You are on page 1of 6

Syarahan :Cara-cara Menjaga

Kesihatan
Assalamualaikum, selamat sejahtera
saya ucapkan. Yang saya hormati
Saudara Pengacara Majlis, yang
berusaha Tuan Guru Besar, barisan
Penolong Kanan, Guru Cemerlang,
panel hakim yang arif lagi bijaksana,
serta rakan-rakan yang disenangi. Tajuk
syarahan yang telah diamanahkan
kepada saya ialah “Cara-cara
Menjaga Kesihatan”.
Kesihatan merupakan aset atau
anugerah yang terlalu tinggi nilainya
kepada setiap individu. Amalan
pemakanan yang sihat dapat
mengelakkan penyakit yang
berbahaya seperti sakit jantung,
darah tinggi, angin ahmar, strok,
kencing manis dan lain-lain lagi.
Kesihatan dapat dijaga dan dikawal
melalui pengambilan makanan yang
seimbang.
Hadirin yang saya muliakan,
Selain itu, kita juga hendaklah
bersenam dalam masa setengah jam,
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Semasa bersenam, lemak akan dibakar
dan peluh daripada badan kita akan
keluar bersama-sama kotoran yang
boleh menyebabkan penyakit. Amalan
bersenam dan berjoging juga dapat
memberikan kesihatan yang lebih baik
kepada kita.
Di samping itu, kebersihan tubuh
badan adalah satu daripada punca
kesihatan seseorang individu.Kita
hendaklah menjaga kebersihan kulit,
rambut, kuku, gigi dan pakaian.
Anggota badan yang bersih dapat
mengelakkandaripada pembiakan
kuman serta jangkitan penyakit.
Hadirin yang saya hormati,

Kita sewajarnya mengamalkan


gaya hidup sihat sepanjang
masa. Kurangkan pengambilan
gula, lemak, garam dan minyak
dalam sajian makanan harian
kita. Kita tidak boleh merokok,
minum arak, mengambil dadah
jika mahu kehidupan yang
sempurna dan bahagia.
Kesimpulannya, kita mestilah
menjaga tempat tinggal kita agar
sentiasa bersih. Oleh sebab itu, kita
wajarlah menghindarkan pembiakan
lalat, tikus dan lipas yang boleh
membawa pelbagai penyakit sekali
gus boleh mengancam kesihatan dan
aktiviti seharian kita. Justeru,
wujudkanlah persekitaran “rumahku
mahligaiku”. Sekian, terima kasih.

You might also like