You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

KALI KE-2 2023/2024


SJKC SAN MIN 2, TELUK INTAN, PERAK.

HARI : ISNIN
TARIKH : 19 JUN 2023
MASA : 10.30 Pagi
TEMPAT : BILIK AGAMA SAN MIN 2

KEHADIRAN :
1. EN Eng Kok Leong ( Penolong Kanan 1 )
2. Pn Zahratun Binti Abdul Mansor ( Ketua Panitia Pendidikan Islam )
3. En Muhammad Faiz bin Mohd Sarwani ( Setiausaha )

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat panitia.
1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

 Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti minit mesyuarat yang lalu


seterusnya membuat pengesahan.
 En Muhammad Faiz mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa
pindaan dan disokong oleh Puan Zahratun.
Tindakan: Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit
Tindakan : Makluman

4 FOKUS MESYUARAT/ ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD)


- Semua PBD murid perlu dikemaskini setiap minggu di folder Rekod
Perkembangan Murid didalam google classroom.
Tindakan: Makluman

4.2 Penyelarasan Penulisan e-RPH.


Penulisan e-RPH mengandungi standard pembelajaran, objektif
pembelajaran, aktiviti PdPC, penilaian dan impak atau refleksi.Guru
hendaklah mengisi bahagian impak atau refleksi dengan lengkap.
Tindakan: Makluman
4.3 Anggaran Perbelanjaan
 Peruntukan untuk panitia Pendidikan Islam akan digunakan dengan
sebaik mungkin untuk membeli bahan bantu mengajar dan menjalankan
aktiviti untuk murid sepanjang tahun.
Tindakan: Makluman

4.4 Program dan Aktiviti Sepanjang Tahun:

 Panitia telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena sambutan Ihya


Ramadan yang lalu, seperti mewarna, hafazan,bacaan Al-Quran
terbaik, khat , Tadarus Al-Quran dan kuiz
 Panitia juga melaksanakan program bagi mempertingkatkan kemahiran
jawi dan al-Quran di kalangan murid-murid. Program ini akan berlaku
sepanjang tahun iaitu latih tubi jawi dan bacaan tasmik bagi murid yang
belum mampu membaca Al-Quran.
Tindakan: Guru Pendidikan Islam

4.5 Pendekatan Bertema

 Guru penyelaras Pendekatan Bertema dan Pk Pentadbiran telah menghadiri


satu taklimat Pendekatan Bertema di PPD pada 10.05.2023 . Menurut PPD,
Pendekatan Bertema akan mula dilaksananakan mulai bulan
September.Guru Penyelaras perlu menghantar maklumat-maklumat
terperinci kepada PPD pada bulan Ogos untuk tujuan pemantauan
perlaksanaan Pendekatan Bertema di peringkat sekolah dan PPD akan
memantau perlaksanaan Pendekatan Bertema di sekolah mulai bulan
September.
 Bagi Panitia Agama hanya melibatkan murid-murid Tahap 2, Pendekatan
Bertema akan melibatkan gabungan 3/4 subjek setiap kelas dan
dilaksanakan 1 kali sahaja. Pihak sekolah akan menentukan subjek-subjek
Tahap 2 yang akan digabungkan nanti. Guru-guru yang terlibat diminta
berbincang untuk menyediakan Pendekan Bertema tersebut sebagai PLC.
 Satu taklimat Pendekatan Bertema akan diberikan oleh penyelaras
Pendekatan Bertema pada 23.05.2023 berdasarkan bahan taklimat
daripada PPD nanti. Selain itu, guru-guru diminta meneliti bahan-bahan
Pendekatan Bertema yang terdapat di Teams sebelum taklimat tersebut
diadakan.
 Pihak sekolah telah membuat pengagihan guru dan mata pelajaran yang
melibatkan Pengajaran Pendekatan Bertema.

Tindakan : Guru Pendidikan Islam


5 HAL-HAL LAIN

 Mengemaskini dan menghias bilik Pendidikan Islam mengikut susunatur


kelas pembelajaran abad ke 21.
 Duit peruntukan Kem Bestari Solat telah pun diterima dan akan di uruskan
oleh panitia.
Tindakan: Guru Pendidikan Islam

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan kemudian.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

................................ ...................................
( En Muhammad Faiz bin Mohd Sarwani) ( En Eng Kok Leong )
Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Panitia Pendidikan Islam, Sjkc San Min 2,
Sjkc San Min 2, Teluk Intan, Perak
Teluk Intan, Perak.

You might also like