You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan

Komunikasi adalah perlu dalam sistem pendidikan berkeperluan khas sebagai kunci prestasi
akademik, pencapaian pembangunan psikologi dan fizikal Ucik Ana Fardila (2018). Komunikasi
ini amat berkait rapat dengan bahasa dan pertuturan kerana apabila mahu menjalankan
komunikasi antara dua pihak antara individu bahasa diperlukan untuk menyampaikan maklumat
dan bahasa tersebut perlu
Isi Kandungan

1.0 Pengenalan.................................................................................................................................3
2.0 Autisme.......................................................................................................................................3
2.1 Kognitif....................................................................................................................................3
2.2 Emosi.......................................................................................................................................3
2.3 Sosial.......................................................................................................................................4
2.4 Fizikal.......................................................................................................................................4
3.0 Cerebral Palsy............................................................................................................................5
3.1 Kognitif....................................................................................................................................5
3.2 Emosi.......................................................................................................................................5
3.3 Sosial.......................................................................................................................................6
3.4 Fizikal.......................................................................................................................................6
4.0 Perkaitan Antara Autisme Dan Cerebral Palsy......................................................................7
5.0 Rujukan.......................................................................................................................................8
1.0 Pengenalan

Kanak-kanak ketidakupayaan intelektual (ID) adalah gangguan mental yang muncul semasa
tempoh perkembangan pada zaman kanak-kanak dan berterusan sepanjang hayat dan dicirikan
oleh defisit intelek di satu pihak dan fungsi sosial yang maladaptif di pihak yang lain Musalek
(2022). Sebagai contoh, Autism yang tegolong dalam ketidakupayaan intelektual iaitu menurut
Madhya (2019) Autisme dicirikan sebagai salah satu gangguan dimana tahap komunikasinya
yang rendah, bahasa dan sosial juga terjejas serta mereka juga merupakan terdiri daripada
golongan gangguan perkembangan pervasif (PDD) dimana diagnosis yang bermula pada awal
kanak-kanak dan berterusan di sepanjang hayat, yang mempengaruhi sebahagian besar di
setiap aspek kehidupan di sepanjang jalan. Ketidakupayaan fizikal pula ialah seseorang yang
mempunyai kelainan badan dalam pergerakan yang merangkumi tulang, otot dan sendi yang
menghalang mereka daripada melakukan aktiviti yang betul Pirda (2021). Sebagai contoh,
Cerebral Palsy merupakan ketidakupayaan fizikal yang di mana kecacatan fizikal yang paling
biasa pada zaman kanak-kanak yang menggambarkan kumpulan heterogen gangguan
perkembangan saraf yang menyebabkan keterbatasan aktiviti, tetapi selalunya disertai dengan
gangguan sensasi, persepsi, kognisi, komunikasi dan tingkah laku, atau oleh epilepsy Horvath
(2021).

2.0 Autisme

2.1 Kognitif

Dari aspek perkembangan koginitif kanak-kanak autism ini mempunyai kesukaran dalam
memahami arahan, pernyataan atau soalan mudah. Sebagai contoh, kanak-kanak Autisme ini
hanya akan memahami arahan yang mudah dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dengan tahap pemikiran mereka. Selain itu, kanak-kanak Autisme ini turut sukar dalam
menyampaikan keinginan mereka. Hal ini kerana kanak-kanak Autisme bercakap menggunakan
nada suara yang abnormal, atau yang tidak dapat difahami Hannani (2023). Selain itu , kanak-
kanak mempunyai autisme juga turut mempunyai daya ingatan dan pemikiran yang lebih lemah
berbanding kanak-kanak typical menurut Venus (2019) orang dewasa autistik yang lebih tua
menunjukkan kelajuan dalam pemprosesan pemikiran dan ingatan kerja visual yang lebih lemah
berbanding dengan orang dewasa yang lebih tua yang biasanya berkembang, tetapi
menunjukkan prestasi yang sama dalam domain kognitif yang lain . Kanak-kanak autisme ini
turut mempunyai gangguan dalam perkembangan imejan motor. Menurut Ahar (2020)
perkembangan imejan motor pada kanak-kanak biasa semakin berkembang lebih baik dengan
usia, tetapi tidak pada kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme.

2.2 Emosi
Dari aspek emosi kanak-kanak autisme ini akan mengalami masalah dalam rutin iaitu mereka
akan sedih dan bersifat degil jika terdapat perkara disekelilingnya diubah atau dipindah ke
tempat lain William (buku dr lim). Sebagai contoh , kanak-kanak autism ini akan menunjukkan
tingkah laku yang luar dari kebiasaan seperti marah , tidak bertolak ansur dan kurang minat
terhadap aktiviti harian mereka. Hal ini kerana emosi mereka terganggu akibat persekitarannya
yang berubah menurut Florine (2018) keabnormalan deria pada kanak-kanak yang mengalami
gangguan spektrum autisme memberi kesan ketara kepada tingkah laku penyesuaian dan
dikaitkan dengan kemahiran perhatian, tetapi arah interaksi ini masih tidak jelas. Kanak-kanak
autisme turut mempunyai kesukaran dalam mengawal stres. Kanak-kanak autism ini akan
mengalami stres dalam semasa sosial kerana mereka sukar untuk memahami dan
mengungkapkan emosi dan perasaan mereka menurut Bayam (2023) Individu yang mengalami
Autism Spectrum Disorder (ASD) menghadapi peningkatan risiko tingkah laku bunuh diri,
termasuk rancangan membunuh diri, percubaan bunuh diri dan kematian akibat bunuh diri,
berbanding dengan populasi umum. Hal ini disebabkan oleh gangguan emosi yang bermula
daripada stres, kemurungan dan anxiety.

2.3 Sosial

Kanak-kanak autisme mempunyai masalah dalam bersosial terutamanya ketika bercakap


kanak-kanak autisme ini sukar untuk menumpukan matanya pada orang yang sedang bercakap
dengannya. Hal ini kerana mereka mempunyai rasa takut dan tidak selesa semasa berbual
dengan seseorang menurut Qiandong (2018) kanak-kanak yang mengalami gangguan
spektrum autisme mempamerkan pengurangan sentuhan mata dan pengelakan mata apabila
berhadapan dengan ekspresi wajah yang mengancam. Selain itu, kanak-kanak autisme juga
mempunyai masalah bahasa yang menjurus kepada kesukaran dalam komunikasi dan
memberikan kesan terhadap kemahiran sosial mereka. Hal ini kerana kanak-kanak autisme
sering mengulang perkataan yang sama banyak kali iaitu mereka mempunyai echolalia.
Tambahan lagi kanak-kanak autisme ini ketinggalan dalam perkembangan bahasa seperti
mempunyai kosa kata yang terhad menurut Giulia (2018) kanak-kanak dengan ASD
menunjukkan kepekaan yang berkurangan kepada tak segerak audio-visual, yang mungkin
menyumbang kepada gangguan bahasa dalam ASD, dan perbezaan ini dikaitkan dengan
kebolehan bahasa.

2.4 Fizikal

Kanak-kanak autisme mempunyai kemahiran motor halus dan motor kasar yang lemah. Motor
halus dan motor kasar amat penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana motor halus
dan motor kasar diperlukan untuk melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, jika kanak-kanak
mempunyai masalah motor halus dan motor kasar yang lemah mereka akan mengalami
kelewatan dalam perkembangan menurut Stins (2018) kanak-kanak autisme mempunyai
keabnormalan motor, seperti keseimbangan dan koordinasi yang lemah, yang boleh diperbaiki
melalui pemprosesan maklumat deria dan campur tangan berkaitan pergerakan. Oleh itu,
kemahiran untuk menguatkan kemahiran motor halus dan motor kasar dapat ditingkatkan
melalui intervensi awal menurut Andrew (2019) intervensi kemahiran motor boleh memberi
kesan positif terhadap kemahiran motor kasar kanak-kanak autism yang berpotensi
meningkatkan kemungkinan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan
membina kemahiran sosial.

3.0 Cerebral Palsy

3.1 Kognitif

Individu atau kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy mempunyai kemahiran memori yang
rendah. Hal ini berlaku pada individu yang mengalami cerebral palsy jika mereka mempunyai
kerosakan pada korteks prefrontal. Hal ini kerana korteks prefrontal amat penting dalam
memainkan peranan untuk pemprosesan dalam membuat Keputusan,perancangan dan
penyususan menurut Ong (2018) korteks prefrontal memainkan peranan penting dalam
pemprosesan kesakitan dan struktur, aktiviti dan ketersambungannya berubah semasa
kesakitan kronik dengan memainkan dua peranan dalam pengurusan kesakitan dan
mempengaruhi tingkah laku berkaitan kesakitan. Oleh itu, individu yang mempunyai cerebral
palsy akan mempunyai masalah dalam mengingat menurut Hoffman (2021) orang dewasa
dengan cerebral palsy menunjukkan ayunan alfa-beta yang lebih lemah dalam korteks
prefrontal, yang mungkin memberi kesan kepada prestasi kognitif mereka dan mungkin
dikaitkan dengan fungsi motor kasar.

3.2 Emosi

Individu yang mengalami cerebral palsy memunyai masalah kemurungan kerana masalah
fizikal, pandangan orang lain terhadap dirinya dan perasaan tidak mampu untuk menjalankan
aktiviti seharian. Impaknya, individu yang mengalami cerebral palsy akan menjalani kehidupan
mereka dengan tidak bersemangan dan mempunyai kualiti hidup yang rendah menurut
Kimberley (2018) orang dewasa dengan cerebral palsy mempunyai peningkatan risiko
kemurungan dan kebimbangan berbanding mereka yang tidak mempunyai CP. Selain itu
individu yang mengalami cerebral palsy ini turut rasa terganggu dengan ketidakselesaan rasa
sakit. Hal ini kerana cerebral palsy mengalami banyak kesakitan yang disebabkan sendi otot
antaranya spasme otot,gangguan musculosketal dan osteoarthritis. Sebagai contoh,
osteoarthritis menurut Kaspiris (2023) Osteoartritis ialah penyakit sendi degeneratif yang
menjejaskan pesakit pertengahan umur dan warga emas yang melibatkan sendi menanggung
berat seperti pinggul, lutut dan tulang belakang serta sendi basilar ibu jari, menyebabkan
ketidakfungsian fungsi dan gejala yang menyakitkan.

3.3 Sosial

Individu cerebral palsy juga mengalami masalah sosial seperti gangguan artikulasi yang
menyebabkan kesukaran untuk bercakap dan mengeluarkan bunyi dengan jelas, Hal ini
menyebabkan gangguan komunikasi kepada individu yang mengalami cerebral palsy menurut
Devi (2021) gangguan artikulasi ialah keadaan gangguan pertuturan di mana seseorang
mempunyai halangan untuk mengeluarkan bunyi tertentu dengan betul. Sebagai contoh,
kesukaran dalam menyebut huruf “s” bunyi huruf terebut akan diganti dengan bunyi “th”. Selain
itu, individu yang mengalami cerebral palsy juga terbatas dalam melakukan aktiviti yang
melibatkan fizikal. Hal ini meyebabkan individu yang mengalami cerebral palsy akan terhalang
daripada melakukan aktiviti fizikal dalam sosial.

3.4 Fizikal

Individu yang mengalami cerebral palsy mempunyai postur badan yang tidak betul. Hal ini boleh
mengakibat ketidakselesaan dan kesukaran dalam melakukan aktiviti harian. Sebagai contoh,
pertumbuhan tulang dan sendi yang tidak simetri. Kesannya, individu dengan cerebral palsy
akan mengalami postur badan yang tidak betul serta hilang keseimbangan dan koordinasi
badan yang akan menghalang perkembangan individu yang mempunyai cerebral palsy untuk
melaksanakan aktiviti harian seperti berjalan,berlari dan melakukan aktiviti yang melibatkan
fizikal menurut Annika (2018) kanak-kanak dengan cerebral palsy telah menjejaskan
pertumbuhan otot keratan rentas, menunjukkan kekuatan otot terjejas, seperti yang didedahkan
oleh Pengimejan Tensor Diffusion.

4.0 Perkaitan Antara Autisme Dan Cerebral Palsy

Individu atau kanak-kanak dengan autisme adalah perkara biasa dalam populasi atau kelompok
kanak-kanak dengan Cerebral Palsy menurut Magnus (2020) empat puluh lima peratus
daripada kanak-kanak dengan cerebral palsy juga mempunyai autisme, gangguan kurang
perhatian/hiperaktif (ADHD), atau kedua-duanya. Autisme dan Cerebral Palsy mempunyai
masalah motor yang sama iaitu mereka sukar dalam melakukan aktiviti fizikal terutamanya
Cerebral Palsy. Namun perkembangan motor kanak-kanak Cerebral Palsy dan Autisme boleh
dipertingkatkan melalui intervensi awal menurut Anneliese (2019) intervensi aktiviti motor dan
fizikal boleh meningkatkan hasil penyertaan, aktiviti dan struktur badan pada kanak-kanak yang
mengalami gangguan spektrum autisme, dengan arahan visual menunjukkan hasil yang lebih
baik daripada arahan lisan.
5.0 Rujukan

Musalek, M. (2022). Differences of Psychopathology of Psychiatric Disorders in Adult Patients


with Intellectual Disability. European Psychiatry, 65, S52 - S52.
https://doi.org/10.1192/j.eurpsy.2022.176.

Madhya Zhagan (2019). Autisme Strategi Era Transisi Inklusif. PUSAT JAGAAN HARIAN
MELAWATI NO130 JALAN TIONG TAMAN ORKID 41050 KLANG SELANGOR
MALAYSIA

Wahyuningsi, P., Moita, S., & Tanzil, T. (2021). UPAYA PENYANDANG DISABILITAS FISIK
TERHADAP AKSES PEKERJAAN DALAM PEMENUHAN KEBUTUHAN SOSIAL
EKONOMI (Studi Pada Perkumpulan Penyandang Disabilitas Indonesia (PPDI) Provinsi
Sulawesi Tenggara). WELL-BEING: Journal of Social Welfare.
https://doi.org/10.52423/well-being.v2i1.20001.

Sahrmann, A., Stott, N., Besier, T., Fernandez, J., & Handsfield, G. (2018). Soleus muscle
weakness in cerebral palsy: Muscle architecture revealed with Diffusion Tensor Imaging.
PLoS ONE, 14. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0205944.

Pählman, M., Gilberg, C., Himmelmann, K., (2020). Autism and attention-deficit/hyperactivity
disorder in children with cerebral palsy: high prevalence rates in a population-based
study. Developmental Medicine and Child Neurology. 10, 247-248

B, D., Mary, L., & George, A. (2021). Automatic Severity Evaluation of Articulation Disorder in
Speech using Dynamic Time Warping. 2021 Fourth International Conference on
Microelectronics, Signals & Systems (ICMSS), 1-6.
https://doi.org/10.1109/ICMSS53060.2021.9673654.

Kaspiris, A., Hadjimichael, A., Lianou, I., Iliopoulos, I., Ntourantonis, D., Melissaridou, D.,
Savvidou, O., Papadimitriou, E., & Chronopoulos, E. (2023). Subchondral Bone Cyst
Development in Osteoarthritis: From Pathophysiology to Bone Microarchitecture
Changes and Clinical Implementations. Journal of Clinical Medicine, 12.
https://doi.org/10.3390/jcm12030815.

Smith, K., Peterson, M., O’Connell, N., Victor, C., Liverani, S., Anokye, N., & Ryan, J. (2018).
Risk of Depression and Anxiety in Adults With Cerebral Palsy. JAMA Neurology, 76, 294
- 300. https://doi.org/10.1001/jamaneurol.2018.4147.

Ong, W., Stohler, C., & Herr, D. (2018). Role of the Prefrontal Cortex in Pain Processing.
Molecular Neurobiology, 56, 1137 - 1166. https://doi.org/10.1007/s12035-018-1130-9.

Hoffman, R., Trevarrow, M., Bergwell, H., Embury, C., Heinrichs-Graham, E., Wilson, T., & Kurz,
M. (2021). Cortical oscillations that underlie working memory are altered in adults with
cerebral palsy. Clinical Neurophysiology, 132, 938-945.
https://doi.org/10.1016/j.clinph.2020.12.029.

Colombo-Dougovito, A., & Block, M. (2019). Fundamental Motor Skill Interventions for Children
and Adolescents on the Autism Spectrum: a Literature Review. Review Journal of Autism
and Developmental Disorders, 6, 159-171. https://doi.org/10.1007/S40489-019-00161-2.

Stins, J., & Emck, C. (2018). Balance Performance in Autism: A Brief Overview. Frontiers in
Psychology, 9. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2018.00901.

Ruggeri, A., Dancel, A., Johnson, R., & Sargent, B. (2019). The effect of motor and physical
activity intervention on motor outcomes of children with autism spectrum disorder: A
systematic review. Autism, 24, 544 - 568. https://doi.org/10.1177/1362361319885215.

Righi, G., Tenenbaum, E., McCormick, C., Blossom, M., Amso, D., & Sheinkopf, S. (2018).
Sensitivity to audio‐visual synchrony and its relation to language abilities in children with
and without ASD. Autism Research, 11. https://doi.org/10.1002/aur.1918.

Bayam, C., Tomé, M., Pedro, C., Cordeiro, F., Piçarra, M, J., Vale, L. (2023). Suicidal behavior
and Autism Spectrum Disorder, what are the risk factors?-Case Report. European
Psychiatry, 66,S950-S951. https://doi.org/10.1192/j.eurpsy.2023.2015.
Wang, Q., Lu, L., Zhang, Q., Fang, F., Zou, X., & Yi, L. (2018). Eye Avoidance in Young Children
With Autism Spectrum Disorder Is Modulated by Emotional Facial Expressions. Journal
of Abnormal Psychology, 127, 722–732. https://doi.org/10.1037/abn0000372.

Dellapiazza, F., Vernhet, C., Blanc, N., Miot, S., Schmidt, R., & Baghdadli, A. (2018). Links
between sensory processing, adaptive behaviours, and attention in children with autism
spectrum disorder: A systematic review. Psychiatry Research, 270, 78-88.
https://doi.org/10.1016/j.psychres.2018.09.023.

Ahar, S., Ghadiri, F., Bahram, A., & Karimi, M. (2020). Motor Imagery of Typical and High-
Functioning Autism Spectrum Disorder Children: Developmental Changes. Journal of
Shahid Sadoughi University of Medical Sciences.
https://doi.org/10.18502/ssu.v28i5.3973.

Tse, V., Crabtree, J., Islam, S., & Stott, J. (2019). Comparing Intellectual and Memory Abilities of
Older Autistic Adults with Typically Developing Older Adults Using WAIS-IV and WMS-IV.
Journal of Autism and Developmental Disorders, 49, 4123 - 4133.
https://doi.org/10.1007/s10803-019-04122-w.

You might also like