Professional Documents
Culture Documents
Kandungan
Jawatankuasa Penyediaan
YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar YA Tuan Mawardi bin Che Man
Hakim Syarie Hakim Syarie
Mahkamah Tinggi Syariah Mahkamah Tinggi Syariah
Tuan Mohd Sohibul Kahfi bin Hussin Tuan Mohd Nahar bin Mohamad
Hakim Syarie Hakim Syarie
Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah
Tuan Masnizar @ Mohd Nizar bin Mohtar Tuan Azharizal bin Arsad
Hakim Syarie Hakim Syarie
Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah
Sekapur Sireh
B
ismillahirrahmanirrahim....
Segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Allah s.w.t, Sang Pencipta
langit dan bumi serta segala isinya yang telah melimpahkan rahmat, hidayah
serta kasih sayang-Nya. Tak lupa pula selawat dan salam kami panjatkan
kepada Rasulullah s.a.w yang diutus ke bumi sebagai lentera bagi hati
manusia, Nabi yang telah membawa manusia dari zaman kebodohan menuju zaman yang
penuh dengan pengetahuan yang luar biasa seperti saat ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas
kepada Jawatankuasa Penyedia yang telah bertungkus lumus dan berjaya menyiapkan buku ini.
Buku ini disediakan bertujuan sebagai panduan dalam penyediaan perintah Mahkamah Syariah
Selangor yang seragam.
Seperti yang telah dimaklumi draf-draf perintah yang disediakan oleh Peguam Syarie dibuat
dengan pelbagai format dan bentuk. Bahkan perintah-perintah yang disediakan oleh
mahkamah-mahkamah di daerah juga berbeza-beza. Hakim dan Pendaftar yang menyemak
draf perintah tidak dipandu dengan satu formula yang seragam.
Ketidakseragaman ini menyebabkan beberapa masalah timbul terutamanya tempoh masa yang
diambil untuk urusan semakan dan pengeluaran perintah menjadi lebih panjang. Renteten
inilah Jabatan telah menubuhkan satu jawatakuasa yang diberi tanggungjawab untuk
mewujudkan satu garis panduan yang seragam dalam penyediaan perintah. Keseragaman
perintah-perintah sudah pasti akan memberikan identiti khusus kepada JAKESS dan akan
mempermudah dan mempercepat proses pengeluaran perintah.
Saya berharap agar Pembantu Pendaftar, Pendaftar, Peguam Syarie dan Hakim Syarie di
Selangor dapat memaksimumkan penggunaan buku ini dan seterusnya dapat mempercepat
urusan pengeluaran perintah. Sekian, terima kasih.
Mac 2016
Panduan Am
1. Menggunakan fon jenis Arial bersaiz 11, dengan jarak baris bersaiz 1.5.
2. Intitulement (tajuk am, nombor kes, nama pihak-pihak) dan fomat asas kerangka perintah hendaklah,
mutatis mutandis1, mengikut:
a) FORMAT-1 : Penghakiman
b) FORMAT-2 : Perintah
c) FORMAT-3 : Penghakiman Persetujuan
d) FORMAT-4 : Perintah Faraid
3. Kandungan dan intipati suatu perintah/penghakiman hendaklah mengikut FORMAT
KANDUNGAN. Penggunaan istilah Saman, Permohonan, Plaintif, Defendan dan sebagainya
hendaklah, mutatis mutandis, mengikut keperluan dan kesesuaian satu-satu perintah.
4. Arahan Amalan Bil. 1/2008 : Penyediaan Draf Perintah, hendalah dipatuhi.
5. Penulisan nombor dalam perintah/penghakiman hendaklah berpandukan peraturan-peraturan
berikut:
a) Nombor yang kurang daripada 10 (1-9) perlu ditulis dengan perkataan. Contoh:
“...dengan beriddah selama tiga kali suci"
b) Nombor bagi tahun kalender atau tarikh tidak perlu ditukarkan kepada ejaan,
sebaliknya dikekalkan dalam nombor. Contoh: “...yang diakadnikahkan pada 3
November 2015”.
c) Nombor yang melibatkan nilai mata wang (RM dan sen) ditulis dalam bentuk angka
dan tidak perlu dinyatakan dalm bentuk perkataan. Contoh: “... memerintahkan
Defendan membayar RM1.2 juta sebagai mut’ah...”.
d) Nombor pada alamat ditulis dalam bentuk angka. Contoh: “... di alamat No. 2, Jalan
Perdana 3/8...”
e) Nombor pecahan ditulis dalam bentuk angka dan tidak perlu dinyatakan dalam
perkataan. Contoh: 1/3, 7/144.
f) Simbol % tidak perlu dinyatakan dalam perkataan. Contoh: “...sebanyak 50%”.
6. Perkataan-perkataan berikut hendaklah diselaraskan ejaannya seperti ini:-.
Disclaimer
Penggunaan nama, alamat, nombor kad pengenalan,
harta, aset adalah rekaan bagi tujuan ilustrasi semata-
mata dan tiada kaitan dengan sesiapa.
FORMAT – 1
PENGHAKIMAN
DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI SABAK BERNAM
DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA “Borang MS...” tidak perlu dinyatakan.
SAMAN NO. : 10011-016-1698-2015 Tajuk perlulah mengandungi jenis tindakan
yang berkaitan iaitu:
ANTARA
SAMAN NO. :
MARIA RAI BINTI SUDIR PLAINTIF PERMOHONAN NO. :
(NO. K/P: 791212-10-4210)
DAN Sekiranya kes melibatkan banyak pihak,
maka nama-nama pihak yang terlibat
WAN HELMI BIN SAMAD DEFENDAN
(NO. K/P: 851212-10-5651) hendaklah dinyatakan.
Pilih jenis pihak-pihak yang bersesuaian:
DI HADAPAN HAKIM SYARIE
NAHAR BIN MOHAMAD Plaintif & Defendan
PADA 10 JULAI 2015 / Pemohon & Responden
13 MUHARRAM 1436H MAHKAMAH TERBUKA
Pemiutang Penghakiman &
PENGHAKIMAN Penghutang Penghakiman
Perayu & Responden
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif bersama Peguam
Syarie, Sohibul Kahfi Bin Aziz dan kehadiran Defendan bersama Peguam Maklumat pada intitulement atau Tajuk Am
Syarie, Azah Binti Rizal. SETELAH MENELITI semua kertas kausa, ditulis dalam Huruf Kapital dan ditebalkan
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut: (BOLD)
Seseorang yang belum dewasa atau yang
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini di bawah Seksyen 58 Enakmen hilang upaya atau yang telah mati dan
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar RM15,000.00 sebagai litem atau pentadbir, maka butir-butir
wakilan hendaklah dinyatakan.
mut’ah kepada Plaintif.
Contoh:
3. Mahkamah memerintahkan Plaintif diawardkan kos sebanyak RM2500. MARIA RAI BINTI SUDIR
(NO. K/P: 791212-10-4210)
melalui penjaga ad litemnya
Bertarikh pada 28 Julai 2015 RANI BINTI SUDIR
(Meterai) (NO. K/P: 891212-10-4320)
…………………………..
Hakim / Pendaftar
PENGENDORSAN
Ambil perhatian bahawa, jika anda abai mematuhi perintah (atau
penghakiman) ini, dalam masa yang dihadkan dalamnya, atau dalam masa
empat hari selepas penyampaian perintah ini kepada anda, mengikut mana-
mana yang terkemudian, maka anda melakukan suatu penghinaan
Mahkamah dan dengan itu boleh dikomitkan ke penjara.
…………………………..
Hakim/Pendaftar
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif bersama Peguam Bulan pada tarikh hendaklah dieja
Syarie, Sohibul Kahfi Bin Aziz dan kehadiran Defendan bersama Peguam penuh.
Syarie, Azah Binti Rizal. SETELAH MENELITI semua kertas kausa, Jenis sidang perbicaraan hendaklah
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut: ditulis sewajarnya dan Jadual Pertama,
Kaedah-Kaedah Tatacara Mal
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini di bawah Seksyen 58 Enakmen Mahkamah Syariah (Fi, Elaun & Kos)
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. 2006 terpakai iaitu:
PENGENDORSAN
Ambil perhatian bahawa, jika anda abai mematuhi perintah (atau
penghakiman) ini, dalam masa yang dihadkan dalamnya, atau dalam masa
empat hari selepas penyampaian perintah ini kepada anda, mengikut mana-
mana yang terkemudian, maka anda melakukan suatu penghinaan
Mahkamah dan dengan itu boleh dikomitkan ke penjara.
…………………………..
Hakim/Pendaftar
ANTARA
ANTARA
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar RM15,000.00 sebagai FARAID sila rujuk Format Perintah.
Bagi kandungan PENGHAKIMAN
mut’ah kepada Plaintif.
kes Hakam, penryataan berikut
3. Mahkamah memerintahkan Plaintif diawardkan kos sebanyak RM2500.
digunakan:
KES ini diputuskan pada hari
Bertarikh pada 28 Julai 2015 ini dengan kehadiran Plaintif
(Meterai) bersama Peguam Syarie,
Sohibul Kahfi Bin Aziz dan
…………………………..
kehadiran Defendan bersama
Hakim / Pendaftar
Peguam Syarie, Azah Binti
Rizal, dan kehadiran kedua-
PENGENDORSAN dua Hakam. SETELAH
Ambil perhatian bahawa, jika anda abai mematuhi perintah (atau MENELITI kertas-kertas
kausa dan Laporan Majlis
penghakiman) ini, dalam masa yang dihadkan dalamnya, atau dalam masa
Tahkim bertarikh 4
empat hari selepas penyampaian perintah ini kepada anda, mengikut mana-
September 2015, MAKA
mana yang terkemudian, maka anda melakukan suatu penghinaan ADALAH DIHAKIMKAN
Mahkamah dan dengan itu boleh dikomitkan ke penjara. seperti berikut:
…………………………..
Hakim/Pendaftar
ANTARA
PENGHAKIMAN
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif bersama Peguam
Syarie, Sohibul Kahfi Bin Aziz dan kehadiran Defendan bersama Peguam
Syarie, Azah Binti Rizal. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
ANTARA
PENGHAKIMAN
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif bersama Peguam
Syarie, Sohibul Kahfi Bin Aziz dan kehadiran Defendan bersama Peguam
Syarie, Azah Binti Rizal. SETELAH MENELITI semua kertas kausa,
keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
PENGENDORSAN
PENGENDORSAN ini hanya
Ambil perhatian bahawa, jika anda abai mematuhi perintah (atau
dinyatakan sekiranya berlaku situasi di
penghakiman) ini, dalam masa yang dihadkan dalamnya, atau dalam
bawah Seksyen 135(3) Enakmen
masa empat hari selepas penyampaian perintah ini kepada anda,
mengikut mana-mana yang terkemudian, maka anda melakukan
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
suatu penghinaan Mahkamah dan dengan itu boleh dikomitkan ke (Negeri Selangor) 2003.
penjara.
…………………………..
Hakim/Pendaftar
FORMAT – 2
ANTARA
PERINTAH
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon 1 dan
Pemohon 2 bersama Peguam Syarie, Azah Binti Rizal. SETELAH MENELITI PERINTAH
semua kertas kausa, keterangan dan hujahan,
MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
Syarak.
PERINTAH ini difailkan oleh Tetuan Azah & Associates yang beralamat
penyampaian di Plaza Perangsang, Tingkat 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
FORMAT – 3
ANTARA
PENGHAKIMAN PERSETUJUAN
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif dan kehadiran PENGHAKIMAN
Defendan. SETELAH MENELITI Perjanjian Persetujuan bertarikh 10 Julai PERSETUJUAN
2015 dan SETELAH BERPUAS HATI bahawa perjanjian tersebut tidak
bercanggah dengan Hukum Syarak, MAKA ADALAH DISAHKAN,
DIREKODKAN, DAN DIPERINTAHKAN seperti berikut:
(Meterai)
…………………………..
Hakim / Pendaftar
FORMAT – 4A
PERINTAH FARAID
(Meterai)
…………………………..
Hakim / Pendaftar
FORMAT – 4B
PERINTAH FARAID
Nota: Pembahagian faraid ini adalah berdasarkan dua lapis kematian (munasakhah)
PERINTAH FARAID ini disediakan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang
beralamat penyampaian di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Aras 3, Persiaran
Masjid, 40000 Shah Alam Selangor.
Disclaimer
Harta Sepencarian
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 1222 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah mengisytiharkan bahawa harta dan aset di bawah ini adalah harta sepencarian
antara Plaintif dan Defendan3 iaitu;
2.1 Sebuah rumah teres beralamat di No. 13, Jalan Mentari 5/1, Seksyen 5,
40000 Shah Alam Selangor.
2.2 Sebidang tanah di HS (D) PT No. 24573 No. Lot 311 di Daerah Gombak,
Negeri Selangor.
2.3 Sebuah kereta Jeep Grand Cherokee (No Pendaftaran MK700).
2.4 8000 unit saham di ASN.
3. Mahkamah memerintahkan bahawa Plaintif adalah berhak ke atas harta / aset pada terma 2
di atas dengan kadar sebanyak 30% dan Defendan adalah sebanyak 70%.
Pengesahan Hibah
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(vi) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.2) 2015.
2. Mahkamah mensabitkan bahawa hibah yang dibuat oleh Jamadi Bin Ahmad pada 25 Julai
2010 adalah sah dan mengikut Hukum Syarak ke atas harta dan aset sepertimana berikut;
2.1. Sebuah rumah teres beralamat di No. 13, Jalan Gerbang U8/13, Bukit
Jelutong, Seksyen U8, 40000 Shah Alam Selangor.
2.2. Sebidang tanah di HS (D) PT No. 24573 No. Lot 207 di Daerah Kuala
Selangor, Negeri Selangor.
2.3. Sebuah kereta Porsche Panamera (No. Pendaftaran BK677)
2.4. 7000 unit saham di ASN.
Hadhanah
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan seksyen 824 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan bahawa hak jagaan (hadhanah) anak yang bernama Nicole Faria
Binti Nik Farhan (No. Mykid: 051020-10-1020) dan Naved Ferhad Bin Nik Farhan (No.
Mykid: 021020-10-3221) diserahkan kepada Plaintif.
3. Mahkamah memerintahkan Defendan diberikan hak lawatan harian bersama anak-anak
tersebut pada bila-bila masa yang sesuai dan munasabah dengan makluman kepada Plaintif
atau wakilnya.
4. Mahkamah memerintahkan Defendan diberikan hak untuk bersama dan bermalam dengan
anak-anak tersebut pada setiap hujung minggu kedua dan keempat, manakala Plaintif
diberikan hak diberikan hak untuk bersama dan bermalam dengan anak-anak tersebut pada
setiap hujung minggu pertama, ketiga dan kelima (jika ada pada bulan tersebut).
Pengambilan anak-anak tersebut adalah pada hari Jumaat selepas jam 6.00 petang atau
selepas waktu sekolah (jika anak bersekolah petang) dan dipulangkan semula anak-anak
tersebut kepada Plaintif / Defendan / Penjaganya pada hari Ahad sebelum jam 6.00
petang.
5. Mahkamah memerintahkan hak bersama dan bermalam dengan anak-anak tersebut pada
hari perayaan hendaklah dipraktis secara bergilir-gilir setiap tahun seperti berikut;
6.1. Aidilfitri bagi tahun 2016H / 1437H - Defendan diberikan hak bersama dan
bermalam dengan anak-anak tersebut pada sepenuhnya. Manakala Aidilfitri
bagi tahun 2017H / 1438H - Plaintif diberikan hak bersama dan bermalam
dengan anak-anak tersebut sepenuhnya. Anak-anak tersebut boleh diambil
selewat-lewatnya pada hari terakhir Ramadhan mulai jam 10.00 pagi dan
dipulangkan sehari sebelum cuti sekolah berakhir.
6.2. Aidiladha bagi tahun 2016M / 1437H - Plaintif diberikan hak bersama dan
bermalam dengan anak-anak tersebut sepenuhnya. Manakala tahun 2017M /
1438H - Defendan diberikan hak bermalam dengan anak-anak tersebut
sepenuhnya. Anak-anak tersebut boleh diambil mulai jam 10.00 pagi sehari
sebelum dan dipulangkan sebelum jam 6.00 petang sebelum berakhir cuti hari
raya Aidiladha tersebut.
6. Mahkamah memerintahkan hak bersama dan bermalam dengan anak-anak tersebut pada
cuti persekolahan hendaklah dibahagikan sama rata antara Plaintif dan Defendan (apabila
anak mula memasuki alam pra-persekolahan). Bagi cuti pertengahan semester dan cuti
pertengahan tahun, hak Plaintif adalah pada awal cuti persekolahan tersebut dan
kemudiannya hak Defendan selepas itu. Bagi cuti akhir tahun, hak bersama dan bermalam
dengan anak tersebut adalah dalam tempoh satu minggu yang dimulai dengan Defendan
terlebih dahulu dan kemudiannya satu minggu dengan Plaintif serta digilirkan sehingga cuti
persekolahan tersebut berakhir.
7. Mahkamah memerintahkan sebarang perubahan terhadap pelaksanaan terma empat, lima
dan enam adalah atas perbincangan dan persetujuan daripada kedua-dua pihak.
8. Mahkamah memerintahkan hak bermalam yang diberikan kepada Defendan adalah
bergantung kepada kemahuan, kehendak dan kondisi anak-anak tersebut tanpa paksaan
atau halangan daripada Plaintif, Defendan dan / atau ahli keluarga masing-masing. Bagi
penentuan pelaksanaan ini, ia dibuat setelah Defendan mendengar dan / atau melihatnya
sendiri keadaan anak-anak tersebut.
9. Mahkamah memerintahkan lokasi pengambilan dan penyerahan anak-anak tersebut
hendaklah dibuat di tempat tinggal anak-anak tersebut atau di sekolah anak-anak tersebut
(pada waktu sekolah) atau lokasi lain dengan persetujuan kedua-dua pihak.
10. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan hendaklah memaklumkan kepada pihak
satu lagi sekiranya berlaku sebarang musibah atau sakit ke atas anak-anak tersebut semasa
dalam jagaan mana-mana pihak.
11. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan dibenarkan mengambil anak-anak
tersebut untuk majlis keraian, musibah, kemalangan, kematian atau sebagainya dengan
memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak yang menjaga anak-anak tersebut ketika itu
serta atas persetujuan pihak tersebut.
12. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan dibenarkan untuk berkomunikasi
dengan anak-anak tersebut ketika di bawah jagaan mana-mana pihak, pada setiap masa
yang munasabah sama ada melalui telefon dan / atau internet dan / atau sebarang alat
perhubungan lain.
13. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan hendaklah memaklumkan kepada pihak
satu lagi sekiranya berlaku pertukaran alamat tempat tinggal atau nombor telefon masing-
masing.
14. Mahkamah memerintahkan Plaintif atau Defendan dan / atau ahli keluaga masing-masing
adalah dilarang dan ditegah daripada memburuk-burukkan, menghina, mengkeji dan / atau
mengaibkan mana-mana pihak di hadapan anak-anak tersebut.
15. Mahkamah memerintahkan Plaintif atau Defendan dan / atau ahli keluaga masing-masing
adalah dilarang dan ditegah daripada menceroboh atau mengganggu Plaintif atau Defendan
semasa proses bersama dan bermalam dengan anak-anak tersebut.
Pengesahan Wasiat
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 225 Enakmen Wasiat (Negeri
Selangor) 1999.
2. Mahkamah mensabitkan bahawa wasiat yang dibuat oleh Allahyarham Masood Azad Bin
Tajul pada 6 Mac 2003 adalah sah dan mengikut Hukum Syarak.
3. Mahkamah memerintahkan bahawa kereta Land Rover Range Evoque (No. Pendaftaran:
DK7777) diserahkan kepada Fawwad Bin Faez (No. K/P: 820305-10-5099)6.
Kebenaran Poligami
1. Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif untuk berpoligami dengan Seri Kuntum Binti
Kamil (No. K/P: 850520-03-5044) berdasarkan Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Plaintif menunaikan tanggungjawab terhadap perkara berikut;
2.1. Nafkah isteri sebanyak RM700 sebulan.
2.2. Nafkah anak-anak: RM400 bagi dua orang anak berjumlah RM800 sebulan.
2.3. Nafkah bakal isteri sebanyak RM700 sebulan.
2.4. Kos tempat kediaman isteri dan anak-anak sebanyak RM800 sebulan.
2.5. Kos tempat kediaman bakal isteri sebanyak RM600 sebulan.
2.6. Giliran bermalam kepada isteri pertama tiga malam dan bakal isteri empat
malam. Manakala bagi cuti hujung minggu akan dibahagikan secara bergilir-
gilir.
2.7. .......................7
3. Mahkamah memerintahkan bahawa terma dua di atas berkuatkuasa mulai dari tarikh
Plaintif berpoligami.
4. Mahkamah memerintahkan bahawa permohonan tuntutan harta sepencarian yang timbul
daripada pernikahan poligami ini berdasarkan Seksyen 23 (10) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 boleh dibuat secara berasingan.
5 atau Seksyen 23, 24, 25, 26, 27 atau mana-mana peruntukan yang berkaitan.
6 Terma perintah mengikut kandungan wasiat yang berkaitan.
7 Lain-lain terma jika perlu.
4.1 Sebuah rumah teres beralamat di No. 13, Jalan Mentari 5/1, Seksyen 5,
40000 Shah Alam Selangor dengan bahagian Plaintif sebanyak 50% dan
bahagian Defendan 50%.
5. Mahkamah memerintahkan bahawa kebenaran poligami ini hanya berkuatkuasa selama 90
hari selepas diluluskan.
Interim Nafkah
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 202 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Responden menanggung interim nafkah anak12 sebanyak
RM450 sebulan.
11 atau melalui Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa menyerahkan permohonan dan afidavit tersebut.
12 atau isteri atau orang dalam tanggungan.
13 atau Seksyen 200, dan/atau Seksyen 105, 106, 107, 108 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003.
14 Apa-apa terma yang diluluskan oleh Mahkamah.
15 atau Seksyen 200, dan/atau Seksyen 105, 106, 107, 108 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003.
Perintah Pengkomitan
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 151(1)(a)(aa)21 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah menolak tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Responden.
3. Mahkamah memerintah Responden dikomitkan ke penjara selama 30 hari22 berkuatkuasa
mulai hari ini.
16 atau melalui Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa menyerahkan permohonan dan afidavit tersebut.
17 Terdapat tujuh situasi di bawah Seksyen 154(1) yang memerlukan kepada Kebenaran Pelaksanaan.
18 atau Seksyen 151(1)(a)(bb), 151(1)(b)(aa), 151(1)(b)(bb).
19 Ibid.
20 atau melalui Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa menyerahkan permohonan dan afidavit tersebut.
Semakan
1. Mahkamah meluluskan permohonan semakan ini berdasarkan Seksyen 66 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.2) 2015.
2. Mahkamah memerintahkan Perintah Mahkamah Rendah Syariah Klang (Saman No.:10003-
054-1720-2015) bertarikh 6 November 2015 dibatalkan.25
3. Mahkamah memerintahkan kes tersebut hendaklah dibicara semula di hadapan Hakim yang
sama atau mana-mana hakim lain yang kompeten.26
26 Ibid.
Perintah Pentadbir / Penjaga Ad-Litem / Penjaga Bagi Diri / Harta / Anak Yatim
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 24 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 200329.
2. Mahkamah melantik Pemohon, Kriti Sanon Binti Karim Shah (No. K/P: 781009-08-5998)
sebagai Pentadbir / Penjaga Ad-Litem / Penjaga ke atas anak-anak / kanak-kanak yang
bernama;
2.1 Sonia Binti Salim (No. K/P: 090809-10-7410)
2.2 Shaad Bin Salim (No. K/P : 101106-03-6249)
3. Mahkamah memutuskan bahawa Pemohon diberi kuasa untuk melindungi / mengurus dan
mentadbir harta anak-anak / kanak-kanak tersebut sehingga anak-anak / kanak-kanak
tersebut mencapai umur 18 tahun.
Perceraian Talaq
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan membenarkan Defendan untuk
melafazkan talaq satu.
2. Mahkamah mensabitkan, dengan lafaz talaq tersebut, maka jatuhlah talaq satu kali ketiga
berjumlah tiga talaq secara talaq ba-in kubra terhadap Plaintif dengan ber’iddah selama
tempoh tiga kali suci30 mulai hari ini 15 Januari 2016 jam 1.10 tengah hari.
3. Mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam
Daereh Petaling dan Sijil Nikah Bil. Daftar 675/98 Negeri Selangor dibatalkan.
4. Mahkamah merekodkan dan memerintahkan berdasarkan persetujuan pihak-pihak seperti
berikut:31
4.1. Plaintif menggugurkan haknya terhadap nafkah ‘iddah.
4.2. Defendan membayar sejumlah RM8000 sebagai mut’ah kepada Plaintif.
4.3. Defendan membayar nafkah bagi seorang anak bernama Nargis Fakhri
Binti Nur Farhan (No. Mykid: 030516-05-6884)
Pengesahan Cerai
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah mensabitkan lafaz yang dibuat di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah pada 1
Januari 2014 jam 3.40 pagi adalah sah dan menjatuhkan talaq.32
3. Mahkamah memutuskan mulai tarikh dan waktu tersebut, jatuhlah talaq satu kali pertama
berjumlah satu talaq secara talaq raj’i terhadap Plaintif dengan ber’iddah sehingga
keguguran atau melahirkan anak.
4. Mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam
Daerah Petaling dan Sijil Nikah Bil. Daftar 675/78 Negeri Selangor dibatalkan.
32Lafaz talaq yang menjadi isu boleh dinyatakan jika bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam situasi yang
melibatkan banyak lafaz.
Tebus Talaq/Khul’
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 49 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
2. Mahkamah memutuskan jumlah bayaran tebus talaq yang kena bayar oleh Plaintif adalah
sebanyak RM1500.
3. Mahkamah mensabitkan, dengan lafaz tebus talaq tersebut, maka jatuhlah talaq satu kali
pertama berjumlah satu talaq secara talaq ba-in sughra terhadap Plaintif dengan ber’iddah
selama tempoh tiga kali suci mulai hari ini.
4. Mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam
Daereh Petaling dan Sijil Nikah Bil. Daftar 675/98 Negeri Selangor dibatalkan.
Fasakh
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah mensabitkan tempat di mana beradanya Defendan telah tidak diketahui sejak
Januari 2014 sehingga November 2015.33
3. Mahkamah memerintahkan pernikahan Plaintif dan Defendan dibubarkan dan difasakhkan
mulai hari ini 4 Disember 2015 jam 10.00 pagi. Plaintif hendaklah ber’iddah selama tempoh
tiga kali suci mulai hari ini.
33 Seksyen 53(1)(b)
Mahkamah mensabitkan Defendan telah cuai mengadakan peruntukan nafkah kepada Plaintif sejak Januari
2014 sehingga November 2014.
Mahkamah mensabitkan Defendan telah tidak mengadakan peruntukan nafkah kepada Plaintif sejak Januari
2014 sehingga November 2014.
Seksyen 53(1)(c)
Mahkamah mensabitkan Defendan telah dihukum penjara sejak Januari 2000 sehingga November 2015.
Seksyen 53(1)(d)
Mahkamah mensabitkan Defendan telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan
pernikahannya (nafkah batin) sejak Januari 2014 sehingga November 2015.
Seksyen 53(1)(e)
Mahkamah mensabitkan Defendan telah mati pucuk bagi tempoh 24 Februari 2010 sehingga April 2011.
Seksyen 53(1)(f)
Mahkamah mensabitkan Defendan telah gila sejak tahun 2002 sehingga tahun 2005.
Mahkamah mensabitkan Defendan sedang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit
(AIDS).
Seksyen 53(1)(g)
Mahkamah mensabitkan bahawa Plaintif menolak perkahwinannya oleh wali Mujbir sebelum Plaintif
mencapai umur baligh dan Plaintif belum disetubuhi oleh Defendan.
Seksyen 53(1)(h)
Mahkamah mensabitkan Defendan telah lazim menyakiti Plaintif.
Seksyen 53(1)(i)
1. Mahkamah mensabitkan Defendan telah sengaja enggan menyetubuhi Plaintif bagi tempoh 4 bulan sejak
tarikh pernikahan 24 Januari 2015.
2. Mahkamah memerintahkan pernikahan Plaintif dan Defendan dibubarkan dan difasakhkan mulai hari ini 4
Jun 2015 jam 10.00 pagi tanpa Plaintif perlu menjalani tempoh ‘iddah.
Perceraian Ta’liq
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah mensabitkan aduan Plaintif bahawa Defendan telah meninggalkan dan telah
tidak memberikan nafkah kepada Plaintif bagi tempoh Januari 2014 sehingga Oktober 2014
berturut-turut.
3. Mahkamah merekodkan telah menerima iwadh bagi pihak Defendan sebanyak RM10.00.34
4. Mahkamah mensabitkan mulai hari ini, 1 Januari 2014 jam 10.40 pagi, jatuhlah talaq satu
kali pertama berjumlah satu talaq secara talaq ba-in sughra terhadap Plaintif dengan
ber’iddah selama tiga bulan.
5. Mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam
Daerah Petaling dan Sijil Nikah Bil. Daftar 675/98 Negeri Selangor dibatalkan.
Faraq Nikah
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.2) 2015.
2. Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan antara Plaintif dengan Defendan yang
diakadnikahkan pada 10 Mac 2011 di Kampung Budu, Narathiwat Thailand adalah suatu
pernikahan yang tidak sah dan tidak mengikut Hukum Syarak.
3. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan difaraqkan serta-merta mulai hari ini 19
Mac 2016 jam 10 pagi. Plaintif hendaklah ber’iddah selama tempoh tiga kali suci mulai hari
ini.
4. Mahkamah mensabitkan persetubuhan yang berlaku antara Plaintif dan Defendan sejak 10
Mac 2011 adalah persetubuhan syubhah.35
Pengesahan Nikah
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 12 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah mensabitkan pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 236 yang
diakadnikahkan pada 10 Mac 2011 di Kampung Budu, Narathiwat Thailand adalah sah dan
mengikut Hukum Syarak.
3. Mahkamah memerintahkan pernikahan ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam
Daerah yang berbidangkuasa.
Pengesahan Ruju’
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.2) 2015.
2. Mahkamah mensabitkan ruju’ antara Plaintif dan Defendan pada 23 Julai 2001 jam 5.00
petang adalah sah dan mengikut Hukum Syarak.
3. Mahkamah memerintahkan ruju’ ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam yang
berbidangkuasa.
Wali Enggan
1. Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif berdasarkan Seksyen 13(b) Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
2. Mahkamah mensabitkan Defendan telah enggan memberikan persetujuan untuk
mewalikan pernikahan Plaintif tanpa sebab yang mencukupi mengikut Hukum Syarak.
3. Mahkamah memberi kebenaran kepada Plaintif untuk berkahwin dengan Naveen
Kasturia Bin Nawid Zen (No. KP: 901230-10-5063) secara wali Raja di Negeri Selangor
atau mana-mana negeri dalam atau luar Malaysia.
4. Mahkamah memerintahkan kebenaran ini hanya berkuatkuasa selama 90 hari selepas
diluluskan.
Wali Raja
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 18(1)(c) Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
2. Mahkamah memberi kebenaran kepada Pemohon untuk berkahwin dengan Sikander
Rizvi Bin Salehuddin (No. KP: 851011-04-5063) secara wali Raja di Negeri Selangor atau
mana-mana negeri dalam atau luar Malaysia.
3. Mahkamah memerintahkan kebenaran ini hanya berkuatkuasa selama 90 hari selepas
diluluskan.
Nafkah Isteri
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah isteri kepada Plaintif sebanyak
RM450 sebulan.37
Nafkah ‘Iddah
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 66 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah ‘iddah bagi tempoh ‘iddah
Plaintif berjumlah RM3,000.38
Nafkah Anak
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 74 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah bulanan bagi dua orang anak
seperti berikut39:-
2.1 Afzal Bin Ali (No. Mykid: 031204-10-5563) sebanyak RM 200 sebulan
2.2 Ayesha Binti Ali (No. Mykid: 051204-10-5562) sebanyak RM 150 sebulan.
39 Ibid.
40 atau Seksyen 81
Ubah Perintah
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 7642 Enakmen Undang-Undang
Keluarga (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah bulanan bagi seorang anak yang
bernama Katrina Keef Binti Kaharudeen (No. Mykid: 020809-10-9562) berjumlah RM1600
sebulan.
3. Mahkamah memerintahkan terma43 empat Penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Shah
Alam (Saman No.: 10008-055-1022-2013) bertarikh 8 Julai 2014 dibatalkan.
Pengesahtarafan Anak
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(iii) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.2) 2015.
2. Mahkamah mensabitkan persetubuhan yang berlaku antara Plaintif dan Defendan sejak 10
Mac 2011 adalah persetubuhan syubhah.44
3. Mahkamah mensabitkan bahawa Afia Nathaniel Abdullah (No. Mykid: 001210-10-1008)
adalah anak sah taraf dan hendaklah dinasabkan kepada Defendan sebagai bapa.
4. Mahkamah memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara membuat pindaan sewajarnya
pada Daftar Kelahiran anak tersebut.45
45Terma ini dimasukkan jika sijil kelahiran memerlukan kepada sebarang pindaan kesan daripada keputusan
Mahkamah.
Sabitan Nusyuz
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) (No.2) 2015.
2. Mahkamah mensabitkan Defendan telah nusyuz bermula 10 Januari 2016.46
Bantahan Awal
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan kes Saman No.: 10300-028-0312-2010 ditolak dan saman bagi
kes ini dibatalkan.47
Tarik Balik
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan subseksyen 95(1) Enakmen Tatacara
Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan saman bagi kes tersebut adalah dibatalkan dengan kebenaran
untuk memfailkan semula kes.49
3. Mahkamah memerintahkan Defendan diawardkan dengan kos sebanyak RM500.50
Buang Kes
1. Mahkamah memerintahkan kes ini dibuang berdasarkan Seksyen 121(1)(a) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan saman bagi kes tersebut dibatalkan.
49 Kebenaran memfailkan semula adalah atas budi bicara Hakim sama ada untuk dimasukkan atau tidak.
50 Perintah berkaitan kos adalah atas permohonan dan budi bicara Hakim.
Perintah Bersaling
1. Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan seksyen 75 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah mengendorskan penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
Kota Bharu Kelantan bertarikh 18 April 2015 melalui kes Saman No.: 03100-028-1058-
2014.
51 atau melalui Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa menyerahkan permohonan dan afidavit tersebut.
52 Terma ini dimasukkan sekiranya perlu dan berkaitan.
53 Cara bayaran adalah berdasarkan Seksyen 178(3).
Notis Penghakiman
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 181 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Penghutang Penghakiman dikomitkan ke penjara selama
tempoh 30 hari.54
56 Jaminan adalah mengikut apa yang diputuskan oleh Mahkamah sekiranya perlu.
Disclaimer
Penggunaan nama, alamat, nombor kad pengenalan,
harta, aset adalah rekaan bagi tujuan ilustrasi semata-
mata dan tiada kaitan dengan sesiapa.
ANTARA
PENGHAKIMAN
KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarie,
Sohibul Kahfi Bin Aziz dan kehadiran Defendan bersama Peguam Syarie, Azah Binti
Rizal. SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA
ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut:
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini di bawah Seksyen 58 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar RM15,000.00 sebagai mut’ah
kepada Plaintif.
3. Mahkamah memerintahkan Plaintif diawardkan kos sebanyak RM2500.
(Meterai) …………………………..
Hakim / Pendaftar
PENGHAKIMAN ini difailkan oleh Tetuan Sohib & Associates yang beralamat
penyampaian di No. 12, Jalan 7/12, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.