You are on page 1of 20

PENDEKATAN

KESUKARELAWANAN
Mohamad Basri Bin Jamal
Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Emmail: basri.jamal@fsk.upsi.edu.my
Tel: 014-2495237
PENDEKATAN KESUKARELAWANAN
• Kesukerelawan merupakan salah satu strategi
dalam pendekatan menjaga kebajikan sosial
untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
• Secara umumnya terdapat 4 pendekatan utama
dalam menjaga kebajikan sosial dan
meningkatkan kesejahteraan masyarakat:
i. Pendekatan pembangunan sosial
ii. Pendekatan pentadbiran sosial
iii. Pendekatan kerja sosial
iv. Pendekatan derma sosial
PENDEKATAN PEMBANGUNAN SOSIAL
 Pendekatan ini merupakan strategi untuk
mempromosi kesejahteraan manusia melalui
kerjasama antara kerajaan dan NGO dalam
melaksana tanggungjawab sosial, politik dan
ekonomi bagi mengurangkan masalah
kemiskinan.
 Cuba menghubungkan aspek sosial dan ekonomi
dalam proses pembangunan masyarakat.
 Tumpuan utama pendekatan ini ialah terhadap
aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan
keperluan hidup dan penyediaan peluang sosial.
PENDEKATAN PENTADBIRAN SOSIAL

 Memberi tumpuan kepada tindak balas


kerajaan terhadap masalah sosial melalui
pembentukan program sosial
 Dua strategi utama pentadbiran sosial:

1.Dasar sosial
2.Perkhidmatan sosial
Dasar Sosial
• Strategi dasar sosial mementingkan perubahan
situasi, sistem, amalan dan tingkah laku setiap
individu dalam masyarakat.
• Dasar sosial dilihat sebagai rancangan dan
panduan untuk membuat keputusan yang
berkaitan dengan program kesejahteraan sosial
dan perkhidmatan sosial.
• Titmuss (1974) melihat dasar sosial sebagai
prinsip-prinsip yang mengatur tindakan yang
mengarah kepada pencapaian matlamat sosial
tertentu.
Perkhidmatan Sosial
• Perkhidmatan sosial merupakan bantuan yang
ditujukan terus kepada individu ataupun orang
ramai melalui kegiatan yang terancang atau
intervensi kes.
• Bertujuan untuk memenuhi sumber-sumber
yang diperlukan dalam menolong orang ramai
meningkatkan kemampuan sosial, mengubah
identiti dan kelakuan serta melengkapi atau
mengganti fungsi-fungsi institusi sosial.
PENDEKATAN KERJA SOSIAL
 Kerja sosial merupakan seni, sains dan
profesion yang menggunakan kemahiran
tertentu dalam membantu manusia
menyelesaikan masalah.
 Terdapat tiga kaedah utama kerja sosial:
1. Kerja kes
2. Kerja kelompok
3. Kerja komuniti/organisasi komuniti
PENDEKATAN DERMA SOSIAL
 Berkait dengan pemberian, kesukarelaan dan
peranan NGO dalam menyediakan barangan
dan perkhidmatan
 Berkembang daripada kegiatan amal individu
kepada individu, organisasi perkhidmatan khas
kepada golongan tertentu dan organisasi amal
peringkat dunia.
 Merupakan pendekatan yang berkait secara
langsung dengan aktiviti kesukarelawanan
Samb..
• Berasaskan nilai dan ajaran agama
• Ajaran Islam sangat menggalakan melakukan sesuatu
kebaikan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan hanya
kerana Allah s.w.t
• Semua kebaikan yang diperintah untuk dilakukan
adalah bertunjangkan kepada kesukarelawan
• Daripada sebelum tidur hingga bangun tidur seseorang
perlu melakukan kebaikan termasuk bekerja dan
menjalankan tugas yang lain yang semuanya diisi
dengan semangat kesukarelawanan
• Cth: hendak tidur dan bangun tidur baca doa, mimpi
baik atau buruk baca doa, hendak masuk dan keluar
tandas baca doa, dll.
Samb..
• Dalam Islam, perkara ini disebut dengan jelas dalam
surah Saba’ ayat ke 39 yang ber,aksud:
katakanlah (wahai Muhammad): “sesungguhnya Tuhanku memewahkan
rezekibagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya,
dan Dia juga yang akan menyempitkan baginya dan apa sahaja yang
kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua
sebaik-baik pemberi rezeki”
• Dalam falsafah dan tradisi Confucianisme dan Buddha,
ajaran kedua-duanya telah memberi inspirasi kepada
orang ramai untuk melibatkan diri dalam melakukan
amalan-amalan mulia, memberi dan berkongsi antara
satu sama lain untuk manfaat bersamaserta memberi
sokongan kolektif untuk merapatkan hubungan
persaudaran dan masyarakat
Samb..
• Pertubuhan amal sukarela merupakan sektor
yang utama dalam memenuhi keseluruhan
keperluan masyarakat namun cenderung kepada
orientasi bisnes dalam proses mendapatkan dana
daripada orang ramai
• Pendekatan ini ditakrifkan sebagai perbuatan
menyayangi orang lain dan memberi bantuan
untuk mereka yang memerlukan
• Ia juga dikenali sebagai tindakan sukarela dan
pemberian sukarela.
Samb…
• Juga merujuk kepada sumbangan berbentuk
kewangan atau bukan kewangan oleh individu,
sektor korporat, penyumbang luar dan
organisasi antarabangsa serta pertubuhan
bukan kerajaan untuk bantuan kemanusiaan
dan pembangunan, hak asasi manusia,
perlindungan alam sekitar, pembangunan
masyarakat, pembangunan budaya dan
saintifik, perlucutan senjata dan keamanan
Samb..
• Matlamat pendekatan ini adalah untuk:
i. Mengurus/ menyelesaikan masalah sosial
ii. Memenuhi keperluan sosial dan
kemanusiaan
iii. Menyediakan peluang-peluang sosial kepada
masyarakat
Pengurusan/Kawalan Masalah Sosial
 Apa yang dimaksudkan dengan masalah
sosial
 Masalah sosial mempunyai pengertian yang
luas, ia bukan hanya mencakupi masalah
kemasyarakatan (society problems) tetapi
juga masalah yang berkaitan dengan gejala-
gejala abnormal dalam kehidupan
masyarakat (ameliorative or social problem).
Samb..
 Masalah adalah sesuatu perkara atau keadaan
yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan dan
memerlukan penyelesaian.
 Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan
masyarakat.
 Masalah sosial boleh diklasifikasikan sebagai
sesuatu yang memerlukan penyelesaian bagi
keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada
sesebuah masyarakat.
Samb..
 Masalah sosial sering dikaitkan dengan
keadaan sosial tertentu seperti kemiskinan,
kebuluran, jenayah dan fenomena sosiobudaya
yang menghalang masyarakat daripada
mengecapi potensi maksima mereka
(Eitzen,1984) dan ketidakseimbangan dalam
masyarakat sehingga unit tersebut
mengklasifikasikan individu sebagai devian
(Becker, 1967).
Samb..
 Masalah sosial dapatlah ditafsirkan sebagai
keadaan yang tidak digemari oleh orang ramai
dan perlu dibasmi, diselesaikan atau diperbaiki
melalui tindakan bersama oleh anggota-
anggota masyarakat.
 Oleh itu, masalah sosial dilihat mempunyai dua
unsur utama iaitu tingkah laku yang menentang
atau menyimpang dan norma-norma
masyarakat.
Pemenuhan Keperluan Sosial/Hidup

 Istilah keperluan mempunyai berbagai-bagai


pengertian dan dimensi.
 Dalam pengertian biasa, perkataan keperluan
adalah merujuk kepada perkara yang
dikehendaki untuk kesihatan atau kehidupan
seseorang
Samb..
 Dalam teori personaliti, keperluan merujuk kepada apa
yang dikehendaki oleh seseorang dengan cukup secara
tetap dan berpanjangan bagi membentuk personaliti
pada masa depan
 Keperluan juga boleh difahami secara umum seperti
yang dijelaskan dalam hierarki keperluan Maslow yang
bermula dengan:
 keperluan fisiologi
 Keperluan keselamatan
 Keperluan kasih sayang
 Keperluan penghargaan diri
 Keperluan pencapaian kendiri
Penyediaan Peluang Sosial
 Kebajikan sosial wujud dalam komuniti yang
mempunyai peluang sosial untuk orang ramai
meningkatkan dan merealisasikan potensi mereka.
 Ketiadaan peluang sosial merupakan sebab utama
kepada ketidakadilan yang berlaku dalam komuniti.
 Kewujudan peluang sosial merupakan faktor
pemudah kepada berlakunya mobiliti sosial.
 Peluang sosial yang berkait rapat dengan mobiliti
sosial adalah pendidikan, pekerjaan dan pendapatan

You might also like