You are on page 1of 17

BPMN1013

PENGANTAR PENGURUSAN
BAB 2
Perkembangan Sejarah Pengurusan

1
PENGURUSAN: SATU BIDANG KAJIAN
▪ Pengurusan sebagai satu bidang kajian mulai muncul bersama-
sama teori pengurusan di sekitar awal abad ke-20.
▪ Setiap pendekatan atau teori mempunyai cara tersendiri dan
berbeza dalam meneliti organisasi, aktiviti dan bagaimana
manusia berfungsi dalam organisasi.
Pendekatan klasikal

Pendekatan tingkah laku

Pendekatan sains pengurusan

Pendekatan kontingensi

Pendekatan sistem
2
PENDEKATAN KLASIKAL
▪ Pendekatan klasikal bermula sejak pertengahan kurun ke-19
berikutan dengan perkembangan revolusi industri dan
penciptaan mesin berkuasa wap.
▪ Pendekatan klasikal memperlihatkan kepada kita bahawa
pengurus secara berterusan berusaha untuk meningkatkan
kecekapan organisasi sebagai cara bagi meningkatkan
pengeluaran.
▪ Pendekatan klasikal terbahagi kepada dua perspektif yang
diterima umum, iaitu pemikiran pengurusan saintifik dan teori
organisasi klasikal.

3
Pendekatan Pengurusan Saintifik
▪ Pendekatan yang menekankan kajian saintifik atau penggunaan
sains bagi menentukan perubahan dalam amalan pengurusan
atau kaedah kerja.

Frederick W. Taylor (1856-1915)


• ‘Bapa Pengurusan Saintifik’ - peningkatan kecekapan adalah hasil daripada pengkhususan
• Beliau percaya pekerja yang cekap akan membantu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.
Frank Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924)
• Kajian pergerakan menekankan kepada aspek pengurangan setiap kerja kepada pergerakan
paling asas
• Beliau merupakan pelopor dalam bidang psikologi industri dan telah membuat sumbangan besar
dalam pengurusan sumber manusia.
Henry L. Gantt (1861-1919)
• “perbezaan paling asas di antara sistem terbaik pada hari ini dengan yang lepas ialah cara tugas
dijadualkan dan kaedah prestasi pekerja diberi ganjaran”.
• Inovasi Penjadualan Tugas DAN Ganjaran Terhadap Inovasi
4
Teori Organisasi Klasikal
▪ Pendekatan yang menekankan teori organisasi klasikal
melibatkan kajian fungsi pengurusan sebagai suatu keseluruhan
dan menumpukan kepada prestasi pengurusan.

Henri Fayol (1841-1925)


• Melalui bukunya General and Industrial Management, Fayol membahagikan aktiviti organisasi
kepada enam kategori, iaitu teknikal (pengeluaran dan perkilangan), perdagangan (jualan dan
belian), kewangan, keselamatan, perakaunan, dan pengurusan.
• Fungsi Pengurusan: perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan, dan pengawalan.
• Prinsip Pengurusan: Pembahagian kerja, autoriti dan tanggungjawab, disiplin, keselarasan arahan
dan keselarasan arah tuju.
Chester I. Bernard (1886-1961))
• Kepimpinan sebagai tugas paling utama dan penting bagi semua pengurus.
Max Weber (1864-1920)
• Teori struktur autoriti di dalam organisasi - Terma birokrasi untuk melabelkan sistem pengurusan
formal yang dicirikan oleh peraturan dan undang-undang, garis hierarki organisasi yang jelas dan
hubungan bukan peribadi di kalangan ahli organisasi.
5
PENDEKATAN TINGKAH LAKU

▪ Pendekatan tingkah laku diketengahkan untuk memberi


penekanan terhadap peningkatan kejayaan organisasi
melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam
organisasi.
▪ Pendekatan ini memfokus kepada usaha untuk
meningkatkan pengeluaran organisasi melalui kefahaman
tentang manusia.
▪ Pendekatan tingkah laku dibahagikan kepada dua bahagian
utama, iaitu pendekatan sains tingkah laku dan pendekatan
pergerakan hubungan manusia.

6
Pendekatan Sains Tingkah Laku
▪ Berasaskan kepada penemuan yang diperolehi daripada kajian
Hawthorne.
▪ Pengikut pendekatan sains tingkah laku percaya bahawa individu
didorong dan dimotivasikan untuk bekerja oleh pelbagai sebab
selain daripada untuk memperoleh wang dan menjalin hubungan
sosial sesama manusia.
Kajian Hawthorne
• The Relay Assembly Test Room Experiment
• Kajian ini merupakan satu usaha untuk menentukan hubungan antara intensiti cahaya lampu
dengan kecekapan dua kumpulan kerja yang diukur melalui output yang dikeluarkan.
• The Bank Wiring Observation Room Experiments
• Perubahan dan peningkatan dalam produktiviti tidak begitu dipengaruhi oleh perubahan yang
diwujudkan dalam persekitaran kerja, tetapi lebih dipengaruhi oleh hubungan dan sikap
individu dalam kumpulan kerja tersebut.
• Kajian Hawthorne menunjukkan kepada kita bahawa secara keseluruhannya peningkatan dalam
daya pengeluaran adalah disebabkan oleh faktor sosial seperti semangat bekerja, dan perasaan
kepunyaan atau saling hubungan yang memuaskan antara anggota kumpulan kerja melalui
pengurusan yang berkesan. 7
Pendekatan Pergerakan Hubungan Manusia
▪ Pendekatan ini memfokus kepada individu pekerja yang bekerja
dalam kumpulan kerja tertentu
▪ Objektif utama pendekatan ini adalah untuk memperkukuhkan
kejayaan organisasi melalui pembentukan hubungan yang
bersesuaian dengan manusia
Elton Mayo (1880-1949)
• Kajiannya di Universiti Harvard, beliau mendapati bahawa kepentingan kumpulan mempengaruhi
tingkah laku individu dalam kerja.
• Kewujudan kumpulan tidak formal adalah sebagai sumber motivasi pekerja.

Hugo Munsterberg (1836-1916)


• `bapa psikologi industri’, Munsterberg telah menekankan penggunaan psikologi kepada industri
dan pengurusan

Mary Parker Follet (1868-1933)


• Mengkaji tentang hubungan manusia dari segi kumpulan dinamik, konflik dalam pengurusan dan
proses politik dalam organisasi. 8
PENDEKATAN SAINS PENGURUSAN

▪ Pendekatan pengurusan yang memberi penekanan terhadap


penggunaan kaedah saintifik dan Teknik kuantitatif bagi
meningkatkan kejayaan organisasi.
▪ Ciri utama pendekatan ini ialah ia mencadangkan supaya
pengurus memperbaiki organisasi mereka dengan cara
menggunakan pembuatan keputusan, kaedah saintifik, teknik
matematik dan statistik, dan sistem maklumat untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam operasi dan pengeluaran.
▪ Memfokus kepada penyelesaian masalah secara teknikal dan
bukan kepada tingkah laku manusia.

9
Ciri-Ciri Aplikasi Sains Pengurusan

Pertama - menggunakan
Kedua - menggunakan
teknik sains pengurusan
implikasi ekonomi sebagai
untuk meningkatkan
garis panduan bagi
keberkesanan proses
membuat keputusan
membuat keputusan

Keempat - komputer dan


Ketiga - penggunaan model analisis matematik boleh
matematik bagi menyelidiki digunakan untuk
situasi keputusan menyelesaikan masalah
pengurusan yang kompleks.

10
PENDEKATAN PENGURUSAN KONTINGENSI

▪ Pendekatan ini melihat objektif organisasi, reka bentuk kerja,


sumber tenaga manusia, persekitaran dan kemahiran pengurusan
sebagai elemen yang saling bergantungan.

▪ Elemen ini berupaya memberi kesan kepada organisasi melalui


fungsi perancangan, pengorganisasian, pengaruh dan
pengawalan.

11
PENDEKATAN SISTEM PENGURUSAN
▪ Premis utama teori ini ialah untuk memahami sepenuhnya
operasi sesuatu entiti.
▪ Entiti ini harus dilihat sebagai suatu sistem.
▪ Setiap tindakan yang dilakukan oleh satu bahagian akan memberi
kesan kepada bahagian lain dalam organisasi.
▪ Oleh itu, untuk menyelesaikan sesuatu masalah organisasi,
pengurus harus melihat organisasi sebagai sesuatu yang dinamik
secara keseluruhan.
▪ Mereka juga harus mengkaji bagaimana setiap bahagian
berfungsi dan kesan setiap keputusan yang diambil ke atas
bahagian lain organisasi.

12
PENDEKATAN SISTEM PENGURUSAN

Sistem Tertutup
• Didefinisikan sebagai sistem yang tidak dipengaruhi oleh/dan tidak
berinteraksi dengan persekitarannya

Sistem Terbuka
• Sistem terbuka merupakan sistem yang dipengaruhi oleh/dan sentiasa
berinteraksi dengan persekitarannya

Sistem Pengurusan
• Sistem pengurusan terdiri daripada input organisasi, proses organisasi
dan ouput organisasi.
• Kecekapan sesebuah organisasi bergantung kepada interaksi organisasi
dengan persekitarannya.

13
PENGARUH KONTEMPORARI KE ATAS
PERKEMBANGAN PENGURUSAN
▪ Tom Peters: Syarikat yang Cemerlang: In Search of Excellence

Mengurus Kekaburan Hampir kepada


Kecondongan Tindakan
dan Paradoks Pelanggan

Autonomi dan Produktiviti Melalui Berpegang kepada


Keusahawanan Manusia Penggerak Nilai

Bentuk Ringkas
Kekal kepada Industri Pemilikan yang Ketat-
Pergantungan Terhadap
Asal Kendur
Kakitangan

15
PENGARUH KONTEMPORARI KE ATAS
PERKEMBANGAN PENGURUSAN
▪ William Ouchi: Teori Z
▪ Teori ini merupakan penggabungan amalan pengurusan cara Amerika dan
Jepun. Teori Z ini mengandungi sifat tanggungjawab individu gaya
pengurusan Amerika dan penekanan Jepun yang unik seperti pengaruh
pembuatan keputusan kumpulan.
▪ Memberi galakan kepada pengurus untuk mempertimbangkan
penggabungan falsafah, kaedah, dan alat pengurusan bagi mencipta
organisasi yang lebih berkesan.
▪ Ciri-ciri khusus: ciri khusus seperti pekerjaan jangka panjang, membuat
keputusan kumpulan, tanggungjawab individu, penilaian dan kenaikan
pangkat yang lambat, kawalan tidak formal yang tersirat, pengukuran
rasmi yang jelas, laluan kerjaya yang sederhana pengkhususannya, dan
tumpuan terhadap kakitangan dan keluarga.

16
PENGARUH KONTEMPORARI KE ATAS
PERKEMBANGAN PENGURUSAN
▪ Michael Porter: Kelebihan Persaingan
▪ Menurut Porter, kelebihan persaingan boleh diperolehi melalui
kos yang rendah dan perbezaan yang wujud.
Kepimpinan Kos
• pengekalan kos dan harga produk lebih rendah daripada para pesaing

Perbezaan
• menyediakan nilai yang unik dan tinggi kepada pelanggan dalam terma kualiti
produk, sifat istimewa produk, dan perkhidmatan selepas jualan

Kos Fokus
• kawalan ke atas kos dalam sesuatu pasaran kecil tertentu

Perbezaan Terfokus
• Penyediaan produk dan/atau perkhidmatan yang unik dan berdaya saing bagi
sesuatu pasaran kecil tertentu. 17
Terima kasih.

18

You might also like