You are on page 1of 3

Program RIMUP

21 Oktober 2022

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Yang Berusaha ENCIK MD HISHAMUDDIN BIN MD YAACOB


GURU BESAR SK SUBANG BESTARI 2
Yang dihormati,
1.PUAN HALIJAH BINTI MAT ALI
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.PUAN ROZAIMAH BINTI RAHAMAD
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
3.PUAN ROZITA BINTI IBRAHIM
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
4.PUAN HAJAH ARBAI’YAH BINTI HAMZAH
PENOLONG KANAN PETANG
serta para guru dan murid-murid SK Subang Bestari 2 yang dihormati
sekalian…

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul
untuk memeriahkan P r o g r a m R a n c a n g a n I n t e g r a s i M u r i d
Untuk Perpaduan dimana nama singkatannya ialah
R I M U P . T u j u a n p r o g r a m i n i d i a d a k a n a d a l a h untuk
mengeratkan perpaduan dikalangan murid yang berbilang bangsa, etnik,
budaya dan agama.

Para guru dan murid-murid sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Tuan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*************************************UCAPAN
GB************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan oleh Tuan Guru
Besar itu tadi.
Majlis diteruskan dengan persembahan murid. Untuk persembahan
pertama dipersilakan murid-murid Kelas Moral Tahun 2 dan 3 untuk
membuat persembahan Gurindam yang bertajuk Pesta Cahaya.
*****************************PERSEMBAHAN
1****************************
Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.
Kita teruskan majlis dengan persembahan ke 2 iaitu Tarian Bollywood.
Dipersilakan.
*****************************PERSEMBAHAN
2****************************
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang telah membuat
persembahan yang sangat menarik itu tadi.

Acara seterusnya ialah penyerahan angpow kepada guru-guru dan


murid-murid yang terlibat. Untuk itu, dipersilakan Tuan Guru Besar
Encik Md. Hishamuddin bin Md. Yaacob diiringi PK Petang Pn Hajah
Arbaiyah untuk menyerahkan angpaw.

Dipersilakan
Cikgu Karthi.....Cikgu Vicky.....Cikgu Ong

Seterusnya dipersilakan murid-murid Kelas Moral Tahun 1


Dipersilakan murid-murid Kelas Moral Tahun 2
Akhir sekali, dipersilakan murid-murid Kelas Moral Tahun 3

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar diatas kesudian


untuk menyerahkan angpaw itu tadi.
Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
Program RIMUP pada hari ni.

Sebelum bersurai, terimalah serangkap pantun dari saya.


Merah rona bunga raya,
Kuntum mekar disinar mentari,
Hadir Diwali pesta cahaya,
Warna warni menambah seri.

Minyak kelapa disapu di badan,


Menjamah murukku licin sebalang,
Raikan Deepavali bersama jiran,
Minoriti majoriti bukan penghalang.

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang merayakannya.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t.

You might also like