You are on page 1of 60

PENDEKATAN, KAEDAH

DAN TEKNIK DALAM


PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.

Di sediakan oleh:
HEMANANTHINI A/P KRISHNAN
( 940902-08-5884 )
UNIT Q1 BM (SJK T )
( PISMP SEMESTER 8)
AMBILAN JAN 2014.
PENDEKATAN
• dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita
ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran.
• Pendekatan pengajaran= haluan atau aspek yang
digunakan untuk memulakan proses pengajaran
sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran atau sesuatu
kemahiran.
• Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar,
cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran
atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran
mata pelajaran lain.
Daripada
konkrit kepada
abstraK

Daripada Daripada
diketahui kepada
belum diketahui
mudah kepada
kompleks

CIRI-CIRI
PENDEKATAN
Daripada
Daripada spesifik
keseluruhan
kepada umum
(induktif) kepada bahagian

Daripada umum
kepada spesifik
(deduktif)
Pendekatan
pengajaran
berpusatkan guru
Pendekatan
pengajaran
Pendekatan berpusatkan pelajar
masteri
BAHAGIAN
PENDEKATAN-
PENDEKATAN Pendekatan
Pendekatan PENGAJARAN pengajaran
inkuiri berpusatkan bahan

Pendekatan Pendekatan
deduktif induktif
KAEDAH DAN TEKNIK
• Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau
aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip.
• Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan
yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.
• Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa
langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan
tertentu.
• Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.
• Manakala teknik pengajaran pula adalah
kemahiran atau perkara-perkara khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah.
• Jika seseorang guru tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu
kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu
tidak akan berhasil.
• Terdapat pelbagai teknik yang boleh
diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P.
Contohnya: Kaedah simulasi, sumbang saran, projek,
akses kendiri dan lawatan.
TEKNIK
Merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main
peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk
menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum
ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut
;
• Umur
• Kebolehan
• Kecerdasan
• Minat
TEKNIK SIMULASI

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai


keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau
peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di
dalam keadaan terkawal dan selamat

Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok


mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan
menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit.

Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan
menggunakan komputer.
TEKNIK SIMULASI

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami
sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan


dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
TEKNIK SUMBANGSARAN

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif


penyelesaian masalah.

Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam


kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu
topik yang dibincangkan.

Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip


asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu :
o topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.
o kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan
PROJEK

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu


kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam
bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu.
Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta
amalan penerokaan oleh murid.
Demonstrasi

Pemusatan
Tugasan
Aplikasi

Komponen prinsip
pengajaran Meril
yang menggalakkan
pengajaran

Integrasi Pengaktifan
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran


yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara
berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran.

Pembelajaran akses kendiri adalah pembelajaran yang memberi akses


kepada sumber pembelajaran bagimembolehkan murid memperoleh
pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.

Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut


minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.
Guru adalah berperanan
sebagai fasilitator,
jurulatih dna kaunselor

Ciri-ciri Pembelajaran
Akses Kendiri

Suasana pembelajaran
fleksible, selesa dan
tanpa tekanan
Lawatan biasanya didefinisikan
sebagai membawa pelajar ke
tempat tertentu dengan tujuan
tertentu. Tujuan lawatan adalah
melihati sesuatu situasi atau
amalan yang tidak boleh dibawa
ke dalam bilik darjah. Apakah
yang guru perlu lakukan?

i. Kebenaran daripada pentadbir


dan ibubapa
ii. Tujuan dimaklumkan kepada
pelajar
Pembelajaran tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja.
Pembelajaran boleh melalui lawatan ke tempat-tempat
seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya
bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih
berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia


mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan
aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan.
Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian
lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi
merupakan salah satu contoh keadaan ini.
TEKNIK SOAL JAWAB & TEKNIK
MEMBERI ARAHAN
Teknik Soal Jawab
 Definisi – teknik yg mlibatkan interaksi
antara guru dengan murid. Sma ada
guru menyoal murid & murid
menjawab atau murid menyoal guru &
guru menjawab
CIRI-CIRI
 Teknik yg sering digunakan oleh guru
 Sesuai dijalankan pada set induksi & penutup
 Soalan yang diajukan mempunyai aras kesukaran
 Interaksi antara guru dan murid terhasil
 Lazimnya guru akan menyoal murid dan murid akan menjawab
soalan yang diajukan oleh guru
 Sesuai digunakan oleh guru untuk mendapatkan perhatian
daripada murid-murid
PERANAN GURU
 Guru seharusnya menyediakan soalan yang berbeza aras
kesukaran
 Guru harus bertanyakan soalan mengikut aras keupayaan
murid
 Guru harus mengajukan soalan yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran serta isu semasa
 Guru harus menarik perhatian murid dengan mengajukan
soalan yang menarik
TEKNIK MEMBERI ARAHAN
 Definisi – arahan yang diberikan merupakan panduan
sebelum sesuatu aktiviti dimulakan. Sebagai contoh aktiviti
seni visual, guru memberikan arahan terlebih dahulu tentang
cara-cara penggunaan alat & bahan untuk menghasilkan karya
sebelum murid melaksanakan aktiviti.
CIRI-CIRI
 Guru memberi arahan yang tepat dan jelas kepada murid
 Murid dikehendaki mengikuti arahan guru
 Murid tidak dibenarkan melaksanakan aktiviti sebelum guru
selesai memberikan penerangan
 Interaksi antara guru dan murid di mana murid memberikan
kerjasama dalam mengikuti arahan guru
 Guru perlu mahir dalam pengurusan & kawalan kelas bagi
memastikan murid mengikuti arahan yang diberikan
PERANAN GURU
 Guru harus memberikan arahan yang tepat dan jelas kepada
murid
 Guru harus mahir dalam kawalan kelas
 Guru harus berkeyakinan tinggi semasa memberikan arahan
 Guru perlu memastikan arahan yang diberi dipatuhi oleh
setiap murid
Teknik tunjukcara, teknik
tindakbalas, teknik bercerita,
kawalan kelas, menggunakan
Sumber Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran
TEKNIK TUNJUKCARA

Ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan


melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur
yang tertentu.
Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas
untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau
langkah pembelajaran.
Memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan
murid memerhati.
Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa
proses, maklumat dan idea.
Membolehkan murid-murid memerhati benda-bemda
maujud dan bagaimana mereka berfungsi.
Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau
demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.
Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti
sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.
Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan
oleh murid-murid.
Digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur
secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,
memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar
perubahan.
Demonstrasi yang berkesan, guru rancang secara teliti,
mempraktikkan, membentuk rangka , memastikan setiap murid
memerhatikan, meperkenalkan untuk memfokus perhatian dan
menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.
KEBAIKAN KAEDAH TUNJUK
CARA

Memberi peluang kepada murid untuk benar-benar


memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat
prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru.
Membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu
perlakuan dengan mudah.
Guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya
murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.
Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada
murid-murid melalui deria penglihatan dan
pendengaran.
TEKNIK TINDAKBALAS
 Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti
berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi sesama
mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah.
 Perbincangan melibatkan perbualan antara murid
dengan guru dalam sebuah kelas atau antara
sekumpulan murid.
 Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat ,
idea atau maklumat secara berkesan bersama guru
mereka atau di kalangan murid.
 Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu,
pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru
bersama murid-murid akan membuat rumusan pada
akhir sesi perbincangan
TEKNIK TINDAKBALAS
 Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-
objektif kognitif dan afektif.
 Dalam domain kognitf, perbincangan boleh
menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan
fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya
dengan pelajaran yang lampau.
 Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-
murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi
dan menilai idea-idea murid-murid lain serta
mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik.
 Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti
dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting
dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.
TEKNIK TINDAKBALAS
 Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-
objektif kognitif dan afektif.
 Dalam domain kognitf, perbincangan boleh
menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan
fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya
dengan pelajaran yang lampau.
 Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-
murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi
dan menilai idea-idea murid-murid lain serta
mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik.
 Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti
dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting
dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.
a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

 guru harus mengendali perbincangan kelas.


 Sebelum perbincangan kelas, pastikan murid-murid
mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang
dibincangkan.
 Perlu wujud panel dan perbahasan.
 Panel, simposium dan perbahasan melibatkan
sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang
sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan
membincangkannya.
 Direka dengan tujuan membantu murid-murid
memahami beberapa pandangan berkaitan dengan
sesuatu topik atau isu.
a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

 Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-


kenyataaan yang dirancang melalui perbincangan tolak
ansur.
 Berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila
perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat
dijalankan.
 Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat
hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama
seorang pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas
mendengar.
 Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan
bersama kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenytaan masing-
masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang
tidak formal.
a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

 Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia


melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh
setiap ahli panel.
 Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang
formal.
 Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli
dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang
bertentangan.
 Tiap-tiap ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain.
 Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas
melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah
menyampai maklumatnya.
b) Perbincangan kumpulan kecil

 Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan


kecil adalah empat hingga lima orang murid.
 Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan
bimbingan seorang guru.
 Selain dari mempromosi kemahiran pemikiran bertahap
tinggi,perbincangan kumpulan kecil merangkumi
perkembangan kemahiran komunikasi, kepimpinan,
perbahasan dan kompromi.
 Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh
tersesat secara mudah.
 Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses
perbincangan.
b) Perbincangan kumpulan kecil

 Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana


guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan
kumpulan kecil.
 Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti secara
teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap
kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.
 Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai
pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan
tesebut. Oleh yang demikian,perbincangan kumpulan kecil
harus mengikuti satu pengajaran yang berfokus kepada isi
kandungan dan berkembang brdasarkan topik-topik yang
pernah diajar.
b) Perbincangan kumpulan kecil
 Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk
menjalankan aktiviti perbincangan :
a) Mengambil kira matlamat perbincangan
b) Mempertimbangkan pengalaman dan
perkembangan murid-murid
c) Mengkaji isu-isu yang terlibat
d) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan
e) Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan
f) Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila
perlu
g) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada
satu unit yang bermakna
h) Menerapkan unsur jenaka
i) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada
kaedah kumpulan
b) Perbincangan kumpulan kecil

 Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata


pelajaran di sekolah.
 Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid
membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu
memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan
pendapat.
 Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri
dan konsep kendiri murid.
 Guru harus menggalakkaan murid mengembangkan
kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoal
serta menyelesaikan masalah.
 Selain itu, guru harus memupuk unsur-unsur kerjasama,
hormat-menghormati, menghargai dan mendengar
pandangan orang lain.
b) Perbincangan kumpulan kecil

 Topik perbincangan mestilahh sesuai dengan objektif dan


minat murid-murid - guru perlu menentukan objektif
perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk
mengumpul fakta atau menyelesaikan sesuatu masalah.
 Peranan guru dalam situasi perbincangan - sebagai pemudah
cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan.
 Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan
divergen dan menggalakan murid-murid untuk menyoal
idea-idea rakan-rakan mereka.
 Semasa perbincangan, guru mengawal aktiviti-aktiviti
perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian.
b) Perbincangan kumpulan kecil

 Mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak


menyeleweng atau bermain-main dala satu sei
perbincangan.
 Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-
murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap
penyelesaian masalah dalam perbincangan.
TEKNIK BERCERITA

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih


cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang
hendak disampaikan.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan
penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak
diajarkan.
Merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara
yang boleh digunakan oleh guru.
Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-
mana bahagian kurikulum.
TEKNIK BERCERITA

Guru berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh


sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat
menarik minat mereka.
Guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang
dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita
yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang
mainan, kertas dan sebagainya.
TEKNIK BERCERITA

Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan


dalam teknik bercerita ialah :

a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan


fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang
mudah.
b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi
tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik
muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.
KAWALAN KELAS

Dalam kaedah ini guru menyampaikan isi kandungan


pelajaran kepada seluruj kelas.
Ini bermakna semua pelajar diberikan penerangan, isi
pelajaran, masa dan latihan dan lain-lain yang sama.
Amalan ini dapat dikenalpasti dengan kedudukan susunana
kerusi meja yang semuanya mengadap guru ketika mereka
mengajar.
sangat sesuai sewaktu guru memulakan pengajaran
dengan set induksi.
Pada waktu ini guru perlu mendapatkan perhatian
daripada seluruh kelas pada apa yang ingin diajarkannya.
KAWALAN KELAS

Perkara ini penting supaya semua sedar dan tahu topik


yang hendak dipelajari pada hari tersebut, begitu juga
sewakti guru mula memberikan penerangan konsep dalam
langkah satu permulaan.
Semua pelajar perlu mendengar dan memerhatikan apa
yang sedang diperkenalkan oleh guru kerana kejayaan
langkah-langkah seterusnya bergantung pada kefahaman
mereka pada langkah permulaan ini.
Walau bagaimanapun selepas penerangan diberikan dan
pelajar dapat memahaminya dengan baik, gur bolehlah
menukarkan kepada pendekatan yang lain pula.
KAWALAN KELAS

Namun pada peringkat akhir pelajaran, guru sekali lagi


perlu menggunakan kaedah secara kelas ketika membuat
kesimpulan dan rumusan pembelajaran.

Ia bertujuannya memastikan semua pelajar dapat


menguasai isi pelajaran mereka pada hari etrsebut
MENGGUNAKAN SUMBER BAHAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan


pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua
kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.
Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru
seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid,
radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.
Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh
murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad
kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan
komputer.
KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN
SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah
tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.
2. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka
bentuk yang asli dan tersendiri.
3. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti
pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid
dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain,
guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah,
tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar .
Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan
tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.
KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN
SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

4. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan


berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat
murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan
gambar yang berwarna.
5. Alat bantu mengajar harus disediaka dengan kos yang rendah
dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat
alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi
dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.
KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN
SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

6. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat


yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan.
Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan
mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan
murid.
7. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi
nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan
bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya
memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan
bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti
berjudi dan merokok.
CARA- CARA MENGGUNAKAN
SUMBER DENGAN BERKESAN

1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di


suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh
melihatnya dengan mudah.
2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid-
murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi
arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu
dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut
masa yang ditetapkan.
3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya
pada ketika yang perlu.
CARA- CARA MENGGUNAKAN
SUMBER DENGAN BERKESAN

4. Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta-


fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar.
5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah
dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang
sesuai.
6. Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak
boleh menggantikan tempat guru.
Teknik penerangan
menggunakan
contoh, ilustrasi dan
sumber P & P
Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi
kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat
perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang,
guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi
pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber
pelajaran . Misalnya :
 Guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa
contoh ayat yang mengandungi sifat kata.
 Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis
bentuk- bentuk geometri.
 Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan
menggunakan ilustrasi denagn gambar- gambar.
 Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran denagn
merujukkan buku teks.
Kemahiran Penutup
Penutup hendaklah
bermakna kepada
murid-murid dari
segi minat,
kebolehan dan umur
mereka.

Perlu mengandungi
Penutup hendaklah
aktiviti-aktiviti
berkaitan dengan isi
susulan untuk
dan objektif P&P.
murid-murid.

Prinsip
Penggunaan
Kemahiran
Penutup
Penutup hendaklah
ada kaitan dengan
Penutup sepatutnya
pengetahuan sedia
dapat menilai
ada, pengalaman
keberkesanan satu-
murid dan konsep
satu pelajaran.
baru yang telah
dipelajari.

Penutup harus
berkaitan dengan
aspek satu-satu
pelajaran yang telah
dipelajari.
Membuat satu
rumusan tentang
pelajaran yang
telah disampaikan.

Membuat
Menimbulkan
perkaitan antara
motivasi melalui
pengetahuan sedia
kemesraan,
ada dan
menghairankan
pengalaman murid
dan aktiviti
dengan topik yang
susulan.
baru.

Objektif-
Objektif
Kemahiran
Penutup

Meneguhkan satu-
Mengemukakan
satu pelajaran yang
aktiviti susulan.
baru dipelajari.

Menggunakan
prosedur yang
sesuai untuk
menilai objektif
P&P murid.
Pembelajaran
menjadi lebih
bermakna kerana
murid-murid dapat
penyelesaian
kepada suatu
pembelajaran.

Guru dapat Membantu murid


mengetahui sejauh mengingati
manakah objektif pelajaran yang
P&P telah dicapai. Kesan baru dipelajari.
Kemahiran
Penutup Kepada
Proses
Pengajaran Dan
Pembelajaran

Murid terdorong
untuk belajar Dapat
dengan tekun meneguhkan suatu
turutan daripada konsep yang baru
penggunaan dipelajari.
penutup sosial.
KOMPONEN-
KOMPONEN
KEMAHIRAN
PENUTUP

Perkaitan Perkaitan
Sosial Kognitif

Guru menggunakan pelbagai Guru membuat rumusan yang


jenis pujian apabila murid dapat berkaitan dengan pengalaman
menjawab soalan di peringkat murid.
penutup.
 Penutup ada hubungan dengan
Dengan ini, murid dapat merasa bahagian penting pelajaran.
dan menikmati perasaan mencapai  Guru mencadangkan beberapa
kejayaan. aktiviti susulan.
KESIMPUL
AN
• Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik
yang boleh digunakan oleh guru semasa P & P
• Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik
yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan,
kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P.
Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-
kanak memperoleh pengalaman yang berguna.
Sekian, terima kasih…

You might also like