You are on page 1of 23

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Jalan Bandar Baru Batu 2, Selangor, 45000 Kuala Selangor

Tugasan Sejarah Tingkatan 1 (TST1)

Tema : Tamadun Islam & Sumbangannya


Tajuk Kajian : Kepimpinan Nabi Muhammad SAW

Nama Pelajar : Azmira Damia Binti Mohd Hazarudin

Kad Pengenalan : 081215101464

Tingkatan : 1 Delima

Pernyataan Masalah : Kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam penyebaran agama Islam dan
pembinaan negara patut kita contohi bagi membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni dan
sejahtera

Tandatangan Pelajar : Perakuan Guru :

SUSIYANTI BINTI MASRI

ISI KANDUNGAN

1
BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Jadual kerja 3-4

2 Penghargaan 5

3 Objektif kajian 6

4 Kaedah kajian 7

5 Pengenalan 8

6 Laporan kajian 9 - 15

7 Rumusan 16

8 Sumber rujukan 17

9 Lampiran 18 - 22

1.0 JADUAL KERJA

2
BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 27/9/2021 · Saya menerima tajuk tugasan dan ⤷Di rumah


panduan pelaksanaan tugasan daripada
guru Sejarah ⤷ semasa sesi
pdpr
· Saya mendengar taklimat mengenai
tugasan Sejarah daripada guru Sejarah

2 4/10/2021 · Saya menentukan tajuk tugasan ⤷Di rumah


setelah berbincang dengan guru Sejarah
⤷ semasa sesi
· Menentukan objektif kajian yang pdpr
sesuai dengan tugasan yang diberikan

· Menerangkan kaedah kajian yang


digunakan untuk membuat kajian
tugasan

3 9/10/2021 · Merangka dan membuat jadual ⤷ di rumah


kerja

4 11/10/2021 · Mencari dan mengumpul maklumat ⤷ di


yang berkaitan dengan tajuk tugasan rumah
menerusi internet, buku,majalah,
akhbar, dan pelbagai sumber yang lain ⤷
menggunaka
n aplikasi
yang sesuai

5 17/10/2021 · Menyediakan kerangka kasar ⤷ di rumah


penulisan

3
6 · Menulis pengenalan dan latar ⤷ di rumah
belakang Nabi Muhammad SAW
19/10/2021
sebelum dilantik sebagai Rasul

7 23/10/2021 · Menulis sifat-sifat keperibadian Nabi ⤷ di rumah


Muhammad SAW

· Menulis ketokohan Nabi Muhammad


SAW sebagai pemimpin unggul

8 29/10/2021 · Menulis langkah-langkah yang patut ⤷ di rumah


diambil oleh pemimpin untuk
membentuk masyarakat Malaysia yang
harmoni dan sejahtera

9 20/10/2021 · Menulis tentang rumusan dan ⤷ di rumah


rujukan

10 31/10/2021 · Mengemaskini tugasan, ⤷ di rumah


menyemak,dan mengisi semua butiran

yang dikehendaki sebelum menghantar
menggunaka
tugasan kepada guru Sejarah
n aplikasi
yang sesuai

4
1.2 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan. Susiyanti Binti Masri, guru
sejarah 1 Delima kerana telah memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang kajian ini
dijalankan.

Saya juga ingin memberi penghargaan kepada kedua - dua ibu bapa saya iaitu bapa saya,
Mohd Hazarudin Bin Hidzir dan ibu saya, Roslizah Binti Mat Din yang memberi sepenuh
perhatian dan memberi kata - kata semangat bagi menyempurnakan kerja kursus ini dengan
jayanya.

5
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1- objektif pengetahuan

⤿ Saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang latar


belakang Nabi Muhammad SAW sebelum kerasulannya.

2- objektif kemahiran

⤿ Saya dapat membuat interpretasi mengenai ketokohan Nabi


Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul dengan lebih mendalam.

3- objektif nilai

⤿ Saya juga dapat meneladani ciri – ciri kepimpinan Nabi


Muhammad SAW yang tidak pernah berputus asa dalam menghadapi
cabaran.

6
1.4 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang dijalankan oleh saya untuk


memperoleh maklumat secara sistematik dan terperinci. Antaranya..

1- kaedah buku sebagai rujukan

⤿ Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan maklumat yang


saya dapat sahih. Buku teks yang saya rujuk termasuklah buku teks Sejarah
tingkatan 1 yang dikarang oleh Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed
Dali dan Sharifah Afidah binti Syed Hamid terbitan dewan Bahasa dan Pustaka.

2- kaedah melayari internet

⤿ Saya juga telah melayari internet untuk mendapat maklumat


tentang tugasan ini dengan lebih tepat dan mendalam.

7
PENGENALAN

Sebelum Islam, masyarakat Arab hidup dalam keadaan kucar - kacir

pada zaman jahiliah. Masyarakat Arab mengalami kemerosotan moral. Agama

dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul. Mereka menjadikan kaum

wanita seperti barang bergerak yang dapat dijual atau dibeli. Mereka tidak

mempunyai kitab dan nabi sebagai petunjuk

Era Jahiliah berakhir dengan turunnya wahyu yang pertama kepada

Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 masihi. Kepimpinan Nabi Muhammad

SAW telah memberi kesan yang amat besar dalam bidang politik, ekonomi

dan sosial khususnya dalam penyebaran agama Islam.

Terdapat perubahan selepas kedatangan islam antaranya, daripada

menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk

kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.

8
LATAR BELAKANG NABI MUHAMMAD SAW

Nabi muhammad dilahirkan pada 12 rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20


april 570 masihi. Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab. Semasa baginda berusia
dua tahun, Ibunya meninggal dunia. Baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi
dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya
bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda pernah bekerja
sebagai pengembala kambing dan saudagar.

Menurut rekod Nabi Muhammad mempunyai 13 orang isteri. Isteri-isteri

baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang

beriman". Perkahwinan pertamannya adalah ketika berusia 25 tahun, baginda telah

bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid. Mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu,

2 lelaki dan 4 perempuan. Kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah

meninggal semasa kecil. Nama anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab,

Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu - satunya isteri

baginda sehinggalah Khadijah meninggal dunia pada usia 64 tahun.

Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan bersamaan 10 Ogos 610 masihi.

Ketika baginda sedang bertakafur di Gua Hira. Ini merupakan wahyu pertama yang

diterima oleh Nabi Muhammad. Baginda berusia 40 tahun setengah apabila

peristiwa berikut berlalu. Setelah 40 hari, turunlah wahyu kedua. Menerima wahyu

kedua, mengisytiharkan Baginda sebagai pesuruh Allah SWT untuk


menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

9
SIFAT - SIFAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad ada empat sifat terpuji yang utama iaitu :

siddiq (berkata benar)


➻ amanah (dipercayai),
➻ tabliq (menyampaikan)
➻ fatanah (bijaksana)

Melalui sifat-sifat tersebut, baginda berjaya membuktikan kepada


dunia bahawa Islam ialah cara hidup yang merangkumi semua aspek
kehidupan

Nabi Muhammad digelar sebagai al-Amin oleh masyarakat Arab


Quraisy kerana baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan
berbudi pekerti. Sifat inilah yang menyebabkan Siti Khadijah berani
menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk menjalankan
perniagaan. Baginda menyampaikan ajaran agama Islam dengan
bersungguh-sungguh selepas baginda dilantik menjadi rasul.

Nabi Muhammad juga seorang yang pengasih. Buktinya, baginda


sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak,
menampal pakaian yang koyak, membersihkan rumah dan menjaga anak.
baginda juga memberikan pendidikan agama yang secukupnya dan
menjadi contoh yang baik kepada anak - anak.

Selain itu, Baginda juga seorang yang sentiasa merendah diri


walaupun baginda berkedudukan tinggi dan dihormati masyarakat.
Baginda masih bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang

10
kaya mahupun yang miskin. Baginda seorang yang bersifat penyayang
terutamanya kepada golongan kanak - kanak dan orang tua.

Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang mempunyai sifat


kepimpinan. Ketika baginda berusia 35 tahun apabila baginda berjaya
menyelesaikan masalah dalam peristiwa peletakan Hajar Aswad (batu
hitam) di tempat asalnya di Kaabah.

Di samping itu, Baginda juga tidak mudah berputus asa. Hal ini
kerana, Baginda menyebarkan agama Islam kepada orang ramai walaupun
menghadapi tantangan daripada golongan Quraisy.

Seterusnya, bijaksana adalah salah satu sifat keperibadian baginda.


Hal ini kerana, baginda bijak mengatur strategi semasa membuka semula
kota Makkah. Hasilnya, kota Makkah berjaya dikuasai oleh umat Islam.

Akhir sekali, Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang bersikap


adil. Baginda sentiasa bersikap adil terhadap semua penduduk tidak
mengira kaum, kepercayaan, keturunan dan agama.

11
KETOKOHAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI
PEMIMPIN YANG UNGGUL

Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin unggul dapat


dilihat dalam empat aspek utama iaitu :

Pemimpin Negara
⤏ Pembangunan Ekonomi
⤏ Pemimpin Masyarakat
⤏ Pemimpin Tentera

Pemimpin Negara

✜ mempersaudarakan masyarakat Islam.


✜ berjaya merangka perlembagaan ( Piagam Madinah ) yang menjadikan
Islam sebagai agama rasmi.
✜ orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama
dan adat masing - masing.
✜ menyatukan Islam dengan bukan Islam

Pembangunan Ekonomi

12
✜ mengelakkan riba dan wajib menunaikan zakat serta jujur dalam

urusniaga.
✜ menggalakkan hubungan perdagangan antara negara Islam Madinah
dengan kawasan lain
✜ baginda menggalakkan orang islam bekerja keras dan aktif dalam
urusan perniagaan dan pertanian.

Pemimpin Masyarakat

✜ berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang


agama dan keturunan setelah perpecahan begitu lama.
✜ berjaya menaikkan taraf wanita melalui persamaan taraf kecuali amal
ibadat masing - masing.
✜ menegakkan agama Islam dan tidak menafikan agama - agama lain dan
adat budaya bukan Islam.
✜ tidak memaksa menganut agama Islam.
✜ mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru
mereka bekerja sama dan bantu - membantu mempertahankan Kota
Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah.

Pemimpin Tentera

✜ baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan


yang disertainya sebanyak 27 kali.

13
✜ asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah dan
akhlak mulia.
✜ baginda mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat
dalam menghadapi musuh.
✜ melarang tentera Islam membunuh sesuka hati , atau memusnahkan
tumbuh - tumbuhan semasa berperang.
✜ sedia mendengar pandangan orang lain dalam mengatur strategi
peperangan

Langkah-langkah yang patut diambil untuk


membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni
dan sejahtera

Antara langkah - langkah yang patut diambil untuk membentuk


masyarakat Malaysia yang harmoni dan sejahtera termasuklah,
melaksanakan program Latihan Khidmat Negara dan juga menggalakkan
aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan. Dengan berbuat
demikian, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim tanpa mengira
agama, bangsa mahupun warna kulit dan dapat mengelakkan perpecahan
kaum yang membawa kepada pergaduhan.

Selain itu, memelihara kestabilan politik. Kestabilan politik pada


masa kini adalah amat diperlukan kerana beberapa faktor iaitu negara
sedang berdepan pandemik Covid-19 yang memerlukan fokus dan
kerjasama daripada semua pihak tanpa diganggu dengan perbalahan
politik atau lebih teruk lagi, sabotaj atau khianat yang didorong oleh
kepentingan politik peribadi. Kestabilan politik juga amat penting bagi

14
ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada
rakyat.

Seterusnya, meningkatkan taraf sistem pendidikan kebangsaan.


Pendidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi
pembangunan diri individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam
mencorakkan kehidupan masa depan. Saya menyarankan supaya semua
sekolah - sekolah yang didirikan sebelum tahun 2000 di tinjau semula
melihat dari sudut kesesuaian rekabentuk dan kemudahan bagi kegunaan
mereka yang mendudukinya. Seperti, setiap kaki persegi berapa
peratuskah sepatutnya bagi pelajar, kakitangan am, guru-guru dan
pentadbir. Dengan adanya piawaian yang seragam barulah dapat kita
membangunkan sistem pendidikan kita dengan cemerlang. Tiada lagi
kelas yang terlalu sempit dan tiada pula kelas yang lengang. kerana ini
menunjukkan kecekapan dan keberkesanan perlaksanaan sistem
pendidikan negara.
Di samping itu, merealisasikan wawasan 2020. Wawasan 2020 ialah
sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
yang keempat ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada 28
Februari 1991. Ianya bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi
sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Pada bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi serta
perpaduan nasional dan sosial, antara satu sama lain.

Akhir sekali, memupuk persefahaman antara kaum. Hal ini dapat


dibuktikan apabila semua kaum bersatu padu dan bekerjasama sehingga
pergaduhan dan pertumpahan darah dapat dielakkan. Demi mewujudkan
persefahaman kaum, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin
Tun Abdul Razak telah memperkenalkan konsep “1 Malaysia”. Antara

15
matlamat slogan “1 Malaysia” diperkenalkan adalah untuk mengekalkan
dan meningkatkan perpaduan dan persefahaman kaum untuk dijadikan
teras utama dalam hala tuju negara sejak kemerdekaan dicapai. 1 Malaysia
bertujuan untuk menyemarakkan semangat persaudaraan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Terdapat juga beberapa dasar kerajaan dalam
membentuk persefahaman kaum seperti Dasar Pendidikan, Akta Bahasa
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Sukan Alat Perpaduan.

RUMUSAN

Secara keseluruhan, kajian ini telah memberikan banyak


kesan positif. Melalui kajian ini saya telah mengetahui Nabi Muhammad
SAW diiktirafkan sebagai Rasulullah dan pemimpin yang unggul. Baginda
juga memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin negara,
pemimpin tentera, pemimpin masyarakat dan pembangunan ekonomi
serta keagungan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara dan

16
masyarakat telah berjaya membawa negara Islam Madinah mencapai
kesejahteraan.

Kajian ini juga telah memberi iktibar kepada saya. Antara


iktibar yang saya boleh ambil daripada kajian ini adalah kita patut
mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam menjalani
kehidupan seharian. Selain itu, kita juga boleh menjadikan kepimpinan
Nabi Muhammad SAW teladan bagi memantapkan jati diri.

Saya berharap Malaysia akan terus maju dan makmur di


bawah pentadbiran pemimpin yang berkaliber, dipercayai dan
berkelayakan. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berbilang
kaum hendaklah bersatu padu untuk memajukan negara. Dengan ini,
masyarakat Malaysia bolehlah hidup dalam keadaan harmoni dan aman
damai.

SUMBER RUJUKAN

17
1- Buku ilmiah
↠ Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali dan Sharifah Afidah
binti Syed Hamid, 2016, buku teks Sejarah tingkatan 1, terbitan dewan Bahasa
dan Pustaka.

2- Internet
↠https://news.detik.com/berita/d-5699736/kondisi-masyarakat-arab-sebelum-kedatangan-
islam-ada-di-masa-jahiliah
↠ https://sejarahstpm.blogspot.com/2011/10/tamadun-islamtema-1-masyarakat-arab.html
↠ https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_SAW
↠ http://sejarahform4s4h.blogspot.com/2011/08/keperibadian-nabi-muhammad-saw.html
↠ https://www.slideshare.net/gurusejprau/kepimpinan-nabi
↠https://www.sinarharian.com.my/article/99442/BERITA/Wawancara/Kestabilan-politik-kukuh-
semula-ekonomi-negara
↠ https://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020
↠ http://wanfathiah94.blogspot.com/2015/12/persefahaman-kaum.html

3- Video

↠ https://www.youtube.com/watch?v=M8An9RtDpaU&t=302s

L A M P I R A N

18
19
20
21
22
23

You might also like