You are on page 1of 313

BBEK1103

PRINSIP
MIKROEKONOMI/
MIKROEKONOMI I
Munzarina Ahmad Samidi
Norehan Abdullah
Jamal Ali
Zalina Mohd Mohaideen

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Assoc Prof Dr Wardah Mohamad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Munzarina Ahmad Samidi


Norehan Abdullah
Jamal Ali
Zalina Mohd Mohaideen
Universiti Utara Malaysia

Moderator: Wan Azman Saini Wan Ngah


Universiti Putra Malaysia

Lilian Kek Siew Yick


Open University Malaysia

Penterjemah: Assoc Prof Dr Ahmad Zafarullah Abdul Jalil


Universiti Utara Malaysia

Dibangunkan oleh: Centre for Instructional Design and Technology


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Disember 2013


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2013, BBEK1103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi-xvi

Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi 1


1.1 Skop dan Kaedah Ilmu Ekonomi 2
1.1.1 Kaedah Ekonomi 2
1.1.2 Mikroekonomi dan Makroekonomi 4
1.2 Kekurangan, Pilihan dan Kos Melepas 5
1.2.1 Masalah Kekurangan 5
1.2.2 Pilihan dan Kos Melepas 6
1.3 Had Pengeluaran 8
1.3.1 Jadual Kemungkinan Pengeluaran 8
1.3.2 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) 10
1.4 Persoalan Asas Ekonomi dan Sistem Ekonomi 14
1.4.1 Persoalan Asas Ekonomi 15
1.4.2 Sistem Ekonomi 16
1.5 Aliran Pusingan Pendapatan dan Perbelanjaan 20
Rumusan 26
Kata Kunci 27

Topik 2 Permintaan dan Penawaran 28


2.1 Permintaan 29
2.1.1 Hukum Permintaan 30
2.1.2 Permintaan dan Kuantiti Diminta 31
2.1.3 Penentu Permintaan 32
2.1.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran 38
2.2 Penawaran 39
2.2.1 Hukum Penawaran 40
2.2.2 Penawaran dan Kuantiti Ditawarkan 42
2.2.3 Penentu Penawaran 43
2.2.4 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran 46
Rumusan 47
Kata Kunci 48

Topik 3 Keseimbangan Pasaran 49


3.1 Keseimbangan Pasaran 50
3.1.1 Keseimbangan, Lebihan dan Berkurang 51
3.1.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran 53
3.2 Pasaran dalam Bentuk Persamaan 57

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

3.2.1 Fungsi Permintaan 57


3.2.2 Fungsi Penawaran 58
3.2.3 Keseimbangan Pasaran 60
3.3 Keanjalan dan Sensitiviti 63
3.4 Keanjalan Permintaan Harga 64
3.4.1 Pengiraan Keanjalan Permintaan Harga 65
3.4.2 Tahap Keanjalan 69
3.4.3 Keanjalan Permintaan Harga dan Jumlah
Perbelanjaan/Pendapatan 70
3.4.4 Keanjalan Keluk Permintaan Bergaris Lurus 74
3.4.5 Penentu Keanjalan Permintaan 76
3.5 Keanjalan Permintaan Silang 78
3.5.1 Pengiraan Keanjalan Silang 79
3.5.2 Penggunaan Keanjalan Silang 80
3.6 Keanjalan Permintaan Pendapatan 81
3.6.1 Pengiraan Keanjalan Pendapatan 81
3.6.2 Kegunaan Keanjalan Pendapatan 82
3.7 Keanjalan Penawaran 83
3.7.1 Penentu Keanjalan Penawaran 85
3.8 Aplikasi Konsep Keanjalan 87
3.8.1 Beban Cukai 88
3.8.2 Manfaat Subsidi 91
Rumusan 94
Kata kunci 95

Topik 4 Analisis Utiliti 96


4.1 Pilihan dan Teori Utiliti 97
4.2 Teori Utiliti Kardinal 97
4.2.1 Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut 98
4.2.2 Hukum Utiliti Sut Berkurangan 100
4.2.3 Keseimbangan Pengguna 101
4.3 Teori Utiliti Ordinal 106
4.3.1 Pilihan dan Keutamaan 106
4.3.2 Keluk Puas Sama 107
4.3.3 Garis Belanjawan 113
4.3.4 Keseimbangan Pengguna 116
4.3.5 Kesan Penggantian dan Kesan Pendapatan 123
Rumusan 129
Kata Kunci 130

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Teori Pengeluaran 131


5.1 Proses Pengeluaran 132
5.1.1 Firma, Loji dan Industri 134
5.1.2 Input dan Output 135
5.1.3 Jangka Masa Panjang dan Jangka Masa Pendek 137
5.2 Pengeluaran Jangka Masa Pendek 138
5.2.1 Jumlah Keluaran, Keluaran Purata dan
Keluaran Sut 139
5.2.2 Hukum Pulangan Sut Berkurangan 142
5.2.3 Tahap Pengeluaran 143
5.3 Pengeluaran Jangka Masa Panjang 145
5.3.1 Isokuan 146
5.3.2 Kadar Penggantian Teknikal Sut Berkurangan 149
5.3.3 Isokos 151
5.3.4 Kombinasi Kos Input Minimum 153
5.3.5 Prinsip Persamaan Marginal 154
5.3.6 Pulangan Mengikut Skala 155
Rumusan 156
Kata Kunci 158

Topik 6 Teori Kos 159


6.1 Konsep Kos 160
6.1.1 Kos Ekonomi 160
6.1.2 Kos Peribadi dan Kos Sosial 161
6.1.3 Kos Eksplisit dan Kos Implisit 162
6.2 Kos Pengeluaran Jangka Pendek 163
6.2.1 Jumlah Kos 164
6.2.2 Kos Purata 166
6.2.3 Kos Sut 166
6.3 Kos Pengeluaran Jangka Panjang 170
6.3.1 Kos Purata dan Kos Sut Jangka Panjang 171
6.3.2 Ekonomi Bidangan 172
6.3.3 Hubungan antara Kos Jangka Pendek dan
Kos Jangka Panjang 176
Rumusan 184
Kata Kunci 185

Topik 7 Pasaran Persaingan Sempurna 186


7.1 Keuntungan Ekonomi dan Keuntungan Perakaunan 187
7.2 Ciri-ciri Pasaran Persaingan Sempurna 189
7.3 Permintaan, Hasil Purata dan Hasil Sut 191
7.3.1 Keluk Hasil Purata (AR) dan Keluk Hasil Sut (MR) 192
7.4 Pemaksimuman Keuntungan Jangka Pendek 193

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

7.4.1 Pendekatan Jumlah Hasil dan Jumlah Kos 194


7.4.2 Pendekatan Hasil Sut dan Kos Sut 195
7.5 Keseimbangan Jangka Pendek Firma 195
7.5.1 Keuntungan Lebih Normal 196
7.5.2 Keuntungan Normal 198
7.5.3 Keuntungan Bawah Normal/Kerugian Ekonomi 199
7.5.4 Keputusan Penutupan Firma 200
7.6 Keluk Penawaran Jangka Pendek Firma 202
7.7 Keluk Penawaran Jangka Pendek Industri 203
7.7.1 Hubungan antara Keseimbangan Firma dan
Keseimbangan Industri dalam Jangka Pendek 204
7.8 Keseimbangan Jangka Panjang Firma 206
7.8.1 Penyelarasan Jangka Panjang 207
7.9 Keseimbangan Jangka Panjang Industri 208
7.10 Keluk Penawaran Jangka Panjang Industri 209
7.10.1 Industri Kos Malar 210
7.10.2 Industri Kos Meningkat 211
7.10.3 Industri Kos Berkurangan 213
7.11 Persaingan Sempurna dan Kecekapan 215
Rumusan 216
Kata Kunci 217

Topik 8 Pasaran Monopoli 218


8.1 Ciri-ciri Pasaran Monopoli 219
8.1.1 Tiada Pengganti Hampir 219
8.1.2 Halangan Kemasukan ke Industri 219
8.1.3 Firma sebagai Penentu Harga 220
8.2 Punca Kuasa Monopoli 220
8.2.1 Kawalan Terhadap Sumber Pengeluaran Tertentu 221
8.2.2 Ekonomi Bidangan 221
8.2.3 Halangan Undang-undang 221
8.3 Permintaan, Hasil Purata dan Hasil Sut 224
8.3.1 Hubungan antara Keluk Permintaan dan
Keluk Jumlah Hasil 224
8.3.2 Keluk Jumlah Hasil, Keluk Jumlah Kos dan
Keuntungan Monopoli 226
8.3.3 Hubungan antara Keluk Permintaan dan
Keluk Hasil Sut 227
8.3.4 Hasil Sut 228
8.3.5 Monopoli dan Keluk Penawaran 230
8.4 Keseimbangan Jangka Pendek Monopoli 232
8.4.1 Harga dan Output yang Memaksimumkan
Keuntungan: Kes Khas 234

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

8.5 Penutupan Firma Monopoli dalam Jangka Pendek 235


8.6 Keseimbangan Jangka Panjang Monopoli 236
8.7 Diskriminasi Harga 238
8.7.1 Syarat Berlaku Diskriminasi Harga 239
8.7.2 Jualan di Pasaran Terpisah 240
8.7.3 Pemaksimuman Keuntungan: Harga dan Output
Keseimbangan Monopoli yang Mengamalkan
Diskriminasi Harga 241
8.7.4 Tahap Diskriminasi Harga 242
8.8 Kos Sosial Monopoli 246
8.8.1 Monopoli Semula Jadi 247
8.8.2 Kawalan dan Monopoli Semula Jadi 248
Rumusan 250
Kata Kunci 251

Topik 9 Pasaran Persaingan Monopoli 252


9.1 Ciri-ciri Pasaran Persaingan Monopoli 253
9.1.1 Bilangan Penjual yang Besar 253
9.1.2 Kebebasan untuk Keluar atau Memasuki Pasaran 253
9.1.3 Barangan yang Boleh Dibezakan 253
9.2 Permintaan, Hasil Purata dan Hasil Sut 254
9.2.1 Barangan yang Boleh Dibezakan dan
Keanjalan Permintaan 255
9.3 Keseimbangan Jangka Pendek Firma 256
9.3.1 Firma Persaingan Monopoli dan Keuntungan
Bawah Normal Jangka Pendek 257
9.4 Keseimbangan Jangka Panjang 258
9.5 Kos Sosial Pasaran Persaingan Monopoli 261
9.5.1 Persaingan Monopoli dan Kebajikan Pengguna 262
Rumusan 263
Kata Kunci 264

Topik 10 Pasaran Oligopoli 265


10.1 Ciri-Ciri Pasaran Oligopoli 266
10.1.1 Bilangan Firma yang Kecil 266
10.1.2 Barangan Homogen dan Barangan yang
Boleh Dibezakan 267
10.1.3 Halangan Kemasukan 267
10.2 Keseimbangan Pasaran Oligopoli 268

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

10.3 Model Oligopoli 269


10.3.1 Model Cournot 269
10.3.2 Model Sweezy 273
Rumusan 275
Kata Kunci 276

Jawapan 277
Rujukan 297

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi/Mikroekonomi I ialah kursus Open University
Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan.
Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diikuti selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah kursus teras kepada semua pelajar yang mengikuti program
Sarjana Muda Pengurusan, Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Sarjana Muda
Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda
Pengurusan Hospitaliti dan Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa
sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai
3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan isu ekonomi dengan tepat dan sistematik;
2. Menerangkan bagaimana pengguna dan firma membuat keputusan untuk
memaksimumkan kehendak yang tidak terhad dengan sumber yang
terhad;
3. Membina dan mengkaji keseimbangan pasaran untuk keluk penawaran
dan permintaan barangan dan perkhidmatan;
4. Mengira keanjalan harga dan menyatukan jawapan dalam terma ekonomi;
5. Mengaplikasikan teori utiliti dan teori pemaksimuman keuntungan dalam
pembuatan keputusan individu dan firma; dan
6. Membezakan dan menilai ciri-ciri dan fungsi setiap jenis struktur pasaran.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan ekonomi


dan kos melepas diperkenalkan. Selain itu, topik ini juga akan membincangkan
masalah dan isu utama yang cuba diselesaikan oleh bidang ekonomi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 2 menyediakan asas kepada anda untuk memahami ekonomi pasaran.


Hampir kesemua isu ekonomi boleh dijelaskan dengan menggunakan konsep
permintaan dan penawaran.

Topik 3 adalah sambungan kepada konsep permintaan dan penawaran.


Permintaan dan penawaran atau mekanisme harga akan menentukan bagaimana
sumber, barangan dan perkhidmatan diagihkan. Perbincangan utama akan
mengaitkan permintaan, penawaran, penentu mereka dan keseimbangan
pasaran. Dalam konteks ini, hubungan antara permintaan, penawaran dan tahap
harga serta lain-lain pemboleh ubah akan dibincangkan dengan mendalam
untuk memahami gelagat pasaran. Hubungan ini dijelaskan melalui konsep
keanjalan. Pemahaman konsep keanjalan adalah penting kepada pengguna,
pengeluar dan kerajaan dalam proses pembuatan keputusan. Konsep keanjalan
merangkumi keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan pendapatan,
keanjalan permintaan silang dan keanjalan penawaran.

Topik 4 membincangkan kepuasan dan utiliti sebagai motif kepada pengguna.


Walaupun kepuasan adalah sesuatu yang abstrak atau subjektif, nilai dalam
bentuk angka digunakan untuk membezakan jumlah utiliti dengan utiliti sut.
Apabila konsep utiliti sut digabungkan dengan kekangan belanjawan, ini akan
menghasilkan keseimbangan pengguna. Melalui keseimbangan ini, kita akan
memperoleh hukum permintaan, keluk permintaan dan konsep penggantian
penggunaan.

Subtopik yang seterusnya membincangkan gelagat pengguna tanpa memberi


nilai dalam bentuk angka kepada kepuasan. Kepuasan diukur berdasarkan
pemeringkatan kombinasi penggunaan. Kombinasi yang menghasilkan tahap
kepuasan yang sama digabungkan dengan keluk puas sama. Keseimbangan
pengguna dicapai apabila tahap kepuasan tertinggi dicapai dengan belanjawan
yang tertentu. Di sini, kita boleh lihat yang syarat keseimbangan pengguna
dalam konsep keseimbangan kepuasan adalah sama dengan syarat dalam
konsep utiliti sut. Perbincangan juga ditumpukan kepada bagaimana barangan
dikategorikan mengikut pendapatan melalui keluk pendapatan penggunaan dan
keluk Engel. Keluk permintaan juga dihasilkan daripada keluk harga
penggunaan. Perubahan keseimbangan pengguna yang terhasil dari perubahan
harga berlaku disebabkan oleh kesan penggantian dan kesan pendapatan.

Topik 5 memperkenalkan pelajar kepada gelagat pengeluar. Perbincangan


dimulakan dengan konsep yang berkaitan dengan proses pengeluaran seperti
input dan output, firma, loji dan industri, dan tempoh masa pengeluaran.
Seterusnya, pengeluaran jangka pendek dengan input tetap dan input berubah
akan dibincangkan bersama-sama dengan konsep yang berkaitan dengan
pulangan sut berkurangan dan tahap pengeluaran. Subtopik terakhir mengkaji

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

pengeluaran jangka panjang yang melibatkan penggunaan dua input berubah.


Keputusan pengeluaran pada jangka panjang dibuat berdasarkan kepada konsep
isokos dan isokuan.

Topik 6 membincangkan konsep yang berkaitan secara langsung dengan proses


pengeluaran yang membentuk teori kos. Konsep kos ekonomi adalah konsep
asas dalam perbincangan tentang kos keseluruhan. Ini diikuti dengan
perbincangan tentang konsep kos jangka pendek. Kos jangka panjang akan
ditanggung apabila tempoh masa pengeluaran berubah dan menjadi jangka
panjang dan seterusnya menghasilkan hubungan antara kos jangka pendek dan
kos jangka panjang. Konsep ekonomi bidangan dibincangkan pada subtopik
yang terakhir.

Topik 7 memperkatakan tentang struktur asas pasaran dalam ekonomi pasaran


bebas iaitu pasaran persaingan sempurna. Di sini, kita akan melihat bagaimana
firma membuat keputusan tentang harga dan output untuk memaksimumkan
keuntungan. Perbincangan dimulakan dengan memperkenalkan ciri-ciri pasaran
persaingan sempurna diikuti dengan cara untuk memaksimumkan keuntungan.
Seterusnya, perbincangan akan menekankan kepada keseimbangan firma dan
pasaran pada jangka pendek. Akhirnya, kita akan membincangkan bagaimana
firma dan industri mencapai keseimbangan jangka panjang.

Topik 8 menerangkan tentang struktur pasaran yang bercanggah dengan


pasaran persaingan sempurna iaitu pasaran monopoli yang terdiri daripada
hanya seorang penjual. Perbincangan akan mengetengahkan faktor yang
menyumbang kepada kemunculan pasaran monopoli serta ciri-ciri utama
pasaran monopoli. Kemudian, pemaksimuman keuntungan jangka pendek dan
jangka panjang monopoli akan dibincangkan. Akhir sekali, konsep dan teori
diskriminasi harga akan dijelaskan.

Topik 9 membincangkan persaingan monopoli iaitu pasaran yang mempunyai


ciri-ciri pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli. Perbincangan
dimulakan dengan menerangkan ciri-ciri pasaran dan perbezaan pasaran ini
dengan pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli. Seterusnya,
keseimbangan struktur pasaran jangka pendek dan jangka panjang dianalisis.

Topik 10 menerangkan tentang struktur pasaran yang lebih biasa iaitu pasaran
oligopoli. Dalam pasaran oligopoli, terdapat beberapa model bergantung kepada
bentuk persaingan dan saling kebergantungan dalam kalangan firma di pasaran.
Perbincangan tertumpu kepada dua model utama iaitu Model Cournot dan
Model Sweezy.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan
sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada sebarang keperluan prasyarat untuk mengikuti kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Case, K. E., & Fair, R. C. (2007). Principles of economics (8th ed.). New Jersey:
Prentice Hall.

Buku rujukan lain yang dicadangkan adalah:


Mankiw, N. G. (2007). Principles of economics. Fort Worth, TX: Dryden Press.
McEachern, W. A., (2006). Economics: A contemporary introduction (7th ed.).
Mason, OH: South-Western College.
Sloman, J., & Sutcliffe, M. (2006). Economics (6th ed.). Hertfordshire: Harvester
Wheatsheaf.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
1 kepada
Ekonomi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan terma „ekonomi‰;
2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi;
3. Membincangkan tiga persoalan asas ekonomi;
4. Menerangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas dengan
menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran;
5. Menghuraikan bagaimana sistem ekonomi menjawab ketiga-tiga
persoalan asas ekonomi; dan
6. Menilai proses aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tanpa
campur tangan kerajaan.

 PENGENALAN
Kita sentiasa menggunakan perkataan „ekonomi‰ dalam kehidupan seharian
kita. Apakah maksud sebenar „ekonomi‰?

Ekonomi merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Bidang-bidang


pendidikan, agama, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pertahanan dan
sebagainya memiliki ciri-ciri yang boleh dibincangkan dari sudut ekonomi.
Dalam erti kata lain, ekonomi adalah teori yang memberi kesan kepada
kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Dalam topik ini, kita akan membincangkan ekonomi daripada segi konsep,
definisi dan kepentingannya dalam pembuatan keputusan berkenaan
penggunaan sumber dengan cekap.

1.1 SKOP DAN KAEDAH ILMU EKONOMI


Sejak dari permulaan sistem bermasyarakat, individu telah berinteraksi antara
satu sama lain untuk memuaskan kehendak mereka. Masyarakat juga
berinteraksi dengan alam sekitar untuk mendapatkan sumber alam semula jadi
sebagai keperluan penting dalam kehidupan mereka. Ekonomi adalah berkaitan
dengan aktiviti harian masyarakat dan individu yang berinteraksi antara satu
sama lain.

Ekonomi biasanya didefinisikan sebagai kajian bagaimana masyarakat


menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak mereka yang
tidak terbatas. Kekurangan sumber atau sumber yang terhad merupakan
persoalan asas yang menjadi tunggak kepada bidang ekonomi.

Bidang ekonomi sebagai satu cabang ilmu wujud disebabkan oleh pertembungan
antara sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Justeru
itu, kedua-duanya perlu berlaku secara serentak. Sekiranya kedua-dua kehendak
manusia dan sumber terbatas, maka tiada lagi masalah untuk membuat pilihan
dan ekonomi sebagai satu bidang juga tidak akan wujud.

AKTIVITI 1.1

Apa yang menyebabkan kewujudan bidang ekonomi? Adakah benar


bahawa ianya muncul disebabkan oleh sumber terhad dan kehendak
manusia yang tidak terbatas? Bincangkan.

1.1.1 Kaedah Ekonomi

Kaedah adalah cara yang sistematik dan tersusun untuk menghasilkan fakta
baru yang mungkin tidak dapat dijelaskan sebelum ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  3

Ekonomi dianggap sebagai salah satu bidang sains kerana dalam penyelidikan
ekonomi, kita menggunakan kaedah saintifik. Sebagai seorang ahli penyelidik
ekonomi, kita akan cuba membentuk hubungan antara pemboleh ubah atau
kejadian dengan pemboleh ubah dan kejadian yang lain dengan membentuk
teori.

Teori adalah kesimpulan yang dibuat melalui pemerhatian yang dilakukan


secara umum.

Seterusnya, kita akan memastikan kesahihan sesuatu teori itu dengan


menggunakan data yang telah diambil. Sekiranya data yang dianalisis
mengesahkan teori tersebut, maka teori ekonomi itu akan bertukar menjadi
hukum ekonomi. Hukum ekonomi ini akan diguna pakai sehingga munculnya
teori baru yang lain. Rajah 1.1 di bawah menerangkan proses penghasilan teori
ekonomi.

Rajah 1.1: Proses pembentukan teori ekonomi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1.2 Mikroekonomi dan Makroekonomi


Penyelidikan dalam bidang ekonomi kebiasaannya dipecahkan kepada dua
kategori umum iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Seterusnya, kita akan
membincangkan maksud kedua-dua kategori ini.

Mikroekonomi memberi tumpuan kepada operasi dan keputusan yang


dibuat oleh unit pembuat keputusan seperti isi rumah, firma dan industri.

Makroekonomi melibatkan sektor dan pemboleh ubah dengan skop yang


lebih luas seperti pengeluaran dan pendapatan negara, permintaan dan
penawaran agregat, pergerakan tahap harga umum dan isu seperti
pengangguran dan inflasi.

Rajah 1.2: Kategori penyelidikan ekonomi

Berdasarkan kepada definisi di atas, penyelidikan ke atas permintaan dan harga


ayam merupakan penyelidikan mikroekonomi. Begitu juga keputusan yang anda
buat apabila anda memilih untuk menyambung pelajaran pada peringkat yang
lebih tinggi kerana ia secara tidak langsung melibatkan penyelidikan
mikroekonomi terhadap kos dan faedah yang akan anda diperoleh daripada
keputusan tersebut.

Walau bagaimanapun, penyelidikan mikroekonomi tidak semestinya terasing


daripada penyelidikan makroekonomi kerana kedua-duanya melibatkan gelagat
masyarakat dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, dalam membuat
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  5

keputusan berkaitan pengajian lanjutan, keputusan tersebut mungkin melibatkan


seorang individu. Akan tetapi, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil
kira pemboleh ubah makroekonomi seperti kadar pengangguran. Anda mungkin
mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian anda kerana ada kajian
yang mengatakan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan mereka yang
tidak memiliki ijazah atau diploma adalah tinggi.

1.2 KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS


MELEPAS
Sebagai seorang pelajar, anda mungkin pernah teringin untuk memiliki
barangan yang di luar kemampuan anda. Ini adalah salah satu masalah asas
ekonomi. Anda mungkin terpaksa menangguhkan perancangan anda untuk
membeli sesuatu barangan atau menikmati juadah di restoran kegemaran anda
kerana anda perlu terlebih dahulu menjelaskan yuran pengajian anda atau
membeli buku rujukan. Anda juga mungkin merasakan yang anda tidak
mempunyai masa yang cukup untuk belajar, berjumpa dengan rakan dan
berehat. Pendapatan dan masa yang terhad menyebabkan anda perlu membuat
keputusan yang terbaik dalam mengagihkan pendapatan dan masa anda.
Masalah yang sama juga dihadapi oleh masyarakat; mereka juga perlu membuat
pilihan antara pelbagai pilihan yang ada.

Oleh itu, bagi ahli ekonomi, setiap isu perlu dilihat dari sudut kos dan faedah
yang akan dijana. Ini dilakukan kerana kewujudan masalah kekurangan.

1.2.1 Masalah Kekurangan


Apakah yang dimaksudkan dengan „masalah kekurangan‰?

Kehendak manusia dan masyarakat terhadap barang, modal dan lain-lain adalah
tidak terbatas dan tidak berkesudahan. Namun begitu, keupayaan untuk
memenuhi setiap kehendak ini terutamanya dari sudut keupayaan untuk
menghasilkan semua barangan dan perkhidmatan ini adalah terbatas. Ini terjadi
kerana sumber yang diperlukan untuk menghasilkan semua barangan dan
perkhidmatan ini wujud dalam kuantiti yang terhad. Dalam erti kata lain, kita
menghadapi masalah kekurangan sumber.

Masalah kekurangan muncul apabila kehendak material kita melebihi


keupayaan kita untuk memenuhinya oleh kerana sumber yang terbatas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Justeru, kekurangan yang merupakan masalah utama dalam ekonomi wujud


disebabkan oleh pilihan yang dilakukan oleh individu dan masyarakat.

Kekurangan merupakan satu konsep yang relatif. Sebagai contoh, walaupun


pengeluaran minyak adalah tinggi, minyak dianggap sebagai sumber yang
terhad kerana setiap individu yang memerlukannya, tidak dapat memilikinya
sebanyak yang mungkin secara percuma.

Ekonomi adalah satu kajian tentang bagaimana individu dan masyarakat


memilih untuk menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi
kehendak material mereka yang tidak terbatas, dengan cara yang terbaik dan
paling optimum.

Sebahagian daripada masalah kekurangan boleh diatasi dengan:


(a) Menggunakan sepenuhnya kesemua sumber yang ada;
(b) Menaik taraf keupayaan sumber dan teknologi;
(c) Menaik taraf tahap kecekapan sistem pengeluaran dan pengagihan; dan
(d) Mengagihkan semula barangan atau pendapatan dalam kalangan ahli
masyarakat.

1.2.2 Pilihan dan Kos Melepas


Berdasarkan kepada definisi ekonomi yang dibincangkan di atas, dua isu asas
dalam ekonomi adalah:
(a) Keperluan untuk membuat keputusan; dan
(b) Mengenal pasti kos melepas apabila sesuatu keputusan diambil.

Individu dan masyarakat perlu memilih antara beberapa pilihan yang ada;
dan kos melepas adalah nilai pilihan terbaik yang tidak dipilih atau terpaksa
dilepaskan.

Penilaian kos dan faedah adalah asas dalam membuat keputusan. Dalam bidang
ekonomi, penilaian kos dan faedah bukanlah suatu yang mudah kerana ia
memerlukan pengukuran yang tepat. Walau bagaimanapun, konsep kos melepas
sesuai untuk digunakan sebagai satu kaedah yang tepat untuk mengukur kos
dan faedah dalam bidang ekonomi. Kos melepas untuk sesuatu aktiviti yang
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  7

dijalankan adalah faedah terbaik yang terpaksa dikorbankan apabila aktiviti


tersebut dilakukan. Faedah yang dikorbankan atau dilepaskan ini adalah faedah
yang mungkin boleh dinikmati sekiranya alternatif ini dipilih.

Untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu aktiviti terbaik, kita perlu


mengorbankan aktiviti terbaik yang lain. Kos melepas wujud untuk semua
pilihan yang melibatkan pelbagai alternatif.

Sebagai contoh, atas kejayaan cemerlang anda dalam pelajaran, ayah anda
memberi anda pilihan sama ada untuk pergi melancong ke luar negara atau
membeli kereta baru sebagai hadiah. Memandangkan anda memang telah lama
mengimpikan kedua-duanya, anda perlu membuat keputusan yang terbaik.
Sekiranya anda memilih untuk melancong, maka kos melepas anda adalah nilai
kereta yang mungkin dibeli oleh ayah anda; sekiranya kereta menjadi pilihan
anda, kos melepas yang anda terpaksa tanggung adalah peluang untuk
melancong ke luar negara.

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah kekurangan, pilihan dan


kos melepas?

LATIHAN 1.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau


SALAH (S).
1. Makroekonomi memberi tumpuan kepada pemboleh ubah
agregat seperti pendapatan negara, tahap guna tenaga dan
inflasi.
2. Sesuatu produk dianggap sebagai terhad sekiranya jumlah yang
diperlukan oleh masyarakat melebihi jumlah yang boleh
diperoleh masyarakat secara percuma.
3. Konsep harga tidak akan bermakna untuk masyarakat yang
tidak menggunakan wang sebagai alat perantara pertukaran.
4. Apabila anda membuat keputusan untuk mempelajari prinsip
ekonomi, anda akan menanggung kos melepas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.3 HAD PENGELUARAN


Kita semua sedia maklum tentang masalah kekurangan sumber yang dihadapi
oleh masyarakat yang menyebabkan mereka perlu membuat pilihan. Konsep
kekurangan dan pilihan boleh diterangkan dengan lebih jelas dengan
menggunakan konsep keluk kemungkinan pengeluaran (KKP).

Dalam bidang ekonomi, pelbagai model telah digunakan untuk mengkaji gelagat
individu. Keluk kemungkinan pengeluaran adalah model asas yang digunakan
oleh ahli ekonomi untuk mengkaji konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas.

Sebelum kita membincangkan konsep keluk kemungkinan pengeluaran, kita


perlu terlebih dahulu membuat beberapa andaian untuk memudahkan analisis
yang akan dilakukan. Pertamanya, kita andaikan bahawa ekonomi hanya
mengeluarkan dua jenis barangan iaitu barangan pengguna dan barangan
modal. Keduanya, kita andaikan bahawa kedua-dua barangan tersebut boleh
dikeluarkan dengan menggunakan sumber ekonomi yang sama. Ketiganya, kita
andaikan bahawa dalam jangka masa pendek, sumber yang diperuntukkan dan
tahap teknologi kekal pada tahap yang sama. Akhir sekali, kita andaikan bahawa
sumber ekonomi akan digunakan sepenuhnya dan secara cekap. Satu contoh
keluk kemungkinan pengeluaran ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Contoh keluk kemungkinan pengeluaran

1.3.1 Jadual Kemungkinan Pengeluaran


Jadual kemungkinan pengeluaran menyenaraikan semua kombinasi output yang
boleh dikeluarkan dengan sekumpulan input. Kos melepas boleh diukur
daripada jadual kemungkinan pengeluaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  9

Jadual 1.1 menunjukkan kombinasi output yang boleh dikeluarkan dalam


sesebuah ekonomi.

Jadual 1.1: Jadual Kemungkinan Pengeluaran

Kombinasi Barangan Pengguna (Unit) Barangan Modal (Unit)


A 0 15
B 4 14
C 7 12
D 9 9
E 11 5
F 12 0

Seperti yang ditunjukkan di jadual di atas, pada kombinasi A, semua sumber


yang ada digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan barangan modal.
Sebaliknya, pada kombinasi F, semua sumber digunakan untuk menghasilkan
barangan pengguna. Pada kombinasi B hinggan E, kedua-dua jenis barangan
dihasilkan pada kuantiti yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya kombinasi C
dipilih, maka tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit barangan modal akan
dihasilkan. Sekiranya kombinasi D yang menjadi pilihan, sembilan unit barangan
pengguna dan sembilan unit barangan modal akan dihasilkan.

Sekiranya kita andaikan yang kita berada pada titik kombinasi B, perubahan ke
titik kombinasi C akan melibatkan kos melepas. Kos melepas yang perlu
ditanggung apabila kita beralih dari titik B (empat unit barangan pengguna dan
14 unit barangan modal) ke titik C (tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit
barangan modal) adalah (12-14)/(7-4) = -2/3. Dalam erti kata lain, untuk
meningkatkan satu unit barangan pengguna, barangan modal perlu dikurangkan
sebanyak 2/3 unit. Sebaliknya, peralihan dari kombinasi D ke kombinasi E akan
melibatkan kos melepas sebanyak (5-9)/(11-9) = -2. Ini bermakna, untuk
meningkatkan satu unit barangan pengguna, kita perlu mengurangkan barangan
modal sebanyak dua unit. Contoh di atas menerangkan konsep hukum kos
melepas meningkat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.3.2 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)


Keluk kemungkinan pengeluaran adalah diagram yang diperoleh daripada
jadual kemungkinan pengeluaran. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran
boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos melepas. Keluk kemungkinan
pengeluaran menunjukkan output optimum yang boleh dihasilkan oleh sejumlah
input.

Keluk kemungkinan pengeluaran yang ditunjukkan di Rajah 1.4 adalah


berdasarkan kepada Jadual 1.1.

Rajah 1.4: Keluk kemungkinan pengeluaran

Berikut adalah ciri-ciri utama keluk kemungkinan pengeluaran:

(a) Keluk kemungkinan pengeluaran sebagai had atau margin


Keluk ini menunjukkan margin kapasiti pengeluaran sesuatu masyarakat
dengan menggunakan institusi, sumber dan teknologi sedia ada. Sesebuah
negara mungkin ingin memiliki lebih banyak kuantiti barangan yang
wujud (seperti titik M pada Rajah 1.4) tetapi kehendak ini tidak boleh
dicapai dengan menggunakan sumber dan teknologi yang sedia ada. Titik
M menunjukkan masalah kekurangan yang dihadapi oleh sesebuah negara.

(b) Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan pengeluaran maksimum


yang boleh dicapai apabila semua sumber digunakan sepenuhnya dan
dengan cekap
Pengeluaran boleh dilakukan pada kawasan yang berada dalam
lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Namun dalam kawasan ini,
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  11

sumber tidak digunakan sepenuhnya dengan cekap. Sebagai contoh, titik T


di Rajah 1.4 menunjukkan penggunaan sumber yang tidak cekap.

(c) Keluk kemungkinan pengeluaran memiliki kecerunan yang negatif


Kecerunan yang negatif menunjukkan bahawa pengeluaran sesuatu
barangan perlu dikurangkan untuk meningkatkan pengeluaran barangan
yang lain. Ia juga menunjukkan bahawa setiap pilihan yang dibuat akan
melibatkan kos melepas. Untuk mendapatkan satu unit tambahan sesuatu
barangan, kita perlu mengurangkan kuantiti barangan yang satu lagi.

(d) Keluk kemungkinan pengeluaran beralih apabila pertumbuhan ekonomi


berlaku
Pertumbuhan ekonomi mungkin berlaku apabila jumlah dan kualiti
sumber meningkat atau apabila teknologi menjadi lebih baik. Peralihan
keluk kemungkinan pengeluaran bergantung kepada jenis sumber yang
berubah dan bentuk perubahan teknologi yang berlaku.

Andaikan penaikan taraf teknologi berlaku dalam penghasilan barangan


pengguna. Ini bermakna dengan menggunakan sumber yang sama,
barangan pengguna boleh dihasilkan dengan lebih banyak (dua kali ganda
sebagai contoh). Ini akan menyebabkan pergerakan di paksi barangan
pengguna seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran

Sekarang, andaikan pula berlaku peningkatan dalam jumlah tenaga buruh


dan pengeluaran barangan pengguna yang menggunakan lebih banyak
tenaga buruh berbanding pengeluaran barangan modal. Ini akan
menyebabkan pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran seperti pada
Rajah 1.6.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Rajah 1.6: Pergerakan dalam keluk kemungkinan pengeluaran

(e) Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung ke atas


Apabila keluk kemungkinan pengeluaran bercerun ke atas, kecerunannya
akan meningkat. Peningkatan kecerunan ini bermakna hukum kos melepas
meningkat akan berlaku. Peningkatan kos melepas berlaku apabila jumlah
unit sesuatu barangan yang perlu dikorbankan untuk memperoleh satu
unit tambahan barangan yang lain meningkat. Dalam Jadual 1.1., apabila
kita bergerak dari kombinasi A ke kombinasi B dan kombinasi C, kos
melepas untuk pengeluaran barangan pengguna akan meningkat.
Sebaliknya, apabila kita bergerak dari kombinasi C ke kombinasi B dan
kombinasi A, kos melepas untuk barangan modal yang akan meningkat.

Peningkatan kos melepas ini berlaku kerana jenis dan ciri-ciri sumber yang
digunakan adalah berbeza-beza. Sesetengah sumber adalah lebih produktif
apabila digunakan untuk pengeluaran sesuatu barangan. Semasa kita
mengukur kos melepas, kita tidak boleh membandingkan titik yang berada
di bawah lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran (seperti titik T di
Rajah 1.4) dengan titik yang berada di atas keluk kemungkinan
pengeluaran. Kombinasi di titik T tidak menggunakan sumber secara
cekap. Justeru, ianya tidak boleh dianggap sebagai alternatif terbaik kepada
kombinasi yang berada di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran.

(f) Pilihan antara dua jenis barangan (barangan pengguna dan barangan
modal) adalah penting untuk menentukan tahap pertumbuhan ekonomi
Berdasarkan Rajah 1.7, kita dapat lihat masyarakat memilih kombinasi B di
mana pengeluaran barangan pengguna lebih besar daripada pengeluaran
barangan modal. Sebaliknya, Rajah 1.8 menunjukkan masyarakat memilih
untuk mengeluarkan lebih banyak barangan modal berbanding barangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  13

pengguna. Selepas tempoh masa tertentu, pertumbuhan ekonomi adalah


lebih tinggi untuk keadaan yang digambarkan pada Rajah 1.8 berbanding
pada Rajah 1.7. Ini berlaku kerana barangan modal akan lebih
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berbanding barangan
pengguna. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
bahawa masyarakat menghadapi masalah untuk memilih kombinasi
pengeluaran yang terbaik antara kedua barangan ini.

Rajah 1.7: Kesan pemilihan lebih banyak barangan pengguna

Rajah 1.8: Kesan pemilihan lebih banyak barangan modal

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SEMAK KENDIRI 1.2

Terangkan bagaimana konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas


boleh digambarkan melalui keluk kemungkinan pengeluaran.

LATIHAN 1.2

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Sekiranya ekonomi beroperasi di dalam lingkungan keluk
kemungkinan pengeluaran, penambahan output boleh diperoleh
tanpa sebarang peningkatan kos.
2. Keluk kemungkinan pengeluaran boleh menerangkan konsep
kekurangan, kos melepas, kecekapan dan pilihan.
3. Sesuatu masyarakat boleh bergerak sepanjang keluk
kemungkinan pengeluaran tanpa perlu menanggung kos
melepas.

AKTIVITI 1.2

Pada pendapat anda, bagaimanakah kos melepas mempengaruhi bentuk


cembung keluk kemungkinan pengeluaran? Bincangkan dengan rakan
kelas anda.

1.4 PERSOALAN ASAS EKONOMI DAN SISTEM


EKONOMI
Masalah kekurangan sumber menyebabkan masyarakat terpaksa membuat
pilihan. Terdapat tiga persoalan asas yang perlu dijawab dalam proses
pembuatan pilihan. Rajah 1.9 di bawah menunjukkan ketiga-tiga persoalan
tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  15

Rajah 1.9: Persoalan asas ekonomi

1.4.1 Persoalan Asas Ekonomi


(a) Apakah yang sepatutnya dikeluarkan?
Masyarakat perlu menentukan apakah jenis barangan dan perkhidmatan
yang dikeluarkan melalui sumber yang terhad untuk memaksimumkan
kepuasan mereka. Kombinasi barangan yang dipilih perlu berada di atas
keluk kemungkinan pengeluaran kerana ianya adalah kombinasi yang
cekap.

Apabila jenis output yang diperlukan telah dikenal pasti, masyarakat


seterusnya perlu menentukan jumlah pengeluaran bagi setiap output yang
dipilih. Keluk puas sama masyarakat menunjukkan kepentingan relatif
setiap barangan daripada kaca mata masyarakat tersebut. Sekiranya
mereka memilih untuk mengeluarkan lebih banyak barangan pengguna, ini
bermakna penggunaan barangan pengguna memberi lebih kepuasan
kepada mereka berbanding barangan modal walaupun barangan modal
boleh meningkatkan pengeluaran pada masa hadapan.

(b) Bagaimanakah ia patut dihasilkan?


Setelah menentukan jenis dan kuantiti output yang akan dihasilkan,
masyarakat seterusnya perlu menentukan bagaimana output tersebut patut
dihasilkan. Di sini, kita memerlukan satu mekanisme yang membolehkan
kita untuk mengalihkan sumber daripada industri yang mempunyai
permintaan yang rendah kepada industri yang mempunyai permintaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

yang tinggi. Dalam ekonomi pasaran bebas, peralihan ini akan berlaku
melalui mekanisme pasaran.

Sumber diagihkan melalui proses permintaan dan penawaran. Melalui


proses ini, sumber akan bergerak ke industri yang menawarkan bayaran
yang tertinggi. Manakala firma yang berada di dalam industri berkenaan
perlu menggunakan sumber ini dengan cekap untuk mengelakkan
daripada berlakunya pembaziran.

(c) Untuk siapakah ia patut dihasilkan?


Setelah sesuatu barangan dan perkhidmatan dihasilkan, ia perlu diagihkan.
Barangan pengguna akan diagihkan kepada pengguna dan barangan
modal kepada pengeluar. Satu mekanisme patut wujud untuk tujuan
pengagihan ini. Dalam ekonomi pasaran bebas, tugas ini dilakukan oleh
mekanisme harga. Sekiranya pengguna atau pengeluar mampu untuk
membeli barangan pada harga yang ditawarkan, mereka akan dapat
memiliki barangan yang mereka perlukan.

AKTIVITI 1.3

Sistem ekonomi merujuk kepada kaedah atau cara sesebuah negara


mengurus tadbir ekonominya. Adakah benar bahawa campur tangan
kerajaan dalam aktiviti ekonomi berlaku disebabkan oleh kelemahan
sistem ekonomi pasaran bebas? Bincangkan di dalam kelas tutorial anda.

1.4.2 Sistem Ekonomi


Sebelum ini, kita telah menyatakan bahawa masyarakat perlu menjawab tiga
persoalan asas ekonomi iaitu apakah yang patut dikeluarkan, bagaimanakah dan
untuk siapakah ianya patut dihasilkan. Bagaimana persoalan ini akan dijawab
bergantung kepada jenis sistem ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat
tersebut. Seterusnya, kita akan membincangkan empat jenis sistem ekonomi
yang asas. Walaupun sesetengah negara tidak boleh dimasukkan ke dalam
mana-mana kategori ini, kita masih lagi boleh mengkategorikan mereka
berdasarkan kepada ciri-ciri utama ekonomi mereka. Keempat-empat sistem ini
ditunjukkan dalam Rajah 1.10.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  17

Rajah 1.10: Sistem ekonomi

(a) Sistem Tradisional


Sistem ini adalah sistem yang tertua dan paling berpengaruh. Tamadun
dunia yang terawal kebanyakannya memiliki ciri-ciri sistem ini. Dalam
dunia serba moden hari ini, kita mungkin tidak menyedari bahawa ketiga-
tiga persoalan asas ekonomi boleh dijawab berdasarkan sistem ini.

Sebagai contoh, di Kedah, kenapakah aktiviti penanaman padi masih lagi


kekal sebagai sumber utama pendapatan kebanyakan penduduknya
walaupun terdapat sektor lain yang lebih maju dan berdaya saing?
Kenapakah masih lagi terdapat ramai penduduk yang menanam semula
getah walaupun mereka tahu yang harga getah tidak stabil dan sering
turun naik? Situasi di atas berlaku kerana ia berkait rapat dengan tradisi
masyarakat berkenaan. Kemungkinan besar, penanam padi dan getah terus
kekal dengan aktiviti mereka kerana ianya adalah aktiviti tradisi mereka
dan bukannya kerana mereka mengikut permintaan pasaran.

Begitu juga dengan corak penggunaan. Kenapakah kita masih lagi makan
nasi sekurang-kurangnya sekali sehari, walaupun ada pelbagai jenis
makanan yang boleh memberikan zat dan nutrien yang sama atau lebih
baik? Apa yang ingin ditunjukkan di sini adalah tanpa kita menyedarinya,
sistem tradisional masih lagi memainkan peranan yang penting dalam
menyelesaikan persoalan ekonomi sesebuah masyarakat.

(b) Sistem Pasaran Bebas atau Sistem Harga


Sistem pasaran bebas atau sistem harga merujuk kepada sistem di mana
semua keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada kehendak
pasaran. Perkara seperti buruh, tanah, barangan dan perkhidmatan serta
masa, memiliki nilai dan harga pasaran mereka yang tersendiri. Di dalam
sistem ini, ketiga-tiga persoalan ekonomi dijawab melalui mekanisme
pasaran. Sistem pasaran berfungsi dengan teratur walaupun tiada sebarang
organisasi yang menyelaraskan semua keputusan yang dibuat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Masyarakat menggunakan harga sebagai petunjuk kepada pengeluar untuk


menentukan apa yang patut dikeluarkan. Persaingan harga pula akan
memastikan persoalan „bagaimanakah‰ dapat diselesaikan. Seterusnya,
persoalan „untuk siapakah‰ dapat diselesaikan dengan harga kerana
mereka yang akan membeli adalah mereka yang memiliki wang dan
mempunyai kesanggupan untuk membeli.

Kebanyakan kajian ekonomi yang akan anda temui kelak seperti teori
pengguna dan pengeluar adalah berkaitan sistem harga. Namun, dalam
kebanyakan kajian makroekonomi, peranan kerajaan akan juga
dimasukkan disebabkan oleh kepentingannya dalam dunia sebenar.

Berikut adalah ciri-ciri utama sistem pasaran bebas:


(i) Hak milik peribadi;
(ii) Kepentingan peribadi;
(iii) Tiada campur tangan kerajaan; dan
(iv) Sistem harga.

Kebaikan sistem pasaran bebas adalah dari segi pengagihan sumber.


Pasaran bebas akan menyebabkan sumber diagihkan dengan cekap. Ini
berlaku kerana semua sumber akan diagihkan kepada sektor yang sanggup
membayar harga yang tertinggi.

Namun, keburukan sistem ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya


pengagihan kekayaan yang tidak saksama. Akibatnya, mereka yang tidak
mampu untuk bersaing akan ketinggalan. Sistem ini juga akan
menyebabkan barangan awam tidak dihasilkan kerana pengeluaran
barangan ini tidak akan memaksimumkan keuntungan pengeluarnya.

(c) Sistem Perancangan Berpusat


Di dalam sistem ekonomi perancangan berpusat, kesemua persoalan
ekonomi akan diselesaikan oleh kerajaan melalui satu badan perancangan
pusat. Segala aktiviti ekonomi dan sosial akan dikawal selia oleh badan
tersebut.

Ciri-ciri utama sistem ini adalah seperti berikut:

(i) Pemilikan harta oleh kerajaan


Semua sumber ekonomi seperti tanah, sumber asli dan kemudahan
awam seperti pengangkutan, sistem komunikasi dan perbankan
dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  19

(ii) Perancangan ekonomi berpusat


Semua perancangan ekonomi ditentukan oleh kerajaan untuk
memastikan kesejahteraan rakyat. Perancangan tersebut meliputi
segala aspek seperti apa yang akan dikeluarkan oleh negara,
bagaimana proses pengeluaran akan dilaksanakan dan bagaimana
kesaksamaan dapat dicapai.

(iii) Kebebasan yang terhad


Pengeluar tidak memiliki kebebasan dalam memilih barangan dan
perkhidmatan yang mereka keluarkan kerana penggunaan sumber
dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, pengguna
bebas untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang telah
dihasilkan.

(d) Sistem Ekonomi Campuran


Kebanyakan negara di dunia kini mengamalkan sistem ekonomi campuran.
Walau bagaimanapun, tahap campuran yang diamalkan bergantung
kepada sejauh mana campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi.
Sebagai contoh, Amerika boleh dianggap sebagai sebuah ekonomi yang
mengamalkan sistem kapitalis. Namun, kerajaannya masih lagi memainkan
peranan yang besar terutamanya dalam pelaksanaan sistem cukai dan
kebajikan. Semasa berlakunya serangan pengganas pada 11 September
2011, penglibatan kerajaan Amerika semakin meningkat dan ini
menunjukkan bahawa secara realitinya, Amerika tidak mengamalkan
sistem kapitalisme sepenuhnya.

Tujuan utama kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi adalah untuk
menampung kelemahan sistem pasaran bebas. Kerajaan akan
mengeluarkan arahan dan peraturan untuk membolehkannya mengutip
cukai dan memberi subsidi. Kerajaan juga boleh mengarahkan supaya
barangan awam yang kurang mendapat sambutan pengeluar seperti
elektrik, air dan pengangkutan dihasilkan. Selain daripada itu, kerajaan
juga memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan ekonomi dan
menjana pertumbuhan ekonomi.

AKTIVITI 1.4

Secara ringkas, terangkan melalui penulisan perbezaan antara dua sistem


ekonomi berikut:
(a) Sistem tradisional dan sistem pasaran bebas/sistem harga.
(b) Sistem perancangan berpusat dan sistem ekonomi campuran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

LATIHAN 1.3

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau


SALAH (S).
1. Dalam sistem pasaran bebas, semua keputusan ekonomi dilakukan
oleh pasaran di mana harga dan produktiviti merupakan faktor
utama dalam menentukan barangan apakah yang patut
dikeluarkan, bagaimanakah untuk mengeluarkan barangan
tersebut dan untuk siapakah barangan tersebut dikeluarkan.
2. Dalam ekonomi perancangan berpusat, sumber pengeluaran
dimiliki oleh individu.
3. Kos melepas berkurangan menyebabkan keluk kemungkinan
pengeluaran berbentuk cekung.

1.5 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DAN


PERBELANJAAN
Dalam ekonomi pasaran, masyarakat dipecahkan kepada dua kumpulan utama:
pengguna dan pengeluar.

Jika anda masih ingat definisi ekonomi seperti yang dibincangkan pada awal
topik, pengguna boleh didefinisikan sebagai sekumpulan individu yang memiliki
kehendak dan keperluan yang tidak terbatas, manakala pengeluar adalah mereka
yang menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak tersebut.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan ini bukanlah dua entiti yang berbeza
dan terpisah kerana pada masa yang sama, pengguna boleh menjadi pengeluar
dan sebaliknya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  21

Rajah 1.11: Kumpulan masyarakat dalam ekonomi pasaran

Konsep pengguna dan pengeluar adalah berkaitan dengan aliran pusingan


penggunaan iaitu penggunaan barangan akhir dan penggunaan sumber.
Sebaliknya, di dalam aliran pusingan pendapatan, isi rumah dikategorikan
sebagai pembekal sumber dan pengeluar sebagai pembekal barangan pengguna.
Isi rumah akan memperoleh pendapatan daripada jualan sumber seperti buruh,
tanah dan modal kepada firma. Mereka seterusnya akan menggunakan
pendapatan ini untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh firma. Manakala firma pula akan memperoleh pendapatan daripada jualan
barangan dan perkhidmatan yang seterusnya akan digunakan untuk membayar
sumber yang digunakan. Aliran pusingan ini ditunjukkan dalam Rajah 1.12.

Secara ringkasnya, isi rumah mengambil dua jenis keputusan. Pertama, ia perlu
menentukan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki yang akan dijual di
pasaran faktor pengeluaran untuk memperoleh pendapatan. Kedua, ia perlu
menentukan kuantiti barangan dan perkhidmatan yang perlu dibeli dengan
menggunakan pendapatan mereka. Manakala bagi firma, keputusan yang perlu
dibuat adalah berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang perlu
dikeluarkan dan jumlah input atau faktor pengeluaran yang perlu dibeli
daripada isi rumah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Rajah 1.12: Aliran pusingan faktor pengeluaran dan barangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  23

LATIHAN 1.4

Isikan tempat kosong.

1. Kekurangan wujud apabila permintaan yang _____________


bertemu dengan sumber yang ________________.

2. Tiga persoalan utama yang disebabkan oleh kekurangan dan yang


perlu diselesaikan oleh sistem ekonomi adalah: _________ patut
dikeluarkan, ____________ sumber yang digunakan dalam
pengeluaran dan ____________ yang akan memperoleh barangan
yang dihasilkan.

3. Apabila ahli ekonomi berbicara tentang harga dan kos, apa yang
dimaksudkan olehnya adalah nilai terbaik bagi ____________ yang
terpaksa dilepaskan apabila sesuatu keputusan diambil. Konsep
ini dikenali sebagai ____________ atau kos alternatif. Kos ini
wujud secara implisit dalam setiap keputusan yang diambil.

4. _____________ adalah kajian berkaitan dengan tahap guna tenaga,


inflasi, cukai, kadar pertukaran, pendapatan negara dan lain-lain
pemboleh ubah agregat. _____________ pula lebih tertumpu
kepada bagaimana pengguna dan firma membuat keputusan dan
berinteraksi sesama mereka.

5. Interaksi yang berlaku antara isi rumah, firma dan kerajaan


ditunjukkan melalui model _____________.

6. Sekiranya kombinasi output yang dihasilkan berada di dalam


lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran, maka sebahagian
daripada sumber adalah _____________; manakala titik yang
berada di luar lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran
adalah _____________.

7. Keluk kemungkinan pengeluaran yang normal berbentuk


cembung kerana kos melepas adalah _____________. Kos untuk
mengeluarkan barangan meningkat apabila tahap pengeluaran
meningkat disebabkan oleh masalah pulangan _____________.

8. Peranan kerajaan dalam sistem kapitalisme adalah sangat


minimum dan berdasarkan kepada dasar _____________. Tiada
sebarang masyarakat yang mengamalkan sistem kapitalisme atau
sistem perancangan berpusat yang tulen. Kebanyakan negara
mengamalkan sistem ekonomi _____________.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

LATIHAN 1.5

Soalan Berstruktur

Andaikan sebuah negara A yang mengeluarkan dua jenis barangan;


barangan pengguna dan barangan pertanian. Andaikan juga yang keluk
kemungkinan pengeluaran untuk negara A berbentuk cembung seperti
biasa. Dengan meletakkan barangan pengguna di paksi Y dan barangan
pertanian di paksi X, gambarkan kesan keadaan seperti di bawah kepada
keluk kemungkinan pengeluaran negara A. Lakarkan keluk bagi setiap
keadaan dalam diagram yang berbeza dengan mengandaikan keluk asal
adalah sama sebelum berlakunya sebarang perubahan.
(a) Pertumbuhan teknologi berlaku di sektor pertanian sahaja.
(b) Pertumbuhan teknologi berlaku di sektor barangan pengguna
sahaja.
(c) Tahap pendidikan semua pekerja meningkat dalam tempoh masa
tiga tahun.
(d) Pelaburan dalam barangan modal berkurangan selama satu
dekad.
(e) Beberapa juta ekar tanah pertanian berjaya diperoleh melalui
tambakan laut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  25

LATIHAN 1.6

Berdasarkan kepada rajah di bawah, tentukan sama ada kenyataan


berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

(a) Sekiranya kedua-dua negara memiliki sumber yang sama, negara


U akan memiliki teknologi yang lebih maju berbanding negara R.
(b) Kedua-dua negara menghadapi pulangan berkurangan dalam
pengeluaran kedua-dua jenis barangan.
(c) Pelaburan di negara R lebih tinggi pada titik d berbanding titik c.
(d) Sekiranya negara R berada pada titik a, ia boleh bergerak ke titik
d.
(e) Titik a untuk kedua-dua negara menggambarkan ketidakcekapan
dan pembaziran sumber.
(f) Kos melepas adalah malar sepanjang keluk kemungkinan
pengeluaran negara U.
(g) Penggunaan di negara R melebihi pelaburan pada titik d.
(h) Setiap negara boleh mengalami pertumbuhan yang pantas
apabila mereka bergerak di sepanjang keluk kemungkinan
pengeluaran ke arah barangan modal.
(i) Negara R boleh bergerak ke titik e dari titik c tanpa perlu
menanggung sebarang kos.
(j) Sekiranya kedua-dua negara menggunakan tahap teknologi yang
sama, negara R akan memiliki lebih banyak sumber berbanding
negara U.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Ć Berikut adalah peta konsep yang boleh membantu anda untuk


menggambarkan isi kandungan yang dibincangkan di dalam topik ini.

Ć Ekonomi adalah satu cabang ilmu yang mengkaji bagaimana individu dan
masyarakat mengagihkan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak
yang tidak terbatas. Penyelidikan ekonomi memberi tumpuan kepada pilihan
yang dibuat oleh masyarakat.

Ć Pilihan perlu dilakukan disebabkan oleh masalah kekurangan. Oleh itu,


pilihan melibatkan kos melepas. Kos melepas merujuk kepada nilai alternatif
terbaik yang terpaksa dilepaskan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI  27

Ć Masalah kekurangan muncul kerana sumber yang terhad dan kehendak dan
keperluan yang tidak terbatas. Oleh itu, muncul persoalan apakah yang patut
dihasilkan, bagaimanakah proses pengeluaran patut dijalankan dan siapakah
yang patut memperoleh barangan yang dihasilkan. Ketiga-tiga persoalan ini
diselesaikan berdasarkan kepada sistem ekonomi yang diamalkan oleh
sesebuah masyarakat.

Ć Penyelidikan ekonomi terdiri daripada penyelidikan mikro dan makro.


Mikroekonomi melibatkan kajian berkenaan individu manakala kajian
makroekonomi melihat ekonomi secara keseluruhan.

Ć Terdapat empat jenis sistem ekonomi yang utama: Sistem tradisional, sistem
pasaran bebas, sistem perancangan berpusat dan sistem ekonomi campuran.
Namun begitu, kebanyakan ekonomi mengamalkan sistem ekonomi
campuran disebabkan oleh campur tangan dan peranan yang dimainkan oleh
kerajaan.

Ekonomi Mikroekonomi
Kekurangan Sistem ekonomi campuran
Keluk kemungkinan pengeluaran Sistem pasaran bebas/sistem harga
(KKP)
Sistem perancangan berpusat
Kos melepas
Sistem tradisional
Makroekonomi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Permintaan
2 dan
Penawaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan hukum permintaan dan penawaran;
2. Melakarkan keluk permintaan dan penawaran;
3. Menerangkan keluk permintaan dan penawaran;
4. Mengaplikasikan empat penentu permintaan dan penawaran; dan
5. Membandingkan peralihan keluk permintaan dan penawaran dan
pergerakan di sepanjang keluk permintaan dan penawaran.

 PENGENALAN
Dalam Topik 1, anda telah mempelajari tentang ekonomi pasaran bebas. Di
dalam ekonomi pasaran bebas, tiada sebarang badan pusat yang
bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkenaan pengeluaran dan
penggunaan. Sebaliknya, setiap individu bebas untuk mendapatkan barangan
yang memaksimumkan kepuasannya dan pengeluar bebas menjual barangan
yang dapat memaksimumkan keuntungan mereka. Sistem pasaran yang
kompleks akan mengawalselia keputusan kedua-dua pihak untuk menentukan
keseimbangan pasaran.

Konsep permintaan dan penawaran adalah konsep asas dalam ekonomi pasaran.
Sistem harga akan menentukan bagaimana sumber, barangan dan perkhidmatan
diagihkan. Pengagihan dilakukan berdasarkan kepada kehendak dan
kesanggupan untuk membayar. Sesiapa yang ada kehendak dan sanggup untuk
membayar akan memperoleh apa yang diingini.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  29

Dalam topik ini, kita akan membincangkan operasi sistem pasaran melalui
konsep permintaan dan penawaran. Kita juga akan cuba untuk memahami faktor
yang mempengaruhi pasaran.

2.1 PERMINTAAN
Dalam analisis ekonomi, konsep permintaan digunakan untuk menghurai,
menganalisa dan meramalkan gelagat pembeli di pasaran.

Permintaan boleh didefinisikan sebagai jumlah barangan yang diperlukan


dan boleh dibeli oleh pengguna pada tahap harga yang berbeza pada satu-
satu masa.

Permintaan boleh diterangkan dengan menggunakan jadual dan keluk yang


menunjukkan kuantiti barangan yang diperlukan dan yang boleh dibeli oleh
pengguna pada satu-satu masa dan pada harga yang berbeza. Pada masa yang
sama, pemboleh ubah yang lain dianggap sebagai kekal dan tidak berubah
(sesetengah penulis menggunakan terma ceteris paribus untuk menghuraikan
keadaan di mana pemboleh ubah lain tidak berubah).

Dua fakta penting yang perlu anda fahami mengenai definisi di atas adalah
hubungan antara kuantiti permintaan dengan:
(a) Harga; dan
(b) Pembolehubah yang berkaitan.

Permintaan tidak hanya merujuk kepada kuantiti tetapi juga kepada hubungan
antara kuantiti diminta dan harga. Oleh itu, permintaan boleh diterangkan
dalam bentuk jadual dan keluk yang menghubungkan kuantiti dengan harga.

Untuk mengukur perubahan dalam kuantiti diminta, kita andaikan bahawa


pemboleh ubah lain yang mempengaruhi permintaan tidak berubah apabila
harga berubah. Antara pemboleh ubah yang lain adalah pendapatan, citarasa
pengguna, harga barangan lain yang berkaitan dan ramalan pengguna tentang
apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

AKTIVITI 2.1

Bagaimanakah harga sesuatu barangan atau perkhidmatan ditentukan


di pasaran? Kenapa sesetengah barangan mempunyai harga yang
berbeza pada masa yang berbeza? Bincangkan di dalam kelas.

2.1.1 Hukum Permintaan

Rajah 2.1: Keluk Permintaan

Keluk permintaan dengan kecerunan yang negatif menunjukkan bahawa


terdapat hubungan songsang antara kuantiti diminta dengan harga. Apabila
harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun dan apabila harga jatuh,
kuantiti diminta akan naik. Hubungan songsang ini dikenali sebagai hukum
permintaan. Terdapat dua penerangan untuk hukum permintaan iaitu:
(a) Kesan penggantian; dan
(b) Hukum utiliti sut berkurangan.

Kesan penggantian berlaku apabila perubahan harga menyebabkan pengguna


menggantikan barangan yang terhad dengan barangan yang lain pada harga
yang lebih rendah tetapi yang masih lagi menghasilkan tahap utiliti yang sama.
Hukum utiliti sut berkurangan pula menerangkan hubungan negatif ini dengan
menggunakan konsep utiliti dan kepuasan.

Hubungan antara harga dan kuantiti diminta digambarkan melalui Jadual 2.1.
Jadual permintaan dan keluk permintaan pula diilustrasikan pada Rajah 2.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  31

Jadual 2.1: Jadual Permintaan

Harga (RM) Kuantiti diminta (Unit)


1 60
2 50
3 40
4 30
5 20
6 10

SEMAK KENDIRI 2.1

Bagaimanakah harga sesuatu barangan memberi kesan kepada kuantiti


yang diminta?

2.1.2 Permintaan dan Kuantiti Diminta


Kita perlu memahami perbezaan antara terma berikut: permintaan, kuantiti diminta,
peralihan keluk permintaan dan pergerakan di sepanjang keluk permintaan.
(a) Keluk permintaan menggambarkan hubungan antara harga dan kuantiti pada
satu-satu masa sahaja; dengan andaian faktor lain tidak berubah.
Walaubagaimanapun, ia tidak dapat menunjukkan hubungan untuk jangka
masa yang lebih panjang disebabkan oleh perubahan lain penentu permintaan.
(b) Pergerakan di sepanjang keluk permintaan menunjukkan perubahan kuantiti
diminta yang disebabkan oleh perubahan dalam harga barangan itu sendiri.
Pergerakan ini berkait dengan hukum permintaan. Apabila harga berubah,
pembeli akan mengubah kuantiti barangan yang mereka sanggup beli.
(c) Perubahan permintaan merujuk kepada peralihan keluk permintaan
disebabkan oleh perubahan pemboleh ubah yang lain (seperti harga barangan
lain, jangkaan dan citarasa pengguna).Pergerakan keluk permintaan ke kanan
menunjukkan peningkatan permintaan, manakala penurunan permintaan
menyebabkan keluk permintaan bergerak ke kiri.

Rajah 2.2(a) menunjukkan konsep perubahan kuantiti diminta. Pergerakan dari


titik A ke titik B menunjukkan peningkatan kuantiti diminta. Manakala
pergerakan dari titik A ke titik C menunjukkan penurunan kuantiti diminta.
Rajah 2.2(b) pula menunjukkan perubahan permintaan. Peralihan dari titik A ke

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

titik B menunjukkan peningkatan permintaan dan peralihan dari titik A ke titik C


menunjukkan penurunan permintaan.

Rajah 2.2: Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan

2.1.3 Penentu Permintaan


Setelah kita memahami perbezaan antara perubahan permintaan dan perubahan
kuantiti diminta, kita akan lihat pula dengan lebih mendalam apakah faktor
yang mempengaruhi permintaan (penentu permintaan).

(a) Harga Barangan Berkaitan


Perubahan harga barangan berkaitan akan menyebabkan keluk permintaan
beralih. Terdapat dua jenis barangan berkaitan; barangan pengganti dan
barangan penggenap.

Rajah 2.3: Dua jenis barangan berkaitan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  33

Barangan pengganti adalah barangan yang boleh digunakan sebagai


pengganti kepada barangan yang sedang digunakan. Contoh barangan
pengganti adalah mentega dan marjerin atau daging dan ikan.

Andaikan barangan Y merupakan pengganti kepada barangan X. Apabila


harga Y meningkat, pengguna akan kurang membeli Y dan
menggantikannya dengan barangan X. Akibatnya, kuantiti Y yang diminta
menurun, manakala kuantiti X yang diminta meningkat. Sebaliknya akan
berlaku apabila harga Y jatuh. Rajah 2.4 menunjukkan keadaan ini. Dalam
kedua-dua diagram, A adalah titik asal dan B adalah titik baru selepas
perubahan harga berlaku.

Harga marjerin (Y) yang meningkat dari P1 ke P2 akan mendorong


pengguna untuk mengurangkan penggunaan marjerin dan
menggantikannya dengan mentega (X). Di sini, kita dapati bahawa
walaupun harga mentega tidak berubah, permintaan mentega telah
meningkat disebabkan oleh peningkatan harga marjerin.

Rajah 2.4: Perubahan harga barangan pengganti

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Barangan penggenap adalah barangan yang perlu digunakan bersama untuk


mendatangkan sebarang kepuasan. Contoh barangan penggenap adalah
kereta dan minyak atau pen dan dakwat.

Andaikan sekarang barangan Z adalah penggenap bagi barangan X.


Peningkatan harga Z akan menyebabkan kuantiti diminta bagi kedua-dua
barangan Z dan X jatuh. Sebaliknya akan berlaku sekiranya harga Z jatuh.
Keadaan ini digambarkan oleh Rajah 2.5.

Sebagai contoh, andaikan harga minyak (Z) naik dari P1 ke P2. Ini akan
menyebabkan kuantiti minyak yang diminta berkurangan. Akibat daripada
kenaikan harga minyak, pengguna akan mengurangkan permintaan untuk
kereta (X) walaupun harga kereta tidak berubah.

Rajah 2.5: Perubahan harga barangan penggenap

Apabila penggunaan sesuatu barangan tidak memberi kesan kepada


penggunaan barangan yang lain, kedua-dua barangan tersebut dikatakan
sebagai tidak berkaitan. Contohnya, perubahan harga gula tidak akan
memberi kesan kepada permintaan terhadap kereta kerana kereta dan gula
tidak mempunyai sebarang hubungan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  35

(b) Pendapatan
Kebiasaannya, pendapatan berhubung secara positif dengan permintaan.
Apabila pendapatan meningkat, permintaan akan meningkat dan
sebaliknya.

Namun, hubungan ini hanya terpakai untuk barangan normal. Kadang-


kadang, peningkatan pendapatan akan menyebabkan permintaan untuk
sesetengah barangan jatuh. Ini berlaku khususnya untuk barangan
bawahan. Oleh itu, hubungan antara permintaan dan pendapatan boleh
menjadi petunjuk kepada jenis sesuatu barangan sama ada ia barangan
keperluan, bawahan, normal atau mewah.

Rajah 2.6: Hubungan antara pendapatan dan permintaan dan jenis barangan

Walaupun kebiasaannya pendapatan akan menentukan jenis barangan, kita


boleh juga mengkategorikan barangan secara umum. Sebagai contoh, beras
hancur dianggap sebagai barangan bawahan. Manakala barangan
berjenama antarabangsa seperti kereta sport ataupun pakaian berjenama
dianggap sebagai barangan mewah. Barangan keperluan pula adalah
barangan yang permintaannya tidak bergantung kepada harga seperti gula,
garam atau beras biasa.

(c) Citarasa pengguna


Pengguna memiliki citarasa yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Apabila citarasa pengguna terhadap sesuatu barangan meningkat, mereka
akan meningkatkan penggunaan barangan tersebut. Oleh itu, keluk
permintaan barangan tersebut akan beralih ke kanan. Sebagai contoh, kita
boleh lihat yang penduduk Malaysia semakin menggemari makanan segera
seperti KFC atau McDonaldÊs. Pada masa dahulu, agak sukar untuk
penduduk Malaysia untuk hanya makan ayam goreng tanpa nasi. Namun,
dengan perubahan masa dan iklan yang berkesan di media massa,
kesemuanya telah mengubah citarasa penduduk Malaysia terhadap
makanan segera.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

(d) Jangkaan terhadap perubahan harga dan pendapatan pada masa hadapan
Pengguna mungkin dapat menjangka perubahan harga dan pendapatan yang
akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh, pengguna mungkin dapat
meramal yang harga akan meningkat semasa musim perayaan. Sekiranya harga
dijangka akan meningkat, permintaan semasa akan turut meningkat.
Sebaliknya, permintaan semasa akan turun jika harga dan pendapatan dijangka
akan jatuh pada masa hadapan.

Untuk memahami dengan lebih baik apa yang telah kita bincangkan di atas,
mari kita gunakan contoh permintaan untuk mentega. Dalam contoh ini, kita
akan lihat apa yang akan menyebabkan permintaan mentega meningkat dan
seterusnya menyebabkan keluk permintaan untuk mentega bergerak ke kanan.

Seperti yang kita ketahui, mentega bukanlah makanan tradisional negara kita
tetapi melalui pendedahan masyarakat terhadap makanan luar negara, mentega
telah dapat diterima oleh kebanyakan penduduk negara ini terutamanya untuk
dimakan bersama roti atau sebagai salah satu bahan untuk membuat kek.
Justeru, disebabkan oleh perubahan citarasa ini, keluk permintaan mentega
telah beralih ke kanan.

Marjerin adalah pengganti kepada mentega. Oleh itu, sekiranya harga marjerin
naik, permintaan untuk mentega akan jatuh. Roti pula boleh dianggap sebagai
pelengkap kepada mentega. Maka, sekiranya harga roti naik (atau turun),
permintaan untuk mentega akan turun (atau naik). Begitu juga dengan
pendapatan, sekiranya pendapatan meningkat, orang ramai mungkin akan
menggantikan marjerin dengan mentega kerana marjerin dianggap oleh
sesetengah pengguna sebagai barangan bawahan. Rajah 2.7 di bawah
menunjukkan peralihan keluk permintaan mentega disebabkan oleh beberapa
faktor.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  37

Rajah 2.7: Peralihan keluk permintaan mentega

AKTIVITI 2.2

Untuk meningkatkan kefahaman anda tentang permintaan, bincangkan


bagaimana faktor berikut mempengaruhi permintaan kopi:
(a) Citarasa.
(b) Harga barangan berkaitan (barangan pengganti dan barangan
penggenap).
(c) Pendapatan.
(d) Jangkaan perubahan harga dan pendapatan pada masa hadapan.

Bentangkan jawapan anda semasa kelas tutorial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

2.1.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran


Pasaran terdiri daripada sekumpulan individu. Oleh itu, jadual atau keluk
permintaan pasaran adalah hasil campur semua jadual dan keluk permintaan
individu yang ada di dalam pasaran tersebut. Kita boleh memperoleh jadual atau
keluk permintaan pasaran dengan mencampurkan kuantiti diminta oleh setiap
individu pada setiap tahap harga. Hubungan antara harga dan kuantiti di
pasaran dipengaruhi oleh pemboleh ubah atau penentu yang sama seperti yang
mempengaruhi permintaan individu.

Jadual 2.2 dan rajah 2.8 menggambarkan bagaimana kita boleh mendapatkan
jadual dan keluk permintaan pasaran daripada jadual dan keluk permintaan
individu. Andaikan terdapat hanya dua orang pengguna di pasaran. Pada harga
RM2 seunit, kuantiti diminta oleh Pengguna 1 adalah 25 unit manakala kuantiti
diminta oleh Pengguna 2 adalah 50 unit. Oleh itu, kuantiti diminta di pasaran ini
pada harga RM2 seunit adalah 75 unit dan seterusnya untuk tahap harga yang
lain.

Jadual 2.2: Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

Kuantiti diminta (Unit) Permintaan Pasaran


Harga (RM)
Pengguna 1 Pengguna 2 (unit)

1 30 60 90
2 25 50 75
3 20 40 60
4 15 30 45
5 10 20 30
6 5 10 15

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  39

Rajah 2.8: Permintaan individu dan permintaan pasaran

LATIHAN 2.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Permintaan adalah jumlah barangan atau komoditi yang mampu
dimiliki dan dibeli dengan relahati pada harga tertentu oleh
pengguna.
2. Keluk permintaan akan beralih ke kanan jika semua penentu
permintaan kecuali harga barangan itu sendiri kekal tidak
berubah.

2.2 PENAWARAN
Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran?

Dalam teori permintaan, kita telah melihat bagaimana gelagat pengguna di


pasaran. Walau bagaimanapun, pasaran bukan hanya terdiri daripada pengguna
sahaja; ia juga melibatkan penjual dan pengeluar. Seterusnya, kita akan lihat
gelagat penjual di pasaran. Dalam analisis ekonomi, gelagat penjual di pasaran
dianalisis dan diramal dengan menggunakan konsep penawaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Penawaran boleh didefinisikan sebagai jadual atau keluk yang


menghubungkan kuantiti barangan yang akan dijual pada satu-satu masa
pada tahap harga berbeza dengan mengandaikan faktor lain tidak berubah.

Semasa kita mengukur perubahan kuantiti yang ditawarkan, faktor lain yang
boleh mempengaruhi jumlah barangan yang sanggup ditawar oleh penjual
dianggap sebagai tidak berubah (andaian ceteris paribus). Faktor ini yang juga
dipanggil sebagai penentu penawaran terdiri daripada harga input atau faktor
pengeluaran, harga barangan lain, teknologi dan jangkaan masa hadapan
pembekal/penjual.

AKTIVITI 2.3

Anda mungkin pernah mendengar ungkapan „Jika tiada permintaan,


maka tiadalah penawaran.‰ Adakan anda bersetuju bahawa penawaran
sangat berkait rapat dengan permintaan?

Sekiranya harga turun, apakah yang akan berlaku kepada jumlah


permintaan? Adakah anda bersetuju yang permintaan akan naik jika
harga jatuh?

Bagaimana pula dengan penawaran? Adakah penawaran juga akan naik


jika harga jatuh?

2.2.1 Hukum Penawaran


Jika anda adalah seorang penjual atau pengeluar sesuatu barangan, anda
mungkin akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika harga jualan anda naik.
Sebaliknya akan berlaku jika harga jualan anda jatuh. Oleh itu, kuantiti barangan
yang anda jual akan naik sekiranya harga naik dan ianya akan jatuh jika harga
jatuh. Hubungan positif antara harga dan penawaran ini dikenali sebagai hukum
penawaran.

Jadual 2.3 adalah contoh jadual penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan


oleh penjual atau pengeluar pada tahap harga yang berbeza. Rajah 2.9 pula
adalah contoh keluk penawaran yang dilakarkan berdasarkan kepada Jadual 2.3.
Rajah 2.9 menunjukkan keluk penawaran bercerun positif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  41

Jadual 2.3: Jadual Penawaran Barangan X

Harga (RM) Kuantiti ditawarkan (Unit)


1 10
2 20
3 30
4 40
5 50
6 60

Rajah 2.9: Keluk penawaran barangan X

Terdapat tiga sebab yang menerangkan hubungan positif antara penawaran dan
harga:
(a) Peningkatan pengeluaran akan membawa kepada peningkatan kos
disebabkan oleh masalah pulangan berkurangan. Konsep ini akan
dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Topik 5;
(b) Peningkatan harga akan menyebabkan keuntungan meningkat. Ini
seterusnya akan mendorong firma untuk meningkatkan pengeluarannya;
dan
(c) Jika harga kekal pada tahap yang tinggi untuk jangka masa yang lama, ia
akan menarik lebih ramai pengeluar untuk memasuki pasaran tersebut
yang seterusnya akan meningkatkan jumlah penawaran. Teori ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam Topik 8.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

2.2.2 Penawaran dan Kuantiti Ditawarkan


Sama seperti yang telah dibincangkan sebelum ini di teori permintaan,
penawaran dan kuantiti ditawarkan adalah dua konsep yang berbeza. Perubahan
kuantiti ditawarkan berlaku apabila terdapat perubahan harga barangan itu
sendiri.

Harga barangan mempengaruhi secara positif kuantiti ditawarkan. Jika harga


naik, kuantiti ditawarkan akan naik dan sebaliknya. Perubahan dalam kuantiti
ditawarkan yang berlaku disebabkan oleh perubahan harga ditunjukkan oleh
pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama.

Sebaliknya, perubahan permintaan merujuk kepada peralihan keluk penawaran


yang disebabkan oleh perubahan penentu penawaran. Penentu penawaran
terdiri daripada kos pengeluaran, jangkaan penjual dan harga barangan lain.

Perubahan kuantiti ditawarkan merujuk kepada pergerakan di sepanjang


keluk penawaran yang sama, manakala perubahan penawaran digambarkan
dengan peralihan keluk permintaan ke kiri atau ke kanan.

Rajah 2.10: Pergerakan di sepanjang keluk dan peralihan keluk permintaan

Rajah 2.10(a) menggambarkan perubahan kuantiti ditawarkan yang berlaku


disebabkan oleh perubahan harga barangan itu sendiri. Apabila harga naik, kuantiti
ditawarkan akan naik dari titik A ke titik B. Manakala apabila harga jatuh, kuantiti
ditawarkan akan jatuh dari titik A ke titik C. Perhatikan bagaimana kedua-dua

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  43

pergerakan ini berlaku di atas keluk yang sama. Ini dikenali sebagai perubahan
kuantiti ditawarkan.

Rajah 2.10(b) pula menunjukkan perubahan permintaan yang berlaku disebabkan


oleh perubahan penentu penawaran seperti harga barangan lain, kos pengeluaran,
jangkaan harga masa hadapan dan jumlah pengeluar. Sebagai contoh, kenaikan kos
pengeluaran akan menyebabkan penawaran berkurangan dan ini akan menyebabkan
keluk penawaran beralih ke kiri dari titik A pada keluk S0 ke titik C pada keluk S2.
Sebaliknya, penurunan kos penawaran akan menyebabkan penawaran di pasaran
naik dan keluk penawaran beralih ke kanan (S0 S1). Perhatikan di sini yang
perubahan penawaran bukan disebabkan oleh perubahan harga, tetapi oleh penentu
penawaran yang lain. Pergerakan atau peralihan keluk penawaran ini dikenali sebagai
perubahan penawaran.

2.2.3 Penentu Penawaran


Seterusnya kita akan membincangkan penentu penawaran dengan lebih lanjut.

(a) Harga Barangan Lain


Penawaran boleh dipengaruhi oleh harga barangan berkaitan dalam proses
pengeluaran. Terdapat dua jenis hubungan yang wujud semasa proses
pengeluaran:
(i) Pengganti dalam penawaran; dan
(ii) Penggenap dalam penawaran.

Pengganti dalam penawaran merujuk kepada barangan yang boleh


dihasilkan untuk menggantikan pengeluaran barangan yang lain tanpa
perlu melakukan sebarang perubahan yang besar ke atas proses
pengeluaran. Sebagai contoh, pengeluaran tepung beras dan tepung pulut
boleh dilakukan dengan menggunakan mesin dan peralatan yang sama.

Sekiranya keuntungan atau harga barangan pengganti dalam penawaran


meningkat, pengeluar akan beralih ke barangan tersebut dan
mengurangkan pengeluaran barangan yang satu lagi. Contohnya, jika
harga tepung beras naik, pengeluar akan mengurangkan pengeluaran
tepung pulut untuk menggantikannya dengan tepung beras bagi
meningkatkan keuntungannya.

Penggenap dalam penawaran pula merujuk kepada barangan yang


dihasilkan bersama-sama semasa proses pengeluaran. Contohnya, dalam
proses pengeluaran minyak petrol daripada minyak mentah, beberapa
produk lain seperti gas dan minyak diesel juga akan dihasilkan. Jika harga
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
44  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

minyak petrol naik, peningkatan penawaran minyak petrol yang terhasil


juga akan menyebabkan peningkatan penawaran minyak diesel dan gas.

(b) Perubahan Kos Pengeluaran


Kos pengeluaran boleh berubah disebabkan oleh beberapa faktor seperti
perubahan harga faktor pengeluaran, perubahan teknologi, pungutan cukai
dan pemberian subsidi oleh kerajaan (sila lihat Rajah 2.11).

Rajah 2.11: Faktor yang membawa kepada perubahan kos pengeluaran

Semasa proses pengeluaran, pengeluar akan menggunakan kombinasi


input atau faktor pengeluaran. Harga faktor pengeluaran ditentukan oleh
pasaran faktor pengeluaran. Perubahan harga faktor pengeluaran akan
mempengaruhi kos pengeluaran. Oleh itu, jika harga faktor pengeluaran
jatuh, kos pengeluaran juga akan jatuh. Keadaan ini akan mendorong
pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran walaupun tiada sebarang
kenaikan pada harga barangan itu sendiri. Justeru, penurunan harga faktor
pengeluaran akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan
disebabkan oleh peningkatan penawaran.

Perubahan dasar kerajaan berkaitan dengan cukai dan subsidi juga akan
mempengaruhi keluk penawaran. Apabila pengeluar perlu membayar
cukai, kos pengeluaran akan meningkat dan ini akan menyebabkan keluk
penawaran beralih ke kiri. Sebaliknya, apabila pengeluar mendapat
bantuan subsidi, kos pengeluarannya akan berkurangan dan keluk
penawaran akan beralih ke kanan.

Penemuan teknologi baru yang dapat mengurangkan kos pengeluaran juga


akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  45

(c) Jangkaan harga


Sekiranya pengeluar menjangka harga barangan yang dikeluarkannya akan
meningkat pada masa hadapan, beliau akan meningkatkan penawaran dan
keluk penawaran akan beralih ke kanan. Sekiranya harga dijangka akan
jatuh, pengeluaran akan jatuh dan keluk penawaran akan beralih ke kiri.

(d) Bilangan pengeluar


Keluk penawaran akan bergerak ke kanan apabila bilangan pengeluar
bertambah. Sebaliknya akan berlaku apabila bilangan pengeluar
berkurangan.

AKTIVITI 2.4

Kenaikan harga tidak akan mempengaruhi pembelian kereta

KLANG: Minat untuk membeli kereta di Malaysia tidak akan berkurangan


walaupun harga petrol dan diesel meningkat, menurut pakar automotif, Tan Sri
SM Nasimuddin SM Amin.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak di Malaysia tidak seteruk negara lain di
Eropah, Jepun dan Korea, di mana jualan kereta terus meningkat walaupun harga
minyak meningkat secara mendadak.

Beliau juga berkata, cadangan untuk mengurang atau menghentikan cukai jalan
akan memudahkan penjualan kereta di negara ini, terutamanya semasa kenaikan
harga minyak.

„Ianya satu perkara yang baik kerana ia akan mengurangkan beban,‰ kata
Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang menyokong cadangan penghapusan cukai
jalan untuk semua jenis kenderaan. Kumpulan Naza yang beroperasi sejak tahun
1975, terlibat dalam perniagaan import dan jualan kereta yang memerlukan AP.

Nasimudin ditemubual selepas menghadiri upacara pembukaan bilik pameran


Kia Motors milik Perstimas Sdn Bhd oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr
Ng Yen Yen di sini semalam.

Sumber: Harian Metro Online (2005)

Berdasarkan keratan akhbar di atas, nyatakan pendapat anda tentang


kesan kenaikan harga petrol kepada penawaran kereta dan barangan
lain. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk
mengatasi masalah kenaikan harga petrol?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

2.2.4 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran


Sama seperti permintaan pasaran, penawaran pasaran diperoleh dengan
mencampurkan kuantiti yang ditawarkan oleh semua penjual pada setiap tahap
harga. Jadual 2.4 dan Rajah 2.12 menunjukkan bagaimana keluk penawaran
pasaran diperoleh.

Andaikan hanya terdapat dua penjual di pasaran. Pada harga RM1 seunit,
Penjual 1 akan menawarkan 10 unit manakala Penjual 2, lima unit. Oleh itu,
kuantiti ditawarkan pada RM1 adalah 15 unit. Begitu juga untuk harga yang
seterusnya.

Jadual 2.4: Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran

Kuantiti Ditawarkan (Unit) Penawaran Pasaran


Harga (RM)
Penjual 1 Penjual 2 (Unit)

1 10 5 15
2 20 10 30
3 30 15 45
4 40 20 60
5 50 25 75

Rajah 2.12: Penawaran individu dan penawaran pasaran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN  47

Ć Berikut adalah peta konsep yang boleh membantu anda untuk


menggambarkan isi kandungan yang dibincangkan di dalam topik ini.

Ć Permintaan adalah kuantiti yang diminta dan yang mampu dibayar oleh
pengguna pada tahap harga yang berbeza. Permintaan ditentukan oleh harga
barangan itu sendiri, harga barangan berkaitan, pendapatan, citarasa dan
jangkaan masa hadapan.

Ć Hubungan negatif antara kuantiti diminta dan harga dikenali sebagai


Hukum Permintaan.

Ć Perubahan kuantiti diminta yang disebabkan perubahan harga barangannya


sendiri akan membawa kepada pergerakan di sepanjang keluk permintaan.
Manakala perubahan permintaan yang disebabkan oleh perubahan faktor
lain selain harga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan keluk
permintaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Ć Peningkatan permintaan akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan,


manakala penurunan permintaan akan mengalihkannya ke kiri.

Ć Penawaran adalah kuantiti yang sanggup dijual oleh penjual pada tahap
harga yang berbeza. Penawaran ditentukan oleh harga barangan itu sendiri,
harga barangan yang berkaitan, kos pengeluaran dan jangkaan masa
hadapan.

Ć Hubungan positif antara kuantiti ditawarkan dan harga dikenali sebagai


hukum penawaran.

Ć Perubahan kuantiti ditawarkan yang disebabkan perubahan harga


barangannya sendiri ditunjukkan oleh pergerakan disepanjang keluk
penawaran.

Ć Perubahan penawaran yang disebabkan oleh perubahan faktor lain selain


harga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan keluk penawaran.

Ć Peningkatan penawaran akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan,


manakala penurunan penawaran akan mengalihkannya ke kiri.

Ć Permintaan pasaran adalah hasil campur kesemua permintaan individu


manakala penawaran pasaran adalah hasil campur kesemua penawaran
individu.

Barangan pengganti Keluk permintaan


Barangan penggenap Penawaran
Hukum penawaran Penentu penawaran
Hukum permintaan Penentu permintaan
Keluk penawaran Permintaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Keseimbangan
3 Pasaran

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menunjukkan bagaimana kuantiti dan harga keseimbangan dicapai
dengan menggunakan diagram dan persamaan;
2. Menerangkan bagaimana keseimbangan pasaran boleh berubah;
3. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekali
keanjalan silang dan keanjalan pendapatan;
4. Mentafsirkan keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran,
pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan; dan
5. Mengaplikasikan konsep keanjalan dalam analisis pasaran.

 PENGENALAN
Kita telah lihat di Topik 2 bagaimana kuantiti permintaan berhubung kait secara
negatif dengan harga dan kuantiti penawaran berhubung kait secara positif
dengan harga. Namun, hubungan tersebut adalah terlalu umum. Kita mungkin
perlu tahu banyak manakah kuantiti yang diminta akan jatuh sekiranya naik
sebanyak 10%. Dalam Topik 3 ini, anda akan mempelajari tentang keseimbangan
pasaran. Anda juga akan mempelajari tentang sejauh mana kuantiti diminta
sensitif kepada perubahan harga. Maklumat ini penting kepada firma untuk
menentukan harga barangan yang dikeluarkan. Kepada ahli ekonomi pula,
maklumat ini penting dalam menganalisis dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan.

Sensitiviti kuantiti terhadap perubahan harga boleh diukur dengan


menggunakan konsep keanjalan yang akan diterangkan di dalam topik ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

3.1 KESEIMBANGAN PASARAN


Apakah keseimbangan pasaran? Bagaimanakah permintaan dan penawaran
berhubung kait?

Permintaan dan penawaran adalah model yang menerangkan gelagat


pengguna dan penjual di pasaran.

Untuk menunjukkan bagaimana kedua-duanya berinteraksi dalam menentukan


harga dan kuantiti, kita perlu melakar keluk permintaan dan penawaran dalam
satu diagram.

Titik persilangan antara keluk permintaan dan penawaran adalah titik


keseimbangan pasaran.

Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan


di mana semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang
kecenderungan untuk berubah. Keseimbangan hanya akan berubah sekiranya
penentu permintaan atau penawaran berubah.

Pada titik keseimbangan pasaran, kehendak pembeli adalah sama dengan


kehendak penjual iaitu kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang
ditawarkan pada harga yang tertentu. Kuantiti dan harga ini dikenali sebagai
kuantiti keseimbangan dan harga keseimbangan.

Berdasarkan kepada perbincangan kita sebelum ini, kita tahu yang keluk
permintaan mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaran
pula bercerun positif. Di dalam Rajah 3.1, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam
diagram yang sama. Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E. Titik E ini
dikenali sebagai titik keseimbangan, manakala Pe dan Qe mewakili harga
keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  51

Rajah 3.1: Keseimbangan pasaran

3.1.1 Keseimbangan, Lebihan dan Berkurang


Jadual 3.1 menerangkan konsep keseimbangan, lebihan permintaan dan lebihan
penawaran. Kadang-kadang, lebihan permintaan juga dipanggil sebagai
berkurang manakala lebihan penawaran sebagai lebihan. Ini bermakna, lebihan
permintaan diwakili dengan nilai negatif manakala lebihan penawaran dengan
nilai positif. Lebihan sifar pula menunjukkan yang kita berada pada titik
keseimbangan.

Jadual 3.1: Lebihan, Berkurang dan Keseimbangan Pasaran

Kuantiti
Harga Kuantiti Diminta Berkurang (-) Kecenderungan
Ditawarkan
(RM) (Unit) Lebihan (+) Harga
(Unit)
1 18 2 -16 Meningkat
2 16 4 -12 Meningkat
3 14 6 -8 Meningkat
4 12 8 -4 Meningkat
5 10 10 0 Keseimbangan
6 8 12 +4 Menurun
7 6 14 +8 Menurun
8 4 16 +12 Menurun
9 2 18 +16 Menurun

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Pengurangan berlaku apabila pada tahap harga tertentu, kuantiti permintaan


melebihi kuantiti penawaran. Jadual 3.1 menunjukkan pengurangan atau lebihan
permintaan berlaku pada harga RM1 hingga RM4 seunit. Apabila harga adalah
RM1, terdapat pengurangan sebanyak 16 unit manakala apabila harga adalah
RM4, pengurangan berlaku menjadi empat unit. Pengurangan akan memberi
tekanan kepada harga untuk naik dan kenaikan harga ini akan mengurangkan
permintaan dan seterusnya mengurangkan pengurangan dalam pasaran.

Lebihan pula berlaku apabila pada tahap harga yang tertentu, kuantiti yang
ditawarkan melebihi kuantiti yang diminta. Lebihan akan berkurangan apabila
harga menurun. Justeru itu, lebihan akan memberi tekanan kepada harga untuk
turun. Berdasarkan Jadual 3.1, kita boleh lihat bagaimana lebihan berkurangan
daripada 16 unit kepada 14 unit apabila harga turun daripada RM9 kepada RM6
seunit.

Keseimbangan akan dicapai apabila tiada lebihan atau pengurangan. Di sini,


tiada lagi tekanan ke atas harga untuk berubah. Pada Jadual 3.1, keseimbangan
dicapai pada harga RM5 seunit dan kuantiti 10 unit. Perhatikan bahawa
pengurangan akan menyebabkan harga meningkat dan lebihan akan mendorong
harga untuk jatuh.

Rajah 3.2 menunjukkan keadaan pengurangan, lebihan, keseimbangan dan


tekanan kepada harga.

Rajah 3.2: Keseimbangan, berkurang dan lebihan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  53

SEMAK KENDIRI 3.1

Kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan =

Kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta =

Fikirkan yang manakah merujuk kepada lebihan dan yang mana


berkurang.

AKTIVITI 3.1

Dengan menggunakan ayat anda sendiri, terangkan bagaimana pasaran


mencapai keseimbangan. Kongsi jawapan anda dengan rakan yang lain.

3.1.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran


Keseimbangan pasaran tidak akan berubah selagi tiada sebarang kuasa di
pasaran yang mempengaruhi permintaan dan penawaran. Walau
bagaimanapun, permintaan dan penawaran akan sentiasa bergerak ke kiri atau
kanan apabila penentu permintaan dan penawaran berubah. Oleh itu, perubahan
dalam penentu permintaan dan penawaran akan menyebabkan kuantiti dan
harga keseimbangan berubah.

(a) Perubahan Permintaan


Secara umumnya, perubahan permintaan dan penawaran akan memberi
kesan yang boleh dijangka kepada kuantiti dan harga keseimbangan seperti
berikut:
(i) Apabila permintaan meningkat manakala penawaran tidak berubah,
harga dan kuantiti keseimbangan juga akan meningkat. Untuk
mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesan peningkatan
permintaan ke atas keseimbangan pasaran, mari kita lihat Rajah 3.3(a).
Keluk D0 dan S adalah titik keseimbangan asal. Titik E0 adalah titik
keseimbangan asal di mana keluk permintaan D0 bersilang dengan
keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan
Q0. Apabila permintaan meningkat, keluk permintaan D0 akan beralih
ke D1. D1 dan E1 adalah keluk permintaan titik keseimbangan yang
baru; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

(ii) Apabila permintaan berkurangan dan penawaran tidak berubah,


harga dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.3[b]).

Rajah 3.3: Kesan peralihan keluk permintaan kepada keseimbangan

(b) Perubahan Penawaran


(i) Apabila penawaran meningkat dan permintaan tidak berubah, harga
keseimbangan akan jatuh dan kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk
Rajah 3.4[a]); dan
(ii) Apabila penawaran turun dan permintaan tidak berubah, harga
keseimbangan akan naik dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk
Rajah 3.4[b]).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  55

Rajah 3.4: Kesan peralihan keluk penawaran kepada keseimbangan

(c) Perubahan Permintaan dan Penawaran


Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak akan menyebabkan
harga dan kuantiti keseimbangan berubah seperti berikut:
(i) Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran meningkat, kuantiti
keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.5[a]); dan
(ii) Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran turun, kuantiti
keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.5[b]).

Rajah 3.5: Kesan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang sama

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Rajah 3.5 menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Kesan ke atas harga pula
tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada beberapa perkara
terutamanya sejauh mana keluk berubah dan juga keanjalan keluk iaitu:
(i) Apabila permintaan naik dan penawaran turun, harga keseimbangan
akan naik (rujuk Rajah 3.6[a]); dan
(ii) Apabila permintaan turun dan penawaran naik, harga keseimbangan
akan turun. Kesan kepada kuantiti tidak dapat ditentukan disebabkan
oleh perkara yang sama seperti di atas (rujuk Rajah 3.6[b]).

Rajah 3.6: Kesan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang berlainan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  57

LATIHAN 3.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Apabila pasaran mencapai keseimbangan, perubahan permintaan
dan penawaran akan menyebabkan berlakunya lebihan atau
berkurang.
2. Kebanyakan pasaran dapat mengekalkan keseimbangan untuk
jangka masa yang lama.
3. Lebihan permintaan atau berkurang akan menyebabkan harga
jatuh.
4. Jika permintaan meningkat dan penawaran kekal tidak berubah,
harga dan kuantiti keseimbangan akan naik.

3.2 PASARAN DALAM BENTUK PERSAMAAN


Kita juga boleh menerangkan hubungan antara permintaan pasaran dan
penawaran pasaran untuk sesuatu barangan dan penentu-penentu mereka
dalam bentuk persamaan.

Persamaan boleh dinyatakan dalam bentuk fungsi yang umum atau dengan
memberikan nilai yang tertentu kepada pemboleh ubah tertentu. Persamaan ini
dikenali sebagai fungsi permintaan dan fungsi penawaran. Selain itu,
keseimbangan pasaran juga boleh diperoleh daripada fungsi-fungsi tersebut.

3.2.1 Fungsi Permintaan


Fungsi permintaan menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta dan
penentunya dalam bentuk fungsi:

Fungsi permintaan yang umum boleh ditulis seperti berikut:

Qd = f(Pg, Ps, Pc, Y, T, Peg)

Fungsi umum ini menyatakan secara amnya yang kuantiti diminta, Qd, berfungsi
kepada harganya sendiri, Pg; harga barangan pengganti, Ps; harga barangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

penggenap, Pc; pendapatan, Y; cita rasa, T; dan jangkaan harganya pada masa
hadapan, Peg.

Kebiasaannya, fungsi permintaan yang digunakan hanya menunjukkan


hubungan antara kuantiti diminta dengan harga barangan tersebut. Persamaan
ini boleh ditulis dalam bentuk Qd = a ă bP, di mana

Qd = Kuantiti diminta
a = Pemalar (constant)
b = Kecerunan keluk permintaan
P = Harga barangan

Persamaan mudah ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa lain-lain


penentu permintaan tidak berubah. Semua pemboleh ubah yang konstant
dimasukkan dalam nilai konstant a. Sekiranya berlaku perubahan dalam
pemboleh ubah yang lain, keluk permintaan akan beralih. Kecerunan keluk
permintaan akan berubah sekiranya nilai b berubah. Rajah 3.7 adalah keluk
permintaan yang dilakarkan berdasarkan kepada fungsi permintaan Qd = 20 ă
2P.

Rajah 3.7: Keluk permintaan

3.2.2 Fungsi Penawaran


Sama seperti permintaan, penawaran juga boleh dipersembahkan dalam bentuk
persamaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  59

Persamaan umum penawaran boleh ditulis seperti berikut:

Qs = f(Pg, Cg, Ps, Pc, Peg)

Fungsi umum ini menyatakan bahawa kuantiti ditawarkan berfungsi kepada


harga barangan tersebut, Pg; kos pengeluaran, Cg; harga barangan pengganti
dalam pengeluaran, Ps; harga barangan yang dihasilkan bersama, Pc; dan
jangkaan harga, Peg.

Persamaan penawaran yang mudah pula menunjukkan hubungan antara


kuantiti ditawarkan dan harga barangan tersebut. Lain-lain pemboleh ubah
diandaikan sebagai tidak berubah. Fungsi ini boleh ditulis dalam bentuk Qs = c +
dP di mana

Qs = Kuantiti ditawarkan
c = Konstant
d = Kecerunan keluk penawaran
P = Harga barangan

Apabila lain-lain pemboleh ubah berubah, c akan berubah dan keluk penawaran
akan beralih. Perubahan dalam nilai d pula akan menyebabkan kecerunan keluk
berubah. Rajah 3.8 adalah keluk penawaran yang dilakar berdasarkan kepada
persamaan Qs = -5 + 3P.

Rajah 3.8: Keluk penawaran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

3.2.3 Keseimbangan Pasaran


Kita telah mengetahui bahawa keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti
permintaan sama dengan kuantiti penawaran atau Qd = Qs. Dengan
menggunakan persamaan permintaan dan penawaran yang dinyatakan di atas,
kita boleh mendapatkan harga dan kuantiti keseimbangan seperti berikut:

Qd = Qs
20 ă 2P = ă5 + 3P
5P = 25
P = 5

Gantikan nilai P ke dalam fungsi permintaan dan fungsi penawaran untuk


mendapatkan nilai kuantiti keseimbangan (anda akan memperoleh nilai yang
sama).

Qd = 20 ă 2P atau Qs = ă5 + 3P
= 20 ă 2(5) = ă5 + 3(5)
= 10 = 10
Rajah 3.9 menunjukkan keseimbangan pasaran yang dicapai dengan harga
keseimbangan RM5 dan kuantiti keseimbangan 10 unit.

Rajah 3.9: Keseimbangan pasaran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  61

LATIHAN 3.2

Isikan tempat kosong

1. Pasaran adalah institusi atau mekanisme yang menemukan


_____________dan _____________ untuk sesuatu barangan dan
perkhidmatan.

2. Selain harga, faktor yang boleh mempengaruhi keputusan untuk


membeli adalah _____________, _____________ dan
_____________.

3. Hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaan


adalah _____________, manakala dalam jadual penawaran,
hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaan
adalah _____________.

4. Penurunan permintaan bermakna pengguna akan membeli pada


kuantiti yang _____________ pada setiap tahap harga atau hanya
sanggup membayar _____________ untuk kuantiti yang sama.

5. Hukum penawaran menyatakan bahawa harga yang lebih tinggi


akan mendorong penjual untuk menawarkan _____________
barangan kepada pengguna dan sebaliknya.

6. _____________ pasaran dicapai pada tahap harga di mana kuantiti


diminta adalah sama dengan kuantiti _____________.

7. Pengurangan berlaku apabila harga pasaran _____________ harga


keseimbangan kerana kuantiti _____________ lebih tinggi
daripada kuantiti _____________. Sekiranya harga pasaran
melebihi harga keseimbangan, maka _____________ akan berlaku
kerana kuantiti _____________ melebihi kuantiti _____________.

8. Jika permintaan meningkat dan penawaran berkurangan, harga


keseimbangan akan _____________ manakala kuantiti
keseimbangan akan _____________. Jika permintaan dan
penawaran kedua-duanya meningkat, _____________ akan
meningkat tetapi perubahan _____________ tidak dapat
ditentukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

LATIHAN 3.3

Jawab soalan berikut.

1. Berikut adalah jadual permintaan tiga individu iaitu A, B dan C


untuk barang X. Sekiranya pasaran barang X terdiri daripada tiga
individu tersebut:
(a) Dapatkan jadual permintaan pasaran; dan
(b) Lakarkan keluk permintaan pasaran untuk barang X.

Kuantiti diminta (Unit)


Harga (RM)
A B C
0.40 1 4 0
0.36 3 5 1
0.32 6 6 15
0.28 10 7 10
0.24 15 8 16

2. Persamaan permintaan dan penawaran untuk barang X adalah:


Qd = ă20 + 3P
Qs = 220 ă 5P

(a) Kirakan harga dan kuantiti keseimbangan dengan


menyelesaikan persamaan di atas secara matematik;
(b) Lakarkan kedua-dua persamaan di dalam diagram yang sama
di atas kertas graf dan tunjukkan titik keseimbangan sebagai
titik E; dan
(c) Berdasarkan kepada persamaan di atas, kirakan kuantiti
diminta dan kuantiti ditawarkan untuk setiap tahap harga
seperti yang ditunjukkan di bawah dan nyatakan sama ada
berlaku lebihan atau pengurangan di pasaran.

Harga (RM) 10 20 30 40 50
Kuantiti diminta (unit)
Kuantiti ditawarkan (unit)
Lebihan/Berkurang (unit)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  63

3.3 KEANJALAN DAN SENSITIVITI


Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan?

Keanjalan boleh didefinisikan sebagai ukuran sensitiviti sesuatu pemboleh


ubah (seperti kuantiti diminta atau kuantiti ditawarkan) terhadap perubahan
penentu-penentunya (seperti harga atau pendapatan).

Secara amnya, nilai keanjalan diperoleh melalui formula berikut:

Peratus perubahan kuantiti


Keanjalan 
Peratus perubahan penentu

Terdapat beberapa sebab kenapa keanjalan diukur dengan peratus perubahan:


(a) Keanjalan membolehkan perbandingan dibuat terhadap perubahan dua
subjek yang diukur dalam unit yang berbeza. Sebagai contoh, kita boleh
membandingkan perubahan kuantiti dengan perubahan harga dalam nilai
mata wang;
(b) Kita boleh mengelakkan masalah penentuan saiz unit yang digunakan.
Sebagai contoh, peningkatan daripada RM1 kepada RM2 dianggap sebagai
peningkatan satu unit harga tetapi perubahan daripada 100 sen ke 200 sen
adalah 100 unit harga. Apabila kita menggunakan peratusan, nilai
peningkatan yang sama akan diperoleh tanpa perlu mengambil kira unit
yang digunakan; dan
(c) Perubahan mutlak tidak dapat menerangkan sama ada sesuatu perubahan
itu penting atau tidak. Ini hanya boleh diketahui sekiranya kita diberi nilai
asal. Sebagai contoh, perubahan sebanyak RM1 untuk satu barangan yang
asalnya berharga RM5 boleh dianggap sebagai penting. Namun, jika harga
asalnya adalah RM100, perubahan sebanyak RM1 dianggap sebagai tidak
penting. Dengan kata lain, apa yang perlu kita lihat adalah peratus
perubahan bukannya perubahan mutlak.

Konsep keanjalan boleh diaplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan juga
pengguna. Contohnya, firma boleh menggunakan konsep ini untuk menentukan
penggunaan sumber pengganti apabila harga input meningkat. Sekiranya kos
modal meningkat, firma boleh menggantikan modal dengan buruh tetapi kadar
pertukaran akan ditentukan oleh nilai keanjalan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Ada empat jenis keanjalan yang biasanya digunakan (rujuk Rajah 3.10) iaitu
keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran harga, keanjalan permintaan
pendapatan dan keanjalan permintaan silang. Kita akan membincangkan jenis
keanjalan permintaan terlebih dahulu sebelum kita membincangkan keanjalan
penawaran.

Rajah 3.10: Jenis keanjalan

AKTIVITI 3.2

Pada pendapat anda, kenapa kita perlu mengukur keanjalan? Apakah


kepentingan keanjalan dalam kehidupan seharian kita?

3.4 KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

Keanjalan permintaan mengukur respons kuantiti diminta bagi sesuatu


barangan terhadap perubahan harga barangan tersebut.

Ia diukur melalui peratus perubahan dalam kuantiti diminta yang disebabkan


oleh perubahan harga sebanyak satu peratus. Ukuran ini tidak memiliki
sebarang unit.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  65

AKTIVITI 3.3

Anda sedia maklum bahawa peningkatan harga barangan akan


menyebabkan kuantiti diminta berkurangan. Namun, tahukah anda
sebanyak mana kuantiti diminta akan jatuh? Bagaimanakah caranya
untuk kita mengukur perubahan atau penurunan tersebut?

3.4.1 Pengiraan Keanjalan Permintaan Harga


Nilai keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula berikut:

Peratus perubahan kuantiti diminta


Ed 
Peratus perubahan harga

Jika peningkatan harga sebanyak 10 peratus akan menyebabkan kuantiti diminta


berkurangan sebanyak 20 peratus, maka keanjalan permintaan harga adalah
ă20% / 10% = ă2.

Keanjalan titik mengukur nilai keanjalan pada satu titik di atas keluk
manakala keanjalan lengkuk adalah purata keanjalan antara dua titik di atas
keluk yang sama.

Nilai keanjalan boleh dikira menggunakan dua kaedah iaitu kaedah keanjalan
titik dan kaedah keanjalan lengkuk atau titik tengah.

Formula keanjalan titik adalah seperti berikut:

Q1  Q0
 100
Q0 Q P0
Ed   
P1  P0
 100 P Q 0
P0

di mana, Q0 adalah kuantiti asal dan Q1 adalah kuantiti baru, manakala P0 harga
asal dan P1 harga baru. Simbol  digunakan untuk mewakili perubahan,
contohnya:

Q = Q 1 ă Q 0

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Nota:
Terdapat satu masalah utama yang timbul apabila kita menggunakan formula
keanjalan titik. Nilai keanjalan yang diperoleh adalah berbeza untuk
peningkatan harga dan penurunan harga. Ini disebabkan oleh nilai pembawah
yang berbeza. Untuk memahami masalah ini, mari kita lihat contoh berikut:

Contoh:
Andaikan harga X turun dari RM10 ke RM5 dan kuantiti diminta naik dari 4 unit
ke 7 unit.

Dengan menggunakan formula keanjalan titik, nilai keanjalan yang diperoleh


adalah -1.5 sepertimana yang ditunjukkan oleh pengiraan di bawah:

Q P0
Ed  
P Q 0

 7  4  10
 
 5  10  4
3 10
 
5 4
 1.5

Sekarang, mari kita lihat apa yang berlaku apabila harga naik daripada RM5 ke
RM10 dan kuantiti diminta turun daripada 7 unit kepada 4 unit. Nilai keanjalan
yang diperoleh adalah:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  67

Q P0 3 5
Ed      0.43
P Q 0 5 7

Contoh ini menunjukkan bahawa walaupun kita mengira keanjalan dalam


lingkungan harga yang sama (iaitu antara RM5 dan RM10), nilai keanjalan yang
diperoleh adalah berbeza, bergantung kepada sama ada harga naik daripada
RM5 ke RM10 atau harga turun daripada RM10 kepada RM5. Di sini kita dapati
bahawa apabila harga turun, permintaan adalah anjal (-1.5) tetapi apabila harga
naik, permintaan menjadi tidak anjal (-0.43). Perbezaan ini mungkin tidak begitu
besar sekiranya perubahan harga adalah kecil. Namun, untuk perubahan yang
besar, perbezaan tersebut juga akan menjadi semakin besar.

Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan satu lagi formula
keanjalan iaitu keanjalan lengkuk.

Keanjalan lengkuk mengukur keanjalan purata antara dua titik di atas keluk
yang sama. Formulanya adalah seperti berikut:

Q1  Q0
 ï100
Ed =
Q1  Q0  / 2
=
Q  P1  P0 
ï
P1  P0
 ï100 P Q 1  Q 0 
 P1  P0  / 2

Dengan menggunakan contoh yang sama seperti di atas, keanjalan lengkuk


adalah:

Q  P1  P0  3 15
Ed   = ï = 0.7
P Q 1  Q 0  5 13

Nilai 0.7 ini bermakna, apabila harga berubah sebanyak 1%, kuantiti diminta
akan berubah sebanyak 0.7%. Oleh itu, permintaan adalah tidak anjal untuk
lingkungan harga tersebut. Nilai keanjalan yang sama akan diperoleh sama ada
harga naik atau harga turun.

Nilai keanjalan titik boleh juga dikira atau dianggar dengan melihat Rajah 3.11.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Rajah 3.11: Pengiraan keanjalan

Keanjalan pada titik B adalah:

HE HB HE 600
   =3
HB OH OH 200

dan pada titik C:

GE GC GE 400
   =1
GC OG OG 400

AKTIVITI 3.4

Andaikan harga minyak petrol naik sebanyak 60%. Keadaan ini


menyebabkan kuantiti diminta untuk minyak petrol turun sebanyak
15%. Apakah keanjalan permintaan harga minyak petrol?

Sekiranya harga tepung gandum turun sebanyak 10% dan kuantiti naik
sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan harga tepung gandum?

Pada pendapat anda, yang mana satu antara minyak petrol dan tepung
gandum yang lebih anjal?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  69

3.4.2 Tahap Keanjalan


Untuk memudahkan kita dalam menganalisis keanjalan permintaan,
kebiasaannya kita akan mengabaikan tanda negatif keanjalan yang diperoleh dan
hanya akan mengambil kira nilai mutlak. Ini adalah kerana nilai keanjalan
permintaan adalah sentiasa negatif disebabkan oleh hubungan negatif antara
perubahan harga dan perubahan kuantiti yang diminta.

Secara amnya, keanjalan boleh digambarkan melalui bentuk keluk permintaan.


Namun, sepertimana yang diterangkan sebelum ini, nilai keanjalan adalah
berbeza-beza bagi setiap titik di atas keluk yang sama kecuali dalam tiga kes:
keluk mendatar, keluk menegak dan keluk berbentuk hiperbola.

Keluk permintaan yang mendatar dikatakan sebagai anjal sempurna dan nilai
keanjalan adalah sama di sepanjang keluk iaitu infiniti. Untuk keluk permintaan
yang menegak, nilai keanjalan adalah sifar di sepanjang keluk. Manakala untuk
keluk permintaan hiperbola, keanjalan adalah sentiasa bersamaan dengan satu
(anjal unit) di sepanjang keluk. Anjal unit bermaksud nilai peratus perubahan
kuantiti diminta adalah sama dengan nilai peratus perubahan harga. Jadual 3.2
merumuskan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan bentuk keluk
permintaan.

Jadual 3.2: Tahap Keanjalan dan Bentuk Keluk Permintaan

Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Bentuk Keluk Permintaan


Ed =  Anjal sempurna Mendatar
1 < Ed <  Anjal Condong
Ed = 1 Anjal unit Hiperbola
0 < Ed < 1 Tidak anjal Curam
Ed = 0 Tidak anjal sempurna Menegak

SEMAK KENDIRI 3.2

Bagaimanakah caranya untuk kita tentukan sama ada permintaan


sesuatu barangan adalah anjal?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

3.4.3 Keanjalan Permintaan Harga dan Jumlah


Perbelanjaan/Pendapatan
Sebelum ini, kita telah menyatakan bahawa konsep keanjalan boleh membantu
dalam membuat keputusan mengenai pengeluaran dan penggunaan. Sensitiviti
kuantiti terhadap harga membolehkan kita mengira sensitiviti jumlah hasil
terhadap harga kerana formula untuk mengira jumlah hasil (TR) adalah TR = P x
Q di mana P adalah harga dan Q kuantiti. Di samping membantu pengeluar
untuk meramal perubahan jumlah hasil, keanjalan juga boleh membantu
pengguna untuk meramal perubahan jumlah perbelanjaannya.

Rajah 3.12: Jumlah hasil

Rajah 3.12 menunjukkan bagaimana pengiraan jumlah hasil dilakukan. Sebagai


contoh, 1,000 unit barangan yang dijual pada harga RM2 seunit akan
menghasilkan RM2,000. Di dalam Rajah 3.12, jumlah ini ditunjukkan sebagai
kawasan yang dilorek di mana jumlah pendapatan adalah harga (RM2) kali
kuantiti (1,000 unit).

Apa yang perlu dilakukan sekiranya firma berhasrat untuk meningkatkan


jumlah hasilnya? Bolehkah ia dicapai dengan menaikkan atau menurunkan
harga semata-mata? Firma boleh menjawab persoalan ini dengan menggunakan
nilai permintaan harga.

(a) Permintaan Anjal


Apabila permintaan adalah anjal, peratus perubahan kuantiti adalah lebih
besar daripada peratus perubahan harga. Ini bermakna, perubahan kuantiti
akan memberi kesan yang lebih besar kepada jumlah hasil berbanding
perubahan harga.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  71

Maka,

Jika P meningkat, peratus penurunan Q adalah lebih besar. Oleh itu, TR


akan menurun. Jika P menurun, peratus kenaikan Q juga adalah lebih
besar. Oleh itu, TR akan meningkat.

Di sini, kita boleh lihat bahawa apabila permintaan adalah anjal, perubahan
dalam jumlah hasil adalah seiring dengan perubahan kuantiti.

Rajah 3.13: Jumlah hasil permintaan anjal

Rajah 3.13 menggambarkan perbezaan antara jumlah hasil yang diperoleh


daripada dua harga yang berbeza ke atas satu keluk permintaan yang anjal.
Andaikan harga meningkat daripada RM5 kepada RM6. TR akan menurun
daripada RM100 kepada RM60. Tetapi apabila harga menurun daripada
RM6 kepada RM5, TR akan meningkat daripada RM60 kepada RM100.
Oleh itu, jika permintaan adalah anjal, firma harus mengurangkan harga
untuk meningkatkan jumlah hasil.

(b) Permintaan Tidak Anjal


Apabila permintaan tidak anjal, perkara yang sebaliknya akan berlaku.
Nilai perubahan harga adalah lebih besar berbanding dengan peratus
perubahan kuantiti. Perubahan harga akan mempunyai kesan yang lebih
besar berbanding perubahan kuantiti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Jika P naik, peratus kejatuhan Q adalah lebih kecil. Justeru, TR akan naik.
Jika P turun, peratus peningkatan Q adalah lebih kecil dan TR akan
berkurangan.

Perubahan dalam jumlah hasil berlaku seiring dengan perubahan harga.


Keadaan ini digambarkan pada Rajah 3.14.

Rajah 3.14: Jumlah hasil apabila permintaan tidak anjal

Jika harga turun daripada RM6 kepada RM4, TR akan turun daripada
RM60 kepada RM48. Sebaliknya, jika harga meningkat daripada RM4
kepada RM6, TR akan naik dari RM48 kepada RM60.

Oleh itu, jika firma mempunyai permintaan yang tidak anjal, harga boleh
ditingkatkan untuk meningkatkan jumlah hasil.

(c) Permintaan Anjal Unit


Jika peratus perubahan harga adalah sama dengan peratus perubahan
kuantiti diminta, permintaan ini dikatakan sebagai anjal unit. Apabila
peningkatan harga sebanyak satu peratus diikuti dengan penurunan
kuantiti sebanyak satu peratus juga, maka kesan kenaikan harga
dihapuskan sepenuhnya dengan penurunan kuantiti. Ini seterusnya akan
menyebabkan tiada perubahan langsung dalam TR. Rajah 3.15 adalah
contoh keluk permintaan yang anjal unit di sepanjang keluk. Sepertimana
yang dapat kita lihat, jumlah hasil pada harga RM10 seunit adalah TR =
RM10  2 = RM20. Nilai TR yang sama diperoleh pada tahap harga RM5,
TR = RM5  4 = RM20.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  73

Rajah 3.15: Jumlah hasil apabila permintaan anjal unit

(d) Permintaan Anjal Sempurna


Apabila permintaan adalah anjal sempurna, keluk permintaan berbentuk
mendatar. Pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran,
permintaan adalah sifar tetapi pada harga yang lebih rendah daripada
harga pasaran, permintaan adalah infiniti. Peratus perubahan jumlah hasil
adalah sama dengan peratus perubahan kuantiti. Dalam keadaan ini, satu-
satunya cara untuk meningkatkan jumlah hasil adalah dengan
meningkatkan kuantiti.

Rajah 3.16: Jumlah hasil apabila permintaan anjal sempurna

Keadaan ini ditunjukkan dalam Rajah 3.16. Jumlah hasil (seperti yang
ditunjukkan di kawasan berlorek) meningkat apabila kuantiti meningkat
dari Q0 kepada Q1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

(e) Permintaan Tidak Anjal Sempurna


Permintaan seperti ini diwakili dengan keluk permintaan yang menegak
dengan nilai keanjalan bersamaan sifar di sepanjang keluk. Kuantiti
diminta adalah tidak sensitif kepada perubahan harga. Peratus perubahan
jumlah hasil adalah bersamaan dengan peratus perubahan harga. Dalam
kes ini, jumlah hasil boleh ditingkatkan dengan menaikkan harga.

Rajah 3.17 menunjukkan peningkatan jumlah hasil (kawasan berlorek)


apabila harga naik dari P0 kepada P1.

Rajah 3.17: Jumlah hasil apabila permintaan tidak anjal sempurna

AKTIVITI 3.5

Andaikan permintaan untuk satu barangan adalah tidak anjal. Adakah


perbelanjaan pengguna akan meningkat apabila harga barangan
tersebut meningkat?

3.4.4 Keanjalan Keluk Permintaan Bergaris Lurus


Berdasarkan kepada perbincangan sebelum ini, kita mengetahui bahawa
keanjalan untuk keluk permintaan menegak dan mendatar kekal sama di
sepanjang keluk. Namun, keluk permintaan bergaris lurus yang bercerun ke atas
mempunyai keanjalan yang berbeza di sepanjang keluk tersebut.

Sepertimana yang telah diterangkan di atas, perubahan keanjalan berlaku kerana


keanjalan diukur dalam bentuk nisbah. Oleh itu, apabila harga berubah, nisbah
perubahan adalah lebih besar untuk nilai asal harga (kuantiti) yang kecil
berbanding dengan nilai asal harga (kuantiti) yang lebih tinggi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  75

Kita juga telah membincangkan sebelum ini tentang hubungan antara jumlah
hasil dan keanjalan permintaan. Apabila keanjalan berubah di sepanjang satu
keluk, maka arah perubahan jumlah hasil juga akan berubah.

Di sini, kita akan lihat contoh keluk permintaan dengan kecerunan -1. Jadual 3.3
dan Rajah 3.18(c) diperoleh dan dilakar berdasarkan kepada persamaan
permintaan Qd = 100 ă 10P. Sementara itu, Rajah 3.18(a) menunjukkan keanjalan
yang berdasarkan kepada fungsi Qd = a ă bP. Rajah 3.18(b) dan 3.18(d) adalah
keluk yang menggambarkan hubungan antara jumlah hasil dan kuantiti.

Jadual 3.3: Fungsi Permintaan Bergaris Lurus

Harga (RM) Kuantiti Diminta Jumlah Hasil Jenis Keanjalan


0 100 0 Tidak Anjal
1 90 90 Tidak Anjal
2 80 160 Tidak Anjal
3 70 210 Tidak Anjal
4 60 240 Tidak Anjal
5 50 250 Anjal Unit
6 40 240 Anjal
7 30 210 Anjal
8 20 160 Anjal
9 10 90 Anjal
10 0 0 Anjal

Berdasarkan kepada Jadual 3.3 dan Rajah 3.18(b) dan 3.18(d), perhatikan
bagaimana jumlah hasil meningkat sekiranya harga meningkat, apabila keluk
permintaan adalah anjal iaitu dari P = 1 hingga P = 4. Namun, apabila keluk
permintaan tidak anjal iaitu dari P = 6 hingga P = 10, jumlah hasil berkurangan
apabila harga meningkat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Rajah 3.18: Keluk permintaan bergaris lurus dan jumlah hasil

3.4.5 Penentu Keanjalan Permintaan


Tahap keanjalan permintaan harga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor
termasuk:

(a) Bilangan Barangan Pengganti


Antara penentu utama keanjalan permintaan harga adalah bilangan
barangan pengganti yang ada serta tahap persamaan di antara barangan
pengganti. Semakin banyak barangan pengganti yang ada dan semakin
hampir sama barangan pengganti tersebut, maka semakin anjal permintaan
barangan tersebut.

Sebagai contoh, permintaan untuk minyak petrol adalah tidak anjal kerana
tidak banyak barangan lain yang boleh menjadi pengganti kepada minyak
petrol. Namun, sekiranya kita lihat kepada jenama minyak petrol, kenaikan
harga bagi satu jenama akan menyebabkan pengguna beralih kepada
jenama yang lain. Ini bermakna permintaan untuk satu jenama minyak
petrol adalah lebih anjal. Di sini kita boleh katakan bahawa kesan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  77

penggantian disebabkan oleh perubahan harga adalah lebih besar jika


terdapat lebih banyak barangan pengganti yang wujud.

(b) Nisbah Bajet


Semakin tinggi nisbah pendapatan yang dibelanjakan untuk sesuatu
barangan, semakin tinggi kemungkinan yang kita akan mengurangkan
penggunaan barangan tersebut apabila harganya meningkat. Oleh itu,
permintaan akan menjadi lebih anjal untuk barangan seperti pakaian dan
pengangkutan. Sebaliknya, keanjalan untuk barangan seperti garam dan
roti yang merupakan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan kita
adalah rendah.

(c) Masa
Apabila harga barangan meningkat, kita memerlukan masa untuk
membuat perubahan dalam perbelanjaan kita dan untuk mencari
pengganti. Justeru, semakin panjang masa yang ada, semakin anjal
permintaan harga sesuatu barangan.

(d) Bilangan Kegunaan Barangan


Semakin banyak kegunaan sesuatu barangan, semakin anjal permintaan
harganya.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Kenapakah sesetengah barangan adalah sangat anjal dan


sesetengah yang lain sangat tidak anjal?

2. Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

LATIHAN 3.4
Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Apabila peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus
perubahan kuantiti, nilai keanjalan permintaan adalah lebih besar
dari satu.
2. Keanjalan adalah lebih tinggi pada harga yang rendah dan lebih
rendah pada harga yang tinggi.
3. Titik keanjalan unit untuk keluk permintaan bergaris lurus
dengan kecerunan yang menurun berada pada titik pertengahan
keluk tersebut.
4. Kesemua keluk permintaan memiliki bahagian yang anjal, tidak
anjal dan unit anjal.

3.5 KEANJALAN PERMINTAAN SILANG

Keanjalan permintaan silang mengukur sensitiviti permintaan sesuatu


barangan terhadap perubahan harga barangan yang lain iaitu barangan
pengganti dan barangan penggenap.

Ukuran ini membolehkan kita untuk membuat ramalan tentang perubahan


permintaan sesuatu barangan disebabkan oleh perubahan harga barangan yang
lain.

Keanjalan silang diukur dengan:

Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barang X


E XY 
Peratus perubahan harga barang Y

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  79

3.5.1 Pengiraan Keanjalan Silang


Keanjalan silang adalah:

Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barang X


E XY 
Peratus perubahan harga barang Y

Nilai keanjalan silang boleh dikira dengan formula keanjalan titik:

QX 1 QX 0
 100
QX 0 Q X PY 0
E XY   
PY 1  PY 0 P QX 0
 100 Y
PY 0

Atau dengan formula keanjalan lengkuk:

QX 1 QX 0
 100
E XY 
QX 1 QX 0 / 2

Q X P  P 
 Y1 Y0
PY 1  PY 0
 100 PY Q X 1  Q X 0 
 PY 1  PY 0  / 2

Kini, anda seharusnya lebih yakin untuk mengira nilai keanjalan. Cuba dapatkan
nilai keanjalan silang antara barang X dan barang Y serta di antara barang X dan
barang Z dengan menggunakan formula keanjalan lengkuk dan berdasarkan
kepada maklumat di Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Pengiraan Nilai Keanjalan Silang

Harga Barang X Kuantiti Diminta (Unit)


(RM) Barang Y Barang Z
2 10 20
3 5 30

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

3.5.2 Penggunaan Keanjalan Silang


Sekiranya barang Y adalah pengganti kepada barang X, permintaan barang X
akan meningkat apabila harga barang Y meningkat. Oleh itu, keanjalan silang
adalah positif. Namun, jika barang Y adalah penggenap kepada barang X,
permintaan untuk X akan jatuh apabila harga Y naik. Oleh itu, keanjalan silang
adalah negatif.

Sebagai contoh, keanjalan silang antara roti dan mentega adalah negatif kerana
roti dan mentega adalah barang penggenap kepada satu sama lain. Sebaliknya,
keanjalan silang antara mentega dan marjerin adalah positif kerana kedua-dua
barangan ini adalah pengganti antara satu sama lain. Keanjalan silang antara
mentega dan kasut pula adalah sifar kerana kedua-duanya tiada kaitan antara
satu sama lain.

(i) EXY < 0, barang X dan barang Y adalah penggenap;


(ii) EXY > 0, barang X dan barang Y adalah pengganti; dan
(iii) EXY = 0, barang X dan barang Y tidak berkaitan.

Semakin tinggi tahap penggantian antara dua barangan, semakin tinggi nilai
keanjalan yang diperoleh. Begitu juga untuk barangan penggenap, semakin
hampir dua barangan sebagai penggenap kepada satu sama lain, semakin tinggi
nilai keanjalan. Nilai positif dan negatif yang tinggi menunjukkan sejauh mana
kesan perubahan harga sesuatu barangan memberi kesan kepada permintaan
barangan yang lain.

Firma boleh mengaplikasikan konsep keanjalan silang ini untuk tujuan


perancangan dan mengenal pasti kesan perubahan harga barangan pesaing
mereka kepada barangan mereka.

AKTIVITI 3.6

Filem dan kamera adalah barangan penggenap manakala ayam dan itik
barangan pengganti. Tentukan sama ada keanjalan silang dua set
barangan ini adalah positif atau negatif dan nyatakan sebabnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  81

3.6 KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN


Seperti yang kita sedia maklum, pendapatan adalah penentu utama dalam
peralihan keluk permintaan. Oleh itu, keanjalan permintaan pendapatan
mengukur tahap sensitiviti permintaan terhadap perubahan pendapatan.

Keanjalan permintaan pendapatan atau keanjalan pendapatan adalah


ukuran yang membolehkan kita menganggar perubahan permintaan apabila
berlaku perubahan pendapatan.

3.6.1 Pengiraan Keanjalan Pendapatan


Keanjalan pendapatan dikira melalui formula berikut:

Peratus perubahan kuantiti diminta


EY 
Peratus perubahan pendapatan

Dengan Y mewakili pendapatan, maka formula keanjalan pendapatan titik


adalah:

Q1  Q0
X 100
Q0 Q Y0
EY   X
Y 1 Y 0 Y Q0
X 100
Y0

Manakala formula lengkuk pula adalah:

Q1  Q0
X 100
(Q 1  Q 0 )/ 2 Q Y 1 Y 0
EY   X
Y 1 Y 0 Y Q1  Q0
X 100
(Y 1 Y 0 )/ 2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

3.6.2 Kegunaan Keanjalan Pendapatan


Keanjalan pendapatan boleh digunakan untuk mengkategorikan barangan
kepada barang mewah, barang normal, barang keperluan dan barang bawahan.
Sekiranya sesuatu barangan memiliki nilai keanjalan pendapatan yang tinggi,
maka jualan dijangka akan meningkat dengan cepat apabila pendapatan
meningkat. Sebaliknya, jualan akan menurun dengan cepat jika pendapatan
menurun.

Jadual 3.5: Nilai Keanjalan Pendapatan dan Jenis Barangan

Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Jenis Barangan


EY = 0 Tidak Anjal Sempurna Barang Keperluan
EY > 1 Anjal Barang Mewah
O < EY < 1 Tidak Anjal Barang Normal/Biasa
EY < 0 Keanjalan Negatif Barang Bawahan

Anda mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk mentafsir tahap keanjalan


seperti yang dirumuskan dalam Jadual 3.5.

Contohnya, apabila Ey = 0, sebarang perubahan dalam pendapatan tidak akan


memberi kesan kepada kuantiti diminta. Oleh itu, barangan ini dianggap sebagai
barang keperluan. Jika Ey > 1, kadar perubahan kuantiti diminta adalah lebih
besar daripada kadar perubahan pendapatan pengguna. Oleh itu, ini adalah
barang mewah. Manakala, apabila keanjalan pendapatan adalah negatif (Ey < 0),
kadar perubahan kuantiti diminta bergerak adalah arah yang bertentangan
dengan kadar perubahan pendapatan. Justeru, ini bermakna barangan ini adalah
barang bawahan.

Sekarang, cuba tafsirkan apa yang dimaksudkan oleh keanjalan pendapatan


yang bernilai 0 < Ey < 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  83

Rajah 3.19: Pelbagai tahap keanjalan pendapatan

Rajah 3.19 menunjukkan hubungan antara pendapatan pengguna dan kuantiti


yang diminta untuk sesuatu barangan. Keluk ini dikenali juga sebagai keluk
Engel (kita akan bincangkan dengan lebih lanjut tentang keluk Engel di Topik 4).

Barang keperluan ditunjukkan dengan keluk yang menegak manakala barang


normal dan barang mewah dengan keluk yang bercerun positif. Barang bawahan
pula diwakili dengan keluk yang bercerun negatif.

3.7 KEANJALAN PENAWARAN


Keanjalan penawaran mengukur sensitiviti penawaran terhadap perubahan
harga seperti yang ditunjukkan formula berikut:

Peratus perubahan kuantiti ditawarkan


ES 
Peratus perubahan harga

Pengiraan nilai keanjalan penawaran adalah sama seperti pengiraan untuk


keanjalan pendapatan. Walau bagaimanapun, di sini kuantiti merujuk kepada
kuantiti ditawarkan.

Sama seperti keanjalan permintaan, keanjalan penawaran juga terdiri dari:


(a) Anjal sempurna;
(b) Anjal;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

(c) Anjal unit;


(d) Tidak anjal; dan
(e) Tidak anjal sempurna.

Apabila keluk penawaran menegak, penawaran adalah tidak anjal sempurna


manakala apabila ia mendatar, penawaran adalah anjal sempurna.

Jadual 3.6 menunjukkan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan
bentuk keluk penawaran.

Jadual 3.6: Tahap Keanjalan Penawaran dan Keluk Penawaran

Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Bentuk Keluk Penawaran


ES = 0 Tidak anjal sempurna Menegak
ES < 1 Tidak anjal Bersilang dengan paksi kuantiti
ES = 1 Anjal unit Bermula dari titik asal
ES > 1 Anjal Bersilang dengan paksi harga
ES =  Anjal sempurna Mendatar

Sesuatu yang agak luar biasa tentang keanjalan penawaran adalah nilainya boleh
diperoleh dengan mudah dengan hanya melihat persilangan keluk dengan paksi.
Jika keluk penawaran bersilang dengan paksi harga seperti di Rajah 3.20(a),
maka penawaran adalah anjal (ES > 1). Jika ia bersilang dengan paksi kuantiti
seperti di Rajah 3.20(b), maka penawaran adalah tidak anjal (ES < 1). Keluk
penawaran yang bergaris lurus dan yang bermula daripada titik asal (0,0) akan
memiliki keanjalan penawaran unit walaupun pada tahap kecerunan yang
berbeza (lihat Rajah 3.21).

Dengan menggunakan pengetahuan anda setakat ini, anda seharusnya dapat


membuktikan kenapa keadaan yang dinyatakan di atas berlaku. Anda juga boleh
menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 3.21.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  85

Rajah 3.20: Keanjalan penawaran

Rajah 3.21: Keluk penawaran keanjalan unit

3.7.1 Penentu Keanjalan Penawaran


Nilai keanjalan penawaran ditentukan oleh beberapa faktor:

(a) Faktor Masa


Masa memberi pengeluar peluang untuk membuat perubahan dalam
penawaran. Oleh itu, masa boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
jangka masa sangat pendek, jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Dalam jangka masa sangat pendek, firma mungkin tidak dapat membuat
banyak perubahan dalam pengeluarannya. Penawaran adalah tetap atau

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

hanya boleh diubah sedikit berdasarkan jumlah stok yang ada. Oleh itu
penawaran adalah tidak anjal.

Rajah 3.22: Keanjalan penawaran dalam tempoh masa berbeza

Merujuk kepada Rajah 3.22, S1 adalah keluk penawaran untuk tempoh


masa sangat pendek. Peningkatan permintaan dari D0 ke D1, menyebabkan
harga meningkat dengan banyak dari P0 ke P1, tetapi kuantiti hanya
berubah sedikit dari Q0 ke Q1.

Sementara itu, dalam jangka masa pendek, beberapa input boleh ditambah
untuk meningkatkan penawaran. Ini ditunjukkan oleh keluk S2 di Rajah
3.22, di mana kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke Q2, tetapi
peningkatan harga masih lagi tinggi iaitu dari P0 ke P2.

Dalam jangka masa panjang, firma mempunyai masa dan ruang untuk
meningkatkan jumlah input. Firma lain juga boleh memasuki industri
tersebut. Oleh itu, keluk penawaran akan menjadi lebih anjal seperti yang
ditunjukkan oleh S3 dalam Rajah 3.22. Peningkatan permintaan mendorong
kepada peratus peningkatan dalam kuantiti berbanding dengan peratus
peningkatan harga, di mana harga meningkat dari P0 ke P3 dan kuantiti
meningkat dari Q0 ke Q3.

(b) Saiz Industri/Perubahan Kos Pengeluaran


Penawaran dalam industri yang kecil adalah lebih anjal berbanding
penawaran industri yang besar. Industri kecil menggunakan jumlah input
yang lebih sedikit. Oleh itu, mereka boleh mendapatkan input tanpa
mengganggu harga input tersebut. Justeru, kos pengeluaran tidak akan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  87

meningkat dan penawaran adalah lebih sensitif terhadap perubahan harga.


Akan tetapi, untuk industri besar, peningkatan permintaan untuk input
akan meningkatkan harga input. Justeru, penawaran dalam industri yang
besar adalah kurang anjal.

(c) Mobiliti Faktor Pengeluaran


Keanjalan penawaran adalah lebih tinggi untuk barangan yang
menggunakan faktor pengeluaran yang mudah ditukar penggunaannya
atau barangan yang menggunakan proses pengeluaran yang mudah
dikongsi dengan barangan lain. Contohnya, dalam pengeluaran tepung
beras dan tepung pulut, pengeluar boleh menukar dengan mudah
penggunaan pengisar daripada tepung beras kepada tepung pulut. Oleh
itu, jika permintaan untuk tepung pulut meningkat, pengeluar boleh
dengan mudah meningkatkan pengeluaran tepung pulut dengan
mengurangkan pengeluaran tepung beras.

Jika pengeluaran sesuatu barangan memerlukan peralatan atau kemahiran


khusus yang tidak boleh diubah dengan mudah, maka penawaran akan
menjadi kurang anjal.

Kita boleh menggunakan khidmat guaman sebagai contoh. Walaupun


permintaan untuk perkhidmatan ini meningkat, kita tidak boleh dengan
mudah meningkatkan jumlah peguam untuk memenuhi permintaan
tersebut.

AKTIVITI 3.7

Dengan menggunakan kreativiti anda, lakarkan diagram yang


merumuskan kesemua faktor yang mempengaruhi dan menentukan
keanjalan penawaran. Bentangkan diagram tersebut di kelas tutorial
dan bandingkan dengan jawapan rakan anda. Dapatkan maklum
balas dari rakan anda yang lain.

3.8 APLIKASI KONSEP KEANJALAN


Salah satu aplikasi konsep keanjalan adalah untuk menganalisis soalan siapa
sebenarnya yang menanggung beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Selain
itu, siapakah sebenarnya yang layak untuk mendapat subsidi dari kerajaan?

Cukai mengurangkan insentif penjual untuk menjual dan pengguna untuk


membeli. Oleh itu, cukai kebiasaannya akan menyebabkan output dan jualan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

berkurangan dan seterusnya akan menyebabkan penggunaan input


berkurangan. Justeru, cukai dikatakan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan
dan sesetengah ahli ekonomi menghuraikan kesan cukai sebagai kesan
penghalang. Walau bagaimanapun, cukai tidak semestinya akan menyebabkan
output berkurangan. Seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut
tentang isu ini.

3.8.1 Beban Cukai


Apabila cukai dikenakan kepada penjual bagi setiap unit barangan yang dijual,
ia akan menyebabkan harga yang dibayar pembeli berbeza dengan harga yang
akan diterima oleh penjual. Perbezaan antara kedua-dua harga ini adalah hasil
cukai yang akan diperoleh oleh kerajaan. Beban cukai kepada penjual adalah
dalam bentuk harga yang lebih rendah yang akan diterima dan jumlah jualan
yang lebih rendah.

Sebaliknya, kepada pengguna, beban cukai adalah dalam bentuk harga yang
lebih tinggi dan penggunaan yang lebih rendah. Beban cukai kebiasaannya akan
ditanggung oleh penjual dan pengguna tetapi nisbah beban antara kedua-
duanya bergantung kepada keanjalan atau kecerunan keluk permintaan dan
penawaran.

Rajah 3.23: Kesan cukai kepada keseimbangan pasaran

Cukai menyebabkan kos penjual meningkat. Justeru, keluk penawaran akan


beralih ke kiri. Rajah 3.23 menunjukkan kesan cukai kepada keluk penawaran
dan nisbah beban cukai yang akan ditanggung oleh penjual dan pembeli. Tanpa
cukai, keseimbangan dicapai pada titik A dengan harga keseimbangan P0 dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  89

kuantiti keseimbangan Q0. Andaikan cukai t untuk setiap unit dikutip oleh
kerajaan daripada penjual. Keluk penawaran akan beralih secara menegak
sebanyak nilai y bagi setiap unit kuantiti. Sementara itu, keluk permintaan kekal
tidak berubah.

Apabila keluk penawaran beralih dari S0 ke S1, keseimbangan pasaran akan


beralih dari titik A ke titik B. Pada titik B, kuantiti diminta selepas cukai adalah
sama dengan kuantiti ditawarkan selepas cukai iaitu Q1. Bagaimanapun, harga
yang dibayar pengguna dan harga yang diterima penjual adalah berbeza
sebanyak nilai t.

Peningkatan harga yang perlu dibayar pengguna adalah bahagian cukai yang
perlu ditanggung oleh pengguna. Rajah 3.22 menunjukkan jumlah cukai yang
dikutip oleh kerajaan adalah bersamaan dengan kawasan P1P2BC; jumlah yang
ditanggung oleh pengguna adalah P0P2BE dan selebihnya iaitu P1P0EC, adalah
beban cukai yang ditanggung penjual.

Secara amnya, nisbah beban cukai boleh dirumuskan seperti berikut:


(a) Untuk keluk permintaan yang sama, semakin rendah keanjalan penawaran,
semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh penjual.
Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan penawaran, semakin besar beban
cukai yang akan dialihkan kepada pengguna; dan
(b) Untuk keluk penawaran yang sama, semakin rendah keanjalan permintaan,
semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh pengguna.
Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan permintaan, semakin besar beban
cukai yang akan dialihkan kepada penjual.

Rajah 3.24: Beban cukai dan keanjalan keluk penawaran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Sebagai bukti kepada formula, perhatikan Rajah 3.24 dan 3.25. Rajah 3.24
menunjukkan dua bentuk keluk penawaran di mana Rajah 3.24(a) mengilustrasi
keluk yang tidak anjal dan Rajah 3.24(b) memaparkan keluk penawaran anjal.

Titik A dalam kedua-dua diagram adalah titik keseimbangan asal dan titik B
adalah titik keseimbangan selepas pelaksanaan cukai. Daripada Rajah 3.24(a),
anda boleh lihat yang beban cukai yang ditanggung oleh penjual adalah kawasan
GHEF, manakala pengguna menanggung beban yang diwakili oleh kawasan
HCBE. Anda boleh melakukan analisis yang sama untuk Rajah 3.24(b).

Rajah 3.25: Beban cukai dan keanjalan keluk permintaan

Sementara itu, Rajah 3.25(a) dan 3.25(b) menunjukkan nisbah beban cukai untuk
dua keluk permintaan dengan keanjalan berbeza. Berdasarkan kepada diagram
tersebut, anda seharusnya dapat membuat analisis dan kesimpulan anda sendiri.

Selain daripada beban cukai, kita juga boleh membuat analisis berkenaan kesan
cukai kepada output keseimbangan. Berdasarkan kepada Rajah 3.24 dan 3.25,
kita boleh merumuskan bahawa apabila keanjalan permintaan atau penawaran
bertambah kecil, output akan berkurangan kerana cukai juga akan berkurangan
(contohnya, dari Q* ke Q1).

Justeru, anda boleh buktikan dengan menggunakan diagram bahawa jika keluk
permintaan dan penawaran adalah tidak anjal sempurna, maka output
keseimbangan langsung tidak akan berubah. Sementara itu, dalam kes beban
cukai, jika permintaan adalah tidak anjal sempurna, semua beban akan
ditanggung oleh pengguna. Manakala, jika penawaran tidak anjal sempurna,
semua beban akan ditanggung oleh penjual.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  91

Melalui analisis beban cukai, kita boleh merumuskan bahawa jika kerajaan ingin
memperoleh hasil cukai yang lebih tinggi, cukai boleh dikenakan ke atas
komoditi atau barangan yang mempunyai keanjalan permintaan dan penawaran
yang rendah. Ini adalah kerana cukai tersebut tidak akan menyebabkan
penurunan yang tinggi dalam kuantiti keseimbangan. Rokok adalah contoh
barangan yang keanjalan permintaannya adalah sangat rendah disebabkan oleh
masalah ketagihan yang dihadapi oleh kebanyakan perokok. Justeru, beban
cukai yang dikenakan kebanyakannya akan ditanggung oleh pengguna.

3.8.2 Manfaat Subsidi


Subsidi (Ŝ) boleh diandaikan sebagai satu bentuk cukai yang negatif kerana
bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada penjual, pengeluar atau pengguna
sebagai satu cara untuk menggalakkan pengeluaran atau penggunaan. Oleh itu,
subsidi adalah bertentangan dengan cukai.

Kos pengeluaran akan berkurangan apabila pengeluar menerima subsidi. Oleh


itu, keluk penawaran akan beralih ke kanan pada kadar subsidi yang diterima.
Sepertimana yang ditunjukkan oleh Rajah 3.26, keluk penawaran beralih dari S0
ke S1, dan jumlah subsidi per unit yang diterima adalah BC(Ŝ).

Rajah 3.26: Kesan subsidi

Kuantiti keseimbangan sebelum subsidi adalah Q0. Ia akan meningkat menjadi


Q1 selepas subsidi. Pada masa yang sama, harga akan jatuh dari P0 ke P1. Harga
yang diterima oleh penjual adalah P2 manakala pembeli membayar harga P1.
Nisbah manfaat yang diperoleh daripada subsidi juga bergantung kepada
keanjalan permintaan dan penawaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Kini, anda seharusnya berasa lebih yakin untuk membuat analisis anda sendiri
tentang kesan subsidi apabila keluk permintaan dan penawaran memiliki nilai
keanjalan yang berbeza. Antara kesimpulan yang anda harus peroleh dari
analisis anda adalah semakin anjal keluk permintaan, semakin besar manfaat
subsidi yang akan dinikmati oleh penjual; dan semakin anjal keluk penawaran,
semakin besar manfaat yang diterima oleh pembeli.

Anda juga boleh melakukan analisis yang berkaitan subsidi diberi kepada
pengguna.

LATIHAN 3.5

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Keanjalan pendapatan adalah positif untuk barang normal dan
negatif untuk barang bawahan.
2. Jika keluk penawaran adalah bergaris lurus dan melalui titik asal,
keanjalan penawaran adalah berbeza di sepanjang keluk.

Penuhkan tempat kosong


1. ___________ adalah satu konsep umum yang mengukur
___________ perubahan antara dua barangan yang berkaitan.
2. Keanjalan berubah di sepanjang keluk permintaan yang bercerun
negatif, apabila harga jatuh dan kuantiti ___________, keanjalan
permintaan harga adalah ___________.
3. Jika nilai keanjalan permintaan harga adalah lebih dari satu,
permintaan adalah ___________dan peningkatan harga akan
menyebabkan jumlah hasil ___________. Jumlah hasil tidak akan
dipengaruhi oleh harga apabila keluk permintaan adalah
___________.
4. Keanjalan permintaan __________ menunjukkan perubahan
penggunaan apabila kuasa beli berubah. Ia diukur dengan
membahagikan peratus perubahan kuantiti diminta dengan
peratus perubahan ___________.
5. Keanjalan permintaan ___________ mengukur peratus perubahan
kuantiti diminta untuk sesuatu barangan apabila harga barangan
lain berubah sebanyak 1%. Nilai yang positif menunjukkan kedua-
dua barangan tersebut adalah ___________, manakala nilai negatif
menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah ___________.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  93

LATIHAN 3.6
Soalan Masalah
1. Jika harga barang X meningkat sebanyak 10% dan kuantiti
berkurangan sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan harga
untuk barangan tersebut?
2. Fungsi permintaan untuk barang M adalah Qd = 100 ă 2P. Kirakan
keanjalan permintaan harga untuk M jika harga naik dari RM2
seunit kepada RM3 seunit.
3. Jika keanjalan permintaan harga adalah 2, kenaikan harga
daripada RM10 seunit kepada RM12 seunit akan menyebabkan
kuantiti diminta berkurangan daripada 20 unit kepada _________
unit.
4. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dan
kuantiti diminta untuk barang R, barang S dan barang T.

Pendapatan Barang R Barang S Barang T


RM1,000 20 20 50
RM2,000 40 10 50

(a) Kirakan keanjalan permintaan pendapatan untuk barang R,


barang S dan barang T; dan
(b) Nyatakan jenis barangan berdasarkan kepada nilai keanjalan
yang diperoleh di (a).
5. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara barang A dan
kuantiti diminta untuk barang K, barang L dan barang M.

Harga Barang A Kuantiti Diminta (Unit)


(RM) K L M
2 10 20 40
3 5 30 40

(a) Kirakan keanjalan silang antara barang A dengan barang K,


barang L dan barang M; dan
(b) Nyatakan hubungan antara barang K dan A; L dan A; M dan
A.
6. Jika harga naik dari RM20 seunit kepada RM30 seunit dan kuantiti
ditawarkan meningkat daripada 120 kepada 140 unit, kirakan
keanjalan penawaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN

Ć Keseimbangan pasaran dicapai apabila permintaan menyamai penawaran.


Kuantiti dan harga keseimbangan tidak akan berubah selagi tiada perubahan
dalam permintaan dan penawaran.

Ć Lebihan permintaan atau pengurangan memberi tekanan kepada harga


untuk naik dan lebihan penawaran atau lebihan menyebabkan munculnya
tekanan kepada harga untuk turun.

Ć Kuantiti dan harga keseimbangan boleh berubah apabila salah satu antara
keluk permintaan atau keluk penawaran beralih atau kedua-duanya beralih.

Ć Keanjalan permintaan harga mengukur respons kuantiti diminta terhadap


perubahan harga.

Ć Permintaan boleh menjadi anjal, tidak anjal, anjal sempurna atau tidak anjal
sempurna bergantung kepada nilai keanjalan yang diperoleh. Semakin besar
nilai keanjalan, semakin anjal permintaan tersebut.

Ć Penentu utama keanjalan permintaan adalah bilangan barangan pengganti,


masa dan kepentingan barangan dalam bajet perbelanjaan pengguna.

Ć Keanjalan pendapatan adalah peratus perubahan kuantiti dibahagi dengan


peratus perubahan pendapatan. Nilai negatif bermakna barangan itu adalah
barang bawahan, sifar untuk barang keperluan dan positif untuk barang
normal dan mewah.

Ć Keanjalan silang adalah peratus perubahan kuantiti barangan dibahagi


dengan peratus perubahan harga barangan yang lain. Jika keanjalan adalah
positif, kedua-dua barangan tersebut adalah barang pengganti antara satu
sama lain. Jika ia negatif, barangan tersebut adalah penggenap kepada satu
sama lain.

Ć Keanjalan penawaran adalah peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan


dibahagi dengan peratus perubahan harga.

Ć Penentu utama keanjalan penawaran adalah tempoh masa, saiz industri dan
pergerakan faktor pengeluaran.

Ć Antara penggunaan konsep keanjalan ialah menentukan beban sebenar cukai


dan juga manfaat sebenar yang diperoleh daripada subsidi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN  95

Berkurang Keanjalan permintaan pendapatan


Fungsi penawaran Keanjalan permintaan silang
Fungsi permintaan Keanjalan titik
Harga keseimbangan Keseimbangan
Keanjalan lengkuk Keseimbangan pasaran
Keanjalan penawaran Kuantiti keseimbangan
Keanjalan permintaan harga Lebihan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Analisis Utiliti
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep utiliti;
2. Membezakan antara utiliti kardinal dan utiliti ordinal;
3. Menerangkan konsep jumlah utiliti, utiliti sut dan peranan
keseimbangan pengguna;
4. Mengkaji konsep keluk puas sama, garis belanjawan dan
keseimbangan pengguna;
5. Mendapatkan keluk Engel dan keluk permintaan dari keluk
pendapatan-penggunaan dan keluk harga penggunaan; dan
6. Membezakan antara kesan penggantian dan kesan pendapatan yang
disebabkan oleh perubahan harga.

 PENGENALAN
Dari Topik 1 hingga Topik 3 telah mendedahkan kita dengan gelagat asas
pasaran. Sekarang, anda perlu bersedia untuk menganalisis dengan lebih
mendalam tentang keluk permintaan. Persoalan utama yang akan diselesaikan
melalui topik ini adalah apakah faktor yang mempengaruhi pengguna untuk
berkelakuan menurut Hukum Permintaan. Teori gelagat pengguna adalah
penting untuk ekonomi pasaran kerana pengeluar yang sentiasa bersaing antara
satu sama lain untuk menarik pengguna membeli barangan mereka, perlu
mengetahui motif di sebalik permintaan pengguna.

Melalui teori gelagat pengguna, anda akan dapat memahami dengan lebih jelas
gelagat dan kelakuan pengguna. Anda juga adalah seorang pengguna yang
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  97

memiliki sejumlah wang pada masa tertentu untuk dibelanjakan dengan


membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Anda perlu membuat keputusan
tentang jenis dan jumlah barangan yang akan anda beli kerana anda tahu
bahawa setiap pembelian perlu dibiayai dengan pendapatan anda yang terhad.
Namun, pada masa yang sama, anda mempunyai cita rasa anda sendiri yang
akan mempengaruhi corak pembelian anda. Di dalam topik ini, kita akan
membincangkan motif pengguna, gelagat pengguna dan proses pembuatan
keputusan pengguna.

4.1 PILIHAN DAN TEORI UTILITI

Utiliti adalah kepuasan yang diperoleh pengguna daripada penggunaan


barangan dan perkhidmatan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan
sesuatu barangan untuk memberi kepuasan kepada pengguna.

Menurut teori utiliti, pengguna menggunakan tahap kepuasan sebagai asas


untuk membuat pilihan penggunaan dan menilai sesuatu barangan berdasarkan
kepada tahap kepuasan. Secara amnya, terdapat dua kaedah dalam analisis teori
utiliti iaitu kaedah kardinal dan kaedah ordinal. Dalam kaedah kardinal, kita
mengandaikan utiliti boleh diukur dengan menggunakan util sebagai unit
ukuran. Sebagai contoh, makan durian akan memberikan kita 2util dan makan
rambutan akan memberikan kita 1util.

Sementara itu, kaedah ordinal mengandaikan bahawa tahap kepuasan tidak


boleh diukur. Namun, kita hanya boleh membuat perbandingan antara tahap
kepuasan yang berbeza. Sebagai contoh, makan durian akan memberi kita lebih
kepuasan berbanding dengan makan rambutan. Dalam kes ini, tiada sebarang
unit kepuasan yang digunakan. Tahap kepuasan ditentukan melalui
perbandingan sahaja.

4.2 TEORI UTILITI KARDINAL

Teori utiliti kardinal adalah satu kaedah yang mengandaikan kepuasan


boleh diukur dengan unit „util‰.

Sebagai contoh, memakan kek akan menghasilkan 8util, manakala memakan


biskut hanya akan menghasilkan 4util. Ini menunjukkan kek menghasilkan dua
kali ganda utiliti berbanding biskut. Tahap utiliti kebiasaannya ditunjukkan oleh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

kesanggupan seseorang individu untuk membayar berdasarkan kepada nilai


wang. Semakin tinggi harga yang sanggup dibayar, semakin tinggi kepuasan
yang diperoleh.

AKTIVITI 4.1

Tahukah anda siapa yang memperkenalkan teori utiliti kardinal? Ia


diperkenalkan oleh Alfred Marshall. Apakah andaian atau anggapan
yang dibuat berdasarkan kepada teori ini?

4.2.1 Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

Jumlah Utiliti (TU) adalah jumlah kepuasan yang diperoleh dari


penggunaan sesuatu barangan.

Terdapat dua konsep asas utiliti iaitu jumlah utiliti dan utiliti sut. Jadual 4.1
menunjukkan hubungan antara penggunaan barangan dengan jumlah utiliti dan
utiliti sut. Perhatikan yang jumlah utiliti untuk unit pertama yang digunakan
adalah 10util. Apabila penggunaan meningkat kepada 2 unit, jumlah utiliti
meningkat kepada 22util dan begitulah seterusnya.

Utiliti sut (MU) adalah peningkatan jumlah utiliti apabila penggunaan


meningkat satu unit.

Seperti yang anda sedia maklum, marginal membawa maksud tambahan.


Formula untuk utiliti marginal adalah:

Perubahan TU
MU 
Perubahan Q

Oleh itu, utiliti sut untuk unit pertama adalah bersamaan dengan jumlah utiliti
untuk unit tersebut. Seperti yang dapat kita lihat dari Jadual 4.1, MU untuk unit
pertama adalah 10util manakala MU untuk unit kedua adalah 12util iaitu 22util ă
10util. Kaedah yang sama digunakan untuk memperoleh MU bagi setiap unit
yang seterusnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  99

Jadual 4.1: Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

Kuantiti (Q) Jumlah Utiliti (TU) Utiliti Sut (MU)


1 10 10
2 22 12
3 30 8
4 36 6
5 38 2
6 38 0

Apabila kita campurkan utiliti sut sehingga lima tahap penggunaan, kita akan
memperoleh 38util iaitu bersamaan dengan jumlah utiliti unit.

Rajah 4.1: Jumlah utiliti dan utiliti sut

Rajah 4.1 menunjukkan jumlah utiliti dan utiliti sut yang diperoleh dari Jadual
4.1. Perhatikan yang utiliti sut adalah bersamaan dengan kecerunan keluk
jumlah utiliti untuk setiap unit penggunaan. Perhatikan juga yang jumlah utiliti
mencapai tahap maksimumnya apabila utiliti sut adalah sifar.

AKTIVITI 4.2

Bincangkan bagaimana jumlah utiliti memberi kesan kepada utiliti sut.

Sekiranya sesuatu barangan adalah percuma, apa yang akan berlaku


kepada tahap jumlah utiliti dan utiliti sut? Jelaskan pendapat anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

4.2.2 Hukum Utiliti Sut Berkurangan


Sebelum ini, kita telah mendefinisikan utiliti sut sebagai peningkatan kepuasan
yang diperoleh apabila kita menggunakan satu unit tambahan sesuatu barangan.
Kita dapat lihat dari Jadual 4.1 dan Rajah 4.1 yang pada permulaannya, utiliti sut
meningkat dengan perlahan dan kemudian akan mula menurun sebelum
menjadi sifar. Pergerakan nilai utiliti sut yang semakin berkurangan ini dikenali
sebagai hukum utiliti sut berkurangan.

Hukum utiliti sut berkurangan bermaksud utiliti sut yang diperoleh


daripada setiap unit tambahan penggunaan akan mula menurun apabila
jumlah penggunaan meningkat.

Contohnya, semasa anda merasa sangat dahaga pada hari yang panas, segelas air
sirap akan memberikan anda kepuasan. Memandangkan anda masih lagi
dahaga, gelas kedua akan memberikan anda kepuasan yang lebih tinggi. Namun,
gelas ketiga akan memberikan anda kurang kepuasan kerana rasa dahaga anda
sudah mulai hilang. Jika anda rujuk semula Jadual 4.1, utiliti sut mula turun
apabila kita mencapai tiga unit penggunaan. Anda juga mungkin akan
memperoleh utiliti sut negatif apabila penggunaan satu unit tambahan
mendatangkan ketidakselesaan dan bukannya kepuasan.

Sekiranya kita mengukur kepuasan dalam bentuk ringgit, maka MU untuk


segelas air sirap adalah jumlah ringgit yang anda sanggup bayar untuk
mendapatkan minuman tersebut. Oleh itu, apabila MU menurun, kesanggupan
membayar anda untuk setiap gelas tambahan juga akan menurun. Jika MU
menjadi negatif, maka orang lain pula yang perlu membayar anda supaya anda
minum minuman tersebut.

Konsep utiliti sut berkurangan menerangkan kenapa individu menggunakan


pelbagai jenis barangan dan bukan hanya satu barangan. Ahli ekonomi
terdahulu menggunakan hukum utiliti sut berkurangan ini untuk menjelaskan
kenapa kecerunan keluk permintaan adalah negatif. Inilah yang akan kita
bincangkan pada bahagian seterusnya.

AKTIVITI 4.3

Adakah anda bersetuju jika setelah satu tahap dicapai, kepuasan dan
penggunaan sesuatu barangan akan menurun? Jelaskan pendapat anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  101

LATIHAN 4.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Teori gelagat pengguna mengandaikan bahawa pengguna akan
cuba untuk memaksimumkan utiliti sut.
2. Hukum utiliti sut berkurangan menyatakan bahawa apabila
penggunaan meningkat secara konsisten, satu tahap di mana
jumlah utiliti akan meningkat pada kadar yang meningkat akan
dicapai.
3. Apabila jumlah utiliti meningkat, utiliti sut adalah positif dan
mungkin meningkat atau menurun.
4. Utiliti sut adalah sentiasa lebih besar daripada jumlah utiliti.

4.2.3 Keseimbangan Pengguna


Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pengguna? Sebagai seorang
pengguna yang rasional, objektif utama yang ingin anda capai adalah untuk
memaksimumkan kepuasan yang anda peroleh. Walau bagaimanapun,
berdasarkan kepada definisi permintaan, kehendak perlu menyamai
kesanggupan dan kemampuan untuk membayar. Objektif pengguna tercapai
dan pengguna dikatakan mencapai keseimbangan pengguna apabila utiliti
maksimum boleh dicapai dengan sejumlah wang perbelanjaan atau pendapatan.

(a) Keseimbangan Pengguna untuk Satu Barangan


Kita akan terlebih dahulu melihat bagaimana keseimbangan pengguna
dicapai untuk satu barangan. Persoalan pertama yang perlu dijawab adalah
bagaimanakah kita boleh memaksimumkan utiliti jika konsep utiliti itu
sendiri sukar untuk diukur. Untuk memudahkan analisis, kita akan
menggunakan konsep util sebagai ukuran kepada utiliti. Dalam kes ini, util
akan diukur dengan nilai wang. Dengan kata lain, util adalah nilai
penggunaan sesuatu barangan. Oleh itu, utiliti sut adalah jumlah wang
yang sanggup dibayar untuk mendapatkan satu unit tambahan barangan.
Jika anda sanggup membayar RM1 untuk satu cawan tambahan kopi, maka
utiliti sut untuk kopi adalah RM1. Perhatikan di sini bahawa dalam kes
yang melibatkan satu barangan, pengguna akan memaksimumkan
kepuasan apabila utiliti sut dari penggunaan sesuatu barangan adalah
bersamaan dengan harga barangan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Kepuasan maksimum dicapai apabila harga adalah bersamaan dengan


utiliti sut kerana utiliti sut menggambarkan kesanggupan membayar. Oleh
itu, sekiranya utiliti sut yang diperoleh daripada penggunaan satu unit
tambahan adalah lebih tinggi daripada harga yang perlu dibayar, ini
bermakna pengguna akan dapat meningkatkan lagi kepuasannya dengan
meningkatkan lagi penggunaannya.

Seperti contoh air sirap di atas, andaikan kos untuk gelas pertama air sirap
tersebut adalah RM1. Namun, pada anda, ia bernilai lebih daripada RM1,
jadi anda sanggup membeli air sirap tersebut. Begitu juga untuk gelas yang
kedua tetapi untuk gelas yang ketiga, jika harganya kekal pada RM1, anda
tidak akan membelinya kerana pada anda, ia bernilai kurang daripada
RM1.

Konsep keseimbangan ini sebenarnya menjelaskan kenapa keluk


permintaan bercerun adalah negatif. Nilai atau kesanggupan membayar
yang anda letakkan bagi setiap unit tambahan sesuatu barangan akan
semakin berkurangan apabila anda memiliki semakin banyak barangan
tersebut. Pada sepanjang keluk permintaan, MU adalah bersamaan dengan
harga (MU = P). Ini menunjukkan bahawa pengguna berada pada tahap
optimum di setiap titik di sepanjang keluk permintaan.

Jadual 4.2: Utiliti dan Harga

Kuantiti X Jumlah Utiliti Utiliti Sut Harga (RM)


1 10 10 10
2 22 12 10
3 32 10 10
4 40 8 10
5 46 6 10
6 44 -2 10

Jadual 4.2 menunjukkan jumlah utiliti, utiliti sut dan harga untuk barang X.
Seperti yang dapat anda lihat, pengguna mencapai keseimbangan pada
unit yang ketiga iaitu apabila utiliti sut bersamaan dengan harga.

Apa yang akan berlaku sekiranya ada barang X boleh diperoleh secara
percuma? Apabila sesuatu barangan adalah percuma, maka pengguna
tidak lagi menghadapi sebarang kekangan belanjawan dan beliau juga
tidak dihadkan dari segi kesanggupan membayarnya. Oleh itu, pengguna
akan menggunakan barang tersebut sehinggalah beliau mencapai jumlah
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  103

utiliti maksimum di unit yang kelima. Unit yang keenam tidak akan
dipertimbangkan kerana ia mengurangkan jumlah utiliti. Jika anda
membeli keenam unit, anda akan berasa tidak selesa atau keberatan kerana
penggunaan berlebihan.

(b) Keseimbangan Pengguna untuk Dua Barangan atau Lebih

Kita telah lihat gelagat pengguna dalam kes satu barangan. Sekarang, kita
akan lihat kes di mana pengguna perlu membahagikan perbelanjaan beliau
antara dua atau lebih barangan.

Andaikan anda memiliki sejumlah pendapatan (I) yang digunakan untuk


membeli makanan (X) dan buku teks (Y). Sebagai pengguna yang rasional,
anda akan membelanjakan semua pendapatan anda dengan memilih
kombinasi yang akan menghasilkan utiliti sut per ringgit untuk kedua-dua
barangan adalah sama iaitu:

MU X MU Y
 , di mana MU = utiliti sut , P = harga
PX PY

MU X MU Y
Jika  , pengguna yang rasional akan meningkatkan penggunaan
PX PY
barang X kerana untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, pengguna akan
memperoleh kepuasan tambahan (utiliti sut) yang lebih besar. Pada masa yang
sama, pengguna akan mengurangkan penggunaan barang Y. Peningkatan
permintaan barang X akan menyebabkan harga barang X (PX) meningkat dan
MU X
menjadi lebih kecil.
PX

MU Y
Pada masa yang sama, akan menjadi lebih besar disebabkan oleh
PY
permintaan untuk barang Y yang semakin berkurangan. Pergerakan ini akan
MU X MU Y
berterusan sehinggalah = . Apabila ini berlaku, tiada lagi
PX PY
kecenderungan untuk pengguna mengubah kombinasi barangan yang
digunakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

MU X MU Y
Sebaliknya, jika < , pengguna akan meningkatkan penggunaan
PX PY
barang Y yang seterusnya akan menyebabkan harga barang Y (PY ) naik. Pada
MU Y
masa yang sama PX akan jatuh. Ini seterusnya akan menyebabkan
PY
MU X
menjadi semakin kecil dan semakin besar. Keadaan ini akan berterusan
PX
MU X MU Y
sehinggalah  .
PX PY

Sekarang, kita lihat satu lagi contoh:

Jadual 4.3: Utiliti Sut Per Ringgit

Kuantiti MUX MUX/PX MUY MUY/PY


1 30 15 20 10
2 29 14.5 19 9.5
3 28 14 18 9
4 26 13 16 8
5 24 12 14 7
6 22 11 12 6
7 20 10 * 10 5
8 18 9* 8 4
9 16 8* 5 2.5

(* Px dan Py adalah masing-masing bersamaan RM2)

Jadual 4.3 menunjukkan utiliti sut (MUx dan MUy) dan utiliti sut per ringgit
(iaitu MUx / Px, dan MUy / Py) yang diperoleh daripada pengguna apabila
penggunaan dua barangan X dan Y, apabila harga barang X dan barang Y adalah
kedua-duanya RM2 (Px = 2, Py = 2). Di sini kita andaikan yang pendapatan
pengguna adalah RM22 dan kesemuanya digunakan untuk membeli dua
barangan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  105

Syaratnya,

MU X MU Y

PX PY

dicapai pada kombinasi (X,Y ) = (7,1), (8,3) atau (9,4).

Bagaimanapun, kita perlu membuat pilihan antara tiga kombinasi di atas


berdasarkan kepada jumlah pendapatan pengguna iaitu RM22. Kita perlu
melihat berapakah jumlah perbelanjaan untuk ketiga-tiga kombinasi tersebut.

Perbelanjaan pengguna untuk kombinasi di atas adalah

A = (7,1) = (7  2) + (1  2) = 16
B = (8,3) = (8  2) + (3  2) = 22
C = (9,4) = (9  2) + (4  2) = 26

Oleh kerana kombinasi B memenuhi syarat perbelanjaan, kombinasi B adalah


kombinasi keseimbangan.

Bagaimana jika pengguna perlu membahagikan pendapatan beliau bagi


penggunaan lebih daripada dua barangan?

Apabila pengguna menggunakan lebih daripada dua barangan, syarat yang


sama akan digunakan. Untuk menentukan tahap keseimbangan pengguna bagi
tiga barangan iaitu X, Y dan Z, syaratnya ialah

MU x MU y MU z
  . Sekiranya „n„ barangan digunakan, keseimbangan
Px Py Pz
MU 1 MU 2 MU n
dicapai apabila  ...  .
P1 P2 Pn

AKTIVITI 4.4

Jelaskan kenapa keluk permintaan bercerun negatif dari kiri ke kanan


dengan menggunakan kaedah utiliti kardinal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

LATIHAN 4.2

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Untuk mencapai keseimbangan pengguna, harga yang sanggup
dibayar untuk barangan yang dibeli adalah bersamaan dengan
harga relatif barangan di pasaran.
2. Sesuatu barangan yang mendatangkan kepuasan akan menjadi
barangan yang tidak diingini sekiranya ia digunakan dengan
terlalu banyak.
3. Utiliti sut barang X adalah 15 dan harganya adalah RM5; utiliti sut
barang Y adalah 10 dan harganya adalah RM2. Pemaksimuman
kepuasan akan dicapai dengan mengurangkan penggunaan
barang Y.

4.3 TEORI UTILITI ORDINAL

Menurut teori utiliti ordinal, manfaat atau kepuasan yang diperoleh


pengguna tidak boleh diukur secara kuantitatif. Sebaliknya, ia diukur secara
perbandingan dengan penggunaan barangan lain.

Gelagat pengguna semasa memaksimumkan keuntungan digambarkan melalui


keluk puas sama. Pendekatan ini juga menekankan kepada perbandingan
dengan penggunaan barangan yang lain untuk menentukan tahap kepuasan.

4.3.1 Pilihan dan Keutamaan


Tahukah anda perbezaan antara „pilihan‰ dan „keutamaan‰? Sekiranya tidak,
mari kita sama-sama lihat apa yang membezakan mereka. Pilihan tidak
bergantung kepada harga barangan ataupun pendapatan. Pilihan boleh berubah
dan ia berlaku bukan berdasarkan kepada kemampuan untuk membayar.
Walaupun anda tidak mampu untuk memiliki rumah atau kereta mewah, ini tidak
bermakna anda tidak boleh menyukai kedua-duanya. Malah, anda juga tidak
akan menukar kegemaran anda semata-mata kerana pendapatan anda telah
berubah atau kerana harganya berubah. Pilihan juga menunjukkan kehendak dan
kemahuan manusia yang tidak terbatas kerana sebagai pengguna yang rasional,
kita akan sentiasa memilih sesuatu yang lebih banyak berbanding yang sedikit.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  107

Sebaliknya, keutamaan berbeza dengan pilihan. Pengguna mungkin memiliki


pilihan mereka yang tersendiri, tetapi daripada semua pilihan yang beliau miliki,
beliau perlu memilih hanya satu sebagai keutamaan. Pengguna akan
menggunakan konsep keutamaan apabila berdepan dengan beberapa pilihan
dan kemampuan untuk membayar. Contoh yang paling mudah adalah yuran
yang perlu anda bayar untuk mengambil kursus ini.

4.3.2 Keluk Puas Sama


Apabila kita mempunyai pilihan antara dua barangan (barang X dan barang Y),
keluk puas sama boleh digunakan untuk menunjukkan pelbagai kombinasi X
dan Y yang akan menghasilkan tahap kepuasan yang sama kepada pengguna.

Andaikan anda membantu rakan anda untuk memilih antara dua kombinasi
barang X dan Y yang digemarinya.

Kombinasi A = 2 unit X + 6 unit Y


Kombinasi B = 2 unit X + 4 unit Y

Rakan anda sudah tentu akan memilih kombinasi A kerana walaupun kuantiti X
adalah sama dalam kedua-dua kombinasi, kombinasi A memiliki lebih banyak
barang Y. Jika kita andaikan kombinasi A yang akan dipilih, maka kita tahu
mana-mana kombinasi yang memiliki lebih banyak X atau Y atau kedua-duanya,
sudah tentu akan lebih digemari berbanding kombinasi A. Sebaliknya,
kombinasi yang memiliki kurang X atau Y atau kedua-duanya, akan kurang
digemari berbanding A. Rajah 4.2 menunjukkan pilihan yang dibincangkan ini.

Rajah 4.2: Keluk puas sama

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Apakah akan berlaku sekiranya terdapat satu lagi kombinasi C dengan 3 unit X
dan 5 unit Y? Walaupun kuantiti Y dalam kombinasi C adalah lebih kecil
berbanding dalam kombinasi A, kuantiti X adalah lebih besar dalam kombinasi
C. Rakan anda mungkin tidak boleh membuat pilihan kerana padanya, kedua-
dua kombinasi tersebut (A dan C) akan memberikan kepuasan yang sama.

Apabila anda dapat mengenal pasti kesemua kombinasi yang memberikan tahap
kepuasan yang sama dan seterusnya menghubungkan kesemua kombinasi ini,
anda akan memperoleh apa yang dikenali sebagai keluk puas sama. Selain
daripada itu, jika anda dapat mengenal pasti lain-lain kombinasi yang akan
menghasilkan tahap kepuasan yang lebih tinggi atau lebih rendah dan
seterusnya membentuk keluk puas sama yang berkaitan, maka anda akan
memperoleh peta puas sama.

Peta puas sama terdiri daripada sekumpulan keluk puas sama yang
menunjukkan pelbagai tahap kepuasan yang boleh dicapai oleh pengguna.
Semakin jauh keluk puas sama dari titik asal, maka semakin tinggi tahap
kepuasan yang dicapai. Sebagai contoh, keluk U3 di Rajah 4.3 menghasilkan
tahap kepuasan yang lebih tinggi berbanding apa yang dihasilkan di keluk U2
dan U1. Begitu juga untuk keluk U1, tahap kepuasan yang diwakili oleh keluk ini
adalah lebih tinggi berbanding keluk U2, tetapi lebih rendah berbanding U3.

Rajah 4.3: Peta puas sama

(a) Andaian
Berikut adalah beberapa andaian yang akan digunakan untuk memastikan
analisis pengguna adalah tepat:
(i) Setiap kombinasi barangan perlu berada di atas keluk puas sama
yang sama;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  109

(ii) Keluk puas sama memiliki kecerunan yang negatif kerana untuk
memastikan tahap kepuasan kekal sama, anda perlu memperoleh
lebih barang X jika anda perlu mengorbankan sebahagian barang Y;
(iii) Keluk puas sama yang lebih tinggi lebih digemari oleh pengguna
kerana ia mewakili bakul penggunaan yang lebih besar; dan
(iv) Keluk puas sama tidak mungkin bersilang dengan keluk puas sama
yang lain kerana jika ia berlaku ini bermakna pengguna adalah tidak
rasional. Untuk seorang pengguna yang rasional, jika A lebih
digemari berbanding B dan jika B lebih digemari berbanding C, maka
A akan lebih digemari berbanding C. Berdasarkan kepada Rajah 4.4,
kita dapat lihat yang A >B, B = C tetapi A = C dan A  B. Ini
bermakna, dua keluk puas sama yang berbeza tidak boleh bersilang
antara satu sama lain.

Rajah 4.4: Keluk puas sama tidak bersilang

Keluk puas sama kebiasaannya berbentuk cembung. Bagaimanapun,


terdapat juga keluk puas sama yang mempunyai bentuk yang lain. Sebagai
contoh, untuk dua barangan yang merupakan barangan pengganti
sempurna, keluk puas sama akan bergaris lurus seperti yang ditunjukkan
oleh Rajah 4.5(a). Apabila keluk puas sama bergaris lurus, ini bermakna
pengguna tidak kisah sama ada beliau akan hanya menggunakan barang X
sahaja atau barang Y sahaja kerana kedua-duanya akan memberikan tahap
kepuasan yang sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Rajah 4.5: Keluk puas sama untuk barang pengganti sempurna dan penggenap sempurna

Rajah 4.5(b) menunjukkan keluk puas sama untuk barangan yang


merupakan penggenap sempurna. Sebagai contoh, sekiranya anda telah
pun memiliki sepasang kasut (titik A), jika anda diberi sebelah kasut (Y)
sahaja, ia tidak akan memberikan anda sebarang kepuasan. Anda hanya
akan mendapat kepuasan yang lebih tinggi sekiranya anda diberi kedua-
dua belah kasut (titik D).

(b) Kadar Penggantian Sut Berkurangan


Keluk puas sama yang ditunjukkan di Rajah 4.2 adalah tidak linear dan
berbentuk cembung ke titik asal. Ini bermakna, kecerunan keluk tersebut
akan berkurangan apabila kita menggunakan semakin banyak barang X.
Kenapakah keluk puas sama kebiasaannya dilakar sedemikian rupa? Ini
adalah kerana kebanyakan barangan bukan barangan pengganti atau
penggenap sempurna.

Sesetengah barangan tidak boleh menggantikan barangan yang lain. Ada


barangan yang lain pula boleh menggantikan barangan yang lain tetapi
tidak secara sempurna. Anda mungkin boleh menggantikan sepinggan nasi
dengan segelas air sirap jika anda tidak memiliki nasi langsung. Namun
jika anda memiliki dua atau tiga pinggan nasi dan anda masih lagi
memiliki dua gelas air sirap, anda mungkin tidak akan menggantikan
kedua-dua barangan tersebut. Dari segi analisis puas sama, konsep
penggantian tidak sempurna ini dirujuk sebagai kadar penggantian sut dan
kadar ini akan berubah-ubah mengikut tahap penggunaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar penggantian? Apabila kita


lakarkan keluk puas sama dengan meletakkan barang Y di paksi Y dan
barang X di paksi X, kecerunan keluk tersebut adalah (Y / X).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  111

Contoh:
Kecerunan pada titik A

= ă (’Y/X)
4
= 
1
=ă4

Kecerunan keluk puas sama (dalam contoh ini = ă 4) adalah dirujuk sebagai
kadar penggantian sut Y kepada X [MRSXY = ă (Y/X)]. Kecerunan ini
menunjukkan jumlah Y yang sanggup pengguna korbankan untuk
memperoleh satu unit tambahan X agar utiliti kekal tidak berubah.
Memandangkan keluk puas sama bercerun negatif, kadar penggantian ini
akan sentiasa bernilai negatif. Justeru itu, kita boleh mengabaikan tanda
negatif ini. Seterusnya, semakin kita bergerak ke bawah (ke kanan),
kecerunan keluk ini juga akan berkurangan. Ini bermakna kadar
penggantian sut juga akan berkurangan. Cuba bandingkan kecerunan pada
titik A dengan kecerunan pada titik B di Rajah 4.6.

Rajah 4.6: Kadar penggantian sut

Kadar penggantian sut berkurangan adalah berkait rapat dengan hukum


utiliti sut berkurangan yang telah kita bincangkan sebelum ini. Kepuasan
yang diperoleh individu dari penggunaan setiap unit tambahan semakin
berkurangan. Oleh itu, apabila kita bergerak ke bawah di sepanjang keluk
puas sama, penggunaan barang X akan meningkat manakala penggunaan
barang Y pula akan jatuh. Oleh yang demikian, utiliti sut dari barang X
akan jatuh dan utiliti sut barang Y akan meningkat. Kesanggupan untuk
mengorbankan Y untuk memperoleh lebih banyak X akan semakin
berkurangan dan MRSXY juga akan semakin berkurangan. Secara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

ringkasnya, MRS bergantung kepada tahap penggunaan pengguna di mana


semakin rendah kadar penggunaan sesuatu barangan, semakin sukar
untuk pengguna menggantikan barangan tersebut dengan barangan yang
lain.

Mari kita lihat semula Rajah 4.6. Di sini kita dapati penggunaan pada titik
A menghasilkan tahap kepuasan yang sama dengan penggunaan pada titik
B. Oleh itu, penurunan kepuasan yang disebabkan oleh pengurangan
sebanyak 4 unit barang Y harus ditimbal balik dengan tambahan kepuasan
yang diperoleh melalui penggunaan satu unit tambahan barang X. Ini
bermakna utiliti sut dari satu unit tambahan barang X mesti 4 kali lebih
besar dari utiliti sut dari satu unit tambahan Y yang dikorbankan (kerana
pengguna telah mengorbankan 4 unit barang Y).

MU X
Maka ,  MRS XY  4
MU Y

SEMAK KENDIRI 4.1

Menurut kaedah ordinal, pengguna dianggap sebagai rasional.


Pernahkah anda membeli barangan dalam keadaan yang tidak rasional?
Jika pernah, terangkan kenapa. Apa yang akan berlaku kepada keluk
puas sama? Jelaskan.

LATIHAN 4.3

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).

1. Keluk puas sama boleh bersilang.


2. Keluk puas sama menunjukkan pelbagai kombinasi barangan yang
menghasilkan tahap kepuasan yang sama kepada pengguna.
3. Keluk puas sama adalah bercerun positif.
4. Apabila penggunaan barang X meningkat, semakin banyak barang
Y yang sanggup dikorbankan untuk memperoleh satu unit
tambahan barang X.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  113

4.3.3 Garis Belanjawan


Anda telah lihat pelbagai jenis keluk dan garis; tetapi apakah pula yang
dimaksudkan dengan garis belanjawan? Garis belanjawan sangat penting dalam
analisis puas sama kerana ia menentukan pilihan sebenar yang akan dilakukan
oleh pengguna yang rasional. Keluk puas sama menunjukkan keutamaan
pengguna manakala garis belanjawan pula akan menunjukkan kekangan yang
dihadapi pengguna atau kemampuannya untuk membeli.

Garis belanjawan adalah keluk yang menunjukkan kombinasi dua barangan


yang boleh dibeli oleh pengguna dengan menggunakan sejumlah
pendapatan dan berdasarkan kepada harga pasaran barangan tersebut.

Andaikan anda memperuntukkan sebanyak RM10 untuk membeli barang X dan


barang Y dan harga X (PX) adalah RM1 dan PY = RM2. Jadual 4.4 dan Rajah 4.7
menunjukkan kombinasi penggunaan X dan Y yang boleh anda beli.

Jadual 4.4: Kombinasi X dan Y

Kombinasi X Y
A 10 0
B 8 1
C 6 2
D 4 3
E 2 4
F 0 5

Rajah 4.7: Garis belanjawan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Jika anda membelanjakan kesemua pendapatan anda untuk membeli Y, anda


akan memperoleh lima unit Y. Manakala, jika kesemua pendapatan anda
digunakan untuk membeli X, anda akan memperoleh 10 unit X. Anda juga boleh
memilih mana-mana kombinasi yang memenuhi persamaan I = PxX + PyY yang
menunjukkan jumlah pendapatan (I) adalah sama dengan jumlah perbelanjaan
(PxX + PyY).

(a) Kesan Perubahan Pendapatan


Sekarang andaikan yang pendapatan anda meningkat daripada RM10 ke
RM20 dan harga kekal tidak berubah. Peningkatan pendapatan anda akan
membolehkan anda untuk membeli lebih banyak barang X atau barang Y.
Jumlah maksimum X dan Y yang boleh dimiliki kini adalah 20 unit dan 10
unit. Ini bermakna garis belanjawan akan beralih secara selari dari garis
yang asal kerana harga relatif (yang mewakili kecerunan keluk) kekal tidak
berubah). Rajah 4.8 menunjukkan dua garis belanjawan yang diperoleh
daripada dua tahap pendapatan yang berbeza (RM10 dan RM20) apabila
harga relatif kekal sama (RM1 untuk X dan RM2 untuk Y).

Rajah 4.8: Kesan perubahan pendapatan

(b) Kesan Perubahan Harga


Sekarang, kita akan lihat pula kesan perubahan harga terhadap garis
belanjawan. Kita sedia maklum yang di sepanjang garis belanjawan, jumlah
pendapatan (I) adalah sama dengan jumlah perbelanjaan (PxX + PyY). Oleh
itu, garis belanjawan boleh dinyatakan melalui persamaan berikut:

I = PxX + PyY

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  115

Apabila Y diletakkan pada paksi Y, persamaan di atas boleh ditulis


sebagai:

I  Px X
Y=
Py

Oleh itu, nisbah harga Px/Py adalah kecerunan garis belanjawan. Jika salah
satu daripada harga berubah, kecerunan keluk juga akan berubah.

Rajah 4.9: Kesan perubahan harga pada garis belanjawan

Andaikan yang pada asalnya, harga barang X adalah RM1, harga barang Y
adalah RM2 dan pendapatan adalah RM10, garis belanjawan yang
diperoleh adalah garis AA seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.9(a).
Apabila harga Y jatuh ke RM1, kecerunan garis belanjawan akan menjadi
lebih curam (garis AAÊ). Ini menunjukkan bahawa semakin banyak barang
Y yang boleh dibeli dengan pendapatan yang sedia ada.

Garis belanjawan ini memotong paksi Y apabila Y adalah 10 unit tetapi


tiada sebarang perubahan pada paksi X. Sebaliknya, jika harga X yang
berkurangan, perubahan akan berlaku pada paksi X.

AKTIVITI 4.5

Apakah yang akan berlaku apabila harga Y meningkat? Anda boleh


membuat rumusan anda sendiri berdasarkan kepada Rajah 4.9(b).
Bentangkan jawapan anda di dalam kelas tutorial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

LATIHAN 4.4

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).

1. Kecerunan garis belanjawan apabila F diletakkan pada paksi X dan


G pada paksi Y adalah bersamaan dengan harga G dibahagikan
dengan harga F.
2. Peningkatan pendapatan pengguna akan menyebabkan garis
belanjawan beralih ke kanan.

4.3.4 Keseimbangan Pengguna


Seperti yang telah anda ketahui, keluk puas sama menggambarkan pilihan dan
keutamaan, manakala garis belanjawan pula menunjukkan kemampuan untuk
membeli. Pilihan dan keutamaan hanya boleh dicapai apabila kita memiliki
kemampuan. Oleh itu, untuk mencapai keseimbangan pengguna yang akan
memaksimumkan utiliti, kita perlu menggabungkan keluk puas sama dengan
garis belanjawan. Ini akan menghasilkan kombinasi barangan yang boleh dibeli
dengan sejumlah pendapatan.

Rajah 4.10: Keseimbangan pengguna ă pemaksimuman kepuasan

Rajah 4.10 menunjukkan empat tahap kepuasan yang diwakili empat keluk puas
sama. Berdasarkan kepada rajah tersebut, pengguna sudah semestinya mahu
mencapai keluk puas sama yang tinggi seperti keluk U3. Namun, ia tidak
semestinya boleh dicapai disebabkan oleh kekangan belanjawan. Oleh itu,
pengguna hanya boleh memilih antara U1 atau U2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  117

Pengguna boleh memilih kombinasi A, tetapi titik ini tidak optimum kerana jika
kita bergerak ke bawah di sepanjang garis belanjawan, kita masih lagi boleh
meningkatkan kepuasan kita. Begitu juga untuk titik B. Keseimbangan dicapai
pada titik E yang berada di atas keluk U2. Ini adalah kerana jika kita bergerak
melepasi titik tersebut, jumlah utiliti akan semakin berkurangan.

Titik E adalah titik keseimbangan di mana keluk puas sama adalah tangen
(bersentuhan) dengan garis belanjawan. Maka, kedua-duanya mempunyai
kecerunan yang sama atau:

Px MU x MU x MU y
 atau 
P y MU y Px Py

Peraturan ini adalah sama dengan prinsip kesamaan sut yang kita peroleh
melalui teori kardinal. Oleh itu, kedua-dua kaedah adalah sama dari segi konsep
utiliti sut. Cuma apa yang membezakan kaedah ordinal adalah utiliti tidak perlu
dikira secara kuantitatif.

Titik E bukanlah satu-satunya titik keseimbangan yang ada kerana setiap titik di
mana keluk puas sama adalah tangen kepada garis belanjawan boleh dianggap
sebagai titik keseimbangan yang akan memaksimumkan kepuasan pada tahap
pendapatan dan harga barangan yang diberi.

MU x Px
Hukum pemaksimuman ini boleh dinyatakan sebagai  . Persamaan ini
MU y P y
menunjukkan bahawa kadar penggantian sut barang Y kepada barang X adalah
jumlah dalam ringgit yang anda sanggup korbankan untuk mendapat satu unit
tambahan barang X. Oleh itu, untuk memaksimumkan utiliti, pengguna perlu
memilih kombinasi barangan yang mana kadar penggantian sut adalah sama
dengan harga relatif. Secara ringkasnya, peraturan ini menyatakan bahawa
 MU x 
kesanggupan untuk mengganti iaitu 
 MU y 
adalah sama dengan kemampuan
 
Px
untuk membayar .
Py

Sebagai contoh, MRS antara kek dan segelas air sirap dalam bilangan potongan
kek yang anda sanggup korbankan untuk mendapatkan satu gelas tambahan air
sirap. Harga relatif akan menunjukkan bilangan potongan kek yang anda
sanggup berikan untuk mendapatkan segelas air sirap. Jika apa yang anda
sanggup lakukan sama dengan apa yang anda mampu lakukan, maka anda akan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
118  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

mencapai keseimbangan tetapi jika apa yang sanggup anda lakukan adalah lebih
daripada apa yang anda mampu lakukan, maka anda akan mengurangkan
kesanggupan anda sehingga ia menyamai kemampuan anda. Begitu juga
sebaliknya.

(a) Keluk Pendapatan-Penggunaan dan Keluk Engel


Seterusnya, kita akan membincangkan tentang keluk pendapatan-
penggunaan dan keluk Engel. Seperti yang kita sedia maklum, perubahan
pendapatan tanpa sebarang perubahan harga akan menyebabkan garis
belanjawan beralih secara selari. Ia juga akan menyebabkan titik
keseimbangan pengguna berubah. Setiap tahap pendapatan akan
menghasilkan titik keseimbangan pengguna yang berbeza. Apabila kita
menghubungkan kesemua titik untuk setiap tahap pendapatan ini, kita
akan memperoleh keluk pendapatan-penggunaan.

Bentuk keluk pendapatan-penggunaan menggambarkan dua konsep yang


telah kita pelajari sebelum ini iaitu keanjalan permintaan pendapatan dan
jenis-jenis barangan. Kedua-dua konsep boleh dilihat dengan lebih jelas lagi
dengan menggunakan keluk Engel yang diperoleh daripada keluk
pendapatan-penggunaan.

Keluk Engel adalah keluk yang menggambarkan hubungan antara


pendapatan pengguna dan permintaan terhadap sesuatu barangan.

Rajah 4.11 menunjukkan (a) keluk pendapatan-permintaan dan (b) keluk


Engel untuk barangan normal. Keluk Engel untuk barang normal
mempunyai kecerunan yang positif disebabkan oleh hubungan yang positif
antara pendapatan dan permintaan. Untuk memperoleh keluk pendapatan-
permintaan seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 4.11, kedua-dua barang X
dan Y perlu berbentuk barangan normal dan keluk Engel yang diperoleh
adalah keluk Engel untuk barang X.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  119

Rajah 4.11: Keluk pendapatan-penggunaan dan keluk Engel untuk barang normal

Sebaliknya, Rajah 4.12 menunjukkan keluk Engel yang bercerun negatif


untuk barang bawahan. Di dalam rajah tersebut, barang X adalah barang
bawahan dan barang Y adalah barang mewah.

Barang X adalah barang bawahan kerana apabila pendapatan meningkat,


penggunaan X akan jatuh. Sebaliknya, barang Y adalah barang mewah
kerana peningkatan pendapatan akan menyebabkan penggunaan Y
meningkat. Keluk Engel yang dilakarkan dalam Rajah 4.12(b) adalah keluk
Engel untuk barang X.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

SEMAK KENDIRI 4.2

Sekarang, cuba lakarkan keluk pendapatan-penggunaan dan keluk


Engel untuk barang X jika barang X adalah barang keperluan. Jika
anda letakkan barang X pada paksi X, apakah andaian yang perlu anda
lakukan untuk barang Y?

Rajah 4.12: Keluk pendapatan-penggunaan dan keluk Engel untuk barang bawahan

(b) Keluk Harga-Penggunaan dan Keluk Permintaan


Seperti yang telah anda ketahui, apabila harga salah satu barangan
berubah, garis belanjawan akan berubah pada paksi yang mewakili
barangan yang mengalami perubahan. Jika harga barang X jatuh, garis
belanjawan akan berubah pada paksi X. Keseimbangan pengguna juga
akan beralih ke garis belanjawan yang lain. Setiap garis belanjawan
mewakili tahap harga yang berbeza. Pendapatan pengguna dan harga
barang Y adalah tidak berubah. Apabila garis belanjawan berubah, titik
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  121

keseimbangan juga akan berubah. Apabila kita menghubungkan kesemua


titik keseimbangan ini, kita akan memperoleh keluk harga-penggunaan.

Keluk harga-penggunaan menunjukkan perubahan keseimbangan pengguna


apabila berlaku perubahan harga.

Oleh itu, kita boleh menggunakan keluk ini untuk mendapatkan keluk
permintaan individu dan juga mengira keanjalan permintaan harga. Untuk
mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana keluk harga-
permintaan diperoleh, mari kita lihat contoh yang berikut.

Rajah 4.13: Keluk harga-penggunaan dan keluk permintaan

Andaikan anda memiliki RM20 untuk membeli X dan Y. Garis B1 di Rajah 4.13(a)
adalah garis belanjawan anda apabila Y berharga RM2 seunit dan X RM1 seunit.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Andaikan titik E1 adalah titik keseimbangan anda dan kuantiti Y1 dan X1 adalah
kombinasi penggunaan anda yang optimum.

Terdapat beberapa garis belanjawan yang lain yang diperoleh berdasarkan


kepada harga X yang berbeza iaitu garis B2 apabila harga X adalah RM2.50, B3
untuk X berharga RM3 dan B4 apabila X berharga RM4. Setiap tahap harga akan
menghasilkan kombinasi keseimbangan yang berbeza dan kuantiti X yang
digunakan pada setiap harga ini adalah X1, X2, X3 dan X4. Apabila kita
menghubungkan kesemua titik keseimbangan ini, kita akan memperoleh keluk
harga-permintaan. Apabila kita mengaitkan tahap harga Z dengan kuantiti
keseimbangan X, kita akan memperoleh keluk permintaan seperti yang
ditunjukkan di Rajah 4.13(b).

Memandangkan keluk permintaan diperoleh daripada keluk harga-permintaan,


tahap kepuasan akan berubah di sepanjang keluk permintaan; harga yang lebih
rendah akan menghasilkan tahap kepuasan yang lebih tinggi. Seperti yang dapat
kita lihat, kepuasan meningkat dari U1 kepada U4 apabila harga jatuh dari RM4
kepada RM1.

LATIHAN 4.5

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Keluk yang lebih hampir dengan titik asal menunjukkan tahap
kepuasan pengguna yang lebih rendah.
2. Sekiranya pengguna beralih dari satu titik ke titik yang lain di atas
keluk puas sama yang sama, tahap kepuasan yang diperoleh tidak
berubah.
3. Pengguna akan memaksimumkan utilitinya apabila dia membeli
kombinasi barangan yang terletak pada titik persilangan antara
garis belanjawan dan keluk puas sama.
4. Kejatuhan harga barang biasanya akan membolehkan pengguna
mencapai keluk puas sama yang lebih tinggi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  123

4.3.5 Kesan Penggantian dan Kesan Pendapatan


Kita telah ketahui bahawa apabila harga meningkat, pengguna akan
mengurangkan penggunaannya kerana kemampuannya akan berkurangan.
Kesan ini dikenali sebagai Kesan Pendapatan, IE. Pengguna juga akan
mengurangkan penggunaan apabila sesuatu barangan menjadi lebih mahal
berbanding barangan yang lain. Ini dikenali sebagai Kesan Penggantian, SE.

Dengan menggunakan teori utiliti sut, kita juga telah lihat bagaimana kesan
penggantian menyebabkan pergerakan di sepanjang keluk untuk barangan yang
harganya berubah. Ini juga akan menyebabkan keluk permintaan untuk
barangan lain beralih. Walau bagaimanapun, perubahan harga juga akan
menyebabkan perubahan dalam pendapatan sebenar disebabkan oleh
peningkatan kuasa beli pengguna. Oleh itu, sebahagian daripada peralihan keluk
boleh disebabkan oleh perubahan pendapatan sebenar. Teori utiliti tidak dapat
membezakan kedua-dua kesan ini. Akan tetapi, dengan menggunakan analisis
puas sama, kita boleh membezakan kedua-dua kesan ini.

Kesan pendapatan didefinisikan sebagai perubahan kuantiti yang berlaku


disebabkan oleh perubahan pendapatan sebenar atau kuasa beli.

Pendapatan sebenar atau kuasa beli bergantung kepada kuantiti barangan yang
boleh dibeli oleh pengguna. Andaikan pendapatan, I = RM10; Px = RM1 dan Py
= RM2. Sebelum harga X berubah, pengguna boleh membeli 2Y dan 6X. Jika Px
jatuh kepada 50 sen seunit, 2Y dan 6X boleh dibeli pada harga RM7 sahaja. Ini
menunjukkan bahawa terdapat lebihan pendapatan sebanyak RM3 yang boleh
digunakan untuk membeli lebih banyak X, Y atau kedua-duanya sekali. Apa
yang berlaku di sini adalah peningkatan pendapatan sebenar ataupun kuasa beli.

Kesan penggantian adalah perubahan kuantiti diminta yang berlaku


disebabkan oleh perubahan harga relatif di mana tiada sebarang perubahan
pada pendapatan sebenar atau kuasa beli.

Oleh itu, jika harga barang X jatuh (naik), harga relatif barang X akan jatuh (naik)
dan pengguna akan meningkatkan (mengurangkan) penggunaan barang X,
walaupun pendapatan sebenarnya tidak berubah.

Kesan penggantian berlaku selari dengan perubahan harga iaitu apabila harga
naik, kesan penggantian akan menyebabkan penggunaan jatuh dan sebaliknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Hubungan antara kesan pendapatan dan harga pula bergantung kepada jenis
barang. Untuk barang normal, peningkatan harga akan menyebabkan
berlakunya kesan pendapatan negatif (pengurangan penggunaan). Untuk barang
bawahan, peningkatan harga akan menghasilkan kesan pendapatan yang positif
(peningkatan penggunaan).

Rajah 4.14: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang normal jatuh

Rajah 4.14 menunjukkan bagaimana kita boleh mengasingkan kedua-dua kesan


pendapatan dan penggantian dalam kes barang normal. Andaikan B1 adalah
garis belanjawan yang asal dan B2 garis belanjawan yang baru apabila harga
barang X jatuh. Untuk mengasingkan kesan pendapatan dari kesan penggantian,
kita perlu melakarkan satu garis belanjawan bayangan yang selari dengan B2 dan
menyentuh keluk puas sama asal (U1). Memandangkan garis ini selari dengan
B2, B1a adalah nisbah harga yang baru dan pada yang sama ianya menyentuh U1.
Ini membolehkan pengguna memperoleh utiliti yang sama dengan utiliti asal. Ini
bermakna, B1 dan B1a merujuk kepada pendapatan sebenar yang sama.
Pergerakan dari a ke b berlaku hanya disebabkan oleh perubahan harga relatif
dan perubahan yang seterusnya iaitu dari b ke c pula berlaku disebabkan oleh
perubahan pada pendapatan sebenar.

Perhatikan dalam Rajah 4.14 yang kedua-dua kesan ini telah menyebabkan
berlakunya peningkatan penggunaan apabila harga jatuh. Sekarang, bandingkan
apa yang berlaku dalam kes kenaikan harga barang normal seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.15.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  125

Rajah 4.15: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang normal naik

Rajah 4.16 menunjukkan bagaimana kedua-dua kesan ini boleh diasingkan


dalam kes penurunan harga X barang bawahan. Perhatikan bagaimana kita boleh
mendapatkan SE positif tetapi IE negatif.

Rajah 4.16: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang bawahan
jatuh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Seterusnya, perhatikan Rajah 4.17 yang merujuk kepada kes peningkatan pada
harga barang bawahan. Buat perbandingan dan kesimpulan yang sesuai.

Rajah 4.17: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang bawahan
naik

SEMAK KENDIRI 4.3

Mari uji kefahaman anda dengan mengisi tempat kosong di bawah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  127

1. _________ teori utiliti mengatakan bahawa utiliti yang diperoleh


pengguna tidak boleh diukur secara kuantitatif tetapi boleh
disenaraikan dengan menggunakan keluk puas sama.

2. Merupakan bentuk pengukuran utiliti.

3. Dua konsep utama utiliti adalah _________ utiliti dan utiliti sut.

4. Garis ___________ adalah keluk yang menunjukkan kombinasi dua


barangan yang boleh dibeli oleh pengguna pada harga pasaran
dengan menggunakan sejumlah pendapatan.

5. Utiliti _______ adalah tambahan atau pengurangan kepuasan yang


berlaku disebabkan oleh peningkatan (pengurangan) satu unit
penggunaan sesuatu barangan.

6. Keluk _______ yang cembung menunjukkan kesan penggantian sut


berkurangan.

7. Perubahan _________ akan menyebabkan garis belanjawan bergerak


selari dengan garis belanjawan yang asal.

8. Keluk puas sama bercerun ___________.

9. Keluk ____________ menunjukkan hubungan antara pendapatan


pengguna dan permintaan terhadap sesuatu barangan.

10. Keluk __________ penggunaan menghubungkan keseimbangan


pengguna apabila berlaku perubahan pada harga salah satu
barangan.

11. Kadar ______________ sut adalah kadar penggantian satu barang


dengan barang yang lain.

12. Kaedah ___________ menyatakan utiliti boleh diukur secara


kuantitatif dengan menggunakan util sebagai unit ukuran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

LATIHAN 4.6

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Kesan penggantian menunjukkan kesan perubahan pendapatan
sebenar terhadap corak penggunaan pengguna.
2. Kesan penggantian adalah positif untuk barang mewah, sifar
untuk barang normal dan negatif untuk barang bawahan.
3. Kesan pendapatan dan kesan penggantian akan menyebabkan
peningkatan penggunaan barang normal apabila harga barang
meningkat.
4. Apabila harga jatuh, pendapatan sebenar akan naik, tetapi
apabila harga naik, pendapatan sebenar akan jatuh. Keadaan ini
dikenali sebagai kesan pendapatan.

LATIHAN 4.7

Pengiraan
(a) Jadual di bawah menunjukkan kuantiti dan jumlah utiliti yang
diperoleh daripada penggunaan barang X. Penuhkan tempat
kosong untuk utiliti sut.

Kuantiti Jumlah Utiliti Utiliti Sut


1 40
2 75
3 105
4 130
5 150

(b) Jika harga seunit barang X adalah RM25, dapatkan kuantiti X yang
akan memaksimumkan utiliti pengguna ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ANALISIS UTILITI  129

Ć Keluk puas sama adalah satu keluk yang menghubungkan kesemua


kombinasi penggunaan yang menghasilkan tahap kepuasan yang sama.

Ć Kadar penggantian sut adalah kadar di mana satu barangan akan digantikan
dengan barangan yang lain. Oleh itu, ia menunjukkan kecerunan keluk puas
sama.

Ć Keluk puas sama yang cembung menunjukkan kesan penggantian yang


berkurangan. Keadaan ini berlaku apabila kadar kesanggupan untuk
menggantikan satu barang dengan barang yang lain berubah mengikut
jumlah penggunaan.

Ć Garis belanjawan adalah satu keluk yang menghubungkan kombinasi


barangan yang boleh dibeli dengan sejumlah pendapatan.

Ć Garis belanjawan beralih apabila jumlah perbelanjaan berubah. Manakala


apabila harga salah satu barangan berubah, garis belanjawan akan berubah di
bahagian salah satu paksi.

Ć Garis belanjawan mewakili kemampuan untuk membeli manakala keluk


puas sama merujuk kepada cita rasa dan keutamaan.

Ć Keseimbangan pengguna dicapai apabila pengguna memperoleh kepuasan


maksimum dari perbelanjaannya iaitu apabila keluk puas sama adalah
tangen kepada garis belanjawan.

Ć Keluk harga-permintaan adalah keluk yang menghubungkan keseimbangan


pengguna apabila harga salah satu barangan berubah.

Ć Keluk permintaan diperoleh daripada keluk harga-permintaan.

Ć Keluk pendapatan-penggunaan adalah keluk yang menghubungkan


keseimbangan pengguna apabila pendapatan berubah. Keluk Engel
diperoleh dari keluk pendapatan-penggunaan.

Ć Perubahan kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan harga berlaku


disebabkan oleh dua kesan iaitu kesan pendapatan dan kesan penggantian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 4 ANALISIS UTILITI

Ć Kesan pendapatan adalah perubahan yang berlaku disebabkan perubahan


pada pendapatan sebenar manakala kesan penggantian disebabkan oleh
perubahan harga relatif.

Jumlah utiliti Kesan penggantian


Keluk Engel Utiliti
Keluk harga-penggunaan Utiliti kardinal
Keluk pendapatan-penggunaan Utiliti ordinal
Kesan pendapatan Utiliti sut

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Teori
5 Pengeluaran

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep pengeluaran, loji, firma dan industri;
2. Membezakan antara konsep pengeluaran jangka masa panjang dan
jangka masa pendek;
3. Mengaplikasikan konsep pulangan sut berkurangan;
4. Membandingkan isokuan dan isokos; dan
5. Membezakan tiga jenis pulangan mengikut skala untuk pengeluaran
jangka panjang.

 PENGENALAN
Sepertimana yang telah kita ketahui, terdapat dua sektor utama dalam aliran
pusingan pendapatan iaitu sektor isi rumah dan sektor firma. Di dalam topik
sebelum ini, kita telah membincangkan tentang sektor isi rumah, termasuk latar
belakang teori permintaan, melalui teori utiliti, teori puas sama dan teori gelagat
pengguna secara umum. Teori gelagat pengguna menerangkan gelagat
pengguna rasional yang membuat keputusan berdasarkan kepada kos (harga)
dan manfaat (utiliti). Di dalam topik ini, kita akan melihat kepada rasional di
sebalik gelagat pengeluar yang mempengaruhi teori pengeluaran. Kita akan
memulakan topik ini dengan membincangkan konsep yang berkaitan dengan
proses pengeluaran. Selepas itu, kita akan membincangkan pengeluaran dalam
jangka masa pendek diikuti dengan perbincangan mengenai pengeluaran dalam
jangka masa panjang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

5.1 PROSES PENGELUARAN


Pengeluaran adalah aspek yang sangat penting dalam sesebuah ekonomi.
Kebanyakan ahli ekonomi menganggap bahawa kejayaan dalam aktiviti
pengeluaran sebagai petanda kemajuan sesebuah negara. Pengeluaran adalah
penting disebabkan oleh peranannya dalam menukar input kepada sesuatu yang
lebih bernilai. Peningkatan nilai ini seterusnya akan membawa kepada tahap
kepuasan pengguna yang lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah beberapa definisi yang berkaitan dengan
proses pengeluaran:

Pengeluaran adalah aktiviti atau proses yang menggabungkan input untuk


ditukarkan menjadi output yang seterusnya akan menghasilkan utiliti pada
masa sekarang atau pada masa hadapan.

Firma adalah organisasi yang menjalankan proses pengeluaran dengan


menggabungkan input untuk menghasilkan output.

Gelagat pengeluar akan menentukan jenis, harga dan kuantiti barangan serta
perkhidmatan yang akan dikeluarkan kepada masyarakat. Secara ringkasnya,
firma perlu menjawab persoalan-persoalan seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Persoalan yang dihadapi firma

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  133

Oleh itu, gelagat pengeluar dipengaruhi oleh pengguna, pesaing dan


persekitaran.

Teknologi akan menentukan cara proses pengeluaran dijalankan dan kombinasi


input yang digunakan. Oleh itu, teknologi akan menentukan bentuk fungsi
pengeluaran. Fungsi pengeluaran menunjukkan hubungan teknikal antara input
dan output. Ia menerangkan tentang kaedah yang digunakan oleh firma untuk
mengubah input menjadi output. Secara umumnya, fungsi pengeluaran boleh
ditulis sebagai

Q = f (L, K, M, ⁄..)

di mana Q = output, L = buruh , K = modal dan M = bahan mentah.

Kita boleh merumuskan proses pembuatan keputusan firma kepada tiga langkah
utama:
(a) Memilih kuantiti yang akan dikeluarkan dan menyenaraikan kesemua
kaedah yang cekap untuk menghasilkan kuantiti tersebut;
(b) Memilih kaedah yang paling cekap secara ekonomi iaitu kaedah yang
paling murah (kos terendah) untuk menghasilkan kuantiti yang telah
ditentukan; dan
(c) Mengulangi langkah 1 dan 2 untuk lain-lain kuantiti.

Daripada kesemua teknologi pengeluaran yang wujud, hanya satu teknologi


yang dianggap sebagai paling cekap. Teknik pengeluaran yang cekap adalah
kaedah pengeluaran yang tidak membazirkan sumber iaitu salah satu input
hanya boleh dikurangkan sekiranya input yang lain ditingkatkan. Sekiranya
sesuatu input boleh dikurangkan tanpa perlu meningkatkan input yang lain,
kaedah ini dianggap sebagai masih lagi belum cekap.

Setiap teknologi hanya menunjukkan kombinasi input tertentu yang boleh


digunakan untuk mengeluarkan jumlah output tertentu. Firma perlu
menentukan pelan pengeluaran untuk teknologi yang paling cekap. Secara
asasnya, teknologi pengeluaran boleh dipecahkan kepada dua iaitu:

(a) Teknologi intensif buruh – Proses pengeluaran yang menggunakan lebih


banyak tenaga buruh berbanding modal; dan

(b) Teknologi intensif modal – Proses pengeluaran yang menggunakan lebih


banyak modal berbanding tenaga buruh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

Selain daripada tahap kecekapan, firma sudah semestinya akan mengambil kira
kos dan keuntungan dalam memilih teknologi yang akan diguna pakai. Oleh itu,
teknologi yang dipilih adalah teknologi yang mampu untuk mengurangkan kos
pengeluaran. Sebagai contoh, jika firma beroperasi dalam negara yang
mempunyai ramai tenaga buruh yang murah tetapi sedikit barangan modal,
kaedah pengeluaran yang optimum baginya adalah teknologi intensif buruh.

5.1.1 Firma, Loji dan Industri


Terdapat tiga penggerak utama dalam proses pengeluaran iaitu firma, loji dan
industri. Seterusnya, kita akan lihat dengan lebih terperinci apa yang
dimaksudkan dengan firma, loji dan industri.

(a) Firma
Firma adalah organisasi yang membeli sumber daripada isi rumah atau
firma yang lain untuk digunakan dalam pengeluaran barangan dan
perkhidmatan yang akan dijual kepada pengguna. Saiz firma adalah
berbeza-beza, dari sekecil warung penjual makanan ringan kepada sebesar
firma antarabangsa yang beroperasi di seluruh dunia.

Kenapakah firma wujud? Isi rumah memiliki pelbagai kehendak. Namun,


mereka tidak boleh memenuhi kehendak mereka secara sendiri disebabkan
oleh pelbagai kekangan seperti kekurangan sumber, tiada kepakaran atau
kos yang tinggi. Sebagai contoh, mampukah anda untuk membina rumah
anda sendiri atau mereka bentuk set televisyen atau peti ais? Firma
memiliki kelebihan dalam menggunakan input dalam proses pengeluaran.
Kelebihan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengkhususan dan
ekonomi skala.

(b) Loji
Kebanyakan firma memiliki lebih daripada satu loji. Loji merujuk kepada
kawasan, mesin atau peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Loji adalah unit pengeluaran manakala firma adalah unit hak milik atau
kawalan. Loji yang dimiliki oleh firma-firma besar mungkin terdiri
daripada beberapa kilang berteknologi tinggi yang terletak di pelbagai
kawasan atau negara. Manakala untuk firma yang kecil seperti tukang jahit,
mesin jahit yang mereka miliki adalah "loji" mereka.

(c) Industri
Industri terdiri daripada kesemua firma yang bersaing dalam pasaran.
Contoh industri adalah industri makanan segera, industri pakaian dan
industri kereta. Interaksi antara firma dalam sesebuah industri menentukan
struktur pasaran yang seterusnya akan memberi implikasi kepada tahap

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  135

output dan harga. Antara contoh struktur pasaran adalah pasaran


persaingan sempurna dan pasaran monopoli. Kita akan membincangkan
dengan lebih lanjut tentang struktur pasaran dalam topik yang seterusnya.

AKTIVITI 5.1

Gunakan diagram Venn untuk menggambarkan hubungan antara firma,


loji dan industri.

5.1.2 Input dan Output

Input adalah sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Terdapat pelbagai jenis input termasuklah bahan mentah, buruh, kawasan


pengeluaran, mesin dan barangan pertengahan yang dibeli daripada lain-lain
firma.

Output adalah barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui proses


pengeluaran.

Output yang dihasilkan oleh firma akan dibeli oleh pengguna, lain-lain firma
ataupun kerajaan.

Input boleh dikategorikan kepada input berubah dan input tetap sepertimana
yang ditunjukkan di Rajah 5.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

Rajah 5.2: Jenis input

Input boleh ubah adalah input yang boleh ditambah atau dikurangkan
dalam masa yang singkat.

Input berubah akan berubah mengikut perubahan output. Kuantiti input


berubah yang digunakan akan bergantung kepada jumlah output yang
dikeluarkan.

Input tetap adalah input yang tidak boleh ditambah atau dikurangkan
dalam masa yang singkat.

Contoh input tetap adalah tanah pertanian yang dimiliki oleh petani ataupun
loji/kilang yang dimiliki oleh firma. Adalah sukar bagi petani untuk
meningkatkan jumlah kawasan pertanian yang dimiliki dalam masa yang
singkat. Beliau tidak boleh menambah jumlah tanah yang dimiliki dengan
mudah sekiranya beliau ingin meningkatkan jumlah pengeluarannya. Beliau
juga tidak akan semudah itu menjual tanah yang dimilikinya sekiranya beliau
berhasrat untuk mengurangkan pengeluarannya.

Input tetap kebiasaannya memberikan perkhidmatan untuk jangka masa yang


panjang. Apabila sesebuah firma membina kilang, ia akan menggunakan kilang
tersebut untuk beberapa tahun. Begitu juga tanah, ia boleh digunakan untuk
jangka masa yang panjang selagi ia tidak dijual. Pekerja mahir juga dianggap
sebagai input kerana bukan mudah untuk mana-mana firma untuk mendapatkan
pekerja mahir dalam masa yang singkat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  137

5.1.3 Jangka Masa Panjang dan Jangka Masa Pendek


Apakah hubungan antara input dan tempoh masa pengeluaran? Seperti yang
akan dibincangkan berikut, terdapat hubungan yang rapat antara input tetap
dan berubah dengan konsep tempoh masa pengeluaran.

(a) Jangka masa pendek dari segi pengeluaran bermakna sekurang-kurangnya


satu input adalah tetap dan firma tidak boleh memasuki atau keluar dari
industri; dan

(b) Jangka masa panjang pula merujuk kepada tempoh masa di mana semua
input adalah input berubah dan firma boleh meningkatkan atau
mengurangkan kapasiti pengeluaran serta boleh memasuki atau keluar dari
industri.

Ini bermakna tempoh masa pengeluaran bukanlah merujuk kepada konsep masa
yang mutlak seperti hari, minggu, bulan ataupun tahun. Ia adalah konsep yang
relatif dan merujuk kepada tempoh masa yang diambil untuk input tetap
bertukar menjadi input berubah.

Sebagai contoh, bagi penjual goreng pisang, jangka masa pendek baginya
mungkin hanya satu hari atau satu minggu kerana beliau boleh dengan mudah
untuk mendapatkan pembantu ataupun membeli kuali tambahan untuk
meningkatkan pengeluarannya. Sebaliknya, untuk sebuah firma penjana elektrik,
jangka masa pendeknya mungkin lebih panjang (10 tahun atau lebih) kerana
peralatan atau kilang yang diperlukan untuk menjana elektrik adalah mahal dan
tidak boleh dibina dengan mudah.

Melalui contoh di atas, kita dapat lihat yang ada satu lagi faktor yang akan
menentukan tempoh masa pengeluaran iaitu kos yang terlibat untuk
meningkatkan atau mengurangkan input. Jika peningkatan atau pengurangan
input melibatkan kos yang tinggi, maka jangka pendek akan menjadi lebih
panjang dan sebaliknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

LATIHAN 5.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Semasa proses pengeluaran, input akan ditukar menjadi output
dan output ini seterusnya boleh dibeli oleh pengguna, lain-lain
firma atau kerajaan.

2. Dalam jangka masa pendek, saiz dan kapasiti sesebuah loji adalah
tetap.

3. Dalam jangka masa panjang, tidak terdapat sebarang input tetap


dan firma boleh memasuki atau keluar dari industri dengan
mudah.

4. Semua input adalah input berubah dalam jangka masa panjang


dan semua input adalah input tetap dalam jangka masa pendek.

SEMAK KENDIRI 5.1

Cuba ingat semula perbincangan kita tentang proses pengeluaran.


Apakah hubungan antara input tetap dan input berubah dalam
pengeluaran jangka pendek?

5.2 PENGELUARAN JANGKA MASA PENDEK


Setelah kita memahami konsep penting dalam pengeluaran, tibalah masa untuk
kita membincangkan tentang bagaimana pengeluaran jangka masa pendek
dilaksanakan. Sepertimana yang telah anda sedia maklum, jangka masa pendek
didefinisikan sebagai tempoh masa di mana sekurang-kurangnya satu input
adalah input tetap. Walaupun proses pengeluaran kebiasaannya menggunakan
lebih daripada dua input, untuk memudahkan analisis, perbincangan kita akan
tertumpu kepada proses pengeluaran yang menggunakan dua input iaitu satu
input tetap dan satu input berubah. Walau bagaimanapun, konsep yang sama
boleh diguna pakai untuk proses pengeluaran yang melibatkan sekurang-
kurangnya satu input tetap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  139

5.2.1 Jumlah Keluaran, Keluaran Purata dan Keluaran


Sut
Di sini, kita akan membincangkan ciri-ciri dan kekangan pengeluaran yang
dihadapi oleh firma yang beroperasi dalam jangka masa pendek. Untuk
memudahkan analisis, kita andaikan yang sesebuah firma hanya menggunakan
satu input tetap dan satu input berubah dalam proses pengeluarannya. Oleh itu,
fungsi pengeluaran umum firma ini boleh dinyatakan seperti berikut:

Q = f (K , L )

di mana Q adalah output, modal (K) adalah input tetap dan buruh (L) adalah
input berubah.

Fungsi pengeluaran boleh juga ditunjukkan dengan menggunakan jadual dan


diagram. Rajah 5.3 dan Jadual 5.1 menunjukkan fungsi pengeluaran firma yang
mengeluarkan satu jenis output.

Jadual dan diagram tersebut menunjukkan perubahan output apabila input


berubah bertambah. Input tetap pula kekal tidak berubah.

Terdapat tiga konsep utama di sini yang perlu anda fahami:

(a) Jumlah keluaran adalah jumlah output yang boleh dihasilkan dengan
menggabungkan kesemua input pada satu-satu masa;

(b) Keluaran Purata (AP) adalah output yang dihasilkan bagi setiap unit input
berubah yang digunakan atau AP = TP/L. Dalam Rajah 5.1, kita dapati
keluaran purata untuk 2 unit buruh adalah 8/2 = 4; dan

(c) Keluaran Sut (MP) adalah tambahan output yang berlaku apabila input
berubah bertambah sebanyak satu unit dan jumlah input yang lain kekal
sama. Keluaran sut adalah kecerunan keluk Jumlah Keluaran. Keluaran Sut
modal atau MPK merujuk kepada tambahan output yang berlaku apabila
input modal bertambah dan input buruh kekal sama. Manakala Keluaran
Sut buruh pula adalah peningkatan output yang berlaku apabila input
buruh bertambah dan input modal kekal sama. Dalam jangka masa pendek,
apabila buruh dianggap sebagai input berubah, perbincangan akan
tertumpu kepada produktiviti buruh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

TP Perubahan jumlah keluaran


MPL  
L Perubahan jumlah buruh

Dalam Rajah 5.1, keluaran sut untuk buruh yang keempat adalah:

TP 15  12 3
  3
L 43 1

Jadual 5.1: Jumlah Keluaran, Keluaran Purata dan Keluaran Sut

Modal Buruh TP APL MPL


1 0 0 - -
1 1 3 3 3
1 2 8 4 5
1 3 12 4 4
1 4 15 3 3
1 5 17 3 2/5 2
1 6 17 3 5/6 0
1 7 16 2 2/7 -
1 8 13 1 5/8 -

Rajah 5.3 dilakarkan berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari Jadual
5.1. Melalui rajah ini, kita boleh memperoleh maklumat tentang bentuk dan
hubungan antara ketiga-tiga konsep yang telah didefinisikan di atas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  141

Rajah 5.3: Jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut

Berdasarkan pada Jadual 5.1 dan Rajah 5.3, kita boleh lihat yang jumlah keluaran
meningkat dengan cepat untuk dua unit buruh yang pertama. Namun,
peningkatan pengeluaran mula jatuh apabila buruh ketiga diambil bekerja.
Begitu juga dengan MP. Pada awalnya, MP meningkat dengan cepat berbanding
dengan AP. MP juga mencapai titik maksimum lebih awal dari AP. Seterusnya,
MP mula jatuh dan bersilang dengan AP pada titik maksimum AP sebelum
mencecah nilai sifar. MP menjadi sifar apabila TP mencapai titik maksimum dan
bertukar negatif apabila TP mula jatuh.

Terdapat hubungan umum antara konsep sut dan purata yang boleh
diaplikasikan dalam mana-mana teori yang mengguna pakai kedua-dua konsep
ini iaitu:
(a) Jika sut adalah sama dengan purata, purata kekal tidak berubah;
(b) Jika sut adalah lebih tinggi atau melebihi purata, purata akan meningkat;
dan
(c) Jika sut lebih rendah daripada purata, purata akan jatuh.

Hubungan antara sut-purata ini boleh ditunjukkan melalui hubungan antara


Purata Nilai Gred (GPA) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang anda
peroleh setiap semester. GPA adalah sut, manakala CGPA adalah purata. Jika
GPA yang anda peroleh semester ini lebih tinggi daripada CGPA anda, maka
CGPA anda akan meningkat. Jika GPA lebih rendah daripada CGPA, maka
CGPA akan jatuh. Oleh itu, untuk memastikan CGPA anda naik, GPA anda
perlu sentiasa meningkat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

5.2.2 Hukum Pulangan Sut Berkurangan


Berdasarkan Rajah 5.3, kita boleh lihat yang jumlah keluaran pada awalnya akan
meningkat pada kadar yang meningkat. Namun, ia akan mula meningkat pada
kadar yang berkurangan sebelum menurun. Manakala, keluaran sut pula
meningkat dengan cepat dan kemudiannya jatuh sebelum bertukar menjadi
negatif. Keluk keluaran sut mula jatuh apabila jumlah keluaran mula meningkat
pada kadar yang berkurangan. Ini adalah titik permulaan hukum pulangan sut
berkurangan. Titik ini merujuk kepada titik A dalam Rajah 5.3.

Hukum pulangan sut berkurangan menyatakan bahawa jika satu input


berubah ditambah dalam satu proses pengeluaran yang menggunakan
sekurang-kurangnya satu input tetap, pertambahan jumlah keluaran
mungkin meningkat pada kadar yang meningkat pada awalnya tetapi kadar
peningkatan akan menjadi semakin berkurangan.

Hukum ini hanya terpakai dalam jangka masa pendek. Jika dilihat dari sudut
keluaran sut, hukum ini mula berlaku apabila MP mulai jatuh. Disebabkan oleh
hukum pulangan sut berkurangan, tahap optimum pengeluaran dalam jangka
pendek dicapai apabila MPL = 0.

Hukum ini sangat rasional dan boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang.
Dalam bidang pertanian sebagai contoh, tanah adalah satu input tetap. Apabila
kita mengambil seorang buruh untuk menoreh getah, dia tidak mungkin boleh
menoreh kesemua pokok getah yang ada dalam masa satu hari. Oleh itu, kita
akan mengambil seorang lagi pekerja dan keluaran akan meningkat. Jika kita
terus meningkatkan jumlah pekerja yang ada, lama-kelamaan kebun getah akan
dipenuhi dengan penoreh getah sehingga ada antara mereka yang langsung
tidak dapat menoreh kerana terlalu ramai pekerja.

Begitu juga dengan bidang perkilangan yang menggunakan mesin sebagai input
tetap. Keluaran mungkin meningkat dengan kadar yang meningkat apabila kita
meningkatkan jumlah pekerja. Namun, jika terlalu ramai pekerja yang diambil
dan mesin yang ada telah pun mencapai kapasiti maksimum, keluaran sut akan
mula jatuh.

Ada yang mengatakan jika hukum pulangan sut berkurangan tidak berlaku,
maka satu pokok buah akan dapat menghasilkan makanan untuk kesemua
penduduk dunia kerana pengeluaran boleh ditingkatkan secara berterusan dan
tanpa had dengan hanya menambah jumlah benih yang disemai. Namun, ini
tidak mungkin berlaku disebabkan oleh kewujudan hukum pulangan sut

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  143

berkurangan. Melalui konsep ini juga, ada yang meramalkan akan sampai satu
masa bila sejumlah besar penduduk dunia akan mati kelaparan disebabkan oleh
kekurangan tanah pertanian. Namun, ia masih lagi belum berlaku disebabkan
oleh kemajuan teknologi yang berjaya meningkatkan kapasiti input tetap seperti
tanah. Sebagai contoh, jika dulu kita hanya boleh menanam padi sekali setahun,
kini, ia boleh dilakukan dua kali setahun.

SEMAK KENDIRI 5.2

Jelaskan bagaimana hukum pulangan sut berkurangan berlaku.

5.2.3 Tahap Pengeluaran


Sekarang, kita akan membincangkan pula tentang tahap pengeluaran. Kita boleh
menggunakan hubungan antara keluk APL dengan MPL untuk mendefinisikan
tiga tahap pengeluaran pada jangka masa pendek iaitu Tahap I, Tahap II dan
Tahap III. Ketiga-tiga tahap ini diterangkan dengan jelas dalam Rajah 5.4.

(a) Tahap I
Tahap I bermula dengan penggunaan buruh yang pertama sehinggalah
titik maksimum APL. Pada tahap ini, keluaran purata dan keluaran sut
kedua-duanya adalah positif. Oleh kerana keluaran sut melebihi keluaran
purata, keluaran purata akan meningkat. Dari segi pengeluaran, Tahap I
dianggap sebagai tahap pengeluaran yang tidak rasional kerana AP akan
sentiasa dapat ditingkatkan dengan menambah jumlah buruh. Pulangan
bertambah input tetap juga berlaku pada tahap ini. Oleh itu, pengeluar
yang rasional tidak akan beroperasi pada tahap ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

Rajah 5.4: Tahap pengeluaran

(b) Tahap II
Tahap II adalah kawasan di antara titik maksimum APL dan titik di nilai
MPL adalah sifar. MP dan AP kedua-duanya adalah positif tetapi nilai MP
adalah lebih kecil daripada AP. Oleh itu, AP akan jatuh. Pengeluar yang
rasional akan beroperasi pada tahap ini kerana keluaran sut input tetap dan
input berubah adalah positif.

(c) Tahap III


Tahap III meliputi kawasan MPL yang negatif dan jumlah keluaran
berkurangan. Ini bermakna setiap tambahan input berubah akan
menyebabkan jumlah keluaran berkurangan. Pengeluar yang rasional tidak
akan beroperasi pada tahap ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  145

LATIHAN 5.2

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Apabila firma mula menghadapi keluaran purata buruh
berkurangan, keluaran sut buruh berada pada tahap maksimum.
2. Hukum pulangan sut berkurangan menyatakan bahawa apabila
kesemua input ditambah serentak pada kadar yang sama, kita akan
mengalami satu tahap di mana output akan berkurangan pada
kadar yang meningkat.
3. Hukum pulangan sut berkurangan mengandaikan yang kesemua
input berubah memiliki kualiti yang sama.
4. Apabila keluaran sut meningkat, keluaran purata akan jatuh dan
apabila keluaran sut jatuh, keluaran purata akan naik.

5.3 PENGELUARAN JANGKA MASA PANJANG


Adakah anda masih ingat konsep penting yang kita pelajari tentang pengeluaran
jangka masa pendek? Sekarang, kita akan lihat pula pengeluaran jangka masa
panjang.

Proses pengeluaran jangka masa panjang berlaku apabila kesemua input adalah
input berubah. Apabila semua input adalah input berubah, firma memiliki lebih
banyak pilihan dari segi kombinasi input, skala pengeluaran, teknologi dan juga
lokasi pengeluaran. Keputusan firma tentang perkara-perkara di atas akan
mempengaruhi kos pengeluaran. Oleh itu, firma perlu membuat keputusan yang
optimum dan cekap.

Hubungan antara input dan output dalam jangka masa panjang boleh dilihat
melalui keluk isokuan. Untuk pengeluar yang menggunakan hanya dua input
berubah, keluk isokuan ini boleh dilakarkan dalam dua dimensi. Namun,
sekiranya lebih banyak input yang digunakan, maka agak sukar untuk
melakarkan keluk ini.

Walau bagaimanapun, kesimpulan yang diambil daripada analisis isokuan-


isokos boleh digunakan sebagai satu peraturan umum untuk pengeluaran yang
melibatkan lebih daripada dua input berubah. Peraturan ini adalah berdasarkan
kepada prinsip margin sama yang akan kita bincangkan di dalam subtopik
seterusnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
146  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

5.3.1 Isokuan
Apakah itu isokuan? Konsep isokuan sebenarnya hampir serupa dengan konsep
keluk puas sama yang telah kita bincangkan sebelum ini di Topik 4. Perbezaan
antara kedua-duanya terletak pada unit ukuran yang digunakan. Untuk keluk
puas sama, bentuk keluk ditentukan oleh pilihan dan keutamaan yang
merupakan dua konsep yang abstrak dan subjektif. Sebaliknya untuk isokuan,
bentuknya ditentukan oleh jumlah output yang merupakan konsep yang
nampak dan boleh diukur dengan mudah.

Jika proses pengeluaran hanya menggunakan dua input berubah iaitu modal (K)
dan buruh (L), maka fungsi pengeluaran adalah Q = f (K, L). Oleh itu, keluk
isokuan menggambarkan kompilasi kesemua kombinasi L dan K yang dapat
menghasilkan sejumlah output yang tertentu dan yang memenuhi persamaan
berikut:

Q 0 = f (K , L )

Sebagai contoh, Jadual 5.2 dan Rajah 5.5 menunjukkan kesemua kombinasi
modal dan buruh yang boleh digunakan untuk mengeluarkan 10 unit barang X.

Jadual 5.2: Kombinasi input untuk pengeluaran 10 unit barang X

Kombinasi K L
A 8 1
B 5 2
C 3 3
D 2 5
E 1 8

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  147

Rajah 5.5: Keluk isokuan

Walaupun terdapat lima kombinasi input berbeza, namun, kuantiti output yang
dikeluarkan adalah sama iaitu 10 unit. Perubahan kombinasi input di atas keluk
isokuan tidak akan mengubah kuantiti output yang dikeluarkan. Sebagai contoh,
10 unit output boleh dihasilkan dengan menggunakan 8K dan 1L (kombinasi A)
atau 3K dan 3L (kombinasi C).

Sehubungan dengan itu, kita boleh mendefinisikan keluk isokuan sebagai keluk
yang menghubungkan kesemua kombinasi input yang boleh digunakan untuk
menghasilkan sejumlah output yang tertentu.

Apabila kita kumpulkan keluk isokuan yang merujuk kepada tingkat output
yang berbeza dalam satu diagram seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 5.6, kita
akan memperoleh apa yang dipanggil peta isokuan. Jumlah keluk isokuan dalam
peta isokuan adalah tidak terhad. Rajah 5.6 menggambarkan keluk isokuan
untuk tiga tahap output yang berbeza iaitu 10 unit, 20 unit dan 30 unit.

Rajah 5.6: Peta isokuan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

Salah satu ciri utama keluk isokuan yang normal adalah kecerunannya yang
negatif. Ini berlaku kerana pengeluar akan memilih teknologi yang
menghasilkan keluaran sut yang positif untuk kesemua input. Jika keluk isokuan
bercerun positif, ini bermakna salah satu daripada inputnya mempunyai
keluaran sut yang negatif. Sama seperti keluk puas sama, kedudukan keluk
isokuan yang lebih tinggi menunjukkan jumlah output yang lebih tinggi. Keluk
isokuan berbentuk cembung ke arah titik asal disebabkan oleh kadar
penggantian antara input yang berubah. Konsep ini akan kita bincangkan
dengan lebih lanjut dalam subtopik yang berikutnya.

Kadar penggantian antara input yang berubah adalah satu ciri asas teknologi.
Akan tetapi, terdapat juga beberapa teknologi yang mempunyai kadar
penggantian pemalar seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 5.7 dan teknologi yang
memiliki penggunaan nisbah input yang tetap seperti di Rajah 5.8.

Rajah 5.7: Keluk isokuan dengan kadar penggantian tetap

Rajah 5.8: Keluk isokuan untuk fungsi pengeluaran dengan nisbah input tetap

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  149

AKTIVITI 5.2

Adakah keluk isokuan boleh bersilang? Bincangkan dengan rakan anda.

5.3.2 Kadar Penggantian Teknikal Sut Berkurangan


Kuantiti output adalah pemalar di sepanjang keluk isokuan yang sama. Jika
tenaga buruh ditambah, peningkatan output yang terhasil adalah bersamaan
dengan perubahan buruh (L) didarab dengan keluaran sut buruh (MPL). Oleh
kerana jumlah buruh telah meningkat, untuk memastikan kadar output kekal
pada tahap yang sama, maka modal perlu dikurangkan. Kadar pengurangan
modal yang diperlukan adalah K x MPK. Ini bermakna, untuk jumlah output
kekal sama, maka K x MPK = L x MPL, atau;

K MPL

L MPK

Kadar penggantian teknikal sut (MRTS) adalah kadar di mana satu input
boleh digantikan dengan input yang lain supaya output kekal sama.

Apabila pengeluaran hanya melibatkan dua input iaitu buruh dan modal, maka
MRTSLK adalah kadar penggantian teknikal sut modal kepada buruh (lihat Rajah
5.9). Dengan kata lain, ia adalah kadar di mana modal digantikan dengan buruh
tanpa mengubah jumlah output.

MRTSLK = -K/L

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

Rajah 5.9: Kadar penggantian teknikal sut

Kecerunan isokuan adalah sentiasa negatif. Oleh itu, tanda negatif ini boleh
diabaikan. Kecerunan ini juga dikenali sebagai MRTS atau kadar penggantian
teknikal sut. Terma „teknikal‰ digunakan di sini untuk membezakan MRTS
dengan kadar penggantian sut yang kita pelajari dalam teori pengguna.

MRTS yang berkurangan pula bermakna kadar penggantian antara input akan
berkurangan menurut nisbah input. Untuk keluk isokuan yang cekung dengan
kecerunan yang negatif, apabila nisbah modal-buruh (K/L) adalah tinggi,
sejumlah besar K boleh digantikan dengan satu unit tambahan L. Namun,
apabila K/L berkurangan, kadar penggantian modal kepada satu unit buruh
juga akan jatuh. MRTSLK berkurangan ini ditunjukkan oleh kecerunan keluk
isokuan yang semakin berkurangan. Seperti yang kita dapat lihat dalam Rajah
5.10, kecerunan pada titik B adalah lebih rendah berbanding kecerunan pada titik
A.

Rajah 5.10: Kadar penggantian teknikal sut berkurangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  151

5.3.3 Isokos
Selain isokuan, satu lagi konsep penting dalam teori pengeluaran adalah isokos.
Konsep isokos adalah sama dengan konsep garis belanjawan dalam teori
pengguna. Sekiranya garis belanjawan adalah kekangan belanjawan yang
dihadapi pengguna, isokos pula adalah kos pengeluaran yang perlu dihadapi
oleh firma. Isokos menunjukkan jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan
oleh firma untuk membeli dua input pengeluaran. Rajah 5.11 menunjukkan
keluk isokos dengan modal diletakkan pada paksi menegak (paksi Y) dan buruh
di paksi mendatar (paksi X). Persamaan untuk keluk isokos adalah C = wL + rK,
di mana C adalah jumlah kos, w adalah upah untuk setiap unit buruh dan r
adalah kadar sewa untuk setiap unit modal.

Rajah 5.11: Keluk isokos

Sebarang perubahan pada jumlah kos akan menyebabkan keluk kos bergerak
secara selari dari keluk yang asal seperti yang ditunjukkan di Rajah 5.12. Dalam
Rajah 5.12, jumlah kos meningkat dari C1 ke C2. Perubahan yang serupa juga
akan berlaku sekiranya harga input berubah pada kadar yang sama. Sebagai
contoh, jika kedua-dua w dan r meningkat sebanyak 50%, maka keluk isokos
akan bergerak secara selari ke kiri.

Jika hanya harga salah satu input yang berubah, ini akan menyebabkan
kecerunan keluk isokos berubah. Kecerunan keluk isokos adalah bersamaan
dengan nisbah harga input. Justeru itu, perubahan salah satu harga akan
menyebabkan nisbah ini berubah dan keluk isokos akan berubah pada paksi
input yang mengalami perubahan harga. Rajah 5.13 menunjukkan apa yang akan
berlaku pada keluk isokos jika harga buruh (w) jatuh dari w1 ke w2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

Rajah 5.12: Kesan perubahan jumlah kos terhadap keluk isokos

Rajah 5.13: Kesan perubahan harga buruh terhadap keluk isokos

AKTIVITI 5.3

Cuba gunakan contoh anda sendiri untuk membezakan antara konsep


isokuan dan isokos. Bentangkan jawapan anda semasa kelas tutorial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  153

5.3.4 Kombinasi Kos Input Minimum


Untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan memilih kombinasi input yang
optimum dengan menyamakan MRTS dengan nisbah harga input. Secara
diagram, titik optimum ini dicapai apabila keluk isokos adalah tangen kepada
keluk isokuan. Dengan kata lain, kecerunan keluk isokos adalah bersamaan
dengan kecerunan keluk isokuan atau:

K w MPL
 
L r MPK

Syarat keseimbangan ini ditunjukkan oleh titik E dalam Rajah 5.14.

Persoalannya, kenapakah firma tidak memilih kombinasi A atau B ? Sekiranya


kombinasi A dipilih, ini bermakna firma tersebut masih boleh mengurangkan
kosnya dengan menggantikan beberapa input modal dengan input buruh iaitu
dengan bergerak ke bawah di sepanjang keluk Q1. Oleh itu, kecekapan optimum
masih lagi belum dicapai pada titik A. Peralihan dari keadaan yang tidak cekap
kepada keadaan yang lebih cekap inilah yang akhirnya akan membawa firma ke
titik keseimbangan E di mana kos minimum telah dicapai dan hanya boleh
dikurangkan dengan mengurangkan jumlah output.

Rajah 5.14: Kombinasi kos input minimum

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

5.3.5 Prinsip Persamaan Marginal


Dengan menggunakan konsep keluaran sut, prinsip persamaan marginal boleh
digunakan untuk memilih kombinasi input jangka masa panjang.

Menurut prinsip ini, kombinasi output yang optimum dicapai apabila keluaran
sut per ringgit untuk kesemua output adalah sama atau:

MPA MPB MPN


  ...
PA PB PN

di mana A, B, ⁄.N adalah input, dan PA, PB, ⁄PN adalah harga input.

Jika pengeluaran jangka panjang hanya menggunakan modal (K) dan buruh (L),
maka kombinasi input optimum dicapai apabila

MPK MPL

r w

Jika disebabkan oleh peningkatan kadar upah (w) dan

MPK MPL

r w

maka, firma harus menggantikan sebahagian daripada input buruh yang digunakan
dengan modal kerana pulangan yang akan diperoleh adalah lebih tinggi daripada
kos yang ditanggung. Apabila lebih banyak modal digunakan, pulangan modal
berkurangan akan berlaku sehinggalah kita kembali ke titik keseimbangan.

Masalah utama dalam mengaplikasikan konsep ini adalah kesukaran untuk


meramal perubahan harga input. Oleh itu, walaupun prinsip persamaan
marginal ini telah dicapai dan firma telah pun membina peralatan yang sesuai
(contohnya, dengan mengguna pakai teknologi yang intensif buruh disebabkan
oleh kadar upah yang rendah), sebarang perubahan yang tidak diramal pada
kadar upah akan menyebabkan firma berada di titik ketidakseimbangan jangka
masa pendek seperti di atas untuk beberapa tahun. Dalam keadaan ini,
keputusan asal yang dibuat merupakan satu kesilapan kerana firma gagal untuk
meramal perubahan harga.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  155

5.3.6 Pulangan Mengikut Skala


Perubahan penggunaan input membolehkan firma untuk mengubah skala
pengeluaran.

Perubahan skala bermaksud kesemua input berubah pada kadar yang sama.

Sebagai contoh, sebuah firma boleh meningkatkan kesemua inputnya sebanyak


dua kali ganda. Apabila skala pengeluaran diubah suai, terdapat tiga
kemungkinan yang akan berlaku ke atas tahap pengeluaran iaitu:

(a) Pulangan malar mengikut skala


Ini berlaku apabila kadar perubahan kesemua input adalah sama dengan
kadar perubahan output. Sebagai contoh, apabila kesemua input meningkat
sebanyak 10%, output juga akan meningkat sebanyak 10%.
(b) Pulangan meningkat mengikut skala
Pulangan meningkat mengikut skala berlaku apabila kadar peningkatan
output adalah lebih tinggi dari kadar peningkatan kesemua input.

(c) Pulangan berkurangan mengikut skala


Pulangan berkurangan mengikut skala berlaku apabila kadar peningkatan
output adalah lebih rendah daripada kadar peningkatan kesemua input.
Pulangan berkurangan mengikut skala adalah berbeza daripada pulangan
sut berkurangan. Seperti yang telah kita pelajari, pulangan sut berkurangan
merujuk kepada keadaan yang berlaku dalam jangka masa pendek apabila
hanya input berubah yang meningkat.

LATIHAN 5.3

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Prinsip persamaan marginal dalam teori pengeluaran adalah sama
dengan prinsip persamaan utiliti sut per ringgit dalam teori
pengguna.
2. Pulangan meningkat ikut skala berlaku apabila kadar peningkatan
output lebih rendah daripada kadar peningkatan kesemua input.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

LATIHAN 5.4

Penuhkan tempat kosong dalam jadual berikut untuk keluaran sut dan
keluaran purata serta jawab soalan yang berikutnya.

Buruh Jumlah Keluaran Sut Keluaran


(Unit) Keluaran (TP) (MP) Purata (AP)

0 0
1 80
2 200
3 330
4 400
5 450
6 480
7 490
8 480

(a) Pulangan meningkat mengikut skala berlaku daripada


penggunaan buruh sebanyak ______ unit sehingga ______ unit.
(b) Pulangan berkurangan mengikut skala berlaku apabila sebanyak
________ unit buruh digunakan.
(c) Apabila jumlah keluaran meningkat, keluaran sut akan __________
dan apabila jumlah keluaran berkurangan, keluaran sut akan
__________.

Ć Proses pengeluaran melibatkan industri, firma, loji, teknologi, input dan


output.

Ć Fungsi pengeluaran menggambarkan bentuk teknologi yang digunakan


dalam pengeluaran iaitu proses yang menggabungkan input untuk
menghasilkan output.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN  157

Ć Firma adalah organisasi yang melaksanakan proses pengeluaran. Firma boleh


memiliki beberapa loji sebagai unit pengeluarannya.

Ć Industri terdiri daripada beberapa firma yang bersaing dalam satu pasaran.

Ć Input yang digunakan oleh firma terdiri daripada input berubah dan input
tetap.

Ć Penggunaan input tetap tidak akan berubah apabila output berubah.


Sebaliknya, input berubah akan berubah mengikut perubahan pada jumlah
output yang dikeluarkan.

Ć Tempoh masa adalah penting untuk menentukan pilihan yang dibuat oleh
firma. Dalam jangka masa pendek, firma menghadapi kekangan dari segi
kewujudan sekurang-kurangnya satu input tetap. Manakala dalam jangka
masa panjang, firma mempunyai lebih banyak pilihan kerana kesemua input
adalah input berubah.

Ć Tiga konsep utama dalam pengeluaran jangka pendek adalah jumlah


keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.

Ć Kekangan input tetap menyebabkan pengeluaran jangka pendek


menghadapi hukum pulangan berkurangan.

Ć Menurut hukum pulangan berkurangan, sekiranya input berubah dalam satu


proses pengeluaran yang memiliki sekurang-kurangnya satu input tetap
ditingkatkan, peningkatan output akan mulai berkurangan setelah input
yang digunakan mencapai sesuatu tahap tertentu.

Ć Dalam jangka masa panjang di mana kesemua input adalah input berubah,
teknologi pengeluaran boleh digambarkan melalui keluk isokuan.

Ć Isokuan menggambarkan kombinasi input yang boleh digabungkan untuk


menghasilkan sejumlah output yang tertentu.

Ć Keluk isokos adalah keluk yang menghubungkan kesemua kombinasi input


yang menghasilkan jumlah kos yang sama.

Ć Berdasarkan kepada isokuan dan isokos, kombinasi input optimum akan


dicapai apabila keluaran sut per ringgit untuk kesemua input adalah sama.
Prinsip ini dikenali sebagai prinsip persamaan marginal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 5 TEORI PENGELUARAN

Ć Pulangan kepada skala merupakan konsep jangka masa panjang yang


mengukur sejauh mana kesan peningkatan skala pengeluaran ke atas output.

Ć Pulangan malar ikut skala diperoleh apabila peratus peningkatan output


adalah sama dengan peningkatan kesemua input, manakala pulangan
berkurangan ikut skala merujuk kepada kadar peningkatan output yang
lebih rendah daripada kadar peningkatan kesemua input. Pulangan
meningkat ikut skala pula berlaku apabila kadar peningkatan output adalah
lebih besar daripada kadar peningkatan kesemua input.

Firma Jangka masa pendek


Industri Kadar penggantian teknikal sut
Input berubah Loji
Input tetap Pengeluaran
Isokos Prinsip persamaan marginal
Isokuan Pulangan mengikut skala
Jangka masa panjang Pulangan sut

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Teori Kos
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan beberapa kos ekonomi;
2. Melakarkan keluk kos jangka pendek;
3. Menerangkan keluk kos jangka pendek;
4. Mengaitkan keluk kos jangka pendek dengan kos jangka panjang;
dan
5. Menaksir kenapa keluk kos purata jangka panjang berbentuk U.

 PENGENALAN
Pada Topik 5, kita telah membincangkan pilihan yang dihadapi oleh firma dalam
menyelesaikan persoalan bagaimana output harus dihasilkan. Dalam membuat
keputusan tentang teknik pengeluaran dan kombinasi input yang digunakan,
kita tahu yang firma akan mendapatkan input daripada isi rumah atau firma
yang lain. Input ini perlu dibayar pada harga pasaran yang akan ditentukan oleh
pasaran input. Bayaran ini merupakan kos kepada firma. Kos yang terlibat dalam
proses pengeluaran akan berubah mengikut jumlah output yang dikeluarkan.
Kita semua mempunyai kefahaman kita yang tersendiri tentang apa yang
dimaksudkan dengan kos. Namun, kos yang biasa pada kefahaman kita adalah
kos peribadi dan kos perakaunan. Konsep kos dalam ekonomi adalah lebih luas
kerana ia melibatkan kos yang nyata dan kos yang tidak nyata. Di dalam topik
ini, kita akan membincangkan konsep kos dalam ekonomi. Kita juga akan
membincangkan berkenaan kos pengeluaran jangka pendek dan jangka panjang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 6 TEORI KOS

6.1 KONSEP KOS


Secara amnya, kos merujuk kepada sesuatu yang mesti ditukar atau dikorbankan
untuk memperoleh sesuatu yang lain sebagai balasan. Pengorbanan yang
dilakukan ini mempunyai pelbagai bentuk dan boleh dinilai dalam mata wang
atau tidak. Kos boleh berbentuk wang, barangan, masa dan lain-lain lagi.

Firma perlu mengetahui bentuk keluk kos untuk membuat keputusan. Keluk kos
jangka pendek digunakan untuk membuat keputusan berkenaan output dan
harga manakala keluk kos jangka panjang digunakan untuk tujuan perancangan
pertumbuhan dan dasar pelaburan.

6.1.1 Kos Ekonomi


Ahli ekonomi mempertimbangkan kesemua kos input yang digunakan dalam
proses pengeluaran tanpa mengambil kira siapa yang memiliki input tersebut.
Ini seterusnya akan mempengaruhi bagaimana ahli ekonomi mendefinisikan kos,
keuntungan dan tahap pengeluaran optimum.

Anda telah pun didedahkan tentang konsep kos melepas semasa kita
membincangkan tentang keluk kemungkinan pengeluaran. Konsep kos melepas
merupakan asas kepada konsep kos ekonomi.

Kos ekonomi untuk barangan boleh didefinisikan sebagai nilai alternatif


terbaik yang melepas untuk memiliki barangan yang tertentu.

Oleh itu, untuk menentukan kos ekonomi bagi barangan yang tertentu, ahli
ekonomi perlu mengira pengorbanan yang perlu dibuat oleh masyarakat bagi
mengeluarkan satu unit tambahan barangan tersebut. Rajah 6.1 menunjukkan
komponen kos ekonomi.

Rajah 6.1: Komponen kos ekonomi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  161

AKTIVITI 6.1

Bagaimanakah konsep kos melepas boleh diaplikasikan kepada firma


tertentu? Bincangkan.

6.1.2 Kos Peribadi dan Kos Sosial

Kos peribadi adalah kos langsung yang perlu dibayar oleh individu apabila
beliau mengeluarkan atau menggunakan barangan tertentu.

Kos sosial atau kos luaran adalah beban kos yang ditanggung oleh individu
yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran atau penggunaan
sesuatu barangan.

Mari kita ambil proses pengeluaran minyak masak kelapa sawit sebagai contoh.
Dalam kes ini, kos peribadi adalah kos yang perlu ditanggung oleh pengeluar
untuk memperoleh minyak sawit mentah, tenaga buruh, tenaga elektrik dan lain-
lain input yang diperlukan untuk menghasilkan minyak masak kelapa sawit.

Walau bagaimanapun, kilang ini boleh menghasilkan sisa industri yang boleh
mencemarkan sungai atau sistem perparitan yang terletak berdekatan.

Masalah pencemaran ini boleh menyebabkan sesetengah masyarakat yang


tinggal berhampiran dengan kilang, hilang mata pencarian ataupun kawasan
rekreasi mereka. Sementara itu, kerajaan pula terpaksa menggunakan hasil cukai
yang dikutip untuk membersihkan pencemaran yang berlaku. Kesemua kos ini
dianggap sebagai kos luaran atau kos pihak ketiga. Dalam kes ini, kos sosial
adalah lebih besar daripada kos peribadi.

Kos luaran berlaku disebabkan oleh kesan luaran. Oleh kerana kesan luaran boleh
berbentuk positif atau negatif, kos luaran boleh mengurangkan atau meningkatkan
kos sosial. Pencemaran seperti yang dibincangkan di atas adalah contoh kesan
luaran yang negatif yang menyebabkan kos sosial meningkat. Kesan luaran positif
pula akan mendatangkan manfaat kepada pihak ketiga yang tidak terlibat secara
langsung daripada pengeluaran atau penggunaan sesuatu barangan. Sebagai
contoh, apabila jiran kita memasang lampu di halamannya, secara tidak langsung
kita juga akan mendapat manfaat daripada lampu tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 6 TEORI KOS

6.1.3 Kos Eksplisit dan Kos Implisit


Kos peribadi boleh dikategorikan kepada dua jenis kos iaitu kos eksplisit (jelas)
dan kos implisit (tidak jelas).

Kos eksplisit adalah nilai pasaran kesemua input yang dibeli oleh pengeluar.

Kos implisit adalah nilai pasaran input yang dimiliki oleh pengeluar.

Input milik peribadi pengeluar adalah seperti nilai bangunan sendiri yang
digunakan dan kepakaran yang dimiliki oleh pengeluar. Sumber milik peribadi
dinilai berdasarkan kepada kos melepas iaitu nilai alternatif terbaik yang
terpaksa dilepaskan. Kos implisit adalah apa yang membezakan kos ekonomi
dan kos perakaunan atau konsep yang berkaitan iaitu keuntungan ekonomi dan
keuntungan perakaunan.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kedua-dua konsep ini, mari
kita lihat contoh berikut:

Andaikan anda merupakan seorang lulusan OUM dan telah mendapat tawaran
pekerjaan dengan gaji sebanyak RM40,000 setahun. Walau bagaimanapun, anda
telah bertekad untuk memulakan perniagaan anda sendiri dengan menggunakan
wang berjumlah RM50,000 yang telah anda warisi daripada datuk anda. Pada
penghujung tahun pertama perniagaan anda, akauntan anda menunjukkan
senarai perbelanjaan anda iaitu kos buruh (RM50,000), sewaan (RM18,000) dan
lain-lain kos (RM17,000) yang menjadikan jumlah RM85,000. Namun, sebagai
seorang yang mengetahui asas dalam prinsip mikroekonomi, anda tahu bahawa
kos peribadi anda adalah lebih tinggi.

Menurut pengiraan anda, kos implisit yang perlu anda tanggung adalah
termasuk nilai tawaran kerja yang ditawarkan iaitu RM40,000 setahun dan nilai
faedah daripada simpanan wang yang diwarisi pada kadar 10% atau RM5,000
setahun. Justeru, anda perlu menambah RM45,000 ke dalam jumlah RM85,000 ini
yang menjadikan keseluruhan kos peribadi anda sebanyak RM130,000.

Konsep ekonomi inilah yang akan kita gunakan dalam perbincangan kita tentang
kos pengeluaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  163

LATIHAN 6.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Kos ekonomi bagi firma adalah bayaran yang perlu dibuat
kepada pemilik input untuk mengalihkan input daripada
penggunaan yang lain.
2. Bagi pemilik firma, kos untuk menggunakan input milik peribadi
adalah kos implisit, manakala kos untuk membeli input di
pasaran adalah kos eksplisit.

AKTIVITI 6.2

Berikan tiga contoh kos implisit. Bincangkan isu ini dengan rakan anda
untuk meluaskan lagi perspektif anda.

6.2 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK


Merujuk kepada perbincangan kita mengenai pengeluaran jangka pendek dalam
Topik 5, pengeluaran jangka pendek melibatkan penggunaan input tetap dan
input berubah. Kos yang berkaitan dengan input tetap dirujuk sebagai kos tetap
dan kos yang berkaitan dengan input berubah adalah kos berubah. Sekarang,
mari kita lihat definisi kos tetap dan kos berubah.

Kos tetap adalah kos yang tidak berubah dengan perubahan output.

Kos berubah adalah kos yang berubah mengikut perubahan output.

Apabila kita hanya memiliki dua jenis input dalam jangka pendek iaitu modal
sebagai input tetap dan buruh sebagai input berubah, maka sewaan untuk modal
adalah kos tetap dan bayaran upah buruh adalah kos berubah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 6 TEORI KOS

6.2.1 Jumlah Kos


Jumlah kos sesebuah firma adalah kos ekonomi firma tersebut. Jumlah kos (TC)
terdiri daripada jumlah kos tetap (TFC) dan jumlah kos berubah (TVC) atau:

Jumlah Kos = Jumlah Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah


TC = TFC + TVC

Jika r adalah sewaan untuk satu unit modal (K) dan modal merupakan input
tetap, maka kos tetap adalah r x K. Manakala jika w adalah kadar upah untuk
satu unit buruh (L), dan buruh adalah input berubah, maka kos berubah adalah
w x L. Oleh kerana kos berubah akan berubah mengikut perubahan output, kita
boleh nyatakan bahawa kos berubah sebagai fungsi kepada output. Contohnya,
TVC = 2Q. Oleh itu, anda akan mendapat fungsi jumlah kos seperti TC = 1000 +
2Q di mana 1000 adalah TFC dan 2Q adalah TVC. Secara tidak langsung, dari
sini kita akan memperoleh:

Jumlah Kos Tetap = Jumlah Kos ă Jumlah Kos Berubah


TFC = TC ă TVC

dan

Jumlah Kos Berubah = Jumlah Kos ă Jumlah Kos Tetap


TVC = TC ă TFC

Jadual 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan tiga jenis jumlah kos. Jumlah kos tetap
dan jumlah kos berubah dikira berdasarkan kepada andaian r = RM25 per unit
modal dan w = RM10 per unit buruh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  165

Jadual 6.1: Jumlah Kos

Input Input
Output TFC TVC TC AFC AVC AC MC
Tetap (K) Berubah (L)
2 0 0 50 - 50 - - - -
2 1 5 50 10 60 10 2 12 2
2 2 15 50 20 70 3.33 1.33 4.67 1.00
2 3 30 50 30 80 1.67 1.00 2.67 0.67
2 4 50 50 40 90 1.00 0.80 1.80 0.50
2 5 75 50 50 100 0.67 0.67 1.33 0.40
2 6 95 50 60 110 0.53 0.63 1.16 0.50
2 7 110 50 70 120 0.45 0.64 1.09 0.67
2 8 120 50 80 130 0.42 0.67 1.08 1.00
2 9 125 50 90 140 0.40 0.72 1.12 2.00

Rajah 6.2: Keluk jumlah kos, jumlah kos tetap dan jumlah kos berubah

Sepertimana yang dapat anda lihat, keluk kos tetap adalah mendatar kerana kos
tetap tidak berubah mengikut perubahan output. Manakala keluk jumlah kos
berubah pula dilihat meningkat pada kadar yang menaik (keluk menjadi
semakin curam) disebabkan oleh hukum pulangan berkurangan pada jangka
pendek. Keluk jumlah kos pula diperoleh melalui hasil tambah jumlah kos
berubah dan jumlah kos tetap. Oleh itu, jarak antara keluk jumlah kos dan keluk
kos berubah (iaitu a) mewakili jumlah kos tetap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 6 TEORI KOS

6.2.2 Kos Purata


Kos Tetap Purata (AFC) adalah jumlah kos tetap dibahagikan dengan jumlah
output atau:

Jumlah Kos Tetap TFC


Kos Tetap Purata = atau AFC =
Jumlah Output Q

Jika TFC = 1000, maka AFC = 1000/Q

Kos Berubah Purata (AVC) adalah jumlah kos berubah dibahagikan dengan
jumlah output atau:

Jumlah Kos Berubah TVC


Kos Berubah Purata = atau AVC =
Jumlah Output Q

Jika TVC = 10Q, maka AVC = 10Q/Q = 10

Jumlah Kos Purata (AC) adalah jumlah kos dibahagikan dengan jumlah output:

Jumlah Kos
Jumlah Kos Purata = atau AC = AFC + AVC
Jumlah Output

Kos purata juga boleh diperoleh dengan mencampurkan kos tetap purata dan
kos berubah purata.

Berdasarkan contoh di atas, maka AC = (1000/Q) + 10.

6.2.3 Kos Sut


Kos sut adalah perubahan jumlah kos yang disebabkan oleh perubahan output
sebanyak satu unit atau:

Perubahan Jumlah Kos TC


Kos sut = atau MC =
Perubahan Jumlah Output Q

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  167

Jumlah kos terdiri daripada jumlah kos tetap dan jumlah kos berubah. Namun,
oleh kerana hanya jumlah kos berubah sahaja yang berubah apabila output
berubah, maka kos sut boleh juga diperoleh dengan persamaan berikut:

Perubahan Jumlah Kos Berubah TVC


Kos Sut = atau MC =
Perubahan Jumlah Output Q

Sekarang, sila rujuk kepada Jadual 6.1 untuk pengiraan AFC, AVC, AC dan MC;
dan Rajah 6.3 untuk lakaran keluk AC, AFC, AVC dan MC.

Rajah 6.3: Keluk kos purata dan kos sut

Perhatikan bahawa kos tetap purata akan sentiasa berkurangan tetapi ia tidak
akan mencecah sifar kerana nilainya diperoleh dengan membahagikan kos tetap
dengan jumlah output yang sentiasa meningkat. Kos berubah purata pula akan
berkurangan sedikit pada tahap output yang rendah. Kemudian, apabila output
mula meningkat, ia juga akan meningkat disebabkan oleh hukum pulangan
berkurangan. Jumlah kos purata adalah campuran kos tetap purata dan kos
berubah purata. Disebabkan oleh penurunan kos tetap secara berterusan, jarak
antara AC dan AVC menjadi semakin dekat apabila output meningkat.

AC jatuh lebih lama daripada AVC kerana pada asalnya kesan kejatuhan AFC
adalah lebih besar daripada kadar kejatuhan AVC. Setelah satu tahap,
peningkatan AVC akan memberi kesan yang lebih besar berbanding dengan
penurunan AFC. AVC dan AC biasanya berbentuk U kerana kos purata
selalunya akan jatuh pada awalnya tetapi akan mula meningkat selepas satu
tahap disebabkan oleh hukum pulangan berkurangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 6 TEORI KOS

Kos sut (MC) akan jatuh bersama-sama dengan AVC pada peringkat awal
pengeluaran tetapi selepas satu tahap, MC akan naik disebabkan oleh hukum
pulangan berkurangan. MC dan AVC adalah sama pada peringkat output yang
pertama. MC akan bersilang dengan AC dan AVC pada titik minimum AC
kerana jika marginal atau tambahan adalah lebih rendah daripada purata, purata
akan jatuh; tetapi jika tambahan/marginal lebih tinggi daripada purata, purata
akan naik. Hubungan antara MC dan AC adalah sama dengan hubungan antara
marginal dan purata iaitu kos purata akan naik jika kos sut adalah lebih tinggi
dan sebaliknya jika kos sut adalah lebih rendah daripada kos purata.

Hubungan antara Pengeluaran dan Kos Jangka Pendek


Apakah hubungan antara pengeluaran dan kos jangka pendek? Pengeluaran
melibatkan pembelian input. Oleh itu, kos dan pengeluaran memiliki hubungan
yang tidak boleh dipisahkan. Firma perlu tahu hubungan antara kedua-dua
konsep jangka pendek ini terutamanya untuk tujuan menentukan tahap output
pada jangka pendek. Oleh itu, di sini kita akan cuba untuk melihat hubungan
antara kos purata jangka pendek dan kos sut dengan keluaran purata dan
keluaran sut jangka pendek.

Hubungan antara kos jangka pendek dan pengeluaran jangka pendek boleh
dihuraikan seperti berikut:

Andaikan anda baru sahaja membuka sebuah kedai jahit pakaian wanita. Pekerja
adalah input berubah dan kedai itu sendiri adalah input tetap. Di sini, kita hanya
lihat pada produktiviti input berubah. Apabila anda menggaji seorang pekerja
dengan kadar upah RM10 sejam (w = RM10) dan pekerja tersebut dapat menjahit
2 helai baju sejam, jumlah kos berubah untuk 2 helai baju tersebut adalah RM10
(TVC = RM10) dan:

TVC RM10
Kos berubah purata, AVC    RM5
Q 2

TP 2
Keluaran purata pekerja, AP   2
L 1

Dari sini, kita dapat lihat hubungan antara AVC dan AP iaitu:

w RM10
AVC    RM5
AP 2

w
AVC  boleh juga dinyatakan sebagai AP = w/AVC.
AP

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  169

Disebabkan oleh pesanan yang semakin meningkat, anda akan menggaji seorang
lagi pekerja dengan kadar upah yang sama iaitu RM10 (w = RM10) sejam.
Kedua-dua pekerja ini boleh menyiapkan 6 helai baju sejam. Oleh itu, keluaran
sut adalah:

TP 4
MP   4
L 1

Manakala kos sut pula adalah:

TC RM10
MC    RM2.50
Q 4

Jumlah RM2.50 ini juga boleh diperoleh melalui formula w/MP. Justeru itu, kita
memperoleh hubungan antara MC dan MP iaitu MC = w/MP atau MP = w/MC.
AP dan AVC untuk kedua-dua pekerja adalah AP = 6/2 = 3, dan AVC = w/AP =
RM10/3 = RM3.33. Kita dapati yang AVC jatuh daripada RM5 kepada RM3.33,
dan AP meningkat daripada 2 kepada 3.

Berdasarkan hubungan tersebut (AVC = w/AP), kita boleh simpulkan apabila


AP berada pada titik maksimum, AVC berada pada titik minimum dan
sebaliknya. Oleh kerana MC = w/MP, maka MP adalah maksimum apabila MC
adalah minimum dan sebaliknya.

Hubungan antara kedua-dua keluk kos dan kedua-dua keluk pengeluaran boleh
dilihat dengan jelas dalam Rajah 6.4. Kita dapati bahawa keluk kos purata dan
keluk kos sut merupakan cerminan pada keluaran purata dan keluaran sut.

Rajah 6.4: Hubungan antara kos dan pengeluaran jangka pendek


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
170  TOPIK 6 TEORI KOS

AKTIVITI 6.3

Cuba berikan contoh lain yang boleh anda fikirkan untuk menunjukkan
hubungan antara kos dan pengeluaran bagi jangka pendek.

LATIHAN 6.2

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Kos tetap purata (AFC) yang digambarkan dengan garis
mendatar adalah faktor utama dalam menentukan keputusan
jangka pendek.
2. Keluk kos berubah purata (AVC) dan keluk jumlah kos purata
(AC) bersilang dengan keluk kos sut pada titik minimum mereka.
3. Kos sut (MC) adalah perubahan jumlah kos yang disebabkan oleh
peningkatan satu unit buruh.
4. Hasil tambah mendatar antara AFC dan AVC menghasilkan AC.

6.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG


Pada topik yang sebelumnya, kita telah lihat konsep kos jangka pendek dan
kepentingannya dalam pembuatan keputusan firma untuk jangka pendek.
Walaupun perbincangan tersebut hanya melibatkan input berubah, kesimpulan
yang diperoleh boleh diaplikasikan dalam pengeluaran yang menggunakan lebih
daripada satu input berubah dan sekurang-kurangnya satu input tetap.

Firma akan sentiasa berada pada keadaan jangka pendek selagi proses
pengeluarannya membabitkan kos tetap. Apabila firma mengubah saiz
operasinya dengan mengubah input tetap kepada input berubah, maka firma
tersebut akan berada pada keadaan jangka panjang dan akan menghadapi kos
jangka panjang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  171

Kos jangka panjang dan kos jangka pendek adalah berbeza disebabkan oleh
beberapa faktor:
(a) Tiada kos tetap pada jangka panjang. Maka, TC = VC;
(b) Hukum pulangan sut berkurangan tidak berlaku pada jangka panjang
kerana firma boleh mengubah kesemua input. Oleh itu, hukum pulangan
sut berkurangan tidak mempengaruhi keluk kos jangka panjang;
(c) Saiz loji dan tahap pengeluaran berubah secara berterusan di sepanjang
keluk kos jangka panjang kerana semua input adalah input berubah. Oleh
itu, keluk kos jangka panjang menunjukkan kos pengeluaran minimum
untuk setiap tahap output apabila kesemua input adalah input berubah;
(d) Pengeluar tidak boleh membina loji yang seiring dengan keluk kos jangka
panjang purata (LAC). Ini adalah kerana setiap loji yang dibina memiliki
keluk kos jangka pendeknya sendiri; dan
(e) Jangka panjang adalah tempoh perancangan untuk firma. Jika permintaan
didapati meningkat, pengeluar akan merancang untuk meningkatkan
pengeluaran dengan membina atau mempertingkatkan peralatan
pengeluarannya. Jika permintaan didapati tidak mencukupi, firma boleh
keluar dari industri.

6.3.1 Kos Purata dan Kos Sut Jangka Panjang

Kos purata jangka panjang juga dikenali sebagai keluk perancangan kerana
ia menggambarkan arah tuju pertumbuhan yang boleh diikuti oleh firma
dalam jangka panjang.

Keluk kos purata dan kos sut jangka panjang berbentuk U disebabkan oleh kesan
pulangan ikut skala yang berbeza-beza pada tahap output yang berbeza.

Rajah 6.5 menunjukkan jumlah kos jangka panjang (LTC) dan kos purata jangka
panjang (LAC) yang memiliki tiga keadaan ekonomi ikut skala yang berbeza
pada tahap pengeluaran yang berbeza. Keluk tersebut menunjukkan yang
terdapat pulangan meningkat mengikut skala pada tahap awal pengeluaran
sehinggalah Q1. Manakala, daripada Q1 kepada Q2, terdapat pulangan malar
mengikut skala. Setelah tahap Q2 dicapai, firma mengalami pulangan
berkurangan mengikut skala.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 6 TEORI KOS

Rajah 6.5: Keluk kos purata jangka panjang dan keluk kos sut jangka panjang

Keluk LAC dibentuk berdasarkan kepada beberapa andaian:


(a) Harga input ditentukan oleh pasaran. Oleh itu, perubahan harga input
akan menyebabkan kos berubah dan keluk LAC akan beralih ke atas atau
ke bawah;
(b) Teknologi dan kualiti input adalah malar dan hanya boleh berubah pada
jangka masa yang panjang; dan
(c) Firma memilih kombinasi input pada kos yang paling murah untuk setiap
tahap output. Oleh itu, selain LAC, syarat mengoptimumkan MPA/PA =
MPB/PB = ⁄. = MPN/PN juga akan dipenuhi. Jika firma tidak memilih
kombinasi yang optimum, pengeluaran akan berada pada satu titik di atas
LAC dan bukannya di sepanjang LAC.

6.3.2 Ekonomi Bidangan


Sebelum ini, anda telah melihat konsep ekonomi bidangan, disekonomi
bidangan dan juga ekonomi malar mengikut skala. Sekarang, kita akan lihat
dengan lebih mendalam tentang konsep ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  173

(a) Ekonomi Bidangan


Kita telah lihat bahawa kos purata jangka panjang (LAC) sama seperti
keluk kos purata jangka pendek (SAC) adalah berbentuk U tetapi keluk
cerunnya lebih landai. Sesetengah penulis merujuknya sebagai berbentuk
piring. Bentuk U pada LAC disebabkan oleh skala ekonomi atau ekonomi
bidangan. Jika anda masih ingat, keluk kos purata jangka pendek
berbentuk U adalah disebabkan oleh pulangan berkurangan.

Ekonomi bidangan boleh disebabkan oleh pulangan meningkat mengikut


skala dan juga lain-lain faktor. Firma yang mengalami ekonomi bidangan
akan sentiasa memiliki keluk LAC yang menurun.

Rajah 6.6 menggambarkan keluk kos purata jangka panjang dan keluk kos
purata yang mengalami ekonomi bidangan.

Rajah 6.6: Keluk jumlah kos jangka panjang dan keluk kos purata untuk ekonomi
bidangan

Ekonomi bidangan atau ekonomi pengeluaran pada skala yang besar


adalah sebab utama kenapa LAC menurun. Penurunan LAC yang berlaku
apabila saiz loji meningkat adalah disebabkan oleh banyak faktor. Kita
akan lihat beberapa faktor ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 6 TEORI KOS

Rajah 6.7: Faktor yang mempengaruhi penurunan LAC

Mari kita lihat faktor yang ditunjukkan pada Rajah 6.7 di atas:

(i) Pengkhususan Buruh


Pengkhususan buruh boleh ditingkatkan apabila saiz loji meningkat.
Apabila lebih banyak pekerja diambil bekerja, ia akan memudahkan
mereka untuk melakukan pekerjaan yang lebih khusus.

(ii) Kecekapan Pengurusan


Kecekapan pengurusan boleh dicapai apabila saiz loji meningkat dan
pengurus dapat meningkatkan kecekapan dengan mengurus lebih
ramai pekerja dan lebih banyak peralatan.

(iii) Kecekapan Penggunaan Peralatan


Kadangkala, kapasiti peralatan tidak digunakan sepenuhnya jika loji
adalah terlalu kecil. Apabila saiz loji meningkat, penggunaan kapasiti
juga akan meningkat.

(iv) Penurunan Kos Input


Apabila peralatan dibeli dalam kuantiti yang besar, firma akan
memperoleh kadar diskaun yang lebih tinggi. Firma yang besar juga
boleh membeli bahan mentah pada harga yang lebih rendah
berbanding firma yang kecil. Oleh itu, kos pengeluaran akan dapat
dikurangkan.

(b) Disekonomi Bidangan


Disekonomi bidangan berlaku apabila firma beroperasi pada titik
minimum LAC di mana LAC meningkat. Disekonomi bidangan boleh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  175

disebabkan oleh pulangan berkurangan mengikut skala atau lain-lain


faktor termasuk:
(i) Ketidakcekapan pengurusan yang mungkin berlaku kerana apabila
saiz meningkat ia akan meningkatkan birokrasi atau beban yang
berlebihan ke atas pihak pengurusan. Oleh itu, kos juga akan
meningkat; dan
(ii) Peningkatan kos input. Ini berlaku apabila banyak firma yang
meningkatkan kapasiti mereka secara serentak yang akan
menyebabkan harga input meningkat disebabkan oleh persaingan
yang semakin meningkat antara firma.

Rajah 6.8 menggambarkan keluk kos jangka panjang untuk disekonomi


bidangan.

Rajah 6.8: Disekonomi bidangan

(c) Ekonomi Malar Mengikut Skala


Selain ekonomi bidangan dan disekonomi bidangan, pengeluaran jangka
panjang juga mungkin akan mengalami ekonomi malar mengikut skala. Ini
berlaku disebabkan oleh pulangan malar mengikut skala iaitu apabila
output meningkat pada kadar yang sama dengan kadar peningkatan input.
LAC dalam keadaan ini adalah mendatar sepertimana yang ditunjukkan
pada Rajah 6.9.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 6 TEORI KOS

Rajah 6.9: Ekonomi malar mengikut skala

SEMAK KENDIRI 6.2

Dapatkah anda mengenal pasti kedudukan Rajah 6.6, Rajah 6.8 dan
Rajah 6.9 dalam Rajah 6.5? Jika boleh, cuba terangkan dengan
menggunakan ayat anda sendiri tentang setiap keadaan yang
membuatkan keluk LAC berbentuk U seperti di Rajah 6.5.

6.3.3 Hubungan antara Kos Jangka Pendek dan Kos


Jangka Panjang
Semasa membuat keputusan berkaitan pelaburan, para usahawan berada dalam
keadaan jangka panjang kerana mereka boleh memilih antara pelbagai pilihan
yang ada mengikut tahap teknologi. Apabila keputusan telah dibuat dan dana
yang ada telah terikat dengan jumlah modal yang tetap (seperti kilang atau
peralatan), mereka akan mula beroperasi pada jangka pendek. Oleh itu, kos
jangka pendek dan kos jangka panjang adalah saling berkaitan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  177

Terdapat dua hubungan asas yang mengaitkan keluk kos jangka panjang dan
keluk kos jangka pendek:

(a) Kos jangka panjang adalah lebih kecil atau bersamaan dengan kos jangka
pendek untuk setiap tahap pengeluaran [(LTC (Q)  STC (Q) untuk setiap
tahap Q)]; dan

(b) Kos jangka panjang dan kos jangka pendek perlu sama sekurang-
kurangnya pada satu tahap output.

(i) Hubungan antara Jumlah Kos Jangka Panjang dan Jumlah Kos Jangka
Pendek
Keluk jumlah kos jangka panjang firma pada satu tahap output
tertentu adalah jumlah kos yang berkaitan dengan kombinasi kos
minimum input yang boleh digunakan untuk mengeluarkan tahap
output tersebut. Oleh itu, keluk kos jangka panjang akan melingkungi
kesemua keluk jangka pendek iaitu setiap titik di atas keluk kos
jangka panjang adalah tangen kepada titik di atas keluk kos jangka
pendek.

Contohnya, berdasarkan Rajah 6.10, dengan saiz loji STC1, firma


mencapai kos minimum apabila Q1 dikeluarkan. Oleh itu, STC1 dan
LTC adalah sama pada tahap output tersebut. Sementara itu, apabila
saiz loji meningkat kepada STC2, kos optimum dicapai pada titik Q2.
STC2 dan LTC adalah sama pada tahap output tersebut. Perkara yang
sama berlaku pada setiap saiz loji. Apabila kita menghubungkan
kesemua saiz loji yang mungkin, kita akan memperoleh keluk LTC
seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 6.10.

Rajah 6.10: Keluk kos jangka pendek dan keluk kos jangka panjang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 6 TEORI KOS

Untuk firma yang mengalami ekonomi malar mengikut skala dengan


LAC yang mendatar, keluk jumlah kos jangka pendek dan keluk
jumlah kos jangka panjang adalah seperti yang ditunjukkan oleh
Rajah 6.11. Perhatikan yang output jangka pendek optimum adalah
sentiasa sama dengan output optimum jangka panjang.

Rajah 6.11: Keluk jumlah kos jangka pendek dan keluk jumlah kos jangka panjang untuk
ekonomi malar mengikut skala

(ii) Kos Purata Jangka Panjang dan Kos Purata Jangka Pendek
Daripada hubungan antara STC dan LTC seperti yang kita lihat di
atas, kita boleh dapatkan hubungan antara kos purata dan kos sut
jangka panjang dan jangka pendek. Ini ditunjukkan pada Rajah 6.12.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  179

Rajah 6.12: Kos jangka pendek dan kos jangka panjang

Sementara itu, untuk firma yang mengalami ekonomi malar mengikut


skala, keluk kos purata adalah mendatar kerana titik optimum kos
purata jangka pendek adalah sentiasa sama dengan kos optimum
jangka panjang. Dalam kes ini, setiap tahap output dan setiap saiz loji
dianggap sebagai saiz optimum. Keluk LAC untuk ekonomi malar
mengikut skala adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.13.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 6 TEORI KOS

Rajah 6.13: Keluk kos jangka panjang untuk ekonomi malar mengikut skala

Berdasarkan apa yang telah kita lihat, keluk kos purata jangka
panjang (LAC) melingkungi kesemua keluk kos purata jangka pendek
(SAC). Setiap titik di atas LAC akan menyentuh satu titik pada satu
SAC yang merujuk kepada satu saiz loji. Rajah 6.14 menggambarkan
pelbagai SAC pada pelbagai saiz loji untuk firma yang memiliki keluk
kos berbentuk U. Perhatikan bahawa apabila SAC menurun iaitu di
sebelah bahagian kiri titik A, LAC menyentuh bahagian kiri SAC di
mana keluk kos jangka pendek menurun. Sebaliknya akan berlaku
pada bahagian sebelah kanan titik A. LAC hanya menyentuh titik
minimum SAC pada titik minimum LAC.

Rajah 6.14: Keluk kos purata jangka pendek dan keluk kos purata jangka panjang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  181

Melalui keluk SAC, kita dapat lihat bahawa saiz akan menentukan
kos pengeluaran yang terendah untuk satu tahap pengeluaran. Jika
firma ingin mengeluarkan sebanyak Q1 unit, maka firma akan
menggunakan saiz loji yang pertama. Jika firma ingin mengeluarkan
Q2 unit, saiz optimum adalah loji yang kedua kerana kos purata pada
titik ini adalah lebih rendah berbanding dengan kos untuk saiz yang
pertama. Jika saiz pertama digunakan untuk mengeluarkan Q2, kos
puratanya adalah Q2B. Manakala jika saiz kedua digunakan, kos
puratanya adalah Q2A. Namun, jika pada jangka pendek, firma tidak
boleh mengubah saiznya dari loji 1 ke loji 2, firma tersebut perlu
menanggung kos purata sebanyak Q2A. Walau bagaimanapun, saiz
optimum adalah saiz yang kedua kerana titik minimum SAC
menyentuh titik minimum LAC.

(iii) Kos Sut Jangka Panjang dan Kos Sut Jangka Pendek
Kos purata jangka panjang melingkungi keluk kos purata jangka
pendek tetapi keluk sut jangka panjang tidak melingkungi keluk sut
jangka pendek (SMC). Walau bagaimanapun, LMC adalah sama
dengan SMC apabila LAC adalah sama dengan SAC. Ini berlaku
kerana apabila SAC = LAC, ini bermakna, jumlah kos jangka pendek
adalah sama dengan jumlah kos jangka panjang (STC = LTC). Kita
tahu yang SMC adalah kecerunan STC dan LMC adalah kecerunan
LTC. Oleh itu, apabila STC = LTC, maka SMC=LMC. Perhatikan apa
yang berlaku pada titik A dan AÊ serta titik M dan MÊ di Rajah 6.14.

Namun, SMC = LMC = SAC = LAC berlaku pada hanya satu titik
iaitu titik minimum LAC. Kos sut bersilang dengan kos purata pada
titik minimum kos purata. Oleh itu, LAC akan mencapai titik
minimum. Justeru, LMC = LAC dan apabila SAC adalah minimum,
SMC = SAC. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa titik optimum
pada jangka panjang akan dicapai apabila LAC = SAC = LMC = SMC.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 6 TEORI KOS

LATIHAN 6.3

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Apabila firma mengalami ekonomi bidangan apabila kapasiti
meningkat, kos purata jangka panjang akan menurun.
2. Apabila keluaran marginal input berubah meningkat, kos
pengeluaran sut akan jatuh dan apabila keluaran sut input
berubah jatuh, kos pengeluaran sut akan naik.
3. Apabila firma mengalami pulangan malar mengikut skala pada
jangka panjang, jumlah kos tidak akan berubah apabila firma
meningkatkan atau mengurangkan jumlah keluarannya.
4. Kos purata jangka panjang adalah keluk lingkungan saiz loji
dengan kos purata minimum untuk setiap tahap pengeluaran.
5. Apabila firma meningkatkan jumlah output pada jangka pendek,
kos tetap purata akan jatuh pada awalnya tetapi ia akan mula
meningkat apabila output meningkat.

LATIHAN 6.4

Andaikan firma boleh membina tiga saiz loji yang berbeza dan kos
purata untuk setiap loji ditunjukkan oleh jadual berikut:

Output AC 1 (Loji 1) AC 2 (Loji 2) AC 3 (Loji 3)


10 7 17 53
20 5 13 44
30 5 9 35
40 4 6 27
50 5 4 20
60 7 3 14
70 10 4 11
80 14 5 8
90 19 7 6
100 25 10 5
110 32 16 7
120 40 25 10

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  183

Berdasarkan kepada jadual di atas dan dengan andaian firma tersebut


hanya boleh beroperasi dengan tiga saiz loji di atas, penuhkan jadual
berikut untuk jumlah kos, kos purata dan kos sut jangka panjang:

Kos Purata Jumlah Kos Jangka Kos Sut Jangka


Output
Jangka Panjang Panjang Panjang
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
110
120

(a) Firma ini akan beroperasi pada saiz loji 1 jika ia ingin
meningkatkan tahap output dari _________ unit kepada
___________ unit.
(b) Firma ini akan beroperasi pada saiz loji 3 jika tahap output yang
akan dikeluarkan adalah dari ________ unit kepada
___________unit.
(c) Saiz loji optimum pada jangka panjang adalah loji ___________ .

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 6 TEORI KOS

Ć Kos ekonomi terdiri daripada kos peribadi dan kos sosial.

Ć Kos peribadi ditanggung oleh pengeluar, manakala kos sosial ditanggung


oleh masyarakat.

Ć Kos peribadi terdiri daripada kos eksplisit dan kos implisit.

Ć Kos eksplisit adalah kos yang nyata seperti bayaran untuk membeli faktor
pengeluaran di pasaran. Sementara itu, kos implisit adalah kos input yang
dimiliki sendiri oleh pengeluar.

Ć Kos pengeluaran jangka pendek terdiri daripada jumlah kos berubah dan
jumlah kos tetap. Apabila jumlah kos, jumlah kos tetap dan jumlah kos
berubah dibahagi dengan jumlah output, kita akan memperoleh kos purata,
kos tetap purata dan kos berubah purata.

Ć Kos sut adalah tambahan kos yang disebabkan oleh tambahan satu unit
output.

Ć Keluk kos purata jangka pendek dan kos sut jangka pendek adalah imej
cermin bagi keluk keluaran purata jangka pendek dan keluk keluaran sut
jangka pendek.

Ć Firma yang beroperasi pada jangka panjang boleh memilih kapasiti optimum
daripada pelbagai saiz loji.

Ć Oleh itu, keluk kos purata jangka panjang adalah sampul bagi keluk kos
purata jangka pendek.

Ć Firma yang beroperasi pada jangka panjang mungkin akan mengalami


ekonomi bidangan, disekonomi bidangan atau ekonomi malar mengikut
skala.

Ć Sala satu faktor yang mempengaruhi ekonomi bidangan adalah pulangan


mengikut skala.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TEORI KOS  185

Disekonomi bidangan Kos jangka panjang


Ekonomi bidangan Kos jangka pendek
Ekonomi malar mengikut skala Kos pengeluaran
Jumlah kos purata (AC) Kos peribadi
Kos berubah purata (AVC) Kos sosial/luaran
Kos ekonomi Kos tetap purata (AFC)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pasaran
7 Persaingan
Sempurna
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan ciri-ciri pasaran persaingan sempurna;
2. Menjelaskan bagaimana firma menentukan output optimum;
3. Menganalisis keadaan keuntungan dan kerugian yang dialami
firma;
4. Mengkaji semula situasi di mana firma terpaksa menghentikan
operasi;
5. Menilai bagaimana keluk penawaran jangka pendek firma dan
industri diperoleh; dan
6. Menerangkan bagaimana firma dan industri mencapai
keseimbangan jangka panjang.

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari sebelum ini yang penentuan harga dan output tidak
hanya bergantung kepada permintaan pengguna dan kos yang dihadapi oleh
firma. Keputusan berkaitan harga dan output yang dibuat oleh firma juga
bergantung kepada struktur pasaran di mana firma beroperasi.

Sehubungan dengan itu, dalam topik ini, kita akan melihat bagaimana firma
yang beroperasi dalam pasaran persaingan sempurna menentukan harga dan
output yang memaksimumkan keuntungan. Kita akan memulakan topik ini
dengan memahami ciri-ciri pasaran persaingan sempurna. Seterusnya, kita akan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  187

lihat bentuk keluk permintaan, keluk hasil purata dan keluk hasil sut firma
dalam pasaran persaingan sempurna.

Setelah itu, kita akan mengkaji bagaimana firma dalam pasaran persaingan
sempurna mencapai keseimbangan dalam jangka pendek dan bentuk keluk
penawaran firma. Akhir sekali, kita akan melihat bagaimana firma dan industri
dalam pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan pada jangka
panjang.

7.1 KEUNTUNGAN EKONOMI DAN


KEUNTUNGAN PERAKAUNAN
Firma (tidak kira di dalam struktur industri mana) diandaikan memiliki objektif
yang sama iaitu memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, anda terlebih dahulu
perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan konsep keuntungan. Ini adalah
kerana dari perspektif ekonomi, keuntungan adalah berbeza dari keuntungan
yang diperoleh melalui pengiraan akauntan.

Secara amnya, tidak dapat dinafikan yang tujuan utama pengeluar adalah untuk
memaksimumkan keuntungan. Dengan kata lain, keuntungan adalah insentif
kepada pengeluar untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

Keuntungan adalah perbezaan antara jumlah hasil (TR) dengan jumlah kos
(TC).

Walau bagaimanapun, pengiraan keuntungan dari kaca mata ahli ekonomi


berbeza daripada pengiraan keuntungan oleh akauntan. Ini adalah kerana
akauntan akan hanya mengambil kira kos yang eksplisit atau jelas. Keuntungan
yang dikira oleh akauntan dikenali sebagai keuntungan perakaunan.

Sementara itu, ahli ekonomi akan mengambil kira bukan sahaja kos eksplisit
tetapi kos implisit juga dalam pengiraan keuntungan. Keuntungan yang
diperoleh melalui kaedah ini dikenali sebagai keuntungan ekonomi. Kos implisit
yang dimaksudkan di sini adalah kos melepas.

Contohnya, En Azman memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal.


Dia ditawarkan bekerja sebagai eksekutif di sebuah firma swasta dengan gaji
sebanyak RM1,250 sebulan. Walau bagaimanapun, dia mengambil keputusan
untuk membuka sebuah kedai menjual barangan ganti motosikal dengan
menggunakan wang simpanannya berjumlah RM50,000 sebagai modal.
Andaikan yang kadar pulangan simpanan di bank adalah sebanyak 10% setahun.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
188  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

Dia juga menyewa sebuah rumah kedai dengan kadar sewa sebanyak RM600
sebulan dan mengambil dua orang pekerja dengan gaji sebanyak RM700 sebulan
seorang. Selain itu, En. Azman membelanjakan sebanyak RM40,000 pada tahun
tersebut untuk membeli kesemua peralatan yang diperlukan untuk menjalankan
perniagaan beliau.

Jika jumlah pendapatan yang diperoleh oleh En Azman pada tahun tersebut
adalah RM120,000, setelah ditolak kos eksplisit berjumlah RM64,000, maka
keuntungan perakaunan En Azman adalah RM56,000 setahun.

Bagi ahli ekonomi, En Azman perlu juga mengambil kira kos implisitnya apabila
beliau mengira keuntungannya. Dalam kes ini, kos implisit yang merujuk
kepada kos melepas terdiri daripada RM15,000 yang merupakan gaji pekerjaan
yang dilepaskan oleh En Azman serta RM5,000 setahun yang merupakan
pulangan yang mungkin diperoleh sekiranya En. Azman tidak menggunakan
wang simpanan beliau untuk menjalankan perniagaannya.

Ini bermakna kos implisit yang terlibat ialah RM20,000 setahun. Dengan menolak
kos implisit daripada keuntungan perakaunan, sebenarnya keuntungan ekonomi
En Azman adalah hanya RM36,000 setahun.

Perbezaan dalam pengiraan keuntungan perakaunan dan keuntungan ekonomi


ditunjukkan di bawah:

RM RM
Jumlah Hasil
tolak Kos eksplisit: 120,000
Sewa kedai (RM600  12 bulan) 7,200
Gaji (RM700  2 pekerja  12 bulan) 16,800
Keperluan Peralatan 40,000
Jumlah Kos eksplisit 64,000
Keuntungan perakaunan (Jumlah hasil ă Kos eksplisit) 56,000
tolak Kos implisit:
Gaji sebagai eksekutif 15,000
Pulangan simpanan, 10% dari RM50,000 5,000
Jumlah Kos implisit 20,000
Keuntungan ekonomi (Jumlah hasil ă Jumlah kos) 36,000

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  189

SEMAK KENDIRI 7.1

Andaikan terdapat syarikat A, B, C dan D. Kesemua syarikat ini


mengeluarkan serbuk pencuci dengan jenama yang berbeza.
Bagaimanakah harga serbuk pencuci syarikat A, B, C dan D ditentukan?

AKTIVITI 7.1

Dengan menggunakan ayat anda sendiri, berikan maksud keuntungan


ekonomi. Jelaskan dengan lebih lanjut melalui diagram dan rujuk
kepada buku rujukan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih
lanjut.

7.2 CIRI-CIRI PASARAN PERSAINGAN


SEMPURNA
Secara amnya, pasaran persaingan sempurna boleh didefinisikan sebagai
pasaran yang terdiri daripada banyak firma yang menjual barangan yang
homogen, memiliki maklumat berkenaan pasaran yang lengkap dan yang tidak
mempunyai sebarang halangan untuk firma keluar masuk dari industri.

Pasaran tertentu dikatakan beroperasi dalam persaingan sempurna jika ia


memiliki ciri-ciri berikut:

(a) Jumlah Pembeli dan Penjual yang Besar


Di dalam pasaran persaingan sempurna, jumlah penjual dan pembeli
adalah sangat besar. Oleh itu, sebarang langkah yang diambil oleh seorang
penjual atau seorang pembeli tidak akan mempengaruhi harga. Ini adalah
kerana kuantiti yang dihasilkan (dibeli) oleh penjual (pembeli) secara
relatifnya adalah sangat kecil berbanding dengan kuantiti yang dihasilkan
(dibeli) di pasaran. Oleh itu, penjual dan pembeli hanya akan menerima
harga yang telah ditetapkan oleh pasaran.

(b) Barangan yang Dihasilkan adalah Homogen


Setiap firma dalam pasaran persaingan sempurna mengeluarkan barangan
yang homogen. Ini bermakna, pembeli tidak dapat membezakan barangan
yang dijual di pasaran. Implikasi utama daripada ciri-ciri ini adalah firma
tidak memiliki sebarang kuasa untuk menentukan harga. Oleh itu, firma
hanya bertindak sebagai „penerima harga‰.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
190  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

(c) Kebebasan untuk Keluar Masuk Pasaran


Ini bermakna, tiada sebarang sekatan untuk firma memasuki atau
meninggalkan pasaran. Jika firma sedia ada memperoleh keuntungan yang
positif, ia tidak dapat menghalang firma yang baru daripada memasuki
pasaran. Sebaliknya, jika firma sedia ada mengalami kerugian, ia boleh
dengan mudah meninggalkan pasaran. Oleh kerana firma bebas keluar
masuk pasaran, maka dalam pasaran persaingan sempurna akan sentiasa
ada sejumlah besar penjual dan pembeli. Namun, kebebasan ini hanya
berlaku untuk jangka panjang. Dalam jangka pendek, firma tidak dapat
keluar masuk pasaran dengan mudah.

(d) Maklumat yang Sempurna


Setiap firma dan pembeli diandaikan memiliki maklumat yang sempurna
berkenaan barangan yang ada di pasaran dan harga yang ditentukan.
Dengan adanya maklumat yang sempurna, penjual tidak akan dapat
menjual barangan pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.
Sementara itu, pembeli tidak akan membeli barangan pada harga yang
lebih tinggi daripada harga pasaran.

Setelah kita mengetahui apakah ciri-ciri pasaran persaingan sempurna, tiba


masanya untuk kita melihat bagaimanakah bentuk keluk permintaan, keluk
hasil purata dan keluk hasil sut untuk firma yang beroperasi dalam pasaran
persaingan sempurna.

AKTIVITI 7.2

Bolehkah pasaran minyak petrol dianggap sebagai pasaran persaingan


sempurna? Nyatakan pendapat anda.

SEMAK KENDIRI 7.2

Jelaskan maksud pasaran persaingan sempurna dan ciri-cirinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  191

7.3 PERMINTAAN, HASIL PURATA DAN


HASIL SUT
Salah satu ciri-ciri pasaran persaingan sempurna adalah semua firma merupakan
penerima harga. Harga di sini merujuk kepada harga pasaran. Kita sedia
maklum yang harga pasaran adalah harga keseimbangan yang ditentukan hasil
daripada persilangan antara keluk permintaan dan keluk penawaran.

Oleh itu, pada tahap harga pasaran yang tertentu, kita dapat lihat yang keluk
permintaan bagi semua firma adalah berbentuk garis lurus mendatar atau adalah
anjal sempurna. Keluk permintaan yang anjal sempurna bermakna firma boleh
menjual sebanyak mana output yang diingini tanpa memberi sebarang kesan
kepada harga barang. Rajah 7.1 membantu kita mengenal pasti kenapa keluk
permintaan berbentuk sedemikian.

Rajah 7.1: Keluk permintaan firma dalam pasaran persaingan sempurna

Dalam Rajah 7.1, harga pasaran P0 ditentukan dalam panel (b) iaitu apabila keluk
permintaan, D bersilang dengan keluk penawaran, S. Apabila harga
keseimbangan pasaran ditentukan, firma boleh menjual sebanyak mana kuantiti
yang diperlukan pada tahap harga tersebut. Oleh itu, pada harga P0, keluk
permintaan individu akan menjadi garis mendatar iaitu keluk D0. Ini
ditunjukkan di panel (a).

Sebarang perubahan pada harga pasaran akan mengubah keluk permintaan


firma. Andaikan berlaku penurunan penawaran yang ditunjukkan oleh
peralihan keluk dari S0 ke S1. Kesannya adalah peningkatan harga ke P1. Ini
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
192  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

bermakna, keluk permintaan firma akan beralih ke atas iaitu menjadi D1.
Sebaliknya, jika penawaran pasaran meningkat, keluk S0 akan beralih ke S2 dan
ini akan menyebabkan harga pasaran jatuh ke P2. Pada harga pasaran P2,
didapati keluk permintaan individu akan beralih ke bawah iaitu ke D2.

7.3.1 Keluk Hasil Purata (AR) dan Keluk Hasil Sut


(MR)
Berdasarkan penerangan di atas, kita telah mengetahui bahawa keluk
permintaan firma adalah anjal sempurna. Apakah pula bentuk keluk hasil purata
dan keluk hasil sut sebuah firma yang beroperasi dalam pasaran persaingan
sempurna?

Berdasarkan kepada Rajah 7.1, andaikan yang harga pasaran adalah RM4. Pada
harga RM4, keluk permintaan firma adalah D0. Andaikan pula yang pada harga
RM4, firma pada asalnya dapat mengeluarkan 100 unit output. Seterusnya,
andaikan yang firma meningkatkan pengeluarannya seperti yang ditunjukkan di
Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Jumlah Hasil, Hasil Sut dan Hasil Purata dalam Pasaran Persaingan Sempurna

Output Harga Jumlah Hasil Sut (’TR/Q Hasil Purata


(Unit) (RM) Hasil (TR) = MR) (TR/Q = AR)
100 4 400 ă 4
101 4 404 4 4
102 4 408 4 4
103 4 412 4 4

Berdasarkan Jadual 7.1, kita dapat lihat apabila firma meningkatkan outputnya
daripada 100 unit kepada 101 unit iaitu tambahan satu unit output, hasil sut dan
hasil purata firma tersebut adalah sama dengan tahap harga iaitu RM4.
Seterusnya, bagi setiap tambahan satu unit output, kita dapati bahawa hasil sut
dan hasil purata masih lagi kekal pada tahap RM4.

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa pada harga RM4, keluk permintaan
untuk firma D dalam pasaran persaingan sempurna adalah sama dengan keluk
hasil purata dan keluk hasil sutnya.

D = P = MR = AR

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  193

LATIHAN 7.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Penerima harga bermakna setiap firma dalam pasaran tidak dapat
menentukan harga barangan yang dikeluarkan oleh mereka
sendiri.
2. Harga barangan ditentukan oleh interaksi antara penjual dan
pembeli di pasaran.
3. Ketidakupayaan penjual untuk mempengaruhi harga adalah
kerana barangan yang dikeluarkan mereka hanya sebahagian kecil
daripada jumlah barangan yang dikeluarkan dalam pasaran
persaingan sempurna.
4. Jumlah penjual dan pembeli yang besar dalam pasaran persaingan
sempurna bermakna kedua-dua pihak tidak mempunyai kuasa
untuk menentukan harga.
5. Dalam pasaran persaingan sempurna, keluk permintaan adalah
juga keluk hasil sut dan keluk hasil purata.

7.4 PEMAKSIMUMAN KEUNTUNGAN JANGKA


PENDEK
Motif atau objektif utama firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan.
Bagaimanakah caranya untuk firma memaksimumkan keuntungannya? Kita
telah sedia maklum yang dalam pasaran persaingan sempurna, firma tidak
mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Apa yang boleh ditentukan
hanyalah kuantiti yang dihasilkan. Oleh itu, apakah tahap output yang akan
dapat memaksimumkan keuntungan firma?

Ada dua pendekatan yang boleh digunakan untuk menentukan tahap output:
(a) Jumlah hasil (TR) dan jumlah kos (TC); dan
(b) Hasil sut (MR) dan kos sut (MC).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

7.4.1 Pendekatan Jumlah Hasil dan Jumlah Kos


Untuk memudahkan perbincangan, mari kita lihat contoh yang ditunjukkan di
Jadual 7.2:

Jadual 7.2: Contoh Pemaksimuman Keuntungan

Jumlah Jumlah Keuntungan/


Kuantiti Hasil Sut Kos Sut
Hasil Kos Kerugian
Q TR TC TR - TC
MR = TR/Q MC= TC/Q
(Unit) (RM) (RM) (RM)
0 0 3 -3 - -
1 6 5 1 RM 6 RM 2
2 12 8 4 6 3
3 18 12 6 6 4
4 24 17 7 6 5
5 30 23 7 6 6
6 36 30 6 6 7
7 42 38 4 6 8
8 48 47 1 6 9

Berdasarkan Jadual 7.2 di atas, kita dapat lihat bahawa keuntungan (kerugian)
firma diperoleh dengan menolak jumlah kos daripada jumlah hasil. Apabila
firma tidak mengeluarkan sebarang output, ia akan mengalami kerugian
sebanyak RM3 yang sama dengan jumlah kos tetapnya pada jangka pendek.
Apabila pengeluaran berjumlah seunit, keuntungan yang diperoleh adalah RM1.
Keuntungan akan meningkat kepada RM4 apabila output mencecah dua unit
dan seterusnya.

Untuk memaksimumkan keuntungan, firma perlu menghasilkan pada tahap


output di mana jurang di antara jumlah hasil dan jumlah kos adalah paling
besar. Ini bermakna, dalam kes ini, firma perlu mengeluarkan sejumlah empat
atau lima unit output kerana pada tahap output tersebut, keuntungan berada
pada tahap yang paling tinggi iaitu RM7.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  195

7.4.2 Pendekatan Hasil Sut dan Kos Sut


Menurut kaedah ini, firma yang mahu memaksimumkan keuntungan perlu
mengeluarkan output pada titik di mana hasil sut adalah sama dengan kos sut.
Berdasarkan Jadual 7.2, jalur (5) menunjukkan hasil sut firma tersebut. Hasil sut
adalah perubahan jumlah hasil dibahagikan dengan perubahan output atau MR
= TR/Q.

Dalam pasaran persaingan sempurna, setiap firma adalah penerima harga. Oleh
itu, jika satu unit tambahan output dijual, jumlah hasil akan meningkat pada
jumlah yang sama dengan harga pasaran barangan tersebut. Hasilnya, dalam
pasaran persaingan sempurna, hasil sut adalah sama dengan harga pasaran.
Berdasarkan Jadual 7.2, didapati hasil sut atau tambahan hasil adalah RM6.

Di dalam topik yang sebelumnya, kita telah mempelajari yang kos sut adalah
perubahan kos dibahagikan dengan perubahan kuantiti atau MC = TC/Q. Jalur
(6) menunjukkan kos sut untuk firma ini. Kos sut akan menurun pada awalnya
disebabkan oleh hukum pulangan meningkat pada jangka pendek apabila input
berubah ditingkatkan.

Walau bagaimanapun, kos sut akan mula meningkat apabila hukum pulangan
berkurangan berlaku. Firma akan meningkatkan outputnya selagi setiap tambahan
satu unit output yang dijual akan mendatangkan lebih banyak jumlah hasil
berbanding jumlah kos. Dengan kata lain, pengeluaran akan diteruskan selagi
hasil sut melebihi kos sut.

Merujuk kepada Jadual 7.2, firma perlu mengeluarkan enam unit output untuk
memaksimumkan keuntungan kerana pada tahap tersebut, hasil sut adalah sama
dengan kos sut. Oleh itu, syarat penting yang perlu dipenuhi oleh firma untuk
memaksimumkan keuntungan adalah pengeluaran perlu berada pada tahap di
mana hasil sut adalah sama dengan kos sut.

7.5 KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK FIRMA


Bagaimanakah firma yang beroperasi dalam pasaran persaingan sempurna
mencapai keseimbangan pada jangka pendek?

Kita telah mengetahui yang objektif utama firma adalah untuk memaksimumkan
keuntungan. Ini bermakna, firma akan terus mengeluarkan output pada tahap di
mana MR = MC. Oleh itu, firma akan berada dalam keadaan keseimbangan jika
syarat ini dipenuhi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

Persoalannya, jika firma berada dalam keadaan keseimbangan, adakah ia akan


memperoleh keuntungan atau sebaliknya mengalami kerugian? Ini adalah
kerana dalam jangka pendek, firma mungkin memperoleh keuntungan normal,
keuntungan lebih normal dan keuntungan yang di bawah normal.

Mari kita lihat ketiga-tiga keadaan ini.

7.5.1 Keuntungan Lebih Normal


Daripada penerangan di atas, anda telah memahami syarat yang perlu dipenuhi oleh
firma untuk menentukan output yang akan memaksimumkan keuntungan. Oleh itu,
berdasarkan kepada maklumat yang terdapat dalam Jadual 7.2, kita boleh lakarkan
diagram yang menggambarkan tahap output yang akan memaksimumkan
keuntungan firma.

Dalam sebuah pasaran persaingan sempurna, oleh kerana hasil sut adalah sama
dengan harga pasaran, maka keluk hasil sut adalah mendatar pada tahap harga
pasaran RM6. Ini menunjukkan bahawa keluk permintaan firma adalah juga keluk
hasil sut.

Firma akan memperoleh RM6 untuk setiap unit output yang dijual dan ini juga adalah
hasil purata firma tersebut. Hasil purata (AR) adalah jumlah hasil dibahagikan dengan
kuantiti atau AR/Q. Oleh itu, keluk permintaan firma (D) adalah juga keluk hasil sut
(MR) dan keluk hasil purata (AR). Kesimpulannya, D adalah keluk permintaan, keluk
hasil sut dan keluk hasil purata firma iaitu D = MR = AR.

AKTIVITI 7.3

Kenapakah keluk permintaan firma pasaran persaingan sempurna juga


merupakan keluk hasil sut (MR) dan keluk hasil purata (AR)? Jelaskan
jawapan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  197

Rajah 7.2: Keseimbangan firma dengan keuntungan lebih normal

Firma mencapai keseimbangan pada jangka pendek apabila output yang


dikeluarkannya berada pada tahap di mana MR = MC. Merujuk kepada Rajah
7.2, kita dapati bahawa firma mencapai keseimbangan pada titik e. Pada tahap
keseimbangan ini, firma perlu mengeluarkan lima unit output untuk
memaksimumkan keuntungannya.

Jika tahap output adalah kurang daripada lima unit, kita dapat lihat yang hasil
sut adalah melebihi kos sut. Oleh itu, firma perlu meningkatkan pengeluaran
untuk meningkatkan keuntungan.

Sebaliknya, jika output yang dikeluarkan adalah melebihi lima unit, firma perlu
mengurangkan pengeluaran untuk meningkatkan keuntungan kerana kos sut
melebihi hasil sut.

Pada titik keseimbangan, kita boleh lihat bahawa keluk kos purata berada di
bawah keluk permintaan. Ini menunjukkan yang firma memperoleh keuntungan
lebih normal. Keuntungan yang diperoleh firma ini ditunjukkan oleh kawasan
yang berlorek. Jumlah keuntungan adalah:

Jumlah Hasil ă Jumlah Kos atau (Harga ă Kos Purata)  Kuantiti


= (P  Q) ă (AC  Q) = (6 ă 4.6)  5
= (6  5) ă (4.6  5) = (1.4)  5
= 30 ă 23 = RM7
= RM7

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

7.5.2 Keuntungan Normal


Keuntungan normal adalah keadaan di mana jumlah hasil yang diperoleh oleh
firma hanya mencukupi untuk menampung jumlah kos pengeluaran atau
apabila harga satu unit output adalah sama dengan kos puratanya.

Rajah 7.3: Keseimbangan firma dengan keuntungan normal

Merujuk kepada Rajah 7.3, perhatikan yang firma mencapai keseimbangan pada
titik e iaitu apabila MR=MC. Andaikan pada tahap keseimbangan tersebut, firma
mengeluarkan lima unit output dengan harga RM6 seunit. Kos seunit firma
tersebut adalah sama dengan harga iaitu RM6. Ini menunjukkan yang keluk kos
purata menyentuh keluk permintaan pada titik e. Ini adalah kerana:

Jumlah Hasil ă Jumlah Kos atau (Hargaă Kos Purata)  Kuantiti


= (P  Q) ă (AC  Q) = (6 ă 6)  5
= (6  5) ă (6  5) =05
=0ă0 = RM0
= RM0

Memandangkan jumlah hasil adalah sama dengan jumlah kos, maka firma hanya
akan mendapat keuntungan normal dalam jangka pendek.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  199

7.5.3 Keuntungan Bawah Normal/Kerugian Ekonomi


Firma dalam pasaran persaingan sempurna mungkin akan mengalami
keuntungan bawah normal dalam jangka pendek. Keuntungan bawah normal
adalah keadaan di mana harga satu unit output adalah lebih rendah daripada
kos pengeluaran seunit output. Ini bermakna jumlah kos melebihi jumlah hasil
yang diperoleh firma. Keadaan ini ditunjukkan pada Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Keseimbangan firma dengan keuntungan bawah normal

Rajah 7.4 menunjukkan bahawa firma mencapai keseimbangan pada titik e. Pada
titik keseimbangan tersebut, firma akan mengeluarkan lima unit output untuk
memaksimumkan keuntungannya. Harga yang akan dikenakan pula adalah
RM6 seunit.

Namun, kos pengeluaran seunit adalah lebih tinggi daripada harga seunit iaitu
RM6.50. Ini menunjukkan yang keluk kos purata (AC) berada di atas keluk
permintaan. Kesimpulannya, firma akan memperoleh keuntungan bawah
normal pada jangka pendek. Kerugian yang dialami oleh firma ditunjukkan
melalui kawasan yang berlorek di dalam diagram di atas.

Jumlah Hasil ă Jumlah Kos atau (Harga ă Kos Purata)  Kuantiti


= (P  Q) ă (AC  Q) = (6 ă 6.50)  5
= (6  5) ă (6.5  5) = ă0.50  5
= 30 ă 32.50 = ăRM2.50
= ăRM2.50

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

AKTIVITI 7.4

Dalam jangka pendek, firma mungkin memperoleh tiga jenis


keuntungan. Apakah ketiga-tiga jenis keuntungan ini? Tunjukkan
mereka dalam diagram yang bersesuaian. Adakah benar yang
keuntungan bawah normal akan menarik firma untuk memasuki
pasaran? Jelaskan jawapan anda.

7.5.4 Keputusan Penutupan Firma


Di dalam perbincangan di atas, kita telah menganalisis bahawa firma perlu
mengeluarkan output pada tahap di mana MR = MC untuk memaksimumkan
keuntungan. Kita juga telah lihat yang pada tahap keseimbangan, firma mungkin
akan mengalami kerugian. Sekarang, kita akan lihat bilakah firma akan menutup
operasinya apabila berlaku kerugian.

Kita telah mengetahui syarat pemaksimuman keuntungan dalam jangka pendek


adalah untuk mengeluarkan pada tahap di mana harga (hasil sut) adalah sama
dengan kos sut.

Ini adalah kerana jika harga adalah lebih rendah daripada titik minimum keluk
AC, adalah lebih baik jika firma menutup operasinya (tidak mengeluarkan
output lagi) dalam jangka pendek. Ini boleh ditunjukkan dengan jelas melalui
Rajah 7.5.

Rajah 7.5: Keputusan untuk menutup firma dalam jangka pendek

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  201

Andaikan harga pasaran adalah RM3 dan keseimbangan firma dicapai pada titik e
di mana MR = MC. Kita dapati bahawa pada titik ini, firma mengalami kerugian
kerana kos puratanya (AC) iaitu RM4 adalah jauh lebih tinggi daripada harga seunit
output.

Walau bagaimanapun, firma akan meneruskan operasinya kerana jumlah hasil yang
diperoleh masih boleh menampung kos berubah dan sebahagian daripada kos tetap.
Jika firma menghentikan operasi, ia akan menanggung kerugian yang lebih besar
kerana tanpa sebarang hasil, ia perlu menanggung keseluruhan kos tetap.

Apabila harga jatuh lagi sehingga mencecah RM2.50, kita dapati bahawa jumlah
hasil hanya boleh menampung kos berubah. Ini bermakna, firma perlu menanggung
keseluruhan kos tetap. Jika harga jatuh lebih rendah daripada RM2.50, firma perlu
menutup operasi pengeluarannya dalam jangka pendek kerana jumlah hasil tidak
lagi boleh menampung kedua-dua kos.

Kita tahu bahawa kos berubah hanya wujud sekiranya pengeluaran dijalankan. Oleh
itu, jika pengeluaran dihentikan, firma hanya akan menanggung kos tetap.
Kesimpulannya, firma akan menutup operasinya jika ia menghadapi keadaan di
mana harga adalah lebih rendah daripada kos berubah puratanya atau P < AVC.

Oleh kerana kos tetap adalah di luar kawalan firma dalam jangka pendek, jumlah
hasil yang diperoleh perlulah sekurang-kurangnya dapat menampung kos berubah.
Jika tidak, tiada gunanya firma membayar gaji pekerja dan kos bahan mentah jika
jumlah hasil tidak dapat menampung perbelanjaan untuk membiayai input
berubah.

AKTIVITI 7.5

Firma dalam pasaran persaingan sempurna akan terus beroperasi


walaupun mengalami kerugian. Bincangkan isu ini dengan rakan anda.

SEMAK KENDIRI 7.3

Apakah yang akan berlaku jika firma tidak memperoleh keuntungan


pada kesemua tahap output? Patutkah firma memberhentikan
operasinya?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

7.6 KELUK PENAWARAN JANGKA PENDEK


FIRMA
Firma akan mengubah tahap pengeluarannya jika harga pasaran berubah. Ia
akan terus mengeluarkan output pada tahap di mana MR = MC selagi harga
adalah lebih tinggi daripada kos berubah purata. Firma akan menutup
operasinya jika harga adalah lebih rendah daripada kos berubah purata.
Penutupan operasi pengeluaran tidak bermakna firma akan menutup
perniagaannya. Ia membawa maksud firma tidak akan mengeluarkan barangan
dalam jangka pendek tetapi akan meneruskan pengeluaran dalam jangka
panjang.

Rajah 7.6: Keluk penawaran firma dalam jangka pendek

Dalam Rajah 7.6, titik 1, 2, 3, 4 dan 5 menunjukkan titik di mana keluk kos sut
bersilang dengan beberapa keluk permintaan dan keluk hasil purata. Pada tahap
harga P1, adalah lebih baik untuk firma menutup operasinya daripada
meneruskan operasinya di titik 1. Ini adalah kerana tahap harga adalah lebih
rendah dari titik minimum keluk AVC. Dengan kata lain, hasil yang diperoleh
oleh firma tidak lagi mencukupi untuk menampung kos berubah. Oleh itu,
output firma adalah bersamaan dengan sifar seperti yang ditunjukkan oleh Q1.

Pada P2, firma tidak kisah sama ada untuk mengeluarkan Q2 atau menutup
operasinya kerana dalam kedua-dua keadaan tersebut, kerugian firma adalah
sama dengan kos tetap dan harga hanya cukup untuk menampung kos berubah.
Titik 2 ini dikenali sebagai titik penutupan operasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  203

Apabila harga berada pada P3, firma akan mengeluarkan Q3 untuk


meminimumkan kerugian. Pada harga P4, firma akan mengeluarkan Q4 unit
output dan hanya akan memperoleh keuntungan normal. Seterusnya, pada P5,
firma akan mengeluarkan Q5 unit output dan seterusnya memperoleh
keuntungan lebih normal kerana harga adalah lebih tinggi daripada kos purata.

Berdasarkan penerangan di atas, kita dapati bahawa selagi harga adalah cukup
tinggi untuk menampung kos berubah purata, firma akan terus mengeluarkan
output apabila keluk kos sut bersilang dengan keluk hasil sut. Ini bermakna,
keluk penawaran firma dalam jangka pendek adalah keluk kos sut yang bermula
pada dan berada pada titik penutupan firma atau P = AVC minimum.

LATIHAN 7.2

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Dalam pasaran persaingan sempurna, firma mempunyai mobiliti
untuk keluar masuk pasaran.
2. Penjual cenderung untuk menjual barangan pada harga yang lebih
tinggi daripada harga pasaran dan pembeli tidak akan membeli
barangan pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
3. Kerajaan tidak akan masuk campur dalam pengeluaran; tahap
harga pasaran ditentukan oleh penawaran dan permintaan
pasaran.
4. Faktor pengeluaran bergerak dengan bebas antara firma dan
kegunaannya.
5. Untuk mencapai kecekapan dalam penggunaan faktor pengeluaran,
firma tidak akan mengambil kira kos sosial seperti pencemaran
alam sekitar, kesesakan dan masalah banjir.

7.7 KELUK PENAWARAN JANGKA PENDEK


INDUSTRI
Berdasarkan perbincangan di atas, kita mengetahui bahawa keluk kos sut untuk
setiap firma menunjukkan berapa banyak output yang akan dikeluarkan oleh
firma pada tahap harga pasaran yang berbeza. Oleh itu, keluk penawaran
industri dalam jangka pendek diperoleh dengan mencampurkan kuantiti yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

dikeluarkan oleh setiap firma yang ada di pasaran atau hasil campur secara
mendatar keluk kos sut setiap firma.

Rajah 7.7: Keluk penawaran industri dalam jangka pendek

Rajah 7.7 menunjukkan bagaimana keluk industri diperoleh dengan andaian


bahawa terdapat tiga firma iaitu Firma 1, 2 dan 3 dalam industri. Keluk
penawaran setiap firma ditandakan dengan MC1, MC2, dan MC3 yang bermula
dari tahap harga P. Pada harga P, setiap firma menawarkan 10 unit output. Ini
bermakna, jumlah kuantiti yang ditawarkan di pasaran adalah 30 unit seperti
ditunjukkan oleh titik A.

Apabila harga meningkat kepada P1, didapati setiap firma menawarkan 20 unit
output. Oleh itu, jumlah kuantiti di pasaran akan meningkat kepada 60 unit dan
ini ditandakan dengan titik B. Apabila titik A dan titik B disambung, garisan
yang terhasil dikenali sebagai keluk penawaran industri dalam jangka pendek
yang merupakan hasil campur secara mendatar MC1, MC2 dan MC3.

7.7.1 Hubungan antara Keseimbangan Firma dan


Keseimbangan Industri dalam Jangka Pendek
Berdasarkan kepada perbincangan pada topik yang sebelumnya, kita telah
memahami bahawa harga keseimbangan pasaran dicapai apabila jumlah kuantiti
yang diminta adalah sama dengan jumlah kuantiti yang ditawarkan. Kita juga
tahu bahawa firma akan mengguna pakai harga pasaran untuk
memaksimumkan keuntungan jangka pendek kerana ia akan menghasilkan
output pada tahap di mana kos sut adalah sama dengan harga (hasil sut).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  205

Rajah 7.8: Hubungan antara pemaksimuman keuntungan firma dalam jangka pendek
dengan keseimbangan pasaran

Rajah 7.8 menunjukkan keseimbangan industri (pasaran) dan keseimbangan


firma dalam jangka pendek. Keseimbangan pasaran, E dicapai apabila
permintaan pasaran (D) bersilang dengan keluk penawaran (S). Keluk S adalah
hasil campur secara mendatar kos sut setiap firma yang berada di pasaran.
Harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P dan Q.

Memandangkan firma adalah penerima harga, keluk permintaan firma adalah


garis mendatar yang ditunjukkan oleh keluk D = MR = AR pada tahap harga P.
Untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan mengeluarkan output apabila
keluk MC bersilang dengan keluk permintaan (yang juga merupakan keluk MR).

Keseimbangan firma dicapai pada titik e dengan mengeluarkan q unit output


dan mengenakan harga P. Pada tahap keseimbangan ini, kita dapati bahawa
firma memperoleh keuntungan yang positif kerana keluk AC berada di bawah
garis harga. Kawasan berlorek dalam Rajah 7.8 menunjukkan keuntungan firma
dalam jangka pendek.

AKTIVITI 7.6

Jika firma berhasrat untuk memaksimumkan keuntungan dalam jangka


pendek, apakah syarat yang perlu dipenuhi? Terangkan bagaimana
syarat tersebut memastikan firma memaksimumkan keuntungannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

7.8 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG


FIRMA
Dalam jangka panjang, firma boleh mengubah kesemua input yang digunakan
dan memilih saiz loji untuk menghasilkan output. Sekarang, kita akan lihat
bagaimana objektif memaksimumkan keuntungan membantu firma untuk
membuat keputusan dalam jangka panjang.

Syarat yang digunakan untuk memaksimumkan keuntungan jangka pendek


iaitu MR = P = MC juga akan digunakan dalam jangka panjang. Perbezaannya
adalah firma akan menghadapi keluk kos dalam jangka panjang.

Rajah 7.9: Pemaksimuman keuntungan dalam jangka panjang

Berdasarkan Rajah 7.9, kita dapat lihat bahawa pada tahap harga P, firma
mencapai keseimbangan jangka pendek pada titik e iaitu apabila firma
menghasilkan output pada titik di mana P = MR = SMC1. Output yang
dihasilkan (q1) dikeluarkan dengan menggunakan loji yang ditunjukkan oleh
keluk kos purata (SAC1) dan keluk kos sut (SMC1) dalam jangka pendek. Kita
dapati bahawa firma ini akan memperoleh keuntungan lebih normal seperti yang
ditunjukkan oleh kawasan yang berlorek.

Namun, keseimbangan jangka pendek ini hanyalah keseimbangan sementara


kerana jika harga kekal pada tahap P, firma akan membesarkan saiz loji untuk
meningkatkan keuntungan. Merujuk kepada Rajah 7.9, kita boleh lihat bahawa
firma akan mengembangkan saiz loji (keluk SAC1) sehingga titik A kerana
keuntungan dimaksimumkan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  207

Pada jangka panjang, firma boleh mengubah kesemua input yang digunakan dan
membesarkan saiz lojinya. Oleh itu Rajah 7.9 menunjukkan keluk kos purata
jangka panjang (LAC) dan keluk kos sut jangka panjang (LMC) sebuah firma
dalam pasaran persaingan sempurna.

Kita andaikan yang keseimbangan harga pasaran kekal tidak berubah pada
tahap P. Dalam jangka panjang, untuk memaksimumkan keuntungannya, firma
perlu berada pada tahap di mana MR = LMC. Output yang memaksimumkan
keuntungan adalah q3. Untuk mengeluarkan q3 unit output, firma perlu
membesarkan saiz loji iaitu keluk kos jangka pendek (tidak ditunjukkan di
diagram) sehinggalah ia menyentuh keluk LAC pada titik A.

Keseimbangan jangka panjang firma dicapai pada titik E dan firma memperoleh
keuntungan yang lebih besar apabila mengeluarkan output sebanyak q3.
Kawasan keuntungan ini ditunjukkan oleh kawasan CPEA. Oleh itu, loji pada
titik A menunjukkan keseimbangan jangka pendek dan jangka panjang firma
selagi tidak berlaku sebarang perubahan dalam pasaran (yang akan mengubah
tingkat harga).

7.8.1 Penyelarasan Jangka Panjang


Perbincangan sebelum ini mengandaikan bahawa harga ditetapkan pada tahap
P. Namun, kita perlu mengambil kira satu ciri penting pasaran persaingan
sempurna iaitu firma bebas keluar masuk pasaran. Kita tahu bahawa dalam
jangka pendek, firma mungkin memperoleh keuntungan lebih normal,
keuntungan normal dan keuntungan bawah normal.

Berdasarkan Rajah 7.9, firma ditunjukkan memperoleh keuntungan yang lebih


normal dalam jangka pendek. Apabila firma yang sedia ada di pasaran
mendapat keuntungan lebih normal, firma baru akan tertarik untuk memasuki
pasaran tersebut untuk memperoleh keuntungan lebih normal juga. Ini akan
meningkatkan jumlah penawaran di dalam industri yang seterusnya akan
menyebabkan harga jatuh.

Proses ini akan berterusan sehinggalah harga menyamai dengan kos purata.
Andaikan titik tersebut adalah P1. Pada tahap harga P1, kita dapati bahawa keluk
permintaan menyentuh keluk LAC pada titik B. Output yang memaksimumkan
keuntungan adalah q2. Pada tahap keseimbangan jangka panjang q2, firma hanya
akan mendapat keuntungan normal kerana harga adalah bersamaan dengan kos
seunit.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

7.9 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG


INDUSTRI
Keseimbangan jangka panjang industri dicapai apabila kesemua firma yang ada
di pasaran berada pada tahap keseimbangan dan hanya memperoleh
keuntungan normal. Ini bermakna, kesemua firma dalam industri akan
mengeluarkan output pada tahap di mana harga adalah bersamaan dengan titik
minimum keluk kos purata jangka panjang. Ini ditunjukkan oleh Rajah 7.10.

Rajah 7.10: Keseimbangan industri jangka panjang

Dalam Rajah 7.10, harga dan kuantiti keseimbangan industri adalah P dan Q.
Pada tahap harga P, setiap firma mencapai keseimbangan pada titik E dan
mengeluarkan q unit sahaja. Setiap firma hanya akan memperoleh keuntungan
normal dalam jangka panjang. Pada jangka panjang, setiap firma mengeluarkan
output apabila P = SMC = SAC = LMC = LAC. Pada tahap ini, tiada lagi insentif
untuk firma keluar atau masuk pasaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  209

LATIHAN 7.3

Jadual berikut menunjukkan kos yang ditanggung firma dalam pasaran


persaingan sempurna:

Output (Unit) AC (RM)


1 400
2 225
3 170
4 148
5 140
6 140
7 146
8 156
9 171
10 190

(a) Jika harga keseimbangan adalah RM140, firma akan mengeluarkan


_______ unit output.
(b) Jika harga pasaran adalah RM179, maka keuntungan seunit pada
tahap keseimbangan adalah __________.
(c) Dalam jangka panjang, apakah tahap pengeluaran pada titik
penutupan firma?
(d) Pada tahap pengeluaran tiga unit, apakah syarat tentang keluk kos
sut dan keluk kos purata?

7.10 KELUK PENAWARAN JANGKA PANJANG


INDUSTRI
Kita telah pun faham bahawa keluk penawaran industri dalam jangka pendek
adalah hasil campur secara mendatar keluk penawaran semua firma di pasaran.
Namun, keluk penawaran industri jangka panjang tidak dapat diperoleh dengan
cara yang sama. Ini adalah kerana dalam jangka panjang, proses penyelarasan
akan berlaku di mana firma akan memasuki atau keluar pasaran bergantung
kepada keuntungan yang diperoleh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

Oleh itu, kita tidak boleh menentukan keluk penawaran firma yang manakah
akan kita campurkan secara mendatar. Ini menyebabkan keluk penawaran
jangka panjang industri pasaran persaingan sempurna perlu mengambil kira
perubahan harga input apabila industri berkembang.

Apabila industri berkembang, terdapat tiga perkara yang mungkin berlaku


terhadap harga input iaitu harga akan meningkat, harga tidak berubah (malar)
atau harga akan jatuh. Oleh itu, dalam jangka panjang, industri pasaran
persaingan sempurna boleh dikategorikan sebagai industri kos malar, industri
kos meningkat dan industri kos berkurangan. Bentuk keluk penawaran industri
dalam jangka panjang akan bergantung kepada klasifikasi ini.

7.10.1 Industri Kos Malar


Untuk memahami bagaimana keluk penawaran untuk industri kos malar
dibentuk, sila rujuk kepada Rajah 7.11.

Rajah 7.11: Keluk penawaran jangka panjang untuk industri kos malar

Rajah 7.11 menunjukkan keseimbangan jangka panjang untuk industri yang


mengalami kos malar. Mari kita lihat titik E yang merupakan titik keseimbangan
asal firma iaitu apabila keluk permintaan menyentuh titik minimum keluk kos
purata jangka panjang (LAC) dan keluk kos purata jangka pendek (SAC).
Keseimbangan industri dicapai pada titik A dan jumlah output pasaran adalah
Q1. Ini bermakna setiap firma hanya mengeluarkan q1 unit output.

Sekarang, andaikan yang berlaku peningkatan permintaan yang tidak dijangka.


Ini akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke D1 dan keseimbangan
industri yang baru adalah pada titik B di mana harga pasaran telah meningkat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  211

kepada PÊ. Dalam jangka pendek, firma akan mengeluarkan q2 iaitu apabila P =
SMC pada titik EÊ. Keadaan ini hanyalah keseimbangan jangka pendek
disebabkan oleh kesan penyelarasan dalam jangka panjang oleh firma yang
mengejar keuntungan.

Pada titik ini, firma sedia ada akan memperoleh tingkat keuntungan lebih
normal. Keadaan ini akan menarik lain-lain firma untuk memasuki pasaran ini
yang seterusnya akan menyebabkan peningkatan penawaran di pasaran. Ini
akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan.

Apabila penawaran output di pasaran meningkat, permintaan terhadap input


juga akan meningkat. Akan tetapi, dalam industri kos malar, peningkatan
permintaan input tidak akan membawa kepada peningkatan harga input.

Oleh itu, kemasukan firma baru ke pasaran dan peningkatan penawaran akan
menyebabkan harga turun sehingga ke tahap di mana kesemua firma akan
memperoleh tahap keuntungan normal sahaja. Dengan kata lain, pada titik
keseimbangan yang baru, kesemua firma hanya akan memperoleh tahap
keuntungan normal.

Oleh kerana tiada peningkatan harga input, keluk penawaran akan beralih ke S1
dan titik keseimbangan baru industri dicapai pada titik C. Harga pasaran akan
kembali ke harga asal P. Titik C adalah titik kedua pada keluk penawaran jangka
panjang. Pada keluk permintaan D1, penawaran industri akan berkembang dan
mencapai Q3, manakala harga akan jatuh kepada P.

Setiap firma mengeluarkan q1 output dan hanya memperoleh tahap keuntungan


normal. Peningkatan output industri dari Q1 kepada Q3 berlaku disebabkan oleh
kemasukan firma yang baru.

Ini bermakna, industri kos malar di dalam pasaran persaingan sempurna akan
memiliki kos penawaran yang anjal sempurna seperti keluk S yang ditunjukkan
dalam Rajah 7.11.

7.10.2 Industri Kos Meningkat


Industri yang berdaya saing dengan kos yang meningkat memiliki keluk
penawaran jangka panjang yang bercerun positif dari kiri ke kanan. Kita akan
mendapatkan keluk penawaran untuk industri kos meningkat dengan
menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan untuk mendapatkan
keluk industri kos malar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

Rajah 7.12 menggambarkan keadaan ini. Andaikan bahawa pada asalnya,


keseimbangan industri berada pada titik A di mana harga dan kuantiti
keseimbangan adalah P dan Q1. Firma ini akan mengeluarkan q1 pada harga
P,dan keseimbangan jangka panjang adalah E.

Rajah 7.12: Keluk penawaran jangka panjang dalam industri kos meningkat

Sekarang, andaikan yang permintaan pasaran meningkat tanpa dijangka dan ini
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D ke DÊ. Keseimbangan
pasaran kini berada pada titik B yang merupakan keseimbangan jangka pendek.
Harga meningkat kepada PÊ manakala output meningkat kepada Q2. Firma akan
menawarkan q2 unit output iaitu apabila keluk SMC bersilang dengan keluk
permintaan yang baru pada PÊ. Ini akan membolehkan firma memperoleh
keuntungan yang lebih normal.

Pada jangka panjang, keuntungan lebih normal ini akan menarik lain-lain firma
untuk memasuki pasaran tersebut. Ini akan menyebabkan output pasaran
meningkat dan permintaan untuk input juga akan meningkat yang seterusnya
akan menyebabkan harga input meningkat.

Oleh itu, kita akan lihat bagaimana dua keadaan yang berbeza ini akan
mempengaruhi proses penyelarasan dalam jangka panjang. Keuntungan lebih
normal dalam jangka pendek akan meningkatkan output di pasaran disebabkan
oleh kemasukan firma baru dan ini ditunjukkan oleh perubahan pada keluk
penawaran. Harga akan jatuh yang akhirnya akan menyebabkan penurunan
keuntungan.

Pada masa yang sama, harga input meningkat disebabkan oleh peningkatan
permintaan input. Keadaan ini akan meningkatkan kos dan mengurangkan
keuntungan. Kedua-dua kesan ini seterusnya akan menyebabkan keseimbangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  213

jangka panjang yang baru dicapai di mana hanya keuntungan normal akan
dialami oleh firma.

Berdasarkan Rajah 7.12, apabila harga meningkat kepada PÊ, kita dapati bahawa
firma baru akan memasuki pasaran. Ini akan menyebabkan keluk penawaran
beralih dari S ke SÊ dan harga jatuh kepada PÊÊ. Oleh itu, keluk permintaan firma
akan beralih ke bawah bersama-sama dengan kejatuhan harga iaitu dari PÊ
kepada PÊÊ. Ini akan menyebabkan keuntungan berkurangan. Pada masa yang
sama, peningkatan harga input akan mengalihkan keluk kos firma ke atas iaitu
dari LAC ke LACÊ.

Penurunan harga dan peningkatan kos akhirnya akan menghapuskan


keuntungan yang diperoleh oleh firma. Ini berlaku apabila harga berada pada
tahap PÊÊ iaitu apabila harga adalah bersamaan dengan kos seunit. Output
dikeluarkan pada titik di mana harga adalah bersamaan dengan titik minimum
keluk LAC dan ini menunjukkan yang keseimbangan jangka panjang yang baru
telah dicapai.

Keseimbangan industri yang baru dicapai pada titik C. Apabila kita


menghubungkan titik A dan C, kita akan membentuk keluk penawaran industri
pasaran persaingan sempurna yang mengalami kos meningkat, SL. Seperti yang
dapat kita lihat, keluk ini bercerun positif dari kiri ke kanan.

Konsep kos meningkat menunjukkan yang keluk kos kesemua firma meningkat
apabila industri berkembang kerana peningkatan output akan menghasilkan
peningkatan harga input.

7.10.3 Industri Kos Berkurangan


Keluk penawaran industri yang mengalami kos berkurangan adalah keluk yang
bercerun negatif dari kiri ke kanan. Penerangan bagaimana bentuk keluk
penawaran jangka panjang untuk industri kos berkurangan adalah sama dengan
penerangan tentang pembentukan keluk penawaran jangka panjang industri kos
meningkat.

Perbezaannya adalah apabila permintaan pasaran meningkat, output akan


meningkat dan kita akan dapati bahawa peningkatan output ini akan
menyebabkan keluk kos setiap firma beralih ke bawah. Peralihan ini berlaku
kerana harga input juga telah jatuh.

Persoalannya adalah kenapakah peningkatan permintaan input (disebabkan oleh


peningkatan kuantiti ditawarkan) mengurangkan harga input? Kita tahu bahawa
pada jangka panjang, firma boleh meningkatkan kapasiti pengeluarannya dan ini

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

akan membolehkan firma tersebut mengalami ekonomi bidangan iaitu pulangan


meningkat mengikut skala.

Selain itu, kemasukan firma baru akan memudahkan berlakunya ekonomi


bidangan yang seterusnya akan membawa kepada penurunan harga input.
Inilah keadaan yang menyebabkan keluk penawaran industri kos berkurangan
bercerun negatif dari kiri ke kanan seperti yang ditunjukkan di Rajah 7.13.

Rajah 7.13: Keluk penawaran jangka panjang industri kos berkurangan

Berdasarkan Rajah 7.13, keseimbangan jangka panjang industri pada asalnya


berada pada titik A. Firma juga berada pada keseimbangan jangka panjang
apabila keluk LAC menyentuh keluk permintaan pada harga P. Apabila
permintaan meningkat, keluk permintaan akan beralih dari D ke DÊ dan harga
meningkat kepada PÊ. Titik B adalah keseimbangan jangka pendek. Pada tahap
harga tersebut, firma sedia ada akan memperoleh keuntungan lebih normal.

Oleh itu, firma baru akan memasuki pasaran dan ini akan menyebabkan jumlah
output meningkat. Ini digambarkan melalui peralihan keluk penawaran ke
kanan dari S ke SÊ. Apabila output meningkat, permintaan terhadap input juga
akan meningkat dan dalam industri kos berkurangan, keluk kos akan bergerak
ke bawah yang bermakna harga input telah jatuh.

Oleh itu, keluk penawaran akan beralih sehinggalah ke SÊ di mana pada harga
PÊÊ, keseimbangan jangka panjang industri dan firma dicapai dan kesemua firma
hanya memperoleh keuntungan normal.

Keseimbangan jangka panjang industri yang baru adalah pada titik C. Apabila
titik A dan titik C disambungkan, kita akan memperoleh keluk penawaran
jangka panjang industri kos berkurangan iaitu keluk SL.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  215

7.11 PERSAINGAN SEMPURNA DAN


KECEKAPAN
Pasaran tertentu selalu dikaitkan dengan kecekapan sama ada ia telah dicapai
dalam ekonomi. Terdapat dua konsep kecekapan iaitu:
 Kecekapan pengeluaran iaitu keupayaan untuk mengeluarkan output pada
kos yang terendah; dan
 Kecekapan pengagihan yang merujuk kepada penekanan kepada
pengeluaran output yang akan memanfaatkan pengguna.

(a) Kecekapan Pengeluaran


Kecekapan pengeluaran berlaku apabila firma mengeluarkan output pada
titik minimum keluk kos purata jangka panjang di mana harga adalah
bersamaan dengan kos purata. Seperti yang kita ketahui, pada jangka
panjang, firma dalam pasaran persaingan sempurna boleh memasuki atau
keluar dari pasaran dengan bebas.

Penyelarasan jangka panjang akan berhenti apabila firma mencapai


keseimbangan jangka panjang iaitu apabila pengeluarannya berada pada
tahap di mana harga adalah sama dengan titik minimum keluk kos purata
jangka panjang. Pengeluaran pada titik P = LAC minimum menunjukkan
bahawa firma yang berada dalam pasaran persaingan sempurna telah
mencapai kecekapan pengeluaran.

(b) Kecekapan Pengagihan


Kecekapan pengagihan berlaku apabila firma mengeluarkan output pada
tahap yang paling dikehendaki oleh pengguna. Kita sedia maklum bahawa
firma pasaran persaingan sempurna akan mengeluarkan output pada tahap
P = MC dalam jangka pendek. Kenapakah firma tidak mengeluarkan
output apabila P < MC atau P > MC? Sila lihat kepada Rajah 7.14 untuk
penjelasan yang lebih lanjut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

Rajah 7.14: Kecekapan pengagihan untuk industri pasaran persaingan sempurna

Firma akan mencapai keseimbangan pada titik e jika ia mengeluarkan output


pada P = MC. Jika firma mengeluarkan output sebanyak q1 iaitu apabila P > MC,
kita dapat lihat pada harga seunit, P adalah lebih tinggi daripada tambahan kos
(PÊÊ) untuk mengeluarkan q1 unit. Oleh itu, firma perlu meningkatkan output
selagi harga adalah lebih tinggi daripada tambahan kos untuk mengeluarkan
satu unit tambahan output agar keuntungannya dapat dimaksimumkan.
Sementara itu, dari sudut pandangan masyarakat, pengeluaran output pada
tahap P > MC dianggap sebagai pengagihan sumber yang kurang untuk
digunakan dalam pengeluaran barangan.

Sebaliknya, pengeluaran output pada tahap di mana P < MC akan menyebabkan


kerugian kepada firma kerana tambahan kos (P) untuk mengeluarkan q2 unit
output adalah lebih tinggi dari harga seunit, P.

Masyarakat pula akan menganggap kawasan di mana P < MC sebagai


pengagihan sumber yang terlebih untuk digunakan dalam pengeluaran
barangan. Oleh itu, pengeluaran pada tahap P = MC adalah tahap di mana firma
pasaran persaingan sempurna akan mencapai kecekapan pengagihan.

Ć Firma pasaran persaingan sempurna hanya mengambil harga yang telah


ditetapkan oleh pasaran.

Ć Untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan mengeluarkan output pada


tahap di mana harga adalah bersamaan dengan kos sut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA  217

Ć Dalam jangka pendek, terdapat tiga jenis keuntungan yang mungkin


diperoleh firma iaitu keuntungan bawah normal, keuntungan normal dan
keuntungan lebih normal.

Ć Jika harga adalah lebih rendah daripada kos berubah purata, firma akan
menutup operasinya dalam jangka pendek.

Ć Dalam perbincangan di atas, kita telah mengkaji tentang bentuk keluk


penawaran firma dan industri pasaran persaingan sempurna pada jangka
pendek. Kita juga telah lihat bagaimana keseimbangan firma dan industri
dicapai pada jangka panjang. Disebabkan oleh faktor kebebasan keluar
masuk pasaran, firma pasaran persaingan sempurna hanya akan
memperoleh keuntungan normal pada jangka panjang.

Ć Akhir sekali, kita telah lihat bagaimana bentuk keluk penawaran industri
diperoleh berdasarkan kepada kos. Memahami bagaimana firma beroperasi
dalam pasaran persaingan sempurna akan membolehkan kita mengkaji
gelagat firma dalam struktur pasaran yang lain.

Hasil purata (AR) Kecekapan pengeluaran


Hasil sut (MR) Keuntungan ekonomi
Jumlah hasil (TR) Keuntungan perakaunan
Jumlah kos (TC) Kos sut (MC)
Kecekapan pengagihan Pasaran persaingan sempurna

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pasaran
8 Monopoli

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud monopoli dan sumber kuasa monopoli;
2. Membezakan pasaran monopoli dengan lain-lain struktur pasaran;
3. Menjelaskan bagaimana harga dan output yang memaksimumkan
keuntungan monopoli ditentukan;
4. Menjelaskan konsep monopoli seperti yang dilaksanakan dalam
pasaran monopoli; dan
5. Mengaplikasikan teori diskriminasi harga di pasaran monopoli.

 PENGENALAN
Apakah maksud pasaran monopoli? Pasaran monopoli adalah struktur pasaran
yang bercanggah dengan pasaran persaingan sempurna.

Selain itu, terdapat beberapa ciri lain yang membezakan pasaran monopoli dan
pasaran persaingan sempurna. Di dalam topik ini, ciri-ciri ini akan dibincangkan
dengan teliti .

Pasaran monopoli (atau sering dirujuk sebagai monopoli) boleh


didefinisikan sebagai pasaran yang terdiri daripada satu firma atau seorang
penjual.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  219

8.1 CIRI-CIRI PASARAN MONOPOLI


Rajah 8.1 menunjukkan ciri-ciri utama yang membezakan monopoli dengan
pasaran persaingan sempurna.

Rajah 8.1: Ciri-ciri pasaran monopoli

8.1.1 Tiada Pengganti Hampir


Barangan yang dihasilkan oleh monopoli tidak memiliki pengganti yang hampir
dari segi penggunaan barangan. Di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB)
adalah contoh terbaik monopoli. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB
tidak boleh digantikan dengan bentuk tenaga yang lain. Walaupun mungkin
terdapat lain-lain barangan yang boleh menggantikan penggunaan elektrik,
barangan tersebut mungkin terhad dari segi penggunaannya ataupun sifatnya.

Lilin contohnya, boleh digunakan untuk menghasilkan cahaya dan


menggantikan tenaga elektrik semasa bekalan elektrik terputus. Walau
bagaimanapun, kegunaan lilin adalah terhad. Ia tidak boleh digunakan untuk
mendapatkan siaran televisyen atau program radio ataupun untuk
menghidupkan kipas elektrik.

8.1.2 Halangan Kemasukan ke Industri


Berbeza dengan pasaran persaingan sempurna, monopoli mempunyai kuasa
untuk menyekat kemasukan lain-lain firma ke dalam industri. Halangan ini
wujud disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
(a) Lesen yang diberikan oleh kerajaan;
(b) Kawalan terhadap sumber atau faktor pengeluaran; dan
(c) Kewujudan ekonomi bidangan dan lain-lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

Perkara di atas akan mewujudkan kuasa monopoli dalam industri. Kita akan
membincangkan dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan kuasa monopoli
ini pada bahagian yang berikutnya.

8.1.3 Firma sebagai Penentu Harga


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pasaran monopoli terdiri daripada
hanya sebuah firma sahaja yang mengawal keseluruhan pasaran. Ini
membolehkan firma monopoli untuk menentukan harga barangan dan
perkhidmatan yang disediakan secara bersendirian.

AKTIVITI 8.1

Pada pendapat anda, kenapakah barangan atau perkhidmatan yang


sama boleh dijual pada harga yang berbeza kepada pembeli yang
berbeza?

SEMAK KENDIRI 8.1

Pada pendapat anda, kenapakah hanya terdapat sebuah firma sahaja


yang mengawal pengeluaran barangan atau perkhidmatan tertentu?

8.2 PUNCA KUASA MONOPOLI

SEMAK KENDIRI 8.2

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, tentukan manakah antara


berikut boleh dianggap sebagai sebuah monopoli?
(a) Tenaga Nasional Berhad (TNB);
(b) Celcom (M) Berhad;
(c) Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS);
(d) Sistem Penerbangan Malaysia (MAS); dan
(e) Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  221

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan wujudnya kuasa monopoli:


(a) Kawalan terhadap sumber pengeluaran tertentu;
(b) Ekonomi bidangan; dan
(c) Sekatan undang-undang.

8.2.1 Kawalan Terhadap Sumber Pengeluaran


Tertentu
Monopoli boleh terjadi apabila firma tertentu dapat mengawal sejumlah besar
atau keseluruhan bekalan sumber bahan mentah yang firma lain tidak mampu
miliki. Telekom Malaysia Berhad contohnya, cuba untuk mengawal sebahagian
besar sumber telekomunikasi dengan mengambil alih beberapa syarikat yang
lain seperti Celcom untuk menjadi kuasa monopoli dalam industri
telekomunikasi.

De Beers adalah satu contoh yang menunjukkan monopoli dunia dalam dunia
permata. Dalam kes ini, De Beers mengawal hampir kesemua lombong batu
permata di dunia.

8.2.2 Ekonomi Bidangan


Ekonomi bidangan bermakna firma dapat mengeluarkan barangan dengan kos
purata yang rendah kerana firma tersebut mengeluarkan barangan tersebut
dalam skala yang besar. Ini akan menghalang firma baru daripada memasuki
pasaran kerana masa yang panjang diperlukan untuk mencapai ekonomi
bidangan.

Jika firma baru berhasrat untuk memasuki pasaran, ia perlu menjual kesemua
outputnya pada harga yang serendah harga yang ditawarkan oleh firma yang
mengalami ekonomi bidangan. Ini kemungkinan besar akan mendatangkan
kerugian besar kepada firma tersebut dan tidak lama kemudian, firma baru ini
akan terpaksa meninggalkan pasaran.

8.2.3 Halangan Undang-undang


Kerajaan mewujudkan halangan dari segi undang-undang untuk melindungi
kepentingan firma monopoli. Halangan ini terdiri daripada pelbagai bentuk
seperti lesen, paten dan hak cipta seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 8.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

Rajah 8.2: Halangan undang-undang dalam ekonomi

(a) Lesen
Lesen am adalah hak undang-undang yang diberikan oleh kerajaan negeri
atau kerajaan tempatan kepada pemilik perniagaan melalui pembayaran
sejumlah wang. Tanpa lesen tersebut, perniagaan yang dijalankan
dianggap sebagai tidak sah dari segi undang-undang dan tindakan
undang-undang boleh diambil ke atas pemiliknya.

Kebanyakan perniagaan seperti perniagaan perubatan, makanan dan lain-


lain memerlukan lesen untuk beroperasi. Bagaimanakah lesen boleh
mewujudkan kuasa monopoli? Lesen boleh mewujudkan kuasa monopoli
kerana tidak semua perniagaan akan diberikan lesen oleh kerajaan.

Namun, pemberian lesen jarang sekali membawa kepada kemunculan


kuasa monopoli. Kebiasaannya, ia hanya akan mengurangkan persaingan.
Kerajaan hanya akan memberikan lesen kepada perniagaan yang tertentu
yang dianggap lebih berdaya maju berbanding pesaing yang lain. Firma
yang tidak mempunyai lesen akan dihalang daripada menjalankan
perniagaan.

(b) Paten
Paten adalah sejenis hak yang diberikan oleh kerajaan kepada pencipta
untuk melindungi ciptaan mereka. Paten akan menyekat lain-lain individu
daripada menghasilkan barangan yang sama dengan ciptaan yang
dilindungi oleh paten. Paten adalah penting untuk melindungi pencipta
dan ciptaan mereka kerana ciptaan kebiasaannya melibatkan kos yang
tinggi. Di Amerika, paten untuk sesuatu ciptaan akan diberikan untuk
tempoh sekurang-kurangnya 17 tahun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  223

AKTIVITI 8.2

Di Malaysia, kesedaran tentang perlindungan paten terhadap sesuatu


ciptaan masih lagi boleh dianggap sebagai rendah. Pada pendapat anda,
apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran
tentang isu ini?

(c) Hak Cipta


Hak cipta juga adalah paten yang melindungi pencipta daripada peniruan.
Berbeza dengan paten, hak cipta diberikan kepada penulisan dan penerbitan
buku dan penulisan lagu. Hak cipta hanya membenarkan penulis tertentu
untuk menerbitkan buku atau lagu tertentu. Penerbitan yang tidak mendapat
kebenaran boleh didakwa secara undang-undang.

AKTIVITI 8.3

Terangkan sebab-sebab wujudnya kuasa monopoli.

LATIHAN 8.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Monopoli dikatakan sebagai pasaran persaingan tidak sempurna
kerana ia terdiri daripada seorang penjual tunggal bagi barangan
yang tidak mempunyai pengganti hampir.
2. Monopoli terdiri daripada hanya seorang pembeli, manakala
penjual pula secara relatifnya adalah ramai.
3. Faktor seperti modal yang besar dan tahap teknologi yang tinggi
memudahkan firma monopoli untuk menguasai pasaran.
4. Industri pengiklanan adalah pilihan dalam jualan meningkat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

8.3 PERMINTAAN, HASIL PURATA DAN


HASIL SUT
Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut lagi tentang pemaksimuman
keuntungan monopoli, kita perlu terlebih dahulu faham isu asas berkenaan
dengannya. Di sini, kita akan lihat hubungan antara keluk permintaan (D), keluk
jumlah hasil (TR) dan keluk hasil sut (MR) sebuah pasaran monopoli.

8.3.1 Hubungan antara Keluk Permintaan dan Keluk


Jumlah Hasil

SEMAK KENDIRI 8.3

Tahukah anda bagaimana untuk mendapatkan jumlah hasil?

Jumlah hasil boleh diperoleh dengan mendarabkan harga dengan kuantiti output
yang dijual.

Harga  Kuantiti output yang dijual = Jumlah hasil

Rajah 8.3(a) menggambarkan keluk permintaan monopoli manakala Rajah 8.3(b)


menunjukkan keluk jumlah hasil firma tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  225

Rajah 8.3: Hubungan antara keluk permintaan dan keluk jumlah hasil

Keluk jumlah hasil monopoli adalah sama dengan keluk jumlah hasil pasaran
persaingan sempurna yang bermula pada titik asal yang menunjukkan tiada
hasil diperoleh apabila tiada output dihasilkan.

Berdasarkan Rajah 8.3, kita dapat lihat bagaimana nilai jumlah hasil meningkat
sehingga ia mencapai tahap maksimum, kemudian berkurangan secara
berterusan.

Hubungannya dengan keluk permintaan ialah pada bahagian di mana keluk


permintaan adalah lebih anjal. Apabila terdapat lebih banyak output yang
dihasilkan disebabkan oleh penurunan harga, jumlah hasil akan meningkat.

Output Ę = Jumlah Hasil 


Disebabkan oleh kejatuhan harga

Jumlah hasil berada pada titik maksimum apabila keluk permintaan adalah anjal
satu. Selepas titik tersebut, jumlah hasil akan merosot apabila lebih banyak
kuantiti dikeluarkan. Ini adalah salah satu sebab kenapa firma monopoli tidak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

akan mengeluarkan output pada bahagian di mana keluk permintaan adalah


tidak anjal.

8.3.2 Keluk Jumlah Hasil, Keluk Jumlah Kos dan


Keuntungan Monopoli

SEMAK KENDIRI 8.4

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mengira keuntungan ekonomi


berdasarkan Rajah 8.3?

Keuntungan ekonomi dikira berdasarkan kepada jarak yang terbesar antara


keluk jumlah kos (TC) dan keluk jumlah hasil (TR). Rajah 8.4 menunjukkan
bahawa perbezaan terbesar dicapai apabila output bersamaan dengan 150 unit.

Perhatikan bahawa semasa ini berlaku, kecerunan kedua-dua keluk adalah sama.
Mana-mana output dari 50 hingga 290 unit masih lagi akan mendatangkan
keuntungan kepada firma monopoli akan tetapi keuntungan tersebut bukanlah
keuntungan maksimum.

Keuntungan maksimum hanya akan dicapai apabila output adalah 150 unit.
Sementara itu, tahap output yang lebih rendah daripada 50 unit dan melebihi 290
unit akan mendatangkan kerugian kepada pengeluar kerana keluk jumlah kos
berada di atas keluk jumlah hasil. Ini bermakna, dalam keadaan seperti ini, kos
adalah lebih tinggi daripada hasil untuk setiap unit output yang dihasilkan.
Keadaan ini boleh dilihat di Rajah 8.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  227

Rajah 8.4: Keluk jumlah hasil, keluk jumlah kos dan keuntungan monopoli

8.3.3 Hubungan antara Keluk Permintaan dan Keluk


Hasil Sut
Keluk hasil sut monopoli memiliki pintasan pada paksi menegak (paksi harga)
yang sama dengan keluk permintaan iaitu apabila harga adalah RM80. Namun,
titik pintasan pada garis mendatar adalah berbeza untuk kedua-dua keluk ini.
Pintasan keluk permintaan adalah dua kali lebih besar pintasan keluk hasil sut.

Rajah 8.5 menunjukkan bahawa keluk hasil sut memintas paksi mendatar pada
tahap output 400 unit, manakala keluk permintaan pula memintas paksi tersebut
semasa output adalah 800 unit. Ini juga bermakna bahawa kecerunan keluk hasil
sut adalah dua kali ganda kecerunan keluk permintaan monopoli.

Sebagai contoh, andaikan fungsi permintaan untuk monopoli adalah:

P = 24 ă 6Q

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

Oleh itu, fungsi hasil sut adalah:

MR = 24 ă 12Q

Kita boleh lihat di sini bahawa kecerunan fungsi permintaan adalah enam,
manakala kecerunan fungsi hasil sut adalah 12.

Kenapakah keluk hasil sut memintas paksi X pada separuh nilai pintasan keluk
permintaan? Ini adalah kerana hasil sut mencapai titik maksimum apabila keluk
permintaan adalah anjal satu iaitu di tengah keluk permintaan. Selepas titik
tersebut, nilai hasil sut akan menjadi negatif.

Rajah 8.5: Hubungan antara keluk permintaan dan keluk hasil sut

8.3.4 Hasil Sut

SEMAK KENDIRI 8.5

Setelah anda mempelajari topik sebelum ini, pada pendapat anda,


apakah maksud hasil sut?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  229

Hasil sut adalah kecerunan keluk hasil keluk jumlah hasil (TR), manakala
kos sut adalah kecerunan keluk jumlah kos (TC).

Berdasarkan kepada definisi di atas, kita boleh nyatakan bahawa firma monopoli
akan memilih tahap output di mana jumlah hasil adalah bersamaan dengan
jumlah kos.

Hasil sut firma monopoli boleh diperoleh dengan membezakan fungsi hasil
terhadap kuantiti output. Pada fungsi,

TR TR
MR  atau
Q Q

Memandangkan fungsi keuntungan adalah

 = TR – TC

Untuk mendapatkan keuntungan maksimum, kita perlu membezakan fungsi


keuntungan terhadap output dan menyamakannya dengan sifar.

  TR  TC 
 0
Q Q
TR TC
  0
Q Q
 MR  MC  0

atau

MR  MC

Syarat yang perlu dipatuhi ini adalah sama dengan syarat dalam pasaran
persaingan sempurna iaitu keluk hasil sut perlu bersilang dengan keluk kos sut
dari atas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

Secara rasionalnya, keadaan ini adalah apabila semua firma mahu mengeluarkan
output hanya apabila hasil sut melebihi kos sut. Justeru, keluk hasil sut perlu
berada di atas keluk kos sebelum persimpangan (persilangan).

Rajah 8.6: Pemaksimuman keuntungan monopoli

Berdasarkan kepada Rajah 8.6, kita dapat lihat syarat di mana keluk kos sut
bersilang dengan keluk hasil sut. Persilangan berlaku pada dua titik iaitu apabila
output adalah Q1 dan Q* unit.

Namun, output yang dipilih adalah output yang memaksimumkan keuntungan


iaitu Q* . Pada titik tersebut, keluk kos sut bersilang dengan keluk hasil sut dari atas
dan selepas titik persilangan tersebut, keluk kos sut berada di bawah keluk hasil sut.

Ini bermakna, apabila pengeluaran output berada di antara Q1 dan Q*, kos sut
output adalah lebih rendah daripada hasil sut. Sementara itu, selepas titik Q*,
peningkatan output seterusnya akan menyebabkan peningkatan kos yang lebih
besar berbanding peningkatan hasil.

Hanya pada Q* unit, hasil sut adalah sama dengan kos sut dan ini seterusnya akan
memaksimumkan keuntungan monopoli. Q1 adalah output yang akan
membolehkan firma mencapai titik pulang modal.

8.3.5 Monopoli dan Keluk Penawaran


Apakah itu keluk penawaran? Keluk penawaran dalam pasaran persaingan
sempurna adalah keluk kos marginal (MC) ia sendiri dengan syarat keluk
tersebut berada di atas titik minimum keluk kos purata. Dalam monopoli, keluk
kos sut tidak boleh dianggap sebagai keluk penawaran. Ini adalah kerana keluk
penawaran setiap barangan menunjukkan hubungan antara tahap harga dan
kuantiti output yang dihasilkan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  231

Ini bermakna, bagi setiap tahap harga, hanya terdapat satu tahap output.
Namun, untuk monopoli, tahap output yang sama boleh mempunyai harga yang
berbeza. Rajah 8.7 menunjukkan keadaan ini.

Rajah 8.7: Monopoli dan keluk penawaran

Keluk D0 dan MR0 adalah keluk permintaan dan keluk hasil sut yang asal dan
MC adalah keluk kos sut untuk monopoli. Oleh kerana syarat pemaksimuman
keuntungan adalah hasil sut perlu menyamai kos sut, Q0 adalah output yang
memaksimumkan keuntungan monopoli dengan harga yang dikenakan adalah
P0.

Apabila kita andaikan bahawa permintaan berkurangan dan keluk D0 beralih ke


D1, maka keluk hasil sut MR1 dihasilkan. Dengan andaian bahawa kos
pengeluaran kekal tidak berubah, keluk MC juga tidak berubah. Oleh kerana Q0
adalah tahap output yang memaksimumkan keuntungan, firma monopoli perlu
mengeluarkan tahap output tersebut.

Oleh kerana keluk permintaan telah jatuh dari keluk yang asal, harga yang
terhasil pada tahap output tersebut adalah P1 yang lebih rendah daripada harga
asal P0. Di sini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana monopoli boleh
mengenakan dua harga yang berbeza untuk tahap output yang sama (Q0).

Justeru, keluk kos sut monopoli tidak boleh dianggap sebagai keluk penawaran
kerana ia boleh mengenakan dua harga yang berbeza untuk tahap output yang
sama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

LATIHAN 8.2

Isikan tempat kosong.


1. ___________ adalah jaminan kerajaan secara undang-undang
untuk menggalakkan pembangunan aktiviti penyelidikan dan
ciptaan baru, di samping menghalang aktiviti peniruan.
2. ____________ diberi kepada firma yang terlibat dalam penyediaan
kemudahan awam. Ini akan memastikan hanya terdapat sebuah
firma sahaja dalam industri tersebut dan membolehkan firma
tersebut mendapat manfaat daripada ekonomi bidangan.
x
3. Hasil purata = . Pemboleh ubah x adalah
Kuantiti Pengeluaran
_______________.
4. Jumlah hasil = Kuantiti pengeluaran x Y. Pemboleh ubah Y adalah
_______________.

8.4 KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK


MONOPOLI
Keseimbangan jangka pendek monopoli dicapai apabila keluk hasil sut bersilang
dengan keluk kos sut jangka pendek.

Output dan harga pada titik persilangan tersebut adalah output dan harga yang
akan memaksimumkan keuntungan firma dalam jangka pendek. Dengan kata
lain, keseimbangan dicapai pada jangka pendek apabila kos sut adalah sama
dengan hasil sut (MC = MR).

Rajah 8.8 menggambarkan keadaan keseimbangan jangka pendek monopoli


dengan Q* dan P* adalah tahap output dan harga yang memaksimumkan
keuntungan. Kawasan P*bca adalah jumlah keuntungan yang diperoleh oleh
monopoli iaitu perbezaan antara harga dan kos purata dalam jangka pendek.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  233

Rajah 8.8: Keseimbangan jangka pendek monopoli

Sepertimana firma yang lain, firma monopoli juga boleh mengalami kerugian
dalam jangka pendek. Firma monopoli akan mengalami kerugian pada jangka
pendek jika keluk kos purata jangka pendek (SAC) berada di atas keluk
permintaan (yang juga merupakan keluk hasil purata).

Rajah 8.9 di bawah menunjukkan keadaan di mana monopoli mengalami


kerugian dalam jangka pendek. Berdasarkan diagram tersebut, kita dapat lihat
dengan jelas bahawa harga seunit output adalah lebih rendah daripada kos
pengeluaran seunit output. Q* adalah tahap output yang memaksimumkan
keuntungan firma monopoli ini.

Rajah 8.9: Kerugian pada jangka pendek

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

Jumlah hasil untuk Q* unit output adalah P*cQ*0, manakala kos untuk
mengeluarkan Q* unit output adalah abQ*0. Di sini, kita boleh lihat bagaimana
jumlah hasil adalah lebih rendah daripada jumlah kos.

Keadaan ini akan menyebabkan firma monopoli menanggung kerugian. Jika


keadaan ini berterusan pada jangka panjang, firma monopoli perlu
menghentikan operasinya. Kawasan abcP* mewakili jumlah kerugian yang
ditanggung oleh firma monopoli tersebut.

8.4.1 Harga dan Output yang Memaksimumkan


Keuntungan: Kes Khas
Jika kita hendak menentukan output dan harga yang memaksimumkan
keuntungan firma monopoli dalam kes khas, syarat yang diperlukan adalah
sama dengan kes yang biasa. Kes khas di sini merujuk kepada keluk hasil sut
yang berbentuk mendatar. Keluk hasil sut berbentuk demikian disebabkan oleh
nilai kos sut yang malar di sepanjang proses pengeluaran. Kes ini ditunjukkan
pada Rajah 8.10.

Rajah 8.10: Monopoli dengan keluk kos sut malar

Berikut adalah contoh kes khas seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 8.10:

Andaikan fungsi permintaan dan kos untuk monopoli adalah seperti berikut:

P = 200 ă 10Q
TC = 320 + 20Q

Berdasarkan kepada fungsi di atas, kita boleh memperoleh fungsi kos sut MC =
20.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  235

Daripada rajah di atas, kita dapati bahawa walaupun fungsi kos sut monopoli
adalah berbeza daripada fungsi kos sut monopoli normal yang berbentuk U,
syarat yang sama masih lagi diguna pakai untuk menentukan output dan harga
yang memaksimumkan keuntungan. Dalam kes ini, output yang
memaksimumkan keuntungan adalah empat unit manakala harga yang
memaksimumkan keuntungan adalah RM160.

8.5 PENUTUPAN FIRMA MONOPOLI DALAM


JANGKA PENDEK

SEMAK KENDIRI 8.6

Tahukah anda bila firma monopoli perlu menghentikan/menutup


operasinya?

Keadaan yang akan membawa kepada penutupan operasi adalah hampir sama
dengan pasaran persaingan sempurna iaitu firma akan menutup operasinya
apabila harga keseimbangan adalah jauh lebih rendah daripada kos berubah
purata. Harga juga dianggap sebagai hasil purata untuk firma monopoli.

Jika hasil purata output tidak dapat menampung kos pengeluaran purata output
maka adalah lebih baik untuk firma monopoli menutup operasinya. Ini adalah
kerana pada harga yang lebih rendah daripada kos berubah purata, bukan sahaja
kos tetap tidak dapat ditampung, kos berubah juga tidak akan dapat ditampung.

Oleh itu, dalam keadaan seperti ini, adalah lebih baik untuk firma tersebut
menutup operasinya. Apabila operasi ditutup, firma tersebut akan dapat
meminimumkan kerugiannya dengan hanya menanggung kos tetap.

Rajah 8.1 menunjukkan bagaimana firma monopoli terpaksa menutup


operasinya dalam jangka pendek. Berdasarkan kepada syarat pemaksimuman
keuntungan, output dan harga yang akan memaksimumkan keuntungan
monopoli adalah Q* dan P*.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

Rajah 8.11: Penutupan operasi firma monopoli dalam jangka pendek

Seperti yang dapat kita lihat, apabila Q* unit output dikeluarkan, firma akan
mengalami kerugian kerana harga adalah jauh lebih rendah daripada kos
berubah purata. Kos berubah purata untuk pengeluaran Q* unit output adalah
C*.

Ini akan memaksa firma untuk menutup operasinya kerana firma tersebut tidak
lagi dapat menampung kos tetap dan kos berubahnya.

8.6 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG


MONOPOLI
Jangka panjang adalah tempoh masa yang membolehkan firma untuk
mengubah kesemua inputnya atau dengan kata lain, semua input adalah
input berubah.

Dalam jangka pendek, output keseimbangan dicapai apabila keluk kos sut
bersilang dengan keluk hasil marginal tetapi dalam jangka panjang, output yang
memaksimumkan keuntungan dicapai apabila keluk kos sut jangka panjang
(LMC) bersilang dengan keluk kos sut firma monopoli tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  237

Rajah 8.12: Keseimbangan jangka panjang monopoli

Rajah 8.12 menunjukkan bagaimana keseimbangan jangka panjang monopoli


dicapai. Perhatikan bahawa dalam jangka panjang, firma monopoli masih lagi
dapat memperoleh keuntungan lebih normal. Keadaan ini berlaku untuk firma
yang memperoleh kuasa monopoli melalui pemberian lesen oleh kerajaan.

Tekanan ke atas keuntungan tidak akan berlaku. Ini menyebabkan keuntungan


lebih normal yang dinikmati akan berkekalan walaupun dalam jangka panjang.
Daripada rajah di atas, kita dapat lihat dengan jelas yang keluk kos purata jangka
panjang firma ini adalah bercerun ke bawah. Ini bermakna firma monopoli
memiliki kelebihan dari segi kos berbanding pesaingnya.

Firma monopoli juga boleh mengalami keuntungan biasa atau keuntungan yang
semakin merosot dalam jangka panjang. Pesaingnya mungkin akan mencipta
pengganti kepada input yang dikawal oleh firma monopoli.

Firma pesaing yang membekalkan output yang memiliki kegunaan yang sama
seperti output yang dihasilkan oleh firma monopoli juga mungkin akan muncul
dalam jangka panjang. Ini akan menyebabkan keuntungan yang diperoleh firma
monopoli merosot.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

LATIHAN 8.3

Isikan tempat kosong.

1. Jika firma monopoli hendak memaksimumkan keuntungannya,


maka titik keseimbangan adalah_________.
2. Kerajaan perlu menyediakan subsidi kepada firma monopoli jika
titik keseimbangan dicapai pada________.
3. Titik keseimbangan yang manakah menunjukkan firma monopoli
beroperasi pada kapasitinya yang sepenuhnya?
4. Firma monopoli akan mencapai kecekapan agihan pada titik
________.

8.7 DISKRIMINASI HARGA


Dalam perbincangan kita di atas, kita telah mengandaikan bahawa firma
monopoli hanya akan membekalkan barangan kepada pembeli pada satu harga
yang sama. Di dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana firma
monopoli boleh menawarkan barangannya pada harga yang berbeza kepada
pembeli yang berbeza. Keadaan seperti ini dikenali sebagai diskriminasi harga.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  239

Diskriminasi harga bermaksud firma monopoli mengenakan harga yang


berbeza kepada pengguna yang berbeza untuk barangan yang sama.

Apabila diskriminasi harga berlaku, ia bermakna firma monopoli dapat menukar


lebihan pengguna menjadi keuntungan kepadanya.

8.7.1 Syarat Berlaku Diskriminasi Harga


Terdapat beberapa faktor yang membolehkan firma monopoli mengamalkan
diskriminasi harga. Antara syarat atau peraturan bagi diskriminasi harga adalah:

(a) Barangan Tidak Boleh Diagihkan Semula


Diskriminasi harga tidak akan berjaya sekiranya barangan yang dijual di
pasaran dengan harga yang murah boleh diagihkan semula dengan mudah
di pasaran lain yang mengenakan harga yang lebih tinggi. Dengan kata
lain, tiada kemungkinan untuk sesuatu barangan dijual semula di pasaran
yang lain.

Jika pengagihan atau penjualan semula berlaku, ini akan menyebabkan


harga yang diterima oleh firma akan berbeza dengan harga yang telah
ditetapkan dan ada kemungkinan untuk harga di kedua-dua pasaran untuk
menjadi sama. Apabila keadaan ini berlaku, maka diskriminasi harga tidak
boleh dilakukan.

(b) Pasaran yang Terpisah Secara Geografi


Apabila dua pasaran terpisah secara geografi, kemungkinan untuk
pengagihan semula barangan adalah rendah; jika barangan boleh
diagihkan semula, ia akan menyebabkan perubahan kos pengeluaran. Kos
pengeluaran bagi firma yang mengenakan diskriminasi harga adalah sama.
Maka, apabila kos berbeza, diskriminasi harga tidak akan berjaya.

(c) Keanjalan dan Ciri-ciri Permintaan yang Berbeza di Kedua-dua Pasaran


Harga yang lebih tinggi boleh dikenakan di pasaran yang memiliki
keanjalan permintaan yang rendah berbanding di pasaran dengan
keanjalan yang tinggi (lebih anjal). Apabila kedua-dua pasaran memiliki
keanjalan yang sama, firma monopoli tidak akan dapat mengenakan harga
yang berbeza dan diskriminasi harga tidak akan berlaku.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

8.7.2 Jualan di Pasaran Terpisah


Salah satu syarat yang membolehkan diskriminasi harga dilaksanakan adalah
firma monopoli dapat memisahkan pasaran barangannya. Dengan andaian
bahawa firma tersebut adalah satu-satunya firma yang menghasilkan sesuatu
barangan, maka ia dapat mengenakan harga yang berbeza di pasaran tersebut.

Walaupun jualan berlaku di dua pasaran yang berbeza, keluk kos firma
monopoli adalah tetap sama. Ini menyebabkan, kedua-dua pasaran tersebut
mempunyai kos sut yang sama.

Rajah 8.13 menunjukkan keluk permintaan dan keluk hasil sut untuk firma
monopoli yang menjual barangannya di dua pasaran yang berbeza. Perhatikan
bahawa keluk hasil sut untuk firma yang menjual di pasaran yang berbeza
adalah hasil tambah secara mendatar keluk hasil sut di setiap pasaran.

Rajah 8.13: Monopoli dan jualan di pasaran yang berbeza

Berdasarkan Rajah 8.13, kita dapat lihat bahawa output keseluruhan yang dapat
memaksimumkan keuntungan adalah 20 unit di mana lapan unit dikeluarkan
untuk Pasaran 1 dan 12 unit lagi dihasilkan untuk Pasaran 2.

Kita boleh simpulkan di sini bahawa hasil sut untuk kedua-dua pasaran masih
lagi sama walaupun pengeluaran dan harga yang dikenakan di setiap pasaran
adalah berbeza. Ini adalah kerana kedua-dua pasaran memiliki keluk permintaan
yang berbeza.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  241

8.7.3 Pemaksimuman Keuntungan: Harga dan Output


Keseimbangan Monopoli yang Mengamalkan
Diskriminasi Harga
Di dalam subtopik ini, kita akan lihat bagaimana firma monopoli menentukan
harga dan output yang dapat memaksimumkan keuntungan semasa
mengamalkan diskriminasi harga. Walaupun semasa mengamalkan
diskriminasi, firma monopoli masih lagi terikat dengan syarat pemaksimuman
keuntungan yang biasa iaitu kos sut adalah sama dengan hasil sut.

Firma monopoli akan menentukan output yang diperlukan untuk dikeluarkan,


pengagihan output kepada setiap pasaran dan harga di setiap pasaran. Untuk
menentukan perkara ini, firma monopoli akan mengambil langkah berikut:
(a) Firma monopoli perlu menentukan terlebih dahulu tahap output yang akan
memaksimumkan keuntungan dengan menyamakan kos sut dengan hasil
sut di kedua-dua pasaran; dan
(b) Output tersebut akan diagihkan kepada setiap pasaran dan jumlah output
yang diagihkan adalah berbeza di setiap pasaran. Setelah output dikenal
pasti, harga bagi output tersebut pula akan ditentukan berdasarkan kepada
keluk permintaan pada setiap pasaran.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, untuk pasaran yang memiliki
keanjalan permintaan yang rendah, jumlah output yang lebih kecil akan
diagihkan untuk pasaran tersebut berbanding dengan pasaran yang memiliki
keanjalan yang lebih tinggi. Sebaliknya akan berlaku kepada harga di mana
harga yang lebih rendah akan dikenakan kepada pasaran yang memiliki
keanjalan yang lebih tinggi.

Rajah 8.13 sebelum ini menunjukkan bagaimana output diagihkan di kedua-dua


pasaran. Keluk hasil sut bagi firma monopoli yang menjual di dua pasaran yang
berbeza adalah hasil tambah secara mendatar keluk hasil sut setiap pasaran.
Output yang memaksimumkan keuntungan ditentukan apabila keluk kos sut
bersilang dengan keluk hasil sut.

Merujuk pada rajah tersebut, kita juga mendapati bahawa output keseimbangan
adalah 20 unit dengan lapan unit diagihkan kepada Pasaran 1 dan 12 unit
kepada Pasaran 2. Harga untuk setiap pasaran adalah berbeza di mana harga di
Pasaran 2 adalah lebih tinggi berbanding dengan harga di Pasaran 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

8.7.4 Tahap Diskriminasi Harga


Terdapat tiga tahap diskriminasi harga iaitu tahap pertama, kedua dan ketiga.

(a) Diskriminasi Harga Tahap Pertama


Diskriminasi harga tahap pertama juga dikenali sebagai diskriminasi harga
sempurna. Ini bermakna, firma monopoli mengenakan harga yang berbeza
untuk setiap unit output yang dijual.

Dalam kes ini, firma monopoli mengetahui dengan sempurna tentang


kesanggupan membayar bagi setiap pembeli. Oleh itu, dalam diskriminasi
harga tahap pertama, firma monopoli dapat memperoleh kesemua lebihan
pengguna yang wujud di pasaran. Dalam kes ini, keluk permintaan
monopoli adalah juga keluk hasil sut.

Rajah 8.14 menunjukkan bagaimana firma monopoli mengenakan harga


berbeza untuk setiap unit output yang dijual. Hasilnya, keuntungan atau
lebihan pengeluar monopoli ditunjukkan oleh kawasan aP4b. Kita juga
dapat lihat yang tiada sebarang lebihan pengguna yang wujud dalam kes
ini.

Rajah 8.14: Diskriminasi harga tahap pertama

Bagaimanakah firma monopoli menentukan output yang dapat


memaksimumkan keuntungan? Syarat yang menentukan output yang
memaksimumkan keuntungan firma monopoli yang mengamalkan
diskriminasi harga adalah hasil sut (MR) perlu menyamai kos sut (MC).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  243

Rajah 8.15: Diskriminasi harga dan keseimbangan

Rajah 8.15 menunjukkan bagaimana firma monopoli menentukan output


yang memaksimumkan keuntungannya. Kita dapat lihat yang Q* adalah
output yang memaksimumkan keuntungan firma monopoli ini. Pada titik
ini, keluk kos sut bersilang dengan keluk hasil sut yang juga merupakan
keluk permintaan monopoli.

Untuk setiap unit output dari 0 hinggalah ke Q* unit, firma monopoli


mengenakan harga yang berbeza kepada pembeli. Harga yang dikenakan
oleh firma monopoli adalah antara a dan b untuk setiap unit output dari 0
ke Q*. Keseluruhan lebihan pengguna akan bertukar menjadi keuntungan
kepada firma monopoli.

Diskriminasi harga tahap pertama jarang berlaku kerana:


(i) Kesukaran untuk firma monopoli mengetahui jumlah sebenar yang
sanggup dibayar oleh pengguna untuk sesuatu barangan; dan
(ii) Kemungkinan untuk penjualan semula barangan berlaku adalah
tinggi.

(b) Diskriminasi Harga Tahap Kedua


Diskriminasi harga tahap kedua berlaku lebih kerap berbanding dengan
diskriminasi tahap pertama. Dalam kes ini, harga barangan akan
berkurangan dengan peningkatan kuantiti barangan yang dibeli. Monopoli
akan menentukan harga yang berbeza untuk setiap kumpulan penggunaan
output yang berbeza. Berbeza dengan diskriminasi harga tahap pertama,
diskriminasi tahap kedua hanya akan mengambil alih sebahagian daripada
lebihan pengguna dan bukan kesemuanya.

Rajah 8.16 menunjukkan bagaimana firma monopoli menentukan harga


kepada pengguna yang menggunakan barangannya. Untuk setiap Q1 unit
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
244  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

output yang pertama, harga yang dikenakan adalah P1 seunit. Bagi setiap
tambahan output, harga yang akan dikenakan adalah P2.

Rajah 8.16: Diskriminasi harga tahap kedua

Begitu juga untuk unit tambahan yang seterusnya iaitu Q2Q3. Harga yang
perlu dibayar untuk setiap unit output adalah P3. Kawasan 1, 2 dan 3 yang
merupakan kawasan yang mewakili lebihan pengguna telah bertukar
menjadi keuntungan firma monopoli.

Nota: Diskriminasi harga tahap kedua hanya boleh diamalkan untuk


barangan yang memiliki pasaran yang sangat luas, jumlah pembeli yang
sangat ramai, cita rasa pengguna yang berbeza, tahap pendapatan
pengguna yang berbeza dan keadaan yang berbeza.

Contohnya:
TNB adalah contoh firma yang mengamalkan diskriminasi harga tahap
kedua. TNB akan mengenakan harga yang rendah untuk 300 kilowatt yang
pertama. Manakala untuk 300 unit seterusnya, harga yang lebih tinggi akan
dikenakan dan yang berikutnya.

(c) Diskriminasi Harga Tahap Ketiga


Diskriminasi harga tahap ketiga berlaku apabila monopoli membezakan
harga mengikut kumpulan pengguna berdasarkan kepada tahap
pendapatan mereka atau kesanggupan untuk membayar mereka. Setiap
kumpulan pengguna memiliki keluk permintaan mereka sendiri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  245

Kumpulan pengguna yang sering mendapat harga yang lebih rendah


adalah pelajar ataupun warga emas. Syarikat pengangkutan sering
mengamalkan diskriminasi jenis ini.

Bagaimanakah tahap output ditentukan dalam kes diskriminasi harga


tahap ketiga? Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh firma yang
terlibat.

Pertamanya, setelah output yang memaksimumkan keuntungan dikenal


pasti, output tersebut akan diagihkan kepada kumpulan pengguna yang
berkenaan.

Andaikan terdapat dua kumpulan pengguna dan hasil sut kumpulan


pengguna pertama melebihi hasil sut kumpulan kedua. Maka, adalah lebih
baik untuk firma ini mengagihkan semula output daripada kumpulan
kedua kepada kumpulan pertama.

Pengagihan semula output ini dilakukan dengan merendahkan harga


untuk kumpulan pertama dan meningkatkan harga untuk kumpulan
kedua. Apa pun harga yang dikenakan ke atas kedua-dua pasaran, hasil sut
untuk kedua-dua kumpulan adalah sama.

Keduanya, kita telah ketahui bahawa jumlah output yang


memaksimumkan output diperoleh apabila hasil setiap kumpulan adalah
sama dengan kos sut pengeluaran. Namun, jika keadaan ini tidak berlaku,
firma boleh meningkatkan keuntungan dengan meningkatkan output
(mengurangkan output) dan mengurangkan (meningkatkan) harga untuk
kedua-dua pasaran.

Contoh:
Apabila hasil sut untuk setiap kumpulan adalah sama tetapi melebihi kos
sut pengeluaran, maka firma boleh meningkatkan keuntungan dengan
meningkatkan output.

Harga akan dikurangkan untuk kedua-dua kumpulan pembeli yang


seterusnya akan menyebabkan pengurangan hasil sut mereka (tetapi hasil
sut masih lagi sama untuk setiap kumpulan pengguna) sehinggalah ia
menjadi sama dengan kos sut. Keadaan ini boleh dibuktikan secara algebra
seperti berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

QT = Q1 + Q2 dan
« = P1Q1 + P2Q2 ă C (QT)

di mana QT adalah jumlah keseluruhan output pasaran. P1Q1 dan P2Q2


adalah harga dan output untuk pasaran satu dan dua.

Firma akan meningkatkan jualan kepada kedua-dua kumpulan


sehinggalah kenaikan keuntungan untuk unit yang terakhir dijual adalah
sifar.

  P1Q 1  C
  0
QT  Q 1 Q 1
MR 1  MC
  P2Q 2  C
  0
Q 2 Q 2 Q 2
MR 2  MC

Oleh kerana kos sut kedua-dua kumpulan pengguna adalah sama, maka
kita dapat lihat yang syarat pemaksimuman keuntungan untuk firma yang
mengamalkan diskriminasi harga tahap ketiga adalah:

MR1 = MR2 = MC

8.8 KOS SOSIAL MONOPOLI


Dalam ekonomi, hanya pasaran persaingan sempurna beroperasi secara cekap
iaitu ia mengeluarkan output pada tahap di mana harga adalah bersamaan
dengan kos sut (P = MC). Kecekapan di sini merujuk kepada penilaian pembeli
terhadap unit terakhir output yang sama dengan nilai pasaran sumber yang
digunakan untuk menghasilkan output tersebut.

Kecekapan juga bermakna tiada lagi kemungkinan untuk berlakunya


peningkatan keuntungan dengan menggantikan satu input kepada input yang
lain. Monopoli dianggap sebagai tidak cekap kerana output dihasilkan semasa
harga melebihi kos sut (P > MC).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  247

Rajah 8.17: Monopoli dan kos sosial

Rajah 8.17 menunjukkan bagaimana ketidakcekapan monopoli menyebabkan


kehilangan kebajikan sosial. LMC dan LAC adalah keluk kos purata jangka
panjang dan keluk kos sut jangka panjang monopoli. Monopoli yang tidak
mengamalkan diskriminasi harga akan mengenakan harga Pm dan
mengeluarkan Qm unit output.

Pasaran persaingan sempurna yang beroperasi dengan kos yang sama akan
mengeluarkan Qc unit output dan mengenakan harga Pc. Apabila dibandingkan
dengan pasaran persaingan sempurna, monopoli akan menyebabkan kehilangan
lebihan pengguna.

Kawasan aPcb adalah lebihan pengguna dalam pasaran persaingan sempurna.


Namun, dalam monopoli, lebihan pengguna telah merosot kepada hanya aPmc
(kawasan 1). Sementara itu, kawasan PmPcdc adalah lebihan pengguna yang
telah bertukar menjadi lebihan pengeluar (keuntungan) monopoli (kawasan 2).

Kawasan cdb (kawasan 3) adalah lebihan pengguna di pasaran persaingan


sempurna yang telah hilang apabila kita berada dalam pasaran monopoli.
Kehilangan ini juga dikenali sebagai kos sosial masyarakat atau kerugian luput
monopoli.

8.8.1 Monopoli Semula Jadi


Monopoli semula jadi adalah monopoli yang menikmati ekonomi bidangan yang
besar dalam pengeluaran. Secara amnya, firma boleh memilih antara skala
pengeluaran yang besar atau yang kecil.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

Monopoli semula jadi adalah monopoli yang menghasilkan barangan awam


seperti elektrik atau bekalan air yang memerlukan skala yang sangat besar dalam
proses pengeluarannya.

Rajah 8.18 menunjukkan bahawa loji berskala besar (skala 2) boleh menghasilkan
250,000 unit output pada kos purata RM1. Jika industri ini distrukturkan semula
untuk menjadi lima firma, setiap firma akan beroperasi pada skala yang lebih
kecil (skala 1). Industri ini masih lagi boleh menghasilkan kuantiti output yang
sama (setiap firma akan menghasilkan 50,000 unit output) tetapi pada kos yang
lebih tinggi (RM5).

Rajah 8.18: Monopoli semula jadi

8.8.2 Kawalan dan Monopoli Semula Jadi

Rajah 8.19: Kawalan dan monopoli semula jadi

Rajah 8.19 menunjukkan struktur monopoli semula jadi. Andaikan yang firma ini
memiliki keluk kos purata (AC) berkurangan apabila lebih banyak output
dihasilkan. Sementara itu, kos sut (MC) firma ini adalah sangat rendah dan
malar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  249

Berdasarkan diagram di atas, Pm dan Qm adalah harga dan kuantiti monopoli


yang tidak dikawal oleh kerajaan. Kita dapat lihat bahawa tanpa kawalan
kerajaan, harga yang dikenakan adalah tinggi dan output yang dihasilkan adalah
terlalu rendah dan tidak memenuhi permintaan keseluruhan pasaran.

Keuntungan yang diperoleh firma diwakili oleh kawasan PmPsba. Keadaan ini
menyebabkan kerugian kepada pengguna kerana harga adalah terlalu tinggi
berbanding dengan kos pengeluaran. Kerajaan boleh mengawal firma supaya
pengeluaran ditingkatkan untuk memenuhi lebih banyak permintaan pasaran dan
mengenakan harga apabila P = MC.

Apabila ini berlaku, output yang dikeluarkan adalah Qc unit dan harga yang
dikenakan adalah Pc. Namun, pada harga tersebut firma ini akan mengalami
kerugian kerana harga adalah jauh lebih rendah daripada kos purata (AC) dan
jika keadaan ini berterusan dalam jangka panjang, firma ini terpaksa menutup
operasinya.

Melalui kawalan harga, terdapat dua perkara yang akan ditetapkan oleh kerajaan
iaitu:

(a) Penetapan Harga Siling


Harga siling adalah harga maksimum yang boleh dikenakan oleh firma
untuk barangannya. Walaupun begitu, dengan penetapan harga siling,
kerajaan perlu memberi subsidi kepada firma.

(b) Penetapan Harga pada P = AC


Dalam kes ini, firma tidak akan mengalami kerugian walaupun pada
jangka panjang. Keuntungan yang diperoleh akan berkurangan dan firma
hanya akan memperoleh keuntungan normal. Bagi pengguna pula, melalui
kawalan seperti ini, lebih banyak permintaan mereka yang akan dapat
dipenuhi dan pada masa yang sama, harga adalah lebih rendah berbanding
dengan harga semasa firma tidak dikawal oleh kerajaan.

AKTIVITI 8.4

Jelaskan terma berikut:


(a) Kos sosial monopoli; dan
(b) Monopoli semula jadi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI

LATIHAN 8.4

Soalan Esei
1. Nyatakan ciri-ciri pasaran monopoli.
2. Bagaimanakah monopoli memperoleh kuasa?
3. Lakarkan keluk permintaan dan keluk pengeluaran sut monopoli
apabila anda diberi fungsi pengeluaran berikut:
P = 100 ă 4Q
4. Kenapakah monopoli akan mengelak daripada mengeluarkan
output pada bahagian keluk permintaan yang tidak anjal?
5. Untuk memaksimumkan keuntungan monopoli, kenapakah keluk
hasil sut perlu bersilang dengan keluk kos sut dari atas?

Ć Melalui topik ini, anda telah mempelajari konsep pasaran monopoli. Secara
ringkasnya, pasaran monopoli boleh dijelaskan seperti peta minda berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PASARAN MONOPOLI  251

Ć Monopoli adalah sejenis pasaran yang terdiri daripada hanya satu firma yang
mengeluarkan output untuk keseluruhan masyarakat. Beberapa faktor telah
dikenal pasti sebagai sumber kuasa monopoli iaitu kawalan terhadap input,
ekonomi bidangan, paten dan lesen yang diberikan oleh kerajaan.

Ć Tidak seperti pasaran persaingan sempurna, monopoli memiliki keluk


permintaan yang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan.

Ć Ini membolehkan monopoli untuk mengawal sama ada harga atau output
tetapi bukan kedua-duanya serentak. Jika monopoli berhasrat untuk
meningkatkan jualannya, ia perlu mengurangkan harganya.

Ć Jika monopoli dapat menjual di dua pasaran berbeza, ia akan terus


menghasilkan output sehinggalah hasil sut di kedua-dua pasaran adalah
sama.

Ć Monopoli dianggap sebagai struktur pasaran yang tidak cekap kerana ia


menyebabkan kehilangan kebajikan pengguna.

Ć Ini boleh dibuktikan dengan membandingkan monopoli dengan pasaran


persaingan sempurna. Hanya pasaran persaingan sempurna dianggap
sebagai cekap kerana ia mengeluarkan output pada satu tahap di mana harga
adalah sama dengan kos sut.

Ć Ini bermakna, bagi setiap unit output tambahan yang dikeluarkan, monopoli
akan menghasilkan lebih nilai berbanding dengan kos pengeluaran output
tersebut. Ketidakcekapan ini menyebabkan monopoli dikawal oleh kerajaan
melalui beberapa kaedah yang bersesuaian.

Diskriminasi harga Monopoli semula jadi


Halangan kemasukan Pasaran monopoli
Kos sosial monopoli

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pasaran
9 Persaingan
Monopoli
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan ciri-ciri pasaran persaingan monopoli;
2. Membezakan pasaran persaingan monopoli, pasaran persaingan
sempurna dan pasaran monopoli;
3. Menilai keseimbangan jangka pendek dan jangka panjang firma
pasaran persaingan monopoli; dan
4. Menganalisis kos sosial yang wujud di pasaran persaingan
monopoli.

 PENGENALAN
Dalam perbincangan lepas, kita telah memahami bagaimana dua struktur
pasaran yang mempunyai sifat yang berbeza atau ciri-ciri (pasaran persaingan
sempurna dan monopoli) beroperasi di pasaran. Sekarang, anda telah bersedia
untuk mempelajari mengenai sejenis lagi struktur pasaran yang menggabungkan
ciri-ciri pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli. Pasaran ini
dikenali sebagai pasaran persaingan monopoli.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI  253

9.1 CIRI-CIRI PASARAN PERSAINGAN


MONOPOLI
Mari kita lihat apakah ciri-ciri pasaran persaingan monopoli. Pasaran
diklasifikasikan sebagai pasaran persaingan monopoli apabila ia memiliki ciri-
ciri berikut:
(a) Jumlah penjual yang besar;
(b) Kebebasan untuk keluar atau memasuki pasaran; dan
(c) Barangan yang berbeza.

9.1.1 Bilangan Penjual yang Besar


Terdapat ramai penjual dalam pasaran persaingan monopoli tetapi tidak seramai
dalam pasaran persaingan sempurna. Ini bermakna, jumlah barangan yang
dihasilkan setiap firma adalah kecil berbanding barangan di pasaran.

9.1.2 Kebebasan untuk Keluar atau Memasuki


Pasaran
Firma memiliki kebebasan untuk keluar atau memasuki pasaran sama seperti
firma di pasaran persaingan sempurna. Kesannya adalah jumlah firma di
industri akan diselaraskan sehinggalah semua firma memperoleh keuntungan
yang normal.

9.1.3 Barangan yang Boleh Dibezakan


Dalam pasaran persaingan sempurna, barangan yang dikeluarkan adalah
homogen. Realitinya, kebanyakan barangan hanya memiliki pengganti yang
hampir dan bukan pengganti yang sempurna. Oleh itu, barangan yang
dihasilkan oleh firma dalam pasaran persaingan monopoli dapat dibezakan.
Rajah 9.1 menunjukkan perbezaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI

Rajah 9.1: Perbezaan barangan yang dikeluarkan

SEMAK KENDIRI 9.1

Pasaran persaingan monopoli adalah pasaran yang memiliki firma


dalam jumlah yang agak besar, mengeluarkan pelbagai jenis barangan
yang merupakan pengganti hampir kepada satu sama lain. Bolehkah
anda senaraikan beberapa contoh barangan dan perkhidmatan
berdasarkan kepada ciri-ciri pasaran persaingan monopoli?

SEMAK KENDIRI 9.2

Cuba berikan beberapa contoh pasaran persaingan monopoli. Dapatkan


bantuan rakan anda atau layari laman web untuk mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut.

9.2 PERMINTAAN, HASIL PURATA DAN


HASIL SUT
Untuk mempelajari bagaimana harga dan output yang memaksimumkan
keuntungan ditentukan dalam pasaran persaingan monopoli, kita perlu terlebih
dahulu mengenal pasti keluk permintaan setiap firma.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI  255

9.2.1 Barangan yang Boleh Dibezakan dan Keanjalan


Permintaan
Setiap firma dalam pasaran persaingan monopoli menjual barangan yang boleh
dibezakan oleh pengguna dan yang tidak memiliki pengganti sempurna.
Kenapakah ini berlaku? Ini adalah satu sumber kuasa untuk firma menentukan
harga barangannya. Oleh itu, firma akan memiliki keluk permintaan yang
bercerun negatif dari kiri ke kanan sama seperti yang berlaku di pasaran
monopoli.

Namun, kuasa untuk menentukan harga tidak sebesar kuasa yang dimiliki oleh
firma monopoli kerana barangan yang dikeluarkan memiliki pengganti yang
hampir. Oleh kerana kuasa untuk menentukan harga adalah lebih kecil, maka
firma akan memiliki keluk permintaan yang lebih anjal berbanding keluk
permintaan firma monopoli. Dengan kata lain, firma di pasaran persaingan
monopoli memiliki keluk permintaan yang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan
yang lebih anjal berbanding dengan keluk permintaan monopoli.

Keluk permintaan adalah juga keluk permintaan firma di pasaran persaingan


monopoli. Keluk hasil sutnya pula adalah bercerun ke bawah dari kiri ke kanan
dan kecerunannya adalah dua kali ganda kecerunan keluk permintaan.

LATIHAN 9.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH
(S).
1. Di pasaran ini terdapat jumlah firma yang besar tetapi tidak sebesar
di pasaran persaingan sempurna.
2. Perbezaan barangan setiap firma adalah dari segi jenama,
pembungkusan, bentuk pengiklanan dan lain-lain.
3. Untuk menyertai pasaran persaingan monopoli, firma perlu
memiliki keupayaan untuk mengeluarkan barangan yang sedikit
berbeza dan lebih menarik daripada barangan yang sedia ada di
pasaran.
4. Keluk permintaan firma pasaran persaingan monopoli bercerun ke
bawah dari kanan ke kiri.
5. Keluk hasil sut sentiasa berada di atas keluk permintaan kerana
keluk permintaan bercerun ke bawah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI

9.3 KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK FIRMA


Berdasarkan perbincangan di atas, kita tahu yang firma di pasaran persaingan
monopoli memiliki keluk permintaan yang bercerun negatif dari kiri ke kanan
kerana firma ini mampu mengawal harga. Ini bermakna, keluk hasil sut (MR)
adalah keluk yang berada di bawah keluk permintaan dan memintas paksi
mendatar pada titik pertengahan di antara titik asal dan titik di mana keluk
permintaan bersilang dengan paksi mendatar.

Pada jangka pendek, firma pasaran persaingan monopoli bertindak seperti firma
monopoli. Di sini, kita dapat lihat yang firma pasaran persaingan monopoli
memaksimumkan keuntungannya (atau meminimumkan kerugiannya) pada
jangka pendek dengan mengeluarkan output pada tahap di mana hasil sut
adalah sama dengan kos sut (MR =MC). Untuk mendapatkan penerangan lebih
lanjut, sila rujuk kepada Rajah 9.2 di bawah.

Rajah 9.2: Firma persaingan monopoli dan keuntungan lebih normal pada jangka pendek

Rajah 9.2 menunjukkan keluk kos, keluk permintaan dan keluk hasil sut sebuah
firma di pasaran persaingan monopoli. Untuk memaksimumkan keuntungan,
firma ini akan memenuhi syarat MR = MC, iaitu titik e, dan menghasilkan q unit
output dan mengenakan harga P untuk setiap unit output.

Kita dapati yang keluk kos purata terletak di bawah keluk permintaan. Ini
bermakna firma ini memperoleh keuntungan lebih normal seperti yang
ditunjukkan oleh kawasan berlorek. Namun, tiada jaminan yang firma dalam
pasaran persaingan monopoli untuk memperoleh keuntungan lebih normal pada
jangka pendek.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI  257

Walaupun firma boleh menentukan harga, faktor permintaan pasaran tidak


cukup untuk membolehkan firma mendapat keuntungan lebih normal. Oleh itu,
kita akan lihat keadaan firma yang memiliki keluk kos yang sama tetapi
mempunyai permintaan pasaran yang lemah.

9.3.1 Firma Persaingan Monopoli dan Keuntungan


Bawah Normal Jangka Pendek
Sekarang, kita akan lihat firma monopoli dan keuntungan bawah normal seperti
yang ditunjukkan oleh Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Firma persaingan monopoli dan keuntungan bawah normal jangka pendek

Rajah 9.3 menunjukkan keadaan di mana firma pasaran persaingan monopoli


menghadapi keuntungan bawah normal pada jangka pendek. Firma ini
mengeluarkan output apabila MR=MC iaitu titik e. Firma ini akan
meminimumkan kerugian dengan mengeluarkan q unit output dan mengenakan
harga P. Kerugian firma ini ditunjukkan oleh kawasan yang berlorek.

Dalam keadaan yang tertentu, firma perlu menentukan sama ada untuk
meneruskan operasinya atau tidak. Di sini, firma akan menggunakan syarat yang
sama seperti firma di pasaran persaingan sempurna atau di pasaran monopoli.
Syarat ini menyatakan yang selagi harga berada pada atau di atas keluk kos
berubah purata, firma akan meneruskan operasi dalam jangka pendek. Jika
harga tidak lagi dapat menampung kos berubah, firma akan menutup
operasinya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI

9.4 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG


Melalui perbincangan di atas, kita dapat lihat yang pemaksimuman keuntungan
jangka pendek firma pasaran persaingan monopoli adalah sama dengan firma
monopoli. Namun, dalam jangka panjang, keadaannya adalah berbeza. Ini
adalah kerana firma dalam pasaran persaingan monopoli boleh keluar atau
masuk ke dalam industri tanpa sebarang halangan, bergantung kepada tahap
keuntungan yang diperoleh oleh firma sedia ada di dalam industri tersebut.

Dalam jangka panjang, keuntungan lebih normal yang dinikmati oleh firma sedia
ada di industri akan menarik firma baru untuk memasuki industri tersebut. Oleh
kerana firma baru akan menawarkan barangan yang sama seperti barangan yang
ditawarkan oleh firma sedia ada, jumlah pengguna untuk firma sedia ada akan
merosot kerana sebahagian daripada mereka akan beralih ke firma yang baru.

Dengan kata lain, kemasukan firma baru akan menyebabkan penguasaan


pasaran firma sedia ada merosot. Keadaan ini ditunjukkan oleh pergerakan ke
bawah pada keluk permintaan dalam Rajah 9.4. Apabila lebih banyak firma baru
memasuki pasaran, semakin kecil penguasaan pasaran firma sedia ada. Ini
bermakna keluk permintaan akan bergerak ke bawah lagi.

Proses ini hanya akan berakhir apabila tiada lagi firma baru yang memasuki
industri iaitu apabila keluk permintaan menyentuh keluk kos purata dan firma
hanya akan memperoleh keuntungan normal.

Rajah 9.4 menunjukkan penyelarasan yang berlaku dalam jangka panjang untuk
sebuah firma pasaran persaingan monopoli. Untuk memaksimumkan
keuntungan, firma ini akan mengeluarkan q unit output dan mengenakan harga
sebanyak P. Keluk D1 dan MR1 mewakili permintaan jangka pendek dan hasil
sut. Firma ini memperoleh keuntungan lebih normal kerana keluk kos puratanya
berada di bawah keluk permintaan.

Dalam jangka panjang, keuntungan ekonomi yang positif ini akan menarik firma
baru untuk memasuki industri. Firma baru ini akan mengeluarkan barangan
yang merupakan pengganti hampir kepada barangan yang dihasilkan oleh firma
sedia ada. Kemasukan mereka akan menyebabkan penguasaan pasaran firma
sedia ada merosot dan ini ditunjukkan melalui pergerakan ke bawah keluk
permintaan dari D1 ke D2, di mana keseimbangan jangka panjang akan dicapai.
Peralihan keluk permintaan ini akan diikuti dengan peralihan keluk hasil sut
dari MR1 ke MR2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI  259

Rajah 9.4: Kesan kemasukan firma baru ke dalam pasaran persaingan monopoli

Apa yang akan berlaku seterusnya? Keseimbangan jangka panjang dicapai


apabila firma baru mendapati yang tiada lagi insentif untuk memasuki pasaran
dan firma sedia ada mendapati yang tiada sebab untuk mereka meninggalkan
pasaran. Ini berlaku apabila keuntungan yang diperoleh adalah keuntungan
normal. Rajah 9.5 menunjukkan keseimbangan jangka panjang firma pasaran
persaingan monopoli. Rajah 9.5 adalah hasil daripada peralihan keluk yang
berlaku di Rajah 9.4.

Rajah 9.5: Keseimbangan jangka panjang firma persaingan monopoli

Rajah 9.5 menunjukkan yang keseimbangan jangka panjang dicapai apabila


setiap firma mengeluarkan q2unit output dan mengenakan harga P2 setelah
syarat MR = Mc dipenuhi. Harga yang dikenakan oleh firma iaitu P2 adalah sama
dengan kos purata. Ini bermakna, setiap firma hanya akan memperoleh
keuntungan normal. Di sini, keseimbangan jangka panjang dicapai apabila firma

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI

baru memasuki pasaran yang menyebabkan keluk permintaan bergerak ke


bawah sehingga ia menyentuh keluk kos purata (titik A di Rajah 9.5).

Jika firma ini mengalami kerugian dalam jangka pendek, penyelarasan jangka
panjang juga akan berlaku di mana akan ada firma yang akan meninggalkan
industri yang akan menyebabkan penguasaan pasaran firma sedia ada
meningkat.

Oleh itu, keluk permintaan akan bergerak ke atas sehinggalah industri mencapai
keseimbangan jangka panjang iaitu apabila semua firma hanya akan
memperoleh keuntungan normal. Keseimbangan jangka panjang yang dicapai
adalah seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 9.5.

LATIHAN 9.2

Jawab soalan berikut dengan menggunakan jadual yang disediakan di


bawah:

Kuantiti
Harga Kos Purata Output
Diminta
10 1 14.00 1
9 2 8.00 2
8 3 7.33 3
7 4 7.50 4
6 5 7.60 5
5 6 8.17 6

(a) Berapakah jumlah output yang akan dihasilkan oleh firma


persaingan monopoli pada titik keseimbangan pasaran?
(b) Apakah tahap keuntungan atau kerugian firma ini?
(c) Dalam jangka panjang, apa yang akan berlaku kepada bilangan
firma di pasaran?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI  261

9.5 KOS SOSIAL PASARAN PERSAINGAN


MONOPOLI
Berdasarkan kepada apa yang telah dipelajari di Topik 7, kita sedia maklum
bahawa kecekapan dicapai apabila P = MC = AC minimum. Kecekapan
pengagihan tercapai apabila P = MC manakala kecekapan pengeluaran dicapai
apabila P = AC minimum.

Oleh kerana pasaran persaingan monopoli menggabungkan ciri-ciri pasaran


persaingan sempurna dan pasaran monopoli, persoalan yang timbul adalah
adakah ia cekap seperti pasaran persaingan sempurna ataupun tidak cekap
seperti pasaran monopoli? Persoalan ini boleh dijawab dengan menggunakan
Rajah 9.6.

Rajah 9.6: Ketidakcekapan pasaran persaingan monopoli

Rajah 9.6 menunjukkan keseimbangan jangka panjang firma persaingan


monopoli. Kita dapat lihat yang firma ini beroperasi di titik A di mana ia
merupakan bahagian keluk kos purata yang bercerun ke bawah. Untuk
mencapai kecekapan pengeluaran, firma ini perlu beroperasi pada titik B iaitu
titik minimum keluk kos purata. Ini bermakna, pada titik A, kos purata seunit
firma ini adalah lebih tinggi berbanding di titik B.

Sebaliknya, firma pasaran persaingan sempurna berada pada keseimbangan


jangka panjang apabila ia beroperasi pada titik minimum keluk kos purata
jangka panjang (titik B). Oleh kerana firma persaingan monopoli tidak beroperasi
pada titik minimum keluk AC, kita dapati bahawa output yang dikeluarkan
pada titik A adalah lebih rendah berbanding dengan pengeluaran pada titik B.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI

Kegagalan firma untuk beroperasi pada titik B akan menyebabkan berlakunya


lebihan kapasiti iaitu perbezaan antara tahap output pada titik minimum keluk
AC dengan tahap output yang memaksimumkan keuntungan firma.

Berdasarkan Rajah 9.6, firma persaingan monopoli tidak akan beroperasi pada
titik P =MC (titik T) untuk mencapai kecekapan pengagihan. Pada tahap output
yang memaksimumkan keuntungan, Q, kita dapati yang harga (AQ) melebihi
kos sut (CQ). Seperti yang telah dibincangkan dalam kes pasaran monopoli,
kesan daripada keadaan ini adalah kewujudan kos sosial yang ditunjukkan oleh
kawasan ABT yang juga dikenali sebagai kerugian luput.

9.5.1 Persaingan Monopoli dan Kebajikan Pengguna


Daripada perbincangan di atas dan Rajah 9.6, kita dapat lihat dengan jelas
bahawa firma persaingan monopoli tidak mencapai kecekapan ekonomi.
Sebaliknya, pengeluaran pada tahap yang memaksimumkan keuntungan telah
menyebabkan berlakunya lebihan kapasiti dan kerugian luput kepada
masyarakat. Persoalannya, bolehkah pembuat dasar melakukan sesuatu untuk
membaiki keadaan ini?

Salah satu sumber ketidakcekapan pasaran persaingan monopoli adalah tahap


output yang memaksimumkan keuntungan adalah melebihi kos sut. Jika
kerajaan mensyaratkan yang firma perlu mengeluarkan pada titik P =MC untuk
menghapuskan kerugian luput, pada pendapat anda adakah ini akan berkesan?

Dalam jangka panjang, firma persaingan monopoli hanya akan memperoleh


keuntungan normal. Jika kerajaan mewajibkan firma untuk mengurangkan
harganya sehingga ia menyamai kos sut (titik T), firma ini akan mengalami
kerugian kerana titik T terletak di bawah keluk AC. Ini seterusnya akan
menyebabkan firma menutup operasinya pada jangka panjang kerana ia berada
dalam situasi di mana harga adalah lebih rendah daripada kos purata (AC).

Jika semua firma menutup operasi mereka, ini bermakna tiada lagi firma yang
menawarkan barangan berbeza. Dengan kata lain, hanya akan terdapat barangan
yang sama dan yang tidak memiliki pengganti hampir di pasaran.

Selain itu, kerugian luput yang wujud dalam pasaran persaingan monopoli tidak
sebesar kerugian luput dalam pasaran monopoli. Ini adalah kerana keluk
permintaan firma persaingan monopoli adalah lebih anjal berbanding dengan
keluk permintaan firma monopoli.

Perkara yang sama berlaku jika firma dipaksa mengeluarkan pada titik
minimum keluk AC (titik B) untuk menghapuskan lebihan kapasiti. Dalam Rajah
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI  263

9.6, kita dapati bahawa firma akan mengalami kerugian kerana kos purata
adalah jauh lebih tinggi daripada harga. Dalam jangka panjang, firma terpaksa
menutup operasinya jika berlaku kerugian untuk mengelak daripada
menanggung kerugian yang lebih besar.

Kesimpulannya, ketidakcekapan adalah harga yang perlu dibayar masyarakat


untuk mendapatkan barangan berbeza yang dikeluarkan oleh firma persaingan
monopoli. Pengguna perlu membayar harga yang lebih tinggi untuk
mendapatkan barangan yang dapat memenuhi cita rasa mereka, di samping
dapat mempelbagaikan pilihan.

AKTIVITI 9.1

Terangkan bagaimana pasaran persaingan monopoli berbeza daripada


pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli.

Ć Secara ringkasnya, pemahaman tentang struktur pasaran persaingan


sempurna dan pasaran monopoli sangat berguna untuk mempelajari gelagat
firma dalam pasaran persaingan monopoli.

Ć Apa yang penting adalah bagaimana anda dapat melihat peranan barangan
berbeza dalam mempengaruhi bentuk keluk permintaan, keluk hasil purata
dan keluk hasil sut.

Ć Daripada situ, anda akan dapat memahami kenapa firma dalam pasaran
persaingan monopoli boleh bertindak seperti firma monopoli dalam
menentukan harga dan output.

Ć Walaupun firma memiliki kuasa untuk menentukan harga, ia tidak dapat


mengekalkan keuntungan dalam jangka panjang kerana terdapat ramai
pengeluar yang lain.

Ć Selain itu, tidak terdapat sebarang halangan untuk memasuki atau keluar
daripada pasaran yang seterusnya akan menyebabkan firma hanya
memperoleh keuntungan normal dalam jangka panjang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 9 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI

Ć Seterusnya, anda telah lihat kos sosial yang wujud dalam pasaran persaingan
monopoli. Kita juga telah lihat yang firma di pasaran persaingan monopoli
tidak mencapai kecekapan ekonomi.

Ć Isu yang paling penting dalam perbincangan tentang struktur pasaran ini
adalah ia akan menyebabkan berlakunya lebihan kapasiti. Kita juga telah
membincangkan tentang kesan positif dan juga negatif yang akan berlaku
apabila kita cuba untuk menghapuskan isu ketidakcekapan dan lebihan
kapasiti.

Pasaran persaingan monopoli Persaingan monopoli

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pasaran
10 Oligopoli

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan ciri-ciri pasaran oligopoli;
2. Mengenal pasti struktur pasaran yang berada antara pasaran
persaingan sempurna dan pasaran monopoli;
3. Menjelaskan kriteria keseimbangan dalam pasaran oligopoli; dan
4. Menganalisis Model Cournot dan Model Sweezy dalam
menentukan keseimbangan pasaran.

 PENGENALAN
Jika dilihat berdasarkan sudut persaingan, struktur pasaran boleh disusun dalam
urutan yang bermula dengan pasaran persaingan sempurna, pasaran persaingan
monopoli, pasaran oligopoli dan akhirnya pasaran monopoli. Di dalam topik
yang sebelumnya, kita telah pun membincangkan kesemua struktur pasaran
kecuali pasaran oligopoli. Perbincangan kita yang seterusnya akan menekankan
kepada struktur pasaran oligopoli.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI

10.1 CIRI-CIRI PASARAN OLIGOPOLI


Terdapat tiga ciri utama pasaran oligopoli seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Ciri-ciri pasaran oligopoli

SEMAK KENDIRI 10.1

Apakah contoh-contoh firma yang memiliki ciri-ciri pasaran oligopoli?

Sekarang kita akan lihat secara lebih terperinci ciri-ciri pasaran oligopoli.

10.1.1 Bilangan Firma yang Kecil


Oligopoli adalah struktur pasaran di mana jumlah firma di dalamnya adalah
kecil. Ini berbeza dengan pasaran persaingan sempurna atau pasaran persaingan
monopoli yang terdiri daripada ramai penjual. Manakala pasaran monopoli pula
hanya terdiri daripada seorang penjual tunggal.

Disebabkan oleh bilangan firma yang kecil, pasaran oligopoli dilihat sebagai
memiliki kuasa untuk menentukan harga. Namun, setiap firma perlu
mempertimbangkan langkah yang diambil pesaingnya. Ini bermakna langkah
yang diambil pesaing akan mempengaruhi keputusan firma oligopoli dalam
menentukan harga, output dan juga aktiviti pengiklanannya.

Hasilnya, firma oligopoli dianggap sebagai saling bergantung antara satu sama
lain kerana keuntungan setiap firma bukan sahaja bergantung kepada strategi
harga dan jualan tetapi juga kepada strategi pesaingnya. Disebabkan oleh saling

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI  267

kebergantungan ini, maka adalah sukar untuk kita menganalisis gelagat firma
oligopoli.

10.1.2 Barangan Homogen dan Barangan yang Boleh


Dibezakan
Dari segi barangan yang dikeluarkan, firma oligopoli boleh mengeluarkan sama
ada barangan yang homogen (serupa) atau barangan yang dibezakan.
Kebanyakan barangan yang dikeluarkan seperti zink, aluminium, simen dan besi
adalah barangan homogen.

Sementara itu, barangan pengguna seperti kereta, tayar, peralatan elektronik,


rokok, bijirin sarapan dan peralatan sukan adalah barangan yang boleh
dibezakan. Untuk barangan seperti ini, firma kebiasaannya akan menggunakan
persaingan bukan harga seperti pengiklanan.

10.1.3 Halangan Kemasukan


Firma dalam pasaran oligopoli menghadapi halangan untuk memasuki pasaran
sama seperti yang berlaku di pasaran monopoli. Terdapat beberapa halangan
penting yang akan mempengaruhi jumlah firma di pasaran.

Bilangan firma yang kecil membolehkan firma untuk membuat jualan yang
mencukupi untuk mencapai ekonomi bidangan. Firma baru pula hanya
menguasai sebahagian kecil daripada pasaran dan ini tidak mencukupi untuk
mereka mencapai ekonomi bidangan. Ini bermakna, firma baru beroperasi pada
kos purata yang tinggi dan akhirnya mereka tidak akan dapat bertahan di
pasaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


268  TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI

Rajah 10.2: Halangan dalam pasaran oligopoli

10.2 KESEIMBANGAN PASARAN OLIGOPOLI


Perbincangan kita berkenaan struktur pasaran di Topik 7, 8 dan 9 memberi
penekanan kepada analisis bagaimana harga dan output keseimbangan
ditentukan. Sebagai contoh, dalam pasaran persaingan sempurna, firma
bertindak sebagai penerima harga yang ditentukan oleh pasaran. Output
keseimbangan firma dicapai apabila harga menyamai kos sut. Sementara itu,
dalam pasaran monopoli dan pasaran persaingan monopoli, harga dan
keseimbangan dicapai dengan memenuhi syarah MR = MC.

Namun, penentuan keseimbangan dalam pasaran oligopoli adalah lebih rumit.


Ini adalah kerana dalam menentukan harga dan output, firma perlu mengambil
kira langkah atau tindakan pesaingnya. Begitu juga dengan firma pesaing yang
lain, keputusan yang diambil bergantung kepada tindakan firma yang lain.

Oleh kerana keputusan firma bergantung kepada gelagat pesaingnya,


bagaimanakah harga dan output keseimbangan dicapai dalam pasaran oligopoli?

Pada tahun 1951, seorang ahli matematik bernama John Nash telah menerangkan
tentang konsep keseimbangan dalam pasaran oligopoli yang dikenali sebagai
Keseimbangan Nash.

Keseimbangan Nash dicapai apabila setiap firma mengambil langkah yang


terbaik setelah mengambil kira langkah pesaingnya. Ini adalah konsep yang
penting dan akan digunakan dalam perbincangan yang seterusnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI  269

LATIHAN 10.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau


SALAH (S).
1. Tiada sebarang model yang telah dibangunkan untuk
merumuskan struktur pasaran oligopoli.
2. Kos pengeluaran firma oligopoli adalah sifar.
3. Jumlah firma yang terhad dalam pasaran oligopoli menghalang
kemasukan firma baru.
4. Tahap output yang dikeluarkan oleh firma oligopoli tidak berada
pada titik minimum kos purata.
5. Pengagihan faktor pengeluaran dalam pasaran oligopoli adalah
cekap.

10.3 MODEL OLIGOPOLI


Sepertimana yang dinyatakan di atas, saling kebergantungan antara firma
menyukarkan kita untuk menganalisis gelagat firma tertentu di pasaran
oligopoli. Oleh itu, terdapat beberapa model berkenaan pasaran oligopoli yang
cuba untuk menjelaskan gelagat oligopoli dalam menentukan harga. Walau
bagaimanapun, untuk tujuan ini, kita hanya akan menumpukan kepada dua
model sahaja iaitu:
(a) Model Cournot; dan
(b) Model Sweezy.

10.3.1 Model Cournot


Kita mulakan perbincangan kita dengan melihat kepada model terawal yang
diperkenalkan oleh seorang ahli ekonomi bernama Augustin Cournot pada
tahun 1838. Model yang diperkenalkan oleh Cournot ini adalah model yang
mudah dengan tiga andaian utama:
(a) Ada hanya dua firma dalam industri. Pasaran yang mengandungi hanya
dua firma dikenali sebagai duopoli;
(b) Setiap firma mengandaikan yang output yang dihasilkan oleh firma
pesaing adalah malar; dan
(c) Kedua-dua firma berhasrat untuk memaksimumkan keuntungan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
270  TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI

Sekarang, mari kita bincangkan berkenaan andaian di atas. Dalam analisis beliau,
Cournot mengandaikan bahawa terdapat hanya dua firma yang menjual air
mineral dari dua perigi di kawasan yang sama. Andaikan yang firma ini adalah
Firma 1 dan Firma 2. Oleh kerana hanya ada dua firma sahaja di dalam industri
ini, maka industri ini dikenali sebagai duopoli.

Andaikan juga yang terdapat halangan untuk firma baru memasuki industri ini.
Ini bermakna, kita hanya akan mengambil kira gelagat dua firma yang ada di
industri ini. Air mineral yang dijual oleh kedua-dua firma adalah barangan
homogen dan ini bermakna hanya akan ada satu harga di pasaran. Untuk
memudahkan analisis, kedua-dua firma diandaikan memiliki keluk kos sut yang
sama dan malar.

Ciri utama model Cournot adalah setiap firma menentukan outputnya


berdasarkan kepada andaian yang output yang dihasilkan oleh firma pesaing
adalah malar. Andaian ini membolehkan harga dan output ditentukan. Supaya
anda dapat memahami konsep ini dengan lebih jelas, mari kita lihat bagaimana
Firma 1 menentukan outputnya. Ini boleh dijelaskan dengan bantuan Rajah10.3.

Rajah 10.3 menunjukkan keluk permintaan (D1), keluk hasil sut (MR1) dan keluk
kos sut (MC1) Firma 1. Andaikan yang Firma 2 tidak menghasilkan sebarang
output. Ini bermakna Firma 1 akan bertindak seperti firma monopoli. Oleh itu,
keluk permintaan Firma 1 juga adalah keluk permintaan pasaran D1(0).

Rajah 10.3: Penentuan output oleh Firma 1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI  271

Angka di dalam kurungan menunjukkan andaian Firma 1 terhadap output yang


akan dikeluarkan oleh Firma 2. Seiring dengan keluk permintaan ini, keluk hasil
sut Firma 1 adalah MR1(0).

Seperti yang dijelaskan di atas, keluk kos sut Firma 1 adalah malar iaitu MC1.
Oleh kerana Firma 1 mengandaikan yang Firma 2 tidak mengeluarkan sebarang
output, maka Firma 1 akan memaksimumkan keuntungannya dengan
mengeluarkan output pada tahap di mana hasil sut adalah sama dengan kos sut.

Merujuk kepada diagram di atas, anda dapat lihat yang keluk MR1(0) bersilang
dengan MC pada titik A. Ini bermakna, jika output yang dikeluarkan oleh Firma
2 adalah sifar, Firma 1 akan memaksimumkan keuntungannya dengan
mengeluarkan 50 unit output.

Sekarang, andaikan Firma 1 membuat andaian yang Firma 2 mengeluarkan 50


unit output. Ini bermakna, bahagian pasaran yang dikuasai oleh Firma 1 akan
merosot. Ini akan menyebabkan peralihan keluk permintaan Firma 1 ke kiri
sebanyak 50 unit seperti yang ditunjukkan oleh keluk D1(50).

Sehubungan dengan peralihan keluk permintaan ini, keluk hasil sut yang baru
bagi Firma 1 adalah MR1(50). Untuk memaksimumkan keuntungan, Firma 1
akan mengeluarkan 25 unit output iaitu pada tahap di mana MR1(50) = MC1
(titik B).

Proses di atas akan berterusan. Katakan Firma 1 mengandaikan yang Firma 2


akan mengeluarkan 75 unit output. Seperti yang dijelaskan di atas, bahagian
pasaran yang dikuasai oleh Firma 1 akan merosot lagi. Keluk permintaan Firma 1
akan beralih ke kiri sebanyak 75 unit untuk menjadi D1(75). Seterusnya, keluk
hasil sut firma juga akan beralih ke MR1(75).

Berdasarkan kepada kepercayaan yang Firma 2 akan mengeluarkan 75 unit


output, keputusan yang diambil oleh Firma 1 adalah mengeluarkan 12.5 unit
output untuk memaksimumkan keuntungannya. Tahap output yang dikeluarkan
ini adalah pada titik C iaitu titik persilangan antara keluk D1(75) dengan keluk
MR1(75).

Akhir sekali, andaikan Firma 1 percaya yang Firma 2 akan mengeluarkan 100
unit output. Ini bermakna, keluk permintaan dan keluk hasil sut Firma 1 akan
bersilang dengan keluk kos sut pada paksi menegak (keadaan ini ditunjukkan di
diagram di atas). Sebagai kesimpulan, jika Firma 2 dijangka akan mengeluarkan
100 unit output, maka adalah lebih baik sekiranya Firma 1 tidak mengeluarkan
sebarang output.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


272  TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI

Keluk Reaksi
Berpandukan penjelasan di atas, kita dapati ada empat kombinasi output
berdasarkan kepada langkah yang diambil Firma 1 dalam menentukan
outputnya setelah membuat andaian tentang jumlah output yang dikeluarkan
oleh Firma 2.

Jadual 10.1: Pengeluaran Firma 1 Berdasarkan Pengeluaran Firma 2

Firma 1 Firma 2
50 0
Jumlah Output yang 25 50
Dikeluarkan 12.5 75
0 100

Kesimpulannya, kita boleh lihat bahawa output yang memaksimumkan


keuntungan Firma 1 adalah jadual pengeluaran yang akan berkurangan
mengikut jumlah keluaran Firma 2. Jadual pengeluaran Firma 1 ini juga dikenali
sebagai keluk reaksi yang dilabelkan sebagai Q1* (Q2). Fungsi reaksi Firma 1
boleh diperoleh dengan memplotkan keempat-empat kombinasi output di atas.
Ini ditunjukkan di dalam Rajah 10.4.

Rajah 10.4: Keluk reaksi dan keseimbangan Cournot

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI  273

Analisis di atas menerangkan bagaimana Firma 1 menentukan outputnya setelah


meramalkan tahap output yang akan dikeluarkan oleh Firma 2. Pada masa yang
sama, Firma 2 juga akan bertindak balas kepada gelagat Firma 1 dalam
menentukan tahap outputnya.

Jika analisis yang sama dilakukan ke atas Firma 2, kita akan dapat membentuk
keluk reaksi Firma 2. Keluk reaksi Firma 2 dilabelkan sebagai Q2* (Q1)
sebagaimana yang ditunjukkan di Rajah 10.4.

Persoalannya sekarang adalah berapakah jumlah output yang akan dikeluarkan


oleh setiap firma? Keluk reaksi bagi setiap firma menerangkan kuantiti yang
perlu dikeluarkan oleh firma setelah mengambil kira output yang dikeluarkan
oleh pesaing mereka. Ini bermakna, setiap firma akan menentukan outputnya
dengan merujuk kepada keluk reaksi.

Oleh itu, tahap output keseimbangan dicapai apabila keluk reaksi bersilang. Titik
persilangan ini dikenali sebagai keseimbangan Cournot. Pada tahap
keseimbangan ini, setiap firma telah membuat andaian yang tepat tentang
berapa banyak output yang dikeluarkan oleh pesaingnya. Kemudian, firma akan
menentukan tahap output yang boleh memaksimumkan keuntungannya
berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Keseimbangan Cournot adalah contoh bagi keseimbangan Nash. Kita tahu yang
keseimbangan Nash dicapai apabila kesemua firma telah mengambil langkah
terbaik setelah mengambil kira langkah pesaing mereka. Oleh itu, apabila
keseimbangan Nash wujud, tiada lagi firma yang akan mengubah gelagat
mereka.

Kesimpulan yang boleh kita ambil daripada keseimbangan Cournot adalah


setiap firma akan mengeluarkan output yang akan memaksimumkan
keuntungannya setelah mengambil kira jumlah output yang dikeluarkan oleh
pesaingnya.

10.3.2 Model Sweezy


Dalam Model Cournot, kita telah lihat bagaimana duopoli saling
mempertimbangkan output yang dikeluarkan oleh pesaing untuk menentukan
jumlah output. Kita dapati gelagat duopoli dipengaruhi oleh tahap output. Apa
yang akan berlaku sekiranya firma mengubah harganya? Apa yang akan
dilakukan oleh firma pesaing dan apakah kesannya ke atas firma lain?

Seterusnya, kita akan membincangkan satu lagi model oligopoli yang


mengetengahkan idea yang nampak mudah berikut. Sekiranya firma
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
274  TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI

mengurangkan harganya, ia percaya yang langkahnya ini akan diikuti oleh


pesaingnya. Sebaliknya, sekiranya meningkatkan harga, langkah ini tidak akan
diikuti oleh pesaingnya. Model ini dikenali sebagai Model Sweezy atau model
keluk permintaan berliku.

Model ini mengandaikan bahawa sebahagian daripada keluk permintaan yang


menunjukkan tindak balas terhadap penurunan harga adalah berbeza daripada
bahagian yang menunjukkan tindak balas terhadap peningkatan harga. Salah
satu kegunaan model ini adalah dalam menjelaskan strategi harga firma
oligopoli.

Sekarang, sila rujuk Rajah 10.5 untuk memahami dengan lebih lanjut apakah
yang dimaksudkan dengan model keluk permintaan berliku.

Rajah 10.5: Model keluk permintaan berliku oligopoli

Rajah 10.5 menunjukkan bagaimana keluk permintaan berliku bagi firma


dibentuk. Keluk DD mewakili keluk permintaan firma oligopoli apabila sebuah
firma mengubah harganya dan langkah ini tidak diikuti oleh firma pesaing.
Sementara itu, keluk DÊDÊ adalah keluk permintaan sebuah firma oligopoli
apabila sebuah firma mengubah harganya dan langkah ini diikuti oleh firma
pesaing.

Andaikan yang titik e adalah titik asal keseimbangan di mana firma ini
mengeluarkan q unit output dan mengenakan harga p. Jika firma mengurangkan
harganya, kuantiti diminta akan meningkat. Berdasarkan kepada penerangan di
atas, kita tahu yang apabila firma menurunkan harganya, firma lain juga akan
melakukan perkara yang sama kerana mereka tidak mahu melihat jualan dan
penguasaan pasaran jatuh. Ini bermakna, keluk permintaan firma ini adalah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI  275

DÊDÊ. Dan jika harga jatuh lebih rendah daripada p, keluk permintaan firma ini
adalah eDÊ.

Sebaliknya, jika firma membuat keputusan untuk meningkatkan harga, kita


boleh andaikan yang firma lain tidak akan mengambil langkah yang sama. Ini
akan menyebabkan firma ini mengalami kerugian dari segi jualan dan
penguasaan pasaran. Oleh itu, keluk permintaan firma ini jika ia mengambil
keputusan untuk meningkatkan harga adalah keluk DD. Oleh itu, jika harga
meningkat melebihi p, keluk permintaan firma adalah De.

Kesimpulannya, oleh kerana tindak balas firma pesaing terhadap keputusan


firma adalah berbeza bergantung kepada sama ada firma ini meningkatkan atau
menurunkan harga, maka keluk permintaan firma ini akan berbentuk berliku
seperti keluk DeDÊ.

AKTIVITI 10.1

Dengan menggunakan ayat anda sendiri, bandingkan Model Cournot


dan Model Sweezy.

Ć Tiga ciri utama bagi pasaran oligopoli adalah bilangan kecil firma, barangan
homogen atau yang dibezakan dan halangan memasuki pasaran.

Ć Dalam usaha untuk memaksimumkan keuntungan, firma perlu


mengeluarkan output pada tahap di mana kos sut adalah sama dengan hasil
sut. Walau bagaimanapun, dalam pasaran oligopoli, firma tidak hanya perlu
memenuhi syarat ini. Ia juga perlu mengambil kira langkah yang diambil
oleh pesaing dalam menentukan harga dan output yang memaksimumkan
keuntungan.

Ć Dua daripada beberapa model yang cuba untuk menerangkan gelagat


pesaing yang mempengaruhi keputusan firma dalam menentukan harga dan
output keseimbangan adalah Model Cournot dan Model Sweezy.
Pemahaman anda tentang dua model ini akan membantu anda dalam
memahami gelagat firma dalam keadaan yang sebenar.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


276  TOPIK 10 PASARAN OLIGOPOLI

Duopoli Model Cournot


Keluk permintaan berliku Model Sweezy
Keseimbangan Cournot Pasaran oligopoli
Keseimbangan Nash

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  277

Jawapan

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Latihan 1.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. S
4. B

Latihan 1.2
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. S

Latihan 1.3
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. S
3. B

Latihan 1.4
Isikan Tempat Kosong
1. Tidak pernah puas, terhad
2. Apa, bagaimana, siapa
3. Alternatif, kos melepas
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
278  JAWAPAN

4. Makroekonomi, Mikroekonomi
5. Aliran pusingan pendapatan
6. Dibazirkan, tidak tercapai
7. Meningkat, menurun
8. Tidak masuk campur, campuran

Latihan 1.5

1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  279

Latihan 1.6
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
(a) S (f) S
(b) B (g) B
(c) S (h) B
(d) B (i) S
(e) B (j) B

TOPIK 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Latihan 2.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. S

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


280  JAWAPAN

TOPIK 3: KESEIMBANGAN PASARAN

Latihan 3.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. S
3. B
4. B

Latihan 3.2
1. Penjual, pembeli
2. Pendapatan, cita rasa, harga barangan berkaitan
3. Negatif, positif
4. Kurang, lebih rendah
5. Lebih
6. Keseimbangan, ditawarkan
7. Lebih rendah daripada diminta, ditawarkan, lebihan, ditawarkan, diminta
8. Meningkat, tidak dapat ditentukan, kuantiti, harga

Latihan 3.3

1. (a) Harga (RM) Permintaan Pasaran (Unit)


0.4 5
0.36 9
0.32 17
0.28 27
0.24 39

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  281

(b)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


282  JAWAPAN

2. (a) Kuantiti dan harga keseimbangan diperoleh dengan menyamakan


kuantiti diminta dengan kuantiti ditawarkan iaitu:

Qd = Qs
-20 + 3P = 220 ă 5P
8P = 240
240
P =
8
P = 30

Gantikan P = 30 ke dalam persamaan permintaan dan penawaran.


Kita akan peroleh:

Qs = 220 ă 5(30) = 70 = Qd
Qs = 220 ă 5P atau Qd = -20 + 3P
= 220 ă 5(30) = -20 + 3(30)
= 220 ă 150 = -20 + 90
= 70 = 70

(b)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  283

(c) Harga (RM) 10 20 30 40 50


Kuantiti diminta 10 40 70 100 130
Kuantiti ditawarkan 170 120 70 20 -30
Lebihan/Berkurang 160 80 0 -80 -160

Latihan 3.4
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. S
2. S
3. B
4. S

Latihan 3.5
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. S

Isikan Tempat Kosong


1. Keanjalan, peratus
2. Meningkat, menurun
3. Anjal, meningkat, anjal satu
4. Pendapatan, pendapatan
5. Silang, pengganti, penggenap

Latihan 3.6
Soalan Masalah

%Q 30%
1. Ed    3
%P 10%

Keanjalan permintaan harga adalah 3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


284  JAWAPAN

2. Dengan menggunakan formula keanjalan titik

Q P Q P
3. Ed    
Q P P Q

Apabila P = RM2, maka Qd = 100 ă 2(2) = 100 ă 4 = 96 unit

Apabila P = RM3, Qd = 100 ă 2(3) = 100 ă 6 = 94 unit

94  96 RM2 2 2 4
Maka, E d       0.04
96 RM3  RM2 96 1 96

Keanjalan permintaan harga adalah 0.04.

3. Q P
Ed  
P Q
Q  20 10
2  
2 20
Q  20  8
Q  12 units

Kuantiti diminta menurun daripada 20 unit kepada 12 unit.

Q Y 40  20 1000
4. (a) E mR     1
Q Y 20 2000  1000
Q Y 10  20 1000
E mS      0.5
Q Y 20 2000  1000
Q Y 50  50 1000
E mT     0
Q Y 50 2000  1000

(b) R = Barang normal


S = Barang Giffen
T = Keperluan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  285

Q K PA 5  10 2 5 2
5. (a) E AK        1
QK PA 10 3  2 10 1

Q L PA 30  20 2 10 2
E AL       1
QL PA 20 3  2 20 1

Q L PA 40  40 2
E AM     0
QL PA 40 32

(b) A dan K = Penggenap


A dan L = Pengganti
A dan M = Tidak berkaitan

Q P 140  120 20 1
6. ES       0.33
Q P 120 30  20 3

TOPIK 4: ANALISIS UTILITI

Latihan 4.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. S
2. S
3. B
4. B

Latihan 4.2
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. S

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


286  JAWAPAN

Latihan 4.3
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. S
2. B
3. S
4. S

Latihan 4.4
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. S
2. B

Latihan 4.5
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. S
4. B

Latihan 4.6
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. S
2. S
3. S
4. B

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  287

Latihan 4.7

(a) Kuantiti Utiliti Sut (MU)

1 40
2 35
3 30
4 25
5 20

(b) Syarat memaksimumkan Utiliti Pengguna (untuk 1 barangan)


Utiliti Sut = Harga
MU = P

Untuk memaksimumkan utiliti, pengguna perlu membeli 4 unit barang X.

TOPIK 5: TEORI PENGELUARAN

Latihan 5.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. B
4. S

Latihan 5.2
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. S
2. S
3. B
4. S

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


288  JAWAPAN

Latihan 5.3
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B

Latihan 5.4
Soalan Masalah

1. Buruh Jumlah Keluaran Sut Keluaran


(Unit) Keluaran (TP) (MP) Purata (AP)

4 0 - -
4 80 80 80
4 200 120 100
4 330 130 120
4 400 70 100
4 450 50 90
4 480 30 80
4 490 10 70
4 480 -10 60

(a) 1, 3
(b) 4
(c) Positif, negatif

TOPIK 6: TEORI KOS

Latihan 6.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  289

Latihan 6.2
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. S
2. B
3. S
4. B

Latihan 6.3
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. S
4. B
5. S

Latihan 6.4
Soalan Masalah

Kos Purata Jumlah Kos Kos Sut Jangka


Output Jangka Masa Jangka Masa Masa Panjang
Panjang Panjang
10 7 70 7
20 5 120 5
30 5 150 3
40 4 160 1
50 4 200 4
60 3 180 2
70 4 280 10
80 5 400 12
90 6 540 14
100 5 500 16
110 7 770 27
120 10 1,200 43

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


290  JAWAPAN

(a) 10 unit kepada 40 unit


(b) 90 unit kepada 120 unit
(c) Loji 2

TOPIK 7: PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

Latihan 7.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. B
4. B
5. B

Latihan 7.2
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. S
3. B
4. B
5. B

Latihan 7.3
Soalan Masalah
(a) 6
(b) RM39
(c) 6 unit
(d) MC berada di bawah AC

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  291

TOPIK 8: PASARAN MONOPOLI

Latihan 8.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. S
3. B
4. S

Latihan 8.2
Isikan Tempat Kosong
1. Hak paten
2. Hak kuasa eksklusif
3. Jumlah hasil
4. Harga

Latihan 8.3
Isikan Tempat Kosong
1. Titik A
2. Titik C
3. Titik C
4. Titik E

Latihan 8.4
Soalan Esei

1. (a) Tiada Pengganti Hampir


Barangan yang dikeluarkan oleh monopoli tidak memiliki pengganti
yang hampir dari segi penggunaan barangan. Di Malaysia, Tenaga
Nasional Berhad (TNB) adalah contoh terbaik monopoli. Tenaga
elektrik yang dibekalkan oleh TNB tidak boleh digantikan dengan
bentuk tenaga yang lain. Walaupun mungkin terdapat lain-lain

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


292  JAWAPAN

barangan yang boleh menggantikan penggunaan elektrik, barangan


tersebut mungkin terhad dari segi penggunaan ataupun sifat.

Lilin contohnya, boleh digunakan untuk menghasilkan cahaya dan


menggantikan tenaga elektrik semasa bekalan elektrik terputus.
Walau bagaimanapun, kegunaan lilin adalah terhad. Ia tidak boleh
digunakan untuk mendapatkan siaran televisyen, program radio
ataupun untuk menghidupkan kipas elektrik.

(b) Halangan Kemasukan ke Industri


Berbeza dengan pasaran persaingan sempurna, monopoli mempunyai
kuasa untuk menyekat kemasukan lain-lain firma ke dalam industri.
Halangan ini wujud disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
(i) Lesen yang diberikan oleh kerajaan;
(ii) Kawalan terhadap sumber atau faktor pengeluaran; dan
(iii) Mengalami kelebihan dalam ekonomi bidangan.

Ini akan mewujudkan kuasa monopoli dalam industri.

(c) Firma sebagai Penentu Harga


Pasaran monopoli terdiri daripada hanya sebuah firma sahaja yang
mengawal keseluruhan pasaran. Ini membolehkan firma monopoli
untuk menentukan harga barangan dan perkhidmatan yang
disediakan secara bersendirian

2. (a) Kawalan Terhadap Sumber Pengeluaran Tertentu


Monopoli boleh terjadi apabila sesebuah firma dapat mengawal
sejumlah besar atau keseluruhan bekalan sumber bahan mentah yang
firma lain tidak mampu miliki. Telekom Malaysia Berhad merupakan
salah satu perniagaan yang cuba mengawal sebahagian besar sumber
telekomunikasi dengan mengambil alih beberapa syarikat yang lain
seperti Celcom untuk menjadi kuasa monopoli dalam industri
telekomunikasi.

De Beers adalah contoh yang menunjukkan monopoli dunia dalam


melombong batu permata. De Beers mengawal hampir kesemua
lombong batu permata di dunia.

(b) Ekonomi Bidangan


Ekonomi bidangan bermakna firma dapat mengeluarkan barangan
dengan kos purata yang rendah kerana firma tersebut mengeluarkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  293

barangan tersebut dalam skala yang besar. Ini akan menghalang firma
baru daripada memasuki pasaran kerana masa yang panjang
diperlukan untuk mencapai ekonomi bidangan.

Jika firma baru berhasrat untuk memasuki pasaran, ia perlu menjual


kesemua outputnya pada harga yang serendah harga yang
ditawarkan oleh firma yang mengalami ekonomi bidangan. Ini
kemungkinan besar akan mendatangkan kerugian besar kepada firma
tersebut dan tidak lama kemudian, firma baru ini akan terpaksa
meninggalkan pasaran.

(c) Halangan Undang-undang


Kerajaan mewujudkan halangan dari segi undang-undang untuk
melindungi kepentingan firma monopoli. Halangan ini terdiri dari
pelbagai bentuk seperti lesen, paten dan hak cipta.

(i) Lesen
Lesen am adalah hak undang-undang yang diberikan oleh
kerajaan negeri atau kerajaan tempatan kepada pemilik
perniagaan melalui pembayaran sejumlah wang. Tanpa lesen
tersebut, perniagaan yang dijalankan dianggap sebagai tidak sah
dari segi undang-undang dan tindakan undang-undang boleh
diambil ke atas pemiliknya.

Kebanyakan perniagaan seperti perniagaan perubatan, makanan


dan lain-lain memerlukan lesen untuk beroperasi. Lesen boleh
mewujudkan kuasa monopoli kerana tidak semua perniagaan
akan diberikan lesen oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, pemberian lesen jarang akan membawa


kepada kemunculan kuasa monopoli. Dalam kebanyakan
keadaan, ia hanya akan mengurangkan persaingan. Kerajaan
hanya akan memberikan lesen kepada perniagaan yang tertentu
yang dianggap lebih berdaya maju berbanding pesaing yang
lain. Firma yang tidak mempunyai lesen akan dihalang dari
menjalankan perniagaan.

(ii) Paten
Paten adalah sejenis hak yang diberikan oleh kerajaan kepada
pencipta untuk melindungi ciptaan mereka. Paten ini akan
menyekat individu lain daripada menghasilkan barangan yang
sama dengan ciptaan yang dilindungi oleh paten. Paten adalah
penting untuk melindungi pencipta dan ciptaan mereka kerana
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
294  JAWAPAN

ciptaan kebiasaannya melibatkan kos yang tinggi. Di Amerika,


paten untuk sesuatu ciptaan akan diberikan untuk tempoh
sekurang-kurangnya 17 tahun.

(iii) Hak Cipta


Hak cipta juga adalah paten yang melindungi pencipta daripada
peniruan. Berbeza dengan paten, hak cipta diberikan kepada
penulisan dan penerbitan buku dan penulisan lagu. Hak cipta hanya
membenarkan penulis tertentu untuk menerbitkan sesebuah buku
atau lagu. Penerbitan yang tidak mendapat kebenaran boleh
didakwa secara undang-undang.

3. P = 100 ă 4Q
MR = 100 ă 8Q

4. Monopoli tidak akan mengeluarkan output pada bahagian di mana keluk


permintaan adalah kurang anjal kerana jumlah hasil akan menurun apabila
lebih banyak kuantiti dikeluarkan.

5. Secara rasional, syarat ini adalah apabila firma ingin mengeluarkan output
apabila hasil sut melebihi kos sut. Oleh itu, hasil sut perlu berada di atas
kos sut sebelum persilangan (lintasan).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  295

Rajah 8.6: Pemaksimuman keuntungan monopoli

Berdasarkan pada Rajah 8.6, kita dapat lihat syarat di mana keluk kos sut
bersilang dengan keluk hasil sut. Persilangan berlaku pada dua titik iaitu
apabila output adalah Q1 dan Q* unit.

Namun, output yang dipilih adalah output yang memaksimumkan


keuntungan iaitu Q*. Pada titik tersebut, keluk kos sut bersilang dengan keluk
hasil sut dari atas dan selepas titik persilangan tersebut, keluk kos sut berada di
bawah keluk hasil sut.

Ini bermakna, apabila pengeluaran output berada di antara Q1 dan Q*, kos sut
output adalah lebih rendah daripada hasil sut. Sementara itu, selepas titik Q*,
peningkatan output seterusnya akan menyebabkan peningkatan kos yang
lebih besar berbanding dengan peningkatan hasil.

Hanya pada Q* unit, hasil sut adalah sama dengan kos sut dan ini seterusnya
akan memaksimumkan keuntungan monopoli. Q1 adalah output yang akan
membolehkan firma mencapai titik pulang modal.

TOPIK 9: PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI

Latihan 9.1
Kenyataan BENAR (B) / SALAH (S)
1. B
2. B
3. B

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


296  JAWAPAN

4. S
5. S

Latihan 9.2
(a) 3 unit
(b) RM2
(c) Meningkat

TOPIK 10: PASARAN OLIGOPOLI

Latihan 10.1
Kenyataan BENAR (B)/SALAH (S)
1. B
2. B
3. B
4. B
5. S

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


REFERENCES  273

Rujukan
Ahmad Mahdzan Ayob. (1991). Teori mikroekonomi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Browning, E. K., & Zupan, M. A. (2005). Microeconomics theory and applications
(9th ed.). New York: Harper Collins.
Case, K. E., & Fair, R. C. (2007). Principles of economics (8th ed.). New Jersey:
Prentice-Hall.
Colander, D. C. (2007). Economics (7th ed.). Boston: McGraw-Hill.
Frank, R. H. (2005). Microeconomics and behavior (6th ed.). New York: McGraw-
Hill.
Jamal Ali, Norzilah Aziz, Anizah Md Ali, & Zalina Mohd Mohaideen. (2000).
Prinsip ekonomi. Sintok: Penerbit UUM.
Jamal Ali, Norizan Mohammad, & Zuraidah Yaacob. (2004). Study module,
Principles of economics. Pusat Pendidikan Lanjutan, UITM.
Mankiw, N. G. (2007). Principles of economics. Fort Worth, TX: Dryden Press.
McConnell, C. R., & Brue, S. L. (1999). Economics: Principles, problems and
policies. (14th ed.). Boston: McGraw-Hill.
McEachern, W. A. (2005). Economics: A contemporary introduction (6th ed.).
Mason, OH: South-Western College.
Parkin, M. (2007). Economics (8th ed.). US: Addison-Wesley.
Parkin, M. (2002). Economics (6th ed.). Reading: Addison-Wesley.
Pindyck, R. S., & Rubinfeld, D. L. (2009). Microeconomics (7th ed.). New Jersey:
Prentice-Hall.
Sloman, J. (2009). Economics (7th ed.). Hertfordshire: Harvester Wheatsheaf.
Spencer, M. H., & Amos, O. M. (1995). Contemporary microeconomics (10th ed.).
New York: Worth.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like