tertarik pada jalan cerita kami.
PENUTUP

Kesimpulannya, dengan adanya kerja berkumpulan ini kami boleh mewujudkan sikap
bekerjasama sesama kumpulan dalam menyiapkan kerja secepat mungkin. Kami juga akan
saling berbagi idea untuk membuat kerja bersama-sama dan sikap paling mengasihi sesama
sendiri. Bak kata pepatah ”berat sama dipikul,ringan sama dijinjing” bermaksud walaupun
tugas itu sangat berat,namun jika kita bersama-sama melakukannya pekerjaan tersebut akan
menjadi mudah atau ringan kerana berat sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing. Sebegitula
bekerja dalam berkumpulan. Kami juga mengharapkan dengan adanya subjek ini lagi pada
masa yang akan datang kami akan melakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh lagi dan
mendapatkan markah yang lebih baik daripada sebelumnya.
LAMPIRAN (SEBELUM)
(SELEPAS)

You might also like