You are on page 1of 1

FUNGSI DAN OBJEKTIF

Objektif penubuhan Bahagian Perhubungan Masyarakat adalah untuk menyelaras usaha-usaha


untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat, memupuk keharmonian di
kalangan penganut agama dan memantau serta mengesan isu dan konflik yang berpotensi
menggugat perpaduan dalam masyarakat.

1. Memantau, mengesan dan menganalisa isu/ konflik/ insiden yang berpotensi menggugat
keharmonian dan perpaduan negara;
2. Menyelaras, memantau dan menyediakan Laporan Pengesanan Isu Keharmonian dan Perpaduan
Masyarakat kepada pengurusan tertinggi Kementerian;
3. Menyediakan input, menganalisa dan melaporkan hasil kajian indikator-indikator berkaitan
perpaduan dan keharmonian rakyat;
4. Merancang dan menyelaras program/ aktiviti hubungan komuniti (contoh: mediasi, Taska/
Tabika);
5. Menguruskan hal-ehwal berkaitan dengan pentadbiran dan pelaksanaan Jawatankuasa
Keharmonian antara Penganut Agama (HARMONI);
6. Memelihara, meningkat dan mengukuhkan jalinan hubungan antara badan/ persatuan agama
lain selain Islam;
7. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti badan/ persatuan agama lain
selain Islam; dan
8. Menyelaras dan memantau isu isu serta permasalahan berkaitan hubungan antara agama lain
selain Islam.

You might also like