You are on page 1of 14

JABATAN PERDAGANGAN

KEUSAHAWANAN
(P3117)

TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH-:
1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04dat06f578-
2.Siti Salwa Binti Ab. Rahim -04dat06f578-
3.Nor Awanis Bt Ab. Hamid -04dat06f528-

KELAS:
DAT3B

DISEDIAKAN UNTUK:-
En.Syukri

1
ISI KANDUNGAN

2
Hj. Nordin Bin Mahmood Adalah Seorang
Usahawan Yang Mengusahakan Perusahaan
Batik Di Kelantan. Hasil Karya Beliau Telah
Mendapat Pengiktirafan Daripada Kbdym Al-
Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra
Bersempena Dengan Anugerah Industri
Pelancongan Negeri Kelantan 2004. Karya
Beliau Juga Mendapat Sambutan Yang Amat
Menggalakkan Dari Setiap Golongan
Masyarakat. Tanggal 24 September Tahun 1949
Adalah Hari Kelahiran Usahawan Ini Dan Beliau
Dilahirkan Di Kubang Kerian Kelantan. Asalnya
Beliau Adalah Daripada Sebuah Keluarga Yang
Serba Kekurangan. Kedua Ibu Bapa Beliau
Adalah Merupakan Pengusaha Batik Tradisional
Dan Beliau Telah Mewarisi Kepakaran Tersebut
Sehinggalah Beliau Berjaya Bergelar Usahawan
Sekarang. Perniagaan Batik Yang Beliau
Jalankan Adalah Bermula Dari Peringkat
Bawahan Iaitu Dengan Mengusahakan Batik
Tradisional(Batik Blok) Pada Tahun1972.
Seterusnya Berkembang Ke Arena Batik
‘Canting’ Pada Tahun 1985. Beliau Bukanlah
Berasal Daripada Seorang Yang Berpendidikan
Tinggi, Tahap Pendidikan Beliau Hanyalah
Setakat Tingkatan 3 Sahaja Di Sultan Ismail
Collegue (Sic). Beliau Telah Menamatkan Zaman
Bujangnya, Berkahwin Dan Telah Dikurniakan
Dengan 6 Orang Cahaya Mata Iaitu 2 Orang
Putera Dan 4 Orang Puteri. Perusahaan Batik
Beliau Telah Berjaya Berkembang Pesat Selaras
Dengan Perkembangan Ekonomi Negara.

3
PERHARGAAN
Assalamualaikum………….. wbt….. bersyukur kami
kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan
hidayahNya dapat kami menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah
Ucapan terima kasih juga kami sampaikan buat rakan-
rakan seperjuangan yang tidak pernah lokek untuk
memberi pertolongan dan kerjasama di sepanjang
tempoh kami menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih juga ingin kami sampaikan kepada
En.Syukri selaku pensyarah Keusahawanan kerana
telah memberikan tunjuk ajar kepada kami.
Tidak lupa juga kami kepada keluarga yang sentiasa
memberi pertolongan kepada kami samaada dari segi
kewangan mahupun sokongan semangat sepanjang
kami menyudahkan tugasan ini dengan penuh
kesempurnaan.
Kepada pihak Nordin Batik yang telah banyak
membantu kami memberi maklumat dan kerjasama
kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan
mengenai sejarah batik dan pengunaan ICT dalam
mempromosikan Industri 4Batik amatlah kami hargai.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa
dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain
batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di
negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia
dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang
dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan
kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap
batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan
Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-
tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

5
Contoh Motif Organik.

Motif Ayam

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Kerak Nasi


Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Daun Sireh
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput

Contoh Motif Geometrik.


Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Pucuk Rebung

Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

6
CORAK
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik
tersebut.

Corak Ulangan Batu-bata


Corak Berdiri Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh Corak
Menyerong Corak Tompok-
tompok Corak
Ulangan/Selang seli
Corak Ulangan Batu-bata.

Blok penerap batik

Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

• Blok penerap
• Campuran lilin
• Kain
• Pencelup
• Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas
diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia
akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini
akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila
direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur
hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk
dipasarkan.

7
Batik Terbahagi Kepada 3 Jenis.
1)BATIK BLOK

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak
diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut
susunan yang
tertentu sehinggalah
selesai. Di mana
blok itu telah
dicelupkan terlebih
dahulu ke dalam
pewarna sebelum
ditekapkan di atas
kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak

2)Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Proses mencanting kain

8
3)Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya
kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk
di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas
kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan
menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan
untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna
sahaja.

Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat
baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang
MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis
keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,
cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli

9
dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing
kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang
ke negara masing-masing.

Dalam era globalisasi sekarang, banyak usahawan yang menggunakan ict sebagai cara
untuk mengusahakan perniagaan masing-masing. Teknologi maklumat dan komunikasi atau
lebih dikenali sebagai ict(information and comunication technology) adalah satu set komponen
yang saling berhubungan yang boleh mengumpul memproses, menyimpan dan mengagihkan
maklumat.

KEPENTINGAN ICT
- ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Pihak nordin batik telah
membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh orang ramai dari seluruh
pelusuk dunia untuk lebih mengenali hasil batik beliau.
- Nordin Batik telah memcipta laman webnya sendiri iaitu :- www.nordinbatik.enetmyne.com......
- Ini memudahkan para pelanggan untuk membuat sebarang tempahan berhubung dengan Nordin
Batik.
- Dengan adanya website nordin batik, bukan sahaja pelanggan dalam negara boleh membuat
tempahan malah para pelanggan yang berada di luar negara juga dapat berhubung dengan
nordin batik dengan mudah.
- Untuk pengetahuan, nordin batik bukan sahaja mempunyai pelanggan dari malaysia.. tepat juga
dari singapura dan brunei..
- Nordin batik juga mengimport kain putih dari china melalui ict dengan cepat.

10
- Pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke ”NORDIN BATIK” dapat juga
melayari website nordin batik untuk melihat jenis-jenis fabrik.
- MELALUI ICT hasil fabrik Nordin Batik dapat ”dilawati” untuk masa yang panjang: iaitu 24 jam
sehari dan 7 hari seminggu untuk sepanjang tahun tanpa sebarang masalah perbezaan zon
masa.
- ict dapat memberi gambaran dan imej ”NORDIN BATIK” yang kukuh (well-
established) kerana pelanggan dapat berkomunikasi dengan ”NORDIN BATIK” tanpa
perlu melihat lokasi.
- Dengan ini, ia dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusan dengan
Nordin Batik. Seterusnya ia akan dapat menarik lebih lagi ramai pelanggan untuk
berurusan dengan Nordin Batik.
- Dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti bayaran bill
telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapat dikurangkan kerana
penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada kos perbelanjaan
secara tradisional.
- ICT dapat membantu ”Nordin Batik” menyebarkan maklumat perniagaan untuk
kegunaan organisasi dan pihak luar seperti pelanggan dan orang ramai dengan lebih
berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas daripada kaedah
tradisional.
- ”Nordin Batik” dapat menjimatkan ruang menyimpan fail. Dengan menyimpan apa-
apa maklumat dalam sistem maklumat secara sistematik, ruang simpanan fail dapat
dikurangkan.

Nordin Batik Bukan Shj Menjalankan Perniagaan Batik


malah Pelbagai Produk Industri IKS.
PRODUK MAKANAN.....

11
KRAFTANGAN.......

 Semua Ini Kami Perolihi Dari Wisma Nordin Batik Yang Di Susun Bersama Dengan Hasil-Hasil Batik
Beliau... Juga Aksesori Pakaian.

CONTOH FABRIK NORDIN BATIK.

Karyanya menjadi idaman....... harganya menjadi


taruhan... permintaannya memberansangkan......
pastinya kejayaan dalam genggaman...
12
13
JABATAN PERDAGANGAN
KEUSAHAWANAN
(P3117)

TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH-:
1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04dat06f578-
2.Siti Salwa Binti Ab. Rahim -04dat06f578-
3.Nor Awanis Bt Ab. Hamid -04dat06f572

KELAS:
DAT3B

DISEDIAKAN UNTUK:-
En.Syukri

14

You might also like