Kertas 3 Biologi 2016

You might also like

You are on page 1of 24

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

2016

4551/3
BIOLOGI
KERTAS 3
1 (a) Dapat merekod semua / 6 jisim awal dan jisim
akhir potometer dengan betul

jisim kalsium Jisim awal jisim akhir


klorida kontang (g) potometer (g) potometer (g)
0 230 220

50 270 250

100 350 310

3 markah
1 (b)(i) Dapat menyatakan dua pemerhatian yang berbeza dengan betul
berdasarkan aspek-aspek berikut :

P1 : Pemboleh ubah dimanipulasi


(Jisim kalsium klorida kontang)
P2 : Pemboleh ubah bergerak balas
( Jisim awal dan akhir potometer)

Sample answers

(Horizontal observation)

Apabila 0 g kalsium klorida kontang digunakan, jisim awal


potometer ialah 230g dan jisim akhir bagi potometer ialah 220g.

(Vertical Observation)

Jisim awal dan jisim akhir potometer adalah paling tinggi apabila
jisim kalsium klorida kontang ialah 100 g.
1 (b)(ii) Dapat membuat dua inference dengan betu berdasarkan aspek-
aspek berikut :

P1 : Kelembapan (relatif /udara ) tinggi / rendah


P2 : Kadar transpirasi

Contoh Jawapan

Apabila kelembapan udara tinggi, kadar transpirasi adalah


rendah.

Vertical inference :

Apabila kelembapan udara paling rendah, kadar transpirasi


adalah paling tinggi.
1 (c) Dapat menyatakan semua 6 pemboleh ubah dan cara
mengendali pemboleh ubah dengan betul

Pemboleh ubah Cara mengendali pemboleh


ubah
Pemboleh ubah dimanipulasi

Jisim kalsium klorida kontang Menggunakan jisim kalsium


klorida kontang yang berbeza
Pemboleh ubah Cara mengendali pemboleh ubah
Pemboleh ubah bergerak balas

1. Jisim akhir potometer


Rekod jisim akhir potometer dengan
menggunakan penimbang

2. Kadar transpirasi Kira kadar transpirasi dengan


menggunakan formula

Jisim air yang diserap


Masa
Pemboleh ubah Cara mengendali pemboleh ubah
Pemboleh ubah yang dimalarkan

1. Jenis tumbuhan Tetapkan jenis tumbuhan, pokok


keembung

2. Isi padu air suling Isi padu air suling ditetapkan 100
ml

3. Suhu Gunakan suhu yang sama


1(e) (i) Dapat membina jadual dan merekod semua data dengan betul
berdasarkan aspek berikut :

T : Tajuk dengan unit yang betul -1 markah


D : merekod data dengan betul - 1 markah
C : Mengira jisim air diserap dan kadar transpirasi - 1 markah

Jisim kalsium Jisim potometer (g) Kadar


klorida transpirasi
Awal Akhir Jisim air
kontang (g) (g/min)
diserap oleh
akar selepas
30 minit

0 230 220 10 0.3


50 270 250 20 0.7
100 350 310 40 1.3
1 (e) (ii) Dapat melukis graf kadar transpirasi melawan jisim kalsium klorida
kontang berdasarkan aspek-aspek berikut :

Paksi (P) : Paksi dengan skala yang seragam - 1 markah


Titik (T) : Semua titik diplot dengan betul - 1 markah
Bentuk (B) : Garisan licin - 1 markah
1(f) Dapat menyatakan hubungan antara jisim kalsium klorida kontang
dan kadar transpirasi berdasarkan kriteria berikut :

R : Hubungan yang betul


( Semakin bertambah jisim kalsium klorida kontang,
semakin bertambah kadar transpirasi)
P1 : Kelembapan udara berkurang
P2 : Lebih banyak air diserap oleh akar

Contoh jawapan

Semakin bertambah jisim kalsium klorida kontang, semakin bertambah


kadar transpirasi kerana kelembapan udara yang rendah menyebabkan lebih
banyak air diserap oleh akar.
1 (g) Dapat memberikan definisi secara operasi bagi transpirasi
berdasarkan aspek-aspek berikut :

P1 : Kehilangan air daripada pokok keembung


P2 : Ditentukan oleh perubahan jisim potometer dalam masa
30 minit
P3 : Dipengaruhi oleh kelembapan udara

Contoh jawapan

Transpirasi ialah proses kehilangan air daripada pokok kembung yang


ditentukan oleh perubahan jisim potometer dalam amsa 30 minit dan
dipengaruhi oleh kelembapan udara.
1 (h) Dapat meramalkan kadar transpirasi dengan betul berdasarkan
aspek-aspek berikut :

P1 : Kadar transpirasi meningkat / lebih daripada 1.33 g/min


P2 : Lebih banyak penyerapan air oleh akar
P3 : lebih banyak daun untuk transpirasi

Contoh jawapan

Kadar transpirasi bertambah lebih daripada 1.33 g/min. Ini adalah


kerana lebih banyak penyerapan air oleh akar disebabkan lebih banyak
daun untuk penyejatan air.
1(i) Dapat mengkelaskan keadaan kepada kadar transpirasi tinggi
atau kadar transpirasi rendah dengan betul

Kadar trasnpirasi tinggi Kadar transpirasi rendah

Hari berangin Gerimis

Hari panas Mendung

Berjerebu

Hari hujan
2 (i) Dapat menyatakan pernyataan masalah berhubung pemboleh ubah
dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas dengan betul
berdasarkan aspek-aspek berikut :

P1 : Pemboleh ubah dimanipulasi


(kepekatan karbon dioksida)

P2 : Pemboleh ubah bergerak balas


(kadar fotosintesis / bilangan gelembung udara yang
dibebaskan dalam 5 minit)

P3 : Hubungan
( soalan)
Contoh jawapan

1. Apakah kesan kepekatan karbon dioksida yang berbeza ke atas


kadar fotosintesis Hydrilla sp. / tumbuhan akuatik ?

2. Adakah kepekatan karbon dioksida yang berbeza mempengaruhi


kadar fotosintesis ke atas Hydrilla sp. / tumbuhan akuatik?
2 (ii) Dapat menyatakan hipotesis berdasarkan aspek-aspek berikut :

P1 : Pemboleh ubah dimanipulasi


(Kepekatan karbon dioksida)
P2 : Pemboleh ubah bergerak balas
(kadar fotosintesis / bilangan gelembung udara yang
dibebaskan)
H : Hubungan antara pemboleh ubah

Contoh jawapan

Semakin tinggi kepekatan karbon dioksida, semakin tinggi kadar


fotosintesis.
2 (iii) Dapat menyatakan semua tiga pemboleh ubah dengan betul

Contoh Jawapan

1. Pemboleh ubah dimanipulasi


Kepekatan karbon dioksida // kepekatan natrium hidrogen
bikarbonat

2. Pemboleh ubah bergerak balas


Kadar fotosintesis / bilangan gelembung udara yang
dibebaskan dalam 5 minit

3. Pemboleh ubah dimalarkan


Jenis tumbuhan / keamatan cahaya / suhu
2 (iv) Dapat menyenaraikan semua radas dan bahan dengan betul
Contoh Jawapan
Radas
a) Tabung uji / tabung didih / buret
b) Silinder penyukat
c) Jam randik
d) Mentol
e) Pembaris
f) Termometer
g) Kaki retort
h) Klip kertas
i) Gunting / pisau
j) Kukus air / bikar / kelalang kon / besen lutsinar
k) plastisin
l) Corong turas
m) spatula
n) penimbang
Bahan

1. Hydrilla sp. / tumbuhan akuatik


2. Natrium hidrogen karbonat / natrium bikarbonat
3. Air suling

(5A 10A ) + 3M // (5A -12A) + 3M - 3 markah


( 3A 4 A) + 2M - 2 markah
(1A 2A ) + 1M - 1 markah
2 (v) Dapat menggambarkan langkah-langkah prosedur eksperimen atau
kaedah yang betul berdasarkan aspek- aspek berikut :

K1 : Penyediaan radas dan bahan


K2 : Pemboleh ubah yang dimalarkan
K3 : Pemboleh ubah bergerak balas
K4 : Pemboleh ubah dimanipulasi
K5 : Langkah berjaga-jaga
Contoh Jawapan

1. Tumbuhan Hydrilla sp. Dipotong dengan anggaran 6 8 cm.


2. Tuang 25 ml natrium hidrogen karbonat 1% ke dalam tabung didih dan
letakkan tumbuhan akuatik.
3. Bahagian tumbuhan yang dikerat diletakkan menghala ke atas.
4. Letakkan klip kertas pada tumbuhan akuatik, supaya ia tenggelam di
dalam larutan.
5. Kepitkan tabung didih kepada kaki retort dan letakkan corong turas ke
dalam bikar.
6. Tabung didih direndam ke dalam kukusan air pada suhu bilik yang tetap.
7. Letakkan mentol 60 watt yang menyala pada jarak 10 cm daripada
tabung didih.
8. Perhatikan sehingga bilangan gelembung udara yang dibebaskan menjadi
tetap.
9. Rekod bilangan gelembung udara dibebaskan dalam 5 minit dengan
menggunakan jam randik.
10. Ulangi langkah 1 hingga 8 dengan kepekatan natrium hidrogen karbonat
yang berbeza pad 2%, 3% dan 4%.
11. Hitungkan kadar fotosintesis dengan menggunakan rumus :

Bilangan gelembung udara dibebaskan


Masa

12. Ulang eksperimen sebanyak dua kali untuk mendapatkan bacaan purata.
13. Semua keputusan direkodkan ke dalam jadual.
14. Plot graf untuk menunjukkan hubungan di antara kepekatan natrium
hidrogen karbonat dan kadar fotosintesis.
Rubrik

K1 Langkah 1, 2, 4, 5, 6, 7, 13, 14
K2 Langkah 1, 2, 6, 7
K3 Langkah 9. 11
K4 Langkah 10
K5 Langkah 3, 8, 12

Skor

Semua 5K 3 markah

3 4K 2 markah

1 2K 1 markah
SEKIAN

TERIMA KASIH

Mazayariza Bt Zainudin
SMK (P) Kapar

You might also like