You are on page 1of 9

PROGRAM GERAK GEMPUR BERFOKUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

SEMESTER 2 STPM 2023

NAMA KELAS: KELAS UM/UPM


NAMA GURU: PN SITI HADIJAH BINTI IBRAHIM
TARIKH: 21/8/2023
HARI: ISNIN
MASA: 8.10 – 9.30am
FOKUS: SOALAN KAJIAN KES
MASA MENJAWAB: 50 minit
JUMLAH CALON: 13 ORANG

Arahan soalan: Jawab semua soalan

MCDONALD’S MALAYSIA
McDonald’s merupakan satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. McDonald’s mempunyai
lebih 33,000 restoran di 119 buah negara termasuk Malaysia. Di Malaysia, McDonald’s mempunyai
270 restoran di seluruh Malaysia dan dijangka berkembang dengan kadar 15 hingga 20 restoran baharu
pada setiap tahun.
Kejayaan McDonald’s Malaysia banyak dibantu oleh keprihatinan pengurusan atasan menjaga
kebajikan pekerja-pekerjanya. Pihak syarikat percaya jika kebajikan pekerja dijaga dengan baik, ia
akan meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja. Sebagai langkah keselamatan dan jaminan, gaji
yang diterima oleh pekerja akan dipotong untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dan PERKESO. Ini dapat membantu pekerja menyimpan bekalan untuk hari tua dan
dilindungi sekiranya mengalami kemalangan ketika bertugas. Syarikat juga memastikan pekerja-
pekerja mendapat tempat kerja yang bersih dan selesa. Bilik persalinan, loker dan surau disediakan
untuk kemudahan dan keselesaan pekerja. Syarikat turut menghargai pekerja- pekerja yang rajin dan
berdisiplin. Pekerja-pekerja yang layak akan dipromosi untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi
dan memperkenalkan anugerah bulanan untuk Krew Terbaik. Pekerja- pekerja turut menikmati
kemudahan cuti tahunan dan perubatan percuma di klinik-klinik terpilih.
McDonald’s Malaysia amat menitikberatkan penghasilan produk makanan yang berkualiti, bersih dan
halal. Sehubungan itu, syarikat sentiasa berusaha mendapatkan kerjasama dan pengiktirafan daripada
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, antaranya pengiktirafan sijil Halal daripada JAKIM serta
mematuhi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarikat
juga berkerjasama dengan JAKIM menubuhkan Pasukan Syariah Dalaman untuk urusan pemantauan
dan mendapatkan khidmat Penasihat Bebas Halal bagi memantau proses penyembelihan. Syarikat juga
memberi penekanan terhadap kawalan bahan mentah, pekerja dan tempat penyediaan makanan.
Syarikat memastikan hanya bahan mentah yang segar digunakan dan diperolehi hanya daripada
pembekal yang diiktiraf oleh JAKIM. Pemeriksaan kualiti dilakukan terhadap bahan mentah sebaik
sahaja diterima daripada pihak pembekal dan selepas itu, bahan mentah tersebut akan disimpan dalam
peti penyejuk beku mengikut keperluan suhu tertentu. Sebelum proses penyediaan makanan dilakukan,
tempat penyediaan makanan dipastikan dalam keadaan yang bersih dan selamat. Tempat tersebut
mesti mempunyai sinki khas untuk membasuh tangan dan dilengkapi dengan sabun, air paip dan tisu.
Setiap pekerja diwajibkan mengambil suntikan imunisasi tifoid dan dipastikan dalam keadaan cukup
sihat sebelum terlibat dalam proses penyediaan makanan. Selain itu, mereka juga diwajibkan mencuci
tangan dengan bahan pembasmi kuman dan memakai sarung tangan pakai buang bagi menjamin
kebersihan makanan yang dikendalikan. McDonald’s Malaysia amat komited dalam menjaga kualiti,
kebersihan dan segalanya untuk memastikan pelanggan restoran McDonald’s mendapat yang terbaik.
(Disesuaikan daripada artikel “Pematuhan Piawaian Untuk Keselamatan Makanan dan Proses Halal
McDonald’s Adalah Yang Terbaik)

Berdasarkan kes di atas,


(a) Jelaskan tindakan McDonald’s Malaysia untuk memenuhi keperluan pekerja-pekerjanya
berdasarkan Teori Motivasi Maslow. [10]
(b) Terangkan kaedah kawalan awalan yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia untuk menjamin
kualiti dan kebersihan produknya. [20]
PROGRAM GERAK GEMPUR BERFOKUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2 STPM 2023

NAMA KELAS: KELAS UM/UPM


NAMA GURU: PN SITI HADIJAH BINTI IBRAHIM
TARIKH: 21/8/2023
HARI: ISNIN
MASA: 2.50 – 4.10 pm
FOKUS: SOALAN KONSEP
MASA MENJAWAB: 40 minit
JUMLAH CALON: 13 ORANG

Jawab semua soalan


1. Jelaskan empat gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seorang pemimpin. [20]

2. Jelaskan proses komunikasi. [20]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM GERAK GEMPUR BERFOKUS PENGAJIAN PERNIAGAAN


SEMESTER 2 STPM 2023

NAMA KELAS: KELAS UM/UPM


NAMA GURU: PN SITI HADIJAH BINTI IBRAHIM
TARIKH: 21/8/2023
HARI: ISNIN
MASA: 8.10 – 9.30am
FOKUS: SOALAN KAJIAN KES
MASA MENJAWAB: 50 minit
JUMLAH CALON: 13 ORANG

Jawab semua soalan


1. Jelaskan empat gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seorang pemimpin. [20]

2. Jelaskan proses komunikasi. [20]


PROGRAM GERAK GEMPUR BERFOKUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2 STPM 2023

NAMA KELAS: KELAS UM/UPM


NAMA GURU: PN SITI HADIJAH BINTI IBRAHIM
TARIKH: 22/8/2023
HARI: SELASA
MASA: 9.30 – 10.50 am
FOKUS: SOALAN STRUKTUR
MASA MENJAWAB: 50 minit
JUMLAH CALON: 13 ORANG

Arahan soalan: Jawab semua soalan


1. Huraikan tiga peranan pengurus sebagai peranan bermaklumat [6]
2. Huraikan unsur perancangan strategik yang berikut:
a). Strategi [2]
b). Taktik [2]
c). Dasar/polisi [2]
3. Nyatakan tiga ciri pekerja bagi teori X dan teori Y dalam teori Motivasi Mc Gregor. [6]
4. Huraikan tiga jenis kawalan luaran. [6]
5. Huraikan dua perkara yang menentukan niat dalam undang-undang kontrak 1950. [4]
Huraikan dua jenis waranti tersirat dalam Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk
6.
pindaan) [4]
7. Huraikan dua bentuk komunikasi dalam sebuah komunikasi. [4]
Terangkan maksud intranet dan kegunaannya dalam organisasi yang mempunyai
8.
banyak cawangan. [6]
Huraikan dua jenis keputusan yang perlu dibuat oleh seorang pengurus pengeluaran
9.
dalam kilang pembuatan kasut. [4]
10. Nyatakan empat pengaruh faktor situasi terhadap pembuatan keputusan. [4]
PROGRAM GERAK GEMPUR BERFOKUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2 STPM 2023

NAMA KELAS: KELAS UM/UPM


NAMA GURU: PN SITI HADIJAH BINTI IBRAHIM
TARIKH: 22/8/2023
HARI: SELASA
MASA: 9.30 – 10.50 am
FOKUS: SOALAN STRUKTUR
MASA MENJAWAB: 50 minit
JUMLAH CALON: 13 ORANG

Arahan soalan: Jawab semua soalan


1. Huraikan tiga peranan pengurus sebagai peranan bermaklumat [6]
2. Huraikan unsur perancangan strategik yang berikut:
a). Strategi [2]
b). Taktik [2]
c). Dasar/polisi [2]
3. Nyatakan tiga ciri pekerja bagi teori X dan teori Y dalam teori Motivasi Mc Gregor. [6]
4. Huraikan tiga jenis kawalan luaran. [6]
5. Huraikan dua perkara yang menentukan niat dalam undang-undang kontrak 1950. [4]
Huraikan dua jenis waranti tersirat dalam Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk
6.
pindaan) [4]
7. Huraikan dua bentuk komunikasi dalam sebuah komunikasi. [4]
Terangkan maksud intranet dan kegunaannya dalam organisasi yang mempunyai
8.
banyak cawangan. [6]
Huraikan dua jenis keputusan yang perlu dibuat oleh seorang pengurus pengeluaran
9.
dalam kilang pembuatan kasut. [4]
10. Nyatakan empat pengaruh faktor situasi terhadap pembuatan keputusan. [4]
PROGRAM GERAK GEMPUR BERFOKUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2 STPM 2023

NAMA KELAS: KELAS UM/UPM


NAMA GURU: PN SITI HADIJAH BINTI IBRAHIM
TARIKH: 24/8/2023
HARI: KHAMIS
MASA: 11.30 – 12.50 am
FOKUS: SOALAN STRUKTUR
MASA MENJAWAB: 50 minit
JUMLAH CALON: 13 ORANG

Arahan: Jawab semua soalan


Merpati Logistik Sdn Bhd
Syarikat Merpati Logistik Sdn Bhd (SMLSB) ialah sebuah syarikat kurier yang telah beroperasi
bermula tahun 2014. Syarikat ini memasarkan perkhidmatan kurier yang pantas sesuai dengan
perkembangan dan ledakan jualan atas talian seperti Zalora, Shoopee dan Lazada. Merpati mempunyai
ibu pejabat di Shah Alam, Selangor bagi operasi di Malaysia. Syarikat mempunyai rangkaian di
seluruh Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Lee Chan Wen
merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berperanan untuk menentukan hala tuju dan
perancangan strategik syarikat. Tan Xer Xian merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) mengurus
dari segi pembangunan operasi dan startegi perniagaan. Syarikat ini juga memiliki cawangan di Pulau
Pinang untuk kawasan utara dan Johor Baharu bagi selatan dan Kelantan bagi pantai timur serta
cawangan di Sabah dan Sarawak. Semua cawangan diketuai oleh seorang pengurus cawangan.
Pengurus cawangan di Pulau Pinang ialah Encik Gary Yap. Beliau mempunyai seramai 25 staf di
bawahnya. Beliau ialah seorang yang bersikap tegas, sentiasa membuat keputusan sendiri, dan suka
mengarahkan pekerjanya. Pekerja langsung tidak diberikan peluang untuk menyuarakan idea atau
pendapat mereka. Hal ini menyebabkan pekerjanya kurang bermotivasi dan menjadi tidak produktif.
Encik Gary Yap terlalu mengawal pekerjanya dan kurang memberi kebebasan kepada pekerjanya
sehingga menyebabkan hubungan interpersonal terganggu. Dia mengandaikan semua pekerjanya
kurang mempunyai kepakaran dan pengetahuan. Oleh sebab sikap Encik Gary Yap yang tegas itu,
pekerjanya berasa tidak berpuas hati dan kadar lantik henti pekerja di cawangannya adalah tinggi.
Keadaan ini juga mendorong kepada kadar ponteng kerja yang semakin meningkat dan akhirnya
prestasi kerja menurun.
Cawangan Merpati Logistik di Johor Baharu pula diketuai oleh Encik Simon Ong. Beliau seorang
yang peramah dan menaruh kepercayaan ke atas kebolehan pekerjanya. Seramai 20 orang pekerja
bekerja bawah kendalian beliau. Encik Simon memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk
menyuarakan idea dan pandangan serta sentiasa bekerjasama dengan pekerjanya untuk membuat
keputusan yang terbaik bagi cawangannya. Encik Simon juga senang didampingi oleh pekerja apabila
mereka mengalami sesuatu masalah. Dia sentiasa mendelegasikan tugas dan tanggungjawabnya
kepada pekerjanya kerana dia percaya ini dapat mengurangkan beban tugasnya dan membolehkan
beliau menumpukan pada hal-hal yang lebih penting selain menjimatkan masanya. Selain itu, pekerja
Encik Simon juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan memudahkan laluan
kenaikan pengkat. Kesan delegasi ini juga dapat membentuk sikap positif dalam kalangan pekerjanya,
sekali gus meningkatkan keyakinan dan komitmen pekerjanya. Beban Encik Simon dapat dikurangkan
dan beliau berasa kurang tertekan dan lebih berfokus. Oleh itu, pekerjanya amat produktif dan
bermotivasi tinggi menyebabkan hasil jualan cawangan juga semakin meningkat.
Cawangan Pantai Timur diketuai oleh Puan Wan Norazurani. Pekerja seramai 15 orang bekerja di
cawangan Pantai Timur. Beliau seorang yang sangat tegas terhadap pekerja dan sangat komited
tentang pencapaian syarikat. Diluar waktu kerja sikap beliau pula sangat berbeza kerana sering
mengambil berat dan kadang kala makan bersama pekerja dan membawa mereka makan di restoran.
Hal ini menyebabkan pekerja amat menghormati beliau. Karektor ini memudahkan pekerja
menyuarakan pandangan bagi kemajuan syarikat.
(Disesuaikan daripada Ninjavan www.http//Ninjavan.blogspot. September 2018)
Jelaskan gaya kepimpinan pengurus cawangan Syarikat Merpati Logistik Sdn Bhd [15m]
ADABI, Bersih dan Asli
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd adalah pengeluar produk dengan jenama Adabi. Produk
pertama Adabi mula menemui rakyat Malaysia pada tahun 1984, dengan ciptaan serbuk kari Adabi
seperti kari ikan, kari daging dan kurma. Dalam masa tiga dekad, Adabi berjaya memikat hati rakyat
Malaysia dengan pelbagai inovasi ciptaan produk yang membantu melengkapkan masakan. Selain
produk berasaskan masakan, Adabi kini melebarkan perniagaannya dengan memperkenalkan jenama
snek makanan, Flamitoz serta jenama makanan kucing, Powercat.
Adabi sangat komited untuk menghasilkan produk makanan yang selamat dan berkualiti tinggi dengan
mengutamakan keselamatan makanan bagi memastikan ianya selamat untuk dimakan dan juga lazat. Juruaudit
ISO dari SIRIM QAS akan membuat audit syarikat dari semasa ke semasa. Adabi akan menyediakan semua
dokumentasi yang diperlukan dan mengkaji sistem pengurusan kualitinya supaya pelanggan Adabi dapat
memperolehi jaminan produk berkualiti tinggi sepanjang masa. Produk pertama Adabi iaitu Kari dihasilkan
daripada gabungan pelbagai rempah berkualiti premium dengan ramuan terpilih. Proses peningkatan kualiti yang
berterusan akan dijalankan kerana kepuasan pelanggan adalah sangat penting bagi pihak Adabi.
Adabi juga komited sepenuhnya untuk menghasilkan produk Halal dengan memastikan Sistem
Jaminan Halal sebagai sebahagian asas operasi syarikat. ADABI memastikan semua bahan mentah
yang diperoleh dan digunakan dalam pembuatan produk adalah Halal dengan produk dijamin dan
disahkan Halal oleh JAKIM. Sistem pengeluaran bersih dan bebas daripada bahan-bahan bukan halal
serta operasi pengeluaran termasuk peralatan dan jentera adalah bersih dan dalam keadaan bersih
mengikut amalan perkilangan yang baik (GMP). Semasa penyediaan, pemprosesan, pengendalian,
pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran, makanan dipisahkan secara fizikal dari sebarang
makanan yang gagal memenuhi polisi sijil halal. ADABI juga memastikan semua produk akhir
dipasarkan di Indonesia adalah Halal oleh JAKIM
Adabi telah menerima ISO 9001:2015 oleh SIRIM Berhad yang memperakui sistem pengurusan
kualiti Adabi. Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Adabi untuk terus menghasilkan produk yang
bermutu tinggi. Ini juga sebagai jaminan untuk setiap langkah dalam penghasilan produk Adabi
menepati piawaian kualiti. Manakala warga kerja Adabi akan terus mematuhi piawaian yang telah
ditetapkan dalam meneruskan usaha dalam memberikan produk yang terbaik buat para
pengguna.Antara produk baru oleh Adabi telah disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia dan MUI
Indonesia, iaitu POWERCAT, Flamitoz & Kerispi.
ADABI mempunyai laman webnya sendiri iaitu www.adabi.com. Menerusi laman web ini syarikat
memaparkan tentang latarbelakang syarikat, jenis-jenis produk yang dipasarkan, maklumat tentang
pengedar dan pengeksport produk syarikat dan cara untuk pelanggan menghubungi syarikat.
Pelanggan juga boleh berhubung dengan Adabi menggunakan Instagram,twitter dan whatsapp. Jenis-
jenis produk dipaparkan dengan penerangan dan gambar yang menarik. Pelanggan juga boleh melihat
pautan resipi masakan yang menggunakan produk Adabi. Menerusi Youtube, saluran rasmi Adabi
Malaysia memuat naik lebih daripada 100 video syarikat dengan jumlah pelanggan(subscriber) lebih
daripada 10,000 orang. Saluran ini digunakan untuk pengiklanan komersil produk ADABI dan juga
memuatnaik video demonstrasi cara memasak menggunakan produk syarikat. Program “Dapur
Bersama YatieKitchen” merupakan salah satu program masakan yang mendapat perhatian ramai
disiarkan di saluran rasmi syarikat di Youtube.
Pelanggan boleh membeli-belah secara online semua jenis produk Adabi menerusi emall.adabi.com. di
Facebook Adabi Consumer.yang mempunyai lebih daripada 169,000 pengikut (follower). Pengguna
facebook juga boleh melihat dan mencuba pelbagai resipi masakan terkini menerusi video yang
disiarkan, memberi komen dan bertanya soalan secara terus kepada pihak Adabi sendiri. Produk
ADABI juga boleh diperolehi dengan mudah dan pantas menerusi “Adabi Official Store” di platform
pemasaran LAZADA dan SHOPPEE.
(dipetik dan disesuaikan daripada https://www.adabi.com/ )
Jelaskan kaedah kawalan yang dilakukan oleh ADABI untuk menjamin kualiti dan keselamatan
produknya. [15]

You might also like