You are on page 1of 7

TUGASAN INDIVIDU

SEMESTER 1 SESI 2023/2024

DISEMBER 2023 TARIKH: 8 DISEMBER 2023

NAMA PELAJAR NO. PELAJAR

FAKULTI : FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

KOD KURSUS : DT50502

TAJUK KURSUS : PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KO KURIKULUM

ARAHAN : Soalan 1

Buat satu Surat Jemputan Mesyuarat yang lengkap,.. mengikut


format terkini dan mengandungi 5 (Lima) agenda.. yang
berkaitan dengan aktiviti ko kurikulum.

Soalan 2

Buat satu Minit Mesyuarat yang lengkap, mengikut format.. terkini


dan terperinci berdasarkan Surat Jemputan Mesyuarat di.. atas.

NAMA PENSYARAH:

Kertas ini mengandungi Satu (8) muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.
This paper contains One (8) printed pages, not including this page.
Rujukan kami : SMKK(Badminton)/11/2023
Tarikh : 13 November 2023

Senarai seperti di lampiran A,


Kelab Badminton SMK Agama Tun Juhar, Sandakan.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT PROGRAM KELAB BADMINTON BIL 2/2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Badminton SMK Agama Tun


Juhar Sandakan akan mengadakan mesyuarat seperti pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 21 November 2023


Masa : 9.00 Pagi – 11.30 Tengah Hari
Tempat : Bilik Mesyuarat As-Syura
Pengerusi : Encik Nelvy Nelzy Bin Tangon

03. Antara agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:


1. Kata alu-aluan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Perbincangan agenda program dan laporan berkaitan
5. Hal-hal lain

04. Diharap agar Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dan menghadiri


mesyuarat ini. Segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………..
( )

1
Setiausaha Kelab Badminton,
SMK SMK Agama Tun Juhar, Sandakan

LAMPIRAN A

Senarai Nama Guru Kelab Badminton SMK Agama Tun Juhar, Sandakan

1 Penolong Kanan Kokurikulum


2 Pengerusi Program Badminton
3 Naib Pengerusi
4 Setiausaha
5 Naib Setiausaha
6 Bendahari
7 Naib Bendahari
8 Ajk Publisiti
9 Ajk Pertandingan dan Aktiviti
10 Ajk Cenderamata dan Hadiah
11 Ajk Urus Setia
12 Ajk Keselamatan dan Kecemasan
13 Ajk Dokumentasi
14 Ajk Logistik
15 Ajk Pendaftaran
16 Ajk Makanan dan Kebersihan

2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN JUHAR,
SANDAKAN, SABAH

MINIT MESYUARAT PROGRAM KELAB BADMINTON BIL 2/2023

TARIKH : 21 NOVEMBER 2023


MASA : 9.00 PAGI - 11.30 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT AS-SYURA

AHLI-AHLI YANG HADIR :

1 Ariqah Nabila Natasya Binti Lumin Penolong Kanan Kokurikulum


2 Nelvy Nelzy Bin Tangon Pengerusi Program Badminton
3 Bryan Hans Marius Naib Pengerusi
4 Dg Nursyuhada Binti Awang Tajudin Setiausaha
5 Rafeaisah Binti Laisah Naib Setiausaha
6 Alton Jimat Embug Bendahari
7 Haridah Binti Utu Naib Bendahari
8 Nur Sharifah Jasmiah Binti Jasni Ajk Publisiti
9 Faizal Bin Kambah Ajk Pertandingan dan Aktiviti
10 Puteri Amira Binti Md Saffie Ajk Cenderamata dan Hadiah
11 Elza Fazwin Binti Mersing Ajk Urus Setia
12 Marcella Mercy Banawas Ajk Keselamatan dan Kecemasan
13 Nurul Sakinah Binti Kamsah Ajk Dokumentasi
14 Nelcilla Nelzah Nukili Ajk Logistik
15 Azwaan Binti Andrew Ajk Pendaftaran
16 Elda Humairah Binti Mohd Daud Ajk Makanan dan Kebersihan
TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN : -

AGENDA

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI PROGRAM

1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Kelab yang
terlibat.
1.3. Mengharapkan ahli jawatankuasa dapat mengagihkan dan
melaksanakan tugas-tugas seperti yang telah dirancangkan.
1.4. Memaklumkan mesyuarat kali ini adalah bertujuan untuk
membincangkan perancangan dan pelaksanaan tentang sistem
dan corak Program Pertandingan Badminton yang akan diadakan
selepas peperiksaan akhir tahun.

3
Makluman: Semua Guru
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Kelab Badmiton BIL 1/2023 bertarikh 10 November


2023 diterima dan disahkan tanpa sebarang pindaan.

Dicadangkan oleh : Puan Dg Nursyuhada Binti Awang Tajudin.


Disokong oleh : Cik Rafeaisah Binti Laisah.

Makluman: Semua Guru

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Pengerusi mencadangkan tambahan lantikan ahli jawatankuasa baru


iaitu AJK Teknikal yang akan menguruskan dan menyediakan
peralatan bahagian PA sistem sepanjang program dijalankan.

Makluman: Semua Guru

4.0 PERBINCANGAN AGENDA PROGRAM DAN LAPORAN BERKAITAN

4
4.1 Agenda Program: Sistem dan corak pertandingan

4.1.1. Program Pertandingan Badminton ini melibatkan menengah


rendah dan menengah atas setelah selesai peperiksaan
akhir tahun sesi 2023.

Makluman: Semua Guru

4.1.2. Pertandingan Badminton berlangsung selama 3 hari seperti


pada ketetapan berikut:
Tarikh : 4 - 6 Disember 2023 (Isnin, selasa dan rabu).
Masa : 8.00 pagi - 4.00 Petang.
Tempat : Dewan Besar, SMK Agama Tun Juhar.

Makluman: Semua Guru

4.1.3. Encik Faizal membincangkan peraturan dan keselamatan


pertandingan Badminton. Beliau mencadangkan bilangan
peserta adalah 6 orang untuk setiap kelas tingkatan iaitu 3
orang peserta perempuan dan 3 orang peserta lelaki yang
mana pertandingan ini terdapat dua acara pertandingan iaitu
pertandingan perseorangan dan bergu lelaki dan perempuan.
Setiap kelas tidak dibenarkan menghantar lebih daripada 6
orang peserta wakil.

Makluman: Semua Guru

4.1.4. Setiap peserta perlu melengkapkan surat kebenaran ibubapa


yang telah dikeluarkan oleh penolong kanan Kokurikulum.

Makluman: AJK Pendaftaran, AJK Pertandingan dan Aktiviti

4.1.5. Sistem pertandingan yang digunakan adalah pertandingan


kalah mati. Encik Bryan mencadangkan jumlah masa
bermain bagi setiap pusingan pertandingan adalah 15 minit
serta memerlukan 4 gelanggang. Ini untuk memastikan
pertandingan dapat berjalan dengan lancar dan dapat
menepati masa yang telah ditetapkan kerana mempunyai
peserta yang ramai.

Makluman: AJK Pertandingan dan Aktiviti

4.1.6. Setiap peserta akan dikenakan yuran RM5.00. Bayaran


yuran perlu dijelaskan secara tunai sebelum hari
pertandingan. Kutipan adalah untuk tujuan dana sewaan dan
peralatan.

Makluman: AJK Pendaftaran

4.1.7. 5
Pengadil adalah dikalangan pelajar Kelab Badminton pada
peringkat awal dan pada peringkat separuh akhir dan ke atas
adalah guru Kelab Badminton yang bertugas.
5.0 HAL - HAL LAIN

Semua ahli jawatankuasa perlu bersungguh-sungguh dan


bersemangat untuk mencapai objektif Program Kelab Badminton sesi
2023 dengan jayanya.

6.0 PENUTUP

Pengerusi program mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua


ahli-ahli mesyuarat dan berharap barisan jawatankuasa menjalankan
amanah yang diberi dengan baik.

Disediakan oleh; Disemak Oleh;

......................................................….. .........................................................
( ) ( )
Setiausaha Kelab Badminton, Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Agama Tun Juhar, Sandakan. SMK Agama Tun Juhar, Sandakan.
21 November 2023 23 November 2023

You might also like