You are on page 1of 9

PERBANDINGAN KURIKULUM PENDIDIKAN

ISLAM JOHOR DAN SELANGOR


SEKOLAH RENDAH ( JOHOR )

• Diwujudkan atas titah Almarhum DYMM Sultan Abu Bakar.


• Memastikan anak-anak di Johor mendapat pendidikan Islam yang sempurna
dan teratur.
• Setakat tahun 2002, bilangan murid di SAKJ sudah mencecah 212, 030 orang
dan melibatkan 3168 orang guru.
• Setakat Mei 2017, terdapat 578 buah sekolah agama di Johor.
• Antara peperiksaan yang dijalankan adalah UPKK, SDEA dan SDKA.
• Sesi persekolahan adalah pada hari ahad sehingga hari khamis.
• Sesi PdP darjah khas adalah pada hari sabtu.
• Terbahagi kepada 3 jenis sekolah :-
- Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ)
- Sekolah Rendah Islam (SRI)
- Sekolah Rendah Arab Bersepadu (SRAB)
SEKOLAH RENDAH ( SELANGOR )

• Mula dikenali sebagai pondok.


• Diambil alih oleh JAIS dan MAIS pada awal tahun 70-an.
• JAIS dan MAIS menyusun semula kurikulum dan pentadbirannya.
• Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi murid darjah 6.
• Jika murid gagal pada peperiksaan akhir tahun, mereka masih boleh naik ke tahun
seterusnya.
• Terbahagi kepada 3 jenis sekolah :-
- Sekolah Rendah Agama (SRA)
- Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
- Sekolah Rendah Islam (SRI)
SEKOLAH MENENGAH ( JOHOR )

• Terbahagi kepada 3 jenis buah sekolah :-


- Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
• Melaksanakan dwi aliran iaitu aliran kebangsaan dan aliran agama.
• Aliran kebangsaan di bawah kelolaan KPM.
• Aliran agama di bawah JAIJ.
• Pelajar tingkatan 1 (SMA) menjalani peperiksaan Sijil Intensif Bahasa (SIB).
• Pelajar tingkatan 2 (SMA) menjalani peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRA).
• Menggunakan kurikulum Al-Azhar untuk subjek Dinniyyah (keagamaan).
Subjek Kurikulum Al-Azhar
 Hafazan Al-Quran dan Tajwid
 Nahu
 Sarf
 Tafsir
 Hadis
 Feqh
 Mantiq
 Balaghah
 Insya'
 Adab Nusus
 Mutala'ah
Tauhid
SEKOLAH MENENGAH ( SELANGOR )

• Ditambah kurikulum Turath dan diajar kepada pelajar-pelajar mereka.


• Terbahagi kepada 4 jenis buah sekolah :-
- Sekolah Menengah Agama (SABK).
- Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITST).
- Sekolah Menengah Islam (SMI).
- Maahad Tahfiz Swasta.
• Menilai keputusan PSRA dan UPSR sebagai syarat kemasukan ke sekolah-sekolah
tersebut.
• Menjalankan peperiksaan Sijil Tahfiz Al-Quran bagi pelajar tingkatan 4 (MITST).
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) (JOHOR).

• Penubuhan Kolej Pengajian Islam Johor (KPIJ) atau MARSAH.


• Diwujudkan sebagai kesinambungan dan pelengkap pendidiakn Islam di negeri
Johor.
• Satu-satunya IPT yang berteraskan agama Islam di negeri Johor.
• Dibina pada tahun 1997.
• Menawarkan kursus Pendidikan Islam, Tahfiz wal Qiraat, Syariah Islamiah,
Pendidikan Awal Kanak-kanak, Usuluddin dan Kursus Bahasa.
• Menawarkan pengajian peringkat Diploma sahaja.
• Menjalankan program mingguan iaitu Tafaqquh Ilmi dan Muayasyah Al-Quran.
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) (SELANGOR)

• Mewujudkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Kolej Universiti Islam


Selangor (KUIS).
• Penggunaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di UIA.
• Perlu menjalani ujian bahasa sebelum memasuki UIA.
• Menawarkan 4 peringkat pengajian iaitu Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan
Doktor Falsafah.
• UIAM mempunyai kelainan dari segi kurikulumnya berbanding dengan IPTA
yang lain.
• Antaranya ialah penggunaan silibus antarabangsa, penggunaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar, bahasa Arab sebagai bahasa kedua, percampuran pelajar
dari pelbagai bangsa dari lebih 110 buah negara seluruh dunia dan terdapat
program Halaqah/ Fardhu Ain/ Tilawah Al-Quran untuk pembangunan sahsiah dan
peribadi pelajar.
• KUIS menawarkan 5 peringkat pengajian iaitu Asasi, Diploma, Sarjana
Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
• Menawarkan bidang seperti pengajian Islam, pengajian perniagaan,
perbankan Islam, pendidikan serta komunikasi dan teknologi
maklumat.
• Menubuhkan Institut Kajian Hadis Selangor.
• Menubuhkan Sekolah Bina Insan (SBI).
• SBI menzahirkan 3 dasar Ta’dib yang digariskan oleh KUIS iaitu Al-
Masuliyyah, Al-Qudwah Al-Hasanah dan Al-Bi’ah Al-Solehah.

You might also like