You are on page 1of 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING,

SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 2 TAHUN 2

PENULISAN AKADEMIK
TUGASAN 1
NAMA RUSSELL EMPIN ANAK WINSTON RANGGA
ANGKA GILIRAN 2021042340100
NO. KAD PENGENALAN 020711-13-0089
KUMPULAN SEJ SK JUN 2021
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH DR. LEE CHUO HIONG
TARIKH HANTAR 29 MAC 2023

PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA


PENSYARAH
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

1
ISI KANDUNGAN

MUKA HADAPAN 1

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 3

3.0 PEMBINAAN ITEM 5

4.0 PEMBINAAN RUBRIK ANALITIK 5

5.0 PENTADBIRAN UJIAN 7

6.0 ANALISIS UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT 7

7.0 LAPORAN PENCAPAIAN MURID 12

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 12

9.0 RUMUSAN 12

RUJUKAN 13

LAMPIRAN SOALAN ITEM 14

LAMPIRAN DSKP 18

2
1.0 Pengenalan
Pentaksiran merupakan aspek utama yang sentiasa ditegaskan dalam suatu
mata pelajaran terhadap murid – murid. Bahkan, ujian digunakan untuk melihat
perubahan tingkah laku murid – murid (Miller et al., 2004). Malah, ia adalah suatu
prosedur yang formal serta sistematik untuk dilaksanakan oleh guru terhadap murid
bagi mengumpulkan maklumat tentang prestasi murid (Airasian, 2005).

2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Bagi membuat suatu ujian, maka prosedur utama adalah memastikan adanya
jadual spesifikasi ujian atau juga dikenali JSU. Menurut Anderson and Krahtwohl
(2001), menyatakan jadual spesifikasi merupakan ”blueprint” yang bertulis yang
memfokuskan tentang objektif ujian dikendalikan kepada murid – murid. Malah
penggunaan JSU perlu digubal mengikut kriteria yang ingin digunakan untuk menguji
murid mengikut aras iaitu aras Taksonomi Bloom (Fakhrudzafie, 2010). Antara tajuk
mengikut standard kandungan (rujuk jadual 1.0) adalah:

• 1.1 Pengertian dan Kemahiran Ilmu Sejarah


• 1.3 Sejarah Sekolah
• 2.1 Zaman Air Batu
• 3.1 Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah.

Standard kandungan (DSKP, 2018) akan diberikan pembahagian wajaran


markah dan jumlah item yang ingin dibina. Berikut merupakan wajaran markah dan
jumlah item serta pembahagian aras soalan (rujuk jadual 1.0)

Mata: Mata Pelajaran Sejarah


Tahun: Tahun 6

3
No
. Aras Wajara

Menganalisis
Memahami

Mencipta
Kemahira Jumla n

Menilai
Mengingat
n h Item Markah
Topik/Taju
k
1.
1.1 1 1
Pengertia (A1: (A2: 2 2
n dan Aneka Aneka
kemahiran pilihan, Pilihan
ilmu 1M) , 1M)
sejarah
2
1.3 1
Sejarah (A6: 1 4
Sekolah Aneka
Pilihan
, 4M)
2.
1 1 1
2.1 (B1: A3: (B2: 3 5
Zaman air Struktur Aneka Struktur
batu , 2M) Pilihan , 2M)
, 1M)
3.
3.1 1 1 1 1
Kehidupa (A5: (A4: (A7: (B3: 4 9
n manusia Aneka Aneka Aneka Struktu
zaman Pilihan, Pilihan Pilihan, r 4M)
prasejara 1M) , 1M) 3M)
h

4
Jumlah 3 2 2 2 1 10 20

(Jadual 1.0)

3.0 Pembinaan Item

Pembinaan item yang saya gunakan dalam proses menentukan item terdapat
dua bahagian iaitu Bahagian A dan bahagian B. Bahagian A berfokuskan kepada
soalan berbentuk aneka pilihan. Soalan berbentuk aneka pilihan merupakan item
berbentuk objektif kerana ia mempunyai satu jawapan yang betul sahaja. Malah,
menurut Linn & Gronlund, 2000) menyatakan item bagi soalan aneka pilihan
hendaklah mempunyai stem dan pilihan jawapan. Stem merujuk kepada stimulus atau
rangsangan yang membolehkan murid meneka jawapan. Manakala komponen kedua
adalah pilihan jawapan yang akan mempunyai ”gangguan” yang berfungsi untuk
bukan mengelirukan murid, namun membenarkan mereka berfikir untuk mendapatkan
jawapan yang tepat. Misalnya dalam pembinaan item objektif (rujuk lampiran)
menunjukkan beberapa stimulus gambar yang berkaitan dengan kehendak soalan.
Seterusnya, aneka item benar atau palsu juga digunakan yang bertujuan untuk
mentaksir kefahaman murid tentang fakta sejarah (Brown et al., 1997) merujuk kepada
standard kandungan 3.1 Kehidupan Zaman Prasejarah. Seterusnya adalah bahagian
isi tempat kosong yang telah disediakan jawapan bagi murid bagi membolehkan murid
menjawab soalan yang paling tepat. Manakala pada bahagian B terdapatnya soalan
jenis respon terhad dan respon terbuka. Jawapan respon terbuka akan dinilai
berdasarkan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi iaitu kerelevanan tersebut.

4.0 Pembinaan Rubrik Analitik

Setelah merangka jadual spesifikasi ujian dan item soalan, maka guru
seharusnya mempunyai rubrik untuk dirujuk bagi memberikan markah kepada murid.
Menurut (Brookhart, 2013) menyatakan rubrik sebagai salah satu cara untuk menilai
prestasi murid berdasarkan kepada kriteria item yang dipilih. Rubrik pemarkahan yang
dipilih adalah rubrik analitik. Hal ini demikian kerana item yang dibina terdapat dua
bahagian iaitu bahagian objektif dan subjektif. Rubrik analitik sesuai untuk menilai

5
prestasi murid secara berasingan. Berikut merupakan rubrik analitik rujuk (jadual 2.0)
bagi item soalan yang dibina:

Markah: 20 Markah

Tahap Lemah Lulus Kepujian Cemerlang Amat


Cemerlang
Kriteria  10.0 10.0 – 12.0 – 15.0 – 17.9 18.0 – 20.0
11.9 14.9
Penguasaan
konsep untuk Menjawab Dapat Dapat Dapat Dapat
topik – topik: kurang Menjawab menjawab menjawab menjawab
1. Mari daripada 50% - 60.0 % - 75.0% - 90.0 % -
belajar 50% item 59.9% 74.0% 89.0% item 100% item
sejarah dengan item item dengan dengan
2. Zaman air tepat dengan dengan tepat tepat
batu tepat tepat
3. Zaman
prasejarah
Kebolehan
menjawab soalan
– soalan KBAT Menjawab Dapat Dapat Dapat Dapat
berkaitan dengan kurang menjawab menjawab menjawab menjawab
topik – topik: daripada 50.0 % - 60.0 % - 75.0% - 90.0 % -
1. Mari 50% item 59.0% 74.0% 89.0% item 100% item
belajar KBAT item KBAT item KBAT KBAT KBAT
sejarah dengan dengan dengan dengan dengan
2. Zaman air tepat tepat tepat tepat. tepat.
batu
3. Zaman
prasejarah

(Rujuk Jadual 2.0: Jadual Rubrik Analitik)

6
5.0 Pentadbiran Ujian
Pentadbiran ujian akan mengambil kira semasa ujian peperiksaan
dilaksanakan. Pertama guru akan memberikan arahan kepada murid untuk akur
dengan tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan. Guru akan
membaca secara teliti bahagian arahan ujian dan meminta murid bertanya soalan
sebelum memulakan ujian. Guru juga akan memastikan kedudukan dan keadaan
murid adalah semua berada pada tempat duduk masing – masing dan memastikan
setiap murid berada dalam keadaan senyap. Guru juga hendaklah membuast
hebahan atau tanda ”peperiksaan sedang dijalankan” bagi membenarkan murid tidak
terganggung. Guru juga dilarang untuk memberikan penunjuk isyarat jika seseorang
murid menanyakan soalan. Guru juga hendaklah memantau kawasan persekitaran.
Setelah tamatnya ujian, guru akan mengutip kertas ujian secara sistematik dan
senyap.

6.0 Analisis Ukuran Kecenderungan memusat


Ukuran kecenderungan memusat akan digunakan untuk mencari data bagi
skor murid – murid bagi suatu set data tidak terkumpul. Terdapat beberapa komponen
yang digunakan dalam mengukur skor murid iaitu min, median, mod. Jadual
kekerapan adalah seperti berikut:

6.1 Jadual Kekerapan


Selang Kelas Sempadan Bawah Sempadan Atas Kekerapan
40 – 49 39.5 49.5 2
50 – 59 49.5 59.5 9
60 – 69 59.5 69.5 14
70 – 79 69.5 79.5 14
80 – 89 79.5 89.5 13
90 – 99 89.5 99.5 3

7
6. 2 Min
Min mempunyai maksud yang sama purata kumpulan nombor yang akan dikira
dengan menjumlahkan semua skor tersebut dengan jumlah murid yang menduduki
ujian tersebut (Nicholas et al., 2011). Berikut merupakan cara menghitung min:

Selang Kelas Kekerapan Titik Tengah (x) fx


40 – 49 2 44.5 89
50 – 59 9 54.5 490.5
60 – 69 14 64.5 903
70 – 79 14 74.5 1043
80 – 89 13 84.5 1098.5
90 – 99 3 94.5 283.5
∑f = 55 ∑fx = 3907.5

∑𝑓𝑥 3907.5
Min,x = = = 71
∑𝑓 55

Min yang diperolehi daripada jadual kekerapan tersebut adalah 71. Secara
puratanya, skor min yang diperolehi daripada semua skor murid adalah sebanyak 71
iaitu pada gred yang baik kerana jumlah min tidak jauh daripada kedudukan seratus.

6.3 Median
Median digunakan untuk menggantikkan min jika terdapatnya suatu nilai
ekstrem. Nilai min adalah seratus menunjukkan nilai min adalah ekstrem. Namun bagi
min adalah 71, Bagi median bagi pula, jumlah keseluruhan markah median akan
memusat bersama dengan min. Berikut merupakan nilai median:

Selang Sempadan Bawah Sempadan Atas Kekerapan Kekerapan


Kelas Longgokkan

40 – 49 39.5 49.5 2 2
50 – 59 49.5 59.5 9 11
60 – 69 59.5 69.5 14 25
70 – 79 69.5 79.5 14 39
80 – 89 79.5 89.5 13 52
90 – 99 89.5 99.5 3 55

8
1
Kedudukan Kelas Median = cerapan ke 2
(𝑁 + 1)
1
= cerapan ke 2 (55 + 1)

= cerapan ke 28
𝑁
−𝐹
Median = L + ( 𝑓𝑚 ) (𝑐 )
2

55
−25
Median= 69.5 + ( 2 14 ) (10)

Median = 69.5 + 1.7857142857


Median = 71.3

Jumlah median, tidak jauh beza daripada skor min iaitu 71 manakala median
pula adalah 71.3. Ini menunjukkan skor keseluruhan murid bagi min tidak ada nilai
ekstrem kerana nilai min tidak melebihi atau berada pada nilai 100. Skor ujian murid
iaitu median sebanyak 71.3 iaitu nombor ganjil yang menyebabkan median adalah titik
tengah bagi taburan skor murid

6.4 Mod
Mod merupakan jumlah skor yang kerap muncul sama ada pada data tidak
terkumpul atau data terkumpul. Bagi mencari nilai mod, histogram akan dibina kerana
ia merupakan data terkumpul melalui jadual kekerapan yang disediakan. Oleh kerana
kekerapan bagi dua selang kelas iaitu selang kelas 60 – 69 dan 70 – 79 adalah sama
iaitu nilai 14, maka kaedah pangkah silang bagi kedua dua petak histogram akan
dibuat (rujuk histogram). Nilai yang didapati adalah sebanyak 76.1 iaitu gred B bagi
28 murid bagi selang kelas 60 – 69 dna 70 – 79.

Selang Kelas Sempadan Bawah Sempadan Atas Kekerapan


40 – 49 39.5 49.5 2
50 – 59 49.5 59.5 9
60 – 69 59.5 69.5 14
70 – 79 69.5 79.5 14
80 – 89 79.5 89.5 13
90 – 99 89.5 99.5 3

9
6.5 Sisihan Piawai
Sisihan piawai adalah untuk menghitung sejauh mana taburan skor berubah
keliling min. Menurut Boon et al., (2017), semakin kecil nilai sisihan piawai, maka data
tersebut adalah kategori homogen iaitu berdekatan antara satu sama lain. Manakala
semakin besar nilai sisihan piawai, maka ia dikategorikan sebagai heterogen iaitu data
lebih tersebar antara satu sama lain. Berikut merupakan jumlah sisihan piawai bagi
skor murid:

Selang Kekerapan Titik (𝑥 − 𝑥̅ ) (𝑥 − 𝑥̅ )2 𝑓(𝑥 − 𝑥̅ )2


Kelas Tengah
40 – 2 44.5 -26.5 702.25 1404.5
49
50 – 9 54.5 -16.5 272.25 2450.25
59
60 – 14 64.5 -6.5 42.25 591.5
69
70 – 14 74.5 3.5 12.25 171.5
79
80 – 13 84.5 13.5 182.25 2369.25
89
90 – 3 94.5 23.5 552.25 1656.75
99
Jumlah 55 8643.75

̅̅̅̅̅̅
∑ 𝑓(𝑥−𝑥 )2
Sisihan piawai ,  =√ ∑𝑓

8643.75
Sisihan piawai ,  =√ 55

Sisihan piawai,  = 12.5

Analisis yang boleh dilakukan berdasarkan nilai sisihan piawai tersebut adalah
nilai sisihan bagi skor ujian murid adalah pada 12.5. Ini bermakna bahawa ia adalah
dikategorikan sebagai heterogen kerana data yang tersebar adalah semakin besar.
Malah, ini juga bermakna bagi kebolehkepercayaan dan kesahan ujian adalah baik
kerana item soalan mampu memberikan gambaran tentang prestasi sebenar murid
semasa menduduki ujian.

10
6.6 Ogif
Seterusnya, ogif juga akan dibina bagi mendapatkan jumlah pangkat persentil
bagi nilai P(25), (P50) dan (P75). Malah ogif juga digunakan bagi menggangar markah
gagal dan markah lulus.

Selang Kelas Sempadan Atas Kekerapan Kekerapan


Longgokkan
40 – 49 49.5 2 2
50 – 59 59.5 9 11
60 – 69 69.5 14 25
70 – 79 79.5 14 39
80 – 89 89.5 13 52
90 – 99 99.5 3 55

P(25)
25
× 55 = 13.75
100
= 14
P(50)
50
× 55 = 27.5
100
= 28
P(75)
75
× 55 = 41.2
100
= 41

Seperti yang diketahui dalam ogif, bilangan murid yang ada di dalam kelas
tersebut adalah 55. Skor yang terkumpul sebanyak 55 skor. 25% x 55 = 14. Maka 14
skor tersebut adalah sama dengan P25 atau di bawah P25 adalah 61.5. Seterusnya
adalah 50% x 55 = 28. Skor 28 tersebut adalah sama dengan P50 atau di bawah P25
adalah 72.5. Akhir sekali, 75% x 55 = 41. Maka skor 41 adalah sama dengan atau di
bawah P75 adalah 81.5.

11
7.0 Laporan Pencapaian Murid

Berdasarkan nilai ukuran kecenderunagan memusat dan sisihan piawai,


pencapaian murid adalah dalam pencapaian yang baik. Hal ini demikian kerana purata
pencapaian murid (min) adalah sebanyak 71. Ini menunjukkan tiada nilai ekstrem di
dalam pencapaian murid. Median juga menunjukkan jumlah sebanyak 71.3 yang
menjadi titik tengah kepada pencapaian murid. Bagi sisihan piawai pula adalah
sebanyak 12.5. Pastinya bahawa sebaran markah tersebut menunjukkan
kebolehkepercayaan bagi kertas soalan adalah item soalan yang baik. Ini
menunjukkan bahawa tahap pengujian bagi ujian tersebut dapat menentukan prestasi
murid yang sebenarnya (Boon et al., 2017). Namun terdapat juga murid – murid yang
mendapatkan skor yang agak rendah. Misalnya daripada jadual kekerapan dapat
dilihat bagi 2 murid yang mendapat selang kelas 40 – 49 bagi markah gred D.
Seterusnya, terdapat juga murid yang mendapat gred memuaskan iaitu C bagi jumlah
murid sebanyak 9 murid.

8.0 Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan kepada kelemahan murid – murid yang tidak mendapat markah


yang baik, maka kaedah pembelajaran secara terbeza boleh disediakan. Misalnya,
guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran terbeza di dalam bilik darjah. Menurut
Danial (2019), menjelaskan pembelajaran terbeza adalah suatu proses pembelajaran
yang diasingkan untuk tahap prestasi murid. Misalnya murid pada tahap lemah akan
diberikan lembaran kerja atau pendekatan mengajar yang lain dan tidak berat.
Manakala bagi murid dalam prestasi yang tinggi hendaklah diberikan lembaran kerja
yang lebih mencabar.

9.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, pentaksiran merupakan alat yang penting untuk


menguji tahap prestasi murid agar mengukur perubahan tingkah laku murid serta
memperbaiki sesi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru.

(1300 Patah Perkataan)

12
Rujukan.
Airasian, P.W. (2005). Classroom assessment. Boston: Mcgraw Hills.

Brown, G., Bull, J. & Pendlebury, M. (1997). Assessing student learning in higher
education. Routledge.

Boon, P. Y., Lee, L. H. & Aeria, L. A. (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Boon, P. Y., Lee, L. H. & Aeria, L. A. (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Brookhart, S. M. (2013). How to create and use rubrics for formative assessment and
grading. ASCD.

Danial, A. A. M. (2019). Pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan


guru bahasa melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori
3. Kementerian Pendidikan Malaysia. hlm. 30.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). DSKP sejarah tahun 4. Bahagian


Pembangunan Kurikulum. hlm. 27 – 34.

Fakhrudzafie, M.M. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan jadual spesifikasi


ujian dalam membina ujian bilik darjah. Universiti Teknologi Malaysia. hlm. 3.

Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (2000). Measurement and assessment in teaching. (8th


ed). Prentice – Hall.

McMillan, M.D, Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2004). Measurement and assessment in
teaching. (10th ed). Pearson Education International.

Nicholas, N. W., Claude, L. & Sylvain, C. What does mean mean? University of
Ottawa. hlm. 2

13
Nama:……………………………… Kelas:……………………………..

SEKOLAH KEBANGSAAN
ST. LUKE SRI AMAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023


SEJARAH TAHUN 4

BAHAGIAN A

30 MINIT

_________________________________________________________
JANGAN BUKAN KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Maklumat kepada calon:


1. Kertas ini mengandungi 7 soalan
2. Bahagian A mengandungi 12 Markah
3. Baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan
4. Jawab semua soalan.
5. Sekiranya hendak menukar jawapan, sila padam jawapan yang salah dengan
kemas

__________________________________________________________________

14
Bahagian A: Soalan Objektif (12 Markah)

1.
Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab
– sebab yang dilakukan oleh mereka

Pernyataan di atas menerangkan tentang makna sejarah oleh seorang tokoh


sejarawan. Siapakah tokoh tersebut?
A. Ibn Khaldun
B. Herodotus
C. Suma Oriental
D. Muhd. Yusuf Ibrahim.

2.
Sumber Pertama

Manuskrip Artifak X

Maklumat berikut adalah sumber sejarah. Apakah X?


A. Surat Khabar
B. Majalah
C. Fosil
D. Buku

3. Berikut adalah keadaan yang berlaku pada zaman air batu kecuali
A. Bukit dan gunung dilitupi dengan air batu
B. Haiwan dan manusia menjadi beku
C. Terdapat banyak bongkah ais yang terbentuk semasa zaman itu
D. Air laut dan sungai menjadi cair semasa zaman air batu

15
4. Manusia Zaman Paleolitik hidup secara _____________, di dalam gua atau di tepi
sungai
A. Ketakutan
B. Sendiri
C. Nomad
D. Kekal

5. Berikut merupakan kapak genggam yang digunakan semasa zaman paleolitik dan
mesolitik

Berdasarkan gambar berikut, mengapakah pentingnya alat ini pada zaman itu?
A. Menyerang musuh
B. Keagamaan
C. Menebang pokok
D. Memburu binatang.

16
Soalan 6. (4 Markah)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Guru Besar nama baik

lencana Peraturan

1. Setiap murid diwajibkan untuk memakai ________________ sekolah.

2. _________________ ialah ketua kepada semua guru di sekolah.

3. _________________ sekolah diwujudkan bagi memastikan murid sentiasa


berdisiplin serta
menjaga keselamatan.

4. Semua murid hendaklah menjaga disiplin murid serta sahsiah agar


________________
sekolah sentiasa dijaga.

Soalan 7. (3 Markah)

Isi tempat kosong dengan jawapan Benar atau Palsu

1. Masyarakat zaman paleolitik menggunakan logam untuk membuat senjata.


______________

2. Pada zaman logam, manusia sudah mula menggunakan sistem barter.


______________

3. Masyarakat zaman mesolitik hidup secara nomad serta secara berkumpulan kecil.
______________

17
Nama:……………………………… Kelas:……………………………..

SEKOLAH KEBANGSAAN
ST. LUKE SRI AMAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023


SEJARAH TAHUN 4

BAHAGIAN B

15 MINIT

_________________________________________________________
JANGAN BUKAN KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Maklumat kepada calon:


6. Kertas ini mengandungi 3 soalan.
7. Bahagian B mengandungi 8 Markah.
8. Baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan
9. Jawab semua soalan.
10. Sekiranya hendak menukar jawapan, sila padam jawapan yang salah dengan
kemas

__________________________________________________________________

18
Bahagian B: Soalan Struktur (8 Markah)
Soalan 1.
Gambar berikut adalah pengglasieran yang berlaku pada zaman air batu.

a) Jelaskan maksud pengglasieran (2 Markah)

Soalan 2. (2 Markah)
Nyatakan satu kesan yang akan berlaku kepada haiwan jika pengglasieran berlaku?

__________________________________________________________________

19
Soalan 3. (4 Markah)
Gambar rajah tersebut merupakan teknologi yang digunakan semasa zaman
prasejarah iaitu kapa genggam

1. Apakah sumbangan teknologi prasejarah dalam kehidupan masyarakat pada masa


kini?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Nyatakan 3 kepentingan inovasi dalam kehidupan manusia pada masa kini?


1.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

20
Lampiran DSKP Sejarah Tahun 4

21
22

You might also like