You are on page 1of 43

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

(BBV 30103)

FPTV, UTHM
BAB 4

Alat Pandu
Definisi

Litar utama litar yang menyambungkan


beban ke talian atau punca
bekalan.
Litar kawalan litar yang mengawal litar utama.
Alat pandu alat yang digunakan untuk
menyampaikan dan memutuskan
tenaga elektrik ke gelung
penghidup.
ALAT PANDU

- Alat pandu amat diperlukan bagi seorang pekerja untuk


mengetahui samada sesuatu litar itu baik, boleh
digunakan, hidup, mati dan sebagainya.

- Dalam sistem kawalan magnet, alat alat panduan


banyak digunakan untuk kawalan keselamatan, mutu, had
atau sesuatu sistem motor.

- Setiap alat pandu mempunyai tugas dan binaan yang


berbeza beza mengikut kesesuaian tempat di mana ia
digunakan.
Suis Had

Fungsi
Untuk menghadkan gerakan motor atau bahagian bahagian
yang diputarkan oleh motor
Suis had terdapat dalam perbagai jenis dan
pemilihannya adalah mengikut keperluan kawalan litar
iaitu kemungkinan suis kutub tunggal, dua hala, dua
kutub dan sebagainya.
Perbezaan lain yang wujud:
ukuran, keadaan tangkai yang mengendalikannya iaitu
berbentuk roda, tiang, plat dan sebagainya.
Suis Had
Contoh penggunaan suis ini adalah untuk mengawal
pergerakan naik dan turun lif. Ia dipasang berpasangan
di mana sebagai punatekan hidup dan punatekan henti.

Simbol Suis Had Contoh Suis Had


Suis Apung

Fungsi
untuk mengawal paras air atau bahan cecair
penghad paras air atau mengesan sebarang pertambahan dan
pengurangan cecair

Contoh Penggunaan
Dalam tangki air untuk sistem pendingin udara pusat. Apabila
paras air berkurangan disebabkan terputusnya bekalan, suis
apung akan bekerja dimana ia akan memutuskan litar
pendingin udara daripada terus dihidupkan tanpa air yang
boleh merosakkan motor.
Suis Apung

Contoh Penggunaan Suis Apung

Simbol Suis Apung


Suis Kaki
Fungsi:
Untuk menghidupkan sesuatu kawalan
Suis kaki sebenarnya ialah punatekan tetapi punatekan ini
dikendalikan oleh kaki yang mana tujuannya ialah untuk kemudahan
kawalan dengan menggunakan kaki.
Bentuk am suis kaki:
Berbentuk pengayuh dan ada juga yang mempunyai pelindung bagi
mengelakkan suis ini tertekan apabila ada benda-benda berat jatuh
keatasnya.
Contoh Penggunaan
Mesin pengerat kertas. Apabila kertas sudah dimasukkan kedalam
mesin dan bersedia untuk dipotong, suis kaki akan dipijak dan
motor akan berfungsi memotong kertas yang dikehendaki.
Suis Kaki

Simbol Suis Kaki

Contoh Suis Kaki


Suis Suhu (Thermal Switch)

Suis suhu merupakan suis suhu yang sensitif.


Ia boleh terbuka dan tutup secara automatik bila suhu hadir.
Contoh jenis yang digunakan ialah bi-metal strip (dua jenis
logam yang berbeza diikat bersama).
Operasi : Apabila suhu meningkat menjadi panas, dua logam
pada lengan bi-metal arm akan mengembang dalam keadaan
berbeza dan sebabkan lengan membengkok dan suis sesentuh
tertutup.
Contoh kegunaan : mengesan suhu engin
panas lampau dan menghidupkan lampu
amaran pada dash board.
Suis Larasuhu

Fungsi:
Mengawal suhu ruang atau suhu penyejat pada kadar yang
dikehendaki.
Berfungsi dengan membuka atau menutup alat pendinginan
atau pemanasan untuk mengawal suhu seperti yang
dikehendaki.
Ianya selalu digunakan pada alat pemanas atau penyaman
udara.
Contoh suis larasuhu
Suis Aliran

Merupakan Suis yang boleh dipasang dalam sistem paip cecair,


gas atau udara.
Suis ini boleh membuka dan memutuskan litarnya mengikut
rekabentuknya apabila terdapat aliran arus.
Biasanya suis aliran ini mempunyai sentuhan lazim terbuka dan
lazim tertutup.
Satu contoh penggunaan suis ini ialah dalam sistem paip bahan
kimia atau petrol di mana ia akan menghentikan motor yang
mengepam bahan kimia atau petrol apabila tidak ada lagi aliran
bahan-bahan itu di paip
Simbol

Simbol Suis Aliran Lazim Terbuka

Simbol Suis Aliran Lazim Tertutup


Suis Tekanan

- Suis ini hanya boleh dikendalikan oleh tekanan


- Contoh utama penggunaan suis ini ialah di dalam mesin
pemampat.
- Suis ini bertugas sebagai pembuka litar motor pemampat
apabila tekanan di dalam tangkai pemampat itu telah mencapai
had yang dikehendaki. Setelah paras tekanan di tangki itu
berkurangan(telah digunakan) suis tekanan akan
menghidupkan semula motor pemampat sehingga paras
tekanan yang dikehendaki diperolehi.
- Contoh kawalan ini boleh dilihat di stesen minyak pada tempat
pengepam angin.
Simbol

Simbol Suis Tekanan Lazim Tertutup

Simbol Suis Tekanan Lazim Terbuka


PUNAT TEKAN

Punat tekan yang menjadi alat pandu utama ialah


punat tekan hidup (NO) dan punat tekan mati (NC).
Fungsi untuk membuka atau menutup litar dalam

masa yang singkat.


untuk menghidupkan dan
memberhentikan motor.
a) Punat tekan hidup (NO)

Bagi punat tekan hidup ini lazimnya terbuka di


mana litar akan tertutup dan arus akan
mengalir dalam litar apabila punat ditekan.
Manakala, litar akan terbuka apabila punat
dilepaskan dimana arus akan terputus.
Contoh :
Suis loceng dalam bas
Suis loceng rumah
b) Punat tekan mati/tertutup (NC)

Bagi punat tekan mati ini lazimnya tertutup


dimana sesuatu litar akan terbuka apabila punat
ini ditekan iaitu aliran arus tidak berlaku.
Apabila punat dilepaskan, litar berada dalam
keadaan tetutup dan arus akan mengalir dalam
litar.
Contoh bagi punat tekan mati ialah
Suis amaran di pintu kereta.
Pintu peti sejuk
c) Punat tekan jog

Digunakan untuk menjalankan motor semasa


punat tekan itu ditekan , kemudian apabila
punat tekan dilepaskan motor itu akan
berhenti.
d) Punat tekan berkepala cendawan

Punatekan ini biasanya berwarna merah.


Selalu digunakan dalam pemasangan perusahaan.
Tugas utama punatekan ini adalah untuk
memutuskan litar penyentuh yang menyambungkan
bekalan ke sesuatu pemasangan mesin atau bilik
seperti sewaktu berlaku kemalangan.
Biasanya dipasangkan di tempat tempat yang
mudah di cari atau ditemui oleh pengguna.
e) Punat tekan yang dikendalikan
secara kunci

Punat tekan ini pula digunakan untuk


keselamatan di mana sesuatu litar yang
menggunakan punat tekan ini tidak boleh
dihidupkan kecuali kunci punat tekan ini di
pilih ke arah hidup.
Contoh bagi punat tekan ini ialah
suis pencucuhan kereta
LAMPU PANDU
Lampu yang biasa digunakan ialah :
Lampu neon bertekanan rendah
Lampu pijar yang bersaiz kecil
Diod pemancar cahaya (LED)
Mempunyai warna tertentu yang bersesuaian
dengan tugasnya.
Hijau menunjukkan litar sedang bekerja
Merah menunjukkan litar belum bekerja atau
rosak
Fungsi lampu pandu :
Isyarat visual untuk menunjukkan sesuatu
peringkat operasi. Contohnya lampu hijau
menunjukkan mesin sedang bekerja.
Lokasi pemasangan lampu pandu :
Di dalam kotak kawalan motor
Berhampiran dengan mesin yang dikawalnya
Panel kawalan motor
Simbol Lampu Pandu

Lampu Pandu
FIUS
Pengenalan Fius

Fius adalah salah satu alat perlindungan


arus lebih.
Berfungsi melindungi litar, kabel atau
kelengkapan daripada menerima arus yang
lebih tinggi daripada kadaran yang selamat
bagi litar, kabel atau kelengkapan.
Unit ukuran fius adalah Ampere
Kendalian Fius

Bertindak memutuskan atau meleburkan dawai


fius apabila arus berlebihan mengalir

Pemutus litar iaitu peranti mekanik yang boleh


menyambung dan memutuskan litar secara
automatik apabila arus melebihi had melaluinya.

Fius terdiri daripada dawai timah atau plumbum


yang mempunyai takat lebur dan muatan haba
tentu yang kecil
Jenis-jenis Fius
Fius boleh dawai semula

Biasanya digunakan dalam kotak


agihan berfius dalam rumah
Terdiri dari dawai elemen yang
disambungkan dalam satu
penghubung fius yang boleh
dikeluarkan dari tapak fius.
Ia boleh ditukar ganti sekiranya
elemen itu putus.
Arus nominal bergantung kepada
saiz dawai elemen fius.
Fius boleh dawai semula
Kebaikan VS Keburukan
Kebaikan Keburukan

Dawai elemen fius Menghasilkan arka dan


murah mengeluarkan bunyi
yang kuat

Senang ditukar ganti Kemungkinan silap


mengganti saiz elemen
fius
Fius katrij

Digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan


elektrik
Ia boleh dianggap sebagai fius tambahan kepada
fius dalam papan agihan
Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau
seramik atau tembikar.
Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A,
0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.
Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.
Fius katrij
Kebaikan VS Keburukan
Kebaikan Keburukan

Kadar arus nominal diketahui Jika elemen fius putus,


dengan tepat keseluruhan fius tidak
boleh digunakan.
Kapasiti pemutus tidak
merosot Pemegang fius hanya
sesuai dengan saiz kartrij
Mempunyai kod warna untuk yang tertentu.
kadaran saiz yang tertentu.

Dapat mengelakkan
terjadinya arka dan bunyi
yang kuat.
Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc)
Digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan
kadar kapasiti pemutusan yang tinggi
Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu
menanggung arus beban yang tinggi
Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya
yang diperbuat dari logam.
Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan
disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk
mineral.
Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.
Kebaikan VS Keburukan
Kebaikan Keburukan

Dapat mengelakkan Paling mahal.


terjadinya arka dan bunyi Mengambil masa untuk
yang kuat. menggantikan fius yang
Dapat mengawal arus baru.
yang tinggi. Hanya sesuai dengan
Kapasiti pemutusan yang penghubung fius dan
tinggi. tapak fius yang tertentu.
Mempunyai tanda Sukar didapati.
pemutusan.
Istilah

Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius :


Elemen fius - adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang
akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya
Arus nominal - arus maksima yang boleh melalui kabel
atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan
tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen
fius.
Arus fiusan - arus minima yang boleh mencairkan elemen
fius.
Faktor fiusan - nisbah arus fiusan dengan kadaran arus
Sekian
Terima Kasih

You might also like