You are on page 1of 2

1.

Definisi
Pendidikan ialah aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat tempatan. Terdapat
beberapa definisi pendidikan berdasarkan pandangan individu-individu berkaitan dengan
bidang pendidikan. Antaranya, berdasarkan pandangan tokoh falsafah Islam, iaitu Ibn
Khaldun, dalam bidang pendidikan adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi,
persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia.
Seterusnya, fokus kepada ilmu mistik dan teologi. Selain itu, menganalisis dinamika
hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-Asabiyya (perasaan kekitaaan)
bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik. Akhir sekali, beliau
tidak setuju dengan penggunaan kekerasan terhadap kanak-kanak. Selain itu, dari
pandangan tokoh falsafah timur, iaitu Confucius, pendidikan dapat membina tingkah laku
manusia supaya berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada
pemerintah dan negara.
2. Pendidikan Tidak Formal & Pendidikan Formal
Pendidikan dalam masyarakat tempatan dapat dibahagikan kepada pendidikan tidak
formal
dan pendidikan formal. Pendidikan formal lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu bapa
kanak-kanak
dengan membentuk perkembangan mereka. Pendidikan formal masyarakat Melayu adalah
bercorak
Islam dan menekankan ilmu keagamaan. Dilaksanakan di masjid, surau, pondok, madrasah
dan istana. Terdapat 4 bahagian
pendidikan iaitu, pendidikan agama, madrasah, pendidikan istana dan pendidikan tidak
formal.
Bagi pendidikan agama, mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran, ilmu hadis dan bahasa
Arab. Bagi madrasah pula, ia dilaksanakan secara kelas dan mempunyai tahap permulaan,
pertengahan dan pengkhususan serta diawasi oleh mudir (guru besar). Dalam pendidikan
istana, lazimnya sultan akan menyediakan satu ruangan di istana
bagi membolehkan pengajaran agama Islam disampaikan. Di Sabah, pendidikan tidak
formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat di tempat mereka
tinggal.
Mereka diajar kemahiran seperti bersawah, berternak, bertukang, berburu, memanjat,
memancing dan menyumpit.
3. Ciri-ciri Sistem Pendidikan Sewaktu Penjajahan British
Kedatangan British membawa sistem pendidikan sekular kepada masyarakat di negara kita.
Kewujudan msyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberikan
penekanan
kepada pendidikan menyebabkan munculnya sistem pendidikan vernakular di Tanah
Melayu.
(a) Sekolah Vernakular Melayu - Pendidikan di sekolah vernakular Melayu hanya bertujuan
menjadikan orang Melayu mempunyai pengetahuan asas, iaitu membaca, menulis dan
mengira.
(b) Sekolah Vernakular Cina & Tamil - Guru dibawa dari negara asal dan sukatan pelajaran
berasaskan sistem pendidikan di negara asal.
(c) Sekolah Inggeris - Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar
negeri
dan juga diberikan keutamaan menjawat jawatan yang baik dalan perkhidmatan kerajaan.
4. Cadangan
Pada pendapat saya, cadangan yang boleh mewujudkan sistem pendidikan yang lebih
membina semangat
perpaduan dan jati diri yang tinggi di negara kita adalah dengan membina perkembangan
pelajar dengan lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Selain itu, mengukuhkan
pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia dan berfikiran opitmis. Akhir sekali, semangat
perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta
moral para pelajar.
5. Kesimpulan
Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan demi
perubahan
mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan sebagai agen ke
arah
pembangunan masyarakat.

You might also like