You are on page 1of 36

KAEDAH KOMUNIKASI

KANAK-KANAK
MASALAH PENDENGARAN

OLEH
DATIN SITI MUHIBAH BINTI HJ NOR
IPG ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
BIM KTBM

ASL SEE
MANUAL

AUDITORI
PERTUTURAN KAEDAH VERBAL
KIU KOMUNIKASI
KANAK2
MASALAH
ORAL
PENDENGARA ORA
N
DAN L AURAL
MANUAL
-
ORAL

KOMUNIKASI BACAAN
SELURUH BIBIR
KAEDAH KOMUNIKASI MANUAL
 Hasil pembelajaran
 Di akhir tajuk ini anda akan dapat:-

a) Menjelaskan tentang ciri-ciri kaedah manual iaitu KTBM, BIM,


SEE 1, SEE II, ASL, BIK.

b) Membincangkan mengenai prinsip, matlamat dan amalan setiap


kaedah komunikasi manual.

c) Menyatakan kelebihan dan kekurangan setiap kaedah komunikasi


manual
APA ITU KAEDAH MANUAL?

Kaedah manual merupakan kaedah komunikasi yang tidak


menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk
meyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur.

Bahasa yang tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan


pola isyarat dihantar (komunikasi) manual, bahasa badan) untuk
memberi makna serentak dengan gabungan bentuk tangan, orentasi
dan pergerakan tangan, lengan, atau badan, raut muka untuk
menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.
 Kaedah manual merupakan satu sistem komunikasi
yang berorientasikan visual dan pergerakan tangan.
 Dalam sistem bahasa isyarat ini, orang pekak
menggunakan pergerakan tangan, badan dan muka
untuk menyampaikan sesuatu maksud, idea,
pandangan dan sebagainya.
 Orang pekak juga menggunakan deria penglihatan
dalam proses menerima isyarat-isyarat bagi
memahami kata-kata tersebut
 Masyarakat seawal zaman kegelapan di Eropah telah
mula menggunakan ejaan jari untuk menyampaikan
makna komunikasi.
 Isyarat lazimnya menunjukkan idea dan bukan
perkataan-perkataan tunggal.
 Kebanyakan isyarat adalah ikonik, iaitu menggunakan
imej visual untuk menyampaikan idea.
 Sebagai contoh, bagi menunjukkan isyarat binatang
seperti gajah, belalai digunakan sebagai idea supaya
orang lain mengetahui bahawa maksud yang ingin
disampaikan adalah gajah.
Seeing
Essential
English (SEE)

Signing Exact
American Sign English (SEE
Language (AS II)
L)

JENIS-JENIS
BAHASA
ISYARAT

Signed English Kot Tangan Ba


hasa Melayu (
KTBM)

Bahasa Isyarat
Malaysia (BI
M)
JENIS BAHASA ISYARAT DI MALAYSIA

Bahasa Kod
Isyarat tangan
Malaysia bahasa
(BIM) Melayu
BAHASA ISYARAT MALAYSIA
 Dicipta oleh golongan
pekak sendiri atas
keperluan untuk
berkomunikasi
 Diiktiraf sebagai bahasa
rasmi orang pekak dalam
Akta OKU 2008
 Ciri-ciri

- tidak melibatkan penggunaan bunyi untuk


menyampai mesej
- mengguna pergerakan tangan, mimik muka dan
body language
- a ‘stand-alone’ language dengan struktur dan
tatabahasa sendiri
- agak berbeza dengan bahasa bertutur atau bahasa
penulisan
ELEMEN-ELEMEN DALAM BAHASA
ISYARAT
 Bentuk tangan
 Pergerakan tangan
LOKASI PERGERAKAN TANGAN

 The signing space and place of articulation signing parameter (Rodda & Grove
1987:132)
ORIENTASI TAPAK TANGAN
ISYARAT NON MANUAL – EKSPRESI
MUKA
Prinsip-prinsip KTBM
Kod Kod Abjad dan
Kod Kata Kod Angka
Rujukan
Khusus

Kata Dasar Kata Sama Makna Kod Abjad

Kata Imbuhan Kata Banyak Makna Kod Angka Asas


(1-9)
Kata Ganda dan
Kata Tidak Ada Kod
Kata Majmuk
Kod Belas, Puluh,
Ratus, Ribu, dan
Juta
SEEING ESSENTIAL ENGLISH (SEE)
 Dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1966 oleh seorang guru pekak
bernama David Anthony.
 Digunakan untuk membentuk struktur tatabahasa yang betul dengan
menggunakan gerak badan serta isyarat yang dipinjam daripada ASL .
 Dalam SEE, jikalau ASL menggunakan isyarat tunggal untuk ‘butterfly’, SEE
akan menggunakan dua bentuk isyarat iaitu ‘butter’ dan ‘fly’ secara berturutan.
 SEE juga menggunakan isyarat yang sama untuk perkataan yang mempunyai
bunyi yang sama. Contohnya ‘blue’ dan ‘blew’.
 Kebanyakan isyarat gerak badan daripada ASL digunakan dalam SEE dan
diwakili oleh huruf pertama perkataan. Contohnya, perkataan ‘have’, diwakili
oleh huruf ‘H’ dalam SEE.
 Imbuhan seperti ‘ing’ dan sebagainya juga mempunyai kod isyarat tertentu
dalam SEE.
 SEE yang digunakan adalah merujuk kepada Sistem Isyarat Morfologi
(Morphological Sign System (MSS)) dan diadaptasikan di Poland menjadi
SEE
SIGNING EXACT ENGLISH (SEE II)
 Dibangunkan oleh Gerilee Gustason pada awal 1970an.
 Kebanyakan isyarat dalam SEE II juga menggunakan huruf
awal sebagai isyarat dan penggunaan tatabahasa.
 Individu yang mempraktikkan SEE II lazimnya akan bercakap
sambil menggunakan isyarat.
 SEE dibentuk untuk menterjemahkan bilangan suku kata atau
perkataan yang mempunyai satu makna. Contohnya, jika dalam
SEE perkataan ‘butterfly’ di asingkan menjadi dua isyarat yang
berbeza, SEE II adalah sebaliknya. Isyarat untuk ‘butterfly’ hanya
satu kerana perkataan tersebut hanya membawa satu makna sahaja.
 Isyarat bagi kata majmuk yang digunakan dalam SEE II adalah
sama dengan apa yang dipraktikkan dalam ASL.
 Perkataan yang mempunyai ejaan dan bunyi yang sama mempunyai
isyarat yang sama. Contoh: right (direction) dan right (correct).
 Namun begitu, perkataan yang mempunyai bunyi yang sama tetapi
ejaan yang berbeza mempunyai isyarat yang berbeza kerana kedua-
dua perkataan mempunyai makna yang berbeza. Contohnya: Write
dan right.
 Lebih kurang 75% penggunaan isyarat dalam SEE II merupakan
isyarat yang dipinjam daripada ASL atau pengubahsuaian daripada
ASL.
SIGNED ENGLISH
 Dipraktikkan di Britain dan dikenali juga dengan nama British Signed
English.
 Signed English digunakan bersama pertuturan.

 Amat berguna untuk kanak-kanak apabila kebanyakan program


pendidikan untuk kanak-kanak pekak menggunakan kaedah ini.
 Isyarat yang digunakan dipinjam daripada British Sign Language dan
digabungkan dengan ejaan jari serta isyarat yang diberikan oleh
pendidik normal untuk menunjukkan bahasa perbualan secara manual
dalam bahasa inggeris.
 Merupakan alat bantu dalam pendidikan yang bermakna dalam
komunikasi dengan orang pekak atau orang bukan pekak yang
menghadapi masalah perkembangan bahasa pertuturan.
 Kebanyakan isyarat yang digunakan berasal daripada American Sign
Language (ASL).
Prinsip-prinsip
Signed English/SEE

Kod Kata Kod Rujukan Kod Abjad dan


Khusus Kod Angka

Sign Words
Contractions The American
Manual Alphabet
Sign Markers
Compounds Numbers
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KOD TANGAN
KELEBIHAN KEKURANGAN
• Menyerupai struktur bahasa • Melambatkan komunikasi
• Mempunyai aturan dan • Tidak dapat memberi
keseragaman gambaran maksud kepada
• Berasaskan isyarat natif orang pekak
• Dicipta dari semasa ke semasa • Bukan bahasa pertama orang
• Kod mewakili kata/perkataan pekak
dalam bahasa (BM/BI) • Tidak beri makna sesuatu
• Kanak-kanak boleh perkataan
menguasai bahasa (BM/BI) • Kod tidak mencukupi bagi
istilah tertentu
• Membolehkan murid
berkomunikasi
 AKTIVITI KUMPULAN

 Dalam kumpulan berlima, isyaratkan semula mengikut


kreativiti anda sendiri menggunakan lagu yang
dipertontonkan
BM BIM

1. Dia tidak datang ke sekolah 1. Dia sekolah kosong

2. Saya hendak ke tandas 2. Saya tandas

3. Bapa dan ibu datang berjumpa, 3. Datang bapa dan ibu jumpa cakap
bercakap-cakap balik cuti rumah
dengan saya dan membawa saya
balik bercuti di rumah
KELEMAHAN MURID-MURID PEKAK YANG KETARA DALAM
ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK YANG TERDAPAT DALAM
TULISAN MEREKA DAPAT DIRUMUSKAN SEPERTI BERIKUT:
 (a)    Lemah dalam penggunaan kata tugas (function
word) (seperti, tetapi, sambil dan, untuk) dengan betul.
 (b)   Kelemahan dalam menggunakan kata berimbuhan.
 (c)    Tidak dapat menyatakan idea dalam bentuk ayat
yang gramatis.
 (d)   Lemah dalam pembinaan ayat.
 (e)    Kurang berupaya untuk menghasilkan karangan
yang menyatakan sesuatu rentetan peristiwa dengan jelas
CONTOH KARANGAN 1
 ”Saya pergi sampai pintu rapat. Saya rasa tidak ada orang di
dalam rumah. Saya akan mencarai mengelilingi akhir tidak ada
kunci.

 Saya lihat sudah malam. Saya akan pergi jiran beritahu. Saya ada
kunci dia dengan saya cakap saya kunci tidak ada sudah sebar
(sabar).
 
 Saya duduk di tangga tunggu sebar (sabar). Saya lihat mengapa
itu. Saya rasa ibu dan bapa. Saya tahu emak dan bapa saya
gembira. Ibu bapa pergi tiba di dalam rumah. emak bawa kunci
hidup. Saya tukar baju dan mandi sudah. Akhir”.
CONTOH KARANGAN 2

 ”Sekolah Asrama duduk tetap. Datang bapa dan ibu jumpa cakap
balik cuti sekolah. Cuti sudah balik rasmi asarma. Masuk KAWAN
benci sedih.Asrama duduk petang balik masjid masuk. Tengkap
(tengok) MALAM Balik. Air tangan sudah nak jalan kaki. Masuk
kain rehat. Radio mula Diri sembahyang mula. Sudah balik masuk
asrama. Malam masuk belajar asrama. Masa tengok balik turun
makan.Balik Asrama. Malam tidur. Esok bangun jalan kaki mandi.
Sudah pakai balik Asrama. Balik turun balik masjid sembahyang.
Sudah balik baik asrama pakai tukar sekolah Pagi pergi datang
sekolah. Sudah balik Asrama. Beg letak. Balik turun tingkap (tingkat)
2 jalan kaki. Duduk jalan kaki masuk makan. Sudah balik naik masuk.
Asrama duduk. Abang dan kakak datang kereta Balik Rumah”
SEBAB-SEBAB BERIKUT BERUPA PENYUMBANG
KEPADA KESUKARAN MURID-MURID PEKAK
MEMPELAJARI BM
 Tidak mengalami proses ‘memperolehi BM’ tetapi ‘mempelajari BM’. Hal ini sama
dengan penutur bahasa asing yang mempelajari BM. Bahasa pertama murid-murid
pekak adalah BIM dan bahasa pertama murid-murid India adalah Tamil, Cina-
Hokien atau Kantones yang mengalami kesukaran dalam BM (Goh & Teh, 1993;
Raman, 1993; Woo, 1989).
   Tidak mendapat pendedahan awal, seperti semenjak lahir sehingga bersekolah.
Kebanyakan mereka datang ke sekolah dengan kosa kata yang terhad dan sukar
memahami BM (Goh & Teh, 1993).
   Kelemahan dari aspek pedagogi, iaitu tidak ada kaedah khas untuk mengajar BM
kepada murid-murid pekak (Goh & Teh, 1993; Izani 1995).
 Kelemahan dari aspek praktikal/penggunaan KTBM sebagai midium/mod/saluran
komunikasi berkesan di sekolah. KTBM dicampuradukkan dengan BIM dan hal ini
sangat mengelirukan (Goh & Teh, 1993).
 Sifat BM yang agak kompleks untuk dipelajari (Goh & Teh, 1993).
 Pengaruh BIM ke atas BM (Goh & Teh, 1990, 1993; Abdullah 1993, 1996; Izani
1995).
CADANGAN MENGATASINYA

 (i)  Pendedahan awal kepada BM (lisan, kefahaman, tulisan). Hal ini


dapat dilakukan di sekolah dan di rumah yang mana setiap individu patut
memainkan peranan dengan berkesan. Peranan ’rumah’ penting sebelum
kanak-kanak pekak bersekolah dan pernan ’sekolah’ semasa bersekolah.
 (ii)  Mendapat perkhidmatan bercorak perubatan dan kesihatan supaya
pendengaran dapat dipulihkan. Hal ini dapat dilakukan dengan membawa
anak sebaik sahaja anak didapati bermasalah dengan pendengaran.
 (iii) Mendapat latihan berbahasa secara sistematik dan berterusan daripada
professional yang berkaitan iaitu audiologist bagi menguji darjah kecacatan
pendengaran dan jurupulih pertuturan bagi mendapat latihan pertuturan
yang betul, sistematik dan berkesan.
 (iv) Sikap ibu bapa dan murid pekak terhadap BM hendaklah positif iaitu dengan
memahami bahawa penguasaan BM adalah penting bagi kejayaan murid-murid.
Dengan memahami kepentingan ini, latihan bacaan dan kefahaman, dan kemahiran
menulis hendaklah diberikan bagi tujuan pendidikan.
 (v)  Pendekatan pengajaran BM yang sesuai dengan kepelbagaian ciri-ciri murid
pekak. Pendekatan, keadah dan teknik pengajaran BM yang sesuai hendaklah
dikenalpasti supaya pengajaran BM kepada murid-murid pekak dapat dilakukan secara
berkesann kerana pendekatan yang diamalkan kurang berkesan (Goh & Teh, 1993)
 (vi) Pedagogi BM yang sesuai dengan murid pekak seperti ‘kaedah mengalami dan
menghayati BM’, ‘Kaedah Bottum-Up’,’metalinguistik’, ‘kaedah proses’ dan ‘Kaedah
analisis kesilapan dan kontrastif’.
 (vii) Guru juga harus bersikap positif terhadap kebolehan murid-murid pekak. Sikap
yang menganggapan murid-murid pekak tidak dapat/sukar diajar hendaklah diubah
kerana akhir-akhir ini sudah ada mereka yang berjaya walaupun bilangan mereka
masih sedikit.

You might also like