You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA


PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR, KOLEJ KEMAHIRAN TERENGGANU

Tempat Mesyuarat

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Program Kecemerlangan Pelajar Kolej Kemahiran

Terengganu telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Jun 2023 di Aras 2, Bilik Mesyuarat

Intelek pada jam 9:30 pagi.

Kehadiran

Ahli-ahli yang hadir ialah:

Encik Ahmad Ismail bin Wan Annuar, Pengerusi


Encik Khairi bin Jamlus, Timbalan Pengerusi
Puan Norlaila binti Taruddin
Puan Rohana binti Mat Som
Cik Suzana binti Maideen
Encik Zuhairi bin Zuber
Cik Sabrina binti Mohamad Faisal, Setiausaha

Kata-kata Aluan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua pensyarah ke mesyuarat bagi

membincangkan isu-isu kecemerlangan pelajar termasuk program-program utama

kecemerlangan, senarai calon cemerlang dan harapan kolej.

Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lepas

Cik Sabrina selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas dan

telah disahkan oleh Puan Rohana binti Mat Som.

Ummaton Lina Bt Abdullah 2022418844 GUEST2


2

Perkara-perkara Berbangkit

Pengerusi meminta Ahli Jawatankuasa menyemak senarai program kecemerlangan

yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 dan mencadangkan beberapa program

dikekalkan.

Aku Janji Pelajar

Encik Khairi mencadangkan agar semua Penasihat Akademik pelajar dijemput hadir ke

majlis menurunkan tandatangan ikrar aku janji pada minggu orientasi.

Slot Khas Sepuluh Minit Bersama Pentadbir

Semua Ketua Program dijemput untuk mengambil peranan memberi kata-kata motivasi

dan berkongsi panduan kecemerlangan pada minggu orientasi awal semester.

Hal-hal Lain

Mesyuarat dimaklumkan Program i-Learning ini berbeza dari tahun lalu. Pihak penganjur

akan menggunakan format dalam talian di mana pelajar terpilih akan diberikan kata laluan dan

semua aktiviti dilakukan secara dalam talian.

Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 petang dan mesyuarat seterusnya akan

dimaklumkan kemudian.

________________ _______________
Tarikh Pengerusi

Ummaton Lina Bt Abdullah 2022418844 GUEST2

You might also like