You are on page 1of 11

KERJA KURSUS

SEJARAH
TINGKATAN 3
TAJUK : BAB 6 - KESAN PENTADBIRAN
BARAT DARI SEGI SOSIAL DI NEGARA KITA

DISEDIAKAN OLEH :
FADHLUN SYAFIQAH BINTI SUHAIFI
NIK PUTRI QAZREENA BINTI NIK ABDUL MALIK
NUR HALIA NATASYA BINTI AKHIRMAN

1
Isi kandungan
Bilangan mukasurat
Pernyataan masalah
Persoalan kecil
Objektif kajian
Huraian isi
Kesimpulan
Kaedah kajian
Rujukan

2
PERNYATAAN MASALAH
Pentadbiran Barat memberi kesan dari aspek sosial di
negara kita terutamanya dalam sistem
pendidikan.Bincangkan

PERSOALAN KECIL
A) Nyatakan jenis persekolahan yang wujud semasa
zaman pemerintahan British.
B) Bandingkan sistem pembelajaran semasa zaman
pemerintahan British dengan sistem masa kini
C) Jelaskan kepentingan pendidikan dalam diri setiap
individu kepada negara

OBJEKTIF KAJIAN
Berikan 3 objektif kajian sahaja mengenai tajuk kajian
kes
1. Menyatakan jenis persekolahan yang wujud semasa
zaman pemerintahan british
2. Membandingkan sistem pembelajaran semasa
zaman pemerintahan british dengan sistem zaman
masa kini
3. Menjelaskan kepentingan pendidikan dalam diri
setiap individu kepada negara

3
Pengenalan
Kedatangan kuasa Barat menyebabkan berlaku
perubahan dalam sistem pentadbiran di negara kita.
Penguasaa British turut membawa kesan kepada sistem
ekonomi dan sosial negara. British memperkenalkan
sistem ekonomi moden yang mementingkan
keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan atau jual beli.
Kerajaan British pada awalnya tidak berniatpun ingin
memajukan bidang pendidikan di Tanah Melayu. Ramai
pegawai British berpendapat bahawa pendidikan
terutamanya untuk orang Melayu tidak mendatangkan
faedah namun sebaliknya akan menimbulkan kesedaran
pada golongan terdidik untuk menentang kerajaan.
Walaubagaimanapun, atas desakan pembesar Melayu
iaitu Sultan di Negeri- negeri Melayu Bersekutu, pihak
pemerintah British merasakan ada baiknya memberikan
pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang
Melayu. Kewujudan masyarakat yang berbilang kaum
dan pentadbiran British tidak mempunyai dasar
pelajaran yang tetap atau matlamat hingga

4
menyebabkan sekolah - sekolah vernakular berkembang
mengikut kumpulan etnik masing - masing .
Sekolah vernakular merujuk kepada sePada tahun
1925 , Kod Buruh berkuat kuasa, yang mana semua estet
yang mempunyai 10 orang kanak - kanak dalam umur
persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang
bertujuan membasmi buta huruf
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Terdapat 3 jenis sekolah vernakular iaitu, Melayu, Cina
dan Tamil

JENIS PERSEKOLAHAN
SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

-Sekolah Melayu pertama yang ditubuhkan ialah pada


tahun 1855 iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah
Melayu Gelugor tersebut menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa pengantar.
Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah
menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong
sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan iaitu

5
MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan MPPM di
Melakan pada tahun 1935.

SEKOLAH VERNAKULAR CINA

-Sekolah vernakular cina ditubuhkan pada tahun 1815


oleh kumpulan pendakwa baru Persatuan Mubaligh
London.Terdapat juga sekolah cina yang dibuka oleh
orang persendirian.
Contoh sekolah vernakular cina ialah SJK ( C ) Hua Lian,
Tanjung, Perak dan SJK ( C ) Chung Hwa, Kota Bharu
Kelantan . Kelas Bahasa Cina diadakan di semua “Free
School”, iaitu di Melaka , Pulau Pinang dart Singapura,
namun ia gagal dan telah diberhentikan.

SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL

6
Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1912, British
memperkenalkan Ordinan Buruh yang mewajibkan
majikan ladang mendirikan sekolah Tamil di ladang.

PERBEZAAN SEKOLAH VERNAKULAR


SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH
VERNAKULAR VERNAKULAR VERNAKULAR
MELAYU CINA TAMIL
Hanya memberi Kurikulum yang Sistem
orang Melayu digunakan pendidikan yang
asas membaca, berorientasikan berpandukan
menulis dan kurikulum dari dengan sistem
mengira China. pendidikan di
India.
A.M. Skinner Guru - guru dan Buku teks dan

7
memperkenalkan buku - buku teks guru dibawa dari
persekolahan 2 juga dibawa dari India
sesi iaitu : China.
- Sesi pagi Masyarakat cina
> Bahasa Melayu, di Negeri- negeri
Matematik, Ilmu Selat lebih gemar
Alam dan mata menghantar anak
pelajaran mereka ke
vokasional. Sekolah Inggeris
- Sesi petang
> Bahasa Arab
dan al- Quran

8
PERBANDINGAN SISTEN PENDIDIKAN
SEBELUM SELEPAS
Tahap pembelajaran hanya Tahap pembelajaran yang
pada sekolah rendah meluas sehingga ke
sahaja Universiti
Penggunaan bahan yang Mewajibkan semua pelajar
dieksport dari negara luar lulus dalam Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi di
Malaysia dan sistem
pendidikan yang selari.
Contohnya, KSSM yang
diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan
Kurikulum yang terhad Sistem kurikulum yang
contohnya, kurikulum di tidak terhad dan setiap
sekolah vernakular cina pelajar diwajibkan untuk
aktif tanpa mengira bangsa
dan kaum. Contohnya, unit
beruniform
Sistem pendidikan yang Sistem pendidikan yang
lemah kerana kurangnya semakin kuat kerana
bilangan guru sebagai pelbagai maktab guru
tenaga pengajar dibina dan ditubuhkan
untuk melahirkan tenaga
pengajar.Contohnya,
Maktab Perguruan Sultan
Idris

9
KEPENTINGAN PENDIDIKAN
MENDIDIK INSAN YANG BERGUNA
Sistem pendidikan dapat mendidik insan yang berguna
kepada negara bagi membangunkan negara serta
memajukan negara kita.
MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG
Insan cemerlang lahir daripada sistem pendidikan yang
berkualiti. Ianya kerana sistem pentadbiran yang selaras
dengan peredaran masa dan sekali gus , dapat
mengatasi sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh
British sebelum kemerdekaan.
TIDAK MUDAH DITIPU
Sejarah negara kita tidak dapat diseleweng oleh anasir
luar yang ingin menjajah negara kita yang makmur

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem pendidikan di Malaysia semakin
maju selepas merdeka. Semakin banyak sekolah sama
ada swasta ataupun kerajaan yang ditubuhkan bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang untuk
membangunkan ekonomi negara. Sistem pendidikan di
negara kita telah melayakkan diri untuk ke persandang
dunia dan selaras dengan sistem pendidikan negara-
negara luar yang maju. Contohnya, Universiti Malaya
yang mendapat tempat ke - 66 di seluruh dunia dan
tempat ke- 3 di Asia Tenggara. Persatuan guru - guru
juga ditubuhkan bagi menguatkan lagi sistem
pendidikan di negara kita. Kementerian Pendidikan juga
mengenalkan silibus baharu iaitu KSSM bagi

10
menyelaraskan pendidikan sekolah rendah dan sekolah
menengah .

KAEDAH KAJIAN
- Melalui perbincangan guru dan rakan rakan
- melalui internet
-melalui buku teks

RUJUKAN
- BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 3
> Dr. Azharudi bin Mohamed Dali, Ridzuan Hassan,
Muslimin bin Fadzil.
>
https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/sejar
ah-pendidikan-vernakular-di.html?m=1
>
https://drive.google.com/file/d/18b9wOiD5IQqvvBUGpS
pL4ZrMjbfdU3nH/view
>
https://bestarian2014.blogspot.com/p/dahulu-dan-
sekarang.html

11

You might also like