You are on page 1of 3

Garis Panduan Kertas Kerja dan Pembentangan PEP (BLHW 2772)

PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN PEP (BLHW 2772)

1. Markah hasil tugasan adalah 30% dan 30% lagi adalah daripada pembentangan hasil
tugasan.
2. Tugasan disediakan secara berkumpulan (MESTI terdiri daripada pelbagai etnik, kecuali
mendapat kebenaran pensyarah).
3. Setiap ahli kumpulan MESTI memberi kerjasama. Jika terdapat sebarang aduan
daripada ahli-ahli kumpulan mengenai anda, ia mungkin menjejaskan markah yang akan
anda perolehi.
4. Semua urusan surat menyurat yang berkait dengan pihak luar perlu mendapatkan surat
rasmi daripada pensyarah subjek terutama kajian yang melibatkan temubual, borang soal
selidik atau kaedah pemerhatian.

5. Kandungan Kertas Kerja/Laporan kajian lapangan adalah seperti berikut:

i. Bilangan muka surat 15-20 halaman

ii. Huruf bersaiz 12 dan menggunakan huruf Times New Roman, selang 2 baris.
(double spacing)

ii. Keterangan muka hadapan seperti berikut:

-Nama Universiti

-Semester

-Kod Subjek

-Nama Pelajar

-No. matrik

-Nama Pensyarah

6. Kandungan kertas kerja adalah seperti berikut:


a. Tajuk
b. Isi kandungan
c. Pengenalan
d. Objektif kajian
e. Sorotan literatur (kajian perpustakaan)
f. Kaedah penyelidikan
g. Penemuan dan perbincangan hasil kajian
h. Rumusan dan cadangan (jika berkenaan)
i. Senarai rujukan (Format pengarang tarikh)
j. Lampiran (Jika ada)

1
Garis Panduan Kertas Kerja dan Pembentangan PEP (BLHW 2772)

7. Format penulisan
-Isi perbincangan hendaklah mengikut kaedah Pengarang-Tarikh, nota hujung atau nota
kaki
-Bibliografi disusun seperti berikut:
Ahmad Bin Salim. 1991. Pelancongan Di Melaka. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
-Rujukan sekurang-kurangnya 5 buah buku dan 5 sumber internet.

8. Tarikh penghantaran kertas kerja adalah pada minggu ke 10 pengkuliahan.

PEMBENTANGAN POSTER

9. Markah pembentangan adalah 30%.


10. Masa pembentangan adalah 10 minit dan sesi soal jawab lebih kurang 5 – 10 minit
sahaja.
11. Pembentangan adalah berdasarkan kepada ringkasan hasil tugasan.
12. Pembentangan tugasan harus mempunyai kemahiran berikut:
a. Kemahiran pembentangan – verbal, bukan verbal, kerjasama, soal jawab,
kreativiti dan pengurusan masa.
b. Kandungan–pengenalan,objektif kajian, kaedah,penemuan dan perbincangan, dan
cadangan.

13. Setiap ahli kumpulan wajib hadir dan ke hadapan semasa pembentangan. Markah yang
sama akan diberi kepada setiap ahli kumpulan. Pelajar yang tidak dapat hadir semasa
pembentangan tugasan tanpa sebab (bukti ketidakhadiran) tidak akan diberi markah
pembentangan.
14. Sila patuhi kod dan etika pakaian UTeM semasa pembentangan.
15. Sila lihat link berikut untuk maklumat lanjut:
https://people.utm.my/akmaliza/2020/04/30/pembentangan-poster/

16. Skala Pemarkahan kerta kerja/laporan kajian lapangan adalah seperti berikut:

KERTAS KERJA / LAPORAN KAJIAN (30%)

BIL. PERKARA MARKAH


1 PENGENALAN /2
2 DEFINISI /2
3 OBJEKTIF /2
4 HURAIAN /18
5 KESIMPULAN /2
6 RUJUKAN /2
7 FORMAT /2
JUMLAH /30

2
Garis Panduan Kertas Kerja dan Pembentangan PEP (BLHW 2772)

PEMBENTANGAN POSTER (30%)


BIL PERKARA MARKAH
.
1 PENGENALAN /5
2 HURAIAN /15
3 KREATIVITI /5
4 KEMAHIRAN /5
INSANIAH
5 JUMLAH /30

You might also like