You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENANGGUHAN
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSR
(Majlis Sukan Sekolah Rendah)
PERINGKAT DAERAH DARO
TAHUN 2023
ANJURAN BERSAMA
ZON TANJUNG ALAN
DAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO

PENGUMUMAN 1
Semua Atlet berkumpulan di hadapan pentas utama
KONG

Perhatian kepada semua Atlet….


Sebelum majlis penangguhan bermula
Mohon semua atlet-atlet yang mewakili zon masing-masing
berada di hadapan pentas utama dan
berbaris mengikut zon masing-masing.

1. ZON TANJUNG ALAN


2. ZON TANJUNG JOL
3. ZON TANJUNG JATI
4. ZON TANJUNG SIRIK
5. ZON TANJUNG MANIS
6. PPKI (PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

***Terima kasih di atas kerjasama

PENGUMUMAN 2
KETIBAAN YB
HAJIJAH

Mengumumkan Ketibaan
Yang Berhormat
TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN HAJI ZAWAWI
Ahli Parlimen P.207 Igan

diiringi
Yang Berusaha
ENCIK MOHD YUSRI AZHAR BIN ABDULLAH @ LEO TAKIP
Pegawai Pendidikan Daerah Daro

Yang Berusaha
ENCIK ABDOL HAMID BIN SAIBEN
Guru Besar Sekolah Kebangsaa Nangar
Merangkap
Pengerusi
Sekolah-Sekolah Kelompok Zon Tanjung Alan

Majlis dengan hormatnya mempersilakan duduk.

PENGUMUMAN 2
Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku
KONG

Tetamu Kehormat,
Tuan-Tuan,
Puan-Puan,
Serta para atlet sekalian,

Mohon semua untuk berdiri tegak


dan sama-sama menyanyikan 2 buah lagu

1. LAGU NEGARAKU
2. IBU PERTIWIKU

Majlis mempersilakan…………..

Majlis merakamkan terima kasih dan dipersilakan duduk.


PENGUMUMAN 3
Adressing Protokol
HAJIJAH

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Yang Berhormat
TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN HAJI ZAWAWI
Ahli Parlimen P.207 Igan

Yang Berusaha
ENCIK MOHD YUSRI AZHAR BIN ABDULLAH @ LEO TAKIP
Pegawai Pendidikan Daerah Daro

Yang Berusaha
ENCIK ABDOL HAMID BIN SAIBEN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Nangar Daro
Merangkap
Pengerusi Sekolah Kelompok Zon Tanjung Alan

Yang dihormati
ENCIK SYAIDIN BIN MOSTAPA
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Daro
Sektor Pembangunan Bakat

ENCIK RUDY BIN LADI


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Daro
Sektor Bakat Murid

Yang dihormati
ENCIK ALLAWEE BIN SIDEK
Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Daro

Pengerusi-Pengerusi ZON di Daerah Daro

Guru Besar-Guru Besar


Penolong Kanan-Penolong Kanan
Pegawai-Pegawai Teknik Kejohanan Olahraga
Guru-Guru Pengiring
serta
Para atlet yang mewakili zon masing-masing

*******************************************************************************************

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM SEJAHTERA
DAN SALAM MALAYSIA MADANI

Selamat datang ke
MAJLIS PENANGGUHAN RASMI
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSR
PERINGKAT DAERAH DARO
TAHUN 2023
ANJURAN BERSAMA ZON TANJUNG ALAN
DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat


dan jutaan terima kasih diucapkan
kerana sudi meluangkan masa untuk hadir petang ini
walaupun banyak urusan lain yang lebih memerlukan
perhatian dan kehadiran beliau.

Sesungguhnya kehadiran YB dapat menyuntik semangat kesukanan


kepada semua atlet-atlet yang mewakili zon masing-masing hari ini.

Untuk makluman Yang Berhormat


Kejohanan Olahraga ini bermula
seawal jam 0700 pagi tadi
bermula dengan acara padang
diikuti acara berlapan.
Kejohanan ini juga melibatkan
pelajar PPKI (PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

SIRIH PUAN TERSELIT DI JARI


INGIN KU CECAH KAPUR DIGAGANG
KESUDIAN SEMUA DATANG KE MARI
KEJOHANAN OLAHRAGA TAMBAH GEMILANG
PENGUMUMAN 4
Bacaan Doa
KONG

Hadirin yang dihormati,

Untuk memberkati
Majlis Penangguhan
Kejohanan Olahraga MSSR
Peringkat Daerah Daro
Tahun 2023.

Sukacita dijemput
USTAZ MOHAMAD ALIF BIN MOHD ASRI
dari Sekolah Kebangsaan Hijrah Badong Daro.
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan....
*************************************************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih


di atas bacaan doa itu tadi.

PENGUMUMAN 4
Ucapan alu-aluan
HAJIJAH

Hadirin sekalian……….

Jejarnan mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di Mini Stadium Daro kita bersua

Seterusnya dijemput
Yang Berusaha
ENCIK MOHD YUSRI AZHAR BIN ABDULLAH @ LEO TAKIP
Pegawai Pendidikan Daerah Daro

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.


Majlis dengan hormatnya dipersilakan………

***********************************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih


atas ucapan alu-aluan yang disampaikan sebentar tadi.

PENGUMUMAN 5
Ucapan Penangguhan
KONG

Hadirin sekalian…….

DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI


BATANG JERAMI REBAH KE BUMI
MADAH DIHULUR SEMBAH DIBERI
KATA PERASMI HAJATNYA KAMI

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput


Yang Berhormat
TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN HAJI ZAWAWI
Ahli Parlimen P.207 Igan
untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan
Penangguhan Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Daro
bagi Tahun 2023.
Dengan segala hormat dan takzimnya majlis mempersilakan.

************************************************************
JALAN LENGKOK REDUP BERKALIS
DAMBA PEDOMAN MENYONGSONG ARAH
UCAPAN YB PENANGGUHAN MAJLIS
TANDA KEJOHANAN BERLANGSUNG MERIAH
Majlis merakamkan terima kasih di atas
ucapan penangguhan kejohanan olahraga
itu sebentar tadi.

Dengan itu rasmilah sudah


Kejohanan Olahraga MSSR
Peringkat Daerah Daro
Tahun 2023.

PENGUMUMAN 6
Penyampaian Hadiah kepada pemenang
HAJIJAH

Hadirin sekalian………

Acara seterusnya ialah Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang.


Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut

dijemput sekali lagi

Yang Berusaha
ENCIK ABDOL HAMID BIN SAIBEN
dan
ENCIK MOHD YUSRI AZHAR BIN ABDULLAH @ LEO TAKIP

untuk mengiringi dan mempersilakan


Yang Berhormat
TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN HAJI ZAWAWI
Tampil ke hadapan pentas.

Majlis mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada

1. OLAHRAGAWAN TERBAIK (HAJIJAH)


Beliau telah meraih pingat sebanyak _____________________
Olahragawan sempena
Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Daro
Tahun 2023
ialah ______________________
Dari Zon _________________.

***********************************************************************
2. OLAHRAGAWATI TERBAIK PULA (KONG)
telah berjaya merangkul pingat sebanyak _____________
Untuk makluman semua ,
Beliau telah memenangi acara ____________________
Olahragawati
Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Daro
Tahun 2023
ialah ___________________
dari ZON ________________________

***********************************************************************
3. PENCAPAIAN ZON TERBAIK (HAJIJAH)
Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Daro
Tahun 2023

Yang telah berjaya menguti markah sebanyak _________________

ZON TERBAIK DINOBATKAN KEPADA

________________________________

PENGUMUMAN 7
Penyampaian Cenderahati kepada YB
KONG

Sebagai tanda penghargaan terima kasih


daripada Jawatakuasa Pengelola
Dijemput
Yang Berusaha
ENCIK MOHD YUSRI AZHAR BIN ABDULLAH
untuk menyampaikan cenderahti kepada YB.

Dijemput
YB TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN HAJI ZAWAWI
untuk menerima cenderahati
KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH JAMBANGAN WANGI
TERIMA KASIH KEPADAMU YB
KERANA SUDI DATANG MERASMI

Terima kasih kepada


YANG BERHORMAT
TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN HAJI ZAWAWI
ENCIK MOHD YUSRI AZHAR BIN ABDULLAH
ENCIK ABDOL HAMID BIN SAIBEN

kerana sudi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang

***YB, PPD, GB Terus berada di hadapan pentas.

PENGUMUMAN 8
Lagu “Fly Kenyalang Fly”
HAJIJAH

Tetamu kehormat

Tuan-tuan dan puan-puan

serta para pelajar sekalian

mohon untuk berdiri dan sama-sama


kita nyanyikan lagu “FLY KENYALANG FLY”

Dipersilakan…………..

*******************************
Majlis merakamkan terima kasih

PENGUMUMAN 9
Bersurai
(HAJIJAH & KONG)

Hadirin sekalian……

Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Daro Tahun 2023


sudah sampai ke penghujung
Bagi pihak majlis
kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat
baik secara langsung mahupun tidak langsung
dalam membantu menjaya dan melicinkan
perjalanan Kejohanan Olahraga
Syabas dan tahniah juga kepada
pasukan yang telah berjaya
kepada yang tidak berjaya jangan putus asa
InshaAllah tahun hadapan boleh cuba lagi.

Akhir kata

Selamat Menyambut Maal Hijrah esok


Selamat beristirehat
Semoga dipermudahkan semua perjalanan balik ke stesen masing-masing

SAYA HAJIJAH DIKOH

BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI


PUTIHNYA MELUR DI HUJUNG DAHAN
SEBELUM KAMI MENGUNDUR DIRI
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN

dan
SAYA MISS KONG

DI ATAS DAHAN BURUNG TEMPUA


MELIHAT RUSA TEPI PERIGI
SALAM MANIS UNTUK SEMUA
DI LAIN MASA BERSUA LAGI

hingga kita jumpa lagi.

Bye...bye !!!!!

You might also like