You are on page 1of 60

PENCERITAAN TENTANG FOTOGRAFI JALANAN DI KAMPUNG CINA

MENGGUNAKAN “AUGMENTED REALITY FABRIC BOOK”

WAN MUHAMMAD ANIQ AKRAM BIN WAN ZUHAIDI 26DUP21F1066


MUHAMMAD HARRITH DANIEL BIN MAMAT 26DUP21F1044
MOHAMAD BIN MOHAMAD ZIKERI 26DUP21F1040
ARISHA NURAIN NAJIHA BINTI SAFI'E 26DUP21F1031
NUR AIREEN QISTINA BINTI REZAL 26DUP21F1055
NUR IFFAHAZIRA ALYA BINTI BUSU 26DUP21F1037

TOURISM & HOSPITALITY DEPARTMENT


POLITEKNIK HULU TERENGGANU

SESI 1 2023/2024
PENCERITAAN TENTANG FOTOGRAFI JALANAN DI KAMPUNG CINA
MENGGUNAKAN “AUGMENTED REALITY FABRIC BOOK”

WAN MUHAMMAD ANIQ AKRAM BIN WAN ZUHAIDI 26DUP21F1066


MUHAMMAD HARRITH DANIEL BIN MAMAT 26DUP21F1044
MOHAMAD BIN MOHAMAD ZIKERI 26DUP21F1040
ARISHA NURAIN NAJIHA BINTI SAFI'E 26DUP21F1031
NUR AIREEN QISTINA BINTI REZAL 26DUP21F1055
NUR IFFAHAZIRA ALYA BINTI BUSU 26DUP21F1037

Laporan ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Diploma Pengurusan Pelancongan

TOURISM & HOSPITALITY DEPARTMENT


POLITEKNIK HULU TERENGGANU

SESI 1 2023/2024

i
PENGISYTIHARAN KEASLIAN LAPORAN

“Diakui karya ini adalah kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”.

1. Tandatangan Pelajar :
Nama Pelajar : WAN MUHAMMAD ANIQ AKRAM BIN WAN
ZUHAIDI
No. Pendaftaran : 26DUP21F1066

2. Tandatangan Pelajar :
Nama Pelajar : MOHAMAD BIN MOHAMAD ZIKERI
No. Pendaftaran : 26DUP21F1040

3. Tandatangan Pelajar :
Nama Pelajar : MUHAMMAD HARRITH DANIEL BIN MAMAT
No. Pendaftaran : 26DUP21F1044

4. Tandatangan Pelajar :
Nama Pelajar : ARISHA NURAIN NAJIHA BINTI SAFI'E
No. Pendaftaran : 26DUP21F1031

5. Tandatangan Pelajar :
Nama Pelajar : NUR AIREEN QISTINA BINTI REZAL
No. Pendaftaran : 26DUP21F1055

6. Tandatangan Pelajar :
Nama Pelajar : NUR IFFAHAZIRA ALYA BINTI BUSU
No. Pendaftaran : 26DUP21F1037

ii
KELULUSAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan projek akhir ini dan pada pandangan
sayan laporan ini adalah memadai dari skop da kualiti untuk tujuan penganugerahan
Diploma Pengurusan Pelancongan”.

Diulaskan Oleh

Tandatangan Penyedia:

Nama Penyelia : Puan Faridah Binti Mohamad

Tarikh :

Disahkan Oleh
Tandatangan Penyedia:

Nama Penyelia : Puan Faridah Binti Mohamad

Tarikh :

iii
DEDIKASI

Buku laporan ini ditujukan kepada pensyarah penilai kami iaitu, Puan Faridah
binti Mohamad bagi memenuhi syarat kelayakan untuk mendapatkan Diploma dalam
bidang Pengurusan Pelancongan. Buku laporan ini adalah hasil kerja kami satu
kumpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi dengan menggunakan kaedah kaji
selidik yang digunakan seperti dalam laporan. Kami juga mendapatkan maklumat lain
daripada sumber-sumber yang telah kami nyatakan.

Selain itu, sepanjang proses penghasilan buku laporan ini, kami memperolehi
banyak maklumat, pengetahuan dan pengalaman yang baru yang dapat kami masukkan
ke dalam buku manual yang telah kami hasilkan dan juga boleh menggunakannya pada
masa yang akan datang.

Akhir sekali, dengan maklumat, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi


ini, kami dapat menyiapkan buku laporan “PENCERITAAN TENTANG
FOTOGRAFI JALANAN MENGGUNAKAN AUGMENTED REALITY FABRIC
BOOK DI KAMPUNG CINA, KUALA TERENGGANU”.

iv
PENGHARGAAN

ِ ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة‬


‫هللا َوبَ َركَات ُه‬ َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫ُال‬
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat
Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya, maka dapatlah kami menyelesaikan
kajian bagi kursus Tourism Project (DTM50174) yang merupakan sebahagian
daripada tugasan yang perlu dilaksanakan untuk semester 5 ini. Walaupun kami
berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan sewaktu menjalankan kajian ini,
namun kami berjaya menyiapkannya. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Di kesempatan itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Faridah Binti Mohamad selaku penyelia kami di atas
kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan dari awal permulaan
sehingga selesai kajian ini dilakukan. Segala bantuan, semangat, Strategi dan
kebijaksanaan beliau telah banyak membantu kepada kejayaan kami dalam
menghasilkan kajian yang berkualiti ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah kursus kami, Nurul
Ilyani binti Abdullah yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan dari awal
pembelajaran kami lagi. Terima kasih juga kepada semua barisan pensyarah dan staf
Politeknik Hulu Terengganu kerana telah memberi sokongan penuh dalam kerja
lapangan dan memudahkan proses untuk mendapat data.

Ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang kami hormati yang
sentiasa memberi kasih sayang, dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup yang
amat kami perlukan. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telha dilakukan amat
kami sanjungi dan akan kami ingati sepanjang hayat ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan
dalam menyiapkan kajian ini. Semoga penyelidikan ini dapat dijadikan wadah ilmu
yang berguna untuk rujukan dan tatapan generasi akan datang.

v
ABSTRAK

Augmented Reality Fabric Book diperbuat daripada kain batik yang telah diinovasikan
menjadi sebuah buku yang dipenuhi dengan pelbagai informasi berkenaan dengan
fotografi jalanan di Kampung Cina. Tujuan penciptaan produk Augmented Reality
Fabric Book ini adalah untuk menarik minat pelancong bagi mengetahui tentang
fotografi jalanan di Kampung Cina, Kuala Terengganu dengan lebih mendalam lagi.
Penghasilan Augmented Reality Fabric Book ini juga bertujuan untuk menarik minat
pelancong dengan seni batik pada buku yang diisi dengan pelbagai informasi yang
berguna kepada pelancong. Selanjutnya, objektif utama penciptaan inovasi terhadap
produk ini adalah untuk memberi maklumat pelancongan tentang Kampung Cina
kepada umum melalui teknologi Augmented Realiti (AR). Selain itu, objektif
penghasilan “Augmented Reality Fabric Book” ini bertujuan untuk memperkenalkan
Kampung Cina kerana sesetengah pelancong tidak tahu tentang kewujudan tarikan
lorong-lorong yang mempunyai keunikkan di Kampung Cina manakala sesetengah
pelancong pula tidak tahu dimana terletaknya lorong-lorong tersebut dan lokasi
Kampung Cina. Di samping itu, metodologi yang digunakan adalah kaedah kuantitatif
seperti borang soal selidik yang telah kami edarkan di sekitar Kampung Cina untuk
mendapatkan maklum balas terhadap produk inovasi ini dan memperolehi data-data
yang terdapat dalam SPSS melalui interpretasi jumlah dan peratusan. Kajian yang
Commented [U1]: Ayat tak sesuai. Tukar ganti dengan
diperolehi, akan dipamerkan melalui bentuk jadual skor dan peratusan serta kenyataan di bawah:

interpretasi, menggunakan SPSS yang mempamerkan umur, jantina, tempat tinggal Metodologi kajian adalah kajian berbentuk kuantitatif di
mana data dikumpul melalui kaedah google form.
dan bangsa menggunakan column chart dan pie chart sebagai sumber rujukan. Pembahagian instrumen adalah kepada dua bahagian
iaitu Bahagian A berkenaan maklumat responden dan
Seterusnya, bagi cadangan penambahbaikan pula, produk ini akan ditambah baik dari Bahagian B adalah instrumen untuk menjawab objektif
kajian. Analisis data Bahagian A adalah menggunakan
segi pembaharuan dari setiap keseluruhan aspek tentang produk inovasi ini agar dapat kaedah peratusan dan digambarkan dalam bentuk
carta bar dan carta pai. Manakala analisis data
mendapat impak yang positif dan menarik minat pelancong. Oleh itu juga, kami akan bahagian B menggunakan analisis deskriptif min. Data
dianalisis menggunakan SPSS Versi 26 dan dapatan
melakukan penambahbaikan untuk Augmented Reality dengan kualiti montaj yang yang diperolehi dinilai menggunakan kaedah
intrepretasi. Berdasarkan analisis data yang diperolehi,
HD bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui lokasi tempat tersebut pada pengkaji mendapati responden amat bersetuju dengan
penciptaan inovasi Augmented Reality Fabric Book
“Fabric Book”. Akhir sekali, kami akan menghasilkan kandungan “Fabric Book” dalam memberi maklumat pelancongan dan membantu
industri pelancongan di Terengganu.Ini dapat
dengan teliti bagi mendapat kualiti yang baik untuk memperoleh perhatian daripada ditunjukkan apabila nilai intrepretasi min setiap
instrumen mencapai tahap tinggi.Selain itu juga,
pelancong. Dengan cadangan penambahbaikan produk inovasi ini, ia akan dapatan kajian ini dapat membantu pengkaji dalam
menambahbaik produk inovasi ini di masa akan
memudahkan lagi para pelancong untuk meneroka Kampung Cina dengan lebih datang.

menarik dan bagi masyarakat setempat pula dapat mengenali dengan lebih lanjut Commented [U2R1]:
Commented [U3]: Yg ni letak di bahagian cadangan
tentang Kampung Cina. dan rumusan. Tak perlu letak di bahagian abstrak.

vi
ABSTRAK

Augmented Reality Fabric Book is made from batik fabric that has been innovated into
a book filled with various information related to street photography in Kampung Cina.
The purpose of creating this Augmented Reality Fabric Book product is to attract
tourists to learn more about street photography in Kampung Cina, Kuala Terengganu.
The production of this Augmented Reality Fabric Book also aims to attract the interest
of tourists with batik art in a book filled with various information useful to tourists.
Furthermore, the main objective of creating innovation for this product is to provide
tourism information about Chinese Village to the public through Augmented Reality
(AR) technology. In addition, the objective of the production of this "Augmented
Reality Fabric Book" is to introduce Kampung Cina because some tourists do not know
about the existence of the unique attractions of the alleys in Kampung Cina while some
tourists do not know where the alleys are located and the location of Kampung Cina.
In addition, the methodology used is a quantitative method such as a questionnaire that
we have distributed around Kampung Cina to get feedback on this innovative product
and obtain the data found in SPSS through the interpretation of numbers and
percentages. The research obtained, will be exhibited through the form of score and
percentage tables and interpretation, using SPSS that displays age, gender, place of
residence and race using column charts and pie charts as reference sources. Next, for
improvement suggestions, this product will be improved in terms of renewal from
every aspect of this innovative product in order to have a positive impact and attract
tourists. Therefore, we will make improvements for Augmented Reality with HD
montage quality to make it easier for users to know the location of the place on the
"Fabric Book". Finally, we will carefully produce the content of the "Fabric Book" to
get good quality to gain attention from tourists. With the proposed improvement of
this innovative product, it will make it easier for tourists to explore Kampung Cina in
a more interesting way and for the local community to get to know more about
Kampung Cina. Commented [U4]: Translate dari abstrak yg baru
diubah

vii
ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN……………………………………………………………. 1
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK.......................................................................2-3
1.3 PENYATAAN MASALAH..............................................................................4-5
1.4 OBJEKTIF PROJEK...........................................................................................6
1.5 PERSOALAN PROJEK......................................................................................6
1.6 SKOP PROJEK...................................................................................................7
1.7 KEPENTINGAN PROJEK……………………………………………….……8
1.8 TAKRIFAN ISTILAH/DEFINISI OPERASI………………………………...9-10
1.9 JANGKAAN DAPATAN……………………………..………………………11
1.10 RUMUSAN…………………………………………………………..………12
BAB 2 KAJIAN LAPANGAN
2.1 PENDAHULUAN…………………………………………………. …………13
2.2 KAJIAN TERDAHULU
2.2.1 PELANCONG……………………………………………………….14
2.2.2 PELANCONGAN DAN PUSAT INFORMASI PELANCONG........14
2.2.3 FOTOGRAFI JALANAN……………………………………............15
2.2.4 FABRIC BOOK………………………………………………...........16
2.2.5 KAIN BATIK……………………………………………...…………17
2.2.6 AUGMENTASI REALITI (AR)……………………………………..18
2.3 RUMUSAN………………………………………………………….…………19
BAB 3 METODOLOGI DAN REKABENTUK
3.1 PENDAHULUAN………………………………………………………….…..20
3.2 REKA BENTUK PROJEK……………………………………………………..21
3.2.1 KAEDAH ATAU TEKNIK PENGHASILAN PROJEK………….22-23
3.2.2 BAHAN DAN PERALATAN………………………………………..24
3.2.3 KAEDAH ANALISIS DATA…………………………………….......25
RUMUSAN…………………………………………………………………………26

viii
BAB 4 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN
4.1 PENDAHULUAN………………………………………………….…..........27-28
4.2 DAPATAN KAJIAN
4.2.1 BAHAGIAN A……………………………………………….........29-32
4.2.2 BAHAGIAN B…………………………………………………….33-35
4.3 PERBINCANGAN…………………………………………………..............36-37
4.4 RUMUSAN……………………………………………………………………
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN……………………………………………………….…......39
5.2 KESIMPULAN…………………………………………………………………39
5.3 CADANGAN…………………………………………………………………...40
5.4 LIMITASI KAJIAN…………………………………………………………….41
5.5 RUMUSAN……………………………………………………………………..42
RUJUKAN………………………………………………………………………43-44
LAMPIRAN
CARTA GANTT………………………………………….………………...45
LAMPIRAN A SOAL SELIDIK ONLINE……………………………...46-47
LAMPIRAN B GAMBAR PRODUK/ BUTIRAN……………………...48-50

ix
BAB 1
BAB 1: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pelancongan merujuk kepada aktiviti individu atau kumpulan melancong ke tempat


yang berbeza untuk tujuan riadah, percutian atau pengalaman budaya. Pelbagai produk
pelancongan telah dijual di sekitar kawasan pelancongan. Tetapi produk sedia ada
kurang menarik perhatian pelancong. Untuk projek akhir tahun ini, kami telah
mencipta sebuah produk inovasi untuk dipasarkan iaitu sebuah buku yang diberi nama,
"Augmented Reality Fabric Book". Bahan utama untuk membuat buku ini adalah kain
batik. Ia bertujuan untuk memperkenalkan tradisi yang ada Terengganu. Didalam buku
itu, kami meletakkan gambar jalan-jalan yang ada di Kampung Cina dan menceritakan
tentang jalan tersebut. Tujuan kami mencipta buku ini adalah untuk memperkenalkan
Kampung Cina kepada semua pelancong. Kami memilih Kampung Cina ini
disebabkan kerana tempat ini kurang diminati dan tidak terkenal. Kami ingin menarik
minat pelancong - pelancong untuk ke tempat ini kerana di tempat ini banyak jalan-
jalan yang menarik dan ditempat ini kita boleh lihat kehidupan komuniti peranakan
yang ada disitu. Produk yang kami cipta ini adalah berbentuk cenderahati yang boleh
dibeli oleh pelancong
.

1
1.2 LATAR BELAKANG

“Aumented Reality Fabric Book” merupakan sebuah buku yang diperbuat


daripada kain batik dimana kain batik tersebut dijahit sehingga menyerupai sebuah
buku. Isu kandungan “Augmented Reality Fabric Book” pula dipenuhi dengan gambar
dan info mengenai Kampung Cina yang boleh menarik perhatian pelancong untuk
mengunjungi tempat tersebut. Antara cara untuk menarik perhatian pelancong dengan
produk ini adalah dengan membuat inovasi mengikut peredaran zaman, iaitu
“Augmented Reality” di dalam produk “Fabric Book” ini dan menjual produk ini
dengan harga yang berpatutan kepada pelancong. Produk “Fabric Book” ini akan
dipromosikan di kawasan Kampung cina yang terletak di Kuala Terengganu.Di
samping itu, Kampung Cina juga dikenali sebagai China Town oleh sesetengah
pelancong luar yang terletak di jalan sepanjang Jalan Bandar. Antara sebab kami
memilih Kampung Cina adalah kerana lokasinya yang sangat terpencil dan kurang
mendapat tumpuan meskipun terletak berhampiran dengan Pasar Payang, syurga
membeli-belah terkenal bagi pelancong yang berkunjung ke Tereangganu.

Tambahan pula, Kampung Cina juga mempunyai banyak spot berswafoto


menarik yang boleh menjadi tarikan pelancong terutamanya para penggemar fotografi.
Selain itu, Kampung Cina juga telah dihiasi dengan dekorasi yang cantik dan unik di
lorong-lorong kecil pada celah-celah bangunan lama. Walaupun ruang pada lorong ini
tidaklah terlalu luas, namun ianya sudah cukup cantik dengan hiasan pelbagai tema
dan konsep.

Antaranya, terdapat lorong yang dihiasi dengan gambar, ukiran dan sejarah
penyu, hiasan antik dan gambar 3D pada dindingnya. Selain daripada lorong yang
penuh dihiasi dengan gambar, terdapat juga hiasan payung yang digantung pada
bahagian atasnya. Ada juga lukisan mural yang unik yang dilukis pada dinding untuk
para pelancong bergambar sebagai kenang-kenangan. Lorong-lorong yang unik ini
menjadikan Kampung Cina terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri dan bangunan
yang antik kelihatan lebih menarik.

2
Selain itu, seni bina bangunan di sekitar kawasan Kampung Cina juga sangat
unik dan cantik untuk dijadikan tempat bergambar. Sebahagian besar penduduk di
Kampung Cina adalah berbangsa Cina. Oleh itu, penempatan dan kedai tradisional di
kawasan ini memang direka dan dibina mengikut tempat asal kaum Cina seperti tanah
besar China. Identiti yang unik dan tersendiri, diharapkan Kampung Cina akan terus
dikenali dan menjadi destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang
datang ke negeri Terengganu.

Rajah 1.1 Peta Kampung Cina

3
1.3 PERNYATAAN MASALAH

Para pelancong dan masyarakat setempat tidak diberi pendedahan dan informasi
tentang tarikan yang masih ada di Kampung Cina disebabkan kawasan tersebut agak
ketinggalan zaman serta tidak diberi pemandangan yang utama di sana. Disamping itu,
para pelancong tidak mengetahui tentang kebudayaan yang ditinggalkan di Kampung
Cina dari abad yang lalu dan kerana kedudukan Kampung Cina yang tidak strategik
menjadi punca utama pelancong tidak mengetahui tentang tempat kajian ini. Selain itu,
pembinaan bangunan yang tidak sistematik juga menjadi sebab Kampung Cina
tenggelam dalam kesesakan bangunan yang lain. Menurut kenyataan Soon Li Wei
(2020) kebanyakan deretan rumah kedai sepanjang kira-kira tiga kilometer di Jalan
Bandar itu dibina bercirikan kesenian serta kebudayaan kaum Cina, sekali gus
meninggalkan seribu satu memori manis buat setiap pengunjung yang berada di situ.
Daripada itu, para pelancong juga mendapat manfaat seperti merasai keindahan dan
keistimewaan budaya Cina yang telah tinggalkan berabad tahun yang lalu.

Tempat kawasan kajian kami iaitu di Kampung Cina masih lagi tidak dikenali oleh
orang ramai kerana tempatnya yang agak terpencil dan sesak sehingga pelancong tidak
mengetahui bahawa terdapat banyak tarikan yang ada disana contohnya, Lorong
Kenangan Payang dan Turtle Alley yang menjadi pusat tarikan disebabkan mempunyai
ukiran potret barisan pemimpin masyarakat cina dan dekorasi payung yang digantung
sebagai lelangit antara kedai menambah keceriaan di lorong berkenaan. Oleh itu, bagi
pandangan yang positif terdapat banyak tarikan di Kampung Cina tetapi tidak diberi
pendedahan yang luas tentang perkara tersebut. Menurut kenyataan Amirul (2014)
salah satu kelebihannya ialah ia mampu menjangkau khalayak yang lebih luas melalui
penggunaan lama sosial. Selain itu, bajet promosi yang rendah boleh dicapai dengan
kaedah ini. Seterusnya, kaedah promosi melalui media sosial juga mempunyai
kemampuan untuk menyasarkan pelancong dengan tepat mengikut jenis dan kehendak
mereka. Justeru, disebabkan perkara tersebut penggunaan laman sosial juga dapat
memainkan peranan yang penting dan ia juga sangat digalakkan kerana ia memberi
manfaat yang lebih banyak kepada Kampung Cina untuk diberi pendedahan tentang
lokasi yang menarik serta dapat dipromosikan dengan lebih efektif kepada pelancong
serta dapat menarik minat pelancong untuk mengunjungi Kampung Cina di
Terengganu.

4
Pada 18 September 2022, Kampung Cina berlaku suatu isu yang besar kerana telah
berlaku kejadian kebakaran yang mengakibatkan kerosakkan 12 rumah kedai dan
memberi kesan yang negatif kepada masyarakat setempat disebabkan mengalami
banyak kerosakan atas kejadian tersebut. Menurut kenyataan Faizul Azlan Razak
(2022) mendapati isu yang sering dibangkitkan di Kampung Cina adalah dengan
berlaku peristiwa kebakaran yang berpunca daripada litar pintas memakan sejumlah
besar kos 2 juta untuk membaik pulih semula pembangunan disana. Oleh itu, pihak
kerajaan telah memberi modal untuk membaiki semula bangunan yang terjejas
daripada kemalangan itu dan masih ingin mengekalkan warisan dan tradisi yang ada
disana supaya memperolehi tarikan yang istimewa bagi menarik para pelancong untuk
mengunjungi Kampung Cina dan meningkatkan sektor pelancong di sana serta
memberi memori indah kepada pelancong. Manakala, terdapat banyak bangunan lama
yang bersejarah telah rosak dan uzur disebabkan oleh kebakaran tersebut lalu
menjejaskan keadaan Kampung Cina yang pernah menjadi pusat tarikan pelancong
disana. Disebabkan oleh itu berlaku kemalangan di Kampung Cina lalu menyebabkan
tiada daya tarikan kepada para pelancong dan tidak dapat memberi pendedahan tentang
keistimewaan yang ada di Kampung Cina.

5
1.4 OBJEKTIF PROJEK

Seperti apa yang dinyatakan ayat dibawah adalah objektif projek yang mengenai
tentang info yang diingini oleh pihak yang tertentu.

1. Untuk memberi maklumat pelancongan tentang Kampung Cina kepada


umum melalui teknologi Augmentasi Realiti (AR).
2. Untuk mengenal pasti tempat - tempat menarik di Kampung Cina yang sesuai
untuk tatapan umum.
3. Untuk menghasilkan “Augmented Reality Fabrik Book” bertujuan untuk
memperkenalkan Kampung Cina kepada umum.

1.5 PERSOALAN PROJEK

Di sini kami akan mengusulkan beberapa persoalan kajian yang dapat kami
nyatakan untuk produk yang kami telah inovasikan. Antara persoalannya adalah:

• Adakah teknologi Augmentasi Realiti (AR) dapat membantu masyarakat


berkaitan pelancongan di Kampung Cina?
• Apakah tempat yang menarik dan sesuai untuk dijadikan tarikan pelancong di
Kampung Cina?
• Adakah Augmented Reality Fabric Book dapat menarik perhatian pelancong? Commented [U5]: Yg ni guna numbering yang sama
seperti objektif… Bukan bullet

6
1.6 SKOP PROJEK

Skop kajian yang kami akan fokuskan untuk menjual hasil produk kami ialah
di semua agensi pelancongan di Kuala Terengganu.Kami menginovasikan buku
lembut kanak-kanak dan menjadikannya sebagai fabric book yang mempunyai kain
batik sebab sesuai untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong. Tujuan utama kami
menjual di tempat tersebut adalah kami menyasarkan pelancong datang dan jumpa
buku tersebut di salah satu agensi pelancongan tersebut malah semasa membeli belah
di pasar payang, mungkin ada yang terlintas dan nampaknya dan ingin membelinya
supaya dapat tahu lebih mendalam tentang kampung cina. Kami akan mencari lebih
50 orang responden untuk menjawab soal selidik kami untuk mengetahui untuk
kemungkinan penerimaan untuk “Augmented Reality Fabric Book” ini.

7
1. 7 KEPENTINGAN PROJEK

i) Pelancong

Kepentingan utama projek ini dijalankan adalah untuk mendedahkan keunikan


Augmented Reality fabric book ini kepada pelancong luar mahupun penduduk
tempatan. Pada dasarnya tujuan kami membuat Augmented Reality Fabric Book ini
untuk merangsang pelancong untuk mengenal lebih lagi kawasan terpencil seperti di
Kampung Cina. Projek buku fabrik ini dilaksanakan dengan baik dapat menarik
pelancong untuk berminat mempelajari aspek unik yang terdapat di Kampung Cina.

ii) Komuniti

Buku Fabrik ini akan membantu penduduk setempat dalam menjelaskan


tentang kampung cina dengan lebih mudah kepada pelancong yang mengunjunginya,
Augmented Reality Fabric Book ini juga boleh menjadi satu-satunya buku yang
penting dalam agensi pelancongan di Kampung Cina untuk menjelaskan kawasan yang
menarik dan tersembunyi yang tidak ramai tahu tentangnya.

iii) Ekonomi

Kampung Cina adalah satu kawasan yang agak terpencil yang ada di Kuala
Terengganu. Oleh itu, Kampung Cina kurang mendapat tarikan pelancong. Namun
begitu, di Kampung Cina terdapat lorong-lorong yang berukiran seni lukisan yang
menarik. Dengan Augmented Reality Fabric Book yang kami buat ini dapat lagi
memperkenalkan tentang Kampung Cina kepada pelancong dan terdapat beberapa
penduduk yang kurang mengenali kawasan Kampung Cina.

8
1.8 TAKRIFAN ISTILAH/DEFINISI OPERASI

1.8.1 Pelancong

Menurut kenyataan Cohen (1974), pelancong merupakan pengembara yang


mempunyai tujuan rekreasi atau bersukaria dan dalam maksud ekonomi, mereka
adalah pengguna dan bukannya pengeluar.

1.8.2 Pelancongan dan Pusat Informasi Pelancongan

Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa
buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang
menjana pendapatan negara menurut kenyataan (Inskeep, 1996).

1.8.3 Fotografi jalanan

Menurut kenyataan, salah seorang tokoh awal Fotografi Jalanan ialah Heri Cartier-
Bresson (1908-2004), seorang jurufoto lagenda yang terkenal kerana hasil karyanya
dikagumi sehingga kini. Namun demikian, Henri Cartier-Bresson pada era zamannya
kurang digelar sebagai Fotografi Jalanan, tetapi beliau lebih dikenali sebagai seorang
jurufoto yang berkebolehan merakam foto tepat pada detik yang sukar atau lebih
terkenal dengan istilah ‘the decisive moment’.

1.8.4 Fabric Book

Menurut Asharil Abdullah (2010), seni batik istimewanya karena batik merupakan
salah satu tradisi budaya yang lahir dan berkembang di kepulauan Melayu serta
berkaitan dengan pakaian para penduduknya.

9
1.8.5 Kain Batik

Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik kerana
batik mempunyai banyak corak antaranya batik tulis, batik celup dan lain-lain. Batik
merupakan salah satu warisan seni kraftangan negeri Terengganu yang mampu
menarik minat pelancong. Seni batik ini istimewa kerana batik merupakan salah satu
seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang di kepulauan Melayu serta berkaitan
dengan pakaian para penduduknya menurut Asharil Abdullah (2010).

1.8.6 Augmentasi Realiti (AR)

Augmented Reality adalah salah satu teknologi yang menggabungkan dunia fisik
dengan elemen-elemen digital atau virtual. Hal ini dilakukan dengan cara
menampilkan objek-objek virtual, informasi, atau elemen-elemen interaktif ke dalam
lingkungan fisik yang sebenarnya. Menurut penyelidik Wolfgang Hohl (2009),
“Augmented Reality merupakan teknologi yang membawa benda virtual 2D atau 3D
ke dalam dunia nyata tiga dimensi”.

10
1.9 JANGKAAN DAPATAN

Jangkaan setiap orang berbeza dan produk kami berkemungkinan akan


membuat mereka berminat ataupun tidak selari di mana bagus untuk perkembangan
sesuatu projek. Kami berkeinginan untuk memberi kepada masyarakat jangkaan yang
baik pada produk kami ini kerana jangkaan juga akan dapat memberikan impak yang
baik. Harapan yang tinggi supaya pengguna berfikir bahawa produk ini sentiasa dapat
membantu mereka dalam mengetahui tentang informasi, lokasi dan fakta yang menarik
di kawasan Kampung Cina. Oleh itu, masyarakat juga akan berfikiran bahawa seni
yang ada di buku fabrik ini bersesuaian dengan tarikan masyarakat di mana juga ingin
dipaparkan ditempat yang mereka inginkan mengikut kreativiti mereka. Sewajarnya
masyarakat akan berfikiran bahawa produk ini berkemungkinan menyertai
pertandingan inovasi dan juga mungkin memenangi kejohanan pertandingan tersebut.

11
1.10 RUMUSAN

Disebabkan perkara tersebut kami mempunyai ilham yang menarik untuk


melakukan suatu inovasi dengan menggunakan bahan-bahan terpakai untuk
menjadikan sebuah “Augmented Reality Fabric Book” yang mengakumi segala
maklumat yang terperinci tentang Kampung Cina. Seterusnya, dengan menggunakan
idea inovasi “Augmented Reality Fabric Book” berikut kami meletakkan hasrat untuk
mempromosikan laluan-laluan Kampung Cina kepada pelancong yang masih tidak lagi
mengenali tarikan disana.

Di samping itu, pada tahun 2022, Kampung Cina mengalami tragedi yang tidak
diinginkan dengan berlakunya kebakaran yang dahsyat dan menyebabkan kerugian
dalam jumlah yang memakan kos yang besar untuk membaikinya semula. Manakala,
terdapat banyak bangunan lama yang bersejarah telah rosak dan uzur disebabkan oleh
kebakaran tersebut lalu menjejaskan keadaan Kampung Cina yang pernah menjadi
tarikan pelancong. Disebabkan oleh itu berlaku kemunduran di Kampung Cina dan
menyebabkan tiada sebarang tarikan kepada pelancong serta pelancong tidak
mengetahui pusat tarikan yang ada di sana.

Projek inovasi ini memberi fokus kepada kesedaran dengan cara berkongsi
gambaran tentang seni jalanan yang terdapat di Kampung Cina, Kuala Terengganu.
Melalui pelaksanaan projek inovasi ini dapat menekankan kepada masyarakat tentang
kreativiti penduduk di negeri Terengganu yang dipersembahkan melalui sebuah buku
yang diberi nama “Augmented Reality Fabric Book”. Kajian ini dijalankan kerana
sesetengah masyarakat tidak diperkenalkan secara umum tentang seni jalanan
sekaligus tidak diterapkan dalam diri segelintir masyarakat tentang kreativiti penduduk
tempatan yang diserlahkan melalui gambaran dan lukisan yang berada di setiap lorong
mahupun jalanan di sekitar di Kampung Cina. Di kampung Cina ini, terdapat banyak
lorong yang memperlihatkan seni jalanan yang menarik. Antara lorong yang cantik
dan menarik untuk dilawati seperti lorong yang dihiasi dengan ukiran, gambar dan
sejarah penyu, hiasan anting dan gambar 3 dimensi di dinding.

12
BAB 2
BAB 2: KAJIAN LAPANGAN

2.1: PENDAHULUAN

Kajian literatur adalah suatu proses atau aktiviti yang melibatkan peninjauan,
analisis, dan sintesis sumber-sumber informasi yang telah ada mengenai topik atau isu
yang berkaitan dengan Tempat yang kami pilih iaitu Kampuang Cina. Kajian ini dibuat
untuk menerangkan “Fabric Book” yang merupakan sebuah produk yang telah kami
inovasikan berdasarkan tempat yang kami telah kaji. “Fabric Book” ini kami cipta
untuk memperkenalkan seni jalanan yang terdapat di lorong-lorong yang ada di
Kampung Cina. Produk kami ini dihasilkan menggunakan kain batik sebagai bahan
utama dalam pembuatannya dan untuk memperkenalkan tradisi di Terengganu kepada
para pelancong mahupun dalam dan luar negara.

Produk “Fabric Book” kami ini berinovasi dari buku kanak-kanak yang kami
telah inovasikan menjadi sebuah buku kain yang melambangkan negeri Terengganu
yang dimana isi dalamnya mengandungi gambar-gambar yang menarik tentang jalanan
yang ada di Kampung Cina. Kami membuat “Augmented Reality Fabric Book”
Menjadi lebih menarik kerana di setiap gambar kami sulamkan dengan maklumat
berkaitan gambar tersebut. “Augmented Reality Fabric Book” ini dibuat bertujuan
untuk menarik para pelancong ke Kampung Cina ini dan produk ini akan dijadikan
sebagai cenderamata yang boleh mereka beli dan membawa pulang ke tempat asal
mereka.

13
2.2 KAJIAN TERDAHULU

2.2.1 Pelancong

Pelancong boleh menjalani pelbagai jenis pengalaman semasa perjalanan


mereka, seperti melawat tempat-tempat pelancongan menarik, mencuba makanan
tempatan, berinteraksi dengan budaya tempatan, atau melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan tujuan perjalanan mereka. Konsep pelancongan adalah penting
dalam industri pelancongan, yang merangkumi pelbagai perkhidmatan dan aktiviti
yang disasarkan kepada pelancong, termasuk penginapan, makanan, pengangkutan,
dan banyak lagi. Pelancong yang datang boleh membantu membantu meningkatkan
ekonomi negara kita. Menurut kenyataan Cohen (1974), pelancong merupakan
pengembara yang mempunyai tujuan rekreasi atau bersukaria dan dalam maksud
ekonomi, mereka adalah pengguna dan bukannya pengeluar. Untuk “Augmented
Reality Fabric Book” kami ini dibuat bertujuan untuk menarik balik minat pelancong
untuk ke Kampung Cina. Di dalam “Augmented Reality Fabric Book” ini kami
menceritakan tentang lorong-lorong yang menarik di situ. Dengan adanya “Augmented
Reality Fabric Book” pelancong boleh mengetahui tentang Kampung Cina dengan
lebih mendalam.

2.2.2 Pelancongan Dan Pusat Informasi Pelancong

“Augmented Reality Fabric Book” dapat membantu Pusat Informasi


Pelancongan, dengan berfungsi sebagai memberi kemudahan kepada pelancong untuk
mendapatkan maklumat mengenai keistimewaan setiap kawasan pelancongan
khususnya Pusat Informasi Pelancongan di Terengganu. Selain itu, jumlah pelancong
dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di
dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana
pendapatan negara menurut kenyataan (Inskeep, 1996). Selanjutnya, Pelancongan dan
Pusat Informasi Pelancongan saling berkaitan kerana dengan kewujudan Fabric Book
ia menjadi alternatif kepada Pusat Informasi Pelancongan untuk membantu pelancong
mengetahui maklumat secara terperinci mengenai tempat menarik khususnya di
Kampung Cina Terengganu, sekaligus meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri
ini.

14
2.2.3 Fotografi jalanan

Fotografi jalanan atau dalam bahasa inggrisnya ‘Street Photography’ adalah


secara umumnya memuat objek yang diambil di ruang terbuka publik dalam kondisi
candid atau tanpa pengarah. Fotografi jalanan adalah salah satu jenis fotografi yang
cukup digemari, meskipun lebih sedikit daripada penggemar fotografi landscape (foto
pemandangan) dan fotografi portrait (foto manusia). Fotografi jalanan lebih bersifat
realiti tanpa memerlukan sebarang subjek dalam melakukan gaya-gaya tertentu.
Menurut kenyataan, salah seorang tokoh awal Fotografi Jalanan ialah Heri Cartier-
Bresson (1908-2004), seorang jurufoto lagenda yang terkenal kerana hasil karyanya
dikagumi sehingga kini. Namun demikian, Henri Cartier-Bresson pada era zamannya
kurang digelar sebagai Fotografi Jalanan, tetapi beliau lebih dikenali sebagai seorang
jurufoto yang berkebolehan merakam foto tepat pada detik yang sukar atau lebih
terkenal dengan istilah ‘the decisive moment’. Tetapi pada zaman sekarang, istilah ini
juga sama pada erti dengan nama candid dan moment. Di dalam isi kandungan
“Augmented Reality Fabric Book” ini juga terdapat gambar yang menarik yang boleh
dilihat yang terdapat di lorong-lorong Kampung Cina.

15
2.2.4 Fabric Book

“Fabric Book” merupakan salah satu produk yang diinovasikan daripada


sebuah produk mainan kanak kanak yang dipanggil “Soft Book” dimana produk
tersebut dicipta untuk kanak kanak untuk pra-membaca. “Soft Book” biasanya
diperbuat dengan plastik lembut dan boleh dibawa ke tab mandi kanak-kanak. Maka
kami menginovasikan produk “Soft Book” ini kepada “Fabric Book”, produk inovasi
ini diperbuat daripada kain batik yang menjadi lambang di Terengganu. Batik
merupakan seni kraftangan yang terkenal negeri Terengganu yang dapat menarik
minat pelancong dari luar dan dalam negara. Tambahan pula, isi kandungan di dalam
“Fabric Book” terdapat banyak info dan pengetahuan yang kebanyakan masyarakat
tidak tahu tentang Kampung Cina. Untuk gambar kami memilih gambar jenis
“polaroid” untuk keunikan lagi produk inovasi kami. Dari segi kreativiti dan
persembahan produk ini, kami yakin produk ini mampu menarik minat ramai
pelancong untuk mendapatkan produk tersebut.

16
2.2.5 Kain Batik

Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik
kerana batik mempunyai banyak corak antaranya batik tulis, batik celup dan lain-lain.
Batik merupakan salah satu warisan seni kraftangan negeri Terengganu yang mampu
menarik minat pelancong. Menurut Asharil Abdullah (2010), beliau menyatakan
bahawa istimewanya seni batik kerana batik merupakan salah satu seni tradisi budaya
yang lahir dan berkembang di kepulauan Melayu serta berkaitan dengan pakaian para
penduduknya. Motif sering menghiasi ruang badan sesebuah kain sarung sudah
semestinya motif-motif etnik. Setiap daerah yang menghasilkan batik sebagai bahan
keperluan harian pastinya mempunyai motif-motif etnik yang perlu diangkat dan
dikembangkan agar ia kekal dan diketahui oleh setiap generasi baru. Batik tradisional
ini mempunyai makna simbolik yang tinggi dan penggunaannya didasarkan pada
status social pemakai dalam masyarakat daerah tertentu. Justeru itu, dalam pembuatan
“Augmented Reality Fabric Book”, kami menerapkan salah satu tradisi iaitu batik
sebagai simbolik untuk memberi pengetahuan kepada pelancong tentang tradisi yang
ada pada negeri Terengganu.

17
2.2.6 Augmentasi Realiti (AR)

Augmented Reality adalah salah satu teknologi yang menggabungkan dunia


fisik dengan elemen-elemen digital atau virtual. Hal ini dilakukan dengan cara
menampilkan objek-objek virtual, informasi, atau elemen-elemen interaktif ke dalam
lingkungan fisik yang sebenarnya. Menurut penyelidik Wolfgang Hohl (2009),
“Augmented Reality merupakan teknologi yang membawa benda virtual 2D atau 3D
ke dalam dunia nyata tiga dimensi”. Augmented Reality ini bertujuan untuk membuat
Masyarakat mudah untuk memahami dan boleh melihat suasana yang sebenar di dalam
gambar. Gambar yang kami letakkan dalam “Augmented Reality Fabric Book” ini
akan diinovasikan menjadi augmented reality. Apabila gambar jalanan yang terdapat
dalam “Augmented Reality Fabric Book” itu diimbas menggunakan telefon pintar, ia
akan memaparkan video tentang gambar tersebut. Di Setiap helaian muka surat, kami
akan menyediakan beberapa keping gambar dan hanya satu keping gambar di lorong-
lorong tertentu boleh diimbas melalui kaedah augmented reality (AR). Kami ingin
memberikan kemudahan teknologi zaman kini kepada bakal pengguna “Fabric Book”
dan memberikan pengalaman sebenar di mana seakan-akan pengguna berada di dalam
gambar tersebut.

18
2.3 RUMUSAN

Produk “Augmented Reality Fabric Book” ini diinovasikan daripada buku


kanak-kanak yang telah kami ubah menjadi sebuah buku kain yang telah menceritakan
tentang jalan-jalan di Kampung Cina Kuala Terengganu, dimana isi dalamnya
mengandungi gambar-gambar dan info yang menarik seperti segi bina pembangunan,
lorong-lorong bangunannya yang antik dan dihiasi dengan gambar-gambar ukiran
menarik termasuklah lukisan dinding 3D dan banyak lagi. Semua isi kandungan di
dalam “Augmented Reality Fabric Book” ini adalah tentang jalanan yang unik di
Kampung Cina.Sinonim yang boleh dikira juga adalah "Fabric Book" ini dapat
membuat semua warga dalam setiap tahap umur akan meminatinya sebab minat remaja
dengan perkara yang estetik, kanak-kanak dengan perkara yang cantik dan untuk
golongan tua yang minat dengan perkara yang penuh dengan informasi.Ahli kumpulan
kami juga berfikiran bahawa produk ini mungkin dapat menarik perhatian ramai pihak
kerana keunikannya dan kami juga kagum dengan inovasi yang kami fikirkan untuk
mencipta produk ini di mana mempunyai banyak faedah yang bakal dimiliki oleh
setiap masyarakat. Produk ini juga dapat membantu kami untuk berjaya dalam setiap
aspek dan antaranya adalah dapat membantu kami untuk berjaya dalam projek ini,
mencipta sesuatu yang unik dan dapat memberikan faedah kepada pengunjung yang
datang melancong.

19
BAB 3
BAB 3: METODOLOGI DAN REKABENTUK

3.1 PENDAHULUAN

Metodologi dan reka bentuk menerangkan tentang aspek-aspek berkaitan


dengan metodologi kajian yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-
aspek tersebut ialah dari segi reka bentuk projek, kaedah atau teknik penghasilan
projek, kaedah analisis data, dan yang terakhir bahan dan peralatan.

Proses dan amalan membangunkan, mengumpul dan menilai data untuk


menyediakan bukti yang boleh menyokong usaha ini dikenali sebagai metodologi
penyelidikan. Metodologi mentakrifkan bagaimana subjek disiasat dan mengapa
prosedur dan strategi tertentu digunakan. Objektif metodologi adalah untuk membantu
pemahaman tentang aplikasi kaedah dan untuk memberikan penerangan tentang proses
penyelidikan. Penyelidikan akan menjadi lebih berkesan jika ia distrukturkan
merangkumi pemilihan reka bentuk, teknik pengumpulan data, dan pertukaran
pembolehubah dan analisis.

Reka bentuk produk inovasi merujuk kepada proses mencipta produk atau
perkhidmatan yang baru atau lebih baik dengan menggabungkan elemen-elemen
kreatif, teknologi, kebolehan pengeluaran, atau ciri-ciri unik yang memenuhi
keperluan atau keinginan pengguna. Ia melibatkan penyelidikan, pemikiran kreatif,
dan pembangunan konsep yang bertujuan untuk menghasilkan produk yang lebih
efisien, menarik, atau berprestasi tinggi berbanding dengan produk sedia ada di
pasaran. Hasil dari reka bentuk produk inovasi adalah produk atau perkhidmatan yang
dapat memberikan nilai tambah kepada pengguna atau pasaran.

20
3.2 REKA BENTUK PROJEK

Rajah 3.1 Rekabentuk Produk

21
3.2.1 KAEDAH ATAU TEKNIK PENGHASILAN PROJEK

i. Kaedah Kajian

Metodologi digunakan adalah borang soal selidik untuk mendapatkan maklum


balas daripada pengunjung di Kampung Cina dengan menyasarkan seramai 50 orang
responden bagi mengenal pasti tentang tarikan yang ada di Kampung Cina tersebut
serta isu semasa yang berlaku di kawasan itu. Pilihan metodologi kami hendaklah
merujuk kepada persoalan kajian dan objektif kajian, dan penyelidikan kami haruslah
fokus untuk memastikan bukti yang sahih dalam membuat keputusan.

Sebelum kami membuat produk ini, kami membuat carta alir yang
menunjukkan proses kami untuk membuat. Antara proses yang dilakukan
termasuklah:

Mula

Pernyataan Masalah

Penyelidikan ke atas projek

Penghasilan projek

Pengubahsuaian kualiti projek

Penilaian projek

Tamat

Rajah 3.2: Carta alir penghasilan produk inovasi

22
ii. Pengumpulan Data

Hasil kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif kerana pemberian kepada


khalayak ramai secara soal selidik. Hal ini mengatakan teknik pengumpulan data perlu
bergerak secara am untuk mendapatkan responden yang menyatakan kenyataan yang
sahih untuk mendapatkan info yang boleh diguna pakai demi perkembangan kajian
kami seperti apa yang dikatakan oleh Hilaire Belloc (1953), Statistik adalah kejayaan
kaedah kuantitatif, dan kaedah kuantitatif adalah kemenangan.

Mengikut persoalan yang terdapat dalam kebanyakan kajian, borang soal


selidik yang akan dijalankan mengikut tempoh yang tertentu demi kuantiti yang bakal
diterima pada hari tertentu walaupun ia akan memakan pada masa yang lama untuk
menyelesaikannya seperti yang dikatakan oleh (Brian Tracy), tidak pernah ada masa
yang cukup untuk melakukan segala-galanya, tetapi sentiasa ada masa yang cukup
untuk melakukan perkara yang lebih penting.Bagaimanapun, setiap perspektif untuk
mendapatkan info yang perlu adalah berbeza dalam setiap tahap jadi kemungkinan
pengumpulan data juga berbeza.

23
3.2.2 BAHAN DAN PERALATAN

Untuk menghasilkan produk inovasi yang bakal kami cipta ini adalah
memerlukan bahan dan peralatan seperti berikut contohnya, kain batik, kertas art card
300gsm, kekabus, pelekat dan. Selanjutnya, produk ini menggunakan kain batik
sebagai bahan utama untuk dijahit bersama kekabus bagi menghasilkan sebuah buku.
Selain itu, kertas ”art card” 300gsm ini digunakan untuk mencetak gambar sebagai
bahan rujukan kepada pelancong untuk mengetahui destinasi yang menarik di
Kampung Cina untuk dikunjungi serta pelekat pula berfungsi bagi melekatkan gambar
di atas kain batik tersebut. Seterusnya, produk inovasi kami menggunakan bahan dan
peralatan yang boleh di kitar semula bagi menjaga alam sekitar dan mengangkat tradisi
negeri Terengganu dengan pergunaan kain batik sebagai bahan utama kami. Peralatan
yang kami sediakan untuk pengguna telah memudahkan pelancong semasa
mengunjungi Kampung Cina. Fabric Book yang diciptakan ini dapat memudahkan
para pelancong dan masyarakat sepanjang mereka bercuti di Kampung Cina.
Seterusnya, untuk kos keseluruhan bahan yang digunakan sebanyak RM 51.00
termasuk dengan kos upah menjahit. Harga yang kami tawarkan untuk produk ini
adalah mampu milik.

NO PERKARA KUANTITI HARGA HARGA


SEUNIT KESELURU
HAN

1. Kain Batik 1 RM 7.00 RM 7.00

2. Kertas art card 300 gsm 1 RM 9.00 RM 9.00

3. Kekabus 1 RM 5.00 RM 5.00

4. Pelekat 2 RM 2.50 RM 5.00

Jumlah Kesuluruhan RM 26.00

Rajah 3.2.2 Bahan dan Peralatan Commented [U6]: Bukan 3.2.1 ke?

24
3.2.3 KAEDAH ANALISIS DATA

SPSS versi 26 merupakan program software yang bertujuan untuk


menganalisis data dan melakukan perhitungan statistik baik parametrik maupun non
parametrik. SPSS memiliki kemampuan analisis statistik cukup tinggi kerana selain
memberi kemudahan dalam perhitungan juga mampu menganalis penitian dengan
variabel yang lebih banyak dan menganalisis data menggunakan SPSS

Proses ini melibatkan analisis data yang dimana kami mengambil data-data
diperolehi daripada soal selidik. Mengambil kira maklum balas daripada pelancong
adalah kaedah kami untuk mengetahui produk kami ini mampu menarik minat
masyarakat yang datang ke Kampung Cina untuk membeli produk “Augmented
Reality Fabric Book” kami ini. Borang soal selidik kami ini dibuat menggunakan
“Google Form” supaya memudahkan responden untuk menjawab secara atas talian
sahaja.”. Pada bahagian A mereka perlu mengisi maklumat berkaitan diri mereka.
Contohnya, nama dan umur responden.

Dalam menganalisis maklum balas daripada masyarakat terhadap produk


“Augmented Reality Fabric Book”. Pada bahagian B pula, kami meletakkan 18 soalan
berdasarkan objektif yang kami telah buat. Maklum balas yang kami dapat dari borang
soal selidik dengan menggunakan lima peringkat kepuasan masyarakat.

25
3.3 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian yang baik adalah hasil daripada kaedah yang
baik. Dengan menggunakan kaedah yang diambil daripada pengkaji, ia dapat mengikut
standard serta kualitinya yang tersendiri. Dengan adanya metodologi kajian ini, ianya
dapat memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat serta data-data daripada
responden-responden kajian ini.

Disamping itu, kami mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelancong dan pada
masa yang sama ingin mempromosikan produk kami iaitu “Augmented Reality Fabric
Book” bagi memperkenalkan kepada pelancong secara terperinci tentang seni fotografi
jalanan yang terdapat di Kampung Cina. Dengan adanya “Fabric Book” ini, ia lebih
memudahkan kepada pelancong untuk melihat seni fotografi jalanan secara ringkas
dan padat tanpa berkunjung ke kawasan tersebut.

26
BAB 4
BAB 4 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN

4.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini menunjukkan hasil soal selidik yang telah dikumpul tentang
produk Fabric Book ini. Soal selidik ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti sama
ada produk ini boleh dipromosikan kepada pelancong luar dan dalam negeri
Terengganu. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kuantitatif iaitu dengan memberi
borang soal selidik. Seramai 50 Orang di sekitar Kuala Terengganu telah menjawab
borang soal selidik ini yang telah dibuat menggunakan aplikasi “Google Form”. Umur
responden yang telah diambil bermula 16 tahun hingga 50 tahun. Borang soal selidik
ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A untuk responden mengisi maklumat
tentang diri mereka dan bahagian B pula soalan berkaitan produk yang berkait dengan
objektif yang telah dibuat.
Tujuan soal selidik ini dibuat adalah untuk mendapat maklum balas daripada
orang awam tentang Fabric Book yang kami telah buat. Kami ingin mengetahui produk
kami ini sesuai untuk semua golongan umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Dengan
membuat soal selidik ini mampu mengetahui kekurangan produk Fabric Book ini dan
boleh membuat penambahbaikan mengikut cita rasa orang ramai.
Kajian yang digunakan adalah kajian deskriptif dengan menggunakan skala
likert. Skala likert ini mempunyai 5 tahap iaitu, tahap 1 sangat tidak setuju sehingga
tahap 5 iaitu sangat setuju. Tahap ini dibuat untuk menunjukkan tahap kepuasan
pengguna tentang Augmented Reality Fabric Book. Commented [U7]: Selepas ayat ini masukkan ayat :
Kenyataan skala likert dapat dirujuk seperti jadual 4.1.1
4.1 jadual skala likert di bawah.
Commented [U8]: Jadual 4.1.1 : Jadual Skala Likert
Skala Tahap

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Sederhana setuju

4 Setuju

27
5 Sangat setuju

Data soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS seperti skor min 1.00
hingga 2.40 adalah rendah, 2.41 hingga 3.80 adalah sederhana dan 3.81 hingga 5.00
adalah tinggi bagi memperoleh jumlah min bagi setiap soalan yang diberikan.
Perkaitan dengan skala likert kemudian ditafsir analisis tafsiran min Mohd Majid,
(2004). Commented [U9]: Baiki ayat :

Data yang diperolehi bagi setiap instrumen dinilai


menggunakan kaedah deskriptif dengan menggunakan
nilai min. Nilai min yang diperolehi akan dinilai
menggunakan tafsiran intrepretasi min yang
menunjukkan intreperatsi tahap rendah sehingga tahap
tinggi. Kenyataan interpretasi ni adalah seperti
kenyataan Mohd majid Konting (2004) seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 4.2.2 di bawah.

28
4.2 Jadual skor min untuk tahap interpretasi

SKOR MIN INTERPRETASI MIN

1.00 ≤ min ≤ 2.40 RENDAH

2.41 ≤ min ≤ 3.80 SEDERHANA

3.81 ≤ min ≤ 5.00 TINGGI

Perkaitan dengan skala Likert kemudiannya ditafsir menggunakan analisis tafsiran min
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.1 (Mohd Majid, 2004).

29
4.2 DAPATAN KAJIAN

4.2.1 Bahagian A

Pada bahagian A menjelaskan maklumat diri responden yang kami letakkan


dalam boring soal selidik. Antara soalan yang ditanyakan seperti, umur, jantina, tempat
tinggal dan bangsa. Berikut adalah maklum balas yang telah kami dapat dari soal
selidik yang telah dibuat:

1.Umur

Rajah 4.3.1 Jumlah peratusan keseluruhan umur responden

Rajah 4.3.1 Menunjukkan peratusan bilangan umur responden yang telah


menjawab borang soal selidik yang diberi. Seperti rajah di atas peratusan responden
berumur 20 tahun telah mencatat peratusan tertinggi iaitu 29.4% manakala peratusan
bagi responden berumur 19 tahun adalah sebanyak 21.6% kurang sedikit daripada
umur 20 tahun. Selain itu, peratusan responden yang berumur 18 tahun adalah
sebanyak 7.8% serta peratus responden yang berumur 27 dan 21 tahun adalah
sebanyak 5.9%. Seterusnya, borang soal selidik ni juga menerima responden berumur
25 dan 22 tahun lalu memperolehi peratusan sejumlah 3.9% serta akhir sekali
responden berumur 16,23,24,26 dan 28 tahun memperolehi peratus yang sama iaitu
2.0%. Hal ini menunjukkan soal selidik ini lebih tertumpu kepada golongan pelancong
yang lebih muda disebabkan mereka dapat memanfaatkan fungsi “Fabric Book” ini
dan tertarik dengan reka bentuk dan keunikan “Augmented Reality Fabric Book” ini.

30
2. Jantina

Rajah 4.3.2 Jumlah peratusan keseluruhan jantina responden

Rajah 4.3.2 Menunjukkan peratusan bilangan responden mengikut jantina yang


telah menjawab borang soal selidik yang diberi. Selain itu, peratusan jantina
perempuan memperolehi peratusan yang tertinggi iaitu 78.4% manakala peratusan
bagi responden jantina lelaki adalah sebanyak 21.6% lebih sedikit berbanding dengan
responden perempuan. Hal ini dapat mengetahui bahawa perempuan lebih berminat
untuk mendapatkan “Augmented Reality Fabric Book” ini berbanding dengan lelaki
disebabkan perempuan lebih tertarik kepada reka bentuk dan keunikan yang digunakan
bagi menghasilkan produk ini.

31
3. Tempat Tinggal

Rajah 4.3.3 Jumlah peratusan keseluruhan tempat tinggal responden

Rajah 4.3.3 Menjelaskan majoriti tempat tinggal responden daripada luar


terengganu dan mencatat peratusan adalah sebanyak 66.7% iaitu separuh daripada
responden yang lain kerana sememangnya kajian ini lebih tertumpu kepada pelancong
yang datang dari luar terengganu. Selanjutnya, daripada borang soal selidik ini
mendapati peratusan tempat tinggal responden yang datang daripada dalam terengganu
adalah sejumlah 33.3% ia juga berkait rapat dengan pelancong yang datang dari dalam
atau luar terengganu.

32
4. Bangsa

Rajah 4.3.4 Jumlah peratusan bangsa keseluruhan responden

Rajah 4.3.4 Menunjukkan purata responden daripada setiap bangsa yang telah
menjawab borang soal selidik yang diberi. Purata peratusan yang tertinggi adalah
bangsa melayu sebanyak 90.2% dan seterusnya responden yang berbangsa india
memperolehi peratus sejumlah 5.9%. Akhir sekali, responden yang berbangsa paling
sedikit peratusan adalah cina dengan 3.9% hal ini dapat dilihat dengan sebahagian
besar borang soal selidik yang telah dijawab adalah bangsa melayu bagi mengetahui
maklumat diri responden.

33
4.2.2 Bahagian B

Bahagian ini menunjukkan skor min persetujuan dan sokongan daripada para
responden terhadap objektif-objektif yang kami sudah nyatakan. Objektif yang
terdapat dalam ini adalah 3 dan setiap isi keterangan mempunyai 6 soalan. Disertakan
juga dengan jadual-jadual yang sedia ada di mana dapat memberikan pemahaman yang
mudah untuk difahami.

4.2.2.1: Jadual ini memberi maklumat pelancongan tentang Kampung Cina kepada
umum melalui teknologi Augmentasi Realiti (AR)

SKALA KETERANGAN SKOR MIN TAHAP


LIKERT Commented [U10]: Tukar kepada instrumen

1 Produk ini cukup inovatif untuk 4.06 TINGGI


menyediakan lawatan maya di Kampung
Cina.

2 Teknologi ini mampu untuk 4.14 TINGGI


meningkatkan pengalaman pelancongan
kampung Cina untuk pengunjung.

3 Produk ini mempunyai cara yang sesuai 4.06 TINGGI


untuk menyampaikan maklumat kepada
pengunjung di Kampung Cina.

4 Produk ini dapat dilihat oleh pelancong 4.12 TINGGI


dengan kaedah teknologi ini.

5 Teknologi ini dapat memberi 4.06 TINGGI


pengetahuan lebih dalam kepada pelancong.

6 Produk ini dapat memberi kesan yang 4.10 TINGGI


positif kepada pelancong.

Berdasarkan jadual 4.2.2.1, Item kedua yang menyatakan "Teknologi ini


mampu untuk meningkatkan pengalaman pelancongan kampung Cina untuk
pengunjung" mempunyai nilai skor min tertinggi dengan dapatan 4.14 dan ia berada
pada tahap tinggi

34
4.2.2.2: Jadual ini membantu responden untuk mengenal pasti tempat - tempat menarik
di Kampung Cina yang sesuai untuk tatapan umum.

SKALA KETERANGAN SKOR MIN TAHAP


LIKERT

1 Turtle Alley merupakan kawasan tarikan 3.86 TINGGI


yang menarik di Kampung Cina.

2 Bangunan yang dibina di Kampung Cina 4.01 TINGGI


adalah bangunan lama yang dapat
menunjukkan seni pembinaan zaman
dahulu kala.

3 Lorong kenangan payang dapat memberi 3.96 TINGGI


pandangan yang unik kepada
pengunjung.

4 Lorong Haji Awang Mempunyai 4.01 TINGGI


keistimewaan seni bina tradisional.

5 Lorong Wee Sin Hee dihias dengan 3.96 TINGGI


mural dan sajak Han Dynasty-era.

6 Memperolehi pengetahuan sejarah The 4.03 TINGGI


Seven Wonders of World di Lorong
Warisan Dunia.

Berdasarkan jadual 4.2.2.2 menyatakan item keenam iaitu “Mengenal pasti


tempat - tempat menarik di Kampung Cina yang sesuai untuk tatapan umum”
mempunyai nilai skor min tertinggi dengan dapatan 4.03 manakala item pertama iaitu
“Turtle Alley merupakan kawasan tarikan yang menarik di Kampung Cina”
mempunyai nilai skor min terendah dengan dapatan 3.86.

35
4.2.2.3: Jadual ini menunjukkan persetujuan responden terhadap Menghasilkan
“Augmented Reality Fabrik Book” bertujuan untuk memperkenalkan Kampung Cina
kepada umum.

SKALA KETERANGAN SKOR MIN TAHAP


LIKERT

1 “Augmented Reality Fabric Book” ini 3.98 TINGGI


dapat menarik ramai pelancong untuk
melawati Kampung Cina.

2 “Augmented Reality Fabric Book” ini 4.02 TINGGI


memberi maklumat yang jelas tentang
Kampung Cina.

3 “Augmented Reality Fabric Book” ini 3.92 TINGGI


merupakan satu idea yang menarik unutk
memperkenalkan Kampung Cina kepada
umum.

4 Penggunaan Augmented Reality (AR) 4.02 TINGGI


dalam produk ini dapat memberi info
dengan lebih jelas kepada pelancong.

5 “Augmented Reality Fabric Book” ini 3.98 TINGGI


memberi info dan maklumat yang lebih
efektif berbanding sebuah buku biasa.

6 “Augmented Reality Fabric Book” ini 4.02 TINGGI


dapat memudahkan pelancong
mengetahui sejarah atau info di Kampung
Cina.

Berdasarkan Jadual 4.2.2.3 menyatakan bahawa item kedua “Augmented


Reality Fabric Book” ini memberi maklumat yang jelas tentang Kampung Cina, item
keempat Penggunaan Augmented Reality (AR) dalam produk ini dapat memberi info
dengan lebih jelas kepada pelancong dan item keenam “Augmented Reality Fabric
Book” ini dapat memudahkan pelancong mengetahui sejarah atau info di Kampung
Cina. mempunyai dapatan min yang sama dan tertinggi iaitu 4.02 manakala item ketiga
dengan keterangan “Augmented Reality Fabric Book” ini merupakan satu idea yang
menarik unutk memperkenalkan Kampung Cina kepada umum mempunyai dapatan
min yang paling rendah iaitu 3.92.

36
4.3 PERBINCANGAN

Bahagian A merupakan maklumat peribadi responden. Ia terdiri daripada


jantina, umur, tempat tinggal dan bangsa yang telah kami agihkan di Kampung Cina.
Hasil daripada analisis yang dijalankan peratusan responden berumur 20 tahun
mencatat peratusan tertinggi iaitu 29.4% manakala peratusan berumur 18 tahun adalah
sebanyak 7.8% lebih sedikit. Seterusnya, responden berumur 19 tahun adalah 10 orang
dengan peratus sebanyak 21.6% dan akhir sekali responden berumur 21 tahun adalah
sebanyak 3 orang sahaja dengan peratusan paling sedikit iaitu 5.9%.

Peratusan pelancong jantina perempuan mencatat peratusan tertinggi iaitu


78.4% manakala peratusan bagi responden pelancong jantina lelaki adalah sebanyak
21.6%lebih sedikit berbanding responden pelancong jantina perempuan.

Analisis tempat tinggal luar Terengganu dengan peratusan 66.7% berjumlah


34 orang. Seterusnya, adalah penduduk Terengganu berjumlah 17 orang dengan
peratusan 33.3%. Penduduk Terengganu mendapat jumlah peratus lebih rendah
berbanding pelancong luar Terengganu.

Analisis bangsa untuk Melayu merupakan 90.2%, peratusan yang paling tinggi
berbanding bangsa Cina dan India. Ini kerana majoriti masyarakat yang terdapat di
kawasan agihan soalan soal selidik berbangsa Melayu. Selain itu, responden yang
berbangsa India hanya 3 orang dan peratusan bagi responden yang berbangsa India
ialah 5.9% sahaja manakala responden yang berbangsa Cina sebanyak 2 orang dengan
peratusan 3.9%. Commented [U11]: Sy dah maklum bahagian A
maklumat responden tidak perlu dibincangkan.

Analisis skor min bahagian B iaitu yang pertama ialah memberi maklumat
pelancongan tentang Kampung Cina kepada umum melalui teknologi Augmentasi
Realiti (AR), penyataan teknologi ini mampu untuk meningkatkan pengalaman
pelancongan kampung Cina untuk pengunjung mununjukkan skor min yang tertinggi
iaitu 4.14. Dengan skor min tertinggi ini ia menunjukkan bahawa sebahagian
responden bersetuju bahawa rekaan produk inovasi ini adalah unik dan akan
memberikan impak yang positif terhadap pelancong dan penduduk setempat
contohnya pelancong boleh berkunjung ke tempat yang dipameran di dalam “

37
Augmented Reality Fabric Book” tersebut dan dengan inovasi “Augmented Reality”
yang ditambah ke dalam produk tersebut memudahkan pelancong untuk memahami
info tentang lorong-lorong tanpa bantuan pemandu pelancong dan sebagainya.
Manakala bagi penduduk setempat pula, bagi yang peniaga-peniaga kedai dan gerai di
kawasan tersebut mereka akan memperoleh kunjungan yang banyak di kawasan
tersebut maka mereka akan memperoleh keuntungan terhadap kunjungan pelancong
dari luar negeri dan luar negara.

Analisis skor min seterusnya iaitu mengenal pasti tempat - tempat menarik
di Kampung Cina yang sesuai untuk tatapan umum, penyataan memperolehi
pengetahuan sejarah The Seven Wonders of World di Lorong Warisan Dunia
mendapat skor min tertinggi iaitu 4.12. Dengan itu, ini menunjukkan bahawa
responden memperoleh banyak pengetahuan daripada produk yang dicipta dan dengan
pengetahuan yang diperoleh oleh responden yang telah memahami apa yang kami
ingat sampaikan di dalam produk “Fabric Book” ini menunjukkan produk ini sangat
memberikan manfaat yang tinggi terhadap masyarakat dan pelancong yang ingin
menerokai Kampung Cina.

Analisis skor min yang terakhir iaitu menghasilkan “Augmented Reality


Fabrik Book” bertujuan untuk memperkenalkan Kampung Cina kepada umum,
penyataan penggunaan Augmented Reality (AR) dalam produk ini dapat memberi info
dengan lebih jelas kepada pelancong dan “Augmented Reality Fabric Book” ini dapat
memudahkan pelancong mengetahui sejarah atau info di Kampung Cina mendapat
skor min yang sama iaitu 4.08. Ini menunjukkan bahawa penerimaan responden sangat
positif dengan terhadap inovasi yang dilakukan dengan penambahan Augmented
Reality di dalam produk “Fabric Book”

38
4.4 RUMUSAN

Berdasarkan rumusan hasil kajian, kadah pelancongan dan teknologi ini


membantu pelancong menerusi kaedah platform digital yang dapat memudahkan
pelancong mengetahui banyak informasi tentang sesuatu tempat. Jadi, pada akhir
rumusan ini didapati bahawa produk inovasi Augmented Reality Fabric Book ini dapat
memberi kesan yang positif kepada penduduk setempat dan juga pelancong secara
amnya. Ini dapat dilihat melalui maklumbalas yang telah diberikan melalui soal selidik
yang diberikan. Kesemua responden telah memberikan maklumbalas yang positif
terhadap produk kami iaitu Augmented Reality Fabric Book dan mereka bersetuju
bahawa produk ini telah memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat dan
informasi ketika melancong di Kampung Cina.

39
BAB 5

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Inovasi ialah mengemas kini atau mencipta sesuatu yang baharu dalam bentuk
produk, proses atau idea dengan tujuan meningkatkan atau menambahbaik sesuatu.
Idea ini terhasil disebabkan oleh kreativiti seseorang yang menjadi pendorong untuk
sesebuah inovasi itu terhasil.

Hasil ujikaji yang dijalankan berdasarkan soal selidik yang telah dibuat
membolehkan keputusan dibuat berdasarkan bab-bab yang sebelumnya. Bab ini juga
menerangkan tentang cadangan yang diberikan terhadap produk serta objektif produk
ini dihasilkan dan ujikaji boleh dijalankan berdasarkan kesimpulan yang telah
dihasilkan.

5.2 KESIMPULAN

Bab ini merupakan bab terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan
merumuskan segala dapatan bagi kajian ini. Kesimpulannya, penghasilan Augmented
Reality Fabric Book ini adalah untuk menarik minat pelancong dalam mengetahui
lebih banyak seni jalanan yang menarik di Kampung Cina sekaligus memperkenalkan
Kampung Cina sebagai tempat tarikan pelancong walaupun tempat ini agak terpencil
di Terengganu. Selain itu, penghasilan produk ini juga membantu pelancongan di
Terengganu khususnya di Kampung Cina bertujuan untuk menyampaikan maklumat
yang jelas dan juga berkesan. Disamping itu, Augmented Reality Fabric Book ini
memberi kesan yang positif serta dapat memudahkan pelancong untuk mengetahui
sejarah atau info tentang setiap lorong di Kampung Cina. Oleh itu, kami percaya dan
berharap bahawa terciptanya Augmented Reality Fabric Book ini mendapat sambutan
yang baik dan menarik perhatian pelancong yang datang di Kampung Cina.

40
5.3 CADANGAN

Bahagian ini membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan yang perlu


dilaksanakan serta pandangan atau komen yang boleh dijadikan panduan bagi pengkaji
lain yang ingin menjalankan kajian lanjutan berkenaan dengan pembudayaan kreatif
dan inovatif. Augmented Reality Fabric Book merupakan satu kaedah Augmented
Reality (AR) yang digunakan untuk memberi kemudahan kefahaman kepada
pelancong untuk lebih memahami dan mengetahui sejarah dan kawasan di lorong-
lorong Kampung Cina. Berikut merupakan beberapa perkara yang dicadangkan untuk
mempertingkatkan lagi inovasi yang dilakukan terhadap “Fabric Book” bagi
mengetahui tahap keberkesanannya:

i. Membuat pembaharuan dari setiap keseluruhan aspek tentang produk inovasi ini
agar dapat mendapat impak yang positif dan menarik minat pelancong.

ii. Menghasilkan kandungan “Fabric Book” dengan teliti bagi mendapat kualiti yang
baik untuk memperoleh perhatian daripada pelancong.

iii. Melakukan penambahbaik untuk Augmented Reality dengan kualiti montaj yang
HD bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui lokasi tempat tersebut pada
“Fabric Book”.

5.4 LIMITASI KAJIAN

Dalam kajian yang kami laksanakan, kami menghadapi beberapa masalah di


dalam kajian ini dan antaranya adalah penerimaan oleh pihak yang berkaitan,
terutamanya pada kajian yang berkaitan dengan keperluan, kepentingan, atau isu
sensitif yang boleh mempengaruhi keseluruhan kajian. Selain itu, Kekurangan sumber
yang diperlukan untuk menyelenggara dan menganalisis kajian dan kekurangan
kerjasama daripada organisasi-organisasi yang berkaitan untuk dapat mempengaruhi
kajian yang dilakukan. Malah, kekurangan maklumat dan data yang mencukupi untuk
menjana kesimpulan yang tepat. Bukan itu sahaja, terdapat juga kesukaran untuk
membezakan antara fakta dan teori dalam kajian yang dilakukan. Kesesatan atau bias
adalah kecenderungan untuk memilih atau mengembangkan kajian yang mendukung

41
hipotesis yang dibuat terlebih dahulu. Kami juga mempunyai masalah untuk mencari
tukang jahit untuk membantu dalam menjahit dan mempercepatkan proses
menyiapkan bahan produk kami.

5.5 RUMUSAN

Pengkaji telah merumus dan membuat kesimpulan secara menyeluruh hasil


daripada dapatan yang telah kami peroleh daripada penghasilan Augmented Reality
Fabric Book. Segala dapatan yang dijelaskan adalah menjawab semua persoalan kajian
yang telah ditetapkan bagi mencapai objektif kajian yang telah dijalankan selama
tempoh pembuatan dan perlaksanaan projek inovasi ini. Kajian menyeluruh ini telah
membuktikan bahawa produk “Fabric Book” memberi kesan yang sangat positif
terhadap masyarakat dan pelancong. Selain itu, produk ini juga bersifat mesra
pengguna kerana mempunyai saiz yang sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Dari sudut
pandang penerimaan produk ini terhadap masyarakat dan pelancong pula, mereka
sangat menyokong penuh produk inovasi ini untuk dijadikan produk utama dalam
sektor pelancongan. Ini kerana produk “Fabric Book” ini dapat memudahkan
pelancong untuk mengenali dengan lebih memahami info lorong-lorong yang terdapat
di Kampung Cina. Mengharapkan kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu
masyarakat dan pelancong dari luar negeri mahupun luar negara untuk menerokai
tempat-tempat yang menarik di Kampung Cina dengan lebih mudah dengan adanya
produk “Fabrik Book”. Pelancong bukan sahaja boleh bergambar di lorong-lorong
tersebut, mereka juga mendapat informasi yang berguna daripada produk inovasi ini.

42
RUJUKAN

Abdullah, A. (2010). Batik Terengganu. Truly Terengganu.


http://trulyterengganu.blogspot.com/2010/07/info-batik-terengganu.html

Ali, F. S. (2019). Keunikan Peranakan Cina Terengganu. Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/53372/khas/kitalahmalaysia/keunika
n-peranakan-cina-terengganu

Amirul. (2023). Promosi Melalui Media Sosial. SocialLeap.


https://socialeap.io/promosi-melalui-sosial-media-kelebihan-dan-
kelemahan/#:~:text=Salah%20satu%20kelebihannya%20ialah%20ia,mengiku
t%20jenis%20dan%20kehendak%20mereka.

Cartier-Bresson, H. (2010). Fotografi Jalanan. Wikipedia.


https://id.m.wikipedia.org/wiki/Fotografi_jalanan

Cohen. (1974). Definisi & Jenis-jenis Pelancongan. 123 Dok.


https://123dok.com/article/definisi-jenis-jenis-pelancongan-kawasan-
lindungan-diuruskan-terutamanya.yd9krjjz

Inskeep. (1996). Sistem Dan Konsep Pelancongan. Hashimrahman blogspot.


http://hashimrahman.blogspot.com/2013/01/sistem-dan-konsep-
pelancongan.html?m=1

Ithnin, H. (2019). Warisan Kampung Cina. My Metro.


https://www.hmetro.com.my/santai/2019/04/443904/warisan-kampung-cina

Razak, F. A. (2022). Litar Pintas Punca Kampung Cina Terbakar. My Metro.


https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2022/10/893089/litar-pintas-
punca-kampung-cina-terbakar-rugi-rm2-juta

um5jEef6s, A. (n.d.). Pelancongan Kebudayaan Dan Warisan. scribd.


https://www.scribd.com/document/449447474/PELANCONGAN-
KEBUDAYAAN-DAN-WARISAN

43
Wei, S. L. (2020). Menerokai Tapak Warisan Menarik Di Terengganu. Media
Permata.
https://mediapermata.com.bn/menerokai-tapak-warisan-menarik-di-
terengganu/

Zarin, M. (2014). Kampung Cina, Kuala Terengganu. MohdZarin.com.


https://mohdzarin.com/blog/kampung-cina-terengganu/

Hohl, W. (2009). Pengertian Augmented Reality Menurut Ahli. Retrieved from Iptek:
https://iptek.co.id/pengertian-augmented-reality-menurut-ahli/

Mohd Majid Konting. (2004). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka

44
LAMPIRAN

CARTA GANTT

No. Progress Status WEEK


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
1 BRIEFING AND R
THEORY CLASS
WITH
COORDINATOR L

2 CONSULTATION R
WITH
SUPERVISOR L
MID SEMESTER BREAK

3 PRESENTATION R
FOR PROJECT
PROPOSAL
(PROPOSAL L
DEFEND)
4 PRODUCE R
FINAL PROJECT
REPORT L
5 PRESENTATION R
FOR FINAL
PROJECT L
6 IMPROVISE R
REPORT L
7 SUBMIT FINAL R
PROJECT
REPORT L

45
LAMPIRAN A SOAL SELIDIK ONLINE

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdt8k2M0jCCIXJrW-
78NlkKTThqWht-_RMgnB7wmAfaZnd0Sw/formResponse

Bahagian A Data Maklumat Diri

46
Bahagian B: AUGMENTED REALITY FABRIC BOOK

47
LAMPIRAN B: GAMBAR PRODUK / BUTIRAN

Sesi Menyiapkan Produk Inovasi

48
Sesi menyaipkan proposal bersama penyedia

49
Sesi melawat Kawasan kajian dan memberi borang soal selidik didalam
“Google Form” dengan mengimbas kod qr

50

You might also like