You are on page 1of 34

PAKEJ LATIHAN

RANCANGAN SESI PEMBELAJARAN


TAJUK: FORMAT KAWAT PERBARISAN
(KAWALAN KEHORMATAN)

DISEDIAKAN OLEH:
SM MOKHTAR B. ABDULLAH
CAWANGAN LATIHAN LUAR
PULAPOL KUALA LUMPUR.
PAKEJ LATIHAN

SESI : RANCANGAN SESI PEMBELAJARAN


TAJUK : PERBARISAN ( Kawalan Kehormatan Penuh dengan Panji-Panji /
Kawalan Kehormatan Separuh )
MASA : 45 MINIT
OBJEKTIF : Diakhir sesi ini peserta akan dapat :
1. Pengetahuan jenis-jenis Kawalan Kehormatan.
2. Menambah kemahiran dalam pengendalian Kawalan Kehormatan.

BIL MASA KANDUNGAN PROSES ABM

1. 10 Minit Pengenalan Penerangan/Syarahan Bendera, Tiang


Bendera, Selepang,
a. Jenis-jenis Kawalan Kehormatan Senjata M 16,
Benet
b. Keanggotaan / Pakaian

2. 30 Minit a. Cara- cara Perlaksanaan

- Kumpulan Pegawai
- Kumpulan Panji-Panji
- Kumpulan Kawalan Kehormatan
- Peserta Perbarisan

3. 5 Minit RUMUSAN :-

Mengujudkan keseragaman dalam perlaksanaan


pergerakan kawat, pakaian dan menanamkan
semangat kerja secara berpasukan.
PENGENALAN: KAWALAN KEHORMATAN

• KAWALAN KEHORMATAN PENUH DENGAN PANJI UTAMA


KELAYAKAN MENERIMA TABIK HORMAT DAN PEMERIKSAAN BARIS.
1. YDH KETUA POLIS NEGARA
2. YAB PERDANA MENTERI
3. DYMM RAJA-RAJA ATAU TUAN YANG TERUTAMA (TYT).

• KAWALAN KEHORMATAN DGN BENDERA SANG SAKA BIRU (TANPA PANJI UTAMA)
KELAYAKAN MENERIMA TABIK HORMAT DAN PEMERIKSAAN BARIS.
1. YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
2. PENGARAH
3. PESURUHJAYA POLIS
4. KETUA POLIS
5. KOMANDER BRIGED PGA
6. KOMANDAN PUSAT LATIHAN

NOTA:
- RUJUKAN : KPN 17 / 16 / 1 / 15 BERTARIKH 15 SEPTEMBER 2005.
(DALAM ARAHAN INI TIADA PULA MENYATAKAN KAWALAN KEHORMATAN PENUH ATAU
KAWALAN KEHORMATAN SEPARUH).

- PTKPN A109.
PENGENDALIAN PERBARISAN

NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

1. Jenis Kawalan Bahagian ini hendaklah dibaca bersama Perintah Tetap Ketua Polis Negara A 109
Kawalan Kehormatan Kehormatan ( Guard of Honour ). Kawalan Kehormatan biasanya
ditubuhkan dengan arahan pucuk pimpinan / Pegawai Pemerintah bagi pelaksanaan satu-
satu Upacara Rasmi seperti dinyatakan dalam HTKPN bahagian A 109.

Terdapat 2 jenis atau bentuk Kawalan Kehormatan yang biasa ditubuhkan. Jenis / bentuk
Kawalan Kehormatan adalah seperti berikut :-

a. Kawalan Kehormatan penuh dengan Panji Utama.

b. Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama.

1.1. Keanggotaan :-

a. Kawalan Kehormatan penuh dengan Panji Utama.

Terdiri dari 105 orang Pegawai Kanan, PRP dan APR seperti berikut :-

i ) PP. Baris - 1 Pegawai berpangkat Supt/DSP


ii) Pen. PP. Baris - 1 Pegawai berpangkat DSP/ASP
iii) Pembawa Panji Utama - 1 Pegawai berpangkat Inspektor
iv) S.I. Baris - 1 PRP berpangkat S. Inspektor
v) SM Pengiring Panji Utama - 1 PRP berpangkat Sarjan Major
vi) Pengiring Panji Utama - 2 PRP berpangkat Sarjan
vii) Penanda Kanan / Kiri - 2 PRP berpangkat Sarjan
viii) Anggota K. Kehormatan - 96 PRP/APR berpangkat Koperal/
Konstabel.
NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

b. Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama.

Terdiri dari 53 orang Pegawai Kanan, PRP dan APR seperti berikut :-

i ) PP. Baris - 1 Pegawai berpangkat DSP/ASP


ii) Pen. PP. Baris - 1 Pegawai berpangkat ASP/Insp
iii) SM Baris - 1 PRP berpangkat Sarjan Major
vi) Penanda Kanan / Kiri - 2 PRP berpangkat Sarjan
v) Anggota K. Kehormatan - 48 PRP/APR berpangkat Koperal/
Konstabel.

1.2. Pakaian.

Pakaian bagi Pegawai dan Anggota Kawalan Kehormatan adalah seperti berikut :-

a. Pakaian Istiadat No. 2 ( Special Ceremonial ) – Dipakai ketika Upacara


Perbarisan yang dihadiri oleh DYMM SPB YDP Agong / Raja-Raja.

b. Pakaian Istiadat No. 1 – Dipakai ketika Upacara Perbarisan yang dihadiri


lain-lain pembesar negara.

c. Pakaian seragam Unit ( Drill Order )

d. Anggota Kawalan Kehormatan menggunakan senjatapi M.16 lengkap dengan


benet.
NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

1.3. Cara Perlaksanaan.

Cara perlaksanaan Kawalan Kehormatan dilaksanakan dengan 3 cara seperti


berikut :-

a. Panji Utama diarak masuk serentak/bersama Kawalan Kehormatan ke


Medan Perbarisan.

b. Panji Utama diarak masuk ke Medan Perbarisan setelah Kawalan


Kehormatan mengambil tempat.

c. Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama masuk ke Medan


Perbarisan.

1.4. Susuncara Perbarisan.

7.30 – 8.15 pagi - Ketibaan Pegawai Kanan dan Tetamu Jemputan.

8.05 pagi - Pancaragam Pusat PDRM mengambil tempat.

8.10 pagi - Anggota Perbarisan dan Kawalan Kehormatan mengambil


Tempat.

8.15 pagi - Panji Utama diarak masuk ke Medan Perbarisan ( Semua


Pegawai Kanan & Anggota memberi tabik hormat )

8.20 pagi - Ketibaan Pengarah-Pengarah PDRM.


NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

8.25 pagi - Ketibaan YDH DIG Dato’ Sri Musa B. Dato’ Hj. Hassan,
Timbalan Ketua Polis Negara ( Hormat Panglima )

8.30 pagi - Ketibaan YDH IG Tan Sri Mohd Bakri B. Hj. Omar,
Ketua Polis Negara ( Hormat Panglima )

- PP Baris melaporkan perbarisan.

- Pemeriksaan Perbarisan dengan kenderaan oleh YDH Ketua


Polis Negara diiringi Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur.

- Bacaan doa selamat.

- Nyanyian lagu ‘ Negara Ku ’ dan ‘ Sang Saka Biru ’

- Perbarisan lintas hormat dalam perlahan dan cepat masa.

- Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta terbaik.

- Ucapan Ketua Polis Negara.

- Ikrar Taat Setia.

- Tiga kali sorak ‘ Khidmat Mesra ’

- Nyanyian lagu ‘ Amalan Kita ’ dan ‘ Sedia Berkhidmat ’

- Perbarisan mara untuk diperhati semula.


NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

- Hormat Panglima – Hormat Senjata oleh Perbarisan.

- PP Baris lapor mohon Panji Utama diarak keluar.

- Panji Utama diarak keluar dari Medan Perbarisan


( Semua Pegawai Kanan & Anggota memberi tabik hormat )

- Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, diiringi


Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur dan tetamu-tetamu
jemputan beredar ke Dewan Pengaman untuk majlis jamuan
ringan sambil beramah mesra dengan peserta perbarisan
serta keluarga.

- Bersurai.

1.5. Perlaksanaan Perbarisan.

a. Panji Utama diarak masuk ke Medan Perbarisan setelah Kawalan


Kehormatan mengambil tempat.

i) Pasukan Pancaragam PDRM mengambil tempat.

Pasukan Pancaragam PDRM masuk mengambil tempat 15 minit sebelum


masa ketibaan yang pertama. Pancaragam PDRM berjalan masuk ke Medan
Perbarisan (tempat yang telah ditetapkan). Pegawai Pemerintah Pancaragam
mengatur dan menyusun kedudukan. Buble di bunyikan sebagai tanda
pancaragam sudah siap sedia dan menandakan perbarisan bermula.
NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

ii) Panggilan penanda untuk masuk ambil tempat.

Penanda, termasuk semua penanda detachment dan penanda kanan


Kawalan Kehormatan yang diatur di sebelah kanan dan kiri tepi Medan
Perbarisan.

S.I. Baris – “ Tanda, Tanda – Sdia ”

Anggota penanda buat pergerakan sedia dan jika bersenjata buat pergerakan
rusuk senjata.

S.I. Baris – “ Dari kiri, Cepat – Jalan ”

Anggota penanda berjalan dalam cepat masa masuk ke Medan Perbarisan


menuju tanda yang ditetapkan dan berhenti ditanda masing-masing.

S.I. Baris – “ Menghadap ke hadapan, Kan dan Kiri – Sing ”

Anggota penanda akan menghadap kehadapan ( ke kanan/kiri pusing ) dan


diam dalam kedudukan sedia, rusuk senjata.

iii) Detachment masuk Medan Perbarisan.

Detachment dan Kawalan Kehormatan ditempatkan di satu tempat yang


bersesuaian di luar Medan Perbarisan.

Penyelia Baris – “ Baris, Baris – Sdia ”


NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

Semua anggota detachment dan Kawalan Kehormatan buat pergerakan sedia.

Penyelia Baris – “ Rusuk – Ta ”

Semua anggota detachment dan Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk


senjata.

Penyelia Baris – “ Dari kiri, Cepat – Jalan ”

Semua anggota detachment sahaja berjalan dalam cepat masa dibawa masuk
ke Medan Perbarisan oleh SM/Sjn detachment menuju ke penanda masing-
masing diiringi oleh Pancaragam PDRM. Apabila sampai dipenanda, SM/Sjn
akan beri kata perintah berhenti dan diam menunggu perintah dari SI. Baris.

S.I. Baris – “ Menghadap ke hadapan, Kanan/Kiri – Sing ”

Semua detachment akan berpusing ke kanan/kiri menghadap kehadapan. Pada


masa yang sama semua SM/Sjn berpusing ke belakang dan berjalan
mengambil kedudukan di belakang platun detachment masing-masing. Semua
detachment diam dalam kedudukan sedia/rusuk senjata.

Setelah semua detachment siap menghadap kehadapan dan SM/S


detachment siap mengambil tempat masing-masing serta detachment dalam
kedudukan sedia/rusuk senjata. Kawalan Kehormatan akan berjalan masuk
mengambil tempat.

Ketika Kawalan Kehormatan masuk mengambil tempat di Medan Perbarisan


yang ditetapkan, kata perintah akan diberi oleh penanda kiri kawalan.
NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

iv) Kawalan Kehormatan masuk mengambil tempat di Medan Perbarisan.

Sjn Penanda Kiri – “ Bergerak ke kanan/kiri, kanan/kiri – Sing ”

Anggota Kawalan buat pergerakan kanan/kiri pusing.

Sjn Penanda Kiri – “ Dari kanan/kiri, Cepat – Jalan ”

Anggota Kawalan berjalan masuk ke Medan Perbarisan menuju penanda


kanan yang berada ditempat yang telah ditetapkan dibawah kawalan
penanda kiri dengan diiringi oleh pancaragam.

Sjn Penanda Kiri – “ Kawalan – Ti ”

Anggota Kawalan Kehormatan berhenti di tempat yang di tetapkan.

Sjn Penanda Kiri – “ Menghadap ke hadapan, Kanan/Kiri – Sing ”

Anggota Kawalan buat pergerakan ke kanan/kiri pusing untuk menghadap


kehadapan dan diam dalam kedudukan sedia/rusuk senjata. Pada masa
yang sama Penanda Kiri buat pergerakan pusing ke belakang dan ambil
tempat sebagai penanda kiri.

Setelah Kawalan siap mengambil tempat kedudukan dan menghadap ke


hadapan S.I. Baris akan beri perintah selanjutnya.

S.I. Baris – “ Baris, Turun – Ta ”


NO. TAJUK KATA PERINTAH / PERGERAKAN

Semu anggota detachment/kawalan buat pergerakan turun senjata.

SI Baris – “ Kawalan Kehormatn………,Jadikan Dua…. Barisan ”

Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan jadikan dua barisan.

SI Baris – “ Buka Barisan…….. Gerak ”.

Anggota barisan belakang Kawalan Kehormatan buat pergerakan buka barisan.

SI Baris – “ Baris Ke Kanan……. Lurus ”.

Semua anggota Kawalan dan anggota perbarisn buat pergerakan ke kanan lurus.
(Pada masa ini penanda kanan akan berpusing kekanan dan ambil empat langkah
dan berpusing kebelakng dan memberi arahn untuk meluruskan barisn hadapan
dan belakng. Setelah itu penanda kanan balik ambil kedudukan jarak 4 langkah
dari barisan hadapan dan pusing ke kiri tunggu perintah seterusnya.

SI Baris – “ Baris…… Pandang Depan ”.

Semu nggota Detachment dan kawakn kehormatn pandang depan. Pada masa
yang sama penanda kanan kawalan kehormatan balik ambil kedudukan asal se
bagai penanda kanan.

SI Baris – “ Baris…… Senang Diri ”.

Semua anggota Kawalan dan detachment buat pergerakan senang diri.


NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
Kemudian SI Baris akan ambil tempat dihadapan kawalan kehormatan untuk serah
baris kepada Pegawai Pemerintah Baris. (PP Baris). Pad msa ini juga Penolong
PP
Baris dan Pegawai-Pegawai Platun detachment ambil tempat yang ditetapkan se-
belum masuk mengambil tempat yang sebenanya dalam kedudukan senang diri.

v) Penyerahan bari oleh SI Baris kepada PP Baris.

PP Baris mengambil tempat untuk menerima baris dari SI Baris.

SI Baris – “ Baris - Baris, Sedia ”.

Semua anggota perbarisn buat pergerakan sedia.

SI Baris – “ Rusuk - Ta ”

Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan rusuk


senjata. SI Baris mara kehadapan melapor dan serah baris. Selesai melapor dan
menyerah baris kepada PP Baris, SI Baris pusing separuh kanan dan berjalan,
berhenti ditempat yang ditetapkan dan menghadap kehadapan.

vi) Pen P.P. Baris dan Pegawai Detachment ambil tempat.

P.P. Baris – “ Baris, Turun – Ta ”

Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan turun


senjata.

PP Baris – “ Pegawai - Ambil Tempat ”

Penolong PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan sedia dan


berjalan
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
Pen P.P. Baris dan pegawai detachment berhenti dan berpusing menghadap
ke hadapan dan diam.

PP Baris – “ Pegawai, Hunus – Pedang ”

PP Baris, Pen. PP Baris serta Pegawai detachment buat pergerakan serentak


hunus pedang.

PP Baris – “ Baris - Senang Dri ”

Pen. PP Baris, Pegawai detachment dan anggta perbarisan buat pergerakan


senang diri. Kemudian PP Baris berjalan mengambil tempat yang ditetapkan
dan berhenti menghadap kehadapan dan senang diri ( bahagian kanan
Kawalan Kehormatan).

vii) Panji Utama diarak masuk.

( Sebaik saja PP Baris mengambil tempat dan senang diri, Pengacara akan
mengumumkan Panji Utama akan diarak masuk ke Medan Perbarisan, PP
Baris akan beri perintah seterusnya.

PP Baris – “ Baris - Baris, Sdia ”

Semua angguta perbarisan membuat pergerakan sedia.

PP Baris – “ Rusuk – Ta ”

Semua angguta perbarisan buat pergerakan rusuk senjata.

PP Baris – “ Kepada Panji Utama, Hormat - Ta ”

Semua anggota Kawalan dan detachment yang membawa senjata buat


NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
buat pergerakan hormat senjata dan yang tidak membawa senjata buat
pergerakan hormat tangan. PP Baris, Pen PP Baris dan pegawai-pegawai
detachment buat pergerakan hormat pedang.

Peg. Pembawa Panji Utama – “ Panji-Panji – Ti ”

Kumpulan Panji Utama buat pergerakan berhenti kecuali SM Pengiring


berjalan
terus mengambil tempat di hadapan SI Baris. Kumpulan tambor berjalan terus
mengambil tempat bersama-sama pancaragam.

Peg. Pembawa Panji Utama – “ Menghadap ke hadapan, Belakang – Sing ”

Peg. Pembawa Panji Utama buat pergerakan ke belakang pusing.

Peg. Pembawa Panji Utama – “ Pengiring, Hormat – Ta ”

Pengiring Panji Utama buat pergerakan hormat senjata dan SM Pengiring


hormat tangan. Kemudian kata perintah seterusnya akan diberi oleh PP Baris.

PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ”

Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan rusuk


senjata dan turun tangan.

PP Baris – “ Baris, Turun – Ta ”

Semua anggota Kawalan Kehormatan dan detachment buat pergerakan turun


senjata.

PP Baris – “ Baris, Senang – Dri ”

Semua anggota perbarisan buat pergerakan senang diri dan diam menanti
ketibaan.
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
Pada masa yang sama PP Baris, Pen. PP Baris dan Pegawai detachment buat
pergerakan senang diri dengan pedang. Pegawai Panji Utama buat
pergerakan
senang diri dengan membawa turun Panji Utama ke tepi/rusuk badan
disebelah kanan. ( Pada masa ini perbarisan sudah siap menanti ketibaan penerima
tabek hormat ).

viii) Ketibaan penerima tabek hormat.

Pengacara majlis mengumumkan ketibaan penerima tabek hormat. Sebaik


sahaja pengumuman dibuat oleh pengacara, PP Baris akan beri perintah baris
sedia.

PP Baris – “ Baris, Baris - Sdia ”

Semua anggota perbarisan buat pergerakan sedia.

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Rusuk – Ta ”

Semua anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata. Lain-


lain anggota detachment diam dalam kedudukan sedia.

PP Baris – “ Hormat Di Raja, Hormat - Ta ”

Semasa hormat Di Raja, lagu Negara Ku akan dimainkan oleh pancaragam


PDRM. Semua anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan hormat
senjata. PP Baris, Pen. PP Baris dan Pegawai-pegawai detachment buat pergerakan
hormat pedang. Pegawai Pembawa Panji Utama buat pergerakan tundukkan
Panji ( Dip ) mengikut lagu Negara Ku.

Selesai pergerakan tundukkan Panji, dengar isyarat dari pancaragam PP Baris


akan buat pergerakan jajar dan tegak pedang serentak dengan itu Pegawai
Pembawa Panji Utama akan buat pergerakan sedia Panji. ( angkat Panji
masuk ke dalam selepang dan balek ke kedudukan sedia ).
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
ix) PP Baris melapor perbarisan dan pemeriksaan baris.

Pada masa ini kedudukan anggota Kawalan Kehormatan adalah dalam


kedudu
kan hormat senjata. PP Baris berjalan ke hadapan untuk melapor perbarisan
kepada penerima tabik hormat.

PP Baris akan mengiringi penerima tabik hormat bagi memeriksa Kawalan


Kehormatan ( dengan berjalan kaki ). Apabila Pegawai Pemeriksa
menghampiri sebelah kanan barisan hadapan ( jarak 8 langkah ), Sjn
Pengiring Panji akan bagi perintah “ Up ” dan anggota barisan hadapan Kawalan
Kehormatan buat pergerakan pandang kanan. Kemudian apabila Pemeriksa
Baris melintasi anggota Kawalan, anggota Kawalan tersebut dikehendaki
memandang mengikuti pergerakan Pemeriksa Baris sehingga muka berpaling ke kiri bertu-
rut-turut dan diam ( dalam keadaan muka berpaling ke kiri )

Apabila Pegawai Pemeriksa sampai kepada anggota ke 5 terakhir Kawalan


barisan hadapan, anggota no 24 barisan belakang akan beri perintah “ Up ”
dan semua anggota Kawalan barisan belakang memandang ke kiri. Perbuatan
yang sama dilakukan semasa Pemeriksa Baris melintasi anggota Kawalan
barisan belakang. Bagi barisan hadapan Kawalan ( dalam kedudukan pandang
kiri ). Apabila Pegawai Pemeriksa habir memeriksa barisan hadapan dan
membelok ke kiri untuk pemeriksaan barisan belakang, Sjn Pengiring bagi
perintah “Up” dan semua anggota barisan hadapan buat pergerakan pandang
ke hadapan.

Apabila Pegawai Pemeriksa Baris selesai memeriksa barisan belakang


Kawalan dan semasa membelok ke kiri untuk balek ke Pentas Hormat,
anggota no 24 barisan belakang Kawalan beri perintah “ Up ” dan semua anggota
barisan belakang buat pergerakan pandang ke hadapan. PP Baris ambil
tempat asal sebagai PP Baris. Apabila Pegawai Pemeriksa Baris berada di
pentas hormat, PP Baris akan beri perintah seterusnya.
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Rusuk – Ta ”

Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata.

PP Baris – “ Turun – Ta ”

Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan turun senjata.

PP Baris – “ Baris, Senang – Dri ”

Semua anggota perbarisan membuat pergerakan senang diri.

x) Bacaan Doa Selamat.

Pengacara Majlis mengumumkan upacara bacaan doa selamat. Sebelum beri


kata perintah PP Baris buat pergerakan sedia terlebih dahulu.

PP Baris – “ Baris, Baris – Sdia ”

Semua anggota perbarisan membuat pergerakan sedia. Pegawai Pembawa


Panji buat pergerakan sedia Panji.

PP Baris – “ Kalih – Ta ”

PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan kalih


pedang ke tangan kiri, anggota perbarisan buat pergerakan kalih senjata
dan balek ke kedudukan sedia. Angkat tangan kanan 45 darjah dan tapak
tangan menghala ke atas mengikut Drum Roll dari pancaragam hujung jari
separas bahu kanan. Semua anggota perbarisan menyebut perkataan “Amin”
dipermulaan dan di akhir bacaan doa. Selesai bacaan doa turun tangan
kanan balek ke kedudukan sedia mengikut Drum Roll. Setelah itu PP Baris memberi
kata perintah “ Baris, Baris – Sdia ”. PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai
detachment buat pergerakan kalih pedang ke tangan kanan. Semua anggota
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
buat pergerakan kalih senjata dari tengah badan ke tangan kanan balek ke
kedudukan sedia.

xi) Nyanyian lagu Negara Ku dan Sang Saka Biru.

Pengacara Majlis mengumumkan upacara Nyanyian lagu Negara Ku dan Sang


Saka Biru. Semua anggota perbarisan akan menyanyi dengan iringan dari
pancaragam PDRM.

xii) Baris berjalan lalu ( Lintas Hormat )

Pengacara Majlis mengumumkan Upacara Berjalan lalu dalam perlahan dan


cepat masa. PP Baris akan memeberi kata perintah seterusnya :-

PP Baris – “ Baris, Rusuk - Ta ”

Semua anggota perbarisan membuat pergerakan rusuk senjata dari turun


senjata.

PP Baris – “ Baris akan berjalan lalu, dalam perlahan dan cepat masa,
Kawalan Kehormatan dahulu, Baris, bergerak ke kanan, Kanan – Sing ”

Semua anggota perbarisan berpusing ke kanan.

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, dari kiri perlahan – Jalan ”

Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan berjalan perlahan mulai


dengan kaki kanan dengan iringan pancaragam. Setelah berjalan dan sampai
ditempat yang ditetapkan belok ke kiri dan berjalan terus.

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, menghadap ke hadapan, Kiri – Sing ”

Anggota Kawalan Kehormatan membuat pergerakan berpusing ke kiri dan


NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
terus berjalan menghadap ke hadapan dalam keadaan melintang, jarak di
antara anggota adalah satu siku. Apabila sampai ke suatu tanda yang telah
ditetapkan PP Baris beri perintah pandang kanan.

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Dari Kanan, Pandang – Kanan ”

PP Baris dan Pen PP Baris membuat pergerakan hormat pedang samasa


jalan perlahan. Pegawai Pembawa Panji akan buat pergerakan tunduk ( Dip ) Panji.
Semua anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan pandang kanan
kecuali penanda kanan. Apabila sampai ke suatu tempat yang telah ditetapkan PP
Baris akan beri kata perintah seterusnya :-

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Pandang – Depan ”

PP Baris dan Pen PP Baris akan membuat pergerakan jajar dan tegak
pedang. Pegawai Pembawa Panji Utama buat pergerakan angkat panji dan masuk ke
dalam selepang balek kedudukan asal. Anggota Kawalan buat pergerakan
pandang hadapan. Kawalan terus berjalan perlahan sehingga ke suatu tempat
untuk berpusing ke kanan.

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Bergerak ke Kanan, Kanan – Sing ”

Anggota Kawalan buat pergerakan pusing kanan, belok ke kiri berjalan terus
sampai di suatu tempat ditetapkan belok ke kiri berjalan terus sampai di suatu
tempat ditetapkan sekali lagi belok ke kiri masuk balek ke laluan asal. Terus
berjalan sehingga dapat isyarat dari pancaragam untuk langkah perlahan
kepada cepat jalan.

Semasa berjalan cepat kata perintah yang diberi adalah sama. Semasa
padang kanan PP Baris dan Pen PP Baris tidak membuat pergerakan hormat
pedang hanya memandang ke kanan. Pegawai Pembawa Panji tidak membuat
pergerakan tunduk ( Dip ) Panji hanya melepaskan pegangan kain panji, lain-
lain pergerakan adalah sama.
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
Setelah selesai lintas hormat dalam cepat jalan dan balik ke laluan asal dan
berhenti ditempat permulaan dengan kata perintah dari PP Baris.

PP Baris – “ Kawalan Kehormatan, Kawalan Ti ”

Semua anggota Kawalan membuat pergerakan berhenti.

PP Baris – “ Menghadap Ke Hadapan, Kiri - Sing ”

Anggota kawalan buat pergerakan ke kiri pusing, menghadap ke hadapan dan


diam. Bagi detachment-detachment berjalan cepat dalam jarak yang
ditetapkan dan berhenti berturut-turut ditempat permulaan serta menghadap ke hadapan
PP Baris akan memberi kata perintah seterusnya.

PP Baris – “ Baris, Turun – Ta ”

Semua anggota Kawalan dan Detachment buat pergerakan turun senjata.

PP Baris – “ Baris, Ke Tengah – Lurus ”

Semua anggota Kawalan Kehormatan dan Detachment buat pergerakan ke


Tengah Lurus, pandang kanan dan kiri dan ambil lurus dari tengah. PP Baris,
Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan pusing belakang
menghadap perbarisan dan ambil kedudukan. Pegawai Pembawa Panji ambil
kedudukan asal dan diam. Pergerakan ini hendaklah dilakukan seberapa cepat
yang boleh.

PP Baris – “ Pandang – Depan ”

PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan belakang


pusing menghadap ke hadapan semula. Semua anggota perbarisan membuat
pergerakan pandang depan ( pusingkan muka ke kanan/kiri ).
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
PP Baris – “ Baris, Senang - Dri ”

Semua anggota perbarisan membuat pergerakan senang diri dan diam. PP


Baris, Pen PP Baris dan Pegawai Detachment buat pergerakan senang diri
dan pedang disendingkan ke bahu kanan. Pegawai Pembawa Panji Utama
buat pergerakan bawa Panji keluar dari selepang dan bawa turun ke sisi sebelah
kanan badan.

xiii) Penyampaian sijil/hadiah.

Upacara ini akan diumumkan oleh pengacara majlis, kata perintah akan diberi
oleh PP Baris. Sebelum kata perintah diberi, PP Baris buat pergerakan sedia
terlebih dahulu. Anggota perbarisan dalam kedudukan senang
diri.

PP Baris – “ Penerima sijil/hadial, ambil – Tempat ”

Setelah memberi kata perintah, PP Baris balik ke kedudukan senang diri.


Penerima-penerima sijil/hadiah buat pergerakan sedia, baring senjata dan
mara kehadapan menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Setelah menerima
sijil/hadiah, penerima balek ke tempat asal, buat pergerakan berhenti, angkat
senjata dan senang diri. Setelah selesai upacara penerimaan
sijil/hadiah, pengacara majlis mengumumkan upacara ucapan Penerima
Tabek Hormat.

xiv) Ucapan Penerima Tabek Hormat.

Semua anggota perbarisan dalam kedudukan senang diri. Selesai ucapan,


pengacara majlis seterusnya mengumumkan upacara Ikrar Taat Setia.

xv) Ikrar Taat Setia

PP Baris buat pergerakan sedia bersendirian dan beri kata perintah :-


NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
Semua anggota perbarisan buat pergerakan sedia. Pegawai Pembawa Panji
buat pergerakan sedia Panji.

PP Baris – “ Baris, Kalih – Ta ”

PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan kalih


pedang ke tangan kiri, anggota perbarisan buat pergerakan kalih senjata
dan balek ke kedudukan sedia. Angkat tangan kanan di sebelah bahu
kanan, siku rapat ke rusuk dan tapak tangan menghala ke hadapan mengikut Drum
Roll dari pancaragam, jari rapat menghala ke atas. Upacara Ikrar akan di
ketuai oleh PP Baris. Selesai upacara ikrar semua anggota perbarisan turun
tangan balek ke kedudukan sedia mengikut Drum Roll dari pancaragam.

xvi) Tiga kali sorak “ Khidmat Mesra ”

Upacara ini akan diumumkan oleh pengacara majlis, kata perintah akan diberi
oleh PP Baris.

PP Baris – “ Tiga kali sorak Khidmat Mesra untuk masyarakat dan negara,
- Khidmat ”

Anggota Perbarisan – “ Mesra ”

Setelah selesai tiga kali sorakan, PP Baris memberi kata perintah seterusnya.

PP Baris - “ Baris, Baris – Sdia ”

PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan kalih


pedang ke tangan kanan. Semua anggota buat pergerakan kalih senjata dari
tengah badan ke tangan kanan balek ke kedudukan sedia. Setelah itu
Pengacara majlis mengumumkan Upacara Nyanyian lagu “
Amalan Kita ” dan “ Sedia Berkhidmat ”
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
xvii) Nyanyian lagu “ Amalan Kita ” dan “ Sedia Berkhidmat ”

Semua anggota perbarisan akan menyanyikan kedua-dua lagu tersebut


dengan iringan pancaragam PDRM. Selesai nyanyian pengacara akan
mengumumkan perbarisan mara untuk diperhati semula. Kata perintah dari PP
Baris.

xviii) Perbarisan mara untuk diperhati semula.

PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ”

Semua anggota perbarisan membuat pergerakan rusuk senjata.

PP Baris – “ Baris akan mara ke hadapan untuk diperhati semula, Dari


tengah, cepat – Jalan ”

Semua anggota perbarisan akan berjalan ( mara ) kehadapan dimulai kaki


kanan dengan kiraan 14 langkah dan berhenti.

PP Baris – “ Hormat Di Raja, Hormat – Ta ”

Semasa Hormat Di Raja, lagu Negara Ku akan dimainkan oleh pancaragam


PDRM. Semua anggota perbarisan akan membuat pergerakan hormat senjata.
PP Baris, Pen. PP Baris dan Pegawai-pegawai detachment buat pergerakan
hormat pedang. Pegawai Pembawa Panji Utama buat pergerakan tundukkan
Panji ( Dip ) mengikut lagu Negara Ku.

PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ”

PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan jajar dan
tegak pedang dan balek ke kedudukan sedia. Pegawai Pembawa Panji angkat
Panji tegak dan masuk ke dalam selepang dan balek dalam kedudukan sedia
Panji. Semua anggota perbarisan buat pergerakan rusuk senjata.
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
xix) Melapor perbarisan tamat dan mohon izin untuk mengeluarkan Panji
Utama.

PP Baris mara mohon izin untuk mengeluarkan Panji Utama dari Medan
Perbarisan. Tindakan/perbuatan PP Baris adalah seperti berikut :-

a. Mara ke hadapan dan berhenti


b. Buat pergerakan Hormat Pedang.
c. Melapor perbarisan tamat dan mohon izin Mengarak keluar Panji Utama
d. Buat pergerakan Hormat Pedang dan pusing separuh kanan balek ke
tempat asal sebagai PP Baris.

Apabila PP Baris siap mengambil tempat, Pengacara majlis mengumumkan


Panji Utama akan di arak keluar medan. Selesai pengumuman Kumpulan Bag
Pipe akan mara masuk di belakang kumpulan Panji.

xx) Mengarak keluar Panji Utama dari Medan Perbarisan.

PP Baris – “ Baris, kepada Panji Utama, Hormat – Ta ”

PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment akan buat pergerakan


hormat pedang. Semua anggota perbarisan buat pergerakan hormat senjata, kecuali
Kumpulan Panji. Kata perintah seterusnya dari Pegawai Pembawa Panji
Utama.
Pegawai Pembawa Panji - “ Panji-Panji, Dari tengah, Cepat – Jalan ”

Kumpulan Panji-Panji berjalan ke hadapan, belok kiri/kanan dan berjalan keluar


dari Medan Perbarisan dengan diiringi muzik dari kumpulan bag pipe dan
berhenti di satu tempat ditetapkan. Sebaik sahaja kumpulan Panji keluar dari
Medan Perbarisan dan berhenti,PP baris akan beri kata perintah seterusnya.

PP Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ”


NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
Semua anggota perbarisan buat pergerakan rusuk senjata dan diam. PP Baris,
Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan jajar dan tegak
pedang. Selepas pergerakan ini pengacara mengumumkan upacara
perbarisan tamat dan menjemput para tetamu ke majlis jamuan. Apabila penerima tabek
hormat beredar dari Pentas Hormat, PP Baris mara kehadapan,
berhenti dan pusing ke belakang menghadap perbarisan dan beri perintah
seterusnya.

PP Baris – “ Baris, Turun – Ta ”

Semua anggota perbarisan buat pergerakan turun senjata.

PP Baris – “ Pegawai, Sarongkan – Pedang ”

PP Baris, Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan sarongkan


pedang.

PP Baris - “ Ke Kanan – Sing ”

Pen PP Baris dan Pegawai detachment buat pergerakan ke kanan pusing.

PP Baris – “ Cepat – Jalan ”

Pen PP Baris dan Pegawai detachment berjalan menuju kepada PP Baris dan
berhenti dalam satu barisan melintang di hadapan PP Baris. Kata perintah
seterusnya diberi oleh Pen. PP Baris.

Pen PP Baris – “ Pegawai kehadapan – Hormat ”

Semua pegawai buat pergerakan tabek hormat kepada PP Baris. Setelah itu
berjalan kehadapan berhenti satu barisan di belakang PP Baris, ke belakang
pusing menghadap perbarisan dan diam. Setelah siap Pen
PP Baris dan Pegawai detachment ambil tempat PP Baris akan
beri perintah seterusnya.
NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
xxi) Penyerahan perbarisan kepada S.I. Baris.

PP Baris – “ S.I. Baris ”

S.I. Baris menyahut panggilan PP Baris dengan perkataan “ Tuan ”. S.I. Baris
akan mara kehadapan dan berhenti di hadapan PP Baris, beri hormat dan
tunggu arahan daripada PP Baris. PP Baris beri arahan bawa keluar anggota
perbarisan dari Medan Perbarisan. S.I. Baris beri hormat sekali
lagi dan diam. Selesai serah baris PP Baris beri perintah berikut kepada
pegawai-pegawai untuk keluar Medan Perbarisan.

PP Baris – “ Pegawai, bergerak ke kanan/kiri dalam satu barisan,


kanan/kiri – Sing ”

PP Baris dan pegawai-pegawai buat pergerakan ke kanan/kiri pusing.

PP Baris – “ Jadikan 2 barisan, dari kan/kiri, Cepat – Jalan ”

PP Baris dan pegawai-pegawai sambil berjalan buat 2 barisan di bawa oleh


PP Baris keluar dari Medan Perbarisan. Sebaik sahaja pegawai berjalan keluar
Medan Perbarisan, S.I. Baris buat pergerakan pusing ke belakang menghadap
kepada perbarisan dan beri perintah seterusnya.

S.I. Baris – “ Baris, Senang – Diri ”

Semua anggota perbarisan buat pergerakan senang diri. Pada masa ini S.I.
Baris sampaikan arahan. Setelah selesai, beri perintah seterusnya.

S.I. Baris – “ Baris, Baris – Sdia ”

Semua anggota perbarisan buat pergerakan sedia.


NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
S.I. Baris – “ Kawalan Kehormatan, Tutup barisan – Grak ”

Anggota Kawalan Kehormatan sahaja buat pergerakan tutup barisan.

S.I. Baris – “ Kawalan Kehormatan, Jadikan Tiga – Barisan ”

Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan jadikan tiga barisan.

S.I. Baris – “ Kawalan Kehormatan, Ke Kanan – Lurus ”

Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan ke Kanan Lurus.

S.I. Baris – “ Pandang – Depan ”

Anggota Kawalan Kehormatan buat pergerakan pandang depan.

S.I. Baris – “ Baris akan menanggal benet – Tanggal ”

Semua anggota perbarisan buat pergerakan tanggal benet dalam kedudukan


tangan kanan pegang pada hulu benet dan tangan kiri
memegang laras senjata dalam kedudukan senjata dikepit dengan kedua-dua lutut
bengkok sedikit.

S.I. Baris – “ Baris – Benet ”

Semua anggota perbarisan membuat pergerakan sarungkan benet dengan


tangan kanan, tangan kiri pegang sarung benet dan senjata masih dikepit
dengan kedua-dua lutut.

S.I. Baris – “ Baris, Baris – Sdia ”

Semua anggota perbarisan buat pergerakan balek kepada kedudukan sedia.

S.I. Baris – “ Baris, Rusuk – Ta ”


NO. TAJUK KATA PERINTAH /
PERGERAKAN
Semua anggota perbarisan membuat pergerakan rusuk senjata.

S.I. Baris – “ Bergerak ke kanan/kiri, kanan/kiri – Sing “

Semua anggota perbarisan buat pergerakan pusing ke kanan/kiri.

S.I. Baris – “ Dari kanan/kiri, Cepat – Jalan ”

Semua anggota perbarisan berjalan keluar Medan Perbarisan dengan diiringi


lagu dari pancaragam PDRM menuju ke tempat yang ditetapkan dan bersurai.
Setelah semua anggota perbarisan berjalan keluar dari Medan Perbarisan,
berhenti dan bersurai anggota pancaragam PDRM pusing kanan/kiri, berjalan
keluar dari Medan Perbarisan menuju ke tempat yang telah ditetapkan dan
bersurai.

UPACARA PERBARISAN TAMAT.


CONTOH KAWAT PERBARISAN
CONTOH KAWAT PERBARISAN 2
CONTOH KAWAT PERBARISAN 3 – KAWAL BERJALAN LALU / MELINTAS HORMAT
KUMPULAN PLATUN BERJALAN LALU / MELINTAS HORMAT
MENERIMA / MEMBALAS TABEK HORMAT

You might also like