You are on page 1of 22

TOPIK 1:

PENGENALAN PENGURUSAN OPERASI

PENGENALAN
Secara asasnya, organisasi perniagaan mempunyai tiga fungsi iaitu kewangan, operasi dan
pemasaran. Pengurusan operasi merupakan fungsi terpenting atau teras. Kenapa? Kerana
bahagian pengurusan yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran produk atau
perkhidmatan untuk dijual kepada pengguna.

Definisi Pengurusan Operasi

Pengeluaran ialah proses mencipta atau menghasilkan barangan atau perkhidmatan.


Pengurusan operasi pula dikenali sebagai pengurusan pengeluaran, iaitu:segala aktiviti
berkaitan dengan penghasilan barangan atau perkhidmatan melalui satu proses transformasi
input (bahan mentah,buruh,mesin dll) kepada output (barangan @ perkhidmatan) yang lebih
bernilai atau boleh dijual.

4 komponen utama di dalam sistem pengurusan operasi;


 Input (sumber)
 Proses transformasi
 Output (hasil)
 Maklumbalas (feedback)
Input (sumber)
Merupakan bahan-bahan asas yang diperlukan bagi tujuan mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan seperti pekerja, bahan mentah, pengurusan, peralatan, kewangan dan
maklumat.

Proses transformasi
Merujuk kepada proses mengendalikan segala aktiviti penukaran input kepada output yang
melibatkan strategi operasi tertentu.
Melibatkan 4 aktiviti utama
• Pengangkutan
• Pengubahan
• Penyimpanan
• Pemeriksaan

Output
Merupakan hasil terakhir yang didapati daripada proses tersebut seperti barangan atau
perkhidmatan, keuntungan atau kerugian, kepuasan hati pelanggan dan pertambahan pekerja
dan pengguna. Output terdiri dari barang nampak dan barang tidak nampak.

Maklumbalas
Persekitaran dalaman boleh didefinisikan sebagai faktor yang berada di dalam syarikat seperti
sikap pekerja, suasana dalam syarikat dan peranan pihak pengurusan yang boleh memberi
kesan kepada operasi syarikat. Persekitaran luaran pula merujuk kepada faktor dari luar
syarikat seperti pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, penggunaan teknologi, sosial
dan ekonomi yang boleh memberi kesan kepada operasi syarikat
Jadual di bawah merupakan ringkasan beberapa contoh sistem operasi bagi produk barangan
dan perkhidmatan.

Sejarah Pengurusan Operasi


Pengurusan operasi merupakan satu bidang ilmu yang berkembang dari semasa ke semasa.
Sejarah dan perkembangan pengurusan operasi boleh dilihat berdasarkan evolusi-evolusi
berikut:

a) Zaman Revolusi industri

Bermula pada tahun 1770an di England dan merebak hingga ke seluruh Eropah dan
Amerika pada kurun ke 19. Kaedah pengeluaran pada zaman ini dipanggil Craft
Production, satu sistem pengeluaran

• Bermula pada tahun 1760 di England.


• Kaedah pengeluaran pada zaman ini dipanggil Craft Production. Satu sistem
pengeluaran berskala kecil, bergantung kepada kemahiran buruh yang tinggi dan
menggunakan peralatan yang ringkas dan fleksibel.
• Konsep pembahagian kerja kepada unit yang lebih khusus dalam sesebuah
organisasi. (labour specialization)
• Pengenalan sistem pengawalan dan perakaunan kos

Tokoh penting:
i. Adam Smith
Pada tahun 1776 menulis buku The Wealth of Nations, konsep pembahagian kerja
kepada unit yang lebih khusus dalam sesebuah organisasi (Division of labour)

ii. Eli Whitney


Memperkenalkan konsep interchangeable part dalam pemasangan musket (1800). I
Interchangeable part baeramaksud menghasilkan rekabentuk bahagian produk yang
standard dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis produk. Bahagian-bahagian
produk ini boleh dipasang dan ditukar ganti.

b) Pendekatan saintifik
• Diperkenalkan oleh Frederick W. Taylor. (Bapa pengurusan saintifik)
• Amalan pengurusan dan amalan kerja dikaji melalui analisis dan diukur
berdasarkan piawaian tertentu iaitu piawaian pekerja bagi melakukan setiap kerja

Sumbangan Frederick W. Taylor dalam pengurusan pengeluaran:


• Penulis buku The Principles of Scientific Management.
• Memperkenalkan falsafah pengurusan saintifik
• Kajian mengenai pekerjaan digunakan melalui pemerhatian ke atas setiap kerja
(time & motion study)
• Mengetengahkan konsep kecekapan (one best way) dalam pengeluaran
• Pekerja mesti terlatih bagi tujuan yang khusus
• Menekankan kaitan antara output dengan ganjaran (piece rate system)
• Pembahagian tugas / pengkhususan kerja bagi meningkatkan kecekapan
• Pemilihan pekerja dibuat berdasarkan kemahiran
i. Frank Gilbreth
Seorang jurutera yang dikenali sebagai father or motion study. Memperkenalkan
konsep motion economy yang boleh diaplikasikan pada bahagian-bahagian tugas
yang kecil.
ii. Henry Gantt
Terkenal dengan konsep motivasi pekerja melalui ganjaran bukan berbentuk wang.
Juga membangunkan sistem penjadualan yang dipanggil Carta Gantt.
iii. Harrington Emmerson
Mengaplikasi idea Taylor iaitu struktur organisasi dan penggunaan pakar untuk
meningkat kecekapan organisasi.
iv. Hendry Ford
Menggunakan konsep pengurusan saintifik secara meluas dalam kilang
keretanya.Sumbangan utama beliau ialah menperkenalkan konsep mass-production
(pengeluaran besar-besaran). Mass production merupakan satu sistem pengeluaran di
mana pekerja-pekerja yang kurang kemahiran menggunakan mesin yang khusus bagi
menghasilkan produk yang standarddalam volum yang tinggi. Beliau juga
memperkenalkan teknik barisan pemasangan bergerak. Turut mengaplikasi konsep
intercharneable parts dan division of labour dalam pengilangan kereta Ford, terutama
model T.

c) Pergerakan Hubungan manusia (The Human Relation Movement)


• Jika dalam era pengurusan saintifik menekankan kepada aspek teknikal reka
bentuk kerja, The Human Relation Movement pula lebih menekankan kepentingan
elemen-elemen manusia dalam reka bentuk kerja.
• Pekerja dianggap ‘manusia sosial’
• .Manusia dimotivasikan melalui keperluan sosial & mendapat kepuasan daripada
hubungan yang dijalinkan.
• Manusia akan lebih peka dan dapat bertindak balas dengan lebih baik apabila
wujud tekanan dari segi sosial.
• Tekanan daripada pihak pengurusan akan memberikan kesan negatif.
• Manusia akan bekerjasama sepenuhnya dengan pengurusan apabila keperluan
sosial dipenuhi.
• Pihak pengurusan digalakkan memberikan penekanan dari segi
 Perhatian terhadap keperluan pekerja bukan terhadap kerja yang dilakukan
 Kepuasan bekerja dalam sesebuah kumpulan, lebih baik daripada kepuasan
yang diberikan pengurusan.
 Bentuk konsep Pasukan Kerja Berkumpulan dan menyediakan insentif untuk
kumpulan.

Tokoh penting:
i. Frank dan Lilian Gilbreth
Suami isteri ini mengkaji faktor manusia dalam pekerjaan seperti aspek kecederaan
pekerja dan motivasi.
ii. Elton Mayo
Memperkenalkan Hawthorne Studies. Dalam kajian beliau telah membuktikan
bahawa selain aspek fizikal dan teknikal, faktor motivasi juga penting untuk
meningkatkan produktiviti.

d) Model Keputusan dan Sains Pengurusan


a) Lebih mengutamakan penggunaan teknik kuantitatif dalam pengurusan operasi
b) F.W. Harris membangunkan model matematik untuk pengurusan inventori (1915)
c) Tiga orang pekerja Bell Telephone Labs iaitu H.F Dodge, H. G Romig dan W.
Shewhart telah menghasilakn prosedur-prosedur statistic untuk tujuan
pensampelan dan kawalan kualiti.

e) Pengaruh Pengeluar Jepun


• Pengilang-pengilang dari Jepun terutamanya Toyota telah membangunkan dan
memperbaiki kaedah pengurusan bagi meningkatkan operasi dan kualiti produk
mereka.
• Antara tokoh penting ialah Taiichi Ohno, banyak menyumbang kepada teknik-teknik
peningkatan kualiti, fleksibiliti dan lean production.

Kepentingan Pengurusan Operasi


Terdapat tiga sebab kenapa anda perlu mempelajari pengurusan operasi :
a) Pengurusan operasi merupakan salah satu daripada fungsi-fungsi utama di dalam
sesebuah organisasi.
b) Pengurusan operasi membolehkan kita tahu selok-belok penghasilan produk atau
perkhidmatan, kerana ia melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan
penghasilan barangan dan perkhidmatan.
c) Kita dapat memahami bidang tugas dan tanggungjawab seorang pengurus dalam
operasi. Pengurus operasi merupakan orang yang bertanggungjawab di
jabatan operasi.

PERANAN PENGURUS OPERASI (ROLES OF OPERATION MANAGERS)


Pengurusan operasi adalah di bawah kawalan seorang pengurus operasi.

Lima fungsi penting pengurus operasi.


a) Merancang (Planning)
Merancang melibatkan penetapan matlamat dan penentuan langkah-langkah mencapai
matlamat tersebut. Pengurus operasi mesti menetapkan matlamat yang berkaitan dengan
pengeluaran dan menentukan cara terbaik mencapainya.

b) Mengurus (Organizing)
Di bawah fungsi ini, pengurus operasi perlu menentukan tugas-tugas yang perlu dibuat,
bagaimana hendak melakukannya, dan siapa perlu diarah melakukannya. Pengurusan yang
baik dapat membentuk organisasi yang mantap

c) Pengambilan Pekerja (Staffing)


Pengambilan pekerja melibatkan pemilihan bakal pekerja yang berkualiti untuk
menjalankan kerja-kerja pengeluaran dan juga latihan kepada mereka supaya menjadi
pekerja yang lebih
berkemahiran

d) Memimpin (Leading)
Fungsi ini melibatkan kemahiran berkomunikasi dan memotivasi para pekerja ketika
menjalankan kerja-kerja mereka. Pengurus operasi mesti tahu mencari pendekatan yang
sesuai ketika
memimpin pekerja-pekerja

e) Mengawal Selia (Controlling)


Ini ialah tugas pemantauan yang dilakukan oleh pengurus operasi, yang memastikan
semua aktiviti-aktiviti yang dirancang mengikut perancangan
OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGURUSAN OPERASI
(OBJECTIVES OF OPERATION MANAGEMENT)

Pengurusan operasi adalah penting kepada setiap organisasi. Bagi memastikan kelancaran
operasi pasti ada seseorang yang ditugaskan mengurus operasi. Objektif-objektif perlunya
pengurusan operasi dijelaskan di bawah :-

a) Memenuhi kehendak pengguna


Tujuan pengurusan operasi adalah memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk atau
perkhidmatan yang mereka terima. Sistem operasi mesti menyediakan sesuatu yang dapat
memenuhi keperluan pengguna, dalam bentuk kos mahu pun masa.

b) Penggunaan sumber lebih cekap


Pengurusan operasi lebih peka terhadap memaksimumkan hasil dari sumber yang ada.
Penggunaan sumber merupakan tenaga kerja yang diperlukan, masa yang digunakan, tahap
penggunaan ruang, mesin, bahan mentah dan lain-lain.

c) Proses pengeluaran lebih lancar


Pengurusan operasi juga peka terhadap proses transformasi. Proses pengeluaran yang
cekap
membolehkan pihak organisasi menghasilkan lebih banyak amaun output dengan sedikit
input.

d) Menepati jangkaan permintaan dan tarikh penghantaran


Dengan penggunaan sumber yang cekap dan proses pengeluaran yang lancar, organisasi
dapat memenuhi dan menyampaikan permintaan pelanggan pada masanya. Seterusnya
pelanggan akan
berpuas hati dengan prestasi sebegini.

e) Pengeluar yang efektif


Pengurusan operasi dapat membantu organisasi menghasilkan produk mengikut spesifikasi
dan piawaian yang ditetapkan, seterusnya memaksimukan nilai produk tersebut. Pelanggan
menerima lebih manafaat daripada produk itu, yang dikeluarkan oleh pengeluar yang
efektif.
f) Menyesuaikan diri dengan cabaran akan datang
Pengurusan operasi dapat mewujudkan sistem pengeluaran yang luwes atau anjal. Maka,
pihak organisasi berupaya berubah dengan cepat mengikut perubahan dalam sesebuah
produk atau reka bentuk proses di masa hadapan.

Objektif-objektif pengurusan operasi

OPERASI BARANGAN & PERKHIDMATAN (OPERATION OF GOODS &


SERVICES)

Pengurusan operasi adalah berkaitan dengan pengeluaran sesuatu output. Output-output boleh
dikategorikan sebagai barangan (goods) dan perkhidmatan (services).
Terdapat organisasi-organisasi yang menghasilkan produk-produk ketara (tangible product),
yang dikenali sebagai barangan atau produk-produk buatan kilang (manufactured products).
Manakala, yang lain menghasilkan produk-produk tak ketara (intangible products) iaitu
perkhidmatan. Walaubagaimanapun, ada banyak output merupakan gabungan barangan dan
perkhidmatan yang memerlukan hampir sama unsur-unsur input, proses transformasi dan
output.
Walaupun terdapat kesamaan dalam bentuk unsur-unsur bagi sesebuah sistem operasi
barangan dan perkhidmatan, terdapat juga beberapa ciri-ciri yang membezakan kedua-dua
jenis output tersebut.

a) Ciri-Ciri Perkhidmatan (Characteristic of Services)

Perkhidmatan boleh dicirikan mengikut fitur-fitur berikut :


1. Output-output tak ketara
Perkhidmatan adalah tak ketara; ia tidak nampak dan disentuh. Sebagai contoh,
perkhidmatan penghantaran (seperti piza, mel, makanan dan lain-lain), perkhidmatan
perubatan (seperti rundingan perubatan, X-ray, ujian mamogram dan lain-lain) dan
perkhidmatan pengangkutan (seperti perkhidmatan teksi, grab dan lain-lain). Pelanggan
hanya boleh menikmati perkhidmatan tersebut.

2. Output-output tidak boleh disimpan


Disebabkan perkhidmatan bersifat tak ketara, maka adalah mustahil dapat menyimpan atau
dikategorikannya sebagai inventori. Sebagai contoh, syarikat kurier hanya menjalankan
penghantaranpantas. Sama ada serta-merta atau mengikut kehendak pelanggan. Pelanggan
akan berasa tidak puas hati sekiranya perlu tunggu untuk mendapatkan perkhidmatan
tersebut.

3. Banyak interaksi dengan pelanggan


Perkhidmatan biasanya sukar distandardkan, maka pelanggan perlu hadir untuk
menentukan apa yang mereka kehendaki daripada perkhidmatan yang ditawarkan.
Pelanggan juga ada pelbagai kehendak ke atas perkhidmatan yang diberikan (unik). Oleh
itu, mereka membayar harga perkhidmatan mengikut keunikan tersebut. Dalam kata lain,
keunikan yang dikehendaki merupakan harga perkhidmatan dibayar oleh pelanggan.
Selain itu, penyedia perkhidmatan juga perlu menyediakan maklumat yang perlu untuk
memastikan kelangsungan perkhidmatan yang disediakan dapat disampaikan dengan baik.
4. Memerlukan ramai tenaga buruh
Para pekerja memainkan peranan penting dalam syarikat berasaskan-perkhidmatan. Ini
kerana, penyampaian perkhidmatan memerlukan pelanggan berinteraksi secara bersemuka
dengan penyedia perkhidmatan. Sebagai contoh, syarikat perkhidmatan kurier memerlukan
ramai personel untuk melakukan aktiviti-aktiviti penghantaran di pelbagai tempat, pada
masa yang ditetapkan.

5. Sukar mengukur kualiti


Kualiti perkhidmatan boleh berbeza mengikut situasi. Perkhidmatan yang serupa yang
disampaikan kepada pelanggan berlainan menghasilkan tahap penerimaan yang berbeza
daripada mereka. Contohnya, ada pelanggan suka dengan staf banyak bercakap, tetapi ada
pelanggan tidak menyukai staf itu kerana suka membebel. Oleh demikian tidak
semestinya pelanggan tersebut menikmati perkhidmatan yang diberikan kepadanya

b) Ciri-Ciri Barangan (Characteristic of Goods)


Barangan atau juga dikenali sebagai produk buatan kilang, mempunyai lima ciri-ciri
berikut :

1. Produk ketara
Barangan atau produk buatan kilang boleh dilihat dan disentuh. Oleh itu, ia bersifat
ketara. Contohnya kereta, baju-t dan perabot.

2. Output boleh disimpan


Barangan biasanya dihasilkan dan disimpan sehinggalah pelanggan membelinya.
Sebagai contoh, Proton menghasilkan kereta dan menyimpannya dahulu sebelum
diserahkan kepada pelanggan

3. Kurang interaksi dengan pelanggan


Pelanggan tidak perlu menyatakan produk buatan kilang yang bagaimanakah
dikehendaki mereka. Pelanggan hanya membeli produk yang menepati citarasa
masing-masing.
4. Memerlukan banyak modal
Syarikat-syarikat yang menghasilkan barangan kebiasaannya menggunakan mesin
berteknologi tinggi ketika pengoperasian. Oleh itu, modal yang besar diperlukan untuk
membeli mesin-mesin tersebut.

5. Mudah diukur kualitinya


Terdapat beberapa piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak
pengilang, untuk mengeluarkan produk-produk ketara. Kualiti produk-produk ini
bergantung kepada mereka sama ada menepati piawaian dan spesifikasi atau
sebaliknya. Sebagai contoh kedai bakeri mahu menghasilkan kek dengan ketebalan
aising tertentu. Kualiti dicapai sekiranya menepat piawaian itu.

Ciri-ciri Perkhidmatan dan Barangan


Mengatur Pengeluaran Produk Dan Perkhidmatan
Dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan, organisasi memainkan tiga peranan
utama iaitu:
a) Operasi atau Pembuatan (operation)
b) Kewangan (finance)
c) Pemasaran (marketing)

a) Operasi atau Pengeluaran


Operasi melibatkan semua aktiviti yang berkaitan langsung dengan pengeluaran dan
penyampaian barangan atau perkhidmatan. Ia merupakan teras aktiviti bagi mana-
mana organisasi dan wujud dalam kedua-dua organisasi berorientasikan pembuatan
atau perkhidmatan. Operasi bertanggungjawab untuk pertukaran input-input
menjadi output-output. Pemahaman proses pertukaran ini adalah mustahak kerana ia
dapat mengeluarkan output-output bernilai tinggi. Jabatan operasi memerlukan
sokongan kewangan daripada Jabatan Kewangan untuk menjalankan operasi mereka

b) Kewangan
Kewangan merupakan fungsi penting untuk kesejahteraan sesebuah organisasi.
Kewangan dapat menyediakan sumber wang untuk membeli bahan mentah, mesin-
mesin dan alatan, bayaran gaji pekerja, dan lain-lain kos pengoperasian. Jabatan
kewangan menyediakan bajet khusus untuk digunakan dalam tempoh tertentu. Ia
juga melibatkan kelangsungan sumber-sumber seperti mendapatkan dana untuk
kewangan jangka panjang dan jangka pendek. Jabatan kewangan memerlukan
penglibatan Jabatan Pemasaran untuk mempromosi dan menjual produk-produk
seterusnya menjana pendapatan untuk kemandirian organisasi

c) Pemasaran
Salah satu tujuan fungsi Jabatan Pemasaran ialah menjual barangan atau
perkhidmatan. Permintaan barangan dan perkhidmatan ini diwujudkan oleh Jabatan
Pemasaran, untuk memastikan kemandirian organisasi. Aktiviti-aktiviti pemasaran
termasuklah kegiatan promosi dan jualan. Selain itu, ia bertanggungjawab menilai
keperluan dan kemahuan pengguna, juga berkomunikasi dengan Jabatan operasi
berkenaan maklumat yang telah dikumpul. Jabatan Pemasaran memerlukan Jabatan
Operasi untuk menghasilkan produk, supaya mereka dapat membuat promosi dan
menjualnya kepada para pelanggan Boleh disimpulkan, ketiga-tiga jabatan ini
saling berkaitan dan bergantung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti mereka. Sebagai contoh, Jabatan operasi bertanggungjawab menghasilkan
produk dan perkhidmatan. Untuk melakukannya, ia memerlukan bantuan
kewangan daripada Jabatan Kewangan untuk meneruskan operasinya. Begitu juga
dengan Jabatan Pemasaran, maklum balas daripada ramalan jualan yang dibuat
oleh mereka diperlukan untuk merancang kuantiti output. Jabatan Kewangan pula,
bergantung kepada Jabatan Operasi untuk mengeluarkan produk atau
perkhidmatan, supaya ia boleh dijual dan menjana pendapatan. Untuk menjual
produk dan perkhidmatan ini, penglibatan Jabatan Pemasaran
diperlukan.Disebabkan ketiga-tiga jabatan saling berkaitan antara satu sama lain,
apa-apa perubahan atau masalah yang timbul dalam salah satu Jabatan tersebut
akan juga menjejaskan Jabatan-jabatan yang lain. Selain daripada ketiga-tiga
Jabatan ini, ada jabatan-jabatan lain yang tidak kurang penting dalam sesebuah
organisasi seperti Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (Human Resources
Management) dan Pembekal (Supplier).
Rajah menunjukkan fungsi-fungsi utama di dalam sesebuah organisasi dan
hubungkait antara mereka.

PRODUKTIVITI
Produktiviti ialah nisbah output-kepada input. 0utput (barangan atau perkhidmatan) dibahagi
dengan input-input (sumber seperti tenaga kerja dan modal). Ia digunakan untuk mengukur
tahap kecekapan sesebuah organisasi menggunakan input untuk menghasilkan output
(barangan dan perkhidmatan) Kecekapan tercapai jika pengurus operasi dapat meningkatkan
nisbah ini. Sesebuah organisasi dianggap produktif jika ia berupaya mencapai matlamatnya
melalui penukaran input menjadi output pada kos yang rendah.
Produktiviti juga boleh dikaitkan dengan konsep keberkesanan dan kecekapan. Kecekapan
bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan cemerlang iaitu meminimumkan sumber dan
pembaziran dalam operasi. Keberkesanan pula adalah memilih strategi atau taktik yang tepat
atau betul untuk melakukan sesuatu kerja.
Produktiviti sesebuah organisasi boleh ditingkatkan melalui empat kaedah :

i. Kurangkan input tetapi pengeluaran output tetap


ii. Tingkatkan input tetapi kadar peningkatan output lebih tinggi.
iii. Output dikurangkan teapi kadar pengurangan input adalah lebih tinggi.
iv. Tigkatkan output tetapi input dikurangkan.

Kenapa Produktiviti Penting?


Produktiviti adalah penting berdasarkan tiga sebab di bawah

1. Kadar pengangguran rendah.


Pengeluaran memerlukan input, seperti tenaga buruh, modal dan pengurusan, untuk
menukarkannyamenjadi barangan atau perkhidmatan. Input-input ini disepadukan dalam
sistem pengeluaran. Pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang tinggi menunjukkan
lebih ramai sumber manusia diperlukan. Ia bermaksud lebih ramai orang akan dapat
pekerjaan, dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran.

2. Standard hidup negara bertambah baik.


Peningkatan produkitiviti bermaksud tenaga buruh, modal dan pengurusan mendapat
lebih bayaran. Tenagaburuh akan menerima gaji yang lebih tinggi dan dapat
membelanjakan lebih kepada produk-produkberkualiti tinggi. Barangan dan perkhidmatan
dapat ditambah baik kualitinya, disebabkan modal tinggi danpengurusan yang lebih baik.

3. Kos pengoperasian dikurangkan dan keuntungan meningkat


Seperti yang dijelaskan sebelum ini, produktiviti ialah nisbah output dibahagikan dengan
input. Produktivitimeningkat apabila output meningkat tetapi amaun input masih sama.
Secara ekonominya, ia menunjukkandengan sejumlah wang yang dibelanjakan ke atas
input, sesebuah organisasi berupaya menghasilkan danmenjual lebih output. Jika harga
unit input telah dikurangkan, maka kos pengoperasian turut diturunkan.Pada masa yang
sama, pihak organisasi mendapat lebih pendapatan
Pengukuran Produktiviti (Productivity Measurement)
Pengukuran produktiviti ialah cara terbaik menilai keupayaan sesebuah negara untuk
menambah baik tahap kehidupan rakyatnya. Begitu juga dengan organisasi, iaitu produktiviti
ditentukan dengan kecekapan sesebuah organisasi. Pengukuran produktiviti dikira dengan
membahagikan output dengan input.

Terdapat dua jenis pengukuran produktiviti iaitu:


i. produktiviti faktor tunggal (single factor productivity) dan
ii. produktiviti berbilang-faktor (multifactor productivity).

i. Produktiviti faktor tunggal


Pengukuran produktiviti yang hanya menggunakan satu input. Input sumber yang kerap
digunakan dalam pengukuran produktiviti ialah jam-kerja (labour-hours) seperti yang
ditunjukkan dalam contoh 1di bawah.

Contoh 1
Padang Rengas Indah Incorporated menghasilkan 2000 unit output dan jam-kerja yang
digunakan adalah 200. Maka, produktiviti Padang Rengas Indah ialah 10 unit per jam-
kerja.

ii. Pengukuran poduktiviti berbilang faktor


Menggunakan pelbagai input sumber, seperti modal, tenaga kerja bahan mentah, tenaga
dan lain-lain sumber. Ia menunjukkan pandangan lebih meluas yang mana juga dikenali
sebagai Produktiviti Keseluruhan Faktor (Total Factor Productivity). Dengan
menggunakan kaedah ini, output dan input diungkap dalam bentuk nilai matawang
(Ringgit Malaysia atau Dollar AS). Produktiviti berbilang faktor dikira seperti berikut :
Contoh 1-2
Padang Rengas Indah Incorporated mahu menilai produktiviti dengan lebih mendalam.
Syarikat mempunyai lapan orang pekerja, bekerja 8 jam sehari (gaji RM10 sejam, iaitu
kos gaji ialah RM640 sehari). Lain-lain perbelanjaan sehari berjumlah RM600. Seorang
pekerja berupaya menghasilkan 20 unit produk sehari

Kedua-dua pengukuran produktiviti faktor tunggal dan berbilang faktor boleh digunakan
untuk menilai produktiviti. Namun, pengukuran berbilang faktor dapat menggambarkan
lebih realistik kerana melibatkan lebih banyak input yang digunakan dalam pengeluaran.
Contoh di bawah menunjukkan pengiraan produktiviti menggunakan kedua-dua kaedah.
Pengiraan ini juga mengambarkan bagaimanakah peningkatan produktiviti dikira.

Contoh 1-3
Rengas Premier Sdn. Bhd. mahu menilai tahap produktiviti semasanya. Syarikat kini
mahu mengguna pakai satu sistem baharu yang dapat meningkatkan tahap
produktivitinya. Data yang dikutip telah disediakan seperti di bawah:
Pembolehubah- Pembolehubah Produktiviti (Productivity Variables)
Produktiviti ditentukan dengan membahagikan output dengan input yang digunakan. Input
memainkan peranan penting dalam menentukan produktiviti sesebuah organisasi. Input-input
ini juga dikenali sebagai pembolehubah produktiviti. Terdapat tiga pembolehubah
produktiviti yang penting iaitu tenaga buruh, modal dan pengurusan

1. Tenaga Buruh
Tenaga buruh memberikan kesan besar terhadap sesebuah produktiviti. Tenaga buruh yang
berkemahiran dan sihat dapat menyumbang lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan
produktiviti. Untuk menghasilkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran yang
dikehendaki dan sihat, pihak organisasi perlu pertimbangkan tindakan-tindakan berikut :
a) Pendidikan asas tenaga kerja
b) Penekanan terhadap pemakanan tenaga kerja; makanan berkhasiat dapat menjana
minda yang sihat
c) Penyediaan kemudahan kesihatan yang baik
d) Latihan, motivasi, pembinaan pasukan, dan strategi sumber manusia
2. Modal
Modal juga memberikan kesan besar terhadap produktiviti sesebuah organisasi. Dalam
jangka pendek, sekiranya menggunakan lebih tenaga kerja yang meningkatkan pelaburan
modal dapat mengurangkan pengangguran. Namun ia memberi kesan terhadap produktiviti
dalam tempoh jangka panjang. Pelaburan modal memang diperlukan, kerana kebanyakan
proses adalah berautomasi. Maka, sesebuah organisasi mesti merancang dengan lebih baik,
sama ada melibatkan keseimbangan antara tenaga kerja dengan modal.

3. Pengurusan
Pengurusan bertanggungjawab memastikan produktiviti dapat ditingkatkan dengan
menggunakan tenaga kerja dan modal secara efektif. Pengurusan yang baik lebih fokus
terhadap menambah baik kemahiran dan pengetahuan tenaga buruh mereka. Model perlu
dilaburkan ke atas teknologi baharu dan pekerja perlu dilatih menggunakan teknologi
baharu tersebut. Dengan cara ini, produktiviti dapat ditingkatkan.

CABARAN-CABARAN DALAM PENGURUSAN OPERASI (CHALLENGES IN


OPERATION
Cabaran-cabaran ini ada di dalam persekitaran, sama ada di dalam atau luar syarikat,
menambah satu dimensi baharu dalam medan pengurusan operasi. Perubahan-perubahan
yang berlaku berdasarkan kepada perubahan serta pembangunan dalam persekitaran
korporat, ia memberi cabaran kepada para pengurus operasi. Cabaran-cabaran tersebut
adalah :

1. Tumpuan Sejagat (Global Focus)


Pasaran kini sudah menjadi sejagat atau global, yang disebabkan oleh pengecilan
dalam kos. komunikasi dan pengangkutan. Pada masa yang sama, sumber-sumber
seperti bahan mentah, bakat dan tenaga buruh, semakin meningkat secara global.
Perkembangan ekonomi dan pembangunan industri juga menyumbang pada
perkembangan pesat pasaran global. Pengurus operasi kini sentiasa menghadapi
cabaran inovasi untuk menjana dan menghasilkan idea, alatan dan barangan.

2. Rakan Rantaian Bekalan (Partnering Supply Chain)


Sesetengah produk telah berubah secara dramatik yang disebabkan oleh
perkembangan pesat eknologi. Kesan ini telah menyebabkan kitar hayat produk
semakin pendek. Selain itu, para pelanggan juga semakin mendesak, teknologi lebih
cepat berubah dan proses-proses menjadi lebih anjal. Oleh itu, para pembekal
menjadi peranan penting untuk memenuhi permintaan pelanggan. Maka, pengurus
operasi perlu menjalinkan hubungan jangka-panjang yang baik dengan orang penting
dalam rantaian bekalan mereka.

3. Kelestarian (Sustainability)
Masa kini pengguna mahukan produk-produk yang mesra alam sekitar. Sebagai
pengurus operasi, umpuan terhadap bahan-bahan dan proses-proses yang digunakan
dalam pengeluaran adalah lestari secara ekologi. Produk-produk mesti boleh dikitar
semula, terbiodegradasi, dan mesra-alam.

4. Pembangunan Produk Secara Pantas (Rapid Product Development)


Perubahan persekitaran yang pesat, seperti teknologi maklumat dan gaya hidup
semasa, telah mempengaruhi hayat sesebuah produk. Pengurus operasi mestilah
peka atau responsif terhadap pembangunan-pembangunan ini dengan mereka bentuk
pengurusan yang lebih cekap, yang dilengkapi dengan teknologi terbaik dan
membentuk sekutu dengan peneraju industri supaya syarikat dapat bersaing secara
global.

5. Penyuaian Massa (Mass Customization)


Apabila organisasi menjejak diri ke dalam arus global, ia perlu menuruti pelbagai
permintaan aripada pelbagai jenis pelanggan. Pengurus operasi perlu menjadi kreatif
dan inovatif ketika mereka bentuk produk-produk baharu untuk pasaran sasaran yang
mengandungi kepelbagaian latar belakang budaya. Matlamat utama ialah
menghasilkan produk-produk boleh-suai mengikut permintaan, yang dapat
memenuhi permintaan pengguna.

6. Prestasi Tepat-pada-masa (Just-in-time Performance)


Apa-apa perubahan di dalam pasaran akan mempengaruhi inventori. Oleh itu,
pengurus operasimesti boleh mengenal pasti seksyen manakah perlu dikurangkan
dan membuat kawalan inventori. Langkah kawalan ini adalah penting untuk
memastikan input-input yang ada tidak dibazirkan.
7. Pemerkasaan Pekerja (Empowering Employees)
Pekerja berkemahiran dan ada keupayaan teknikal di tempat kerja adalah penting untuk
meningkatkan kapasiti produktiviti. Dengan memberi mereka lebih kuasa untuk membuat
keputusan, mereka rasa dihargai dan bebas membuat keputusan yang dapat meningkatkan
produktiviti. Langkah ini seterusnya menjadikan persekitaran lebih efisyen dan produktif.
sumber lebih Operasi permintaan & tarikh

You might also like