You are on page 1of 1

NAMA BIASA :

DAUN SALAM @ BAY LEAF @ SERAI


KAYU

NAMA SAINTIFIK :
SYZGIUM POLYANTHUM

KEGUNAAN :

Daun salam popular bukan sahaja kerana aroma


yang dibangkitkan di dalam masakan, malah ia
juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat
kesihatan. Daun salam mudah digunakan dalam
pelbagai masakan kerana ia tidak mengubah rasa
masakan melainkan menambah aroma sahaja. Jadi
ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan
termasuk masakan jenis lemak, masak asam,
tumis, kari, sup, nasi dan lain-lain jenis masakan.
Jadi ia juga boleh dipadankan dengan bahan
masakan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran.

NAMA BIASA :
KUNYIT

NAMA SAINTIFIK :
CURCUMA LONGA

KEGUNAAN :

Ia merupakan sejenis rempah yang banyak


digunakan dalam kari dan masakan lain Asia
Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi
warna kuning pada masakan. Selain kegunaan
dalam masakan, kunyit juga terkenal di
kalangan masyarakat Melayu dan India dengan
khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman
badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu,
daun serta bunga kunyit memang digemari
sebagai ulam oleh sesetengah masyarakat Melayu.
Kunyit juga digunakan sebagai ubat antigatal,
antiseptik dan antikejang serta mengurangkan
pembengkakan selaput lendir mulut

You might also like