You are on page 1of 1

Text MC Kursus Haji anjuran KRMJ, Sabtu, 30 Zulqaedah 1442H @ 10 July 2021

*Mula*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bersyukur kita kepada Allah pada pagi ini, 30
ZulQaedah, dapat bersama-sama berkumpul dimajlis ilmu iaitu kursus haji untuk tahun 1442H. Saya bagi
pihak Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) mengalu2kan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bakal-
bakal haji dan hajah tahun ini, insyaAllah. Kursus ini adalah anjuran KRMJ dan akan dibimbing oleh Ustaz
Mohamad Fathan Adi Bin Tarmizi.

Ustaz Mohamad Fathan Adi Bin Tarmizi, atau lebih mesra dipanggil Ustaz Fathan, ialah seorang pelajar
PhD didalam bidang Usuluddin di Universiti Islam Madinah. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, sudah
berkahwin & mempunyai 3 orang cahaya mata. Dan Ustaz Fathan juga mempunyai pengalaman di dalam
pelaksanaan ibadah haji di Saudi.

Sebelum kita memulakan kursus haji ini, saya menjemput Tuan Presiden KRMJ, Haji Sazli Kamaruzzaman,
untuk memberi sepatah dua ucapan. Silakan.

*Ucapan Presiden*

Untuk pengetahuan, hari ini kita akan bersiaran melalui aplikasi Skype, dan juga di Facebook KRMJ. Jadi
sesiapa yang tidak dapat sertai Skype, boleh ke Facebook dan cari KRMJ dan sertai kami di situ. Sebarang
soalan yang berkaitan haji, boleh diajukan melalui system chat Skype dan juga Facebook live di facebook
KRMJ. Pihak KRMJ akan kumpulkan semua soalan yang diutarakan untuk dikupas oleh Ustaz, pada
hujung sesi nanti. Untuk pengetahuan, kami juga telah menerima beberapa soalan berkenaan haji yang
spesifik, sebelum kursus ini bermula & telah kami kongsikan ia dengan Ustaz Fathan. Terima kasih
kepada yang tuan-tuan/puan-puan yang telah pre-order soalan.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput Ustaz Fathan untuk memulakan kursus haji kita untuk hari
ini.

*Ustaz Fathan mulakan kursus haji*


*KRMJ check & copy soalan haji*

Terima kasih ustaz di atas perkongsian satu ilmu yang bermanfaat. Saya percaya apa yang kita pelajari
akan dimanfaatkan sewaktu haji nanti. Kita akan ke agenda seterusnya, iaitu sesi Q&A.

*Sesi Soal Jawab*


*Bacakan soalan-soalan yang dikumpul*

*Tamat*

You might also like